Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI GUA MUSANG DALAM NEGERI KELANTAN DARUL NAIM, MALAYSIA
DI-A53KJ-17-05/2025
Sessions Court of Malaysia9 Apr 2026
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI GUA MUSANG DALAM NEGERI KELANTAN DARUL NAIM, MALAYSIA
1
FARISHA AZWA BINTI ABDULLAH [Menuntut sebagai balu menurut hukum dan orang tanggungan kepada MUHAMAD KHAIRUL NIDZAN BIN CHE SOH, simati] …PLAINTIF
1
DAN ABDUL RAHMAN BIN SETIN [Identity Card No.: 700826075525]
2
SJPOM LOGISTICS SDN BHD [No.: 1241056-K] …DEFENDAN-DEFENDAN
1
Kes ini merupakan suatu tuntutan ganti khas atas satu kemalangan jalan raya melibatkan sebuah motorsikal No Pendaftaran DEB 4668 yang ditunggang si mati dengan sebuah motokar Hilux No Pendaftaran VGP 3986 yang dipandu oleh Defendan pertama. Motokar berdaftar atas syarikat iaitu Defendan kedua. Kemalangan S/N obESDpipykWfukqLmuyKvw berlaku di Jalan Aring 5 (Sungai Relai) Gua Musang Kelantan yang berlaku pada 20.1.2025 jam lebih kurang 7.50 pagi.
2
Selepas perbicaraan penuh dijalankan, dengan 3 orang saksi plaintif dan seorang saksi defendan telah dipanggil, dan Mahkamah ini atas imbangan kebarangkalian mendapati Plaintif [Yang Menuntut sebagai balu menurut hukum dan orang tanggungan kepada si mati] adalah dengan ini bertanggungan 100% atas kemalangan ini. Oleh yang demikian tuntutan pihak Plaintif terhadap Defendan Pertama dan Defendan Kedua adalah dengan ini ditolak.
3
Pada 20.01.2025, jam lebih kurang 7.50 pagi di Jalan Aring 5 (Sungai Relai) Gua Musang Kelantan, si mati yang menunggang motorsikal dari arah atas ke bawah rajah kasar (P1). Manakala Defendan Pertama dari arah bawah ke atas rajah kasar (P1) dalam perjalanan ke Kuala Betis Gua Musang.
4
Apabila sampai di tempat kejadian motorsikal yang ditunggang oleh si mati telah berlanggar dengan motokar yang dipandu Defendan Pertama dan si mati meninggal dunia di tempat kejadian. S/N obESDpipykWfukqLmuyKvw
5
Rajah kasar (P1) telah dilakarkan dan 19 Keping Gambar kemalangan dan kenderaan (P3 A-S) telah dikemukakan di dalam mahkamah.
6
Mahkamah ini juga menerima masuk eksibit D12 A-E iaitu 5 keping gambar sejurus kemalangan melalui saksi Defendan SD1.
7
Apabila sampai di Jalan Aring 5 (Sungai Relai) Gua Musang Kelantan, si mati yang menunggang dari arah atas ke bawah rajah kasar P1 telah berlanggar dengan motokar yang dipandu oleh Defendan Pertama yang datang dari arah bertentangan dikatakan telah masuk ke laluan sah si mati menyebabkan kemalangan.
8
Akibat kemalangan ini si mati telah meninggal dunia di tempat kejadian dan Plaintif [Menuntut sebagai balu menurut hukum dan orang tanggungan kepada si mati] membawa tindakan ini untuk mendapatkan gantirugi Khas.
9
Versi Defendan sebagaimana keterangan pegawai SP1 dalam rakaman percakapan Defendan Pertama menyatakan apabila tiba di tempat kejadian, motorsikal yang ditunggang oleh si mati dari arah bertentangan telah memasuki laluan sah Defendan Pertama S/N obESDpipykWfukqLmuyKvw sebelum kemalangan berlaku. Keadaan cuaca berkabus dan jarak penglihatan hanya sekitar 20 meter ke hadapan.
10
Versi Defendan juga melalui saksi SD1 memaklumkan beliau adalah penumpang dalam motokar yang dipandu oleh Defendan Pertama dalam perjalanan dari Ladang Liquid Palm Grower 3 menghala ke Kuala Betis, Gua Musang bagi menghadiri satu mesyuarat telah memberikan keterangan yang sama iaitu motorsikal yang ditunggang oleh si mati yang datang dari arah bertentangan telah memasuki laluan sah Defendan secara mengejut dan merempuh bahagian hadapan motokar dipandu Defendan Pertama.
11
Bagi sesuatu kes tuntutan kemalangan jalan raya mahkamah hendaklah menimbang kesemua keterangan yang telah dikemukakan di mahkamah dan memilih versi mana yang lebih probable.
12
Isu yang paling utama yang perlu diputuskan adalah isu liabiliti berkenaan adalah siapakah yang bertanggungan dan menjadi penyebab punca kemalangan? versi siapa yang lebih probable dalam menentukan liabiliti? Adakah ada sumbang cuai? Dalam S/N obESDpipykWfukqLmuyKvw ketiadaan saksi bebas mahkamah akan menilai saksi sedia ada dan keterangan senyap?
13
DAPATAN MAHKAMAH Dengan ketiadaan saksi bebas, oleh yang demikian mahkamah ini akan menilai keseluruhan keterangan sedia ada oleh saksi saksi yang telah dikemukakan dan juga mengambil kira keterangan dokumen sebagai keterangan senyap yang dikemukakan dalam mahkamah ini.
14
Pertamanya, SP1 semasa kehadirannya kali pertama memberikan keterangan memaklumkan status kes belum selesai. Melalui keputusan awal penyiasatan Kes (P2), kes telah diklasifikasikan sebagai “refer to magistrate’ (RTM).
15
Setelah mendapat perkembangan terkini berkenaan kes, SP1 telah dipanggil semula untuk memberikan keterangan melalui satu permohonan yang dibuat oleh peguamcara pihak Plaintif yang telah kemudiannya dibenarkan oleh mahkamah ini. SP1 telah hadir buat kali kedua untuk memberikan keterangan berkenaan dengan hasil siasatan. S/N obESDpipykWfukqLmuyKvw
16
SP1 telah memaklumkan kertas siasatan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa raya bagi siasatan dibawah seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 terhadap Defendan Pertama iaitu memandu secara melulu dan berbahaya sehingga menyebabkan kematian. Walaubagamanapun Timbalan Pendakwa raya pada 16.12.2025 bersetuju kes di rujuk sebagai “RTM” berdasarkan alasan bentuk jalan, penglihatan terhad dan tiada keterangan menjurus kepada kecuaian pemandu hilux iaitu Defendan Pertama sebagaimana Keputusan Kes (P4). SP1 juga memaklumkan siasatan sebagai muktamad.
17
Walaubagaimanapun mahkamah ini perlu meneliti dan menimbang secara teliti keseluruhan keterangan yang telah dikemukakan dalam mahkamah ini sama ada konsisten dengan hasil keputusan kes awal siasatan P2 dan juga keputusan kes P4 yang telah dikemukakan.
18
Sebagaimana keterangan SP1, beliau tiba ditempat kejadian 3 jam selepas kemalangan iaitu pada jam 11.00 pagi. Final resting motokar (tandaan E) dan motorsikal (tandaan F) selepas kemalangan sebagaimana dilukis dalam P1. Kedudukan mayat si mati (tandaan G) juga dilakarkan, Manakala serpihan kemalangan S/N obESDpipykWfukqLmuyKvw (tandaan H) dikatakan dialihkan kerana berada ditengah jalan bagi memberikan laluan kepada pengguna jalan raya yang lain.
19
SP1 juga memberikan keterangan berdasarkan gambar P3B terdapat geseran daripada bawah menghala ke kiri jalan. Tidak dapat dipastikan kesan tangki minyak pecah atau kesan tayar terseret. SP1 memamklumkan kemungkinan kesan brek bercampur minyak dan air. Semasa disoal balas SP1 menyatakan juga terdapat tompokan minyak sebagaimana dalam gambar P3 E dan F berdekatan dengan kedudukan akhir motorsikal tetapi tidak dilukis dalam P1.
20
SP1 juga semasa dicadangkan Peguamcara Plaintif bersetuju kemungkinan motokar yang dipandu Defendan Pertama dibawa laju dan juga bersetuju kemungkinan motokar dipandu di tengah jalan berdasarkan kerosakan di bahagian tengah hadapan motokar dipandu Defendan pertama.
21
Tetapi semasa disoal balas Peguam defendan, SP1 bersetuju Defendan Pertama ada memaklumkan dalam rakaman percakapannya menyatakan mortorsikal si mati yang memasuki laluan Defendan Pertama dan SP1 juga bersetuju sebagaimana gambar di muka surat 25, 26 28 dan 29 ikatan dokumen dokumen plaintif yang ditandakan B bahawa tayar motokar yang dipandu S/N obESDpipykWfukqLmuyKvw Defendan pertama berada di kiri jalan dan telah memasuki bahu jalan atas rumput. SP1 sendiri semasa disoal balas memaklumkan tiada bukti Defendan pertama memasuki laluan sah si mati.
22
Dan satu fakta penting sebagaimana dilukis oleh SP1 dalam P1 adalah terdapat satu petak besar dilukis dilaluan si mati yang berada betul – betul berada di laluan si mati sebelum tempat kemalangan iaitu dengan tandaan C sebagaimana keterangan SP1 sebagai jalan rosak dan jalan beralun.
23
Di akhir siasatan awal SP1 sebagaimana P2, SP1 memaklumkan keputusan awal siasatan dibuat atas faktor tiada garisan pembahagi jalan, faktor cuaca berkabus yang menghadkan pandangan serta hanya terdapat satu versi sahaja iaitu pemandu motokar.
24
Keduanya, mahkamah ini berpuashati dan bersetuju serta membuat dapatan bahawa kemalangan ini berlaku berlaku di laluan sah Defendan pertama. Jika dilihat dari keseluruhan gambar P3 A-S secara jelas kesemuanya menjurus ke bahagian ke bahagian kiri jalan di laluan sah Defendan pertama.
25
Merujuk silang P1 yang dilukis oleh SP1 sendiri jelas memberat ke arah laluan bawah ke atas jalan dan ianya lebih menyokong dengan kesan geseran dan pecahan serpihan tidak menunjukkan kemalangan berlaku di laluan si mati atau tengah jalan. Begitu juga S/N obESDpipykWfukqLmuyKvw kesan tompokan minyak yang berada di tempat terakhir motorsikal berada ianya juga jelas dilaluan Defendan Pertama dan bukan di tengah jalan atau di laluan si mati.
26
Apa yang menguatkan dapatan mahkamah ini adalah berdasarkan gambar yang juga dikemukakan pihak Defendan sebagai D12 A-E. Kelima lima gambar ini telah dikemukakan melalui oleh saksi Defendan iaitu SD1 yang juga merupakan penumpang dalam motokar tersebut. Gambar ini lebih “fresh” kerana diambil sejurus kemalangan "immediate aftermath”. Kesemua gambar menjurus ke kiri jalan laluan Defendan Pertama. Keterangan senyap merupakan keterangan yang tidak akan menipu.
27
Keberadaan SD1 di tempat kejadian tidak boleh dipertikaikan kerana beliau turut berada dalam D12 tersebut sejurus kemalangan berlaku dan menyokong keterangannya sebagai penumpang dalam motokar yang dipandu Defendan Pertama. Walaupun setelah disoalbalas, SD1 menyatakan beliau tidak membuat laporan polis kerana Defendan Pertama telah membuat laporan polis.
28
Ketiganya jika dilihat kesan serpihan juga yang berselerakan banyak tertumpu di kiri jalan sebelah laluan motokar yang dipandu Defendan Pertama. Sebagaimana keterangan SP1 sebelum ini berkenaan kesan geseran jika dilihat berdasarkan gambar P3B S/N obESDpipykWfukqLmuyKvw lebih konsisten dengan gambar D12D yang berada di laluan Defendan Pertama. Kesan geseran juga bermula di laluan sah defendan Pertama.
29
Dengan fakta dan keterangan ini, ia seolah olah menyokong dan memberikan inference serta kesimpulan kepada mahkamah ini bahawa motokar yang dipandu Defendan Pertama, telah dipandu di laluan sahnya sebelum berlakunya kemalangan dan tidak dipandu ditengah jalan tetapi telah merapat ke kiri jalan laluan sahnya. Di samping fakta pandangan ke hadapan terhad sekitar 20-30% sahaja akibat kabus tebal yang tidak dipertikaikan, maka adalah mustahil untuk mengelak pada jarak dekat.
30
Keempat berkenaan dengan ketiadaan garisan pembahagi jalan ditempat kejadian, mahkamah ini bersetuju secara mata kasar tidak dapat dilihat garisan pembahagi jalan dan keterangan SP1 juga menyatakan sedemikian. Walaubagaimanapun setelah meneliti gambar P3 M, N, O, P, Q, R dan S terdapat satu garisan panjang seolah olah pembahagi jalan yang telah mulai kabur sebelum tiba ditempat kejadian atau secara tepatnya di kotak besar tandaan C oleh SP1. S/N obESDpipykWfukqLmuyKvw
31
Walau apa pun alasan yang diberikan, pemanduan perjalanan dari atas rajah kasar ke bawah hendaklah di sebelah kanan dan bukan di sebelah kiri jalan. Mahkamah ini mengambil judicial notice laluan pemanduan di Malaysia adalah bagi bawah ke atas P1 adalah kiri jalan manakala perjalanan dari atas ke bawah P1 adalah disebelah kanan jalan.
32
Kelima berdasarkan kerosakan kedua dua kenderaan mahkamah percaya satu pertembungan berhadapan telah berlaku di antara kedua dua kenderaan. Kesan teruk akibat bonet motokar defendan pada dapatan mahkamah adalah kesan atau impak perlanggaran motokar yang sangat kuat dan berkemungkinan si mati telah terhempas ke atas bonet hadapan sebelum terjatuh di sebelah kanan motokar menjelaskan kedudukan terakhir mayat simati sebagaimana tandaan G dalam P1.
33
Jika dapat dilihat berdasarkan gambar P3A, dan diperhatikan secara teliti juga terdapat 2 kesan serpihan anggota milik si mati yang tercampak selepas kemalangan. Pertamanya di hadapan motokar iaitu di kiri jalan berhampiran bahu jalan. Manakala yang kedua di di belakang motorsikal si mati atau secara tepat membelakangi motorsikal si mati sebagaimana gambar P3A. S/N obESDpipykWfukqLmuyKvw
34
Semasa disoal SP1 oleh mahkamah, SP1 percaya kemungkinan kaki milik si mati tersebut sebagai serpihan tersebut. Mahkamah berpandangan kedua duanya berada di laluan Defendan Pertama. Ini juga tidak dilukis oleh SP1 dalam P1.
35
Keenam, sebagaimana hujahan pihak plaintif bahawa yang mencadangkan kemalangan berlaku di laluan sah si mati dan kemungkinan Defendan Pertama memandu di tengah jalan, mahkamah tidak berpendapat sedemikian berdasarkan bukti keterangan sedia ada. Dan juga secara kebiasaannya motorsikal hendaklah ditunggang disebelah kiri jalan atau lebih tepat berhampiran bahu jalan bagi pemanduan yang selamat. Dalam kes ini tiada satu keterangan yang menyokong versi plaintif kerana kesemuanya lebih menjurus keterangan ke laluan Defendan.
36
Jadi apa yang menyebabkan si mati tidak menunggang di kiri jalan? Berdasarkan keterangan sedia ada, selain pandangan terhad akibat kabus pada hari kejadian, mahkamah berpendapat jalan rosak yang merekah berlubang serta beralun sebagaimana tandaan C oleh SP1 dalam P1 yang berada tepat di laluan si mati sebelum tempat kemalangan berkemungkinan si mati memilih untuk mengelak dan masuk jalan bertentangan bagi meneruskan perjalanan. S/N obESDpipykWfukqLmuyKvw
37
Kemungkinan diambil kira berdasarkan keadaan dan rupa jalan jalan tandaan C pada P1 tersebut. Apabila SP1 dicadangkan bahawa si mati terbabas ke kanan jalan, SP1 tidak bersetuju dengan cadangan tersebut. Mahkamah walaubagaimana pun berpendapat kemungkinan ini tidak boleh ditolak kerana kedudukan tandaan C tersebut betul betul berada dilaluan si mati sebelum tempat kemalangan.
38
Keadaan jalan yang rosak itu dapat dilihat secara jelas dalam gambar P3 N, O dan R. Jelas keadaan jalan merekah berlubang dan rosak yang berada betul betul di laluan sah si mati sebelum tiba di tempat kemalangan. Fakta ini mungkin menyokong teori si mati yang masuk ke laluan Defendan Pertama.
39
Siapa yang boleh dipertanggungjawabkan jika benar kemalangan ini disebabkan jalan yang rosak ini? Siapa yang sepatutnya mengawalselia dan membaiki keadaan jalan yang rosak di tempat tersebut. Jika dilihat dari gambar P3 A-S tiada satu papan tanda amaran atau keselamatan yang diletakkan sebelum jalan rosak tersebut bagi memberikan peringatan kepada pengguna jalan raya yang melalui jalan tersebut. Mahkamah ini percaya faktor ini sedikit sebanyak menyumbang kepada punca kemalangan ini. Tetapi tiada pihak-pihak yang dinamakan dalam saman ini. S/N obESDpipykWfukqLmuyKvw
40
Ketujuh, Mahkamah ini percaya kemalangan ini dapat dilelakkan jika si mati meneruskan tunggangannya di sebelah kiri jalan di mana kebiasaan penunggang motorsikal menunggang. Tetapi dalam ke ini sebaliknya berlaku dan kemalangan bukan berlaku merapat di sebelah kiri di laluan motorsikal yang sepatutnya ditunggang si mati atau tengah jalan tetapi sebaliknya keterangan sedia ada menjurus kemalangan berlaku di laluan bertentangan iaitu laluan sah motokar. Dengan keadaan jalan yang rosak serta kabus yang menghalang penglihatan, pemanduan secara berhemah harus dikekalkan.
41
Kelapan, berkenaan isu kegagalan Defendan Pertama memberikan keterangan atau hadir ke Mahkamah, mahkamah berpendapat apabila SP1 telah memberikan keterangan apabila disoalbalas berkenaan isi kandungan rakaman percakapan Defendan Pertama, leh yang demikian kegagalannya hadir bukanlah satu material dalam kes ini memandangkan.
42
SP1 sendiri dalam siasatan awalnya menjelaskan hanya ada versi sahaja iaitu versi Defendan. Ini menunjukkan keterangan ini telah diambilkira dalam siasatan oleh SP1. Mahkamah ini percaya walaupun Plaintif dalam hujahan balasnya berhujah bahawa satu inference boleh dibuat di bawah seksyen 114(g) Akta Keterangan S/N obESDpipykWfukqLmuyKvw 1950 tetapi mahkamah ini berpendapat ianya tidak terpakai dalam kes ini.
43
Juga fakta telah dikemukakan dalam perbicaraan ini bahawa Defendan Pertama tidak lagi bekerja dengan Syarikat Defendan kedua dan gagal dikesan. SD1 juga telah hadir memberikan keterangan sebagai wakil majikan bagi kes Plaintif dan juga turut hadir untuk saksi Defendan sebagai saksi mata iaitu penumpang dalam motokar yang dipandu oleh Defendan Pertama bagi menceritakan kejadian kemalangan.
44
Kesembilan, Plaintif berhujah kehadiran SD1 yang datang dan mengaku sebagai penumpang serta sebagai saksi mata adalah saksi yang tidak boleh dipercayai dan keterangannya tidak boleh digunapakai, mahkamah ini berpendapat dan berpuashati bahawa kelibat beliau SD1 jelas kelihatan dan disahkan sendiri oleh SD1 apabila disoalbalas keberadaannya dalam gambar yang dikemukakan iaitu D12. Keberadaan SD1 ditempat kejadian adalah tidak boleh dipertikaikan.
45
Tidak dilupa bahawa saksi Defendan SD1 ini juga adalah saksi Plaintif dalam kes ini iaitu SP2 yang hadir sebagai wakil majikan memberikan keterangan bagi pihak Plaintif dan SD1 sendiri mengakui berada dalam kenderaan yang dipandu Defendan S/N obESDpipykWfukqLmuyKvw Pertama dalam perjalanan ke Kuala Betis Gua Musang bagi menghadiri satu mesyuarat. Jika Plaintif boleh menerima beliau sebagai SP2 sebagai wakil majikan dan jika beliau benar benar tidak berada di tempat kejadian, bagaimana dengan D12? Adakah saksi ini tidak boleh dipercayai? Gambar D12 ini diambil sejurus kemalangan berbanding P3 yang diambil 3 jam selepas kemalangan.
46
Walaupun SD1 tidak membuat laporan polis ataupun tidak pernah dipanggil memberikan keterangan oleh Pegawai penyiasat, ini lebih kepada menjurus kepada kelemahan siasatan yang dijalankan oleh pegawai penyiasat. Walaupun Defendan Pertama tidak pernah memberikan maklumat berkenaan SD1 tetapi sebagai pegawai penyiasat, SP1 mempunyai kuasa penuh menjalankan siasatan dan menjadi tanggungjawab mendapatkan kesemua bukti sedia ada bagi mendapatkan hasil siasatan yang lengkap.
47
Kegagalan SP1 memperolehi fakta yang penting ini adalah satu kesilapan oleh Pegawai Penyiasat itu sendiri. Di samping itu beberapa elemen penting yang sepatutnya dilukis dalam P1 juga gagal dilukis oleh SP1. S/N obESDpipykWfukqLmuyKvw
48
Kesepuluh, sebagaimana keterangan kali kedua SP1 yang menyatakan siasatan di bawah seksyen 41(1) APJ 1987 memandu secara melulu dan berbahaya sehingga menyebabkan kematian, tidak diteruskan terhadap Defendan Pertama memandangkan Timbalan Pendakwa Raya berpuashati atas faktor bentuk jalan, penglihatan yang terhad akibat kabus dan tiada keterangan yang menjurus kepada kecuaian oleh pemandu motokar.
49
Maka mahkamah berpuashati dan bersetuju dengan keputusan tersebut, bukan berasaskan keputusan Timbalan Pendakwa Raya semata mata tetapi keseluruhan keterangan sedia ada termasuk keterangan senyap menyokong dan konsisten dengan versi Defendan. Jika tiada kecuaian dari pihak Defendan Pertama bagaimana sumbang cuai boleh letakkan dibahu Defendan oleh mahkamah ini.
50
Sekali lagi berdasarkan bukti dan keterangan sedia ada Mahkamah ini berpendapat kecuaian sepenuhnya adalah seharusnya diletakkan kepada si mati kerana telah memasuki laluan sah defendan walau dengan apa sebab dan alasan sekalipun. Mahkamah ini percaya penilaian yang berbeza akan dibuat oleh Timbalan Pendakwa Raya sekiranya tiada kematian berlaku dalam kemalangan ini. S/N obESDpipykWfukqLmuyKvw
51
Berdasarkan dapatan mahkamah terhadap isu liabiliti seperti di bincangkan di atas maka mahkamah tiada pilihan lain selain untuk mempercayai versi defendan yang menyokong satu sama lain dan lebih probable berbanding versi Plaintif.
52
Setelah mendengar keterangan saksi-saksi sedia ada serta meneliti keterangan-keterangan yang dikemukakan di mahkamah ini, hujahan kedua dua pihak, atas imbangan kebarangkalian, Mahkamah dengan ini memutuskan bahawa Plaintif dalam kes ini adalah bertanggungan (100% liabiliti) atas kemalangan ini dan tuntutan plaintif terhadap defendan-defendan adalah dengan ini ditolak.
53
Untuk melengkapkan alasan penghakiman ini, kuantum atas dasar 100% dikemukakan jika ada rayuan difailkan oleh pihak yang terkilan.
54
Awad yang diberikan adalah adil, wajar dan munasabah S/N obESDpipykWfukqLmuyKvw GANTIRUGI KHAS (ATAS DASAR 100%) (JIKA DIBENARKAN)
55
Bagi tujuan tuntutan gantirugi khas ini 2 orang saksi Palintif telah dipanggil iaitu: - SP2 Mohd Shahrul Izwan bin Asbullah (Wakil Majikan) SP3 Farisha Azwa binti Abdullah (isteri si mati) GANTIRUGI KHAS (ATAS DASAR 100%)(JIKA DIBENARKAN) NO ITEM
1
Kos Laporan JPJ - Sebagaimana hujahan Plaintif RM 20.00 - Sebagaimana hujahan Defendan RM 10.00 Mahkamah - Bersetuju sebagaimana hujahan Plaintif - Award RM 20.00 Dibenarkan RM 20.00 2 Kos laporan Polis - Sebagaimana hujahan Plaintif RM 40.00 - Sebagaimana hujahan Defendan RM 40.00 Mahkamah - Bersetuju sebagaimana hujahan Plaintif - Award RM 40.00 Dibenarkan RM 40.00 S/N obESDpipykWfukqLmuyKvw
3
Perbelanjaan pengkebumian - Sebagaimana hujahan plaintif RM 5,500.00 - Sebagaimana hujahan Defendan RM 4,000.00 Mahkamah - Bersetuju sebagaimana hujahan Plaintif - Award RM 5,500.00 Dibenarkan RM 5,500.00 4. Bereavment - Sebagaimana hujahan Plaintif & Defendan - Seksyen 7(3A) & (3B) Akta Sivil (Pindaan) 1984 Mahkamah - Bersetuju dengan hujahan kedua dua pihak - Award RM 30,000.00 Dibenarkan RM 30,000.00 5. Kos kehilangan Penanggungan Hujahan Plaintif-Plaintif berhujah RM 2,500 sebagai kos kehilangan tanggungan sebulan - RM 2,500 x 12 x 16 = RM 480,000.00 Hujahan Defendan-Defendan berhujah gaji tertinggi si mati bulan Oktober 2024 iaitu RM 3,387.69. Gaji terendah bulan November 2024 RM 2,340.96 - Maka RM 3,387.69 + RM 2,340.96 ÷ 2 = RM2,864.33 sebagai purata gaji sebulan - Potongan 1/3 untuk “living expenses” RM2,864.33 x 2/3 = RM 1,909.55 Dibenarkan RM 320,000.64 S/N obESDpipykWfukqLmuyKvw - RM 1,909.55 – RM 400 (bayaran instalment – kereta Bezza) = RM 1,509.55 - Maka Defendan berhujah bagi Dependency claim RM 1,509.55 x 12 bulan x 16 tahun = RM289,833.60 Mahkamah - Sebagaimana keterangan SP2 dan SP3. - P5 Slip Gaji - P6 & 7 surat Pengesahan Majikan - P8 Caruman KWSP - Bersetuju sebagaimana hujahan Plaintif RM 2,500 sebagai kos kehilangan tanggungan sebulan - Potongan 1/3 untuk “living expenses” RM2,500 x 2/3 = RM 1,666.67 - Maka Dependency claim yang dibenarkan RM1,666.67 x 12 bulan x 16 tahun = RM320,00.64 JUMLAH KESELURUHAN RM355,560.64 S/N obESDpipykWfukqLmuyKvw
56
56.
57
Kos mengikut skala Faedah 2.5% Ganti rugi Khas dari tarikh writ saman diserahkan sehingga tarikh keputusan. (jika dibenarkan)
58
Faedah 5% bermula dari tarikh keputusan untuk jumlah keseluruhan sehingga penyelesaian penuh dan muktamad. (jika dibenarkan)
59
Atas persetujuan Plaintiff, Wang Penghakiman hendaklah dimasukkan ke dalam akaun pelanggan Tetuan Abdul Rahim & Co (Jika dibenarkan)
60
Walaubagaimanapun mahkamah ini menyerahkan kepada kebijasanaan YA Hakim Mahkamah Tinggi untuk membuat sebarang keputusan terhadap rayuan ini (jika ada) Bertarikh: 9 April 2026 (NIK MOHD TARMIZIE BIN NIK MOHD SHUKRI) Hakim Mahkamah Sesyen Gua Musang Pihak-pihak Plaintif : Tetuan Abdul Rahim & Co Defendan : Tetuan Wong Yam Kah & Co. S/N obESDpipykWfukqLmuyKvw
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.