Content
1 DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA (BIDANG KUASA RAYUAN) RAYUAN JENAYAH NO. B – 09 – 96 – 04/2024 ANTARA FIRDAUS AZAMUDDIN BIN ARIFIN PERAYU DAN PENDAKWA RAYA RESPONDEN KORAM AHMAD ZAIDI BIN IBRAHIM, JCA MOHAMED ZAINI BIN MAZLAN, JCA
B-09-96-04/2024
Court of Appeal of Malaysia7 May 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“na adalah sukar untuk mengharapkan seseorang saksi untuk mengingati setiap butiran dengan tepat. Al-Marhum Raja Azlan Shah HMT (KHN kemudiannya) dalam kes PP v Datuk Haji Harun bin Haji Idris [No. 2] [1976] CLJU 184 menyatakan bahawa percanggahan akan sentiasa ada oleh kerana setiap saksi tidak akan dapat mengingat den”
“dakwaan, kerana kemungkinan untuk koyakan baharu wujud adalah sukar apabila telah terdapat koyakan lama; sila rujuk kes PP v Muhammad Nor Azmil Khairuddin [2015] 1 CLJ 276 dan Anthonyius Bernard v PP [2018] CLJU 1346 Sama ada Hakim Bicara telah tersalah arah apabila menerima keterangan SP4 sebagai “unusually convincing”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA (BIDANG KUASA RAYUAN) RAYUAN JENAYAH NO. B – 09 – 96 – 04/2024 ANTARA FIRDAUS AZAMUDDIN BIN ARIFIN PERAYU DAN PENDAKWA RAYA RESPONDEN KORAM AHMAD ZAIDI BIN IBRAHIM, JCA MOHAMED ZAINI BIN MAZLAN, JCA
1
Perayu telah dituduh dengan kesalahan merogol mangsa yang bawah umur dibawah seksyen 376(1) Kanun Keseksaan. Perayu telah dibicarakan di Mahkamah Sesyen S/N hhN9mczL0SXt23dk9/iiA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 2 dan telah didapati bersalah selepas perbicaraan penuh. Mahkamah Sesyen telah menjatuhkan hukuman penjara dua belas tahun bermula dari tarikh sabitan iaitu 19 Ogos 2022 dan juga lima kali sebatan.
2
Perayu telah merayu kepada Mahkamah Tinggi. Rayuan beliau telah ditolak dan sabitan dan hukuman oleh Mahkamah Sesyen dikekalkan. Kedua-dua Mahkamah telah membenarkan penggantungan hukuman sementara menunggu rayuan beliau dimuktamadkan.
3
Pertuduhan terhadap perayu adalah seperti berikut: “Bahawa kamu pada 23.03.2019 jam lebih kurang 12.00 tengah malam hingga 12 tengahari, di bilik No. 2, Hotel Foong Inn Banting, di dalam daerah Kuala Langat, di dalam Negeri Selangor Darul Ehsan, telah merogol seorang mangsa nama XXX, berumur 14 tahun. Oleh itu kamu telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 376(1) Kanun yang sama.”
4
Pihak pendakwaan telah memanggil seramai lapan orang saksi. Menurut SP1, iaitu ibu mangsa, mangsa telah tidak pulang ke rumah untuk beberapa hari. Mangsa berumur 14 tahun pada masa tersebut. Fakta ini tidak dipertikaikan. S/N hhN9mczL0SXt23dk9/iiA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 3 Mangsa telah pada 25 Mac 2019 menghubungi SP1 untuk mengambilnya di Plaza Tol Ainsdale di Seremban. Apabila SP1 mengambil mangsa, beliau melihat terdapat banyak kesan merah pada leher mangsa. SP1 terus bertanya kepada mangsa apa yang telah berlaku kepadanya. Mangsa telah menceritakan kepada SP1 bahawa beliau telah berkenalan dengan seorang lelaki bernama Firdaus, iaitu perayu, melalui aplikasi “WeChat” dan berhubung melalui applikasi “lnstagram”.
5
Mangsa telah pada 20 Mac 2019 berhubung dengan perayu dan mangsa telah menerima pelawaan perayu untuk bertemu dengannya. Setelah bertemu di Seremban, mereka berdua pergi ke Klang dengan menaiki motosikal perayu. Mereka tiba di Klang diantara pukul 3.30 pagi hingga 4.00 pagi pada 21 Mac 2019.
6
Perayu mulanya mengajak mangsa ke rumah kakaknya untuk tidur di situ tetapi tiada orang di rumah tersebut. Perayu dan mangsa pergi ke sebuah kedai Mamak untuk minum dari jam 6.00 pagi hingga 8.00 pagi Mereka kemudiannya menginap di sebuah hotel dimana mangsa dan perayu telah tidur sehingga pukul 8.00 malam. Tiada apa yang berlaku sepanjang mereka berdua tidur. Perayu dan mangsa telah daftar keluar dari hotel tersebut dan pergi makan di sebuah restoran berhampiran. Selepas makan, mangsa dan perayu pergi ke sebuah bengkel motosikal milik rakan perayu. Mereka berada di situ sehingga pukul 3.00 pagi . Perayu dan mangsa telah pergi ke Shah Alam bersama rakan-rakan perayu untuk bersantai. S/N hhN9mczL0SXt23dk9/iiA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 4 [7] Perayu dan mangsa telah kembali ke hotel yang sama pada keesokan harinya iaitu 22 Mac 2019 pada pukul 7.00 pagi. Perayu telah memberi sebiji pil berwarna merah kepada mangsa untuk dimakan dalam bilik hotel tersebut. Mangsa kemudian tidur setelah memakan pil tersebut. Apabila mangsa bangun, perayu telah memberitahu mangsa yang dia telah bersetubuh dengan mangsa dan memancutkan air mani ke dalam kemaluan mangsa. Perayu kemudian memberi pil perancang kepada mangsa. Mereka telah keluar dari hotel tersebut pada pukul 8.00 malam pada hari yang sama. Mereka telah pergi ke sebuah restoran dan duduk disitu sehingga pukul 1.00 pagi. Mereka kemudiannya pergi ke bengkel motosikal rakan perayu dan duduk di situ sehingga pukul 5.00 pagi.
8
Perayu dan mangsa telah pergi ke Hotel Foong Inn di Banting dan mendaftar masuk pada 23 Mac 2019 pukul 12.00 tengahari. Disana, Perayu telah sekali lagi melakukan hubungan seks dengan mangsa. Menurut mangsa, Perayu telah memasukkan zakarnya ke dalam kemaluan mangsa beberapa kali dan memancutkan air mani di atas perut mangsa.
9
Perayu dan mangsa telah keluar dari hotel tersebut 2 hari kemudian, iaitu pada 25 Mac 2019. Selepas itu, perayu telah meminta pertolongan rakannya yang tidak dikenali oleh mangsa, untuk menghantar mangsa ke Seremban. Mangsa kemudian dihantar oleh rakan perayu ke Plaza Tol Ainsdale S/N hhN9mczL0SXt23dk9/iiA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 5 di Seremban dan seterusnya dibawa pulang ke rumah oleh ibu mangsa, SP1.
10
Setelah disoal oleh SP1, mangsa menceritakan insiden yang berlaku kepada SP1. Berikutan itu, SP1 telah membuat laporan polis berkaitan kejadian tersebut pada 25 Mac 2019. Mangsa juga telah dibawa ke Hospital Banting untuk pemeriksaan, dimana mangsa telah diperiksa oleh doktor, SP2 dan doktor pakar, SP8. Hasil pemeriksaan tersebut, disahkan bahawa terdapat koyakan pada kemaluan mangsa pada jam 3, 4, 7 dan 11.
11
Perayu telah memberikan keterangan secara bersumpah tanpa memanggil saksi yang lain. Secara asasnya, Perayu tidak menafikan berada di tempat kejadian bersama dengan mangsa pada tarikh dan masa sebagaimana pertuduhan. Bahkan, Perayu juga mengakui telah tidur bersama dengan mangsa di dalam hotel tersebut. Walaubagaimanapun, perayu menafikan telah melakukan persetubuhan dengan mangsa.
12
Apa yang dibangkitkan sebagai pembelaan oleh Perayu adalah, rakannya bernama "Boy'' yang sebenarnya berada bersama mangsa pada tarikh, masa dan tempat kejadian seperti dalam pertuduhan. Malahan, Perayu menyatakan dia nampak “Boy” memeluk mangsa beberapa kali. Namun, nama serta butiran penama "Boy'' ini langsung tidak pernah S/N hhN9mczL0SXt23dk9/iiA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 6 dikemukakan kepada Mahkamah sehingga di peringkat pembelaan. "Boy'' juga tidak hadir memberikan keterangan.
13
Di akhir kes pembelaan, Mahkamah Sesyen telah memutuskan bahawa keterangan perayu gagal menimbulkan satu keraguan terhadap kes pendakwaan. Sebaliknya, versi pihak pembelaan hanya bersifat penafian semata-mata tanpa disokong oleh keterangan lain yang boleh dipercayai untuk mencabar kes pendakwaan.
14
Perayu telah menimbulkan beberapa isu dalam rayuan ini. Kami akan menganalisa dan membuat dapatan terhadap setiap isu yang telah ditimbulkan. Sama ada pertuduhan yang dihadapkan ke atas perayu adalah suatu pertuduhan yang cacat, defektif dan tersalah arah
15
Peguam terpelajar perayu telah memperincikan pergerakan dan kejadian yang berlaku diantara 20 Mac 2019 sehingga 25 Mac 2019. Menurut beliau, kedua-dua perayu dan mangsa telah hanya mendaftar masuk ke hotel yang dikatakan berlakunya kejadian rogol tersebut selepas pukul 12.00 tengah hari pada 23 Mac 2019, kerana hotel tersebut hanya menerima urusan daftar masuk selepas pukul 12.00 tengah hari. Peguam terpelajar berhujah bahawa pertuduhan terhadap perayu adalah cacat, defektif dan tersalah arah kerana perayu dikatakan telah merogol mangsa diantara S/N hhN9mczL0SXt23dk9/iiA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 7 12.00 tengah malam hingga 12.00 tengah hari pada 23 Mac
2019
Peguam terpelajar merujuk kepada seksyen 422 Kanun Tatacara Jenayah (“KTJ”) dan berhujah bahawa berpandukan kepada peruntukan tersebut, pertuduhan yang cacat dan defektif tanpa sebarang pindaan dan pembetulan, menyebabkan perayu tidak dapat menyediakan pembelaan yang berkesan dan adil sekaligus mengakibatkan salah laku keadilan terhadap perayu. [16] Kami bersetuju dengan dapatan Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Tinggi bahawa kecacatan pada tarikh dan masa adalah tidak material yang mengakibatkan pertuduhan tersebut defektif. Menurut seksyen 156 KTJ, sebarang kesilapan dalam menyatakan kesalahan atau peninggalan butir-butir yang perlu dinyatakan di dalam pertuduhan tersebut adalah tidak material melainkan tertuduh telah dikelirukan oleh kesilapan atau peninggalan tersebut. [17] Dalam kes ini, pertuduhan terhadap perayu adalah untuk kesalahan merogol. Definisi rogol telah dijelaskan dibawah seksyen 375 Kanun Keseksaan. Kes pendakwaan terhadap perayu adalah dibawah seksyen 375(g) Kanun Keseksaan dimana perayu dituduh telah melakukan persetubuhan dengan perayu yang berumur dibawah 16 tahun, samada dengan atau tanpa kebenaran mangsa. Oleh itu, intipati yang material adalah:
i
samada perayu telah melakukan persetubuhan dengan mangsa, dan S/N hhN9mczL0SXt23dk9/iiA
II
(ii) samada mangsa adalah dibawah umur 16 tahun semasa kejadian tersebut berlaku. [18] Masa dan tarikh kejadian tersebut bukan intipati yang material terhadap pertuduhan merogol melainkan perayu tidak mengaku berada bersama mangsa pada tarikh dan masa yang berkenaan, ataupun timbul pertikaian terhadap umur mangsa. Kami bersetuju dengan dapatan Mahkamah Tinggi dalam kes Mohd Hanif Kassim v PP and another appeal [2015] 3 CLJ 98 dimana Mahkamah telah dalam dapatannya menyatakan bahawa masa dan tarikh kejadian rogol tersebut bukanlah intipati yang penting untuk pertuduhan rogol dan kesilapan terhadap masa dan tarikh dalam pertuduhan tidak mengelirukan perayu dalam kes tersebut. [19] Dalam rayuan ini, tidak dipertikaikan bahawa perayu dan mangsa telah menginap di hotel yang dinyatakan dalam pertuduhan. Perayu telah bersama dengan mangsa sepanjang tarikh yang dinyatakan dalam pertuduhan, malah perayu tidak pernah membangkitkan pembelaan alibi. Kami bersetuju dengan dapatan Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Tinggi bahawa perayu tidak dikelirukan dengan pertuduhan tersebut mahupun diprejudiskan dalam pembelaannya. Sama ada Hakim Bicara telah tersalah arah apabila memutuskan bahawa kesan koyakan lama pada SP4 turut terjumlah kepada suatu tindakan “penetration” oleh perayu ke atas SP4 S/N hhN9mczL0SXt23dk9/iiA [20] Mangsa telah diperiksa oleh SP2, Pegawai Perubatan Hospital Banting dan SP8, Pakar Perubatan pada 25 Mac 2019 diantara pukul 3.30 petang sehingga 4.00 petang. Hasil pemeriksaan tersebut, SP8 mengesahkan terdapat koyakan lama di kemaluan mangsa pada posisi pukul 3, 4, 7 dan 11, dan tidak terdapat koyakan baharu. Peguam terpelajar perayu berhujah bahawa memandangkan permeriksaan yang dijalankan oleh SP2 dan SP8 dibuat dalam tempoh kurang dari 72 jam selepas yang dikatakan kejadian rogol berlaku, maka ketiadaaan koyakan baharu menimbulkan keraguan terhadap kejadian rogol yang kononnya dilakukan oleh perayu. Peguam terpelajar perayu juga merujuk penyataan SP8 bahawa mangsa pernah bersetubuh sebelum bertemu perayu. [21] Kami bersetuju dengan dapatan Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Tinggi bahawa walaupun tiada koyakan baharu didapati semasa pemeriksaan perubatan dijalankan, ia tidak bermaksud bahawa mangsa tidak bersetubuh dengan perayu. Ini adalah selaras dengan keterangan oleh SP8 yang menyatakan bahawa ketiadaan koyakan atau luka baharu tidak bermaksud tiada persetubuhan berlaku. [22] Kami juga menegaskan bahawa kejadian rogol boleh berlaku tanpa wujudnya koyakan atau luka dalam kemaluan mangsa, ataupun ketiadaan air mani. Luka, koyakan dan air mani hanya merupakan keterangan sokongan sahaja. Isu yang lebih penting adalah samada perayu telah memasukkan zakar perayu ke dalam kemaluan mangsa. Dalam kes ini, kami S/N hhN9mczL0SXt23dk9/iiA bersetuju bahawa ketiadaan luka atau koyakan di dalam kemaluan mangsa tidak mencacatkan kes pendakwaan, kerana kemungkinan untuk koyakan baharu wujud adalah sukar apabila telah terdapat koyakan lama; sila rujuk kes PP v Muhammad Nor Azmil Khairuddin [2015] 1 CLJ 276 dan Anthonyius Bernard v PP [2018] CLJU 1346 Sama ada Hakim Bicara telah tersalah arah apabila menerima keterangan SP4 sebagai “unusually convincing” walaupun terdapat pelbagai percanggahan yang membuktikan sebaliknya SP4 bukanlah seorang saksi yang kredibel memandangkan keterangan beliau adalah tidak konsisten dan saling bercanggah dengan keterangan saksi pendakwaan yang lain [23] Kami akan memberi dapatan terhadap kedua-dua isu ini bersekali memandangkan isunya adalah hampir sama. [24] Peguam terpelajar perayu berhujah bahawa Hakim Mahkamah Sesyen (‘HMS”) telah menggunapakai hampir keseluruhan keterangan mangsa walaupun tanpa keterangan sokongan. Peguam terpelajar mempertikaikan keterangan mangsa kerana terdapat banyak percanggahan. Antaranya, mangsa mendakwa telah diberi dadah oleh perayu namun begitu, hasil ujian untuk mengesan dadah dalam mangsa adalah negatif. Mangsa juga telah memberikan tarikh yang berbeza tentang masa dan hari beliau dikatakan dirogol semasa memberi keterangan di Mahkamah dengan S/N hhN9mczL0SXt23dk9/iiA kenyataannya di hadapan pegawai-pegawai perubatan di Hospital. Akhir sekali, mangsa telah memberi keterangan yang berbeza tentang waktu beliau dan perayu mendaftar keluar dari hotel tersebut. [25] Peguam terpelajar perayu berhujah bahawa mangsa bukan seorang saksi yang boleh dipercayai kerana tidak ada keterangan jelas yang membuktikan bila kejadian rogol tersebut berlaku, dimana ia berlaku, ataupun samada ia berlaku atau sebaliknya. Justeru, peguam terpelajar berhujah bahawa HMS telah terkhilaf apabila menyabitkan perayu dengan kesalahan seperti dalam pertuduhan. [26] HMS dalam penghakimannya berpendapat bahawa mangsa adalah “unusually convincing”, iaitu teramat meyakinkan, oleh kerana kenyataaan beliau adalah kukuh, konsisten dan boleh dipercayai. HMS akur bahawa terdapat beberapa percanggahan dalam keterangan mangsa namun beliau berpendapat bahawa percanggahan-percanggahan tersebut adalah tidak material yang boleh memusnahkan kebolehpercayaan beliau terhadap keterangan mangsa. HMS juga mendapati bahawa mangsa konsisten dalam keterangannya walaupun berhadapan dengan pelbagai soalan semasa pemeriksaan balas. Malahan, HMS juga bersetuju bahawa terdapat beberapa keterangan sokongan yang menyokong keterangan mangsa. [27] Kami juga bersetuju dengan HMS bahawa percanggahan dalam keterangan mangsa adalah tidak material. S/N hhN9mczL0SXt23dk9/iiA Percanggahan keterangan yang diberi oleh saksi-saksi semasa perbicaraan bukanlah sesuatu yang luar biasa oleh kerana adalah sukar untuk mengharapkan seseorang saksi untuk mengingati setiap butiran dengan tepat. Al-Marhum Raja Azlan Shah HMT (KHN kemudiannya) dalam kes PP v Datuk Haji Harun bin Haji Idris [No. 2] [1976] CLJU 184 menyatakan bahawa percanggahan akan sentiasa ada oleh kerana setiap saksi tidak akan dapat mengingat dengan tepat setiap perkara yang berlaku, dan Mahkamah secara munasabah boleh menerima sebahagian keterangan seorang saksi dan mengenepikan sebahagian lain keterangan saksi tersebut. [28] Kami mendapati mangsa adalah konsisten dalam keterangannya. Keterangan mangsa bermula dengan bagaimana mangsa mengenali perayu sehingga mangsa dibawa ke hotel untuk menginap dengan perayu. Mangsa juga telah dengan jelas menceritakan bagaimana beliau dirogol dan tegas dalam mempertahankan kenyataannya walaupun telah didesak bertubi-tubi sepanjang pemeriksaan balas. Keterangan mangsa juga didapati konsisten apabila mangsa telah menyatakan bahawa beliau telah dirogol apabila bertemu dengan ibunya selepas berpisah dari perayu dan juga kepada pegawai-pegawai perubatan yang membuat pemeriksaan ke atasnya. Dalam kes ini, tiada keterangan kukuh yang menunjukkan mangsa mempunyai sebarang sebab untuk menganiayai perayu. Sebaliknya, mangsa yang telah di aniayai apabila perayu yang lebih dewasa telah mengambil kesempatan terhadap mangsa yang masih di S/N hhN9mczL0SXt23dk9/iiA bawah umur. Justeru itu, kami mendapati bahawa HMS tidak terkhilaf dalam penganalisaan dan penerimaan keterangan mangsa. Kami juga mendapati bahawa penerimaan HMS terhadap kebolepercayaan mangsa adalah munasabah. Mahkamah ini dalam kes PP v Mohamad Malek Ridhzuan Che Hassan [2013] 8 CLJ 359 telah memutuskan bahawa tidak perlu untuk keterangan sokongan sekiranya mahkamah mendapati keterangan mangsa adalah sangat meyakinkan. [29] Perlu ditekankan bahawa Mahkamah ini tidak mempunyai kelebihan sebagaimana yang dimiliki oleh HMS yang telah melihat dan mendengar keterangan-keterangan mangsa. Justeru, Mahkamah yang mendengar rayuan selepas perbicaran harus berhati-hati sebelum membuat dapatan yang berbeza dengan dapatan hakim bicara terhadap kebolehpercayaan saksi. Prinsip ini telah ditekankan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes-ke Herchun Singh v Public Prosecutor [1969] 2 MLJ 209 dan Lee Ah Seng & Anor v PP [2007] 5 CLJ 1 [30] Adalah merupakan satu prinsip undang-undang yang mantap bahawa Mahkamah yang mendengar rayuan tidak harus menganggu dapatan fakta oleh Mahkamah perbicaraan melainkan dapatan oleh Mahkamah tersebut adalah dengan jelas salah. Prinsip ini adalah amat penting untuk diikuti apabila dapatan fakta tersebut bergantung kepada kebolehpercayaan saksi-saksi oleh hakim perbicaraan. S/N hhN9mczL0SXt23dk9/iiA Hukuman [31] Berkenaan hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Sesyen, kami mendapati HMS telah mempertimbangkan faktor-faktor yang relevan sebelum menjatuhkan hukuman. Walaupun kami berpendapat hukuman penjara yang dijatuhkan oleh HMS adalah tinggi dan kami berkemungkinan akan memberi hukuman penjara kurang daripada yang telah diberikan oleh HMS, kami tidak berhasrat untuk menganggu tempoh pemenjaraan yang telah dijatuhkan kerana tempoh tersebut adalah tidak terlalu melampau. Kesimpulan [32] Kami mendapati bahawa dapatan oleh Mahkamah Sesyen adalah selamat dan hukuman yang dijatuhkan adalah berpatutan. Rayuan perayu adalah dengan ini ditolak. Sabitan dan hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Sesyen adalah dikekalkan. Kami juga mengarahkan supaya wang jaminan yang telah dibayar oleh penjamin untuk penggantungan hukuman perayu diperingkat Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Tinggi dipulangkan semula kepada penjamin. Bertarikh pada: 26 Mac 2025 - sgd - MOHAMED ZAINI MAZLAN HAKIM MAHKAMAH RAYUAN, MALAYSIA S/N hhN9mczL0SXt23dk9/iiA Peguam perayu Rosal Azimin bin Ahmad & Muhammad Amiraizat bin Abdul Rani [Tetuan Shansuddin & Co] Peguam responden Ng Siew Wee [Jabatan Peguam Negara] _ S/N hhN9mczL0SXt23dk9/iiA
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.