Content
DALAM MAHKAMAH MAJISTRET JENAYAH (3) DI KUALA LUMPUR DALAM NEGERI WILAYAH PERSEKUTUAN NO. KES: WA-83-1923-03/2020 PENDAKWARAYA LAWAN FONG KEONG HENG [Identity Card No.: 550217-01-5139] ALASAN PENGHAKIMAN S/N dbNyyGNeski9MzKa9YCvlQ
WA-83-1923-03/2020
Magistrates Court of Malaysia30 Apr 2024
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“ubt, but it is certainly lighter than the burden of the prosecution to prove beyond reasonable doubt. To earn an acquittal at the close of the case for the prosecution under s 173(f) or s 180 of the Criminal Procedure Code, the court must be satisfied that no case against the accused has been made out which if unrebutt”
“. Mahkamah ini mengambil panduan kepada nas-nas kes (PP v. JORGE ENRIQUE PELLON TELLON [1998] 4 CLJ 278; [1998] 1 MLRA 570; PUBLIC PROSECUTOR v. SALAMAH ABDULLAH AND PUBLIC PROSECUTOR v. ONG ENG KIAT [1947] CLJU 75; [1947] 1 LNS 75; [1947] 1 MLRH 619). 96. Sungguhpun nas-nas ini melibatkan pindaan pertuduhan kepada pen”
“kian: - [57] It is crystal clear that s. 158 of the CPC is worded widely. It permits the court to amend the charge at any stage before judgment is pronounced (Public Prosecutor v. Tan Kim Kang & Ors [1962] MLJ 388). In our judgment, it is permissible under s. of the CPC to amend the charge after defence has been called”
“h, mahkamah seharusnya melepaskan dan membebaskan OKT. Terdapat banyak kes yang menggariskan tugas mahkamah di akhir kes pembelaan seperti yang terkandung dalam the time-honored decision of Mat v. PP [1963] CLJU 82; [1963] 1 LNS 82; [1963] 1 MLJ 263 and PP v. Mohd Radzi Abu Bakar [2006] 1 CLJ 457; [2005] 6 MLJ 393. H.”
“si OKT juga perlu dipertimbangkan Mahkamah dengan sewajarnya dan tidak seharusnya diketepikan tanpa pertimbangan. Mahkamah merujuk kepada kes Raja Izzuddin Shah v. Public Prosecutor [1979] 1 MLJ 270; [1978] CLJU 165; [1978] 1 LNS 165; [1978] 1 MLRH 248 di mana Mahkamah memutuskan bahawa: - "In his grounds of judgment,”
“milar nature by the appellant are not factors that would feature highly as would a younger person. [31] Closer to home, in the Court of Appeal (Western Australia) case of Gulyas v. State of Southern [2007] WASCA 263 the court, after discussing several cases concerning the effect of imprisonment on accused persons of ad”
“P (ENCLS 1,2,3 & 4) [2021] MLRHU 2441, Pesuruhjaya Kehakiman YA Awang Armadajaya Awang Mahmud JC telah memutuskan seperti berikut: [107] In the case of PP v. Datuk Wira Sm Faisal Sm Nasimuddin Kamal [2018] MLRHU 1855; [2019] 8 CLJ 827, his Lordship, Justice Collin Sequerah made this observation: [20] It will be observe”
“angkan tempoh pemenjaraan yang panjang tidak akan mencapai objektif menginsafkan OKT. 120. Mahkamah dalam hal ini merujuk kepada kes Lisa Christina A/P Balan v. PP [2020] CLJU 349; [2020] 1 LNS 349; [2020] AMEJ 0279; [2020] MLRHU 1002 di mana Mahkamah memutuskan bahawa: - "21. Hukuman denda sepatutnya diberikan keutama”
“uaian kepada pesalah pertama memandangkan tempoh pemenjaraan yang panjang tidak akan mencapai objektif menginsafkan OKT. 120. Mahkamah dalam hal ini merujuk kepada kes Lisa Christina A/P Balan v. PP [2020] CLJU 349; [2020] 1 LNS 349; [2020] AMEJ 0279; [2020] MLRHU 1002 di mana Mahkamah memutuskan bahawa: - "21. Hukuman”
“ce menurut seksyen 52A KK Oleh yang demikian hukuman berbentuk penjara yang lama adalah tidak sesuai dikenakan terhadap OKT. N. KESIMPULAN 124. Mahkamah merujuk kepada kes Hasmannizam Haron lwn. PP [2020] CLJU 986; [2020] 1 LNS 986; [2020] MLJU 1250: Undang-undang adalah juga mantap di mana tujuan hukuman adalah untuk”
“demikian hukuman berbentuk penjara yang lama adalah tidak sesuai dikenakan terhadap OKT. N. KESIMPULAN 124. Mahkamah merujuk kepada kes Hasmannizam Haron lwn. PP [2020] CLJU 986; [2020] 1 LNS 986; [2020] MLJU 1250: Undang-undang adalah juga mantap di mana tujuan hukuman adalah untuk menyedarkan pesalah dan ianya hendak”
“njaraan yang panjang tidak akan mencapai objektif menginsafkan OKT. 120. Mahkamah dalam hal ini merujuk kepada kes Lisa Christina A/P Balan v. PP [2020] CLJU 349; [2020] 1 LNS 349; [2020] AMEJ 0279; [2020] MLRHU 1002 di mana Mahkamah memutuskan bahawa: - "21. Hukuman denda sepatutnya diberikan keutamaan dalam kes ini.”
“urther that any accused person who elects to be called as a witness may be cross-examined on behalf of any other accused person. 105. Mahkamah merujuk kepada kes Chan Kok Poh V. PP (ENCLS 1,2,3 & 4) [2021] MLRHU 2441, Pesuruhjaya Kehakiman YA Awang Armadajaya Awang Mahmud JC telah memutuskan seperti berikut: [107] In t”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
DALAM MAHKAMAH MAJISTRET JENAYAH (3) DI KUALA LUMPUR DALAM NEGERI WILAYAH PERSEKUTUAN NO. KES: WA-83-1923-03/2020 PENDAKWARAYA LAWAN FONG KEONG HENG [Identity Card No.: 550217-01-5139] ALASAN PENGHAKIMAN S/N dbNyyGNeski9MzKa9YCvlQ
1
Pada 6.3.2020, Fong Keong Heng (selepas ini dikenali sebagai OKT) telah dituduh dibawah seksyen 471/465 Kanun Keseksaan (KK) di Mahkamah Magistrate Jenayah 3 (MMJ3) dengan pendaftaran no kes: WA-83-1922-03/2020 seperti berikut: NO KES: WA-83-1922-03/2020 PERTUDUHAN PERTAMA BAHAWA KAMU PADA 08 OGOS 2014 LEBIH KURANG JAM 11.00 PAGI, DI MAHKAMAH TINGGI MALAYA KUALA LUMPUR, DALAM DAERAH SENTUL, DALAM WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR DENGAN CURANGNYA MENGGUNAKAN SEBAGAI TULIN DOKUMEN YANG TERKANDUNG DALAM SIJIL MEMPERAKUI EKSHIBIT YANG DITANDA FKH-4 BERTARIKH 08 OGOS 2014 IAITU RESOLUSI BERTARIKH 1/9/2013 DAN 30/10/2013 YANG MANA KAMU MEMPUNYAI SEBAB UNTUK MEMPERCAYAI BAHAWA DOKUMEN TERSEBUT ADALAH PALSU DAN OLEH YANG DEMIKIAN KAMU TELAH MELAKUKAN KESALAHAN DI BAWAH SEKSYEN 471 KANUN KESEKSAAN YANG BOLEH DIHUKUM DI BAWAH SEKSYEN 465 KANUN YANG SAMA. JIKA DISABITKAN KESALAHAN HENDAKLAH DIHUKUM DENGAN PEMENJARAAN SELAMA TEMPOH BOLEH SAMPAI DUA TAHUN, ATAU DENGAN
2
Pada tarikh yang sama juga iaitu pada 6.3.2020, OKT telah dituduh dengan satu lagi pertuduhan dibawah seksyen 199/193 KK di Mahkamah Magistrate Jenayah 4 (MMJ4) dengan pendaftaran no kes: WA-83-1923-03/2020 seperti berikut: S/N dbNyyGNeski9MzKa9YCvlQ NO KES: WA-83-1923-03/2020 PERTUDUHAN KEDUA BAHAWA KAMU PADA 24 NOVEMBER 2014, JAM LEBIH KURANG 11.00 PAGI, DI
Lampiran
LAMPIRAN DILAMPIRKAN BERSAMA, DAN PERNYATAAN PALSU TERSEBUT ADALAH BERKENAAN SATU PERKARA MATERIAL KEPADA TUJUAN TERSEBUT, DAN PERNYATAAN PALSU TERSEBUT KAMU TAHU ATAU KAMU TELAH MELAKUKAN SATU KESALAHAN DI BAWAH SEKSYEN 199 KANUN KESEKSAAN YANG BOLEH DIHUKUM DI BAWAH CABANG PERTAMA KEPADA SEKSYEN 193 KANUN YANG SAMA. JIKA DISABITKAN KESALAHAN HENDAKLAH DISEKSA DENGAN PENJARA SELAMA TEMPOH YANG BOLEH SAMPAI TUJUH TAHUN DAN BOLEH JUGA DIKENAKAN DENDA. “11. I STRENOUSLY DENY THE CONTENT OF PARAGRAPHS 10 TO 13 OF S/N dbNyyGNeski9MzKa9YCvlQ 13. THEREFORE, ALL ISSUES IN RELATION TO SIHUI FENG SAN ARE IRRELEVANT TO PROCEEDINGS AT HAND AND NEITHER IS IT RELATED TO THE APPLICATION FILED THEREIN. I REITERATED THAT SIHUI FENG SAN IS A SEPARATE INVESTMENT OF THE FONG’S FAMILY AND IS NOT RELATE TO THE RESPONDENT’S GROUP OF COMPANY” 3. Pada 27.8.2020, MMJ4 telah dipindahkan kes no pendaftaran: WA-83-1923- 03/2020 ke MMJ3 untuk dibicarakan Bersama dengan no kes: WA-83-1922-03/2020 dengan alasan kejadian berlaku dalam transaksi yang sama yang melibatkan saksi saksi pendakwaan yang sama. 4. Setelah saksi pendakwaan semua selesai memberi keterangan, pada 14.12.2022, Pihak pendakwaan telah menutup kes dan Mahkamah telah tetapkan tarikh keputusan pada 29.3.2023. Dalam hujahan diakhir kes pendakwaan, Puan Timbalan Pendakwa Raya (TPR) telah memohon daripada Mahkamah yang Mulia ini untuk membuat pindaan kepada pertuduhan bagi kes WA-83-1923- 03/2020 dengan memasukkan Lampiran B seperti berikut: NO KES: WA-83-1923-03/2020 PERTUDUHAN KEDUA (PINDAAN) BAHAWA KAMU PADA 24 NOVEMBER 2014 JAM LEBIH KURANG 11.00 PAGI, DI OLEH MAHKAMAH TERSEBUT, TELAH MEMBUAT PERNYATAAN DALAM LAMPIRAN DILAMPIRKAN BERSAMA, DAN KAMU PADA 8 OGOS 2014 DI MAHKAMAH TINGGI MALAYA KUALA LUMPUR DI DALAM DAERAH SENTUL, DALAM WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR, DI DALAM SEBUAH AKUAN YANG DIBUAT OLEH KAMU YANG BOLEH DITERIMA DI SISI UNDANG-UNDANG OLEH S/N dbNyyGNeski9MzKa9YCvlQ MAHKAMAH TERSEBUT, TELAH MEMBUAT PERNYATAAN DALAM AFIDAVIT TERSEBUT SEPERTIMANA DALAM LAMPIRAN ‘B’ DI MANA SALAH SATU SAMA ADA LAMPIRAN A ATAU B ADALAH PERNYATAAN YANG KAMU TAHU ATAU KAMU TELAH MELAKUKAN SATU KESALAHAN DI BAWAH SEKSYEN 193 KANUN KESEKSAAN DAN BOLEH DIHUKUM DI BAWAH SEKSYEN YANG SAMA. HENDAKLAH DISEKSA DENGAN PENJARA SELAMA TEMPOH YANG BOLEH SAMPAI TUJUH TAHUN DAN BOLEH JUGA DIKENAKAN DENDA. 11. LAMPIRAN A I STRENUOUSLY DENY THE CONTENT OF PARAGRAPHS 10 TO 13 OF 13. THEFORE, ALL ISSUES IN RELATION TO SIHUI FENG SAN ARE IRRELEVANT TO PROCEEDINGS AT HAND AND NEITHER IS IT RELATED TO THE APPLICATION FILED THEREIN. I REITERATED THAT SIHUI FENG SAN IS A SEPARATE INVESTMENT OF THE FONG’S FAMILY AND IS NOT RELATED TO THE RESPONDENT’S GROUP OF COMPANY. LAMPIRAN B i) FONG WAN HOLDINGS SDN BHD IALAH SEBUAH SYARIKAT INDUK YANG MEMPUNYAI ANAK SYARIKAT – ANAK SYARIKAT YANG MEMPUNYAI PEGANGAN ASET YANG SUBSTANTIF DI MALAYSIA DAN JUGA NEGARA CHINA; S/N dbNyyGNeski9MzKa9YCvlQ ii) AFIDAVIT PEMPETISYEN SENDIRI TELAH MENGAKU BAHAWA ASET PEGANGAN RESPONDEN DI NEGERI CHINA SAHAJA MENCECAH JUMLAH SEBANYAK RM50,000,000.00; iii) MENERUSI RESOLUSI SYARIKAT DI CHINA, PEMPETISYEN PERTAMA TELAH MEMBUAT PINJAMAN SEBANYAK RMB 6 JUTA DAN JUGA RMB 1.5 JUTA DARIPADA ANAK SYARIKAT YANG DIKENALI SEBAGAI SI HUI FENG SAN PROPERTY DEVELOPMENT CO. LTD. 5. Pada 29.3.2023, Magistrate terdahulu iaitu Puan Nadia binti Othman telah memutuskan di akhir kes pendakwaan seperti berikut: - Bagi kes WA-83-1922-03/2020, mahkamah mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan satu kes prima facie selaras seksyen 173H Kanun Tatacara Jenayah (KTJ), oleh yang demikian OKT dilepaskan dan dibebaskan daripada pertuduhan dan wang jaminan dikembalikan. Manakala bagi kes WA-83-1923-03/2020, Mahkamah mendapati pendakwaan telah berjaya membuktikan satu kes Prima Facie selaras sekyen 173H KTJ dan OKT dipanggil untuk membela diri.” 6. Pada 31.5.2023, Pihak pendakwaan telah memfailkan notis rayuan akibat tidak berpuas hati dengan keputusan Magistrate Puan Nadia binti Othman yang melepaskan dan bebaskan OKT di akhir kes pendakwaan berhubung dengan kes WA- 83-1922-03/2020. 7. Manakala peguam OKT pula, telah maklumkan bahawa OKT tidak berpuas hati dan telah mefailkan permohonan semakan (review application) WA-SEMAKAN-22- 05/2023 terhadap keputusan Magistrate untuk memanggil OKT membela diri atas pertuduhan pindaan. S/N dbNyyGNeski9MzKa9YCvlQ 8. Pada 26.6.2023, Peguam OKT telah maklumkan kepada Mahkamah bahawa permohonan semakan pihak pembelaan tersebut tidak dibenarkan dan telah ditolak oleh Mahkamah Tinggi melalui surat bertarikh pada 17.5.2023. 9. Pada 5.7.2023, pertuduhan pindaan telah dibacakan kepada OKT dan OKT tidak mengaku salah dan maklumkan kepada Mahkamah bahawa ingin memfailkan permohonan untuk memanggil semula saksi SP1. 10. Pada 12.5.2023, OKT telah failkan permohonan untuk memanggil semula saksi SP1 menurut seksyen 162 dan seksyen 425 KTJ. 11. Puan Magistrate Nadia binti Othman telah tetapkan tarikh keputusan bagi permohonan tersebut pada 15.9.2024. 12. Pada 15.9.2024, saya telah mengambil alih kes ini daripada Puan Nadia binti Othman dan telah tangguhkan keputusan bagi permohonan tersebut bagi meneliti keterangan saksi – saksi dan eksibit eksibit yang telah dikemukakan sebelum ini. Tarikh keputusan bagi permohonan tersebut telah ditetapkan pada 10.10.2023. 13. Pada 10.10.2023, saya telah memberi keputusan seperti berikut: - “Hari ini telah ditetapkan untuk keputusan bagi permohonan peguambela di Kandungan 54 supaya OKT dibenarkan untuk memanggil semula dan memeriksa balas saksi pendakwaan SP-1 iaitu Fong Khiong Cheow berkaitan dengan pertuduhan pindaan yang dibaca kepada OKT pada 17.4.2023. Setelah Mahkamah meneliti, memperhalusi dan mempertimbangkan affidavit-afidavit yang difailkan serta hujahan bertulis kedua-dua pihak, Mahkamah dengan ini membenarkan permohonan pembelaan utk memanggil semula SP1. Oleh yang S/N dbNyyGNeski9MzKa9YCvlQ demikian, peguambela hanya dibenarkan untuk pemeriksaan balas SP1 keatas pertuduhan pindaan sahaja.” 14. Pada 21.11.2024, Kes pembelaan diteruskan dengan OKT memberi keterangan bersumpah dari kandang saksi. 15. Setelah selesai OKT memberi keterangan, Mahkamah tetapkan tarikh keputusan di akhir kes pembelaan pada 30.4.2024. B. KES PENDAKWAAN 16. Pihak pendakwaan telah memanggil seramai 5 orang saksi dalam kes ini dan fakta kes pendakwaan adalah seperti berikut: - 17. Pengadu(SP1) merupakan mempetisyen pertama dalam kes Mahkamah Tinggi Malaya Kuala Lumpur (Bahagian Dagang), Penggulungan Syarikat No. 28NCC-440- 06/2014 yang difailkan terhadap Fong Wan Holdings Sdn Bhd. 18. Dalam beberapa prosiding sebelum perbicaraan petisyen tersebut, pengarah syarikat tersebut iaitu OKT mengikrarkan dan membuat kenyataan dalam afidavit bertarikh 8 Ogos 2014. Afidavit tersebut menyatakan menerusi dokumen rasmi syarikat, pempetisyen pertama telah meminjam wang syarikat dan telah gagal untuk memulangkan wang tersebut. 19. Dua dokumen yang bertarikh 1 September 2013 dan 30 Oktober 2013 dilampirkan sebagai ekshibit FKH-4 yang menunjukkan bahawa salah seorang yang menandatangani dokumen-dokumen tersebut ialah Fong Keong Hong. S/N dbNyyGNeski9MzKa9YCvlQ 20. Fong Keong Hong telah meninggal dunia pada tarikh 14 Februari 2012 iaitu pada tarikh-tarikh dokumen tersebut dibuat sedangkan beliau telah meninggal dunia. 21. Pengadu membuat laporan polis kerana mengesyaki ekshibit yang digunakan oleh OKT dalam afidavitnya dalam prosiding petisyen tersebut adalah palsu dan dibuat untuk tujuan menipu mahkamah supaya mahkamah tidak membuat perintah menggulung Fong Wan Holdings Sdn Bhd dan juga membuat perintah melarang pelupusan. 22. Dalam prosiding petisyen yang sama, OKT telah mengikrarkan dan membuat kenyataan dalam dua (2) afidavit kedua-duanya bertarikh 8 Ogos 2014 iaitu syarikat di China iaitu Si Hui Feng San merupakan anak syarikat kepada Fong Wan Holdings Sdn Bhd. 23. Kenyataan tersebut dibuat oleh OKT dalam afidavitnya yang digunakan dalam prosiding petisyen tersebut dan digantungkan oleh Mahkamah Tinggi untuk membuat satu perintah injuksi bertarikh 30 Julai 2014 di mana syarikat tersebut dilarang melupuskan sebarang harta anak-anak syarikat Fong Wan Holdings Sdn Bhd termasuk Si Hui Feng San sehingga perbicaraan penuh petisyen tersebut. 24. Pada 20 Oktober 2014, Mahkamah Tinggi memutuskan untuk menggulung Fong Wan Holdings Sdn Bhd dan juga membuat perintah melarang pelupusan sebarang harta anak-anak syarikatnya. 25. Untuk menyokong satu permohonan untuk penggantungan pelaksanaan penghakiman semasa rayuan, OKT mengikrarkan dan menfailkan satu lagi afidavit bertarikh 24 November 2014 di mana dalam perenggan 11 dan 13 menyatakan bahawa Si Hui Feng San tidak ada perhubungan dengan Fong Wan Holdings Sdn Bhd dan anak-anak syarikatnya. S/N dbNyyGNeski9MzKa9YCvlQ 26. Kenyataan yang dibuat oleh OKT dalam afidavit 24 November 2014 adalah bercanggah dengan kenyataan dalam 2 afidavitnya yang bertarikh 8 Ogos 2014. C. BEBAN PEMBUKTIAN 27. Menurut Seksyen 173 (f) Kanun Tatacara Jenayah, pihak pendakwaan perlu membuktikan satu kes prima facie di akhir kes pendakwaan. Manakala Seksyen 173 (m) Kanun Tatacara Jenayah pula memperuntukkan di akhir kes perbicaraan beban pembuktian adalah ‘tanpa keraguan munasabah’. 28. Mahkamah Persekutuan di dalam kes Balachandran v. PP [2005]1 CLJ 85 di mukasurat 99 telah memutuskan: “A prima facie case is therefore one that is sufficient for the accused to be called upon to answer. This in turn means that the evidence adduced must be overthrown only by evidence in rebuttal.” 29. Merujuk kepada kes Balachandran v PP, suatu kes prima facie juga telah dihuraikan dengan jelas oleh YA Hakim Suraya Othman dalam kes PP v Tan Sri Kasitah Gaddam [2009] 1 LNS 741; [2009] 6 MLJ 494 di mukasurat 495: "A prima facie case arises when the evidence in favour of a party is sufficiently strong for the opposing party to be called on to answer. A maximum evaluation of the credibility of every prosecution witness must be done at the close of the prosecution before the court can rule that a prima facie case has been made out in order to call for the defence. A maximum evaluation of the prosecution's case does not mean that the prosecution must prove its case beyond a reasonable doubt at that stage. What it means is that the prosecution must prove each and every essential ingredients of the S/N dbNyyGNeski9MzKa9YCvlQ offence by credible and reliable evidence which has been filtered and sieved through the positive process of evaluation. There should not be any material gaps in the evidence then the inference that is most favourable to the accused shall be drawn." 30. Dalam kes Mohammad Radhi Bin Yaakob v Public Prosecutor [1991] 3 MLJ 169, Mahkamah menyatakan: “It is a well-established principle of Malaysian criminal law that the general burden of proof lies throughout the trial on the prosecution to prove beyond reasonable doubt the guilt of the accused for the offence with which he is charged. There is no similar burden placed on the accused to prove his innocence. He is presumed innocent until proven guilty. To earn an acquittal, his duty is merely to cast a reasonable doubt in the prosecution case. In the course of the prosecution case, the prosecution may of course rely on available statutory presumptions to prove one or more of the essential ingredients of the charge. When that occurs, the particular burden of proof as opposed to the general burden, shifts to the defence to rebut such presumptions on the balance of probabilities which from the defence point of view is heavier than the burden of casting a reasonable doubt, but it is certainly lighter than the burden of the prosecution to prove beyond reasonable doubt. To earn an acquittal at the close of the case for the prosecution under s 173(f) or s 180 of the Criminal Procedure Code, the court must be satisfied that no case against the accused has been made out which if unrebutted would warrant his conviction (Munusamy v PP [1987] 1 MLJ 492). If defence is called, the duty of the accused is only to cast a reasonable doubt in the prosecution case. He is not required to prove his innocence beyond reasonable doubt. S/N dbNyyGNeski9MzKa9YCvlQ To earn an acquittal, the court may not be convinced of the truth of the defence story or version. Raising a reasonable doubt in the guilt of the accused will suffice. It is not, however, wrong for the court to be convinced that the defence version is true, in which case the court must order an acquittal. In appropriate cases it is also not wrong for the court to conclude that the defence story is false or not convincing, but in that instance, the court must not convict until it asks a further question, that even if the court does not accept or believe the defence explanation, does it nevertheless raise a reasonable doubt as to his guilt? It is for this reason that in dealing with the defence story or explanation, the majority of judges rightly prefer to adopt straightaway the legally established 'reasonable doubt' test, rather than to delve in the 'believable and convincing' test before applying the 'reasonable doubt' test.” D. DAPATAN MAHKAMAH DI AKHIR KES PENDAKWAAN 31. Diakhir kes pendakwaan Puan Magistrate Nadia binti Othman telah memutuskan seperti berikut: “Setelah mendengar dan meneliti keterangan-keterangan dan saksi-saksi pendakwaan, serta meneliti hujahan kedua - dua belah pihak, Bagi kes WA-83-1922- 03/2020, mahkamah mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan satu kes prima facie selaras seksyen 173H Kanun Tatacara Jenayah (KTJ), oleh yang demikian OKT dilepaskan dan dibebaskan daripada pertuduhan dan wang jaminan dikembalikan. Manakala bagi kes WA-83-1923-03/2020, Mahkamah mendapati pendakwaan telah berjaya membuktikan satu kes Prima Facie selaras sekyen 173H KTJ dan OKT dipanggil untuk membela diri.” S/N dbNyyGNeski9MzKa9YCvlQ 32. Puan Magistrate terdahulu hanya menyediakan alasan penghakiman bagi permohonan rayuan bagi kes WA-83-1922-03/2020 dan tiada alasan bagi kes WA-83- 1923-03/2020 yang OKT dipanggil untuk membela diri. 33. Saya tidak berhasrat untuk mengulas keputusan di akhir kes pendakwaan yang diberikan oleh Magistrate Puan Nadia binti Othman. E. PERMOHONAN YANG DIBUAT OLEH PIHAK PEMBELAAN SELEPAS OKT DIPANGGIL MEMBELA DIRI. Permohonan Pemanggilan Semula Saksi di bawah seksyen 162 dan 425 KTJ apabila pertuduhan pindaan dimasukkan oleh pihak pendakwaan semasa hujahan diakhir kes pendakwaan. 34. Pada 12.7.2023, pihak pembelaan telah masukkan permohonan untuk memanggil semula saksi pendakwaan iaitu SP1 di bawah seksyen 162 dan seksyen 425 KTJ. Pihak pendakwaan telah mambantah permohonan tersebut dengan alasan bahawa: a. Pemanggilan semula SP1 akan memperjudiskan kes pendakwaan ang telah mendapat keputusan prima facie. b. Kemasukkan Lampiran B dalam pertuduhan kedua pindaan bukanlah satu pernyataan baru sebaliknya Lampiran B telah dirujuk berulang kali oleh kedua dua pihak sepanjang perbicaraan semasa peringkat kes pendakwaan. c. Permohonan ini adalah taktik pembelaan untuk membaiki pembelaan yang boleh diibaratkan sebagai “taking a second bite of the cherry”. d. SP1 adalah seorang warga emas yang uzur dan mempunyai masalah kesihatan yang serius dimana SP1 terpaksa menggunakan kerusi roda dengan sentiasa dibantu oleh ahli keluarga untuk bergera kerana kakinya telah dipotong akibat kencing manis. Oleh itu permohonan peguam adalah tidak bermerit. S/N dbNyyGNeski9MzKa9YCvlQ 35. Manakala pihak pembelaan pula menghujahkan bahawa pemanggilan semula saksi di bawah seksyen 162 dan seksyen 425 KTJ merupakan hak OKT dalam mendapatkan satu perbicaraan yang adil kerana: a. OKT tidak bersedia membuat pengakuan salah kerana tidak pasti sama ada pembelaan dipanggil atas pertuduhan asal atau pertuduhan pindaan. b. OKT tidak mempunyai peluang untuk pemeriksaan balas SP1 berkenaan pertuduhan pindaan. c. OKT tidak mempunyai peluang untuk mengemukakan pembelaan (put forward defence) berkenaan pertuduhan pindaan di Lampiran B. d. Disamping itu pertuduhan asal telah dipinda dari seksyen 193/199 KK kepada seksyen 193 KK dan memandangkan elemen – elemen untuk membuktikan kesalahan di bawah kedua – dua seksyen adalah berbeza maka permohonan pemanggilan semula saksi SP1 adalah wajar dibenarkan. e. OKT tidak diberi peluang membela diri kerana peguam OKT tidak memeriksa balas SP1 berkenaan dengan kandungan Lampiran B kerana pertuduhan asal terhadap OKT tidak berdasarkan kepada Lampiran B. f. Dibawah seksyen 162 KK ia adalah wajar untuk OKT dibenarkan untuk pemanggilan saksi semula bagi mendapatkan satu perbicaraan yang adil. 36. Dalam kes ini pihak pendakwaan telah menutup kes pada 14.12.2022 dan dalam hujahan diakhir kes pendakwaan, puan TPR telah memohon kepada Mahkamah Mulia ini untuk membuat pindaan kepada pertuduhan bagi kes WA-83-1923-03/2020. 37. Pada asalnya OKT telah dituduh dibawah Seksyen 199/193 KK, tetapi puan TPR telah memohon pindaan kepada seksyen 193 KK dengan memasukkan Lampiran B. Pada 29.3.2023, Puan Magistrate terdahulu telah memutuskan OKT dipanggil untuk membela diri dan pada 5.7.2023 pertuduhan pindaan telah dibacakan kepada OKT dan OKT tidak mengaku salah. Memandangkan OKT telah dipanggil untuk membela diri dan pertuduhan pindaan telah dibacakan kepada OKT, OKT tidak berpuas hati S/N dbNyyGNeski9MzKa9YCvlQ dan telah membuat permohonan untuk memanggil semula saksi SP1 dibawah seksyen 162 KTJ dan seksyen 425 KTJ. 38. Pihak pendakwaan telah membantah permohonan OKT untuk memanggil semula saksi SP1 dengan alasan seperti mana yang dinyatakan di perenggan 34 diatas. 39. Manakala, peguam OKT telah memohon kepada Mahkamah mulia ini untuk membenarkan permohonannya dengan menyatakan alasan seperti di perenggan 35 diatas. 40. Oleh yang demikian, Mahkamah ini merujuk kepada seksyen 162 KTJ dan seksyen 425 KTJ yang memperuntukan seperti berikut: Section 162. Recall of witnesses when charge altered. Whenever a charge is altered or added by the Court after the commencement of the trial the prosecutor and the accused shall be allowed to recall or re-summon and examine, with reference to the alteration or addition, any witness who may have been examined, and may also call any further evidence which may be material. Section 425. Power of Court to summon and examine persons Any Court may at any stage of any inquiry, trial or other proceeding under this Code summon any person as a witness, or examine any person in attendance though not summoned as a witness, or recall and re-examine any person already examined, and the Court shall summon and examine or recall and re-examine any such person if his evidence appears to it essential to the just decision of the case. S/N dbNyyGNeski9MzKa9YCvlQ 41. Dalam mempertimbangkan permohonan peguam, saya mengambil maklum bahawa pemanggilan semula mana-mana saksi boleh dibuat pada bila-bila masa dengan syarat perkara tersebut adalah bagi tujuan mahkamah mencapai keputusan yang adil bagi sesuatu kes. Oleh yang demikian dalam kes ini, mahkamah mendapati bahawa alasan yang diberikan oleh peguam OKT ini adalah munasabah dan boleh dipertimbangkan. 42. Mahkamah merujuk kepada kes Subramaniam Shanmugan v PP [2003] 1 CLJ 6994 dimana Mahkamah telah memutuskan: - “[2] It is mandatory under s. 162 of the CPC to allow recalling of witnesses where a charge is altered. In the present case, the trial judge ought to have inquired into the reason for the application by the accused and allow him to identify the witnesses to be recalled instead of summarily dismissing the said application. This failure vitiates the trial as it occasioned a miscarriage of justice.” 43. Manakala di dalam kes Rosli bin Hamid v Public Prosecutor and another appeal [2013] 4 MLJ 2345 Mahkamah Rayuan telah memutuskan: - [25] It is observed that s 162 provides that the accused shall be allowed to recall or re-summon and examine with reference to such alteration or addition, any witness who may have been examined and may also call further evidence which may be material. It clearly calls for the defence to make an application and the court cannot refuse. Hence, in Hj Maamor bin Hj Abdul Manap v Public Prosecutor [2002] 6 MLJ 668; [2003] 1 CLJ 370 (HC). Augustine Paul J (as he then was) had this to say of s 162: This section does not mean that whenever the court alters the charge after the commencement of the trial an accused person has an absolute right to recall and examine a witness. It only applies where the application to recall a witness has reference to the altered charges (see S/N dbNyyGNeski9MzKa9YCvlQ Yeow Fook Yuen & Anor v R [1965] 2 MLJ 81). In that event the examination of the witness must be confined to the alteration in the charge. As Martineau J said in Hazara Singh & Others v Emperor AIR 1926 Lah 60 at p 61: The right is thus not restricted to the re-calling of those witnesses only who have deposed to the subject matter of the alteration or amendment in the charge. The other witnesses also may conceivably be in a position to depose to facts in connection with such alteration or amendment. All that the court can do is to restrict the examination of the witness to the alteration or amendment in the charge. When the section applies it is mandatory to allow witnesses to be recalled even if the alteration has not prejudiced the accused. In this regard I refer to Nagendra Nath Sen v Emperor AIR 1932 Cal 486 where Pearson and Mc Ghose JJ said at p 487: It may be that the alteration did not in fact prejudice the accused in any way, but it is to be observed that s 231 of the Criminal PC does not leave any discretion to the trying magistrate. The section is mandatory. It states that in a case of an alteration after the commencement of the trial the accused shall be allowed to recall or re-summon and examine any witness who may have been examined. 44. Tambahan, Mahkamah Rayuan di dalam kes Deepanraj a/l Subramanian v Public Prosecutor [2016] 1 MLJ 4136 at page 430 held that an Accused cannot be denied his right to recall a witness after the charge against him has been amended: - [59] …The phrase ‘shall be allowed to recall or re-summon and examine’ must be taken to mean that an accused person cannot be denied of that right if he chooses to exercise that right and not otherwise. S/N dbNyyGNeski9MzKa9YCvlQ 45. Selain daripada itu, mahkamah juga mendapati bahawa apabila seseorang OKT itu dipanggil untuk membela diri, di bawah Seksyen 173 (ha)(iii) Kanun Tatacara Jenayah, OKT mempunyai hak untuk memanggil saksi yang akan menyokong pembelaannya termasuklah memanggil semula mana-mana saksi. Seksyen berkenaan menyatakan: (iii) When the accused is called upon to enter on his defence, he may produce his evidence and shall be allowed to recall and cross-examine any witness present in the Court or its precincts: Provided that if the accused elects to be called as a witness, his evidence shall be taken before that of other witnesses for the defence: 46. Sehubungan dengan itu, mahkamah telah membenarkan permohonan peguam tetapi dengan ketetapan soalan-soalan yang dibangkitkan hendaklah memfokuskan kepada pertuduhan pindaan sahaja dan bukannya bagi tujuan menyemak semula kes pendakwaan terhadap OKT. 47. Mahkamah juga rujuk kepada kes Chin Kek Shen v Public Prosecutor [2013] 5 MLJ 8278 yang memutuskan: - [8] On the factual matrix of the case we take the view that it was plainly wrong for the learned trial judge without good reasons to arbitrarily disallow the appellant's application to recall SP1 to put the defence version that too knowing that the Court of Appeal had directed the defence to be called for trafficking which carries the penalty of death. Our reasons, inter alia, are as follows: (a) it is well settled that court has a wide discretion to allow a witness to be called or recalled not only under s 425 but many other provisions of the law before the close of defence case. The threshold requirement for calling or recalling is that it just needs to appear (low threshold) it is essential to the just decision of the case. (Emphasis added.) (b) … S/N dbNyyGNeski9MzKa9YCvlQ (c) s 425 of the CPC applies to the prosecution as well as the defence. The court has in almost all cases allowed the prosecution or the defence to call or recall the witness. In Loke Poh Siang v Public Prosecutor [1957] 1 MLJ 107 it was stated that the court has an absolute discretion in recalling or calling a witness after the close of the prosecution case to rectify an omission in the prosecution evidence (see Ramli bin Kechik v Public Prosecutor [1986] 2 MLJ 33). The only caveat is that after defence has been closed no further evidence ought to be allowed unless the cause for such evidence is one which no human ingenuity could have foreseen… Although we accept the arguments of the learned deputy public prosecutor that the power under s 425 is discretionary we must say it cannot be exercised arbitrarily but must be exercised judiciously failing which appellate interference may be warranted (see Public Prosecutor v Phon Nam [1988] 3 MLJ 415 (SC)). 48. Maka dalam perkara ini, Mahkamah mendapati bahawa pemanggilan semula saksi-saksi pendakwaan oleh OKT bukan merupakan taktik bagi melengahkan perbicaraan kes ini sebaliknya mahkamah mendapati kebenaran ini adalah supaya OKT dapat mengemukakan pembelaannya bagi mahkamah ini membuat keputusnya seadilnya bagi kes ini. F. KES PEMBELAAN 49. Setelah OKT diperintahkan untuk membela diri, OKT diberikan 3 pilihan dan OKT telah memilih untuk memberikan keterangan membela diri secara bersumpah. G. TUGAS MAHKAMAH DI AKHIR KES PEMBELAAN S/N dbNyyGNeski9MzKa9YCvlQ 50. Di akhir kes pembelaan, mahkamah harus menimbangkan semua keterangan yang ada di depannya dan perlu memutuskan sama ada pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah terhadap OKT. Sekiranya mahkamah mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah, mahkamah perlu memasukkan dapatan salah terhadap OKT dan mensabitkannya dengan kesalahan. 51. Sebaliknya sekiranya mahkamah mendapati pihak pendakwaan telah gagal membuktikan kes melampaui keraguan munasabah, mahkamah seharusnya melepaskan dan membebaskan OKT. Terdapat banyak kes yang menggariskan tugas mahkamah di akhir kes pembelaan seperti yang terkandung dalam the time-honored decision of Mat v. PP [1963] CLJU 82; [1963] 1 LNS 82; [1963] 1 MLJ 263 and PP v. Mohd Radzi Abu Bakar [2006] 1 CLJ 457; [2005] 6 MLJ 393. H. ISU-ISU YANG DIBANGKITKAN OLEH PEMBELAAN. i. Pembuktian elemen di bawah Seksyen 193 KK ii. Peguam berhujah bahawa Lampiran A dan Lampiran B bukan palsu. iii. Pindaan ke atas pertuduhan diakhir kes pendakwaan oleh pihak pendakwaan iv. Pemanggilan semula saksi SP1 (recall of witness). Isu sama ada SP1 memberi keterangan dahulu atau OKT memberi keterangan dahulu. 52. Manakala pihak pendakwaan pula telah berhujahkan bahawa pihak pembelaan telah gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan atas alasan-alasan bahawa: i. keterangan OKT adalah penafian semata – mata (“bare denial”) dan S/N dbNyyGNeski9MzKa9YCvlQ ii. keterangan OKT adalah keterangan yang difikirkan terkemudian (“afterthought”) 53. Sebelum Mahkamah membincangkan isu – isu pembelaan yang tersebut diatas satu persatu, Mahkamah ingin mengimbas kembali keterangan SP1. Menurut keterangan SP1, SP1 adalah pemegang saham 25% di Syarikat Fong Wan Holdings Sdn Bhd yang dikongsi sama rata antara empat beradiknya. SP1 adalah pengasas Fong Wan Holdings Sdn Bhd bersama arwah ibunya, Datin Low Ko Chan, dan arwah ayahnya Dato’Fong Wan pada 30 tahun dahulu. Syarikat Fong Wan Holdings Sdn Bhd memegang 100% pegangan saham anak syarikatnya, iaitu Syarikat Fong Wan General Construction, Fong Wang Realty, Hotel Anika, Kluang Development dan Anika Inn. Syarikat Fon Wan General Construction pula memegang 100% pegangan saham anak syarikatnya bernama Si Hui Feng San Property Development Co Ltd. 54. SP1 juga merupakan mempetisyen pertama dalam kes Mahkamah Tinggi Malaya Kuala Lumpur (Bahagian Dagang), Penggulungan Syarikat No. 28NCC-440- 06/2014 yang difailkan terhadap Syarikat Fong Wan Holdings Sdn Bhd. 55. Manakala, OKT adalah selaku Pengarah Syarikat Fong Wan Holdings Sdn Bhd. Dalam beberapa prosiding sebelum perbicaraan petisyen tersebut, OKT telah mengikrarkan dan membuat dua kenyataan yang berbeza sepertimana Lampiran A dan Lampiran B. 56. Kenyataan dalam Lampiran A dan Lampiran B adalah seperti berikut: Lampiran A 11. I strenuously deny the content of paragraphs 10 to 13 of the Petitioners’ Affidavit in Reply and I am advised by the Respondent’s solicitors and respectfully state that Si Hui Feng San Property Development Co. Ltd is a S/N dbNyyGNeski9MzKa9YCvlQ real estate development company in China (“Si Hui Feng San”) is personal and independent investment of Fong’s family in China and is not related to the Respondent and its subsidiaries. 13. Therefore, all issues in relation to Si Hui Feng San are irrelevant to the proceedings at hand and neither is it related to the application filed therein. I reiterated that Si Hui Feng San is a separate investment of the Fong’s family and is not related to the Respondent’s group of Company. Lampiran B i) Fong Wan Holdings Sdn Bhd ialah sebuah syarikat induk yang mempunyai anak syarikat – anak syarikat yang mempunyai pegangan aset yang substantif di Malaysia dan juga negara China; ii) Afidavit Pempetisyen sendiri telah mengaku bahawa aset pegangan Responden di Negeri China sahaja mencecah jumlah sebanyak RM50,000,000.00; iii) Menerusi resolusi syarikat di China, Pempetisyen Pertama telah membuat pinjaman sebanyak RMB 6 juta dan juga RMB 1.7 juta daripada anak syarikat yang dikenali sebagai Si Hui Feng San Property Development Co. Ltd. i. Isu pertama adalah pembuktian elemen di bawah Seksyen 193 KK 57. Puan Magistrate terdahulu telah memanggil OKT untuk membela diri dibawah seksyen 193 KK sepertimana pertuduhan pindaan yang dibuat oleh pihak pendakwaan di hujahan akhir kes pendakwaan. S/N dbNyyGNeski9MzKa9YCvlQ 58. Mahkamah mendapati pihak pembelaan telah menghujahkan semula elemen – elemen pertuduhan di bawah seksyen 193 KK di hujahan akhir kes pembelaan dengan merujuk kepada beberapa kes seperti Kanawagi Seperumaniam v PP [2018] 7 CLJ 475, Public Prosecutor v Abdullah Ambek [1984] 2 CLJ 370 (Rep) (HC) dan Jotish Chandra Chaudhary Versus The State of Bihar (1969) 1 SCR 130 (at page 132 H). 59. Mahkamah ini juga percaya bahawa Puan Magistrate terdahulu telah meneliti dan membuat penilaian maksima keatas segala keterangan saksi – saksi dan dokumen – dokumen yang dikemukakan di hadapan Mahkamah ini sebelum memutuskan OKT untuk membela diri. Maka Mahkamah ini mendapati tiada keperluan lagi untuk mengulas semula elemen pertuduhan di bawah seksyen 193 KK ini. Mahkamah ini percaya bahawa keputusan Puan Magistrate terdahulu tidak sama sekali memperjudiskan hak OKT dalam mendapatkan suatu “fair trial”. OKT telah diberikan satu pengadilan yang telus dan saksama tanpa mejejaskan hak keadilannya dari segi undang – undang. ii. Peguam berhujah bahawa Lampiran A dan Lampiran B bukan palsu. 60. Mahkamah merujuk semula kepada pertuduhan pindaan yang dibuat oleh pihak pendakwaan semasa hujahan diakhir kes pendakwaan terhadap OKT dengan memasukkan Lampiran B. PERTUDUHAN PINDAAN BAHAWA KAMU PADA 24 NOVEMBER 2014 JAM LEBIH KURANG 11.00 PAGI, DI OLEH MAHKAMAH TERSEBUT, TELAH MEMBUAT PERNYATAAN DALAM LAMPIRAN DILAMPIRKAN BERSAMA, DAN KAMU PADA 8 OGOS 2014 DI MAHKAMAH S/N dbNyyGNeski9MzKa9YCvlQ TINGGI MALAYA KUALA LUMPUR DI DALAM DAERAH SENTUL, DALAM WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR, DI DALAM SEBUAH AKUAN YANG DIBUAT OLEH KAMU YANG BOLEH DITERIMA DI SISI UNDANG-UNDANG OLEH MAHKAMAH TERSEBUT, TELAH MEMBUAT PERNYATAAN DALAM AFIDAVIT TERSEBUT SEPERTIMANA DALAM LAMPIRAN ‘B’ DI MANA SALAH SATU SAMA ADA LAMPIRAN A ATAU B ADALAH PERNYATAAN YANG KAMU TAHU ATAU KAMU TELAH MELAKUKAN SATU KESALAHAN DI BAWAH SEKSYEN 193 KANUN KESEKSAAN DAN BOLEH DIHUKUM DI BAWAH SEKSYEN YANG SAMA. 11. LAMPIRAN A I STRENUOUSLY DENY THE CONTENT OF PARAGRAPHS 10 TO 13 OF 13. THEFORE, ALL ISSUES IN RELATION TO SIHUI FENG SAN ARE IRRELEVANT TO PROCEEDINGS AT HAND AND NEITHER IS IT RELATED TO THE APPLICATION FILED THEREIN. I REITERATED THAT SIHUI FENG SAN IS A SEPARATE INVESTMENT OF THE FONG’S FAMILY AND IS NOT RELATED TO THE RESPONDENT’S GROUP OF COMPANY. LAMPIRAN B i) FONG WAN HOLDINGS SDN BHD IALAH SEBUAH SYARIKAT INDUK YANG MEMPUNYAI ANAK SYARIKAT – ANAK SYARIKAT YANG MEMPUNYAI PEGANGAN ASET YANG SUBSTANTIF DI MALAYSIA DAN JUGA NEGARA CHINA; S/N dbNyyGNeski9MzKa9YCvlQ ii) AFIDAVIT PEMPETISYEN SENDIRI TELAH MENGAKU BAHAWA ASET PEGANGAN RESPONDEN DI NEGERI CHINA SAHAJA MENCECAH JUMLAH SEBANYAK RM50,000,000.00; iii) MENERUSI RESOLUSI SYARIKAT DI CHINA, PEMPETISYEN PERTAMA TELAH MEMBUAT PINJAMAN SEBANYAK RMB 6 JUTA DAN JUGA RMB 1.5 JUTA DARIPADA ANAK SYARIKAT YANG DIKENALI SEBAGAI SI HUI FENG SAN PROPERTY DEVELOPMENT CO. LTD. 61. Pihak pembelaan telah menghujahkan bahawa Lampiran A dan Lampiran B adalah tidak palsu. Peguambela berhujah bahawa Lampiran A merangkumi perenggan 11,12 dan 13 dan bukan hanya perenggan 11 dan perenggan 13 sahaja. Mahkamah merujuk kepada perenggan 12 yang menyatakan seperti berikut: 12. I further state that all the record and documents of the Respondent’s group of Company, including the yearly financial reports of the Respondent, do not have any record showing Si Hui Feng San is owned by or is part of the Respondent’s group of Companies. There is now shown and produced before me and duly marked as Exihibit “FW- 16” a copy of Fong Wan General Construction Sdn. Bhd’s Report of the Directors and Financial Statements for the Year Ended January 31, 2014. Oleh yang demikian Lampiran A hendaklah dibaca bersama dengan perenggan 12 seperti mana di eksibit P5. Tetapi pihak pendakwaan hanya masukkan perenggan 13 di Lampiran A tanpa perenggan 12. 62. Pihak pembelaan juga berhujah bahawa perenggan 11,12 dan 13 yang di ikrarkan di eksibitt P5 adalah benar dan sah. Pihak pendakwaan dengan sengaja telah mengecualikan perenggan 12 di eksibit P5 sedangkan perenggan 12 adalah penting sangat bagi menjelaskan perenggan 11 dan perenggan 13 di eksibit P5 adalah benar. S/N dbNyyGNeski9MzKa9YCvlQ 63. Disamping itu, OKT telah menyatakan bahawa, OKT mengikrarkan sedemikian atas nasihat SP3 iaitu peguam Syarikatnya dan sejarah Penyata Kewangan Syarikat tersebut juga mengesahkan bahawa Lampiran A adalah sah dan benar. 64. Manakala bagi Lampiran B pula, pihak pembelaan menyatakan bahawa Lampiran B juga adalah benar kerana SP1 yang telah menyatakan bahawa Syarikat Si Hui Feng San adalah anak Syarikat Fong Wan Holdings Sdn Bhd seperti mana dalam eksibit D27, D28 dan D29. OKT percaya apa yang dikatakan oleh Pengadu dan telah membuat pernyataan sepertimana di Lampiran B. 65. OKT hanya mengetahui Sin Hui Feng San bukan anak syarikat kepada Syarikat Fong Wan General Construction Sdn Bhd mahupun Syarikat Fong Wan Holdings Sdn Bhd selepas dinasihat oleh SP3. 66. Oleh yang demikian secara ringkasnya, OKT mempercayai bahawa Lampiran A dan Lampiran B adalah benar dan sah berdasarkan keterangan SP1 pada 4.1.2024 dan pernyataan SP1 di dalam eksibit D27, D28 dan D-29 yang konsisten. 67. Oleh yang demikian, hujahan pihak pembelaan adalah OKT tidak membuat pernyataan dalam Lampiran A dan Lampiran B dengan pengetahuannya dan atau mempercayainya bahawa pernyataan tersebut adalah palsu. 68. Mahkamah mendapati dalam keterangan bersumpah, OKT telah menyatakan bahawa dia adalah Pengarah Urusan Syarikat Fong Wan Holdings Sdn Bhd dan dia telah dituduh bagi kesalahan memberi dua kenyataan palsu sepertimana di Lampiran A dan Lampiran B di prosiding petisyen pengulungan Syarikat Fong Wan Holdings Sdn Bhd di Mahkamah Tinggi. S/N dbNyyGNeski9MzKa9YCvlQ 69. OKT menyatakan dalam keterangannya bahawa kedua – dua kenyataan di Lampiran A dan Lampiran B adalah benar dan bukan palsu seperti mana yang didakwa oleh SP1. 70. Merujuk kepada Lampiran A, OKT mengatakan bahawa Si Hui Feng San tidak pernah tersenarai sebagai anak syarikat Fong Wan Holdings Sdn Bhd pada bila-bila masa. Mahkamah merujuk kepada keterangan OKT diakhir kes pembelaan seperti berikut: Peguam - Mr Fong, what do you say in response to the allegation that Lampiran A is false? OKT - I state that paragraphs 11 and 13 of Lampiran A are not false. Peguam - Why do you say paragraph 11 of Lampiran A is not false? OKT - Paragraph 11 of Lampiran A is not false because it is a statement made by me on the advice of Tiong Hui Yii, which I believe to be true. Tiong Hui Yii is better known as Carol. Carol was FWH solicitor in Petition 440. She testified as a witness for the prosecution. Peguam - Mr Fong, what was the basis of Carol’s advice? OKT - Carol’s advice was based on the audited financial statements of Fong Wan General Construction Sdn Bhd (FWGC) as at 31/01/2014. This document was exhibited by me at paragraph 12 of Exhibit P5, paragraph 12. In this document Sihui Feng San Property Development Co. Ltd. (SHFS) is not reflected as a subsidiary of Fong Wan (FWGC). S/N dbNyyGNeski9MzKa9YCvlQ ………………. ………………. Peguam - How does paragraph 12 and its accompanying exhibit support what you say at paragraph 11 and paragraph 13? OKT - I truly believe that SHFS is not a subsidiary of FWGC because FWGC’s audited financial statement does not reflect that SHFS is a subsidiary of FWGC. In Malaysia it is necessary for companies to list down its subsidiaries in its financial statement. An example of this can be seen in FWH’s audited financial statement as of 31/01/2013, marked as IDD22. At page 25 of IDD22 there is a listing of all of FWH’s subsidiaries. …………………... …………………… Peguam - I am now looking at Q&A of your witness statement. Why did you state at paragraph 11 of Exhibit P5 as follows, “I am advised by the Respondent’s solicitors and respectfully state that Sihui Feng San Property Development Co. Ltd., a real estate development company in China, Sihui Feng San, is personal and independent investment of Fong’s family in China and is not related to the Respondent and its subsidiaries”? OKT - Because SHFS is not a subsidiary of FWGC or FWH. The only conclusion that I can come to is that SHFS is not part of FWH and its subsidiaries and that it belongs to my late father, Dato’ Fong Wan, and family. I add that what I affirmed was also based on Carol’s advice which I believe to be true. S/N dbNyyGNeski9MzKa9YCvlQ Peguam - next question, Mr Fong. At paragraph 13 of Exhibit P5, why did you affirm as follows, “Therefore, all issues in relation to Sihui Feng San are irrelevant to the proceedings at hand and neither is it related to the application filed therein”? OKT - I affirmed that because of the evidence and my belief that SHFS is not a subsidiary of FWH or FWGC. As such, anything concerning SHFS should not concern Petition 440 or the stay of execution application. Peguam - At paragraph 13 of Exhibit P5, why did you affirm that “I reiterated that Sihui Feng San is a separate investment of the Fong’s family and is not related to the Respondent’s group of company”? OKT - I affirmed it because of the evidence and my belief that SHFS is not a subsidiary of FWH or FWGC. As such, the only conclusion that I can come to is that SHFS belongs to my late father, Dato’ Fong Wan, and family. Peguam - The Respondent in Petition 440 is FWH. At paragraph 12 of Exhibit P5, you affirmed that based on FWH’s financial reports, SHFS is not a subsidiary of FWH. What is the basis of such a statement? OKT - It is because of IDD22, FWH’s audited financial statement as at 31/01/2013. From IDD22, SHFS is not listed as a subsidiary of FWH. Peguam - Puan, if I may just refer to Q&A 19? Can I just put on record that the reference to IDD22 is a reference to the now converted D22? Mah – Yes D22 S/N dbNyyGNeski9MzKa9YCvlQ 71. Manakala dalam Lampiran B pula OKT menyatakan bahawa Si Hui Feng San adalah anak syarikat Fong Wan Holdings Sdn Bhd. OKT telah menyatakan sedemikian kerana mempercayai apa yang diberitahu oleh SP1 sendiri selepas ibunya, Datin Low Ko Chan, meninggal dunia pada 05/01/2012. Ini adalah kerana OKT tidak pernah terlibat dalam perniagaan Si Hui Feng San di China. Si Hui Feng San telah diuruskan oleh arwah ayahnya dengan bantuan adik-beradiknya bersama dengan SP1. Selepas ayahnya meninggal dunia, adik OKT dan SP1 yang menguruskan hal ehwal Si Hui Feng San. Maka OKT mempercayai bahawa Si Hui Feng San adalah anak syarikat Fong Wan Holdings Sdn Bhd. 72. Mahkamah merujuk kepada keterangan OKT seperti berikut: Peguam - Betul, Puan. At the top right it is also marked as kandungan 5 Mahkamah Puan, Mr Fong, please have a look at 10 paragraphs 6(i), 6(ii) and 6(iii) of Exhibit P3. Paragraphs 6(i), 6(ii) and 6(iii) of Exhibit P3 are different from what you have affirmed at 12 Lampiran A. Please explain. OKT - It is because of what the Complainant told me. As at 08/08/2014, when I affirmed Exhibit P3, I genuinely believed what the Complainant said to me. Peguam - What did the Complainant tell you? OKT - The Complainant told me that SHFS belongs to Fong Wan Holdings. He told this to me after our mother, Datin Low Ko Chan, passed away on 05/01/2012. Peguam - Now, why did you believe the Complainant on the ownership of SHFS? S/N dbNyyGNeski9MzKa9YCvlQ OKT - Because I trusted the Complainant. Throughout all the years, I was never involved in SHFS’ business in China. SHFS was managed by my late father with the help of my brothers, Fong Keong Wah, Fong Keong Hong and the Complainant. After my father passed away, it was Fong Keong Hong and the Complainant who managed the affairs of SHFS. Peguam - So, why did it not occur to you as at 08/08/2014 that FWGC’s financial statements did not reflect that SHFS is a subsidiary of FWGC? OKT - as at 08/08/2014, I completely forgot that FWGC’s financial statement will disprove what the Complainant represented to me. It was not until a few months later and before 24/11/2014 when Carol contacted me to obtain instruction to prepare Exhibit P5. It was then that Carol asked me to give her a copy of FWGC’s latest financial statement for her to study. It was after Carol’s reading of FWGC’s financial statements as at 31/01/2014 that she advised me that SHFS is not a subsidiary of FWGC or FWH. Peguam - What do you say in response to the allegation that Lampiran B is 11 false? OKT - I state that Lampiran B is not false. Peguam - Why do you say that Lampiran B is not false? OKT - on top of that, on top of what the Complainant told me, the Complainant himself has made statements in three affidavits which are consistent with my statements in Lampiran B. S/N dbNyyGNeski9MzKa9YCvlQ 73. Setelah meneliti keterangan OKT, Mahkamah mendapati OKT telah memberikan dua kenyataan yang berbeza seperti di Lampiran A dan Lampiran B dimana ia adalah mustahil kedua-dua kenyataan itu adalah benar pada masa yang sama. 74. Mahkamah mendapati alasan yang diberikan oleh OKT bahawa dia telah membuat dua kenyataan berbeza kerana mempercayai apa yang dikatakan oleh SP1 adalah penafian semata – mata. OKT adalah selaku Pengarah Urusan Syarikat Fong Wan Holdings Sdn Bhd maka OKT hendaklah bertanggungjawab untuk semak asal usul syarikat sebelum memberi apa apa kenyataan di prosiding Mahkamah. Tambahan pula, OKT dan SP1 adalah adik beradik dan mengendalikan Syarikat keluarga. Maka OKT juga harus mengetahui selok belok penubuhan Syarikatnya. OKT tidak seharusnya melepaskan tangan dengan menyatakan bahawa OKT percaya apa yang diberitahu oleh Pengadu mengenai anak Syarikat tersebut. 75. Sepanjang perbicaraan, OKT telah memberi dua kenyataan yang berbeza. OKT sendiri patut mengetahui bahawa kedua – dua kenytaan tersebut tidak boleh jadi benar pada masa yang sama. Sekiranya benar Si Hui Feng San bukan anak syarikat kepada Syarikat Fong Wan Holdings Sdn Bhd, OKT dari awalnya tidak perlu mengikrarkan dua kenyataan berbeza dalam affidavitnya seperti mana pertuduhan. 76. Keterangan OKT yang menyatakan bahawa dia hanya mengetahui Si Hui Feng San bukan anak syarikat kepada Syarikat Fong Wan General Construction Sdn Bhd mahupun Syarikat Fong Wan Holdings Sdn Bhd selepas dinasihat oleh SP3 adalah kenterangan afterthought. 77. Mahkamah mendapati OKT adalah terikat di sisi undang-undang untuk memberi keterangan yang benar dalam setiap perbicaraan Sivil mahupun Jenayah. Afidavit merupakan satu keterangan bersumpah dalam bentuk bertulis Oleh itu, seseorang yang mengikrarkan suatu afidavit adalah memberikan akuan bersumpah dan terikat di sisi undang-undang untuk menyatakan perkara yang benar dalam pengetahuannya S/N dbNyyGNeski9MzKa9YCvlQ sama seperti seseorang yang mengangkat sumpah dan memberi keterangan lisan di hadapan Mahkamah Mulia ini. 78. Mahkamah merujuk kepada kes Kanawagi Seperumaniam v. PP (supra) dimana Hasnah Mohammed Hashim JCA i berkata: “For the offence of perjury, the prosecution must prove that the accused had deliberately made two statements which are so contradictory to and irreconcilable with each other that both cannot possibly be true”. 79. Manakala dalam kes Public Prosecutor v. Abdullah Ambek [1984] 2 CLJ Rep 370, Mohamed Dzaiddin J menyatakan: Now, with regard to ingredient (4) that the statement was false, I have merely to compare the two statements, which I have found as a fact that they are irreconcilable and contradictory. It follows, therefore, that both statements cannot possibly be true or that one of them must necessarily be false. 80. Merujuk kepada kes – kes diatas maka Mahkamah mendapati OKT telah memberi dua kenyataan yang berbeza dengan sengaja untuk mempengaruhi keputusan Mahkamah Tinggi dalam prosiding petisyen penggulungan syarikat Fong Wan Holdings Sdn Bhd dimana kedua dua kenyataan tidak boleh menjadi benar pada masa yang sama. 81. OKT telah membuat kenyataan bahawa Si Hui Feng San merupakan anak syarikat kepada Fong Wan Holdings Sdn Bhd dalam dua afidavitnya yang bertarikh 8.8.2014 supaya Mahkamah memberi perintah injuksi di mana syarikat tersebut dilarang melupuskan sebarang harta anak-anak syarikat Fong Wan Holdings Sdn Bhd termasuk Si Hui Feng San sehingga perbicaraan penuh petisyen tersebut. S/N dbNyyGNeski9MzKa9YCvlQ 82. Pada 20.10.2014, Mahkamah Tinggi memutuskan untuk menggulungkan Syarikat Fong Wan Holdings Sdn Bhd dan juga membuat perintah melarang pelupusan sebarang harta anak-anak syarikatnya. 83. Selepas itu OKT telah mengikrarkan dan menfailkan satu lagi afidavit bertarikh 24.11.2014 di mana dalam perenggan 11 dan 13 menyatakan bahawa Si Hui Feng San tidak ada perhubungan dengan Syarikat Fong Wan Holdings Sdn Bhd dan anak-anak syarikatnya. OKT telah membuat kenyataan yang bercanggah ini pula bagi menyokong satu permohonan untuk Penggantungan Pelaksaan Penghakiman semasa rayuan ke atas keputusan tersebut dimana Mahkamah Tinggi telah membenarkan Penggantungan Pelaksanaan Penghakiman melalui satu perintah Mahkamah bertarikh 11.12.2014. 84. Maka Mahkamah mendapati OKT telah memberikan dua kenyataan yang berbeza di prosiding Kehakiman di Mahkamah Tinggi. iii. Pindaan Pertuduhan diakhir kes pendakwaan oleh pihak pendakwaan 85. Semasa hujahan diakhir kes pendakwaan Puan TPR telah memohon untuk membuat pindaan kepada pertuduhan bagi kesalahan seksyen 193 KK dengan memasukkan Lampiran B. Pada 29.3.2024, Puan Magistrate terdahulu telah memberi keputusan diakhir kes pendakwaan bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes prima facie terhadap OKT. Oleh yang demikian, OKT telah diberi 3 pilihan: i. Memberi keterangan bersumpah di kandang saksi ii. memberi pernyataan tak bersumpah dari kadang tertuduh; dan iii. Berdiam diri S/N dbNyyGNeski9MzKa9YCvlQ 86. Pada 17.4.2024, Pertuduhan pindaan telah dibacakan kepada OKT dan OKT tidak mengaku salah. Sebelum OKT memberi keterangan di akhir kes pembelaan, OKT telah memfailkan permohonan semakan di Mahkamah Tinggi terhadap keputusan Magistrate untuk memanggil OKT membela diri atas pertuduhan pindaan. 87. Pada 26.6.2023, Peguam OKT telah maklumkan kepada Mahkamah bahawa permohonan semakan pihak pembelaan tersebut tidak dibenarkan dan telah ditolak oleh Mahkamah Tinggi melalui surat bertarikh 17.5.2023. 88. Pada 5.7.2023, pertuduhan pindaan telah dibacakan semula kepada OKT dan OKT tidak mengaku salah dan maklumkan kepada Mahkamah bahawa ingin memfailkan permohonan untuk memanggil semula saksi SP1 menurut seksyen 162 dan seksyen 425 KTJ. 89. Pihak pembelaan telah berhujah bahawa pertuduhan pindaan yang dikemukakan oleh Puan TPR telah memperjudiskan OKT dimana permohonan pertuduhan pindaan tidak dibangkitkan oleh Pendakwaan semasa prosiding bicara dan pihak pembelaan juga tidak dimaklumkan berkaitan pertuduhan pindaan tersebut. Pihak pembelaan hanya mengetahui selepas keputusan diakhir kes pendakwaan bahawa Magistrate terdahulu telah memanggil OKT membela diri berdasarkan kepada pertuduhan pindaan yang dimasukkan oleh pihak pendakwaan di hujahan akhir kes pendakwaan. 90. Disamping itu pihak pembelaan juga berhujah bahawa pihak pendakwaan seharusnya mendapatkan kebenaran Mahkamah (“leave for the amended charge”) sebelum mengemukakan pertuduhan pindaan tetapi pihak pendakwaan gagal berbuat demikian dan ia telah idak mendapatkan kebenaran Mahkamah sebelum mengemukakan pertuduhan pindaan. S/N dbNyyGNeski9MzKa9YCvlQ 91. Di dalam kes ini, persoalan yang perlu diputuskan oleh mahkamah adalah adakah ini selamat dilakukan selepas kes pendakwaan ditutup dan pihak pendakwaan hanya memohon kepada mahkamah ini semasa penghujahan di akhir kes pendakwaan? 92. Mahkamah merujuk kepada Seksyen 158 KPJ yang menyatakan seperti berikut: - Section 158. Court may alter or add to charge. (1) Any Court may alter or add to any charge at any time before judgment is pronounced. (2) Every such alteration or addition shall be read and explained to the accused. 93. Di dalam kes Mahkamah Rayuan, Yong Kar Mun v. Public Prosecutor [2013] 5 CLJ 751; [2012] 6 MLJ 209 pula dinyatakan sedemikian: - [57] It is crystal clear that s. 158 of the CPC is worded widely. It permits the court to amend the charge at any stage before judgment is pronounced (Public Prosecutor v. Tan Kim Kang & Ors [1962] MLJ 388). In our judgment, it is permissible under s. of the CPC to amend the charge after defence has been called but before judgment is pronounced. [58] The learned High Court judge was right when she gave the opportunity to the appellant to recall or re-examine any witness when the charge was amended after the defence was called. The denial of such right is, in our judgment, not curable (Anwar Hussain and another v. The State AIR [1952] Assam 47). 94. Maka Mahkamah ini percaya keputusan Magistrate terdahulu adalah berdasarkan kepada budibicaranya di bawah seksyen 158 KPJ yang jelas memberi kuasa membenarkan mahkamah ini untuk berbuat demikian sebelum penghakiman dibuat dan ianya adalah dalam bidang kuasa mahkamah untuk berbuat demikian. Di samping itu, mahkamah berpendapat peringkat yang paling sesuai untuk pindaan ke atas S/N dbNyyGNeski9MzKa9YCvlQ pertuduhan dibuat dalam kes ini adalah pada akhir kes pendakwaan setelah keseluruhan keterangan lansung dan keterangan dokumentar dikemukakan. 95. Mahkamah ini mengambil panduan kepada nas-nas kes (PP v. JORGE ENRIQUE PELLON TELLON [1998] 4 CLJ 278; [1998] 1 MLRA 570; PUBLIC PROSECUTOR v. SALAMAH ABDULLAH AND PUBLIC PROSECUTOR v. ONG ENG KIAT [1947] CLJU 75; [1947] 1 LNS 75; [1947] 1 MLRH 619). 96. Sungguhpun nas-nas ini melibatkan pindaan pertuduhan kepada penggantian pertuduhan jenayah yang berlainan di akhir kes pendakwaan yang mana berbeza dengan situasi kes di hadapan mahkamah ini, namun tujuan utama pindaan pertuduhan dibenarkan oleh mahkamah atasan tersebut adalah bagi menyesuaikan pertuduhan tersebut dengan keterangan dan fakta yang telah dibuktikan di samping mahkamah perlu memastikan bahawa ianya tidak memprejudiskan OKT. 97. Selaras dengan kes tersebut Mahkamah ini juga telah membenarkan permohonan peguambela bagi memanggil semula saksi SP1 selaras dengan peruntukkan seksyen 162 KTJ dan seksyen 425 KTJ. 98. Oleh yang demikian, Mahkamah ini mendapati keputusan Magistrate terdahulu di akhir kes pendakwaan terhadap pertuduhan pindaan tidak memperjudiskan OKT. Tambahan lagi berdasarkan nota keterangan Mahkamah mendapati kedua – dua pihak telah mengutarakan soalan soalan bekaitan eksibit P2, P3 dan P5 sepertimana terkandung dalam Lampiran A dan Lampiran B kepada saksi saksi terutamanya SP1 semasa perbicaraan di akhir kes pendakwaan. Maka Mahkamah percaya telah memberikan keputusan yang adil dan saksama kepada OKT tanpa memperjudiskan haknya. iv. Pemanggilan semula saksi SP1 (recall of witness). Isu sama ada SP1 memberi keterangan dahulu atau OKT memberi keterangan dahulu. S/N dbNyyGNeski9MzKa9YCvlQ 99. Pihak pembelaan telah menghujahkan bahawa SP1 hendaklah dipanggil semula bagi memberi keterangan di akhir kes pembelaan sebelum OKT memberi keterangannya dahulu tetapi pihak pendakwaan telah mengambil pendirian bahawa OKT sepatutnya memberikan keterangannya sebelum SP1 dipanggil semula sepertimana yang diperuntukkan dibawah seksyen 173(j)(iii) KTJ. 100. Dengan itu, pihak pembelaan telah menghujahkan bahawa, Mahkamah telah terkhilaf dengan bersetuju dengan pihak pendakwaan bahawa Seksyen 173(j)(iii) KTJ adalah terpakai kepada kes ini. 101. Oleh yang demikian, OKT tidak diberi peluang penuh dan adil untuk membela dirinya dimana OKT sepatutnya berhak untuk menyoal balas SP1 keatas Pertuduhan Pindaan sebelum pembelaannya dipanggil. Penafian peluang sedemikian telah menghalang OKT daripada menjalani perbicaraan yang adil dan berhujah bahawa seksyen 173(j)(iii) adalah tidak terpakai dalam kes ini. 102. Namun begitu pihak pendakwaan berhujah bahawa prosedure. s. 173 (j) (iii) KTJ perlu dipatuhi dan memandangkan kes bukan lagi di peringkat pendakwaan maka OKT perlu terlebih dahulu memberi keterangan sebelum saksi lain pendakwaan dipanggil dahulu. 103. Mahkamah mendapati bahawa walaupun Mahkamah ini telah membenarkan permohonan pembelaan bagi memanggil semula SP1 namun kes ini diperingkat pembelaan dan mengikut prosedur di bawah seksyen 173(j)(iii) KTJ iaitu prosedure dalam perbicaraan terus, OKT hendaklah memberi keterangan dahulu sebelum SP1 dipanggil untuk pemeriksaan semula sepertimana yang diperuntukkan dibawah seksyen 173(j)(iii) KTJ. S/N dbNyyGNeski9MzKa9YCvlQ 104. Mahkamah merujuk kepada seksyen 173(j)(iii) KTJ yang memperuntukkan seperti berikut: j(iii) When the accused is called upon to enter on his defence, he may produce his evidence and shall be allowed to recall and cross-examine any witness present in the Court or its precincts: Provided that if the accused elects to be called as a witness, his evidence shall be taken before that of other witnesses for the defence: Provided further that any accused person who elects to be called as a witness may be cross-examined on behalf of any other accused person. 105. Mahkamah merujuk kepada kes Chan Kok Poh V. PP (ENCLS 1,2,3 & 4) [2021] MLRHU 2441, Pesuruhjaya Kehakiman YA Awang Armadajaya Awang Mahmud JC telah memutuskan seperti berikut: [107] In the case of PP v. Datuk Wira Sm Faisal Sm Nasimuddin Kamal [2018] MLRHU 1855; [2019] 8 CLJ 827, his Lordship, Justice Collin Sequerah made this observation: [20] It will be observed that the whole scheme of s 173 of the CPC basically lays out the manner in which a summary trial should proceed commencing with the institution of the charges until its conclusion. [108] His Lordship opined that the whole scheme of s 173 of the CPC basically lays out the manner in which a summary trial should proceed. [110] In R v. Smith (Joan) [1968] 2 All ER 115 CA, where it was held: “At a trial of a criminal charge the accused, if he gives evidence, should be called before any of his witnesses, and thus should give his evidence before he has heard the testimony of his witnesses; it is also the general rule and practice in criminal eases that witnesses as to fact on each side should remain out of court until they are required to give their evidence (see p 115, letter H, and p 116, letter C, post).” S/N dbNyyGNeski9MzKa9YCvlQ [111] His Lordship Justice Cusack explained it in that case as follows: The general rule and practice in criminal cases is that witnesses as to fact on each side should remain out of court until they are required to give their evidence. The reason for this is obvious. It is that if they are permitted to hear the evidence of other witnesses they may be tempted to trim their own evidence. It is certainly the general practice in the experience of all the members of this court that where an accused person is to give evidence he gives evidence before other witnesses who may be called on his behalf. There are, of course, rare exceptions, such as when a formal witness, or a witness about whom there is no controversy, is interposed before the accused person with the consent of the court in the special circumstances then prevailing. [112] As observed by Justice Cusack that "The general rule and practice in criminal cases is that witnesses as to fact on each side should remain out of court until they are required to give their evidence. The reason for this is obvious. It is that if they are permitted to hear the evidence of other witnesses they may be tempted to trim their own evidence". [113] This is the issue of evidence tailoring or evidence patching. Evidence tailoring is when a witness arranged his evidence to fit in that of another in order that it mask the falsehood with the truth. [114] In PP v. Mohamed Azmin Ali [2000] 3 MLRH 72; [2000] 7 CLJ 628 it was held that "An accused person cannot be kept out of the court like other witnesses. He would have to give evidence first before he hears the examination and cross-examination of his witnesses. Otherwise he might be accused of having trimmed his own evidence to suit the evidence he has heard of his own witnesses. Indeed, having his evidence heard first helps to protect his credibility." [115] The principles of law that we may distil from the authorities are as follows: a. Section 173 Criminal Procedure Code is a mandatory provision for all summary trials. b. Any recalling of witnesses or calling of witnesses by the Defence can only be done after the accused has given his evidence. S/N dbNyyGNeski9MzKa9YCvlQ c. Subordinate Courts do NOT have inherent jurisdiction because it is a creation of statute and it derives its powers from statutory law. d. The Subordinate Court is not empowered to fill in the gap but may only strictly comply with the statutory provision and judicial pronouncements of the superior courts. 106. Berdasarkan kepada kes – kes dirujuk diatas Mahkamah mendapati bahawa Mahkamah ini tidak terkhilaf dari segi undang – undang dan prosedur dalam perbicaraan terus adalah dipatuhi. Ini adalah amalan biasa di Mahkamah Rendah bagi OKT memberi keterangan dahulu sebelum saksi saksi lain memberi keterangan mereka. I. DAPATAN MAHKAMAH DI AKHIR KES PEMBELAAN 107. Mahkamah dalam kes ini ingin menyatakan hasrat untuk mengguna pakai semua dapatan Magistrate terdahulu di akhir kes pendakwaan ini dan dapati di akhir pembelaan bahawa OKT telah memberikan dua pernyataan yang berlainan dimana ia adalah mustahil kedua – dua pernyatan tersebut benar pada masa yang sama. Maka Mahkamah ini berpendapat bahawa keterangan OKT adalah penafian semata – mata (“bare denial”) dan bersifat pemikiran terkemudian ataupun (“afterthought”). 108. Oleh yang demikian berdasarkan dapatan di atas, mahkamah berpuas hati bahawa pihak pendakwaan berjaya membuktikan secara melampaui keraguan munasabah bahawa OKT telah memberi dua keterangan yang bercanggah. Oleh itu, selepas mempertimbangkan pembelaan OKT secara keseluruhan yang mana ia dibandingkan dengan keterangan yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan, mahkamah mendapati tiada sebarang keraguan timbul pada kes pendakwaan dan bahawa pihak pendakwaan telah membuktikan kesnya terhadap OKT melampaui keraguan yang munasabah. Oleh itu, mahkamah mendapati pertuduhan terhadap S/N dbNyyGNeski9MzKa9YCvlQ OKT berjaya dibuktikan, OKT didapati bersalah dan disabitkan dengan kesalahan di bawah seksyen 193 Kanun Keseksaan. . J. RAYUAN MITIGASI OLEH PEGUAMBELA OKT 109. Mahkamah ini seterusnya menjemput pihak pembelaan untuk mengemukakan hujahan peringanan hukuman. Peguambela OKT telah menghujahkan tujuh (7) faktor mitigasi untuk pertimbangan Mahkamah yang Mulia ini. “Dengan izin Puan, Pohon hujahan mitigasi dalam Bahasa Inggeris Puan. I have (6) six mitigation factors to address this court, first 1. Age and health issue The OKT is retired and is 69 years old this year. It’s in advance age should be give advance consideration as it is the factors warrant special attentions. This in line with the case of PP v Tang Ka Wak [2018] 7 MLJ 454. I urged this court to considered that the OKT is suffering from high blood pressure and on medication. He has blood in right eyes as well My Lady. There is no doubt that the custodial sentences will affect his health condition. 2. Tendency. The OKT children all adults and living in abroad, the elder son living in England and the youngest son living in Australian. The wife of OKT is 70 years old and also retired. They are both inter dependent and looking each other. They are relying each other for moral, physical and financial support. If putting OKT away or in the custodial will cause problem to the wife My Lady. S/N dbNyyGNeski9MzKa9YCvlQ 3. OKT not benefited from the offence as the statement were not material to the proceedings. The statement made could not altered the outcome of the proceeding My Lady. 4. Cooperation. The OKT have attended all the court proceeding despite he is residing in Johor. From the beginning he give good cooperation to the police to assist the investigation from since 2020. 5. The issue in delay of investigation and prosecution in this case. On this point I’m referring to the case of PP v Lady Johari bin Idris is a High Court. In this case the FIR was made in 2014 of December. The charge was read to OKT for first time in 2020 and the trial took 1 year 7 months since 2022. I'm urging the court to considered this in sentencing the accused. MY lady the last point I’m making is in regards is 6. OKT is first time offender and he have no previous conviction and, on this point, Im drawing attention to the case of PP v Lisa Christina A/P Balan. We humbly submitting that notwithstanding that the OKT convicted with this offence. It is not a serious offence as define under Section 52B of the CPC which warrant a prolonged or imprisonment term. Intact this this proceeding is commercial in nature which involved family matters. With this i urged the court considered S. 294 CPC with regard to the first Offender that the court considered the character, antecedent, the age and health or the mental condition of the OKT and the trivial nature of the offence or to any extenuating circumstances that it is expedient to the offender to be release with good behaviour conduct instead of sentencing him to any punishment My Lady subject to the condition that the court may order. S/N dbNyyGNeski9MzKa9YCvlQ So, I’m urging this court to exercised its discretion under Section 294 CPC to perhaps punished the OKT with good behaviour with or without surety and on the alternative the length of the punishment should be shorter based on the submission submitted earlier. Much obliged My lady.” K. HUHAJAN PEMBERATAN HUKUMAN PIHAK PENDAKWAAN 110. Puan TPR pula menghujahkan bahawa: “Dengan izin puan, Saya pohon Mahkamah mengambilkira faktor-faktor pemberatan berikut. Pertama sekali dalam kes ini OKT telah memberikan keterangan palsu dan bercanggah seperti di affidavit P2, P3 dan P5. Saya berhujah ini bukan kesalahan remeh kerana keterangan tersebut telah diberikan di prosiding Mahkamah Tinggi dimana melibatkan hak-hak dan kepentingan – kepentingan pihak pihak yang terlibat terutama sekali Pengadu dalam kes ini. Kedua saya juga mohon Mahkamah Mulia ini untuk mengambil kira faktor kepentingan awam melebihi kepentingan peribadi OKT. Faktor umur dan kesihatan seperti yang dinyatakan oleh peguam adalah melebihi faktor kepentingan peribadi OKT dan dalam menjatuhkan hukuman, Mahkamah sewajar ambil kira faktor kepentingan awam, sekiranya Mahkamah memberikan hukuman yang tinggi ia akan melindungi kepentingan awam dimana kesannya adalah individu individu lain tidak kira sama ada orang awam, pegawai polis atau peguam sendiri akan berhati hati semasa memberi keterangan sama ada secara bertulis atau lisan di dalam Mahkamah. Seterusnya faktor ketiga adalah sekiranya mahkamah berikan hukuman tinggi, akan memberikan inspirai tinggi bahawa mahkamah tidak pandang remeh kesalahan kesalahan sebegini ataupun Mahkamah tidak maafkan orang yang beri keterangan palsu dimahkamah. Seteerusnya saya rujuk kepada kes S/N dbNyyGNeski9MzKa9YCvlQ kepada PP v Abdullah bin Ambek, Kes law ini saya telah masukkan dalam ikatan otoriti pihak pendakwaan. Saya rujuk mahkamah kepada kes ini di perenggan terakhir kes tersebut. dimana Kesalahan memberikan keterangan palsu adalah kesalahan serius dan wajar diberikan hukuman penjara Puan dan sekiranya berpendapat dan memberi hukuman satu hari penjara adalah tidak wajar dan dalam kes yang saya rujuk ini mahkamh telah berikan satu (1) tahun pejara. Pohon mahkamah juga mengambil kira faktor kesusahan yang dialamai oleh pengadu dalam kes ini iaitu dari mula prosiding sivil sehingga ke hari pengadu membuat laporan polis, Pengadu telah berulang alaik ke Mahkamah. Dalam kes ini pengadu juga telah dipanggil semula untuk memberi keterangan dan pengadu hadir ke mah. Pengadu adalah warga emas dan uzur malah tidak sihat hadir ke mah untuk memberi keterangan. Bagi menjawab hujahan peguam berkenaan delay dimana peguam telah menyatakan bahwa bicara kes ini telah ambil 1 tahun 7 bulan, delay yang dinyatakan peguam sebentar tadi adalah disebabkan pendakwaan raya yang bertukar tetapi dalam kes ini delay disebabkan perjalanan kes yang rumit dengan saksi sakis yang dipanggil dan permohonan-permohonan yang lain terlibat dalam kes ini dan bukan disebabkan permohonan penangguhan yang tidak munasabah. Seterusnya untuk menjawab hujahan peguam untuk mendapatkan satu bon berkelakuan baik adalah tidak sesuai dimana kes telah selesai dan sekiranya pada peringkat awal sebelum bicara dijalankan mungkin sesuai OKT diberikan good behaviour bond tetapi kes ini telah di peringkat akhir kes pembelaan. Oleh yang demikian di peringkat ini saya membantah dan pohon hukuman penjara yang setimpal dan menjadi pengajaran kepada OKT. S/N dbNyyGNeski9MzKa9YCvlQ Itu sahaja Puan” L. HUJAHAN BALAS PEGUAMBELA 111. Dengan izin puan, saya ingin menjawab Puan: Each case has their own facts and circumstance. My learned friend has raised the case of PP v Abdullah Ambek earlier, I wish to drawn the court attention two (2) cases at this point. PP v Ahmad Baseer Abu Bakar, [2024] 1 SMC 255 this was case under Custom Acts, where the punishment of the imprisonment not more than 10 years and the court held that the offence committed did not involve any malice or brutality. The court exercise its discretion to order good behaviour under section 294 CPC. The second case was PP v Ehsan bin Mohd Rani, [2019] 10 MLJ 580 and this case is section 420 PC and the punishment is not more than 14 years. The court in this particular case says that the sentencing must be proportionate to the offence committed by the accused and the respondent being the first offender the court order bond of good behaviour. Finally, the case which I refereed earlier PP v Lady Johari bin Idris, with regards to delay investigation, I think the point of this case is this, it’s the time taken and the delay from the moment the matter started and the matter ends was, the court felt a factor to be considered as its cause the mental anguish on the parties concern that all and not much in who’s fault cause the delay my lady. all. Much obliged.” S/N dbNyyGNeski9MzKa9YCvlQ M. PERTIMBANGAN MAHKAMAH TERHADAP HUKUMAN 112. Semasa menjatuhkan hukuman kepada OKT, Mahkamah telah mempertimbangkan beberapa faktor. Antaranya adalah faktor umur dan kesihatan OKT. OKT dalam kes ini berumur 69 tahun dan mengidap penyakit darah tinggi dan pendarahan mata. OKT juga adalah seorang warga emas tinggal bersama dengan isterinya yang tua berumur 70 tahun. Berdasarkan kepada hujahan mitigasi peguambela, anak – anak OKT tinggal di luar negara. OKT dan isteri OKT bergantung satu sama lain bagi meneruskan kehidupannya. 113. Namun pihak pendakwaan berhujah bahawa faktor kepentingan awam haruslah melebihi kepentingan peribadi OKT tetapi dalam hal ini mahkamah mendapati adalah sesuai bagi Mahkamah ini memepertimbangkan faktor umur dan kesihatan OKT dimana dengan umur yang berusia tua ini, OKT adalah tidak sesuai dipenjarakan bagi tempoh yang lama. Sekiranya OKT dipenjarakan bagi tempoh yang lama ia mungkin boleh memudaratkan kesihatan OKT dan mungkin memerlukan penjagaan khas di penjara. Penjara mungkin tidak selalu menyediakan kemudahan perubatan atau penginapan yang mencukupi untuk banduan yang lebih tua. 114. Mahkamah juga mendapati pertimbangan dari segi aspek keadilan temph hukuman juga adalah penting. Garis panduan hukuman dan budi bicara kehakiman memainkan peranan dalam penting dalam menentukan hukuman yang sesuai bagi sesuatu kes. Tambahan pula dalam kes ini OKT mempunyai isteri yang berumur 70 tahun. 115. Mahkamah merujuk kepada kes PP v Tang Ka Wak [2018] 7 MLJ 454 yang memutuskan: - [28] The learned Deputy Public Prosecutor argued that the age and health of the appellant should not be taken into consideration as the appellant should be S/N dbNyyGNeski9MzKa9YCvlQ responsible for his own actions. It is, however, my view that advanced age of an accused can be a mitigating factor for either or both of the following reasons: (i) an imprisonment sentence would disproportionately impact an elderly accused considering the remaining lifespan of that accused. This court takes note of the fact that the life expectancy of the average Malaysian Chinese male is 75 years according to a document entitled "Abridged Life Tables, Malaysia, 2015-2017" by the Department of Statistics Malaysia and published in their official portal. (ii) elderly accused persons often have associated health issues. [29] In determining the appropriate sentence for an elderly accused, it is perhaps convenient here to refer to the decision of the Supreme Court of Canada in the case R. v. M. [1996] SCJ No. 28 [M. (C.A.) which provides some useful direction on this issue. This case concerned offences arising from a pattern of sexual, physical and emotional abuse inflicted upon the accused's children over a number of years. There, Lamer J discussed generally on the sentencing of elderly offenders. He stated: [I]n the process of determining a just and appropriate fixed term sentence of imprisonment, the sentencing judge should be mindful of the age of the offender in applying the relevant principles of sentencing. After a certain point, the utilitarian and normative goals of sentencing will eventually begin to exhaust themselves once a contemplated sentence starts to surpass any reasonable estimation of the offender's remaining natural lifespan. Accordingly, in exercising his or her specialised discretion under the Code, a sentencing judge should generally refrain from imposing a fixed-term sentence which so greatly exceeds an offender's remaining lifespan that the traditional goals of sentencing, even general deterrence and denunciation, have all but depleted their functional value. (emphasis added) [30] In the present case, considering the age of the appellant as well as his health condition, a sentence of nine years would almost amount to a "natural life" sentence. It is this court's view that a jail sentence to a person of the appellant's age and condition is much more severe than it would be to a younger S/N dbNyyGNeski9MzKa9YCvlQ person and to a person in better health. Further, taking into consideration the appellant's age and health, the objectives of punishment such as reform and rehabilitation as well as deterrence from committing an offence of similar nature by the appellant are not factors that would feature highly as would a younger person. [31] Closer to home, in the Court of Appeal (Western Australia) case of Gulyas v. State of Southern [2007] WASCA 263 the court, after discussing several cases concerning the effect of imprisonment on accused persons of advanced age, stated as follows: It seems to me that the following broad general principles might be extracted as being ordinarily applicable in a case such as the present: (1) Where moral culpability is reduced by reason of advanced age (which will inevitably mean that the advanced age is coupled with some other factor that is a consequence of it, for example when there is an age-related mental impairment), allowance should be made for that factor. (2) Where there is evidence sufficient to justify the conclusion that circumstances associated with advanced age (for example, continuous ill health, or ill health coupled with physical or mental frailty) will make imprisonment more arduous for the offender than is normal, allowance should be made for this. (3) Account may also be taken of hardship for the offender arising out of his or her knowledge that a lengthy sentence of imprisonment is likely to destroy any reasonable expectation of useful life after release. However, the punishment must still reflect the crime and the seriousness of the offending behaviour may be such that the offender has forfeited the right to any reasonable expectation of useful life after release. (4) Deterrence and denunciation are important even in the case of an offender of advanced age. However, where there are factors associated with age that justify a more lenient sentence, the general public will understand why the sentence is less severe than might otherwise have been the case and the purposes of deterrence and denunciation will still S/N dbNyyGNeski9MzKa9YCvlQ be served. However, if this is to be achieved, the punishment must still reflect the seriousness of the crime. [32] In the same vein, in the English case of R v. Clarke; R v. Cooper - [2017] All ER (D) 67 (Apr), the Court of Appeal stated: Whilst we consider that an offender's diminished life expectancy, his age, health and the prospect of dying in prison are factors legitimately to be taken into account in passing sentence, they have to be balanced against the gravity of the offending, (including the harm done to victims), and the public interest in setting appropriate punishment for very serious crimes. [33] From the above authorities, it can be gathered that advanced age and factors associated with it, most notably health issues, could be taken into consideration as mitigating factors in sentencing an accused. In considering these factors however, the seriousness of the offence must also be reflected in the sentence to be meted out. Accordingly, a balance has to be achieved between these two factors. 116. Mahkamah juga merujuk kepada kes PP v. Ehsan Mohd Rani [2019] 10 MLJ 580; [2019] 6 CLJ 547; [2019] 5 MLRH 211 di mana Mahkamah Tinggi telah mengambil kira keadaan kesihatan OKT dalam menentukan hukuman sewajarnya terhadap OKT seperti berikut: - "Respondent's Deteriorating Health [20] The learned SCJ had taken into account all relevant considerations before coming to the decision. Among others, elements of the respondent's background, respondent's deteriorating health, the respondent's guilty plea, public interest, and other relevant factors were evaluated before arriving at her decision. This court is of the same opinion with the findings made by the learned SCJ in that the health condition of the respondent ought to be given priority over other grounds..." S/N dbNyyGNeski9MzKa9YCvlQ 117. Oleh yang demikian, Mahkamah mendapati walaupun hukuman penjara mungkin diperlukan dalam beberapa kes untuk memastikan keadilan dan keselamatan awam, terutamanya untuk jenayah berat, alternatif yang mengambil kira umur dan keadaan individu warga emas juga harus dipertimbangkan. Alternatif ini boleh menjadi lebih berperikemanusiaan dan kos efektif sementara masih memenuhi matlamat keadilan. 118. Tambahan peguambela OKT telah berhujah bahawa ini adalah kesalahan pertama OKT dan OKT juga telah memberi kerjasama baik kepada polis dan Mahkamah dari awal kes dituduh di Mahkamah pada tahun 2020 sehingga kini. 119. Mahkamah juga mendapati bahawa adalah menjadi undang-undang mantap bahawa hukuman pemenjaraan yang panjang adalah tidak bersesuaian kepada pesalah pertama memandangkan tempoh pemenjaraan yang panjang tidak akan mencapai objektif menginsafkan OKT. 120. Mahkamah dalam hal ini merujuk kepada kes Lisa Christina A/P Balan v. PP [2020] CLJU 349; [2020] 1 LNS 349; [2020] AMEJ 0279; [2020] MLRHU 1002 di mana Mahkamah memutuskan bahawa: - "21. Hukuman denda sepatutnya diberikan keutamaan dalam kes ini. Majistret sewajarnya mengambil kira faktor bahawa OKT/Pemohon merupakan seorang pesalah pertama dan tidak mempunyai apa-apa rekod sabitan lampau sebelum ini dan sepatutnya diberi peluang untuk berubah menjadi seorang manusia yang lebih berguna kepada masyarakat dan keluarganya sendiri. 22. Hukuman penjara adalah tidak sesuai bagi pesalah pertama yang mana suatu tempoh pemenjaraan bukanlah jalan penyelesaian tetapi akan menimbulkan kesan yang berat pada OKT/Pemohon memandangkan dia bukanlah seorang pesalah 'hardcore' yang sering keluar masuk penjara... 26. Pesalah pertama sewajarnya dijauhkan daripada penjara dan bergaul dengan banduan-banduan yang lain yang berlatarbelakang pelbagai S/N dbNyyGNeski9MzKa9YCvlQ kesalahan jenayah yang serius... Seperti mana diputuskan di dalam kes Chan Sit Hoon v. PP [1975] 1 MLJ 261 (muka surat 262) di mana Mahkamah Tinggi telah memutuskan bahawa: '...In all the circumstances of this case, therefore, I was of the view that the sentence of imprisonment imposed on the Appellant was unduly harsh. This was his first offence. Sending him to prison where he would have mixed with other prisoners convicted of all sorts of offences might well have produced an adverse effect on the Appellant and instead of coming out of the prison a better man he might well have developed more criminal and antisocial tendencies. The public interest in case of R v. Ball supra, may best be served if the offender is turned from his criminal ways to honest living. Treating the Appellant leniently in the circumstances of this case and thus giving him a chance to turn away from crime was certainly not against but very much in the public interest...' 121. Selain itu, undang-undang juga adalah mantap bahawa rayuan mitigasi OKT juga perlu dipertimbangkan Mahkamah dengan sewajarnya dan tidak seharusnya diketepikan tanpa pertimbangan. Mahkamah merujuk kepada kes Raja Izzuddin Shah v. Public Prosecutor [1979] 1 MLJ 270; [1978] CLJU 165; [1978] 1 LNS 165; [1978] 1 MLRH 248 di mana Mahkamah memutuskan bahawa: - "In his grounds of judgment, the learned Magistrate seemed to be unduly influenced by the submission of Counsel for the prosecution that the plea in mitigation did not amount to a mitigation at all and therefore rejected all of them. I disagree. No plea in mitigation should be thrown aside lightly but must be examined and considered equally with the facts presented by the prosecution. Both aspects of the case must be considered in their true perspective so as to strike if possible, a true balance in the scale of justice." S/N dbNyyGNeski9MzKa9YCvlQ 122. Dalam kes ini, OKT telah disabitkan dengan kesalahan memberi keterangan palsu di bawah seksyen 193 KK yang memperuntukkan hukuman sebagaimana berikut: Whoever intentionally gives false evidence in any stage of a judicial proceeding, or fabricates false evidence for the purpose of being used in any stage of a judicial proceeding, shall be punished with imprisonment for a term which may extend to seven years, and shall also be liable to fine; and whoever intentionally gives or fabricates false evidence in any other case, shall be punished with imprisonment for a term which may extend to three years, and shall also be liable to fine. 123. Mahkamah juga telah mempertimbangkan bahawa kesalahan yang dilakukan oleh OKT tidak melibatkan keganasan dan kecederaan fizikal. Kesalahan dibawah seksyen 193 KK dikategorikan sebagai satu non – serious offence menurut seksyen 52A KK Oleh yang demikian hukuman berbentuk penjara yang lama adalah tidak sesuai dikenakan terhadap OKT. N. KESIMPULAN 124. Mahkamah merujuk kepada kes Hasmannizam Haron lwn. PP [2020] CLJU 986; [2020] 1 LNS 986; [2020] MLJU 1250: Undang-undang adalah juga mantap di mana tujuan hukuman adalah untuk menyedarkan pesalah dan ianya hendaklah juga bersifat 'reformatory' serta bukannya untuk tujuan menghukum semata-mata. Saya mendapati prinsip penghukuman yang boleh mengembalikan pesalah ke jalan yang betul adalah lebih baik dari menghukum pesalah semata-mata dan seterusnya menjadikan pesalah lebih liar dan ganas apabila keluar ke pangkuan masyarakat kelak... 125. Mahkamah juga merujuk kepada kes Raja Izzuddin Shah v. PP [1978] CLJU 165; [1978] 1 LNS 165; [1979] 1 MLJ 270: S/N dbNyyGNeski9MzKa9YCvlQ Considering all the facts before the court I have come to the conclusion that the public interest is in no way better served by committing the appellant to prison. The primary purpose of punishment is reformatory and it is clear in this case that the appellant has realised the fact that notwithstanding his status he is not above the law. 127. Dalam melaksanakan prinsip-prinsip yang dinyatakan di atas dan setelah mempertimbangkan semua faktor berdasarkan fakta kes ini, maka mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 7 hari dari tarikh sabitan dan denda RM10,000 gagal bayar 12 bulan penjara. Oleh yang demikian, Mahkamah berpendapat bahawa hukuman yang dijatuhkan terhadap OKT adalah memadai dan wajar. 128. Walaubagaimanapun, pihak pembelaan telah membuat permohonan “stay of execution” dan Mahkamah telah membenarkan untuk menangguhkan hukuman dengan jaminan sebanyak RM4000 dengan 1 penjamin sementara rayuan OKT bagi kes ini diselesaikan. Bertarikh pada: 10 July 2024 (ARUNJOTHY M. SELVARAJU) Majistret Mahkamah Majistret Jenayah 3 Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur S/N dbNyyGNeski9MzKa9YCvlQ
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.