Content
1 DI DALAM MAHKAMAH MAJISTRET DI IPOH DALAM NEGERI PERAK NO. KES: AA-82D-4-02/2021 ANTARA PENDAKWA RAYA LAWAN FAZLY BIN SALIM DI HADAPAN MAJISTRET SITI NORA BINTI SHARIF ALASAN PENGHAKIMAN (Di akhir kes Pendakwaan)
AA-82D-4-02/2021
Magistrates Court of Malaysia19 May 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“old they are perfectly entitled to do even though they are being tried under the Emergency Regulations) the question is can they be convicted of the offence of section 302 read with section 34 of the Penal Code? My answer to the question is in the negative.' We are confident in the view we have just expressed because w”
“(iv) after defence is called, the accused elects to give evidence, then go through the steps set out in Mat v. Public Prosecutor [1963] 1 LNS 82; [1963] MLJ 263."”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DI DALAM MAHKAMAH MAJISTRET DI IPOH DALAM NEGERI PERAK NO. KES: AA-82D-4-02/2021 ANTARA PENDAKWA RAYA LAWAN FAZLY BIN SALIM DI HADAPAN MAJISTRET SITI NORA BINTI SHARIF ALASAN PENGHAKIMAN (Di akhir kes Pendakwaan)
1
PENDAHULUAN Tertuduh-tertuduh telah dituduh melakukan suatu kesalahan seperti pertuduhan yang berikut: “Bahawa kamu pada 10/12/2020 jam lebih kurang 2;55 pagi di Pejabat Lokap Balai Polis Pusat , IPD Ipoh Perak, telah di dapati mengguna dadah kepada diri sendiri iaitu positif dadah berbahaya jenis Methamphitamine dan Amphitamine dengan itu kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah Seksyen 15(1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 (Pindaan 2002) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 15(1) Akta yang sama. Hukuman Denda tidak lebih daripada lima ribu ringgit atau dikenakan hukuman penjara semlama tempoh tidak lebih daripada dua tahun dan pengawasan di bawah Seksyen 38B selama tidak kurang dua tahun dan tidak lebih daripada tiga tahun.”.
2
2.1 Pihak pendakwaan dalam kes ini telah memanggil seramai enam orang saksi pendakwaan (“SP”) untuk memberi keterangan: SP1 : ASP G17391 Salaim bin Ahmad (KB JIPS IPD Ipoh) SP2 : L/Kpl RF202102 Ahmad Huzairi bin Abu Bakar (Jurugambar) SP3 : Aslinda binti Tajidin (Pegawai Sains Kimia Hayat – Patologi HKL) SP4 :L/Kpl RF208194 Mohd Nazri bin Abd Nasib SP5 : ASP G21024 Ng Tee Yian (Pengadu) SP6 : Insp G25876 Mohd. Fadhil bin Mohd Saud (Pegawai Penyiasat)
2
2.2 Sebanyak 21 Eksibit telah dikemukakan oleh Pendakwaan semasa perbicaraan. Eksibit-eksibit tersebut adalah seperti berikut:- Bil. Eksibit Tandaan 1. 11 keping gambar tempat kejadian
2
4 keping gambar botol urin
3
3 keping gambar test strip
4
1 keping DVD P5 5. Salinan Sijil Perakuan Seksyen 90A Akta Keterangan P6 6. Borang permintaan ujian pengesanan dadah P7 7. Laporan makmal P8 8. Beg plastik specimen botol urin P9 9. Botol yang mengandungi air kencing P10 10. Barkod pada botol air kencing P11 11. Beg plastikk besar PDRM bertanda Pusat 6831/20 P12 12. Urine Container Package P13 13. Peket test strip kuning Methamphitamine P14 14. Test strip kuning Methamphitamine
15
Peket test strip biru Amphitamine P15 16. test strip biru Amphitamine
17
Repot polis Pusat 6828/20 P16 18. Repot polis Pusat 6831/20 P17 19. Borang serah menyerah OKT dan barang kes P18 20. Rajah kasar tempat kejadian P20 21. Kunci rajah kasar tempat kejadian
2
2.3 3 Penyata saksi bagi saksi-saksi pendakwaan telah dikemukakan: Dokumen Tandaan Penyataan Bertulis Saksi SP3 PSP -3 Penyataan Bertulis Saksi SP4 PSP -4 Penyataan Bertulis Saksi SP6
2
2.4 Manakala dokumen yang ditandakan melalui pihak pembelaan adalah berikut:- Dokumen Tandaan Repot Polis Pusat 6830/20 D2 Repot polis PUSAT 6832/20 D19 20 kepoing gambar CCTV IDD21(A-T) Cover DVD IDD22 DVD mengandungi 20 keping gambar CCTV dan 6 video CCTV
2
2.5 Berdasarkan keterangan saksi-saksi pendakwaan di hadapan mahkamah, fakta kes telah menunjukkan keterangan bahawa pada 10/12/2020, SP1 dan SP5 telah menerima arahan untuk menjalankan Operasi di Pejabat Lokap Balai Polis Pusat, IPD Ipoh Perak terhadap tahanan lokap dan termasuk anggota-anggota polis yang bertugas di lokap tersebut.
2
2.6 Operasi tersebut bermula pada 10/12/2020 jam lebih kurang 12.25 pagi dan berakhir pada jam 2.55 pagi. Seramai 15 tahanan lokap dan 6 orang anggota polis (termasuk Tertuduh) diarahkan untuk menjalani ujian air kencing tersebut.
2
2.7 Sebelum ujian saringan awal air kencing setiap mereka (tahanan lokap dan anggota) memilih sendiri peket botol specimen urin masing-masing mengikut prosedur yang ditetapkan dari dalam kotak yang disediakan termasuk Tertuduh yang mana Tertuduh telah memilih sendiri botol urin bernombor siri A0014506 dari dalam kotak yang disediakan.
2
2.8 Tertuduh kemudiannya diiring ke tandas tempat air kencing dipungut pergi dan balik oleh SP5 sendiri dan Tertuduh memegang sendiri botol urin beliau. Telah berlaku situasi di mana Tertuduh gagal untuk mengeluarkan air kencing beliau, cubaan 3-4kali cuba di buat akhirnya Tertuduh berjaya memberikan air kencing nya lebih kurang pada jam 2.55pagi.
2
2.9 Berdasarkan keterangan SP1 dan SP5, percubaan untuk memungut air kencing Tertuduh tidak berjaya sehingga 3 kali percubaan kerana botol air kencing milik Tertuduh masih kosong semasa diletakkan di atas meja X sebagaimana di Ekshibit P1(c). Dari keterangan SP5, Tertuduh sendiri yang membuka dan menutup sendiri botol urin yang dipegang oleh beliau.
2
2.10 Pada jam 2.55pagi tersebut ke semua 15 tahanan lokap dan 6 anggota polis selesai memberikan urin masing-masing dan Tertuduh adalah orang yang terakhir sekali memberikan urin yang berjaya dipungut.
2
2.11 Hasil ujian saringan awal dadah dalam air kencing yang dijalankan telah mendapati air kencing milik Tertuduh adalah positif Methaphitamin dan Aphitamine. Satu laporan polis berkaitan keputusan ujian saringan awal tersebut telah dibuat oleh SP5 iaitu Pusat Repot 6831/20 (P17).
2
2.12 Seterusnya SP5 mengisi butiran pada Borang permintaan ujian pengesanan dadah (P7), mengisi butiran pada sticker label botol dan sealkan botol tersebut (P10), kemudian P7 dan P10 diserahkan kepada Pegawai Penyiasat (SP6) Bersama Tertuduh untuk siasatan lanjut.
2
2.13 SP2 telah diarahkan oleh SP6 untuk mengambil gambar botol urin sebanyak 4 keping (P3a-d) dan juga gambar tempat ujian saringan awal iaitu sebanyak 11 keping (P1a-k). Selanjutnya SP6 telah lakarkan sendiri rajah kasar tempat kejadian (P20).
2
2.14 SP6 kemudiannya telah arahkan SP4 penghantar specimen untuk menghantar urin milik Tertuduh ke Jabatan Patologi Hospital Kuala Lumpur, yang mana ia diserahkan kepada Pegawai Sains Kimia Hayat Puan Aslinda binti Tajudin (SP3) dan hasil analisa ke atas sampel urin yang diserahkan mengandungi Amphetamin dan Methaphitamine seperti mana Laporan Patologi
3
3.1 Seksyen 173(f) Kanun Tatacara Jenayah (“KTJ”) telah memperuntukkan berkenaan tugas mahkamah di akhir kes pihak pendakwaan (at the close of prosecution). Mahkamah hendaklah memutuskan sama ada pihak pendakwaan telah berjaya untuk mengemukakan suatu kes prima facie terhadap Tertuduh atas pertuduhan terhadapnya atau tidak sebelum membuat apa-apa keputusan untuk memanggil Tertuduh membela diri atas pertuduhan terhadapnya atau melepaskan dan membebaskan Tertuduh tanpa memanggil Tertuduh untuk membela diri.
3
3.2 Mahkamah Persekutuan dalam kes Public Prosecutor v. Mohd Radzi Abu Bakar [2006] 1 CLJ 457 telah menggariskan panduan kepada Mahkamah bekenaan tugas mahkamah di akhir kes pendakwaan di mana Gopal Sri Ram JCA (as he then was) telah menyatakan seperti yang berikut: "8. For the guidance of the courts below, we summarise as follows the steps that should be taken by a trial court at the close of the prosecution's case:
i
the close of the prosecution's case, subject the evidence led by the prosecution in its totality to a maximum evaluation. Carefully scrutinise the credibility of each of the prosecution's witnesses. Take into account all reasonable inferences that may be drawn from that evidence. If the evidence admits of two or more inferences, then draw the inference that is most favourable to the accused;
II
(ii) ask yourself the question: If I now call upon the accused to make his defence and he elects to remain silent am I prepared to convict him on the evidence now before me? If the answer to that question is 'Yes', then a prima facie case has been made out and the defence should be called. If the answer is 'No' then, a prima facie case has not been made out and the accused should be acquitted;
III
(iii) after the defence is called, the accused elects to remain silent, then convict;
IV
(iv) after defence is called, the accused elects to give evidence, then go through the steps set out in Mat v. Public Prosecutor [1963] 1 LNS 82; [1963] MLJ 263."
3
3.3 Perkataan prima facie tidak ditakrifkan di bawah KTJ. Walau bagaimanapun, Mahkamah Persekutuan dalam kes Balacahandran v. PP [2005] 1 CLJ 85 [2005] 1 AMR 321; [2005] 2 MLJ 301 telah menghuraikan berkenaan ujian prima facie sepertimana yang berikut: ...The test at the close of the case for the prosecution would therefore be: Is the evidence sufficient to convict the accused if he elects to remain silent? If the answer is in the affirmative then a prima facie case has been made out. This must, as of necessity, require a consideration of the existence of any reasonable doubt in the case for the prosecution. If there is any such doubt there can be no prima facie case.
3
3.4 Mahkamah Rayuan dalam kes Looi Kow Chai v. Public Prosecutor [2003] 1 CLJ 734 [2003] 2 MLJ 65; [2003] 2 AMR 89 telah menghuraikan berkenaan ujian untuk menentukan sama ada prima facie telah dibuktikan atau tidak seperti yang berikut: "In our respectful view, the correct test to be applied in determining whether a prima facie case has been made out under s. 180 of the CPC (and this would apply to a trial under s. 173 of the CPC ) is that as encapsulated in the judgment of Hashim Yeop Sani FJ (as he then was) in Dato' Mokhtar bin Hashim & Anor v. Public Prosecutor [1983] CLJ Rep 101; [1983] 2 CLJ 10; [1983] 2 MLJ 232 at p 270: 'To summarize, it would therefore appear that having regard to the prosecution evidence adduced so far, a prima facie case has not been established against Nordin Johan and Aziz Abdullah, the second accused and the fourth accused which, failing their rebuttal, would warrant their conviction. In other words if they elect to remain silent now (which I hold they are perfectly entitled to do even though they are being tried under the Emergency Regulations) the question is can they be convicted of the offence of section 302 read with section 34 of the Penal Code? My answer to the question is in the negative.' We are confident in the view we have just expressed because we find nothing in the amended s. 180(1) of the CPC that has taken away the right of an accused person to remain silent at the close of the prosecution case. Further we find nothing in the legislative intention of Parliament as expressed in the language employed by it to show that there should be a dual exercise by a judge under s. 180 when an accused elects to remain silent as happened in Pavone v. Public Prosecutor [1985] 1 LNS 99; [1984] 1 MLJ 77. In other words, we are unable to discover anything in the language of the recently formulated s. 180 that requires a judge sitting alone first to make a minimum evaluation and then when the accused elects to remain silent to make a maximum evaluation in deciding whether to convict or not at the close of the prosecution case. It therefore follows that there is only one exercise that a judge sitting alone under s. 180 of the CPC has to undertake at the close of the prosecution case. He must subject the prosecution evidence to maximum evaluation and to ask himself the question: if I decide to call upon the accused to enter his defence and he elects to remain silent, am I prepared to convict him on the totality of the evidence contained in the prosecution case? If the answer is in the negative then no prima facie case has been made out and the accused would be entitled to an acquittal."
3
3.5 Bagi mengemukakan suatu kes prima facie terhadap Tertuduh pihak pendakwaan hendaklah berjaya membuktikan “all evidence in favour of prosecution is sufficiently strong for the Accused to be called on to answer”
4
4.1. Elemen-elemen pertuduhan adalah sepertimana yang diperuntukkan di bawah sek.15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya dan juga sepertimana yang dijelaskan di dalam kes PP v. CHAN KAM LEONG (1989) 2 CLJ.
4
4.2. Berdasarkan fakta yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan, isu di hadapan Mahkamah adalah seperti yang berikut:
a
sama ada botol urin yang diletakkan di meja X sebagaimana di Ekshibit P1(c) tidak tertukar sebelum di seal dan sticker label ditampal
b
sama ada botol urin yang diserahkan oleh SP6 kepada SP4 adalah botol yang sama di hantar ke Jabatan Patologi Hospital Kuala
c
sama ada gambar barang kes (botol urin) merujuk kepada botol urin yang sama di hantar ke Jabatan Patologi.
5
5.1 Prima facie tidak boleh dikatakan telah berjaya dibuktikan sekiranya terdapat keadaan-keadaan berikut, iaitu apabila terdapat kelompangan (gap) dalam kes pihak pendakwaan atau pun terdapat keadaan di mana keterangan saksi-saksi pihak pendakwaan membenarkan lebih daripada satu (1) inferens selain daripada inferens yang menjurus kepada kebersalahan Tertuduh. Sekiranya terdapat lebih dari satu inferens, kesimpulan yang memihak kepada Tertuduh hendaklah terpakai.
5
5.2 Sekiranya mahkamah beranggapan bahawa keterangan yang diberikan oleh pihak pendakwaan adalah tidak selamat untuk diterima maka adalah jelas suatu kes prima facie tidak dapat dibuktikan.
5
5.3 Di dalam kes ini adakah terdapat sebarang kelompangan atau isu di dalam kes pendakwaan?.
5
5.4 Terdapat satu isu yang menjadi perhatian mahkamah semasa menerima keterangan dan juga setelah merujuk kepada dokumen-dokumen yang dikemukakan, di mana keterangan SP4 berkenaan kawalan dan penjagaan botol sebelum di hantar ke Jabatan Patologi.
5
5.5 Hasil semakan mahkamah dengan Nota Keterangan dan PSP4, memang tiada sebarang keterangan berkenaan isu ini. SP4 dikatakan menerima botol urin dan menghantar botol urin tersebut pada hari yang sama iaitu 10/12/2020, walaubagaimanapun merujuk kepada bukti cop penerimaan oleh pihak Pegawai Sains (SP3) botol urin tersebut diterima pada 11/12/2020 – rujuk (Ekshibit - P7).
5
5.6 Sepanjang masa penerimaan sehingga penghantaran botol urin ke Jabatan Patologi HKL “silent” tiada sebarang keterangan berkenaan di mana barang disimpan selama 24jam SP4 menerima sehingga beliau menghantar botol tersebut ke Jabatan Patologi.
5
5.7 Merujuk kepada PP v Mohammed Ali (1962) MLJ 257 di mana telah diputuskan bahawa keterangan saksi polis harus dipercayai melainkan keterangan mereka mampu membuat kesimpulan bahawa ia mempunyai bukti “cow jumping over the moon”. Walau bagaimanapun di dalam kes ini mahkamah tidaklah memutuskan ia sebagai satu peraturan am tetapi meletakkannya dengan pengecualian: - “… Of course, evidence is contradicted by other evidence or is shaken by cross examination then it becomes the business of the Magistrate to decide whether or not it should be accepted. In the absence of contradiction, however, and in the absence of any element of inherent improbability the evidence of any witness, whether a Police witness or not, who gives evidence on affirmation, should normally be accepted.”
5
5.8 Di dalam kes ini, keterangan SP4 nampak agak bercanggah dari saat penerimaan botol urin yang mana diarahkan untuk di hantar dan saat SP3 menerima botol tersebut, tiada sebarang keterangan berkenaan di mana barang disimpan selama 24jam SP4 menerima sehingga beliau menghantar botol tersebut ke Jabatan Patologi.
5
5.9 Pendakwaan gagal untuk membalas terhadap isu-isu yang dibangkitkan oleh pihak pembelaan. Mahkamah bersetuju dengan dapatan yang diberikan oleh YA Tn Moses Susayan dan berpandukan garis panduan yang diberikan oleh beliau:- “It must prove that the urine sample in the bottle was indeed collected from the accused. This requires the chain of custody to be clearly established and verified from the point of collection to analysis by chemist.”
6
6.1 Setelah Mahkamah membaca hujahan bertulis daripada kedua-dua belah [ihak dan juga balasan dari pihak pembelaan dan setelah meneliti ke semua keternagan dari semua saksi yang dipanggil oleh pihak Pendakwaan serta soal balas dari pihak Pembelaan.
6
6.2 Berdasarkan penilaian keterangan secara maksimum terhadap kesemua saksi-saksi pendakwaan, mahkamah berpendapat bahawa pihak pendakwaan telah gagal untuk mengemukakan keterangan yang kukuh untuk membuktikan setiap intipati pertuduhan di bawah seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya yang mana pihak pendakwaan telah gagal untuk membuktikan elemen bagi pertuduhan berkenaan.
6
6.3 Berdasarkan alasan-alasan di atas, mahkamah ini mendapati bahawa pihak pendakwaan telah gagal untuk mengemukakan suatu kes prima facie terhadap Tertuduh atas pertuduhan yang dikemukakan terhadapnya dan daripada keterangan yang dikemukakan adalah tidak selamat untuk memanggil Tertuduh-Tertuduh membela diri atas pertuduhan tersebut dan mahkamah ini tidak bersedia untuk mensabitkan Tertuduh jika pembelaan dipanggil dan Tertuduh-Tertuduh memilih untuk berdiam diri.
6
6.4 Oleh yang demikian, Tertuduh dengan ini dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan di bawah di bawah seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya tersebut tanpa perlu dipanggil untuk membela diri. Bertarikh 24/6/2025 Siti Nora binti Sharif
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.