Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KOTA BHARU DALAM NEGERI KELANTAN DARUL NAIM, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO. : DA-23NCvC-2-12/2020 ANTARA FULL AGRICULTURE ENTERPRISE SDN BHD (NO. SYARIKAT: 945207-M) … PLAINTIF
DA-23NCvC-2-12/2020
High Court of Malaysia29 Dec 2024
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“majority shareholding at 70% of the entire issue and paid up capital of Bukit Jalil, Bukit Jalil however, is the registered owner of the land, not Ho Hup. It needs to be stressed here that under the National Land Code, unless and until the land is registered in the name of Pioneer Haven, the land remains the property o”
“Rylands v. Fletcher has never been seen as exclusively governing the liability of an occupier of land in respect of injury caused by the excape of a dangerous substance (see, e.g., Carstairs v Taylor [1871] LR 6 EX 217; Ross v. Fedden [1872] LR 7 QB 661; Anderson v. Oppenheimer [1880] 5 QBD 602; Rickards v. Lothian [19”
“seen as exclusively governing the liability of an occupier of land in respect of injury caused by the excape of a dangerous substance (see, e.g., Carstairs v Taylor [1871] LR 6 EX 217; Ross v. Fedden [1872] LR 7 QB 661; Anderson v. Oppenheimer [1880] 5 QBD 602; Rickards v. Lothian [1913] AC 263; Torette House Pty. Ltd”
“njury caused by the excape of a dangerous substance (see, e.g., Carstairs v Taylor [1871] LR 6 EX 217; Ross v. Fedden [1872] LR 7 QB 661; Anderson v. Oppenheimer [1880] 5 QBD 602; Rickards v. Lothian [1913] AC 263; Torette House Pty. Ltd v. Berkman [1940] 62 CLR 637; Hargrave v. Goldman [1963] 110 CLR 40). In that, the”
“lakaan atau kerugian yang akan dialami oleh Plaintif apabila ia boleh dijangka (foreseeable), dan mungkin akan berlaku. Ia berdasarkan kepada prinsip yang diputuskan di dalam kes Donogkue v Stevenson [1932] AC 562/580 [39] Mahkamah Rayuan di dalam kes Kris Angsana Sdn Bhd v Eu Sim Chuan & Anor [2007] 4 CLJ 293 telah me”
“f the premises for damage sustained by a visitor on the premises which were traditionally seen as excluding the application of more general principles (see, e.g., Commissioner for Railways v. Quinlan [1964] AC 1054). The result of the development of the modern law of negligence has been that ordinary negligence has enc”
“will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 37 ➢ Burnie Port Authority v. General Jones PTY. Limited (1994) 120 ALR 42 ➢ Guan Soon Tin Mining Company v. Wong Fook Kum [1968] CLJU 43 ➢ Bonham-Carter v. Hyde Park Hotel Ltd. 64, TLR 177 ➢ Teik Huat Farming Sdn Bhd & Ors v. Megat Ahmad Shahra”
“ahkamah berpegang kepada kes Low Poh Chin (Sebagai Rakan Kongsi “Exel File Enterprise”) v Low Poh Yoike and Anor (Berniaga di atas nama dan gaya syarikat yang dikenali sebagai “Exel File Enterprise”) [2009] MLJU 1086 di mana Mahkamah telah memutuskan dan menerimapakai kes Popular Industries Limited v Eastern Garment Ma”
“court to award such damages. See Selva Kumar Murugiah v. Thiagarajah Retnasamy [1995] 2 CLJ 374; [1995] 1 MLJ 817 (FC); Voo Nyuk Fah & Anor v. Lam Yat Kheong & Anor [2012] 5 CLJ 229; [2012] MLJU 159; [2012] AMEJ 0030 (CA); Popular Industries Ltd v. The Eastern Garment Manufacturing Co Sdn Bhd; [1990] 1 CLJ 133; [1990]”
“e refusal of the court to award such damages. See Selva Kumar Murugiah v. Thiagarajah Retnasamy [1995] 2 CLJ 374; [1995] 1 MLJ 817 (FC); Voo Nyuk Fah & Anor v. Lam Yat Kheong & Anor [2012] 5 CLJ 229; [2012] MLJU 159; [2012] AMEJ 0030 (CA); Popular Industries Ltd v. The Eastern Garment Manufacturing Co Sdn Bhd; [1990] 1”
“a adalah terasing dari SP1 dan sehubungan dengan itu, SP1 lebih berhak membawa tindakan ini. Perhatian Mahkamah dirujuk kepada kes Dato’ Idrus bin Zainol & Anor v Integrated Formation Sdn Bhd & 2 ors [2022] AMEJ 0822. [15] Prinsip berkaitan entiti perundangan sesebuah syarikat telah disentuh oleh Mahkamah Rayuan di dal”
“ada Plaintif berkaitan bantahan Defendan-defendan ini dan merujuk perhatian Mahkamah ini kepada keputusan Hakim Wong Kian Kheong HMR di dalam kes Shilashshree Shirley Gomez v Raymond Shilendran Simon [2024] CLJU 1731 di mana Mahkamah Rayuan merujuk kepada Rules and Rulings of the Bar Council berkaitan keperluan mengemu”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KOTA BHARU DALAM NEGERI KELANTAN DARUL NAIM, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO. : DA-23NCvC-2-12/2020 ANTARA FULL AGRICULTURE ENTERPRISE SDN BHD (NO. SYARIKAT: 945207-M) … PLAINTIF
1
GM AGRO FARM (M) SDN BHD [NO. SYARIKAT: 200601025297 (745051-V)]
2
SLF MEGA AGRIBUSINESS SDN BHD [NO. SYARIKAT: 200201026789 (594452-K)] … DEFENDAN-DEFENDAN 18/03/2025 10:50:01 DA-23NCvC-2-12/2020 Kand. 102 ALASAN PENGHAKIMAN Pendahuluan [1] Kes ini melibatkan satu tuntutan berkaitan pencerobohan ke atas tanah yang dikenali sebagai PT 53547, Mukim Ulu Nenggeri, Jajahan Gua Musang (‘tanah tersebut’) milik Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) yang dikatakan telah disewa oleh Plaintif. Ia juga melibatkan tuntutan balas oleh Defendan-defendan berkaitan halangan yang dilakukan oleh Plaintif ke atas Defendan-defendan untuk memasuki tanah di bahagiannya. [2] Secara amnya, fakta menunjukkan bahawa pihak KADA telah membenarkan kebenaran kepada pihak-pihak yang berminat untuk mengusahakan pertanian di atas tanah tersebut yang kemudian telah dibuat petak-petak. Berdasarkan kepada ukuran sempadan, SP2 telah diserahkan Petak A21 beluas 0.746 ekar dan Petak A43 seluas 13.424 ekar melalui perjanjian bertarikh 14/8/2017 (P88) yang kemudiannya diperbaharui melalui perjanjian bertarikh 30/6/2020 (P10). [3] SP1 melalui syarikat yang ditubuhnya iaitu Plaintif telah mengusahakan penanaman sayur-sayuran secara hydroponik, atas tanah dan di dalam polybag. Antara sayuran yang ditanam adalah Siu Pak Choy dan terung Mutiara. [4] Di petak bersebelahan dengan petak-petak yang diusahakan oleh Plaintif, Defendan Pertama telah diberi kebenaran oleh KADA untuk menggunakannya bagi pertanian sejak 1/3/2015. Ini membawa kepada kerja-kerja pembersihan (clearing), perataan tanah (lavelling) dan penolakan tanah di atas tanah yang diusahakan oleh Defendan Pertama. [5] Kerja-kerja yang dijalankan oleh Defendan Pertama dikatakan telah menyebabkan berlakunya tanah runtuh dan banjir lumpur yang melimpahi tanah yang diusahakan oleh Paintif. Ia menyebabkan kerosakan ke atas sistem saliran kebun Plaintif, peralatan penanaman, rumah hijau, kolam-kolam ikan dan keseluruhan sayur-sayuran yang sedang diusahakan. [6] Ini menyebabkan Plaintif telah meminta kerjasama KADA untuk menyelesaikan isu ini dan notis-notis telah dikeluarkan kepada Defendan Pertama. Ia termasuk tindakan Plaintif yang didakwa oleh Defendan-defendan yang menghalang Defendan Pertama dari masuk dan mengusahakan bahagian tanah yang disewa olehnya. Pendirian Plaintif [7] Plaintif telah mengemukakan seramai 6 orang saksi dan paksi kes Plaintif adalah Plaintif telah mengusahakan tanaman sayur-sayuran di atas tanah tersebut dan menyewa dari KADA sejak
2009
Perjanjian dengan KADA dimeterai pada 14/8/2017 dan diperbaharui pada 30/6/2020. [8] Pada sekitar bulan Mac 2020, Plaintif mendakwa Defendan-defendan melalui para pekerjanya telah melakukan kerja-kerja pembersihan dan meratakan tanah serta kerja penolakan tanah berhampiran dengan kebun sayur Plaintif. Kerja-kerja tersebut telah mengakibatkan berlakunya tanah runtuh dan banjir lumpur yang melimpahi ke kebun sayur Plaintif. [9] Tanah runtuh dan banjir lumpur ini didakwa oleh Plaintif telah menyebabkan berlakunya kerosakan kepada sistem saliran kebun Plaintif, peralatan penanaman, rumah hijau, kolam-kolam ikan dan juga hampir keseluruhan sayur-sayuran yang diusahakan oleh Plaintif. Pendirian Defendan-defendan [10] Manakala bagi Defendan-defendan, hanya seorang saksi dikemukakan dan Defendan-defendan mengakui melakukan kerja-kerja pembersihan serta meratakan tanah namun menegaskan bahawa kerja-kerja tersebut dilakukan di atas tanah milikan Defendan-defendan yang sah. Ia juga telah diberikan hak serta kebenaran oleh KADA melalui surat perjanjian bertarikh 1/3/2015. [11] Di samping itu, Defendan-defendan membangkitkan isu berkaitan sempadan tanah berdasarkan perjanjian bertarikh 1/3/2015. Defendan-defendan mendakwa bahawa bahagian yang diusahakan oleh Plaintif berada di dalam bahagian konsesi yang diberikan KADA kepada Defendan Pertama. Isu-isu yang perlu diputuskan [12] Berdasarkan kepada hujahan-hujahan yang dikemukakan oleh kedua-dua pihak, Mahkamah merumuskan bahawa isu-isu yang perlu diputuskan oleh Mahkamah ini adalah seperti berikut: a) sama ada Plaintif mempunyai kapasiti untuk menyaman Defendan-defendan (Isu awalan); b) sama ada Plaintif membuktikan bahawa Defendan-defendan telah melakukan kerja-kerja di tanah bahagian Defendan Pertama yang telah menyebabkan tanah runtuh dan banjir lumpur (Tuntutan Plaintif). Jika ini dibuktikan, sama ada Plaintif berhak untuk dipampas sepertimana tuntutan (Sama ada Plaintif berhak dipampas); dan c) sama ada Defendan berjaya membuktikan bahawa Plaintif telah menghalang Defendan-defendan dari memasuki tanah di bahagiannya dan jika ia dibuktikan sama ada Defendan-defendan berhak untuk dipampas (Tuntutan balas Defendan). Analisis dan dapatan Mahkamah Isu Awalan [13] Peguam Defendan-defendan telah membawa perhatian Mahkamah ini kepada ekshibit di P10, P12 dan P88, yang menyatakan bahawa perjanjian sewaan tanah ini adalah dibuat di antara penama Chia Wei Ven (SP1) dengan pihak KADA. Oleh itu, priviti di dalam tindakan ini sepatutnya bukanlah pihak Plaintif iaitu Full Agriculture Enterprise Sdn. Bhd. akan tetapi pihak yang sepatutnya mengambil tindakan perundangan ialah SP1 selaku pihak yang berkontrak dengan KADA. [14] Peguam Defendan-defendan menghujahkan Plaintif adalah merupakan sebuah entiti perundangan yang berbeza yang mempunyai kapasiti perundangan tersendiri. Ia adalah terasing dari SP1 dan sehubungan dengan itu, SP1 lebih berhak membawa tindakan ini. Perhatian Mahkamah dirujuk kepada kes Dato’ Idrus bin Zainol & Anor v Integrated Formation Sdn Bhd & 2 ors [2022] AMEJ 0822. [15] Prinsip berkaitan entiti perundangan sesebuah syarikat telah disentuh oleh Mahkamah Rayuan di dalam kes Pioneer Haven Sdn Bhd v. Ho Hup Construction Company Bhd & Anor And Other Appeals [2012] 5 CLJ 16 seperti berikut; “[146] It is of course trite that the cornerstone of company law is that a company is a separate legal entity from its shareholders. As such, a shareholder cannot claim any right to any asset of the company, for it has no legal or equitable interest therein. (See Law Kam Loy & Anor v. Boltex Sdn Bhd & Ors [2005] 3 CLJ 355). [147] As has been made clear, Ho Hup has no right over the said land since it belongs to Bukit Jalil. Ho Hup is also not a contracting party to the JDA. In the absence of these rights, irrespective of whether there are any merits in Ho Hup’s complaints, has Ho Hup the locus standi to seek relief in respect of the said land (including the nullification of the JDA)? [148] In short, is Ho Hup the proper plaintiff in this suit? [149] Even assuming for a moment that the JDA is invalid, in the event of any loss or injury suffered by the contracting company (ie, Bukit Jalil), can Ho Hup step into Bukit Jalil’s shoes and commence this suit against the Directors (of both Ho Hup and Bukit Jalil) and Pioneer Haven, with Bukit Jalil as nominal defendant? [150] Or putting it in another way, has Ho Hup the right to sue in its own right if a loss or injury is suffered by Bukit Jalil? [151] The learned trial judge took the view that it has. This was how His Lordship puts it: ... No doubt the Plaintiff does not have a proprietary right as it is not the registered owner of the Land but any real or even perceived loss suffered or to be suffered by the 1st Defendant will give rise to a cause of action to Plaintiff as it is a majority 70% shareholder of the 1st Defendant. In other words, it is a right limited to its shareholding. [152] Based on the above, the learned trial judge held that Ho Hup had a cause of action in its own right on the ground of a common law personal cause of action based on its shareholding, being a loss in value to its shareholding. [153] With respect we found that the learned trial judge’s finding above to be erroneous. Our reasons are as follows: [154] Firstly, the learned trial judge found that the common law cause of action is based on the damage to its shareholding, in that the loss to Bukit Jalil (due to damage to the land), gives rise to a loss to Ho Hup’s shareholding in Bukit Jalil. In our view, this finding offends the proper plaintiff rule. [155] Thus the question is: Who is the proper plaintiff in a corporate action? [156] Bearing in mind that the company being a legal person is distinct from its members, whose individual identities are substantially merged in the corporate structure, the rights and liabilities arising out of the company’s affairs are channelled through the company. [157] For example, if there are liabilities, the company’s creditors are not able in general to sue the members for the company’s debts. [158] Likewise, as far as rights were concerned, where wrongs were done to the company, in general, the cause of action belonged to the company (ie, Bukit Jalil, in this case) and an individual member (such as Ho Hup), has no standing to enforce it. Moreover, members were in general, bound by the decision of the majority of their number. [159] The above principle embodies the “proper plaintiff rule”, as articulated in Foss v. Harbottle (1843) 2 Hare 461 (ViceChancellor’s Court, England) ie, that the proper plaintiff in a suit for the enforcement of a corporate right, is the company itself. [160] Flowing from this, a member may not sue to enforce a company’s rights (See Prudential Assurance Co. Ltd. v. Newman Industries Ltd (No. 2) [1989] 1 All ER 387, for only the company can do so. The rationale is of course, to prevent a multiplicity of suits brought on by members on behalf of the company. In any case, a company is a separate entity from its members and because of this a member may not sue to enforce a company’s rights. However, a member can do so if it is a wrong not to the company but an injury to a member personally. Say for example, if the member’s rights are infringed, the member may sue for a personal remedy. An example would be where the company is threatening to breach or actually breaches a contract with a member. It would apply where a member is complaining of a tort committed against him by the company. [161] In the instant appeal, whilst there is no doubt that Ho Hup holds the majority shareholding at 70% of the entire issue and paid up capital of Bukit Jalil, Bukit Jalil however, is the registered owner of the land, not Ho Hup. It needs to be stressed here that under the National Land Code, unless and until the land is registered in the name of Pioneer Haven, the land remains the property of Bukit Jalil, who has indefeasible title over the land. This simply means that Ho Hup as a shareholder, cannot sue for loss (if any) suffered by the company (ie, Bukit Jalil). [162] Lord Millet in Johnson v. Gore Wood and Company [2001] 1 All ER 481, sets out the legal position in relation to the cause of action which may be had by any party arising from various breaches of duties against a company or a shareholder or both. [163] His Lordship begun by saying that: ... A company is a legal entity separate and distinct from its shareholders. It has its own assets and liabilities and its own creditors. The company’s property belongs to the company and not to its shareholder. If the company has a cause of action, this represents a legal chose in action which represents part of its assets. Accordingly, where a company suffers loss as a result of an actionable wrong done to it, the cause of action is vested in the company and the company alone can sue. No action lies at the suit of a shareholder suing as such, though exceptionally he may be permitted to bring a derivative action in the name of the company and recover damages on its behalf ... (See Prudential Assurance Co. Ltd. v. Newman Industries Ltd (No. 2) (1982) Ch. 204. [164] Thus if a wrong is done to Bukit Jalil, only Bukit Jalil can utilise that chose in action. No one else could. [165] Lord Millet went on further to say that: ... Where the company suffers loss as a result of wrong to the shareholder but has no cause of action in respect of its loss, the shareholder can sue and recover damages for his own loss, whether of a capital or income nature, measured by the diminution in the value of his shareholding. He must, of course, show that he has an independent cause of action of his own and that he has suffered personal loss caused by the Defendant’s actionable wrong. [166] Thus in our view, it is clear that Ho Hup would, prima facie, have a cause of action if it suffers loss “as a result of an actionable wrong done to it”. In this appeal, where is the actionable wrong done by any of the defendants to Ho Hup? [167] No evidence has been adduced to show that Ho Hup has in any way suffered any kind of loss or that there is a diminution in the value of Ho Hup’s shares in Bukit Jalil. Although we are aware that there is a general averment that the defendants had acted in “reckless disregard to the interests of Ho Hup and Bukit Jalil” at para. 26 of its amended statement of claim, Ho Hup had failed to show in what manner exactly have the defendants acted in that way and what interests actually do Ho Hup have in the land or the JDA. [168] In fact we find no particulars either in the pleadings or evidence which reflect that Ho Hup has a personal cause of action against the defendants in respect of the land and the JDA. [169] One can only surmise that Ho Hup’s commencement of action in its personal right is related to its perceived diminution in value of its shares as a result of the JDA. [170] However this does not entitle Ho Hup this action in its personal right. [171] On this point, this is what Lord Millet had to say: It is of course correct that a diminution in the value of the Plaintiff’s shares was by definition a personal loss and not the company’s loss, but that is not the point. The point is that it merely reflected the diminution of the company’s assets. The test is not whether the company could have made a claim in respect of the loss in question; the question is whether, treating the company and the shareholder as one for this purpose, the shareholder’s loss is franked by that of company. If so, such reflected loss is recoverable by the company and not by the shareholders. (emphasis added). [172] Ho Hup would, prima facie, have a cause of action if it suffers loss as a result of an actionable wrong done to it. [173] We are unable to comprehend as to how Ho Hup had suffered such that it is entitled to commence this suit in its personal right. Even if Ho Hup took the position that the entering into the JDA had caused diminution in the market value of its shares, we are unable to see how this can overcome the corporate impediment, reinforced over and over again, in various authorities, that of the “proper plaintiff rule”. In a well-known passage in Prudential v. Newman (supra), the court observed that: ... But what the shareholder cannot do is to recover damages merely because the company in which he is interested has suffered damages. Its cannot recover a sum equal to be diminution in the market value of his shares, or equal to the likely diminution in dividend, because such a loss is merely a reflection of the loss suffered by the company. The shareholder does not suffer any personal loss. His only loss is through the company, in the diminution of the value of net assets of the company, in which he has (say) a 3 percent shareholding. The Plaintiff’s shares are merely a right of participation in the company on the terms of articles of association. The shares themselves, his right of participation are not directly affected by the wrongdoing. The Plaintiff still holds all the shares as his own absolutely unencumbered property. The deceit practised upon the Plaintiff does not affect the shares; it merely enables the Defendant to rob the company ... [174] In our view, the commencement of this action by Ho Hup in its personal right is tantamount to Ho Hup misappropriating Bukit Jalil’s chose in action, namely, any cause of action which Bukit Jalil has against the defendants” [16] Fakta yang tidak dipertikaikan oleh Plaintif adalah tanah yang diusahakan oleh Plaintif tersebut adalah disewa oleh SP2 daripada KADA dan ini turut disahkan oleh saksi-saksi Plaintif sendiri iaitu SP5 dan SP6. Ini telah dihujahkan oleh Peguam Defendan-defendan sebagai menunjukkan bahawa Plaintif tidak mempunyai sebarang locus standi bagi memulakan tindakan ke atas Defendan-defendan. [17] Mahkamah telah menimbangkan dengan teliti keterangan SP1 dan SP2 dan mendapati bahawa tanah yang diusahakan oleh Plaintif adalah sememangnya tanah yang disewakan KADA kepada SP2 dan terdapat perjanjian-perjanjian yang ditandatangani oleh kedua-dua pihak. Persoalan yang berbangkit adalah apakah hubungan yang terwujud di antara Plaintif dan SP1 maupun SP2. [18] Setakat keterangan yang dikemukakan di Mahkamah, SP2 telah dibuktikan sebagai Pengarah kepada Plaintif yang merupakan sebuah syarikat. Namun tidak pula dibuktikan bahawa Plaintif mempunyai apa-apa hubungan priviti dengan mana-mana SP1 atau SP2 berkaitan tanah tersebut. Mahkamah turut mendapati bahawa tiada apa-apa keterangan yang boleh membuktikan sama ada Plaintif merupakan penyewa ataupun kontraktor atau hubungan lain yang sah di sisi undang-undang dengan SP1 dan SP2. [19] Peguam Plaintif sebaliknya menghujahkan bahawa isu ini tidak dibangkitkan oleh Defendan di dalam pliding Defendan maupun di dalam isu untuk dibicarakan semasa proses Pengurusan Kes dan oleh itu, Defendan adalah dihalang dari membangkitkan isu ini. Peguam membawa perhatian Mahkamah ini ke atas keputusan Mahkamah Persekutuan di dalam kes Chik binti Abdullah v Itam binti Saad [1974] 1 MLJ 221 dan keputusan Mahkamah Agung di dalam kes Yew Wang Leong v Lai Kok Chye [1990] 2 MLJ 152 yang merupakan autoriti utama berkaitan bidangkuasa Mahkamah untuk membicarakan isu-isu yang tidak diplidkan. [20] Namun Mahkamah menegaskan bahawa isu yang dibawa oleh Peguam Defendan ini adalah merupakan isu undang-undang dan ianya tidak perlu diplidkan. Prinsip mantap berkaitan hak seseorang litigan untuk membangkitkan apa-apa isu undang-undang adalah jelas iaitu ia boleh dibangkitkan di peringkat mana sekalipun di dalam sesuatu prosiding. [21] Di dalam kes RE L.Y Swee & Co Ltd; Khoo Leong Kee v L.Y Swee & Co Ltd [1968] 2 MLJ 104, telah diputuskan seperti berikut; “An application to question the authority of counsel to act for a company may be made at any stage in the proceedings, even at the conclusion of the trial.” [22] Manakala di dalam kes Malaysia Land Investment Co (Pte) Ltd V Sathask Realty Sdn Bhd & Ors [2001] 1 MLJ 451, Mahkamah telah menyatakan; “A challenge to authority may be taken at any stage of the proceedings, even at the conclusion of the trial, and that the entry of an unconditional appearance by a defendant would not amount to a waiver of irregularity complained of so as to prevent a challenge to authority being mounted at a later stage of the proceedings………..” [23] Peguam Plaintif turut di dalam hujahannya menghujahkan bahawa tiada sebarang notis diberikan kepada Plaintif berkaitan bantahan Defendan-defendan ini dan merujuk perhatian Mahkamah ini kepada keputusan Hakim Wong Kian Kheong HMR di dalam kes Shilashshree Shirley Gomez v Raymond Shilendran Simon [2024] CLJU 1731 di mana Mahkamah Rayuan merujuk kepada Rules and Rulings of the Bar Council berkaitan keperluan mengemukakan Notis ke atas sebarang bantahan awal yang ingin dibangkitkan. [24] Mahkamah walaubagaimanapun berpandangan bahawa keperluan untuk pihak-pihak berligasi memberi notis ke atas sebarang bantahan awal adalah mantap. Ia telah dipersetujui dan diterima pakai di dalam autoriti-autoriti duluan seperti di dalam kes MKP Builders Sdn Bhd v. PC Geotechnic Sdn Bhd [2021] 8 AMR 174; Malaysia Building Society Bhd v. Univein Sdn Bhd [2002] 2 CLJ 81; Gurbachan Singh v. Seagrott & Campbell (No. 2) [1962] 28 MLJ 370; Jasabena Ssn Bhd v. Beh Heng Poo & Anor. [1985] 1 MLJ 394 dan Datuk Bandar Kuala Lumpur v. Seman bin Amat & 2 Other Cases [1996] 3 CLJ 263. [25] Namun keperluan ini hanya berbangkit jika ia melibatkan satu bantahan awal yang kebiasaannya berbangkit dari satu ketidakpatuhan keperluan prosedur yang bersifat teknikal. Sebagai contohnya jika keperluan masa untuk memfailkan afidavit tidak dipatuhi atau pliding yang tidak mematuhi keperluan Kaedah-kaedah Mahkamah 2012. [26] Di dalam kes di hadapan Mahkamah, ia bukan lagi merupakan satu isu teknikal tetapi satu isu undang-undang yang menyentuh asas kepada tuntutan oleh Plaintif. Ia melibatkan isu locus standi Plaintif di dalam tuntutan ini. [27] Sehubungan itu, Defendan-defendan tidak boleh dihalang dari membangkitkan isu ini kerana selain dari ianya isu undang-undang, ia hanya berbangkit dan diketahui apabila keterangan-keterangan dikemukakan kepada Mahkamah. Ia bukan suatu yang diketahui lebih awal oleh Peguam Defendan-defendan. Sebaliknya Plaintif sepatutnya lebih cakna untuk membuktikan kepada Mahkamah berkaitan haknya untuk menuntut ke atas Defendan-defendan. [28] Mahkamah telah mendengar keterangan dan melihat ekshibit P10, P12 dan P88, dan merumuskan bahawa ianya jelas menyatakan bahawa perjanjian sewaan tanah ini adalah dibuat di antara penama SP2 dengan pihak KADA. Tiada sebarang keterangan yang dikemukakan untuk mengaitkan Plaintif sebagai sebuah entiti perundangan yang bebas dengan SP2 maupun SP1. Sehubungan dengan itu, pihak yang sepatutnya memulakan tindakan ini sepatutnya bukanlah Plaintif tetapi pihak yang sepatutnya adalah SP2 iaitu pihak yang mempunyai kontrak dan hubungan yang sah dengan KADA. [29] Di atas isu ini sahaja, Mahkamah berpandangan bahawa tuntutan Plaintif ini adalah tidak wajar dibenarkan. [30] Namun bagi melengkapkan keseluruhan analisis ke atas kes ini, Mahkamah ke atas keseluruhan kes, Mahkamah akan meneruskan analisis ke atas keseluruhan keterangan bagi menentukan tuntutan utama Plaintif serta tuntutan balas Defendan-defendan. Tuntutan Plaintif [31] Bagi tuntutan utama Plaintif, Mahkamah merekodkan bahawa Defendan-defendan melalui Fakta Kes yang dipersetujui di Kandungan E telah bersetuju dengan jelas seperti berikut: a) Defendan Pertama mengakui telah melakukan kerja-kerja pembersihan dan/atau kerja-kerja meratakan tanah dan/atau kerja-kerja penolakan tanah di kawasan sewaan Defendan Pertama; b) kerja-kerja tersebut yang dilakukan oleh Defendan Kedua di atas arahan Defendan Pertama; c) kawasan kerja-kerja tersebut yang dilakukan oleh Defendan-defendan adalah terletak lebih tinggi dari kawasan kebun Plaintif; d) Defendan Pertama dan Defendan Kedua mempunyai hubungan kontrak; dan e) Defendan Pertama dan KADA mempunyai hubungan kontrak. [32] Berdasarkan persetujuan ini, fakta yang tidak dipertikaikan adalah Defendan-defendan sememangnya menjalankan kerja-kerja tersebut di atas tanah yang diusahakan dan oleh itu, isunya adalah sama ada apabila berlaku tanah runtuh dan banjir lumpur yang melimpahi tanah yang diusahakan oleh Plaintif, maka ianya berpunca dari kerja-kerja tersebut. Beban untuk membuktikannya adalah mantap sepertimana yang diperuntukkan di bawah seksyen 101 Akta Keterangan 1950 (Akta 56) iaitu ianya terletak di bawah tanggungjawab Plaintif. (rujuk; Octville Golf Properties Sdn Bhd v Uniwheels Sdn Bhd (appointed receiver and manager) [2013] 8 MLJ 558). [33] Asas tuntutan Plaintif adalah keseluruhan episod ini berlaku akibat kecuaian dan kegagalan Defendan-defendan mengambil sebarang tindakan bagi mengelak dari berlakunya tanah runtuh dan banjir lumpur yang turun membanjiri kebun sayur Plaintif. Plaintif telah membuktikan bahawa kebun sayur Plaintif adalah berada di bahagian bawah bukit dan kawasan yang dikerjakan oleh Defendan Pertama dan Kedua adalah di bahagian atas bukit yang berhampiran dengan kawasan kebun Plaintif dan fakta ini diakui sendiri oleh SD1. [34] Mahkamah telah meneliti keterangan dan mendapati bahawa sejak awal bulan Mac 2020, Plaintif telah memaklumkan kepada Defendan Kedua supaya menghentikan semua kerja-kerja pembersihan dan juga penolakan tanah namun tidak diambil tindakan oleh Defendan Kedua. Setelah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilonggarkan baharulah Plaintif melalui SP1 membuat laporan polis pada 29/5/2020 berserta mengambil gambar-gambar bagi membuktikan kerosakan-kerosakan yang berlaku. [35] Pada 26/6/2020, Plaintif sekali lagi mendapati kejadian banjir lumpur berlaku di kebun sayurnya dan berlaku kerosakan kepada hasil tanaman, sistem pengairan dan peralatan penanaman kebun sayur Plaintif. Ia menjadi lebih teruk dan bukan sahaja kepada tanaman Plaintif, namun kejadian banjir lumpur tersebut juga telah menenggelamkan kolam ikan Plaintif seluas 80 kaki x 60 kaki. Plaintif sekali lagi membuat laporan polis pada 28/6/2020 berserta mengambil gambar-gambar kerosakan. [36] Walaubagaimanapun, Defendan Pertama dan Kedua masih menjalankan kerja-kerja tersebut sehinggalah berlaku banjir lumpur berikutnya pada 28/8/2020 dan 29/8/2020 yang menyebabkan bukan sahaja telah merosakkan kebun sayur malah merosakkan peralatan penanaman Plaintif. Satu laporan polis pada 24/9/2020 telah dibuat oleh Plaintif berserta mengambil dengan gambar-gambar kerosakan terbaru. [37] Mahkamah merumuskan bahawa Defendan Pertama dan Defendan Kedua sepatutnya dapat menjangka bahawa apa-apa kerja yang dilakukan di kawasan tanah tinggi akan memberi kesan kepada kawasan sekitar yang lebih rendah daripada kawasan yang dikerjakan. Namun pihak Defendan Pertama dan Kedua bukan sahaja tidak mengambil endah ke atas jangkaan tersebut, malahan telah gagal untuk mematuhi penjagaan seperti yang diperuntukkan oleh Jabatan Alam Sekitar yang telah mengarahkan Defendan Pertama melalui surat di P110 untuk menghentikan kerja dengan serta merta. [38] Selanjutnya, Mahkamah berpandangan bahawa sebagai pihak-pihak yang berjiran, Plaintif dan Defendan-defendan perlu mematuhi kerukunan kejiranan. Prinsip undang-undang berkaitan kejiranan adalah mantap iaitu Defendan Pertama dan Kedua bertanggungjawab (liable) dalam kecuaian sekiranya Defendan Pertama dan Kedua menanggung kewajipan disisi undang-undang untuk berjaga-jaga (duty of care) ke atas apa-apa kecelakaan atau kerugian yang akan dialami oleh Plaintif apabila ia boleh dijangka (foreseeable), dan mungkin akan berlaku. Ia berdasarkan kepada prinsip yang diputuskan di dalam kes Donogkue v Stevenson [1932] AC 562/580 [39] Mahkamah Rayuan di dalam kes Kris Angsana Sdn Bhd v Eu Sim Chuan & Anor [2007] 4 CLJ 293 telah menerima pakai kes Donoghue v. Stevenson [supra] berkenaan dengan prinsip kejiranan. [40] Plaintif adalah jiran terdekat Defendan Pertama dan Kedua di mana kawasan kebun Plaintif adalah terletak di bahagian yang lebih rendah daripada kawasan yang dikerjakan oleh Defendan Pertama dan Kedua. Akibat dari aktiviti kerja-kerja pembersihan serta meratakan tanah dan kerja-kerja penolakan tanah yang dilakukan oleh Defendan Pertama dan Kedua tanpa sebarang tindakan pencegahan yang diambil, dari segi pandangan orang yang munasabah, ianya bukan sahaja boleh dijangka tetapi mungkin berlaku. [41] Oleh itu, apabila Defendan-defendan tidak mengambil apa-apa langkah pencegahan bagi mengelak daripada kejadian tanah runtuh dan banjir lumpur berlaku terutamanya di kawasan yang mempunyai cerun tinggi khususnya menghala ke kebun Plaintif, ini secara langsung boleh dirumuskan Defendan-defendan telah melakukan perlanggaran kewajipan untuk menjaga jiran (breach duty of care of the neighbours). [42] Mahkamah berpegang kepada panduan Mahkamah Rayuan di dalam kes Kris Angsana Sdn Bhd (supra) yang telah menyatakan; “[24] We were satisfied that the respondents had established negligence on the part of the appellant, and due to that negligence, the respondents' property had suffered irreparable damages and hence beyond habitation. The appellant had omitted to do something which any reasonable man in that situation would have done to avoid the respondents' sufferings. But the law is such that mere negligence by itself, regardless of the losses suffered by an aggrieved party, will not suffice to pin down a wrongdoer. A wrongdoer is only liable in negligence if he is under a legal duty to take care. That injury to the aggrieved party, or time immemorial referred to as the neighbour, must be foreseeable, and likely to happen. [25] Who then is the neighbour? Lord Atkin in Donoghue v. Stevenson ([1932] AC 562/580) had said the following: The rule that you are to love your neighbour becomes, in law, you must not injure your neighbour; and the lawyer's question, Who is my neighbour? receives a restricted reply. You must take reasonable care to avoid acts or omissions which you can reasonably foresee would be likely to injure your neighbour. Who, then, in law is my neighbour? The answer seems to be - persons who are so closely and directly affected by my act that I ought reasonably to have them in contemplation as being so affected when I am directing my mind to the acts or omissions which are called in question (emphasis added). [26] Needless to say from the set of facts, the respondents were the appellant's physical neighbour, and certainly would have been affected by its actions. Further, from the evidence, the damages befalling the property as a consequence of the acts, in this case, construction activities, without any preventive actions undertaken, from a reasonable man's perspective not only was foreseeable but likely to occur. As per the set of facts before us, only an unreasonable neighbour would care to state that such serious injury to the property was unforeseeable and that it was unlikely to occur.” [43] Peguam Defendan-defendan di dalam hujahnya telah membawa perhatian Mahkamah ini ke atas prinsip di dalam kes Rylands v. Fletcher [1868] 19 LT 220 dan menghujahkan bahawa apa yang berlaku adalah disebabkan kesan semulajadi. Ia berlaku apabila air hujan yang turun secara semula jadi dan turun mengalir ke tempat rendah. Tanpa Plaintif berada di tanah yang lebih tinggi sekali pun, air hujan yang terhasil akibat hujan monsun yang lebat akan tetap mengalir ke bawah. [44] Selain itu, bagi Defendan-defendan, risiko bahaya ini telah pun dikurangkan atau diuruskan sebagaimana dinyatakan di dalam Pelan Kawalan Hakisan dan Kelodak, Jabatan Pengairan Dan Saliran (Erosion Sediment And Control Plan) (ESCP) di ekshibit D89. ESCP ini hanya boleh dilaksanakan oleh Defendan setakat di dalam tanah Defendan-defendan sahaja dan oleh itu Defendan-defendan tidaklah boleh disalahkan jika ada air mengalir turun dari tanah tinggi ke tanah Plaintif yang lebih rendah. [45] Mahkamah walaubagaimanapun berpandangan bahawa prinsip di dalam kes Rylands v. Fletcher (supra) adalah tidak terpakai. Ini kerana tuntutan Plaintif terhadap Defendan-defendan adalah atas dasar kecuaian secara tort (tort of negligence) iaitu sama ada kerja-kerja yang dijalankan oleh Defendan-defendan di kawasan yang lebih tinggi daripada kawasan Plaintif tanpa persediaan penjagaan cerun-cerun mengakibatkan banjir lumpur yang memasuki kawasan kebun Plaintif yang kemudiannya mengakibatkan kerosakan. [46] Kes ini boleh dibezakan dengan kes Rylands v. Fletcher (supra) dan di dalam kes yang diputuskan di Australia iaitu kes Burnie Port Authority v. General Jones PTY. Limited (1994) 120 ALR 42 telah membincangkan perbezaan ini apabila dinyatakan seperti berikut; “The rule in Rylands v. Fletcher has never been seen as exclusively governing the liability of an occupier of land in respect of injury caused by the excape of a dangerous substance (see, e.g., Carstairs v Taylor [1871] LR 6 EX 217; Ross v. Fedden [1872] LR 7 QB 661; Anderson v. Oppenheimer [1880] 5 QBD 602; Rickards v. Lothian [1913] AC 263; Torette House Pty. Ltd v. Berkman [1940] 62 CLR 637; Hargrave v. Goldman [1963] 110 CLR 40). In that, the rule can be contrasted with the old special rules defining the liability of an occupier of the premises for damage sustained by a visitor on the premises which were traditionally seen as excluding the application of more general principles (see, e.g., Commissioner for Railways v. Quinlan [1964] AC 1054). The result of the development of the modern law of negligence has been that ordinary negligence has encompassed and overlain the territory in which the rule in Rylands v. Fletcher operates. Any case in which an owner or occupier brings into premises or collects or keeps a “dangerous substance” in the course of a “non-natural use” of the land will inevitably fall within a category of case in which a relationship of proximity under ordinary negligence principles will exist between owner or occupier and someone whose person or property is at risk of physical injury or damage in the event of the “escape” of the substance. Indeed, so much was made clear in Donoghue v. Stevenson itself where Lord Atkin referred [1932]AC at 595- 596; see also, at 611-612 per Loard Macmillan) to “the cases dealing with duties where the thing is dangerous”, as illustrate” [47] Pendekatan di dalam kes Rylands v. Fletcher (supra) turut ditolak oleh Mahkamah Rayuan di dalam kes Kris Angsana Sdn Bhd (supra) apabila Mahkamah Rayuan menyatakan; “[27]Rylands v. Fletcher [1868] 19 LT 220, for some unknown reason was submitted by counsel for the appellant, in support of its case, an approach which had baffled us. The principle in that case merely states that if a person brings or accumulates on his land anything, which if it should escape may cause damage to his neighbour he does so at his peril. If it does escape and cause damage, he is responsible, however careful he may have been, and whatever precautions he may have taken to prevent the damage. This cause of action therefore imposes an absolute liability on that wrongdoer. To be liable, the wrongdoer must have brought something on to his land likely to cause mischief if it escapes, and which has in fact escaped, and those things happened in the course of some use of the land. [28] In the circumstances of this case we were unable to agree with the submission of the appellant that the principles enunciated in Rylands v. Fletcher were relevant. Nothing was brought onto the appellant's land, which later escaped, in line with the requirements of the latter case, to warrant its advertence, let alone the defence.” [48] Sehubungan dengan itu, secara amnya Mahkamah merumuskan bahawa di atas imbangan keberangkalian, Plaintif telah berjaya membuktikan bahawa Defendan-defendan adalah bertanggungjawab (liable) ke atas kejadian yang berlaku. Sama ada Plaintif berhak dipampas [49] Ini membawa kepada isu yang lebih utama iaitu berkaitan beban Plaintif membuktikan jumlah kerugian yang telah dialami olehnya dan beban itu pada setiap masa adalah terletak di atas tanggungjawab Plaintif. [50] Mahkamah mendapati teras kes Plaintif adalah Plaintif berhak berada di kawasan kebun iaitu di atas tanah milik KADA. Selain itu, SP5 dan SP6 juga telah memberi keterangan bahawa Defendan Pertama tidak lagi berhak berada di atas tanah milik KADA tersebut. [51] Mengenai keluasan kawasan yang musnah, saksi-saksi Plaintif iaitu SP1 dan SP4, telah dihujahkan sebagai memberi keterangan bahawa amalan kebiasaan KADA untuk membuat ukuran kawasan kebun sebelum perjanjian baharu ditandatangani dan fakta ini disokong oleh SP5 dan SP6 yang mengesahkan tujuan pengukuran dibuat sebelum perjanjian adalah untuk mengesahkan keluasan sebenar bahagian yang diusahakan dan jumlah bayaran sewa yang akan dikenakan. [52] SP4 turut memberi keterangan bahawa selepas kejadian, KADA telah menolak keluasan tanah yang rosak sebanyak 3 ekar. Ini terbukti daripada bayaran-bayaran sewa yang dibuat oleh Plaintif telah berkurang dari sebelum ini. Oleh kerana Plaintif telah membayar pada setiap 3 bulan, maka bayaran penuh telah dibuat adalah sebanyak 20 bulan. [53] Plaintif turut mengemukakan bukti-bukti bergambar yang juga disahkan oleh SD5 yang ada semasa beberapa gambar yang dikemukakan tersebut diambil. Kejadian telah disahkan berlaku dan ini tidak dapat disangkal oleh Defendan-defendan. [54] Namun isu utamanya adalah sama ada Plaintif berjaya membuktikan kerugian yang sebenar berlaku. Ini berbangkit apabila Peguam Defendan-defendan menghujahkan bahawa Plaintif sepatutnya mengemukakan keterangan saksi-saksi yang bebas di dalam menilai kerugian sebenar yang dialami oleh Plaintif. Sekadar keterangan SP1, SP2 dan SP4, ia adalah dihujahkan sebagai keterangan saksi-saksi yang memihak dan timbul persoalan sama ada ia boleh dijadikan asas untuk Mahkamah memutuskan kadar gantirugi. [55] Berkaitan pembuktian gantirugi, Mahkamah Persekutuan di dalam kes Guan Soon Tin Mining Company v. Wong Fook Kum [1968] CLJU 43 telah menerima pakai prinsip gantirugi dalam kes Bonham-Carter v. Hyde Park Hotel Ltd. 64, TLR 177 apabila memutuskan sebagaimana berikut; “The respondent, as plaintiff, of course had to discharge the burden of proving both the fact and the amount of damages before he could recover. Where he succeeded in proving neither fact nor amount of damage he must lose the action or, if a right was infringed, he would recover only nominal damages. Where he succeeded in proving the fact of damage, but not its amount, he would again be entitled to an award of nominal damages only. This statement of the law is concisely stated in Mayne & McGregor on Damages (12th Edn.) para.
174
174.For its practical application I would quote Lord Goddard CJ in BonhamCarter v. Hyde Park Hotel Ltd. [1948],64 TLR 177 at 178. Plaintiffs must u nderstand that if they bring actions for damages it is for them to prove their damage; it is not enough to write down the particulars and so to speak, throw them at the head ofthe Court, saying, 'This is what I have lost: I ask you to give me these damages'. They have to prove it." [56] Prinsip ini kemudiannya secara jelas juga telah diterima pakai oleh Mahkamah di Malaysia sepertimana di dalam kes Teik Huat Farming Sdn Bhd & Ors v. Megat Ahmad Shahrani Sdn Bhd & Ors [2015] 9 CLJ 511 apabila Mahkamah Persekutuan menyatakan; “[48] It is trite and settled law that where a plaintiff brings an action for damages, he must prove the actual damages or the reasonable compensation for it in accordance with the settled principles. In order to recover the damages, he has to discharge the burden of proving both the fact of damage and the amount of damage. Any failure to prove such damages will result in the refusal of the court to award such damages. See Selva Kumar Murugiah v. Thiagarajah Retnasamy [1995] 2 CLJ 374; [1995] 1 MLJ 817 (FC); Voo Nyuk Fah & Anor v. Lam Yat Kheong & Anor [2012] 5 CLJ 229; [2012] MLJU 159; [2012] AMEJ 0030 (CA); Popular Industries Ltd v. The Eastern Garment Manufacturing Co Sdn Bhd; [1990] 1 CLJ 133; [1990] 2 CLJ (Rep) 635; [1989] 3 MLJ 360; Guan Soon Tin Mining Co v. Ampang Estate Ltd [1972] 1 LNS 39; [1973] 1 MLJ 25 and Tan Sri Khoo Teck Puat & Anor v. Plenitude Holdings Sdn Bhd [1995] 1 CLJ 15; [1994] 3 MLJ 777; [1995] 1 AMR 41.” [57] Mahkamah berpandangan adalah penting bagi pihak Plaintif untuk membuktikan kerugian di dalam tuntutannya. Oleh itu, pihak Plaintif sewajarnya melantik pihak bebas seperti konsultan bebas untuk menentukan sempadan tanah yang menjadi pertikaian. Hanya konsultan bebas yang dapat mengukur dan mengesahkan keluasan sebenar tanah yang terlibat dan berlaku kerosakan dalam pertikaian supaya tiada kekeliruan mahupun keraguan berkenaan keadaan kebun-kebun tersebut pada masa yang material. [58] Selain itu, saksi bebas dari badan profesional adalah juga perlu bagi menyiasat dan membuat laporan berkenaan punca sebenar dan sejauh mana impak kerosakan yang berlaku. Ketiadaan laporan daripada mana-mana agensi profesional ini menyebabkan terdapat keraguan berkenaan liabiliti sebenar Defendan-defendan ke atas setiap kerosakan yang berlaku. [59] Kegagalan Plaintif mengemukakan saksi bebas dan agensi profesional telah menyebabkan pihak Plaintif gagal membuktikan kepada Mahkamah kerugian sebenar yang berlaku berikutan keluasan sebenar kawasan yang terlibat juga tidak pernah diukur secara profesional. Hal ini menyebabkan timbul keraguan berkenaan had liabiliti Defendan-defendan terhadap fakta kerosakan dan kerugian yang berlaku di tanah Plaintif. [60] Di samping itu, Mahkamah merumuskan bahawa kebergantungan Plaintif ke atas keterangan SP5 dan SP6 juga tidak membantu kes Plaintif untuk membuktikan keadaan dan nilai kerugian sebenar yang berlaku. Ini kerana kedua-dua mereka hanya merupakan pegawai dari KADA dan tidak dapat mengesahkan jumlah kerugian Plaintif. [61] Mahkamah mendapati bahawa KADA tidak pernah melantik sama ada penilai bebas atau konsultan bebas atau jurukur mahupun jurutera bagi menyiasat secara menyeluruh dan terperinci. Dengan kata yang lain, tiada mana-mana pihak dilantik dalam kes ini untuk membuat penilaian yang tepat dan adil bagi membuktikan liabiliti Defendan-defendan terhadap kerosakan yang berlaku. [62] Ini sekaligus menjejaskan beban Plaintif untuk membuktikan jumlah kerugian sebenar yang dialaminya. Di dalam kes Popular Industries Ltd. v. The Eastern Garment Manufacturing Co. Sdn. Bhd. [1990] 2 CLJ (Rep) 635 telah ditekankan kepentingan untuk membuktikan nilai kerugian walaupun fakta kerosakan telah dibuktikan sebelum Mahkamah dapat memberikan award gantirugi. Mahkamah menyatakan; “It is axiomatic that a plaintiff seeking substantial damages has the burden of proving both the fact and the amount of damages before he can recover. If he proves neither, the action will fail or he may be awarded only nominal damages upon proof of the contravention of a right.” [63] Sehubungan dengan itu, Mahkamah memutuskan bahawa bahawa secara imbangan keberangkaliannya, tidak terdapat keterangan yang kukuh untuk membuktikan nilai yang sah dan tepat berkaitan kerosakan yang berlaku di tanah Plaintif. Ini menyebabkan tuntutan jumlah gantirugi ini perlu ditolak oleh Mahkamah. Keterangan SP4 semata-mata adalah tidak cukup dan tidak wajar diterima oleh Mahkamah sebagai asas perkiraan gantirugi. Tuntutan balas Defendan [64] Berkaitan tuntutan balas Defendan, Mahkamah mendapati bahawa Defendan-defendan hanya mengemukakan keterangan lisan melalui SD1 sahaja. Tiada sebarang keterangan dokumen dikemukakan untuk membuktikan tuntutan balas Defendan- defendan. Mahkamah berpegang kepada kes Low Poh Chin (Sebagai Rakan Kongsi “Exel File Enterprise”) v Low Poh Yoike and Anor (Berniaga di atas nama dan gaya syarikat yang dikenali sebagai “Exel File Enterprise”) [2009] MLJU 1086 di mana Mahkamah telah memutuskan dan menerimapakai kes Popular Industries Limited v Eastern Garment Manufacturing Sdn Bhd [1989] 3 MLJ 360 yang jelas memperuntukkan bahawa keterangan lisan berdasarkan dokumen yang tidak dikemukakan sebagai bukti adalah tidak patut diterima pakai. [65] Selain itu, Mahkamah turut bersetuju dengan Peguam Plaintif bahawa kegagalan Defendan-defendan untuk mengemukakan Tan Phooi Lian yang merupakan Pengarah Defendan Kedua serta Ekhuan Fathi Abdullah sebagai saksi telah membangkitkan andaian bertentangan di bawah misalan (g) seksyen 114 Akta Keterangan (Akta 56). (rujuk; Takako Sakao (f) v Ng Pek Yuen & anor [2009] 6 MLJ 751). [66] Oleh yang demikian, Mahkamah memutuskan bahawa berdasarkan kepada keterangan-keterangan yang dikemukakan, Defendan-defendan telah gagal membuktikan tuntutan balasnya. Kesimpulan [67] Berdasarkan analisis-analisis ini, Mahkamah memutuskan bahawa selain daripada Plaintif tidak mempunyai locus standi, Plaintif turut gagal membuktikan tuntutannya. Di dalam masa yang sama Defendan-defendan juga gagal membuktikan tuntutan balasnya. Sehubungan dengan itu, kedua-dua tuntutan adalah ditolak tanpa kos. Bertarikh : 18hb. Mac, 2025 (DATUK MOHAMAD ABAZAFREE BIN MOHD ABBAS) Hakim Mahkamah Tinggi Malaya Pihak-Pihak: Bagi Pihak Plaintif : Nor Hayati binti Mohd Nawi Tetuan Nor Hayati & Co. Peguambela & Peguamcara Lot 833, Tingkat 1 Jalan Sri Cemerlang Seksyen 27 15300 Kota Bharu Kelantan Darul Naim Bagi Pihak Defendan : Hisham bin Fauzi Rusilawati binti Zakaria @ Ismail Tetuan Hisham Fauzi & Associates Peguambela & Peguamcara Tingkat 2, Bangunan Kompleks Niaga Lembaga Tabung Haji Jalan Dato’ Pati 15000 Kota Bharu Kelantan Darul Naim Tarikh Bicara : 17hb. Oktober 2024 Tarikh Keputusan : 29hb. Disember, 2024 Perundangan Yang Dirujuk: ➢ Akta Keterangan 1950 (Akta 56) Kes-Kes Yang Dirujuk: ➢ Dato’ Idrus bin Zainol & Anor v Integrated Formation Sdn Bhd & 2 ors [2022] AMEJ 0822 ➢ Pioneer Haven Sdn Bhd v. Ho Hup Construction Company Bhd & Anor And Other Appeals [2012] 5 CLJ 16 ➢ Chik binti Abdullah v Itam binti Saad [1974] 1 MLJ 221 ➢ Yew Wang Leong v Lai Kok Chye [1990] 2 MLJ 152 ➢ RE L.Y Swee & Co Ltd; Khoo Leong Kee v L.Y Swee & Co Ltd [1968] 2 MLJ 104 ➢ Malaysia Land Investment Co (Pte) Ltd V Sathask Realty Sdn Bhd & Ors [2001] 1 MLJ 451 ➢ Shilashshree Shirley Gomez v Raymond Shilendran Simon [2024] CLJU 1731 ➢ MKP Builders Sdn Bhd v. PC Geotechnic Sdn Bhd [2021] 8 AMR 174 ➢ Malaysia Building Society Bhd v. Univein Sdn Bhd [2002] 2 CLJ 81 ➢ Gurbachan Singh v. Seagrott & Campbell (No. 2) [1962] 28 MLJ 370 ➢ Jasabena Ssn Bhd v. Beh Heng Poo & Anor. [1985] 1 MLJ 394 ➢ Datuk Bandar Kuala Lumpur v. Seman bin Amat & 2 Other Cases [1996] 3 CLJ 263 ➢ Octville Golf Properties Sdn Bhd v Uniwheels Sdn Bhd (appointed receiver and manager) [2013] 8 MLJ 558 ➢ Kris Angsana Sdn Bhd v Eu Sim Chuan & Anor [2007] 4 CLJ 293 ➢ Donoghue v. Stevenson [1932] AC 562/580 ➢ Rylands v. Fletcher [1868] 19 LT 220 ➢ Burnie Port Authority v. General Jones PTY. Limited (1994) 120 ALR 42 ➢ Guan Soon Tin Mining Company v. Wong Fook Kum [1968] CLJU 43 ➢ Bonham-Carter v. Hyde Park Hotel Ltd. 64, TLR 177 ➢ Teik Huat Farming Sdn Bhd & Ors v. Megat Ahmad Shahrani Sdn Bhd & Ors [2015] 9 CLJ 511 ➢ Popular Industries Ltd. v. The Eastern Garment Manufacturing Co. Sdn. Bhd. [1990] 2 CLJ (Rep) 635 ➢ Low Poh Chin (Sebagai Rakan Kongsi “Exel File Enterprise”) v Low Poh Yoike and Anor (Berniaga di atas nama dan gaya syarikat yang dikenali sebagai “Exel File Enterprise”) [2009] MLJU 1086 ➢ Popular Industries Limited v Eastern Garment Manufacturing Sdn Bhd [1989] 3 MLJ 360 ➢ Takako Sakao (f) v Ng Pek Yuen & anor [2009] 6 MLJ 751
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.