is liable to be committed to prison for failure to pay a fine or debt, 10 the Court may, instead of such sentence or committal, make a Compulsory Attendance Order requiring such person to attend daily at a Centre to be specified in such Order and to undertake compulsory work for a period not exceeding twelve months and for such number of hours each day not exceeding four as may be specified in such Order, 15 and may, for further ensuring due compliance with such Order, require the offender to enter into a bond with or without sureties.” Di dalam proses menggantikan hukuman 3 tahun penjara dengan Perintah Kehadiran Wajib ini, saya telah mengambilkira beberapa faktor 20 termasuklah faktor-faktor yang telah digariskan di bawah subseksyen 1A kepada seksyen 5 terbabit yang berbunyi: “(1A) The Court, when making the Compulsory Attendance Order under subsection (1), shall consider the character of such person, the nature and 25 the seriousness of the offence or the circumstances of such person’s failure to pay, as the case may be, and all the other circumstances of the case.” 30 Pengakuan salah 5 OKT telah menukar pengakuan kepada mengaku bersalah sebaik sahaja pertuduhan dibacakan oleh Juru Bahasa Mahkamah pada tarikh sebutan kali pertama, 8 hari selepas tarikh kejadian. Pengakuan salah OKT ini bukan sahaja menjimatkan masa dan kos semua pihak yang 10 terlibat termasuk pihak pendakwaan dan para saksi-saksi pendakwaan, apa yang paling utama adalah ianya telah menyelamatkan mangsa yang baru mencecah usia 16 tahun dari menghadapi trauma sepanjang tempoh memberikan keterangan di dalam Mahkamah semasa proses perbicaraan berlangsung. 15 Mangsa tidak perlu mengingati dan menceritakan semula di hadapan mahkamah kejadian mengaibkan dan memalukan yang telah berlaku ke atas dirinya apabila kes ditetapkan untuk perbicaraan penuh kelak. Mangsa juga tidak perlu disoal balas dengan pelbagai soalan oleh 20 peguam bela OKT memandangkan dengan pengakuan bersalah OKT ini, tidak ada keperluan untuk mangsa tampil sebagai saksi pendakwaan. Sekiranya perbicaraan penuh berjalan, satu atau dua hari sahaja tidak mencukupi untuk mangsa selesai memberikan keterangan di dalam kes-kes sebegini. Tambahan pula, mangsa merupakan seorang kanak-kanak 25 yang masih kecil. Dengan mengekalkan pengakuan bersalah dari tarikh sebutan kali pertama sehingga ke tarikh fakta dan hukuman, OKT telah menunjukkan penyesalan dan keinsafan di atas perbuatan yang telah dilakukannya dua 30 tahun lepas. Oleh itu, wajarlah satu diskaun sekurang-kurangnya 1/3 daripada jumlah pemenjaraan yang sesuai dijatuhnya terhadap OKT 5 sekiranya kes ini dimuktamadkan secara perbicaraan penuh berdasarkan kepada fakta kes ini seperti mana yang telah diputuskan di dalam otoriti-otoriti kes terdahulu. Yang Arif Hakim Visu Sinnadurai (pada masa itu) dalam kes Public 10 Prosecutor v. Ravindran & Ors [1992] 1 LNS 47 telah memutuskan bahawa: “It is an accepted rule of practice that an accused person should be given credit or discount for pleading guilty. The rationale for this rule is that much public time and money will be spared if an accused 15 admits his guilt, thus avoiding a prolonged and unnecessary trial...” Mahkamah Agung di dalam kes Mohammad Abdullah Ang Swee Kang v Public Prosecutor [1988] 1 MLJ 167 telah memutuskan bahawa bagi Orang Kena Tuduh yang telah mengaku bersalah, diskaun sekitar 20 satu perempat atau satu pertiga wajar dipertimbangkan. Mohamad Azmi SCJ (pada ketika itu) telah memutuskan seperti berikut: “It is generally accepted that the extent of the reduction on account of a plea of guilty would be between one-quarter and one-third of what otherwise would have been the sentence”. 25 Selanjutnya, turut diputuskan bahawa diskaun yang berhak diterima oleh Orang Kena Tuduh bukanlah daripada jumlah maksimum hukuman yang boleh dikenakan ke atasnya. Sebaliknya, ia adalah diskaun daripada hukuman yang akan dijatuhkan oleh Mahkamah ke atas Orang 30 Kena Tuduh tersebut sekiranya Orang Kena Tuduh meminta dibicarakan 5 dan telah didapati bersalah selepas suatu perbicaraan penuh. Ini adalah seperti mana yang diputuskan oleh Cumming-Bruce LJ di dalam kes R v Boyd (1980) 2 Cr App R (S) 234 yang berbunyi: “The policy of the Courts is that where a man does plead guilty, 10 which does give rise to public advantage and avoids the expense and nuisance of a trial, which may sometimes be a long one, the Court encourages pleas of guilty by knocking something off the sentence which would have been imposed if there had not been a plea of guilty. So, one asks oneself, if there had been a plea of 15 guilty, and he had been convicted, what would have been the appropriate sentence? The answer to that is that the appropriate sentence in these circumstances would not have been more than three years. That points to the fact that this sentence was rather on the heavy side, because it did not give sufficient allowance for the 20 plea of guilty.” Dengan berpandukan kepada otoriti kes di atas, saya telah bertanya kepada diri saya sendiri, sekiranya OKT ini tidak mengaku salah dan didapati bersalah selepas suatu perbicaraan penuh, berapakah hukuman 25 yang wajar dijatuhkan ke atasnya. Oleh kerana hukuman maksimum di bawah seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak adalah 20 tahun penjara maka hukuman yang bakal dijatuhkan selepas suatu perbicaraan penuh adalah tidak lebih 10 tahun selepas turut mengambilkira faktor mitigasi lain seperti sabitan 30 pertama dan OKT yang merupakan seorang pesalah muda semasa 5 kejadian. Oleh yang demikian, apabila OKT ini mengaku salah kepada pertuduhan ini, sekurang-kurangnya 1/3 wajar ditolak daripada hukuman 10 tahun tersebut dan saya telah menjatuhkan hukuman 3 tahun penjara 10 ke atas OKT. Selanjutnya, saya telah menggantikan hukuman penjara dengan hukuman berbentuk program pemulihan di luar penjara iaitu Perintah Kehadiran Wajib di bawah seksyen 5(1) Akta Kehadiran Wajib Pesalah- 15 Pesalah (Pindaan) 2022 selepas turut mengambilkira faktor-faktor berikut. Kesalahan pertama Ini merupakan kesalahan pertama OKT memandangkan beliau 20 tidak memiliki rekod sabitan lampau bagi sebarang kes jenayah termasuk kes-kes jenayah bersifat seksual. Tiada sebarang rekod sabitan lalu dikemukakan oleh pihak pendakwaan untuk rujukan mahkamah. Faktor ini telah diberikan pertimbangan di dalam memberikan Perintah Kehadiran Wajib. Dari tarikh kejadian pada 19 Oktober, 2025 sehingga 25 ke hari ini, tidak ada sebarang report lain dibuat terhadap OKT oleh mana-mana mangsa kanak-kanak lain bagi perbuatan amang seksual samada oleh kanak-kanak lelaki atau perempuan. Ini menunjukkan kepada mahkamah bahawa OKT bukanlah orang yang cenderung untuk mengulangi kesalahan yang sama sehingga memerlukan kaunseling di 30 sepanjang tempoh pemenjaraan. OKT juga tidak mempunyai sebarang 5 rekod sebagai seorang paedophile yang merbahaya. Latar belakang OKT/Pesalah muda OKT semasa kejadian berusia 20 tahun dan semasa dijatuhkan 10 hukuman baru mencapai usia 20 tahun 2 bulan. Suatu usia yang muda dan boleh dianggap sebagai pesalah muda semasa kejadian. Seksyen 24 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak tidak membenarkan mahkamah memberikan perintah berkaitan bon berkelakuan baik di bawah seksyen 294 Kanun Prosedur Jenayah bagi 15 seseorang yang telah disabitkan bagi mana-mana kesalahan di bawah Akta ini. Namun, saya berpendapat, mahkamah ini masih mempunyai budibicara untuk menggantikan hukuman penjara tersebut dengan Perintah Kehadiran Wajib di bawah Akta Kehadiran Wajib Pesalah-Pesalah (Pindaan) 2022 kerana tidak ada sebarang peruntukkan di 20 bawah Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang tidak membenarkan mahkamah mengeluarkan perintah sedemikian. Sebelum diikat jamin oleh ibunya, OKT telah ditahan reman selama kurang lebih satu setengah bulan dari tarikh tangkapan 19 Oktober, 2025 25 sehingga 4 Disember, 2025. Tempoh tahanan ini merupakan suatu pengajaran kepada OKT agar tidak lagi mengulangi kesalahan jenayah yang sama di masa akan datang. 30 Kepentingan awam 5 Selanjutnya, di dalam menjatuhkan hukuman ke atas OKT, mahkamah telah mengambilkira faktor kepentingan awam seperti mana yang telah diputuskan di dalam kes R v Ball 35 Cr. App R 164: “In deciding the appropriate sentence, a Court should always be 10 guided by certain considerations. The first and foremost is the public interest. The criminal law is publicly enforced, not only with the object of punishing crime, but also in the hope of preventing it. A proper sentence, passed in public, serves the public interest in two ways. It may deter others who might be tempted to try crime as 15 seeming to offer easy money on the supposition that, if the offender is caught and brought to justice, the punishment will be negligible. Such a sentence may also deter the particular criminal from committing a crime again, or induce him to turn from a criminal to an honest life. The public interest is indeed served, and best served if 20 the offender is induced to turn from criminal ways to honest living. Our law does not, therefore, fix the sentence for a particular crime, but fixes a maximum sentence and leaves it to the court to decide, what is, within that maximum, the appropriate sentence for each criminal in the particular circumstances of each case. Not only in 25 regard to each crime, but in regard to each criminal, the Court has the right and the duty to decide whether to be lenient or severe”. Di dalam menjatuhkan hukuman tersebut, mahkamah sememangnya telah mengambilkira faktor kepentingan awam melebihi 30 kepentingan peribadi OKT. Mahkamah juga turut mengambilkira kekerapan kes-kes jenayah seksual terhadap kanak-kanak di Negeri 5 Selangor Darul Ehsan ini dan adalah diharapkan agar hukuman ini dapat memberikan pengajaran bukan sahaja kepada OKT tetapi juga kepada orang awam di luar sana agar tidak melakukan kesalahan yang sama di masa akan datang. 10 Namun demikian, sebagai seorang pesalah yang baru berusia 20 tahun dan ini merupakan kesalahan pertama OKT, saya mendapati bahawa kepentingan awam lebih terpelihara sekiranya OKT diberikan pemulihan dan rawatan di luar penjara. Ini kerana, adalah amat membimbangkan sekiranya OKT dimasukkan ke dalam penjara bersama- 15 sama para penjenayah lain, keterlanjuran yang telah dilakukan oleh OKT buat pertama kalinya ini tidak mustahil akan menjadi lebih serius dan tidak boleh dirawat lagi. Ketagihan melakukan kesalahan sebegini masih boleh dirawat sekiranya tindakan awal diambil dengan sewajarnya dan bagi tujuan tersebut, peluang kedua wajar diberikan kepada OKT. 20 KESIMPULAN Berdasarkan kepada alasan-alasan yang telah diterangkan di awal tadi, saya berpendapat bahawa menggantikan hukuman 3 tahun penjara 25 dengan Perintah Kehadiran Wajib iaitu hadir setiap hari di Pusat Kehadiran Wajib bagi tempoh 12 bulan dari tarikh perintah selama 4 jam sehari dengan akujanji untuk OKT melakukan kerja-kerja wajib di bawah seksyen 5(1) Akta Kehadiran Wajib Pesalah-Pesalah (Pindaan) 2022 adalah bersesuaian dan berpatutan. 30 BERTARIKH 23 DISEMBER 2025 5 SITI AMINAH BINTI GHAZALI HAKIM MAHKAMAH SESYEN KLANG 10 SELANGOR DARUL EHSAN