Content
DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN RAYUAN SIVIL NO. BA-16A-2-07/2024 ANTARA FUKUYAMA FORWARDING SDN BHD …PERAYU
BA-16A-2-07/2024
High Court of Malaysia18 Aug 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
What the court ordered
Content
DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN RAYUAN SIVIL NO. BA-16A-2-07/2024 ANTARA FUKUYAMA FORWARDING SDN BHD …PERAYU
1
1.
2
MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA …RESPONDEN-RESPONDEN
1
Ini adalah rayuan terhadap keputusan Pengerusi Mahkamah Perusahaan (Pengerusi) bertarikh 27.6.2024 yang memutuskan Responden telah ditamatkan perkhidmatannya secara tidak sah dan mengawadkan back wages untuk tempoh 12 bulan.
2
Dari penelitian keputusan Pengerusi, jelas bahawa beliau berpandukan prinsip undang-undang mantap berkenaan beban pembuktian dan penilaian keterangan lisan saksi kedua pihak.
3
Pengerusi telah mengenalpasti beban pembuktian di pihak Perayu untuk menunjukkan –
i
Responden telah diberi amaran berkenaan prestasi kerjanya yang tidak memuaskan;
II
(ii) Responden telah diberikan peluang untuk membaiki prestasi kerjanya; dan
III
(iii) prestasi kerja Responden masih tidak memuaskan.
4
Beliau mendapati Perayu gagal melepasi beban pembuktian tersebut. Dapatan ini tepat kerana dari penelitian nota keterangan, saksi-saksi Perayu telah mengesahkan tiada sebarang masalah berkenaan prestasi kerja Responden. Oleh yang demikian, Responden tidak diberikan amaran.
5
Berdasarkan keterangan Perayu sendiri, tiada sebarang appraisal dijalankan ke atas Responden untuk tempoh 6 bulan pertama perkhidmatannya. Walaupun dikatakan prestasi kerja Responden tidak memuaskan, Eksekutif Sumber Manusia Perayu tidak dapat memberi keterangan berkenaan apa masalah tersebut yang mewajarkan tempoh percubaannya dilanjutkan.
6
Sebaliknya dari keterangan Responden, dia telah pohon status pengesahan jawatannya tetapi tidak menerima sebarang maklum balas dari Perayu.
7
Pengerusi juga telah meneliti status Responden sebagai pekerja percubaan dan dapatan beliau bersandarkan keputusan Mahkamah Persekutuan. Walaupun Responden seorang pekerja percubaan, dia mempunyai hak-hak yang sama seperti pekerja tetap atau pekerja yang telah disahkan dan perkhidmatan beliau tidak boleh ditamatkan tanpa sebab atau alasan yang munasabah.
8
Setelah meneliti Rekod-Rekod Rayuan, dan hujahan kedua pihak, Mahkamah ini berpuas hati rayuan ini tiada merit.
9
Tiada sebarang justifikasi untuk Mahkamah ini mengganggu atau campurtangan dalam keputusan Pengerusi tersebut. Pada amatan Mahkamah, dakwaan Perayu yang Pengerusi terkhilaf dalam keputusan beliau, tidak berasas.
10
Dalam keadaan ini, Mahkamah menolak rayuan Perayu di
Lampiran
Lampiran 1 dengan kos sebanyak RM 8000.00 tertakluk kepada fi alokatur. Keputusan Pengerusi bertarikh 27.6.2024 dikekalkan. Bertarikh 18 Ogos 2025 ………………………………….. NARKUNAVATHY SUNDARESON HAKIM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM SHAH ALAM Pihak-pihak Bagi pihak Perayu: Siti Rafidah binti Raof, Nurdaridah Irwani binti Suhaimi Tetuan Aswandi Hashim & Co. Bagi pihak Responden-Responden: Auzan Hasanuddin bin Sazali, Ali Izzuddin bin Nor Hasbullah Tetuan Mu’az Aiman Halem Auzan & Associates
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.