Lampiran
Lampiran 11 oleh Defendan, afidavit dan hujahan bertulis, memutuskan untuk menolak Lampiran 11 dan kos dalam kausa. S/N PDxrBe2h4Eqb7CjobOurTQ Kausa tindakan di hadapan Mahkamah adalah suatu tindakan sivil yang mana Mahkamah mempunyai bidangkuasa untuk mendengar dan memutuskannya. Pembelaan Terpinda [27] Pembelaan Terpinda Defendan bertarikh 16-10-2024 mengandungi pindaan pada perenggan-perenggan yang berikut: (a) menambah perkataan “Islamik” sebelum perkataan HSBC di mana-mana jua terdapat dalam pembelaan. (b) menambah dan/atau meminda perenggan baharu 7 (c) hingga (g) yang menghuraikan mengenai pembelaan substantif mengenai perkara kemudahan Islamik HSBC sebagai aset perkahwinan Islamik (Harta Sepencarian); takat sumbangan pihak-pihak adalah ditadbir oleh prinsip Shariah dan dakwaan penyelewengan atau penggunaan dana bukan terletak di bawah bidangkuasa Mahkamah Sivil; kemudahan konvensional bagi rumah tersebut belum dibayar penuh; majoriti dana dalam kemudahan pinjaman konvensional dan pinjaman Islamik HSBC adalah sumbangan Defendan melalui pendapatan Defendan sendiri. (c) menambah perenggan baharu 12 mengenai hak ke atas Kemudahan Islamik HSBC sebagai aset perkahwinan Islamik (Harta Sepencarian). S/N PDxrBe2h4Eqb7CjobOurTQ (d) menambah dan/atau meminda perenggan baharu 14 mengenai sumbangan langsung Defendan ke dalam Kemudahan pinjaman konvensional dan pinjaman Islamik (e) menambah dan/atau meminda perenggan baharu 16 mengenai penafian Defendan ke atas dakwaan penyelewengan dana. (f) meminda perenggan baharu 20 mengenai penafian Defendan ke atas dakwaan pengkayaan tak patut. Kand. 40−Notis Permohonan Plaintif untuk membatalkan perenggan tertentu dalam Pembelaan Terpinda [28] Kand. 40 ialah notis permohonan oleh Plaintif menurut A. 18 k. 19(1)(a) dan/atau (b) dan/atau (c) dan/atau (d) Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 dan/atau bidangkuasa Mahkamah untuk membatalkan perenggan-perenggan dalam pembelaan terpinda seperti yang bergaris iaitu − • 7(a), (b)(i), (ii) & (iii), (c) dan (d). • 8(a), (b) dan (c). • 9(a) dan (b). • 12(a) dan (b). “Gambaran Keseluruhan Pembelaan 7. Sebagai gambaran keseluruhan, pembelaan Defendan kepada tindakan ini adalah seperti berikut: S/N PDxrBe2h4Eqb7CjobOurTQ Pembelaan Prosedural (a) Ketiadaan Bidang Kuasa: Defendan menegaskan bahawa Tuntutan ini mesti ditolak kerana Mahkamah Yang Mulia ini tidak mempunyai bidang kuasa untuk memberi relif terhadap subjek tindakan ini, iaitu Hartanah Belantara dan Kemudahan Islamik HSBC. Aset-aset ini berada di bawah bidang kuasa eksklusif Mahkamah Syariah dan tidak boleh diadili serentak oleh Mahkamah Yang Mulia ini; (b) Penduaan Prosiding: Defendan menegaskan bahawa Tuntutan ini mesti ditolak kerana ia merupakan penduaan prosiding: i. Pembahagian kedua-dua Hartanah Belantara dan Kemudahan Islamik HSBC, termasuk dakwaan penyelewengan dana oleh Defendan, sedang menunggu penyelesaian dalam Tindakan Syariah yang sedang berjalan; ii. Jika Tindakan ini diarahkan untuk diteruskan berdasarkan merit, Mahkamah Yang Mulia ini perlu mengambil kira konteks kewangan penuh perkahwinan dan sumbangan yang dibuat oleh kedua-dua pihak sepanjang perkahwinan mereka. Ini akan memerlukan pemeriksaan menyeluruh terhadap semua 29 aset-aset termasuk Hartanah Belantara dan Kemudahan Islamik HSBC yang sedang dijalankan dalam Tindakan Syariah; S/N PDxrBe2h4Eqb7CjobOurTQ iii. Mahkamah Yang Mulia ini tidak sepatutnya mengadili perkara-perkara yang diletakkan di bawah Bidang Kuasa Syariah kerana ini boleh menimbulkan penghakiman yang bercanggah dan litigasi yang berulang. Adalah terbuka untuk Plaintif untuk memohon relif yang didakwa dalam Tuntutan ini melalui Tindakan Syariah. Pembelaan Substantif (c) Hak kepada Kemudahan Islamik HSBC sebagai Aset Perkahwinan Islamik (Harta Sepencarian): Ia adalah tidak dipertikaikan bahawa kedua-dua Hartanah Belantara dan Kemudahan Islamik HSBC adalah aset-aset perkahwinan Islamik (harta sepencarian). Memandangkan status Aset-aset tersebut, Mahkamah Yang Mulia ini mesti menentukan hak dan liabiliti ke atasnya mengikut undang-undang perkahwinan Islam, sebelum menangani persoalan mengenai dakwaan penyelewengan oleh Defendan. (d) Penilaian ini akan melibatkan penentuan pemilikan berdasarkan sumbangan langsung atau tidak langsung, seperti yang ditadbir oleh prinsip-prinsip Syariah. Adalah tidak wajar untuk Mahkamah Yang Mulia ini untuk menggunakan undang-undang perkahwinan sivil dalam menentukan tuntutan dakwaan penyelewengan atau penggunaan dana. S/N PDxrBe2h4Eqb7CjobOurTQ Pembelaan Prosedural Tiada Bidang Kuasa 8. Defendan menegaskan bahawa Mahkamah Yang Mulia ini tidak mempunyai bidang kuasa terhadap subjek tindakan ini, iaitu Hartanah Belantara dan Kemudahan Islamik HSBC, kerana aset-aset ini berada di bawah bidang kuasa eksklusif Mahkamah Syariah: (a) Tindakan Syariah yang Sedang Berjalan: Pada 11.7.2018, Plaintif telah memfailkan tindakan di Mahkamah Tinggi Syariah untuk deklarasi dan pembahagian harta sepencarian mengikut undang-undang Syariah. Ini adalah dalam Kes Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam No. 10400-017-0464 Tahun 2018 (“Tindakan Syariah”). (b) Pendirian Plaintif dalam Tindakan Syariah: Dalam Tindakan Syariah, Plaintif mendakwa bahawa Kemudahan Konvensional HSBC telah dibayar penuh dan kemudiannya dibiayai semula (refinanced) oleh Defendan dengan jumlah kira-kira RM3.5 juta. Plaintif juga mendakwa penyelewengan RM3,477,579.00 (setakat 2018) oleh Defendan selepas pembiayaan semula (refinancing) Hartanah Belantara. Akibat daripada ini, Plaintif telah mendapatkan perintah injunksi daripada Mahkamah Syariah pada 23-1-2019, yang melarang pelupusan S/N PDxrBe2h4Eqb7CjobOurTQ Hartanah Belantara dan sebarang urusan mengenai Kemudahan Islamik HSBC. (c) Tiada Pertindihan Bidang Kuasa: Memandangkan penentuan dan pembahagian aset-aset ini telah diletakkan di bawah bidang kuasa eksklusif Mahkamah Syariah, sebarang relief yang berkaitan dengan aset-aset ini juga mesti dipohon dalam rejim Syariah. Tiada bidang kuasa serentak yang membenarkan Mahkamah Yang Mulia ini memberikan relief kepada Plaintif seperti yang dimohon pada perenggan 44 dalam Tuntutan, berkenaan perkara-perkara yang berada dalam bidang kuasa Mahkamah Syariah. Penduaan Prosiding - Penyalahgunaan Proses Mahkamah 9. Defendan menegaskan bahawa Tuntutan ini wajar ditolak kerana ia merupakan penduaan proses yang merupakan penyalahgunaan proses Mahkamah: (a) Tuntutan Serentak di Mahkamah Syariah dan Sivil: Plaintif, setelah menyerah kepada bidang kuasa Syariah mengenai penentuan dan pembahagian Hartanah Belantara dan Kemudahan Islamik HSBC, kini cuba untuk memintas proses Syariah dengan mencari relief tambahan ke atas aset-aset yang sama di Mahkamah Yang Mulia ini; S/N PDxrBe2h4Eqb7CjobOurTQ (b) Penyalahgunaan Proses Mahkamah: Defendan menegaskan bahawa adalah satu penyalahgunaan proses mahkamah untuk mengejar remedi berasingan ke atas subjek yang sama dalam bidang kuasa yang saling eksklusif. Tindakan yang paling sesuai bagi Plaintif adalah untuk memohon relief yang didakwa dalam Tindakan Syariah dan bukan melalui tindakan sivil ini. Hak ke atas Kemudahan Islamik HSBC sebagai Aset Perkahwinan Islamik (Harta Sepencarian) 12. Defendan menyatakan bahawa kedua-dua Kemudahan Islamik HSBC dan Harta Belantara, telah secara konsisten diiktiraf dan dianggap sebagai aset perkahwinan Islam (harta sepencarian) oleh kedua-dua pihak. Oleh itu − (a) Defendan menegaskan bahawa pemilikan dan hak kepada dana dalam Kemudahan Islamik HSBC mesti ditentukan mengikut undang-undang perkahwinan Islam, termasuk prinsip yang mengawal sumbangan langsung dan tidak langsung. Sumbangan terhad Plaintif selepas 2011 dan pemberhentian sumbangan pada 2016 tidak membuktikan haknya kepada dana tersebut; S/N PDxrBe2h4Eqb7CjobOurTQ (b) Sekiranya tindakan ini didengar atas meritnya, Defendan menegaskan bahawa keterangan pakar undang-undang Syariah adalah perlu dalam membimbing Mahkamah dalam penilaiannya terhadap hak dan liabiliti masing-masing pihak di bawah undang-undang Islam. Ini termasuk bagaimana cara sumbangan−baik secara langsung dan tidak langsung−dilayan apabila menentukan pemilikan benefisial akaun bersama di bawah undang-undang perkahwinan Islam. Keputusan dan Dapatan Mahkamah Undang-Undang [29] Keputusan Mahkamah ini yang membenarkan permohonan Plaintif untuk membatalkan perenggan-perenggan tertentu yang dinyatakan dalam pembelaan terpinda seperti yang bergaris iaitu − • 7(a), (b)(i), (ii) & (iii), (c) dan (d); • 8(a), (b) dan (c); • 9(a) dan (b); • 12(a) dan (b), adalah menurut apa yang diperuntukkan di bawah A. 18 k. 19(1) Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 dan prinsip undang-undang dalam kes Bandar Builder Sdn Bhd & Ors v United Malayan Banking Corporation Bhd [1993] 3 MLJ 36. S/N PDxrBe2h4Eqb7CjobOurTQ [30] Mahkamah ini mendapati bahawa pihak Plaintif telah memenuhi prinsip undang-undang untuk membatalkan perenggan-perenggan yang dinyatakan, iaitu − (a) it is only in plain and obvious cases that recourse should be had to the summary process under this rule. (b) when it can be clearly seen that a claim or answer is on the face of it ‘obviously unsustainable’. (c) if there is a point of law which requires serious discussion. (d) the court must be satisfied that there is no reasonable cause of action or that the claims are frivolous or vexatious or that the defences raised are not arguable. [31] Pembatalan perenggan-perenggan 7(a), (b)(i), (ii) & (iii), (c) dan (d); 8(a), (b) dan (c); 9(a) dan (b); 12(a) dan (b) sama sekali tidak meranapkan pembelaan Defendan untuk mempertahankan dirinya berkenaan dengan dakwaan dalam tuntutan Plaintif. [32] Relief yang dituntut oleh Plaintif ialah bagi perintah agar Mahkamah ini mengekalkan status quo rumah tersebut sehingga isu tuntutan bayaran ansuran pinjaman kepada Bank HSBC diselesaikan dan/atau diputuskan oleh Mahkamah ini. S/N PDxrBe2h4Eqb7CjobOurTQ [33] Keputusan Mahkamah ini bagi Kand. 40 menyatakan dapatan bahawa Mahkamah ini tidak bersetuju dengan pihak Defendan bahawa − (a) Mahkamah ini tiada bidang kuasa untuk memberi relief terhadap subjek tindakan ini. Rumah tersebut yang menjadi pertikaian dalam tuntutan Plaintif adalah sebuah rumah yang dibeli secara bersama melalui kemudahan pinjaman Bank HSBC. Sama ada pinjaman tersebut menggunakan kaedah pinjaman konvensional atau Islamik bukanlah isu material untuk merumuskan bahawa pelupusan isu terletak di bawah bidangkuasa Mahkamah Shariah. Isu antara Plaintif dan Defendan dan melibatkan pihak ketiga i.e. Bank HSBC bukannya berada di bawah bidang kuasa eksklusif Mahkamah Syariah maka dengan itu isu-isu yang dibangkitkan oleh pihak-pihak boleh diadili di Mahkamah ini. (b) tiada apa-apa penduaan prosiding dalam tuntutan ini. Defendan yang juga menjadi pemilik bersama rumah yang menjadi perkara subjek dikatakan melakukan penyelewengan dana. Defendan membela dirinya dengan menyatakan bahawa Defendan adalah penyumbang terbesar dalam akaun pinjaman perumahan dengan Bank HSBC dan dengan itu tiada penyelewengan wang yang dikeluarkan oleh Defendan. S/N PDxrBe2h4Eqb7CjobOurTQ Mahkamah ini tidak bersetuju dengan pihak Defendan bahawa isu ini sedang menunggu penyelesaian dalam tindakan di Mahkamah Tinggi Shariah. Tindakan di Mahkamah Tinggi Shariah yang sedang berjalan (ketika prosiding sivil di Mahkamah ini) adalah susulan daripada perceraian Plaintif dan Defendan berkenaan dengan harta sepencarian yang mana rumah tersebut disenaraikan sebagai salah satu daripada aset bagi harta sepencarian yang akan dibahagikan oleh Mahkamah Tinggi Shariah. Isu mengenai − • pengembalian dan pengekalan status quo rumah tersebut agar bebas daripada apa-apa bebanan hutang dan gadaian dengan Bank HSBC; • tuntutan bayaran ansuran bulanan yang telah dibayar oleh Plaintif semenjak Ogos 2023 sehingga Januari 2024 yang dikatakan sepatutnya dibayar oleh Defendan; • perintah Mahkamah agar Defendan membayar selanjutnya kepada Plaintif atas segala jumlah bayaran ansuran yang telah dikeluarkan atau bakal dikeluarkan oleh Plaintif mulai Februari 2024 sehingga keputusan Mahkamah ini; S/N PDxrBe2h4Eqb7CjobOurTQ • caj dan faedah terakru dan penalty lewat bayar yang bakal dikenakan oleh Bank HSBC, perlu diteruskan di hadapan Mahkamah ini berdasarkan keterangan dalam perbicaraan yang telah ditetapkan. Keterangan Plaintif dan Defendan dan saksi dari pihak Bank HSBC dapat membantu Mahkamah ini mempertimbangkan mengenai tuntutan dan pembelaan, masing-masingnya. (c) Mahkamah ini akan memakai peruntukan di bawah undang-undang sivil dalam merumuskan mengenai tuntutan Plaintif dan hal perkara mengenai klasifikasi rumah tersebut yang disenaraikan sebagai harta sepencarian sama sekali tidak menjadi persoalan untuk diputuskan oleh Mahkamah ini. Maka, isu yang dibangkitkan oleh Defendan bahawa “Mahkamah Yang Mulia ini tidak sepatutnya mengadili perkara-perkara yang diletakkan di bawah Bidang Kuasa Syariah kerana ini boleh menimbulkan penghakiman yang bercanggah dan litigasi yang berulang” adalah tidak tepat. [34] Berkenaan dengan Pembelaan Substantif oleh Defendan di mana Defendan meminda pembelaannya dengan memasukkan perenggan baharu yang berikut: “(c) Hak kepada Kemudahan Islamik HSBC sebagai Aset Perkahwinan Islamik (Harta Sepencarian): Ia adalah tidak dipertikaikan bahawa kedua-dua Hartanah Belantara dan Kemudahan Islamik HSBC adalah aset-aset S/N PDxrBe2h4Eqb7CjobOurTQ perkahwinan Islamik (harta sepencarian). Memandangkan status Aset-aset tersebut, Mahkamah Yang Mulia ini mesti menentukan hak dan liabiliti ke atasnya mengikut undang-undang perkahwinan Islam, sebelum menangani persoalan mengenai dakwaan penyelewengan oleh Defendan. (d) Penilaian ini akan melibatkan penentuan pemilikan berdasarkan sumbangan langsung atau tidak langsung, seperti yang ditadbir oleh prinsip-prinsip Syariah. Adalah tidak wajar untuk Mahkamah Yang Mulia ini untuk menggunakan undang-undang perkahwinan sivil dalam menentukan tuntutan dakwaan penyelewengan atau penggunaan dana.”, Mahkamah ini berpendapat dakwaan penyelewengan dan/atau penyalahgunaan dana dalam akaun bersama yang diwujudkan oleh Plaintif dan Defendan bagi pembiayaan rumah tersebut adalah dakwaan material yang mana Mahkamah ini berupaya mencapai keputusannya tanpa perlu merujuk kepada undang-undang dan prinsip-prinsip Shariah. [35] Pindaan kecil oleh Defendan bagi perenggan 8 pembelaannya itu merupakan maklumat fakta bahawa dalam tindakan di Mahkamah Tinggi Shariah itu Plaintif berjaya memperoleh perintah injunksi daripada Mahkamah Syariah pada 23-1-2019, yang melarang pelupusan rumah tersebut dan sebarang urusan mengenai kemudahan pinjaman Islamik Bank HSBC. S/N PDxrBe2h4Eqb7CjobOurTQ Fakta yang dinyatakan oleh Defendan ini sama sekali bukan suatu pertindanan atau pertindihan bidangkuasa antara Mahkamah Sivil dan Mahkamah Shariah. Relief yang dituntut oleh Plaintif di Mahkamah Sivil bukan perkara-perkara yang berada dalam bidang kuasa Mahkamah Shariah. [36] Mahkamah ini juga mendapati tiada penduaan prosiding mahupun penyalahgunaan proses Mahkamah. Ini kerana walaupun Plaintif yang sama memfailkan tuntutan di 2 buah Mahkamah Tinggi iaitu Sivil dan Shariah, Mahkamah Sivil sama sekali tidak akan memutuskan atau menentukan mengenai harta sepencarian i.e. rumah yang dibeli secara bersama oleh Plaintif dan Defendan melalui pinjaman perumahan Bank Pengataan Defendan bahawa Plaintif kini cuba untuk memintas proses Shariah dengan mencari relief tambahan ke atas aset-aset yang sama di Mahkamah ini dan/atau suatu penyalahgunaan proses Mahkamah untuk mengejar remedi berasingan ke atas subjek yang sama dalam bidang kuasa yang saling eksklusif adalah pengataan yang tersalah arah. [37] Perenggan baharu 12 dalam pembelaan terpinda Defendan sememangnya suatu perenggan yang ditambah oleh Defendan untuk mempertahankan pengataan bahawa memandangkan − “Hak ke atas Kemudahan Islamik HSBC sebagai Aset Perkahwinan Islamik (Harta Sepencarian), Defendan menegaskan bahawa pemilikan dan hak kepada dana dalam Kemudahan Islamik HSBC mesti ditentukan mengikut undang-S/N PDxrBe2h4Eqb7CjobOurTQ undang perkahwinan Islam, termasuk prinsip yang mengawal sumbangan langsung dan tidak langsung. Sumbangan terhad Plaintif selepas 2011 dan pemberhentian sumbangan pada 2016 tidak membuktikan haknya kepada dana tersebut; Sekiranya tindakan ini didengar atas meritnya, Defendan menegaskan bahawa keterangan pakar undang-undang Syariah adalah perlu dalam membimbing Mahkamah dalam penilaiannya terhadap hak dan liabiliti masing-masing pihak di bawah undang-undang Islam. Ini termasuk bagaimana cara sumbangan−baik secara langsung dan tidak langsung−dilayan apabila menentukan pemilikan benefisial akaun bersama di bawah undang-undang perkahwinan Islam.”. Pendapat Mahkamah: Untuk memutuskan mengenai tuntutan Plaintif yang diplidkan di perenggan 44(a) hingga (h) pernyataan tuntutan, Mahkamah ini tidak memerlukan keterangan pakar undang-undang Syariah adalah perlu dalam membimbing Mahkamah dalam penilaiannya terhadap hak dan liabiliti masing-masing pihak di bawah undang-undang Islam. Tiada apa-apa bukti dalam bentuk dokumen dikemukakan oleh Defendan mengenai pembukaan akaun bersama di bawah undang-undang Islam diberikan kepada Bank HSBC. [38] Alasan utama permohonan Defendan untuk membatalkan keseluruhan tuntutan Plaintif ialah atas paksi bahawa tuntutan Plaintif perlu diadili di Mahkamah Tinggi Shariah dan bukannya Mahkamah Tinggi Sivil kerana Mahkamah Tinggi Sivil tiada bidangkuasa untuk mendengar tuntutan ini telahpun ditolak oleh Mahkamah ini. Defendan tidak pula S/N PDxrBe2h4Eqb7CjobOurTQ merayu atas keputusan ini. Sebaliknya, Defendan memohon untuk meminda pembelaannya. Permohonan pindaan tersebut telah dibenarkan. Seterusnya, pihak Plaintif yang meneliti pembelaan Defendan itu mendapati, Defendan sekali lagi memasukkan hal perkara mengenai “tuntutan Plaintif perlu diadili di Mahkamah Tinggi Shariah dan bukannya Mahkamah Tinggi Sivil kerana Mahkamah Tinggi Sivil tiada bidangkuasa untuk mendengar tuntutan ini”. Peguam cara Plaintif memohon agar perenggan-perenggan tertentu tersebut perlulah dipotong/dipadamkan kerana keputusan Mahkamah ini telah pun memutuskan untuk mendengar tuntutan Plaintif melalui perbicaraan penuh yang tarikhnya sudah ditetapkan. Sekiranya Defendan dibenarkan untuk membuat pindaan ini maka ianya seolah-olah Mahkamah ini telah mengetepikan keputusannya sendiri berkaitan isu bidangkuasa. Apabila ianya diputuskan pihak-pihak adalah terikat seperti diputuskan Mahkamah Rayuan dalam kes Hartecon JV Sdn Bhd & Anor v Hartela Contractors Ltd [1997] 2 CLJ 104 yang memutuskan: “[1] Once a judge makes a ruling, substantive or procedural, final or interlocutory, it must be adhered to and may not be reopened. Although the first decision was made on a interlocutory matter which was purely procedural in nature, it was nevertheless binding on the court and on all parties to the lis until its reversal on appeal.”. S/N PDxrBe2h4Eqb7CjobOurTQ Isu bidangkuasa adalah isu utama yang perlu diputuskan terlebih dahulu kerana ianya akan menentukan sama ada Mahkamah mempunyai kuasa untuk meneruskan kes ini. Ini adalah selaras dengan keputusan Mahkamah Persekutuan iaitu kes Asia Pacific Higher Learning Sdn Bhd (pemilik berdaftar dan pemegang lesen institusi pengajian tinggi swasta atas nama Lincoln University College) v Majlis Perubatan Malaysia & Anor, Federal Court [2020] 2 AMR 517 yang memutuskan bahawa : “However, where no jurisdiction exists or the court has no inherent jurisdiction, the suit is not competently brought and the court therefore has no power to take one more step. In other words, the court is not perfectly competent to entertain and try the suit. Jurisdiction it is often said, does not originate in consent or acquiescence of the parties and cannot be established, where it is absent, by such consent, acquiescence or waiver of rights. A consideration of the authorities such as Datuk T P Murugasu v Wong Hung Nung [1988] 1 MLJ 291; Martego Sdn Bhd v Arkitek Meor & Chew Sdn Bhd and another appeal [2018] 4 MLJ 496 COA and Civil Appeal No: 02(f)-2-01/2018 FC [2019] MLJU 742, confirms the propositions which I have expressed” Setelah Mahkamah ini memutuskannya, maka ianya tidak lagi boleh membenarkan pihak-pihak menyemak semula atau “revisit” isu ini lagi. S/N PDxrBe2h4Eqb7CjobOurTQ [39] Mahkamah ini bersedia untuk mendengar keterangan saksi-saksi daripada kedua-dua pihak dan Mahkamah ini juga berupaya untuk menentukan persoalan mengenai relief yang dituntut oleh Plaintif dan perkara yang diplidkan dalam pembelaan terpinda Defendan walaupun perenggan-perenggan 7(a), (b)(i), (ii) & (iii), (c) dan (d); 8(a), (b) dan (c); 9(a) dan (b); 12(a) dan (b) dipadam/dipotong. [40] Dalam kes Latifah Mat Zin v. Rosmawati Sharibun & Anor [2007] 5 CLJ 253, Federal Court, Putrajaya (Abdul Hamid Mohamad, FCJ; Ariffin Zakaria, FCJ; Augustine Paul, FCJ), Mahkamah ini telah memastikan agar keputusan Mahkamah ini tidak menyimpang daripada apa yang dinyatakan dalam keputusan Mahkamah Tertinggi itu. Mahkamah ini memetik perenggan yang berikut yang amat jelas iaitu – “Per Abdul Hamid Mohamad FCJ delivering the judgment of the court [45] The point to note here is that both courts, civil and syariah, are creatures of statutes. Both owe their existence to statutes, the Federal Constitution, the Acts of Parliament and the State Enactments. Both get their jurisdictions from statutes ie, constitution, federal law or State law, as the case may be. So, it is to the relevant statutes that they should look to determine whether they have jurisdiction or not. Even if the syariah court does not exist, the civil court will still have to look at the statutes to see whether it has jurisdiction over a matter or not. Similarly, even if the civil court does not exist, the syariah court will still have to look at the statute to see whether it has jurisdiction over a matter or not. Each court must determine for itself first whether S/N PDxrBe2h4Eqb7CjobOurTQ it has jurisdiction over a particular matter in the first place, in the case of the syariah courts in the States, by referring to the relevant State laws and in the case of the syariah court in the Federal Territory, the relevant Federal laws. Just because the other court does not have jurisdiction over a matter does not mean that it has jurisdiction over it. So, to take the example given earlier, if one of the parties is a non-Muslim, the syariah court does not have jurisdiction over the case, even if the subject matter falls within its jurisdiction. On the other hand, just because one of the parties is a non-Muslim does not mean that the civil court has jurisdiction over the case if the subject matter is not within its jurisdiction. [46] So, there may be cases over which neither court has jurisdiction. It may be said that it cannot be so. In my view, it can be so, because either court obtains its jurisdiction from statute, not from the fact that the other court does not have jurisdiction over the matter. [47] The problem is, everyone looks to the court to solve the problem of the legislature. Judges too, (including myself), unwittingly, took upon themselves the responsibility to solve the problem of the legislature because they believe that they have to decide the case before them one way or the other. That, in my view is a mistake. The function of the court is to apply the law, not make or to amend law not made by the legislature. Knowing the inadequacy of the law, it is for the legislature to remedy it, by amendment or by making new law. It is not the court’s function to try to remedy it. S/N PDxrBe2h4Eqb7CjobOurTQ [48] There are cases in which some of the issues fall within the jurisdiction of the civil court and there are also issues that fall within the jurisdiction of the syariah court. This problem too will have to be tackled by the legislature. Neither court can assume jurisdiction over matters that it does not have just because it has jurisdiction over some of the matters arising therein. Neither court should give a final decision in a case only on issues within its jurisdiction. [49] Until the problem is solved by the legislature, it appears that the only way out now is, if in a case in the civil court, an Islamic law issue arises, which is within the jurisdiction of the syariah court, the party raising the issue should file a case in the syariah court solely for the determination of that issue and the decision of the syariah court on that issue should then be applied by the civil court in the determination of the case. But, this is only possible if both parties are Muslims. If one of the parties is not a Muslim such an application to the syariah court cannot be made. If the non-Muslim party is the would-be plaintiff, he is unable even to commence proceedings in the syariah court. If the non-Muslim party is the would-be defendant, he would not be able to appear to put up his defence. The problem persists. Similarly, if in a case in the syariah court, a civil law issue eg, land law or companies law arises, the party raising the issue should file a case in the civil court for the determination of that issue which decision should be applied by the syariah court in deciding the case. … S/N PDxrBe2h4Eqb7CjobOurTQ [54] Coming back to the issue of jurisdiction in the instant appeal. We have seen that item 4(e)(i) of the Federal List, inter alia, provides that “succession, testate and intestate; probate and letters of administration” are matters within the Federal jurisdiction. However, para. (ii) of item 4(e) removes “Islamic personal law relating to ... gifts or succession, testate and intestate” from the Federal jurisdiction. This is followed by item 1 of the State List that, inter alia, provides that “Islamic law and personal and family law of persons professing the religion of Islam, including the Islamic law relating to succession, testate and intestate” are matters that fall within the State list.”. (penekanan digariskan) [41] Pendirian Mahkamah adalah bersandarkan kepada peringatan Hishamudin Yunus HMR di dalam kes Siti Hasnah Vangarama Abdullah v. Tun Mahathir Mohamad (as the President of PERKIM) & ors [2012] 7 CLJ 845 seperti berikut: “[26] In our judgment, although we are conscious of the fact that the striking out applications are not based purely on limb (a) of O. 18 r. 19(1), and hence reliance on the supporting affidavits by the defendants are permissible, nevertheless we take the view that, in determining as to whether or not the subject-matter of the action comes within the exclusive jurisdiction of the Syariah High Court, the court hearing the striking out applications must give due consideration to the nature of the relief sought and the content of the plaintiff’s supporting affidavit for her originating summons. The court must not at this stage embark on an in-depth evaluation of the conflicting affidavits of both sides and S/N PDxrBe2h4Eqb7CjobOurTQ then endeavour to make findings of facts or of mixed law and facts, and thereafter to make a determination as to whether or not the subject-matter falls within the exclusive jurisdiction of the Syariah High Court, as what the learned High Court judge (with respect) had done in the present case. That, in our view, with respect, besides muddling the issue, would not be the correct approach. The court must not forget that at this moment it is only hearing striking out applications. It is not yet hearing the main action. The correct approach is for the court to examine the exact nature of the relief sought and the supporting affidavit of the plaintiff’s originating summons and ask itself: assuming the facts alleged in the supporting affidavit are true, and considering the exact nature of the relief sought, would not the matter fall exclusively within the jurisdiction of the Syariah High Court? If the answer is ‘Yes’, then (and only then) the matter falls outside the jurisdiction of the civil courts. However, if the answer is in the negative, then the court must dismiss the striking out applications.”. (penekanan digariskan). Penutup [42] Atas alasan yang dinyatakan, penghakiman Mahkamah ini yang membenarkan Kand. 40 dan kos dalam kausa adalah teratur. [43] Defendan tidak wajar dan tidak boleh meminda perenggan-perenggan 7(a), (b)(i), (ii) & (iii), (c) dan (d); 8(a), (b) dan (c); 9(a) dan (b); 12(a) dan (b) untuk memplidkan bahawa Mahkamah ini tiada bidangkuasa untuk mendengar kes ini. Untuk memindahkan tuntutan ini dan didengar bersama S/N PDxrBe2h4Eqb7CjobOurTQ dengan tindakan di Mahkamah Tinggi Shariah adalah suatu yang tidak wajar dan tidak teratur. Bertarikh: 2 September 2025. RoziBainon ( ROZI BINTI BAINON ) Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Shah Alam Sivil NCvC12 Peguam cara: Bagi Plaintif: Datuk Akberdin b. Hj Abdul Kader bersama-samanya Pn Faradinah binti Abu Bakar Tetuan Akberdin & Co., Shah Alam Bagi Defendan: Pn Pavitra Pillai A/P Ramesh Pillai Tetuan M David Morais, Kuala Lumpur S/N PDxrBe2h4Eqb7CjobOurTQ