As for the questions put to the said witness, the examples given are as follows: Saya katakan kepada kamu itu adalah kenderaan kamu, kereta Vios, betul atau tidak? Tak setuju. 16 Saya katakan kepada kamu, kamu telah letakkan kenderaan tersebut di hadapan Restoran Paragon ini, di kedudukan seperti mana jam 12.07.26? Saya tidak pasti itu kenderaan saya tau tidak. Selepas kamu meletakkan kenderaan tersebut, terdapat 3 orang yang telah keluar daripada kenderaan tersebut? Di bahagian kiri kereta dua orang, dan di sebelah kanan seorang, setuju atau tidak? Setuju. Ketiga-tiga mereka tersebut adalah kamu, pekerja kamu, Ah Wai dan kawan kamu Lee setuju atau tidak? Tak setuju.” (See paragraphs 58-61 at page 1247 Volume 2F of the Appeal Record.) Jadi saya katakan kepada kamu tiga orang yang ada dalam kereta ini dan keluar pada waktu tersebut 17 adalah Ah Wai, kamu dan juga Lee, setuju atau tidak? Tak setuju. Ketiga-tiga mereka ini, kamu masuk ke dalam Restoran Paragon berhadapan dengan tempat kenderaan tersebut diletakkan? Tak setuju. Tujuan kamu pergi ke Restoran Paragon bersama dengan pekerja kamu Ah Wai adalah bagi menemani Ah Wai untuk berjumpa dengan seseorang bagi menyelesaikan hal peribadi mereka berdua, setuju atau tidak? Tak setuju. Semasa kamu berada di meja tersebut bersama dengan dua orang yang saya nyatakan tadi, Alex telah datang ke meja tersebut setelah kamu mengangkat tangan? Tak setuju.” (See paragraphs 63 to 67 at page 1248 Volume 2F of the Appeal Record.) 18