Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN KUANTAN DALAM NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR WRIT SAMAN NO – CA-B52NCvC-9-05/2024 ANTARA FHC MINING SDN BHD [COMPANY NO.: 1260301-T] [JACOB GOLDIE S.S. CHEW] …PLAINTIF
CA-B52NCvC-9-05/2024
Sessions Court of Malaysia15 Nov 2024
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“(E) Peruntukan tersebut. Antara yang dimaksudkan adalah forum yang lebih sesuai (the issue of forum non coveniens) sebagaimana diputuskan di bawah: AMALAN LENGKAP SDN BHD v. SKS COACHBUILDERS SDN BHD[2016] CLJU 883 [7] This state of affairs often gives rise to the issue of forum non coveniens, ie, which of the branch o”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN KUANTAN DALAM NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR WRIT SAMAN NO – CA-B52NCvC-9-05/2024 ANTARA FHC MINING SDN BHD [COMPANY NO.: 1260301-T] [JACOB GOLDIE S.S. CHEW] …PLAINTIF
1
DAN RAZALI BIN YUSOF [IDENTITY CARD NO.: 710406115251] [SAIFUL ZAKI & PARTNERS]
2
PENGHUNI-PENGHUNI GRN 18668 LOT 1909, MUKIM HULU JABUR, DAERAH KEMAMAN, NEGERI TERENGGANU [OTHERS: -] [SAIFUL ZAKI & PARTNERS] …DEFENDAN-DEFENDAN ALASAN PENGHAKIMAN (RAYUAN INTERLOKUTORI) 14/01/2025 11:09:37 CA-B52NCvC-9-05/2024 Kand. 60 LATARBELAKANG KES Ini adalah rayuan Perayu/Plaintif FHC MINING SDN BHD [COMPANY NO.: 1260301-T], melalui Notis Rayuan di Lampiran 52 atas keputusan Mahkamah selain keputusan yang diputuskan selepas perbicaraan yang diberi pada 15 haribulan November 2024, yang memutuskan bahawa:
1
Notis Permohonan Defendan Pertama bertarikh 26/9/2024 (KM37) dibenarkan.
2
Tindakan ini iaitu tindakan Writ Saman dan Penyataan Tuntutan No:CA-B52NCVC-9-05/2024, dalam Mahkamah Sesyen Kuantan, Pahang Darul Makmur keseluruhannya dipindahkan ke Mahkamah Sesyen Kemaman, Terengganu Darul Iman.
3
Kos permohonan ini dijadikan kos dalam kausa. DAPATAN MAHKAMAH [1] Mahkamah telah meneliti Notis Permohonan, Afidavit-afidavit, hujahan bertulis dan otoriti kedua-dua pihak. Notis Permohonan
Lampiran
Lampiran 37 adalah permohonan Defendan Pertama di bawah Aturan 57 Kaedah 1 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 untuk satu perintah bahawa: a) Tindakan ini iaitu tindakan Writ Saman dan Penyataan Tuntutan No:CA-B52NCVC-9-05/2024, dalam Mahkamah Sesyen Kuantan, Pahang Darul Makmur keseluruhannya dipindahkan ke Mahkamah Sesyen Kemaman, Terengganu Darul Iman. b) Kos permohonan ini dijadikan kos dalam kausa. c) Sebarang perintah lain yang dianggap sesuai dan saksama oleh Mahkamah yang Mulia ini. [2] Alasan permohonan Defendan Pertama adalah dinyatakan dalam affidavit sokongan yang mana antara lain menyatakan bahawa: 1) Tuntutan utama Plaintif terhadap Defendan Pertama adalah bagi mendapatkan milikan bagi hartanah yang dikenali sebagai GRN18668 Lot 1909, Mukim Hulu Jabor, Daerah Kemaman Terengganu (Hartanah Tersebut) yang mana berada dalam bidangkuasa Mahkamah Sesyen Kemaman, Terengganu. 2) Defendan Pertama kini menduduki dan menjalankan perniagaan di dalam rumah kedai yang dikenali sebagai RR Jabor Tomyam Kelapa Seafood (Premis Tersebut) yang mana dibina di atas Hartanah Tersebut yang juga berada dalam bidangkuasa Mahkamah Sesyen Kemaman, Terengganu. 3) Bagi membuktikan fakta-fakta sokongan Defendan Pertama dalam pembelaan dan juga tuntutan balas beliau, Defendan Pertama perlu memanggil saksi dari Pejabat Tanah Kemaman atau Penolong Pentadbir Tanah Daerah Kemaman yang mana jarak kedudukan Pejabat Tanah Daerah Kemaman hanya 1KM dengan Mahkamah Sesyen Kemaman. 4) Selain itu, Defendan Pertama juga akan memanggil saksi-saksi dari Tetuan Jurukur Asas Sdn Bhd yang beralamat di Tanah Merah Kelantan yang mana kedudukan Mahkamah Sesyen Kemaman adalah lebih hampir dengan alamat saksi-saksi tersebut jika dibandingkan dengan jarak ke Mahkamah Sesyen Kuantan Pahang. 5) Defendan Pertama percaya Mahkamah Sesyen Kemaman, Terengganu adalah forum yang lebih sesuai untuk mendengar dan memutuskan pertikaian antara kedua-dua pihak dalam tindakan ini. [3] Plaintif telah memfailkan pembelaan dan affidavit jawapan yang mana antaranya menyatakan seperti berikut: 1) Tindakan ini dimulakan dengan Smaan Pemula di Mahkamah Tinggi dengan No:CA-24NCVC-73-04/2023. 2) Pada 24/5/2024, Mahkamah Tinggi telah memerintahkan bahawa tindakan ini dipindahkan ke Mahkamah Sesyen Kuantan (perintah Mahkamah Tinggi adalah di Lampiran 29). 3) Perintah bagi Lampiran 29 adalah muktamad dan mengikat pihak-pihak. 4) Kesemua dokumen dan persiapan kes ini telah selesai. [4] Mahkamah telah membenarkan Notis Permohonan Defendan Pertama di sini dan tindakan ini telah dipindahkan ke Mahkamah Sesyen Kemaman, Terengganu. Plaintif tidak menamakan secara khusus siapakah Defendan Kedua dalam tindakan ini dan Defendan Kedua juga tidak pernah memfailkan apa-apa pembelaan, Notis Rayuan, membantah kepada Notis Permohonan Defendan Pertama ini. Oleh itu, tindakan ini merujuk khas antara Plaintif dan Defendan Pertama. [5] Defendan Pertama bersandarkan kepada Aturan 57 Kaedah 1 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 yang mana Mahkamah kemukakan semula sebagaimana berikut: 57 Pemindahan prosiding 1. Pemindahan prosiding ke Mahkamah yang lain (A. 57 k. 1) Jika Hakim Mahkamah Tinggi atau Hakim Mahkamah Sesyen atau Majistret berpuas hati bahawa apa-apa prosiding dalam Mahkamah tersebut boleh menjadi lebih mudah atau adil untuk dibicarakan di Mahkamah yang lain yang setara bidang kuasa, dia boleh atas permohonan mana-mana pihak, memerintahkan prosiding itu dipindahkan ke Mahkamah yang lain. [6] Apa yang penting dalam peruntukan ini adalah bahawa Mahkamah perlu merujuk dan memberi pertimbangan sewajarnya di bawah Aturan 57 Kaedah (4) yang mana memperuntukkan seperti berikut: Aturan 57 kaedah 4 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 (4) Sebelum membuat apa-apa perintah untuk memindahkan apa-apa prosiding dari- (a) Mahkamah Tinggi ke Mahkamah Tinggi lain yang setara bidang kuasa; (b) Mahkamah Rendah ke Mahkamah Tinggi; (c) Mahkamah Tinggi ke Mahkamah Rendah; atau (d) Mahkamah Rendah ke Mahkamah Rendah yang lain, Hakim Mahkamah Tinggi atau Hakim Mahkamah Sesyen atau Majistret, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah mengambil ke dalam pertimbangan sama ada Mahkamah Tinggi atau Mahkamah Sesyen yang akan mendengar kes itu terletak di atau berdekatan dengan tempat yang- (A) kausa tindakan itu berbangkit; (B) defendan, atau seorang daripada beberapa defendan, bermastautin atau mempunyai tempat perniagaannya; (C) fakta yang berdasarkan kepadanya prosiding itu wujud atau yang dikatakan telah berlaku; (D) tanah yang pemilikannya dipertikaikan itu terletak; atau (E) bagi sebab-sebab lain yang wajar demi kepentingan keadilan bahawa prosiding itu patut dipindahkan. [7] Mahkamah ini percaya bahawa kes ini telah memenuhi kesemua faktor yang dinyatakan di atas: (A) kausa tindakan (subject matter) adalah Hartanah Tersebut/“Premis Tersebut” di Kemaman, Terengganu; (B) Kedua-dua Defendan Pertama dan Defendan Kedua adalah beralamat dan menetap di Mukim Hulu Jabor, Kemaman, Terengganu sebagaimana diplidkan oleh Plaintif; (C) Fakta dan prosiding yang wujud dan berlaku adalah di Mukim Hulu Jabor, Kemaman, Terengganu; (D) Hartanah Tersebut adalah beralamat di Mukim Hulu Jabor, Kemaman, Terengganu. (E) bagi sebab-sebab lain yang wajar demi kepentingan keadilan bahawa prosiding itu patut dipindahkan. Forum yang lebih sesuai. [8] Mahkamah juga mengambilkira faktor-faktor lain yang dinyatakan dalam perenggan (E) Peruntukan tersebut. Antara yang dimaksudkan adalah forum yang lebih sesuai (the issue of forum non coveniens) sebagaimana diputuskan di bawah: AMALAN LENGKAP SDN BHD v. SKS COACHBUILDERS SDN BHD[2016] CLJU 883 [7] This state of affairs often gives rise to the issue of forum non coveniens, ie, which of the branch of the High Court in Malaya would be the most suitable and appropriate forum to adjudicate a dispute that lies within the jurisdiction of the High Court. See the joint article by R H Hickling and Wu Min Aun, "Stay of Actions and Forum Non Conveniens' in [1994] 3 MLJ xcvii, which was referred to by the then Supreme Court in American Express Bank Ltd v. Mohamed Toufic Al-Ozeir & Anor [1995] 1 CLJ 273. In that case, Peh Swee Chin SCJ in explaining the doctrine of forum non conveniens held as follows: The doctrine of forum non conveniens appears to have originated in Scotland and has finally found full acceptance by the House of Lords in Spiliada Maritime Corp v. Consulax Ltd (The Spiliada) [1986] 3 All ER 843 after a series of decisions, as described and set out so well in that very interesting and readable joint article by R H Hickling and Assoc. Prof. Wu Min Aun [1994] 3 MLJ xcvii. The main judgment in the Spiliada was delivered by Lord Goff, who adopted the dictum of Lord Kinnear in Sim v. Robinow [1892] 19 R (ct. of Sess.) 665, 668 as being the fundamental principle in regard to this doctrine ie. that "there is some other tribunal, having competent jurisdiction, in which, the case may be tried more suitably for the interests of all parties and for the ends of justice." Lord Goff cautioned that the word "conveniens" in forum non conveniens meant suitability or appropriateness of the relevant jurisdiction and not one of convenience. We are in entire agreement with the fundamental principle so expressed. [8] Thus, in considering an application for transfer of proceedings on grounds of proper or convenient forum, courts have had regard to, amongst others, the issue of where the cause of action arose, the defendant's place of residence, the hardship to parties, and interest of justice. Lambakan saksi-saksi yang akan dipanggil. [9] Sebagaimana diplidkan pihak-pihak, pertikaian melibatkan Hartanah Tersebut/Premis Tersebut yang mana ia juga melibatkan tuntutan balas di pihak Defendan Pertama dan Defendan Pertama akan memanggil saksi-saksi yang berkenaan terutama dari Pejabat Tanah Kemaman, jurukur dan jika dilihat pembelaan Defendan Pertama, ia juga melibatkan sejarah awal pendudukan Defendan Pertama melalui pihak lain atas tiket kelulusan pendudukan sementara (TOL). Oleh itu, saksi-sai dan Defendan-Defendan sendiri adalah berada dalam bidangkuasa Mahkamah Sesyen Kemaman. [10] Walaupun Plaintif beralamat di Kuantan, Plaintif memplidkan bahawa Plaintif adalah pemilik bagi Hartanah Tersebut yang mana ia adalah dalam bidangkuasa Mahkamah Sesyen Kuantan. Oleh itu adalah lebih sesuai tindakan ini didengar dan diputuskan di Mahkamah Sesyen Kemaman, Terengganu. Perintah Mahkamah Tinggi Bertarikh 24/5/2024 di Lampiran 29. [11] Plaintif dalam alasan membantah kepada permohonan Defendan Pertama di sini sepenuhnya bersandarkan kepada keputusan Mahkamah Tinggi di Lampiran 29. [12] Mahkamah ini akur dan patuh pada perintah Mahkamah Tinggi yang telah diberikan pada 24/5/2024 di atas. Walaupun begitu, Mahkamah ini tiada niat untuk untuk menghina perintah Mahkamah Tinggi tersebut tetapi berpandangan bahawa YAH yang bijaksana telah memberikan perintah tersebut atas dasar bidangkuasa antara Mahkamah Tinggi berbanding Mahkamah Sesyen kerana tindakan ini asalnya difailkan melalui Saman Pemula di Mahkamah Tinggi. [13] Mahkamah ini berpendapat YAH telah membuat perintah tersebut memandangkan pertikaian ini bukanlah melibatkan Kanun Tanah Negara sebagaimana bidangkuasa mutlak Mahkamah Tinggi. Tuntutan Plaintif jelas adalah untuk milikan kosong dan tidak melibatkan apa-apa prayers berhubung bidangkuasa Kanun Tanah Negara. [14] Tuntutan Balas Defendan Pertama juga adalah melibatkan suatu perintah untuk deklarasi berhubung perjanjian antara Plaintif dan Defendan dan gantirugi sahaja berhubung Hartanah Tersebut. Tidak ada apa-apa prayers yang memerlukan campurtangan Mahkamah Atasan/ Mahkamah Tinggi dan prayers yang dipohon kedua-dua pihak jelas adalah dalam bidangkuasa Mahkamah Sesyen sahaja. [14] Oleh itu Mahkamah percaya perintah Mahkamah Tinggi adalah bagi menggambarkan bidangkausa tuntutan/tuntutan balas hanyalah dalam bidangkuasa Mahkamah Sesyen dan bukan Mahkamah Tinggi. Pihak-pihak telah bersedia untuk perbicaraan. [15] Plaintif menyatakan bahawa tindakan ini telah sedia untuk perbicaraan memandangkan segala dokumen dan persedian telah selesai. [16] Mahkamah setuju ke sini telah diperingkat sedia untuk perbicaraan. Walaupun begitu, jika sekiranya tindakan ini dipindahkan ke Mahkamah Sesyen Kemaman, Terengganu, ia juga terus boleh ditetapkan tarikh bicara penuh. Berkemungkinan juga tarikh bicara akan ditetapkan lebih awal di Mahkamah Sesyen Kemaman berbanding di Mahkamah Sesyen 2 Kuantan ini memandangkan jadual di Mahkamah ini terlibat dengan kes jenayah SPRM, Komersial, Inquest dan sebagainya yang mana jadual sangat padat. [17] Mahkamah juga percaya Notis Permohonan ini dibuat dengan bona fide dan bukan untuk melengah-lengahkan perbicaraan. Ini boleh dilihat daripada minit Mahkamah yang mana hanya terdapat 3 pengurusan kes dijalankan sebelum Notis Permohonan Lampiran 37 difailkan dan diputuskan. Tindakan pelaksanaan [18] Salah satu faktor lain yang menjadi asas Mahkamah ini membenarkan permohonan Defendan Pertama adalah apabila tuntutan mana-mana pihak diputuskan (terutama tuntutan Plaintif), pelaksanaan akhirnya perlu dilaksanakan oleh Mahkamah Sesyen Kemaman, Terengganu. [19] Mahkamah menyatakan demikian memandangkan jika tuntutan Plaintif dibenarkan iaitu “milikan kosong Hartanah Tersebut dalam tempoh masa yang ditetapkan Mahkamah” tidak dipatuhi oleh Defendan-Defendan, Plaintif perlu melaksanakan perintah melalui bailiff Mahkamah atau perintah masuk secara paksa dengan bantuan polis. [20] Dalam keadaan ini, Mahkamah di tempat di masa kausa tindakan/perkara subjek (subject matter) akan bertanggungjawab melaksanakan prosiding tersebut (execution prosiding). Ia juga sama jika melibatkan perintah masuk secara paksa dengan bantuan polis. Kerjasama polis yang terlibat adalah Balai Polis Kemaman, Terengganu. Bidangkuasa Mahkamah Mahkamah di bawah Aturan 92 Kaedah 4 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 [21] Sebagaimana dinyatakan di atas, Mahkamah ini telah mempertimbangkan segala faktor yang mana pada pandangan Mahkamah ini, forum yang lebih sesuai adalah di Mahkamah Sesyen Kemaman, Terengganu bagi mendengar dan memutuskan tindakan di sini. [22] Mahkamah ini juga mengguna pakai Aturan 92 kaedah 4 Kaedah-kaedah Mahkamah 2012 berkenaan kuasa mutlak mahkamah untuk membuat apa-apa keputusan untuk menghalang ketidakadilan dan penyalahgunaan proses mahkamah, permohonan defendan wajar ditolak. [23] Mahkamah percaya Aturan 57 Kaedah 1 telah memberikan Mahkamah kuasa budi bicara yang luas untuk memindahkan sesuatu tindakan ke Mahkamah yang lain jika Mahkamah berpuas hati bahawa apa-apa prosiding dalam Mahkamah tersebut boleh menjadi lebih mudah atau adil untuk dibicarakan di Mahkamah yang lain yang setara bidang kuasa. Kesimpulan [24] Mahkamah wajar demi kepentingan keadilan mempertimbangkan bahawa sesuatu prosiding itu patut dipindahkan. Beban untuk membuktikan bahawa perintah memindahkan tindakan ke Mahkamah yang lain adalah untuk tujuan lebih mudah atau adil untuk dibicarakan di Mahkamah yang lain untuk mencapai keadilan adalah terletak pada pihak yang membuat permohonan itu dan Mahkamah ini percaya Defendan Pertama telah berjaya memberi sebab dan alasan kukuh bagi permohonan ini. [25] Tambahan pula, dengan membenarkan permohonan ini, Mahkamah percaya kos dapat dijimatkan dan ia membantu kedua-dua pihak sebenarnya. [26] Mahkamah juga berpegang kepada prinsip bahawa secara asasnya, forum conveniens membawa maksud korum paling sesuai dan berpatutan yang mana turut mengambil kira kepentingan dan kemudahan pihak-pihak dan saksi-saksi. Tambahan pula, selain kepentingan dan kemudahan pihak-pihak dan saksi-saksi, forum conveniens juga membawa maksud keadaan yang mana ia bersesuaian demi keadilan dan bukan hanya satu-satu kemudahan seperti dalam kes AMERICAN EXPRESS BANK LTD V. MOHAMAD TOUFIC AL-OZEIR & ANOR [1995] 1 CLJ 273. [27] Oleh demikian, Mahkamah membenarkan Notis Permohonan Defendan Pertama di Lampiran 37 dengan kos dalam kausa. Sekian untuk pertimbangan YAH. Disediakan oleh Sazlina Safie ……………………………. Sazlina Bt Safie Hakim Sesyen, Mahkamah Sesyen 2 Kuantan, Pahang. Tarikh :14/1/2025 PEGUAMCARA PLAINTIF: DATO’ GAINNEOS JACOB GOLDIE [TETUAN JACOB GOLDIE S.S. CHEW] PEGUAMCARA DEFENDAN: EN. AHMAD FAIZZUDDIN BIN FATAHAI ARIFFIN [TETUAN SAIFUL ZAKI & PARTNERS]
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.