Content
1 DALAM MAHKAMAH MAJISTRET KUALA SELANGOR DALAM NEGERI SELANGOR PERMOHONAN JENAYAH NO: BJ-89-95-03/2025 FATIMAH BINTI ISMAIL …PEMOHON (NO. K/P: 680423-08-5168)
BJ-89-95-03/2025
Magistrates Court of Malaysia15 Aug 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“eiture of RM87,609.00 to the Government of Malaysia pursuant to section 407 of the CPC. It was argued the learned Magistrate had erred as the forfeiture should have been pursuant to section 16 of the Common Gaming Houses Act 1953. [43] An examination of the Records of Appeal indicates that each the appellants had ident”
“to the conduct of the owner and the circumstances of the case." Selanjutnya di dalam kes yang sama YA Abdul Aziz menyatakan: “Section 20 of the Pawnbrokers Enactment is complementary to s. of the Criminal Procedure Code (relating to disposal of property the subject of offences). Although s. 407 gives the power to the C”
“akan Responden Kedua dan Responden Ketiga telah dikenal pasti sebagai barang milik Pemohon. Pemohon bersandarkan kepada kes Guan Hin Enterprise (M) Sdn Bhd & Ors v PP, Mahkamah Agung: “Section 407 of Criminal Procedures Code states that the Court’s power to order a forfeiture is subject to any special provisions relati”
“tertuduh bukanlah mercantile agent kepada pemohon. Oleh yang demikian Akta Jualan Barangan 1957 di dalam kes ini tidak terpakai. “The concept of “mercantile agent” as contained in s. 2 of the Sale of Goods Act 1957 merits reproduction as follows: “mercantile agent” means a mercantile agent having in the customary cours”
“ner of the article, nor is it the duty of a pawnbroker to investigate the origin of the articles offered to be pawned. I am of the view that the pawnbrokers have not contravened any provisions of the Pawnbrokers Act 1972. Further they have not been negligent in accepting the exhibits in the course of the transactions a”
“rt or magistrate may seem just and fitting according to the conduct of the owner and the circumstances of the case." Selanjutnya di dalam kes yang sama YA Abdul Aziz menyatakan: “Section 20 of the Pawnbrokers Enactment is complementary to s. of the Criminal Procedure Code (relating to disposal of property the subject o”
“2002) CLJU 224, di mana YA Low Hop Bing menyatakan: “The exhibits are the properties which had been used by the accused for the commission of the offence of dishonest misappropriation under s. of the Penal Code. The power of the court under s. 407(ii) of the CPC is subject to any special provisions relating to delivery”
“this document via eFILING portal 14 statute, that special provision excludes the operation of a general provision in the general law. (See also Public Prosecutor v. Chu Beow Hin [1982] CLJ Rep 288; [1982] CLJ 110; [1982] 1 MLJ 135). The provisions of section 3 of the Criminal Procedure Code which counsel for the respon”
“n however, would be to ignore the maxim, 'generalia specialibus non derogant', which means that a general Act is made subject to a specific Act. Para [132] In PP v. Chew Siew Luan [1982] CLJ Rep 285; [1982] CLJ 354; [1982] 2 MLJ 119, the Federal Court held: "We further note in particular that section 41B of the Act is”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH MAJISTRET KUALA SELANGOR DALAM NEGERI SELANGOR PERMOHONAN JENAYAH NO: BJ-89-95-03/2025 FATIMAH BINTI ISMAIL …PEMOHON (NO. K/P: 680423-08-5168)
2
2.
3
PAJAK GADAI KT PERTAMA SDN BHD BANK KERJASAMA RAKYAT MALAYSIA BERHAD (BANK RAKYAT) …RESPONDEN-RESPONDEN ALASAN PENGHAKIMAN S/N tsTFol4JyU6gNn34bazZ0g Pengenalan: Ini merupakan satu permohonan dari pemohon untuk mendapatkan semula barang-barangnya yang terlibat di dalam kes curi dan pajakan. Di dalam permohonan ini, Pemohon menyatakan bahawa pada 7.8.2024 pemohon telah membuat laporan polis Kuala Selangor/004407/24 dan Kuala Selangor/004433/24 berkenaan barang-barang kemasnya telah dirompak di rumahnya yang beralamat No.48, Jalan Bendahara 8, Taman Bendahara, 45000 Kuala Selangor, Selangor. Antara barang-barang yang telah dirompak dari rumah pemohon adalah seperti berikut: 1 : Wang tunai anggaran RM10,000-00 2 : Duit syiling satu beg anggaran tidak pasti 3 : 2 utas gelang tangan emas anggaran RM32,280-00 4 : 1 set subang emas anggaran RM500.00 5 : 1 bentuk cincin emas anggaran RM1,000-00 6 : 2 bentuk cincin ikat batu anggaran tidak pasti 7 : 10 gold bar 10 gram dan 5 gram anggaran tidak pasti Pemohon di dalam permohonannya menyatakan bahawa beliau mempunyai bukti-bukti pembelian yang sah. Anggaran kerugian yang ditanggung pemohon akibat rompakan tersebut adalah sebanyak RM50,000-00. Melalui Afidavit Sokongan, pemohon menyatakan lagi bahawa Pegawai Penyiasat dalam kes tersebut adalah Sarjan Sharifah menyatakan bahawa OKT dalam kes kecurian tersebut telah ditahan oleh pihak polis. Hasil tangkapan tersebut pihak polis telah merampas: 1 : 1 biji baru permata 2 : 3 bentuk cincin 3 : 8 keping gold bar 4. : Wang tunai berjumlah RM6,700-00 5 : 1 surat akuan gadaian Bank Rakyat 6 : 4 keping surat pajak gadai KT Pertama Sdn Bhd Pemohon selanjutnya menyatakan bahawa antara barang-barang yang telah dicuri telah dipajakgadai pada Responden Kedua dan Responden S/N tsTFol4JyU6gNn34bazZ0g Ketiga. Antara barang-barang yang telah dicuri dan dipajakgadai tersebut adalah seperti berikut: Tempat Gadaian Barang Gadaian Jumlah Gadaian PAJAK GADAIAN KT PERTAMA SDN BHD 1 utas rantai tangan emas –
78
78.50 gram (no siri: H24-A- 19490) 1 coin emas – 5 gram (no siri: G24-A-18948) 2 biji subang emas – 1.70 gram (no. siri: G24-A-18948) 1 coin emas – 5 gram (no. siri G24-A-18802) RM22,000-00 RM1,500-00 RM500.00 RM1,500-00 AR RAHNU BANK RAKYAT CAWANGAN KUALA SELANGOR Satu rantai tangan UD berwarna kuning – 26.01 gram (no siri: 15526249) RM8,090.00 Pemohon telah mengecam barang-barang yang telah dipajak oleh OKT sebagai barang-barang yang telah dicuri OKT di kediamannya. Namun begitu OKT kemudian memajakkan barang-barang kes hasil kecurian tersebut di Pajak Gadai KT Pertama Sdn Bhd (Responden Kedua) dan AR Rahnu Bank Rakyat (Responden Ketiga). Namun selepas OKT ditangkap oleh pihak polis kini barang-barang kes tersebut berada dalam jagaan polis. Susualan dari itu OKT seterusnya telah dituduh di S/N tsTFol4JyU6gNn34bazZ0g Mahkamah Kuala Selangor dengan no. kes BJ-83RS-49-08/2024 dan BJ- 83RS-50-08/2024. Di dalam kes BJ-83RS-49-08/2024 OKT telah dituduh dengan 3 pertuduhan di bawah seksyen 414 Kanun Keseksaan dan setiap pertuduhan tersebut OKT dikenakan denda sebanyak RM2,200-00 kalau tidak bayar 3 bulan penjara. Manakala di dalam kes BJ-83RS-50-08/2024 OKT telah dikenakan dengan 2 pertuduhan di mana bagi pertuduhan pertama OKT telah dihukum dengan denda RM2,200-00 kalau tidak bayar 3 bulan penjara di bawah seksyen 414 Kanun Keseksaan, manakala bagi pertuduhan kedua OKT telah dihukum denda RM2,200-00 kalau tidak bayar 3 bulan penjara di bawah seksyen 411 Kanun Keseksaan. Pemohon menyatakan bahawa hasil daripada kes tersebut beliau telah kerugian sebanyak RM60,000-00 iaitu RM50,000-00 kerugian daripada barang kemas dan RM10,000-00 kerugian dalam bentuk wang tunai. Oleh yang demikian pemohon di sini telah memohon kepada Mahkamah di bawah seksyen 407(2) Kanun Prosedur Jenayah, seksyen 27 dan 29 Akta Jualan Barangan 1957, Seksyen 131 Akta Kontrak 1950 dan seksyen 34 Akta Pemegang Pajak Gadai 1972 satu perintah pemulangan barang-barang rampasan tersebut yang telah dipajakkan kepada institusi pajakan (Responden Kedua dan Responden Ketiga) tersebut kepada pemohon tanpa sebarang bayaran. Namun begitu di dalam prosiding ini, Responden Kedua telah memohon agar permohonan Pemohon ditolak manakala wakil Responden Ketiga melalui keterangan bersumpah wakilnya telah menyatakan tiada bantahan terhadap permohonan Pemohon untuk barang kemas pemohon yang telah dipajak kepadanya diserahkan semula kepada Pemohon.
Preamble
Menurut Responden Kedua, OKT telah melakukan pajakan di tempatnya pada 11.07.2024, 16.07.2024, dan 06.08.2024, OKT telah mengunjungi premis Responden Kedua untuk memajak beberapa barang kemas seperti berikut: Pada 11.07.2024, OKT telah memajak sebiji syiling emas untuk jumlah gadaian RM 1,500.00; Pada 16.07.2024, OKT telah memajak sepasang subang emas untuk jumlah gadaian RM 500.00; S/N tsTFol4JyU6gNn34bazZ0g Pada 16.07.2024, OKT telah memajak sebiji syiling emas untuk jumlah gadaian RM 1,500.00; dan Pada 06.08.2024, OKT telah memajak seutas rantai tangan emas for jumlah gadaian RM 22,000.00 Responden Kedua menyatakan bahawa OKT merupakan pemajak tetap di tempatnya. Sebelum OKT dituduh lagi OKT telah mengunjungi premis pajak gadai Responden Kedua sebanyak 17 kali untuk memajak pelbagai barangan. OKT juga telah menebus semula barang-barang yang pernah digadaikan sebelumnya. Responden Kedua turut menyatakan bahawa semua kakitangannya sememangnya mengenali OKT sebagai pelanggan tetap yang telah lama berurusan dengan mereka. Pada 06.08.2024, OKT sekali lagi telah datang ke premis pajak gadai Responden Kedua dan meminta untuk memajak seutas gelang emas dengan nilai RM22,000.00. Ketika itu, beliau dikatakan kelihatan tenang dan yakin, dengan tingkah laku yang sama seperti kunjungan sebelumnya. Responden Kedua juga menyatakan bahawa tiada sebarang tanda keresahan, kegusaran atau kelakuan luar biasa yang boleh menimbulkan syak wasangka dari transaksi bersama OKT tersebut. Responden Kedua seterusnya menjelaskan bahawa walaupun mereka sudah lama mempunyai hubungan kepercayaan dengan OKT, kakitangannya tetap menjalankan langkah ketekunan wajar tambahan memandangkan nilai barangan yang ingin digadaikan adalah tinggi. Langkah keselamatan yang diambil adalah seperti menjalankan temubual dengan OKT. Hasil temubual yang dijalankan oleh Responden Kedua, OKT menyatakan bahawa beliau bekerja sebagai kontraktor yang masih belum menerima bayaran. Beliau memerlukan dana segera untuk mengatasi masalah aliran tunai dan juga untuk keperluan peribadi. Sepanjang interaksi tersebut Responden Kedua menyatakan bahawa OKT telah memberikan jawapan dengan tenang, konsisten, meyakinkan dan alasan-alasan yang diberikan oleh OKT dikatakan adalah jujur dan munasabah. Oleh yang demikian menurut Responden Kedua, OKT tidak menunjukkan sebarang kelakuan mencurigakan, dan tiada petunjuk bahawa barang yang digadaikan diperoleh secara tidak sah. Memandangkan penjelasan OKT dilihat memuaskan, transaksi tersebut telah diselesaikan dan resit gadaian dikeluarkan oleh Responden Kedua. S/N tsTFol4JyU6gNn34bazZ0g Responden Kedua turut menekankan bahawa semasa kunjungan OKT pada 11.07.2024 dan 16.07.2024, OKT telah mempamerkan tingkah laku yang konsisten dengan perilaku pelanggan biasa. Sepanjang waktu tersebut, Responden menyatakan bahawa, OKT tidak menimbulkan sebarang syak wasangka mahupun berkelakuan secara luar biasa. Sikap dan kelakuan beliau selaras dengan transaksi-transaksi sebelumnya di premis pajak gadai tersebut. Responden Kedua selanjutnya menyatakan bahawa mereka hanya mengetahui barang-barang yang digadaikan oleh OKT adalah barang curi selepas penangkapan OKT dan bermulanya prosiding jenayah. Responden Kedua turut menyatakan bahawa mereka tidak mengetahui langsung mengenai sebarang siasatan jenayah atau laporan polis berhubung dengan barang-barang tersebut. Susulan dari hal itu, pada 01.03.2025 Pemohon telah memulakan prosiding ini untuk memohon satu perintah agar Responden Kedua diperintahkan memulangkan semua barang gadaian tersebut tanpa sebarang pembayaran bagi jumlah tebusan. Di dalam permohonan ini setelah meneliti permohonan pemohon, Afidavit-Afidavit yang telah difailkan oleh pihak-pihak bersama hujahan bertulis, Mahkamah memutuskan bahawa selaras di bawah seksyen 407
2
KTJ bahawa barang-barang eksibit tersebut hendaklah dikembalikan kepada pemohon (pemilik) dan dibaca bersama dengan seksyen 34 Akta Pemegang Pajak Gadai 1972, di mana pemohon hendaklah membayar wang tebusan pajak gadai yang diperolehi dengan cagaran barang eksibit tersebut bersama dengan faedah ke atasnya kepada pemegang pajak, berkuatkuasa dari tarikh gadaian tersebut sehingga tarikh barang eksibit itu diperolehi semula oleh polis daripada pemegang pajak, dan faedah selanjutnya dari hari keputusan sehingga jumlah tersebut dilunaskan sepenuhnya oleh pemohon. Selanjutnya, Pemohon tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut maka dengan itu satu rayuan difailkan di sini. S/N tsTFol4JyU6gNn34bazZ0g PRINSIP UNDANG-UNDANG Seksyen 407(2) Kanun Tatacara Jenayah:
2
During or at the conclusion of any inquiry or trial in any criminal Court the Court may make such order as it thinks fit for the custody or disposal of any property or document whatsoever produced before it or in its custody or the custody of the police or of any public servant regarding which any offence appears to have been committed or which has been used for the commission of any offence. The power herein conferred upon the Court shall include the power to make an order for the forfeiture or confiscation or for the destruction or for the delivery to any person of such property, but shall be exercised subject to any special provisions relating to forfeiture, confiscation, destruction or delivery contained in the written law under which the conviction was had. Seksyen 34 Akta Pemegang Pajak Gadai 1972: “If any proceedings before any court or Magistrate it shall appear that any article which has been lost or dishonestly or fraudulently obtained or acquired is held in pawn by any pawnbroker, the court or Magistrate may take evidence as to the circumstances of such pawning, and if the court or Magistrate so thinks fit may order the delivery of the article to the owner either on payment to the pawnbroker of the amount lent and of the profit due, or on payment to any part of such loan or profit, or without payment, as to the court or Magistrate may seem just and proper according to the conduct of the owner and the pawnbroker and the circumstances of the case.” S/N tsTFol4JyU6gNn34bazZ0g ALASAN PENGHAKIMAN: Alasan-alasan penghakiman adalah berdasarkan kepada isu-isu seperti berikut: ISU 1: Samada Mahkamah ini mempunyai bidang kuasa untuk memerintahkan pelupusan atau pemulangan barang kes kepada pemohon di bawah Seksyen 407(2) Kanun Tatacara Jenayah (KTJ). Peguam pemohon menyatakan bahawa berdasarkan Seksyen 406A KTJ, Mahkamah ini mempunyai bidang kuasa yang sah untuk memberi perintah terhadap pelupusan dan pemulangan barang-barang kes kepada pihak yang berhak. Oleh yang demikian pemohon membuat permohonan di bawah Seksyen 407(2) KTJ bagi pemulangan barang-barang rampasan kepada mana-mana pihak yang berhak. Peguam pemohon juga berhujah bahawa seksyen 407(2) KTJ memperuntukkan bahawa Mahkamah ini boleh setelah sabitan dibuat, memerintahkan supaya barang kes dilupuskan atau dipulangkan kepada mana pihak yang berhak memilikinya. Dalam kes ini, OKT telah dituduh dan disabitkan terhadap pertuduhan dan barang-barang kes yang dirampas oleh pihak polis daripada pajakan Responden Kedua dan Responden Ketiga telah dikenal pasti sebagai barang milik Pemohon. Pemohon bersandarkan kepada kes Guan Hin Enterprise (M) Sdn Bhd & Ors v PP, Mahkamah Agung: “Section 407 of Criminal Procedures Code states that the Court’s power to order a forfeiture is subject to any special provisions relating to forfeiture contained in the written law under which the conviction was had”. Bersandarakan pada kes ini peguam pemohon menyatakan bahawa di dalam kes semasa ini tiada sebarang peruntukan khas yang mengatasi Seksyen 407 KTJ yang menghalang Mahkamah untuk memberikan perintah pelupusan barang-barang rampasan dalam kes ini, oleh itu peguam pemohon berpenderian bahawa Mahkamah ini mempunyai bidang kuasa yang sah dan mencukupi untuk memerintahkan pelupusan dan / atan pemulangan barang rampasan kepada pemohon dan sah di sisi undang-undang. S/N tsTFol4JyU6gNn34bazZ0g Seksyen 407(2) Kanun Tatacara Jenayah memperuntukan seperti berikut:
2
During or at the conclusion of any inquiry or trial in any criminal Court the Court may make such order as it thinks fit for the custody or disposal of any property or document whatsoever produced before it or in its custody or the custody of the police or of any public servant regarding which any offence appears to have been committed or which has been used for the commission of any offence. The power herein conferred upon the Court shall include the power to make an order for the forfeiture or confiscation or for the destruction or for the delivery to any person of such property, but shall be exercised subject to any special provisions relating to forfeiture, confiscation, destruction or delivery contained in the written law under which the conviction was had. Peguam Responden Kedua mempertikaikan penggunaan seksyen 407(2) KTJ sebagai saluran undang-undang untuk pemulangan barang-barang yang dicuri dan dipajak kepada Pemohon. Responden Kedua berhujah Pemohon seharusnya menggunapakai seksyen 34 Akta Pemegang Pajak Gadai 1972 sebagai saluran dan prosedur pemulangan barang-barang yang dicuri dan dipajak tersebut. Ini kerana menurut peguam Responden Kedua Seksyen 34 APPG 1972 mengatasi peruntukan seksyen 407(2) KTJ secara umum. Pemohon juga dilihat bergantung kepada peruntukan undang-undang sivil termasuk Akta Pemegang Pajak Gadai, Akta Kontrak 1950, dan Akta Jualan Barangan 1957, maka segala relif yang dipohon pemohon dikatakan seharusnya berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Sivil dan bukannya di Mahkamah Jenayah. Peguam Responden Kedua telah membuat bantahan awal terhadap isu ini kerana menurut Peguam Responden Kedua Seksyen 407(2) KTJ ini tidak terpakai memandangkan kewujudan peruntukan khas pada Seksyen 34 Akta Pemegang Pajak Gadai 1972 (APPG 1972). Seksyen 407(2) yang menyatakan “subject to any special provisions relating to forfeiture, confiscation, destruction or delivery contained in the written law under which the conviction was had” S/N tsTFol4JyU6gNn34bazZ0g Setelah meneliti hujahan kedua-dua pihak Mahkamah meneliti peruntukkan pada seksyen 34 APPG 1972 yang menyatakan seperti berikut: Section 34 APPG 1972: If any proceedings before any court or Magistrate it shall appear that any article which has been lost or dishonestly or fraudulently obtained or acquired is held in pawn by any pawnbroker, the court or Magistrate may take evidence as to the circumstances of such pawning, and if the court or Magistrate so thinks fit may order the delivery of the article to the owner either on payment to the pawnbroker of the amount lent and of the profit due, or on payment to any part of such loan or profit, or without payment, as to the court or Magistrate may seem just and proper according to the conduct of the owner and the pawnbroker and the circumstances of the case. Berdasarkan undang-undang tersebut, Peguam Responden Kedua berhujah bahawa adalah tidak wajar untuk Pemohon mendapatkan semula barang kes yang digadai melalui Seksyen 407(2) KTJ dalam bentuk permohonan jenayah dan ianya adalah salah dari segi bidang kuasa memandangkan kewujudan seksyen 34 APPG 1972 yang dikatakan sebagai undang-undang khas mengatasi seksyen 407(2) KTJ tersebut. Di dalam permohonan ini, setelah mengamati hujahan dari kedua-dua pihak, Mahkamah mendapati bahawa, secara amnya dalam kes ini Seksyen 407(2) Kanun Tatacara Jenayah menjadi tunjang utama dalam permohonan ini memandangkan ianya melibatkan perintah pemulangan barang kes yang terlibat dengan jenayah kepada pihak yang berhak. Namun sejauh mana pemakaian seksyen 407(2) KTJ ini dapat dilaksanakan di dalam permohonan ini memandangkan barang-barang kes yang telah dirampas pihak polis terlibat dalam aktiviti pajakan di kedai pajak gadai oleh OKT. Seksyen 407(2) Kanun Tatacara Jenayah memperuntukkan seperti beriku: S/N tsTFol4JyU6gNn34bazZ0g
2
During or at the conclusion of any inquiry or trial in any criminal Court the Court may make such order as it thinks fit for the custody or disposal of any property or document whatsoever produced before it or in its custody or the custody of the police or of any public servant regarding which any offence appears to have been committed or which has been used for the commission of any offence. The power herein conferred upon the Court shall include the power to make an order for the forfeiture or confiscation or for the destruction or for the delivery to any person of such property, but shall be exercised subject to any special provisions relating to forfeiture, confiscation, destruction or delivery contained in the written law under which the conviction was had. Perkataan “subject to any special provisions” di dalam peruntukan seksyen 407(2) KTJ tersebut menjadi pertikaian apabila seksyen 34 Akta Pemegang Pajak Gadai 1972 dilihat sebagai seksyen special yang boleh digunakan pakai dalam menentukan pemulangan barang kes memandangkan barang kes yang terlibat telah dipajak gadai di kedai Responden Kedua dan Responden Ketiga. Mahkamah merujuk kes Kedai Pajak Fah Ngien & 3 Ors v PP (2002) CLJU 224, di mana YA Low Hop Bing menyatakan: “The exhibits are the properties which had been used by the accused for the commission of the offence of dishonest misappropriation under s. of the Penal Code. The power of the court under s. 407(ii) of the CPC is subject to any special provisions relating to delivery contained in the written law under which the conviction was had ie, the provisions of s. of the Penal Code. However, it is to be observed that s. 403 of the Penal Code does not provide for or contain any special provisions relating to the delivery of the exhibits. Hence, it is axiomatic that the general provisions contained in s. 407(ii) of the CPC would apply exclusively” Mahkamah juga meneliti sekali lagi pada Seksyen 34 Akta Pemegang Pajak Gadai 1972 “If any proceedings before any court or Magistrate it shall appear that any article which has been lost or dishonestly or fraudulently obtained or acquired is held in pawn by any pawnbroker, the court or Magistrate may take evidence as to the circumstances of such pawning, and if the S/N tsTFol4JyU6gNn34bazZ0g court or Magistrate so thinks fit may order the delivery of the article to the owner either on payment to the pawnbroker of the amount lent and of the profit due, or on payment to any part of such loan or profit, or without payment, as to the court or Magistrate may seem just and proper according to the conduct of the owner and the pawnbroker and the circumstances of the case” Persoalan timbul sejauh mana Seksyen 34 APPG 1972 ini boleh diguna pakai dalam penentuan pemulangan barang kepada pihak-pihak yang berhak. Mahkamah merujuk kes Hoh Chee Khim & Ors v PP (1969) CLJU 55, di mana Mahkamah ketika itu telah mengguna pakai Seksyen 20 Enakmen Pajak Gadai sebagai pelengkap cara kepada seksyen 407 KTJ untuk memulangkan barang kes. Seksyen 20 Enakmen Pajak Gadai pada ketika itu memperuntukan seperti berikut: "If in any proceedings before any court or magistrate it shall appear that any article which has been lost or dishonestly or fraudulently obtained or acquired is held in pawn by any pawnbroker, such court or magistrate may take evidence as to the circumstances of such pawning, and if such court or magistrate so think fit may order the delivery of such article to the owner either on payment to the pawnbroker of the amount lent thereon and of the profit due, or on payment of any part of such loan or profit, or without payment, as to such court or magistrate may seem just and fitting according to the conduct of the owner and the circumstances of the case." Selanjutnya di dalam kes yang sama YA Abdul Aziz menyatakan: “Section 20 of the Pawnbrokers Enactment is complementary to s. of the Criminal Procedure Code (relating to disposal of property the subject of offences). Although s. 407 gives the power to the Court to make such an order as it thinks fit for the disposal of the property produced before it, in respect of pawned articles, the disposal must be subject to s. 20 of the Pawnbrokers Enactment. It can only be delivered to the owner, but as Sir Charles Murray-Aynsley CJ said in Ho York Quin's case (above), whatever order the Court makes, the owner can exert his legal right and there are civil remedies available to the complainant which he could use to assert his right of recovery. It is not within the power of the Court acting under s. 20 to decide summarily involved questions of S/N tsTFol4JyU6gNn34bazZ0g ownership of the jewelleries bought by the accused with money which she obtained dishonestly from the complainant.” Persoalannya adakah seksyen 34 Akta Pemegang Pajak Gadai 1972 mengatasi seksyen 407(2) KTJ? Mahkamah selanjutnya merujuk kepada kes Chia Ai Min & Ors v PP (2021) CLJU 2240 di mana YA Shahnaz Sulaiman JC menyatakan “In this instant appeal, one issue raised by the appellants was the forfeiture of RM87,609.00 to the Government of Malaysia pursuant to section 407 of the CPC. It was argued the learned Magistrate had erred as the forfeiture should have been pursuant to section 16 of the Common Gaming Houses Act 1953. [43] An examination of the Records of Appeal indicates that each the appellants had identified and admitted to their respective amount of money [Exhibit P11 to P29]. The question therefore is not relating to the amount of RM87,609.00 which was seized and subsequently forfeited. The question is related to the provision under which the amount of RM87,609.00 was forfeited. [44] As section 16 of the Common Gaming Houses Act 1953 is a specific law, this court opines that a specific law would override a general law such as the CPC. The doctrine of generalia specialibus non derogant in the view of this court, would be applicable in this instance. [45] The doctrine of generalia specialibus non derogant is best encapsulated in the case of Suresh Kumar Velayuthan v. PP [2020] 4 CLJ 270 as follows: "Para [131] The effect of this contention however, would be to ignore the maxim, 'generalia specialibus non derogant', which means that a general Act is made subject to a specific Act. Para [132] In PP v. Chew Siew Luan [1982] CLJ Rep 285; [1982] CLJ 354; [1982] 2 MLJ 119, the Federal Court held: "We further note in particular that section 41B of the Act is an entirely new section introduced by the Dangerous Drugs (Amendment) Act, 1978 (Act A426) and became operative on 10.3.78. Generalibus specialia derogant is a cardinal principle of interpretation. It means that where a special provision is made in a special S/N tsTFol4JyU6gNn34bazZ0g statute, that special provision excludes the operation of a general provision in the general law. (See also Public Prosecutor v. Chu Beow Hin [1982] CLJ Rep 288; [1982] CLJ 110; [1982] 1 MLJ 135). The provisions of section 3 of the Criminal Procedure Code which counsel for the respondent seeks to rely on has no relevance whatsoever to the matter in issue before us. It would be erroneous to apply expressions used and provisions made in one statute to another and entirely different one in complete disregard of the latter's express stipulations in the light of its specific purpose and object." [Emphasis added] [46] Applying the doctrine of generalia specialibus non derogant to this case, this court is of the view that the Common Gaming Houses Act 1953 would be applicable for the forfeiture of the seized monies to the Government of Malaysia. Hence, for the forfeiture of RM87,609.00, the Common Gaming Houses Act 1953 would be applicable. Oleh yang demikian berdasarkan kes di atas, Mahkamah menggunakan Seksyen 34 Akta Pemegang Pajak Gadai 1972 sebagai saluran undang-undang yang utama dan pelengkap kepada Seksyen 407(2) KTJ dalam pemulangan barang-barang yang dipohon oleh pemohon di sini. Oleh yang demikian Mahkamah mendapati bahawa Seksyen 34 APPG 1972 adalah terpakai dan mengatasi peruntukkan seksyen 407(2) KTJ. Selain itu, seksyen 34 Akta Pemegang Pajak Gadai 1972 juga dilihat adalah terpakai apabila barang-barang kes yang telah dipajakkan adalah dari aktiviti jenayah curi seperti kesalahan yang dipertuduhkan terhadap OKT iaitu seksyen 411 dan 414 Kanun Keseksaan. Mahkamah merujuk kepada kes KEDAI PAJAK FAH NGIEN & 3 ORS v. PP (2002) CLJU 224 di mana YA Low Hop Bing telah membarikan garis panduan jenis keadaan cara barang yang dipajak diperolehi sebelum Seksyen 34 APPG 1972 boleh digunapakai “A careful reading of s. 34 demonstrates that it has application only where "any article which has been lost or dishonestly or fraudulently obtained or acquired is held in pawn by any pawnbroker". Hence the S/N tsTFol4JyU6gNn34bazZ0g circumstances which would attract the application of s. 34 are confined to the following:-
1
any article which has been lost is held in pawn by any pawnbroker; or
2
any article which has been dishonestly obtained or acquired is held in pawn by any pawnbroker; or
3
any article which has been fraudulently obtained or acquired is held in pawn by any pawnbroker. An article is said to have been lost when the owner is deprived of it without any voluntary action, conduct or prior knowledge of the owner. The facts before the learned magistrate did not show that the exhibits have been lost. Oleh yang demikian, Mahkamah mendapati ekoran barang-barang kes telah dipajak diperolehi dengan cara tidak jujur (dishonestly obtained) seperti yang telah jelaskan dalam kes Kedai Pajak Fah Ngien tersebut maka Seksyen 34 adalah dilihat wajar digunakan untuk dibaca bersama dengan seksyen 407(2) KTJ tersebut. S/N tsTFol4JyU6gNn34bazZ0g ISU 2: Samada Responden kedua telah gagal melaksanakan tanggungjawab undang-undang di bawah Seksyen 29(1) Akta Pemegang Pajak Gadai 1972 untuk membuat siasatan lanjut, dan adakah wujudnya sebab munasabah untuk mengesyaki bahawa barang kemas yang dipajak kepadanya adalah hasil daripada perolehan yang tidak sah. Di dalam isu ini, Peguam pemohon menyatakan bahawa Responden Kedua sebagai pemegang syarikat berlesen yang menjalan perniagaan pajak gadai mempunyai tanggungjawab undang-undang di bawah Seksyen 29 (1) APPG 1972 untuk menyiasat dan melaporkan sekiranya terdapat transaksi pajakan yang mencurigakan. Seksyen 29 (1) APPG 1972 memperuntukkan seperti berikut: Duty of Licensee to inquire when proposed transaction is suspicious
1
Whenever any person shall under suspicious circumstances offer to pawn any article or to redeem any pledge or whenever any person shall offer to pawn any article or redeem any pledge corresponding to the description given to any pawnbroker by any police officer of any article lost or fraudulently or dishonestly disposed of or acquired, the pawnbroker shall enquire of such person how he came into possession of the article or of the pawn-ticket, as the case may be; and if such person shall not satisfactorily account for his possession thereof or shall give false information as to the possession or as to the name and place of abode of himself or of the owner of the article or pawn-ticket, or if there be any other reason to suspect any dishonest dealings in respect of the article or pawn-ticket, the pawnbroker shall immediately report such proposed transaction to the nearest police station.
2
Any person who contravenes subsection (1) commits an offence Peguam Pemohon selanjutnya merujuk pada kes Lock Wee Kock v Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri & Anor, Low Cheng Soon v TA Securities Sdn Bhd dan kes Syamsul Fazwan Abdul Aziz V PP di mana ketiga-tiga kes tersebut menyifatkan penggunaan perkataan “shall” di dalam sesuatu peruntukan undang-undang membawa maksud mandatory dan imperative, oleh yang demikian Mahkamah tidak mempunyai kuasa untuk melaksanakan budibicara. S/N tsTFol4JyU6gNn34bazZ0g Selanjutnya Peguam Pemohon berhujah bahawa dalam transaksi antara tertuduh dengan Responden Kedua terdapat jumlah nilai pajakan dan keadaan fizikal barang yang dipajak, iaitu daripada nilai kecil dan barang bengkok dalam transaksi terdahulu kepada pajakan yang melibatkan emas dalam kuantiti tinggi dan dalam keadaan baik dan sempurna dan menurut pemohon itu sudah memadai untuk menimbulkan keraguan. Sementara itu, Responden Kedua pula berhujah bahawa semasa urusniaga pajak bersama OKT, tiada keadaan mencurigakan timbul pada bila-bila masa material semasa lawatan OKT ke premis Responden Kedua. Barang-barang yang telah digadai dikatakan dalam keadaan urus niaga biasa, dan tingkah laku OKT tidak pernah menimbulkan sebarang syak terhadap ketidakjujuran. Maka, Responden Kedua yakin seksyen 29 adalah langsung tidak terpakai kerana syarat utama iaitu keadaan mencurigakan tidak wujud. Responden Kedua juga berhujah bahawa meskipun OKT menggadai barang curi dalam tiga kunjungan berasingan, beliau tidak pernah berlegar-legar, tidak menunjukkan kelakuan mencurigakan atau bertindak dengan cara yang boleh menimbulkan syak bahawa barang tersebut diperoleh secara tidak jujur. Tingkahlaku OKT adalah konsisten dengan urusniaga yang sah dan tidak memberikan sebarang asas kepada Responden Kedua untuk mensyaki salah laku. Responden Kedua juga menyatakan bahawa tiada kewajipan undang-undang untuk mereka menyiasat pemilikan atau asal-usul rantai emas yang digadai bernilai RM22,000.00, Responden Kedua yakin mereka telah menjalankan usaha wajar dengan cara menemu bual OKT dan membuat pertanyaan lanjut, menunjukkan pendekatan berhati-hati telah diambil meskipun tiada keadaan mencurigakan semasa berurusniaga dengan OKT. Oleh itu Responden berhujah bahawa langkah berhati-hati telah diambil oleh mereka. Dari hujahan yang dikemukakan oleh kedua-dua pihak beberapa persoalan timbul, adakah perbezaan antara pajakan terdahulu dan pajakan semasa oleh tertuduh dengan Responden Kedua cukup mendatangkan keraguan transaksi untuk mendorong Responden Kedua untuk bertanya asal usul barang-barang kemas tersebut dengan meminta dokumen-dokumen sokongan untuk mengesahkan pemilikan, ekoran dari itu adakah pemegang pajak perlu membuat laporan polis seperti mana diwajibkan di bawah Seksyen 29(1) APPG? Adakah temubual yang dibuat oleh Responden Kedua tanpa sebarang bentuk dokumentasi sokongan S/N tsTFol4JyU6gNn34bazZ0g atau bukti sokongan adalah memadai? Adakah seksyen 29 APPG mewajibkan Responden Kedua melakukan inkuiri dan siasatan sebelum melakukan sebarang transaksi pajak dengan OKT? Adakah Seksyen 29 APPG 1972 mewajibkan Responden Kedua mendapatkan dokumen untuk mengenal pasti barang yang dipajak bebas daripada sebarang elemen jenayah? Sekiranya Responden Kedua tidak mendapatkan sebarang dokumen sokongan untuk memastikan barang yang dipajak bebas elemen jenayah adakah Responden Kedua dikatakan gagal menjalankan tanggungjawabnya di bawah Seksyen 29 APPG 1972? Sebelum seksyen 29 APPG 1972 diamati dalam menilai kepatuhan pemegang pajak gadai terhadap isu keraguan yang ditimbulkan, Mahkamah merujuk terlebih dahulu kepada seksyen 16(1)(d) APPG
1972
Seksyen 16(1)(d): “any article which he may have reasonable cause to believe, whether from the nature of the article or from the person of the pawner or from the circumstances of the transaction or otherwise, to be offered for pawning without the consent of the lawful owner thereof”. Berdasarkan pada seksyen 16(1)(d) ini saja adalah jelas pada asasnya Pemegang pajak gadai tidak boleh berurusniaga pajakan jika dia mengesyaki sesuatu keraguan semasa berurusniaga pajakan bersama pemajak sekiranya tiada persetujuan pemilik barang pajakan dipajak oleh pemajak. Namun adalah sering menjadi pertikaian terhadap isu keadaan keraguan dalam sesuatu transaksi urusniaga pajakan. Oleh yang demikian, sekiranya terdapat sesuatu keraguan dalam urusniaga sesuatu pajakan, maka seksyen 29 APPG 1972 mewajibkan pemegang pajak untuk melaporkan kepada pihak berwajib. Namun demikian setelah diamati, Mahkamah mendapati pada asasnya Seksyen 29 APPG 1972 ini hanya terpakai jika terdapat keadaan yang mencurigakan yang melibatkan unsur penipuan, ketidakjujuran atau perlakuan jenayah dalam sesuatu transaksi. Seksyen ini hanya terpakai jika terdapat syak wasangka yang jelas dan boleh dipercayai terhadap salah laku seperti keadaan yang dinyatakan tadi dan ianya perlu dibuktikan. S/N tsTFol4JyU6gNn34bazZ0g Mahkamah melihat Pemohon cuba meletakkan beban undang-undang ke atas Responden Kedua yang melebihi apa yang ditentukan oleh statut. Kewajipan Responden Kedua untuk menahan dan melaporkan OKT hanya akan timbul jika terdapat syak atau keraguan yang nyata berdasarkan bukti kukuh melampaui keraguan munasabah semasa urusniaga pajakan dilakukan. Tanpa syak sedemikian, tiada kewajipan untuk menyiasat timbul. Mahkamah merujuk kes Wong Yong Theng & Anor v Regina (1956) CLJU 131 di mana Hakim Whitton menyatakan seperti berikut: “The only piece of evidence I can trace which appears to bear on the matter even remotely is a reply by one of the pawnshop assistants to the Court to the effect that his firm did not ask for original receipts for the gold articles. Without information as to the general practice of pawnbrokers in this respect it cannot be inferred that this disclosed a lack of care. Even if it did it would not justify stigmatising the other appellant. The learned Magistrate made a very sweeping condemnation and I should have expected him at least to have indicated the portions of the evidence he considered warranted his conclusion.” Manakala kes Kedai Pajak Fah Ngien & 3 Ors v PP (2002) CLJU 224, Mahkamah telah menyatakan bahawa adalah bukan tugas sesuatu pemegang pajak gadai untuk menyiasat adakah barang yang hendak dipajak adalah milik pemajak dan bukan tugas pemegang pajak untuk menyiasat asal usul barang yang hendak dipajak. Ini dapat dilihat pada penyataan YA Hakim Low Hop Bing yang menyatakan: “The crux of “suspicious circumstances” here and by analogy s. also involves an element of dishonesty in the obtaining or acquisition of the articles to be pawned or offered to be pawned. … In the absence of suspicious circumstances, s. 29 does not cast a burden on a pawnbroker to ensure that the pawner is the owner of the article, nor is it the duty of a pawnbroker to investigate the origin of the articles offered to be pawned. I am of the view that the pawnbrokers have not contravened any provisions of the Pawnbrokers Act 1972. Further they have not been negligent in accepting the exhibits in the course of the transactions as pawnbrokers” S/N tsTFol4JyU6gNn34bazZ0g Apa yang dapat diperhatikan daripada fakta kes semasa, meskipun terdapat 17 kali transaksi yang banyak dari OKT bersama Responden Kedua seperti yang dinyatakan oleh Responden Kedua dan terdapat perbezaan ketara nilai pajakan sebelum dan transaksi terkini serta bentuk atau keadaan barang-barang kemas yang dipajak sebelum ini oleh tertuduh seperti yang dinyatakan oleh Pemohon. Persoalannya apakah terdapat transaksi yang berkali-kali dan perbezaan nilaian barang pajakan memadai mendatangkan keraguan? Tambahan lagi, Responden Kedua menyatakan bahawa mereka hanya dimaklumkan barang-barang yang digadaikan oleh OKT adalah barang curi selepas penangkapan OKT dan selepas OKT dituduh di Mahkamah. Oleh itu Responden Kedua menyatakan bahawa mereka sama sekali tidak mengetahui akan kewujudan sebarang siasatan jenayah atau laporan polis berhubung barang-barang tersebut. Mahkamah sekali merujuk pada kes Kedai Pajak Fah Ngien & 3 Ors v PP (2002) CLJU 224 di mana Mahkamah telah menyatakan: “Upon a careful evaluation of the evidence adduced before the learned magistrate, it is to be observed that the accused had effected 20 pawning transactions with the first applicant (Kedai Pajak Fah Ngien) over a period of some 6 months between 14 June 1995 and 23 December 1995; 21 transactions with the second applicant (Kedai Pajak Joo Ngien) over a period of some 6 months between 10 June 1995 and 23 December 1995; 7 transactions with the third applicant (Kedai Pajak Lian Shen) over a period of 21/2 months between 10 August 1995 and 21 26 October 1995; and finally with the fourth applicant (Kedai Pajak Lian Foh) over a period of 3 months between 14 August 1995 and 28 November 1995. In my view, the test to be applied under s. 16(1)(d) is the subjective test ie, whether the individual applicant as pawnbroker may have reasonable cause to believe that the exhibits were to be offered for pawning without the consent of the complainants as the lawful owners. Cross-examination of SP9 Chin Kon Tau from the first applicant pawnbroker revealed that the accused ie, the pawner appeared honest (jujur) and there was no police report in relation to the exhibits on the dates of pawning. The police report was lodged by the complainants on 1 January 1996, well after the pawning transactions were effected by the accused. The exhibits have been pawned at different pawnshops and the pawning transactions appear to have been carried out in S/N tsTFol4JyU6gNn34bazZ0g accordance with s. 14 ie, particulars were entered in the pawnbroker’s book and pawn-tickets given to the accused. The pawned articles were not received between the hours of 6.00p.m. and 8.00a.m. and so the pawnbrokers have not contravened s. 16(1)(a). The transactions were effected or conducted in the licensed pawnshops under s. 16(2) and finally no charges under the Pawnbrokers Act 1972 had been preferred-against the applicants, as it is clear that none of the pawnbrokers had contravened any provision of the Act” Oleh yang demikian, Mahkamah mendapati Responden tidak menyalahi seksyen 16(1)(d) APPG 1972 dan juga tidak diletakkan beban undang-undang untuk memastikan siapa pemilik barang yang dipajak serta menyiasat pemilikan barang dipajak tersebut seperti yang diperuntukkan di bawah Seskyen 34 APPG 1972 dan seperti dinyatakan di dalam kes Kedai Pajak Fah Ngien & 3 Ors v PP (2002) CLJU 224. . ISU 3: Samada pemohon telah kemukakan keterangan yang mencukupi dan meyakinkan untuk membuktikan bahawa beliau merupakan pemilik asal dan berhak dari segi undang-undang ke atas barang-barang kemas yang telah dirampas oleh pihak polis daripada Responden Kedua? Di dalam isu ini, Peguam Pemohon berhujah bahawa barang-barang yang dirampas oleh pihak polis daripada Responden Kedua adalah milik Pemohon. Pemohon melalui Afidavit Sokongannya telah mengemukakan: - Resit-resit pembelian barang kemas yang menunjukkan terdapat transaksi sah milik Pemohon - Pengecaman fizikal terhadap barang kemas oleh pemohon. - Pernyataan bersumpah dalam Afidavit Sokongan dan Afidavit Balasan. Manakala Peguam Responden Kedua pula mengemukakan resit-resit pemajakan. Peguam Pemohon menegaskan bahawa Responden Kedua telah gagal memikul tanggungjawab untuk menjalankan sebarang pertanyaan lanjut dan langkah pengesahan terhadap barang yang dipajak seperti yang dinyatakan di bawah seksyen 29(1) APPG. S/N tsTFol4JyU6gNn34bazZ0g Responden Kedua pula menyatakan mereka tidak berkewajipan di bawah undang-undang untuk memastikan OKT adalah pemilik sah kepada barang-barang yang dipajak atau menyiasat asal usul barang-barang kemas yang ditawarkan untuk dipajak. Pemohon yakin ada wujuk keraguan yang munasanah terhadap transaksi antara Responden Kedua dan tertuduh iaitu: - Perbezaan ketara nilai pajakan barang-barang kemas yang dipajak sebelum ini - Bentuk atau keadaan barang-barang kemas yang dipajak sebelum ini oleh tertuduh Pemohon selanjutnya menyatakan bahawa berdasarkan resit pembelian, butiran khusus barang kemas yang hilang, laporan polis, pengecaman barang yang dirampas dan keterangan bersumpah memadai mengatakan barang tersebut adalah milik pemohon Di dalam permohonan ini, Mahkamah pihak-pihak tidak pertikaikan pemilikan barang-barang dipajak tersebut adalah milik Pemohon. Dengan bersandarkan pada keterangan bersumpah Afidavit Pemohon terhadap pemilikan dan pengecaman barang-barang yang dipajak tersebut dan ianya sama sekali tidak dipertikaikan oleh pihak Responden-Responden. Barang-barang kes yang telah disimpan dan dipajakkan oleh OKT pada Responden kedua adalah dilakukan dengan cara tidak jujur iaitu hasil dari jenayah curi. Meskipun pemilikan pemohon tidak disangkal namun Mahkamah terikat dengan prosedur di bawah Seksyen 407(2) KTJ bersama Seksyen 34 APPG 1972. Mahkamah merujuk kepada kes HOH CHEE KHIM & ORS v PP (1969) CLJU 55 di mana Mahkamah telah memulangkan barang kes kepada pemilik barang tersebut dengan pembayaran kepada Kedai Pajak Gadai. Di dalam kes tersebut YA Abdul Aziz J (ACRJ) menyatakan: “As regards exh. 8A-B also and since the ownership of the articles has been established, but having regard to the circumstances of the pawning, there will be an order that these articles be returned to the complainant subject to payment of the amount lent but without profit S/N tsTFol4JyU6gNn34bazZ0g Manakala di dalam kes Wong Yong Theng & Anor V Regina (1956) CLJU 131, Hakim Whitton J menyatakan: “In my view it was not shown there was any carelessness on the part of either Hazara Singh or of either of the appellants. Applying this view to the question of a disposal order (I may say in passing I doubt if the second part of the Magistrate's order, even though it may be equitable, is legal) I consider justice will best be met by amending the Magistrate's order as follows. The jewellery will be returned to the owner Hazara Singh on payment by him to the appellants of half the sums for which in each case the jewellery was pledged, such payments to be made within one calendar month of the date of this judgment. Any sums already paid by SNM Shaik Allaudin to the appellants will, however, be credited to Hazara Singh in respect of the payments due to be made by him.” Begitu juga di dalam kes KEDAI PAJAK FAH NGIEN & 3 ORS v PP, Mahkamah telah memerintahkan: “In the circumstances of the case the order that should be made is that the jewellery be returned to the owner on payment by him to the pawnbrokers of half the sums for which the jewellery was pledged.” … “I order that the exhibit be returned to the respective pawnbrokers to whom they have been pawned respectively, subject however to the complainants’ respective right to redeem all the exhibits, with interest at the rate prescribed in the Pawnbrokers Act 1972 and the regulations made thereunder up to the date when these exhibits were recovered by the police from the respective pawnbrokers; … Alternatively, if the exhibits are no longer with the complainants, I order that the complainants pay to the applicants their respective share of the loan-raised on the security of the exhibits together with the interest thereon with effect from the respective dates of the pawning until the date the exhibits were recovered by the police from the pawnbrokers respectively and further interest from today until full realisation thereof by the complainants” S/N tsTFol4JyU6gNn34bazZ0g ISU 4: Samada undang-Undang Seksyen 27 dan 29 Akta Jualan Barangan 1957 dan Seksyen 131 Akta Kontrak 1950 terpakai. Mahkamah mendapati Akta Jualan Barangan 1957 tidak terpakai kerana pemohon dan OKT tidak mempunyai hubungan yang menjurus kepada konsep “mercantile agent”. Mahkamah sekali lagi merujuk kes Kedai Pajak Fah Ngien & 3 Ors v PP di mana Mahkamah dalam kes ini telah menyatakan bahawa Akta Jualan Barangan 1957 adalah tidak terpakai kerana tertuduh bukanlah mercantile agent kepada pemohon. Oleh yang demikian Akta Jualan Barangan 1957 adalah tidak relevan sama sekali. Mahkamah dalam kes Kedai Pajak Fah Ngien telah menyatakan bahawa Akta Jualan Barangan 1957 hanya terpakai jika melibatkan hubungan antara pemohon dan tertuduh dalam kes ini menjurus kepada konsep “mercantile agent” namun di dalam kes ini, tertuduh bukanlah mercantile agent kepada pemohon. Oleh yang demikian Akta Jualan Barangan 1957 di dalam kes ini tidak terpakai. “The concept of “mercantile agent” as contained in s. 2 of the Sale of Goods Act 1957 merits reproduction as follows: “mercantile agent” means a mercantile agent having in the customary course of business as such agent authority either to sell goods, or to consign goods for the purposes of sale, or to buy goods, or to raise money on the security of goods;” Memandangkan di dalam kes semasa tiada sebarang bukti menunjukkan OKT bertindak sebagai ejen dagangan kepada pemohon, maka seksyen 27 Akta Jualan Barangan 1957 adalah tidak relevan. Manakala Seksyen 29 dan 131 Akta Kontrak hanya terpakai kepada kontrak boleh batal antara pembeli dan penjual sedangkan urus niaga ini hanya melibatkan Responden Kedua dan OKT. Namun di dalam kes permohonan ini, Pemohon dan OKT tiada hubungan kontrak. S/N tsTFol4JyU6gNn34bazZ0g Keputusan: Setelah Mahkamah meneliti Lampiran 6, Afidavit-Afidavit dan Hujahan-Hujahan bertulis yang telah difailkan oleh semua pihak, Mahkamah memutuskan bahawa selaras di bawah seksyen 407 (2) KTJ bahawa barang-barang eksibit tersebut hendaklah dikembalikan kepada pemohon (pemilik) dan dibaca bersama dengan seksyen 34 Akta Pemegang Pajak Gadai 1972, pemohon hendaklah membayar wang tebusan pajak gadai yang diperolehi dengan cagaran barang eksibit tersebut bersama dengan faedah ke atasnya kepada pemegang pajak, berkuatkuasa dari Tarikh gadaian tersebut sehingga tarikh barang eksibit itu diperolehi semula oleh polis daripada pemegang pajak, dan faedah selanjutnya dari hari ini sehingga jumlah tersebut dilunaskan sepenuhnya oleh pemohon. ALASAN PENGHAKIMAN DISEDIAKAN OLEH Mohamad Ibrahim Majistret Mahkamah Majistret Kuala Selangor 19.11.2025 S/N tsTFol4JyU6gNn34bazZ0g
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.