Res judicata Sama ada tindakan Plaintif adalah dihalang oleh Res judicata [44] Terdapat keterangan melalui afidavit bahawa semasa prosiding pengambilan tanah, atas arahan Pentadbir Tanah, Plaintif telah mengemukakan laporan penilaian oleh penilai bertauliah Azmi & Co. Di bawah perenggan 14.3 laporan telah mengemukakan penilaian ganti rugi kerana kemasukan dan penghunian awal untuk tempoh dua (2) tahun sebelum tarikh pengambilan balik Tanah tersebut iaitu pada 8.10.2017 dinilaikan sebanyak RM3,865,314.00. Pentadbir tanah telah membuat award sebanyak RM10,171,885.50. Berdasarkan afidavit Plaintif, dia mengakui bahawa dia menyedari award Pentadbir Tanah dan tiada rayuan terhadap award tersebut. Laporan penilaian yang dikemukakan semasa penyiasatan, di perenggan 14.3 menyatakan seperti berikut: The aquiring authority has been occupying the subject property much ealier than the acquisition date. We are of the opinion that the land owner should be compensated for the occupancy by the acquiring authority. We would recommend a payment rental for the use of the land for a term of 2 years prior to the acquisition date. Taking the rental at 10% of the capital value (market value) of the subject property we can compute the rental for the occupancy as follows: Rental value per year say 10% of the capital value Thefore the rental per annum = capital value x 10% = RM19,326,570.00 x10% Rental = RM1,932,657.00 perannum or RM161,054.75 permonth Applying this rental to the subject property for 2 years: RM161,054.75 permonthx2 yearsx12=RM3,865,314 [45] Berkaitan sub tajuk laporan di perenggan 14.3 compensation “for injurious affection” hanyalah tajuk semata-mata tetapi bukan injurious affection yang dimaksudkan di bawah Jadual. Tuntutan adalah terhadap bayaran sewa untuk tempoh dua (2) tahun sebelum pemilikan oleh Pentadbir Tanah. [46] Manakala dalam pliding yang difailkan juga meminta ganti rugi untuk tuntutan sewa atau bayaran untuk tempoh yang lebih panjang untuk tiga (3) tahun ke belakang. Kami petik perenggan 19.2 penyata tuntutan seperti berikut: