Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI TEMERLOH DALAM NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR, MALAYSIA GUAMAN NO.: CB-22NCVC-11-05/2022 ANTARA FY TIMBER TRADING SDN BHD (NO. SYARIKAT: CT 0023325-X) … PLAINTIF
CB-22NCvC-11-05/2022
High Court of Malaysia17 Jul 2026
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“ntract’. It is enforceable as if it was embodied in a document with all the attendant solemnity. In order to give it effect, the law will – acting out of necessity (see Liverpool City Council v Irwin [1977] AC 239) – imply terms into the contract for sale in order to make it work. See Rojasara Ramjibhai Dahyabhai v Jan”
“33. Peguam Plaintif yang bijaksana juga telah menukilkan kes Chia Seong Pow v Alexma Corp Sdn Bhd [2026] MLJU 658, [2026] 5 CLJ 185 bagi menyokong hujahan bahawa Mahkamah boleh menguatkuasakan perjanjian yang telah dilakukan walaupun tiada perjanjian bertulis yang ditandatangani oleh kedua-dua pihak. Perhubungan”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI TEMERLOH DALAM NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR, MALAYSIA GUAMAN NO.: CB-22NCVC-11-05/2022 ANTARA FY TIMBER TRADING SDN BHD (NO. SYARIKAT: CT 0023325-X) … PLAINTIF
1
DZS SERVICES SDN BHD
2
CHAN WEI YAW (NO. K/P: 800202-06-5351) (Berniaga di bawah nama dan gaya METRO SAUJAYA TRADING) (NO. PENDAFTARAN: 20153158709 (CT 0034583-x))
3
3.
4
JABATAN PERHUTANAN NEGERI PAHANG … DEFENDAN-DEFENDAN 22/07/2026 12:06:42 CB-22NCvC-11-05/2022 Kand. 91
1
Plaintif melalui tindakan ini memohon supaya Mahkamah membuat deklarasi bahawa perjanjian di antara Plaintif dan Defendan Pertama bagi Kompartment 258 dan 259 Hutan Simpan Bukit Ibam, Mukim Keratong, Rompin, Pahang Darul Makmur adalah sah dan berkuat kuasa. Ini membawa maksud Plaintif adalah pembeli yang sah kawasan tersebut. Plaintif juga memohon diisytiharkan bahawa Plaintif dan wakil Plaintif adalah kontraktor mutlak bagi kawasan pembalakan tersebut.
2
Defendan Pertama di dalam pembelaannya menafikan bahawa Plaintif adalah kontraktor bagi kawasan pengeluaran balak tersebut. Defendan Pertama mengakui bahawa dia adalah pemegang lesen bagi kawasan yang diluluskan di Kompartment 258 dan 259, Hutan Simpan Kekal Bukit Ibam, Mukim Keratong, Daerah Rompin, Pahang Darul Makmur.
3
Defendan Pertama juga menafikan ada menandatangani apa-apa perjanjian dengan Plaintif atau meminta apa-apa bayaran daripada Plaintif berkenaan dengan kawasan pembalakan itu.
4
Sebaliknya, Defendan Pertama menyatakan dia telah mengadakan perjanjian dengan Defendan Kedua pada
17
17.08.2021. Defendan Pertama tidak pernah meletakkan nama Plaintif di dalam lesen mengambil hasil hutan.
5
Defendan Kedua menyatakan melalui firma Metro Saujana Trading telah memperolehi keizinan yang sah dari Defendan Pertama untuk berurusan dengan kayu-kayu balak yang dikeluarkan dari kawasan tersebut melalui perjanjian bertarikh 17.08.2021.
6
Defendan Ketiga dan Defendan Keempat menyatakan tidak mempunyai pengetahuan terhadap urusan di antara pihak-pihak dan hanya mengetahui berkenaan dengan lesen dan kebenaran untuk mengeluarkan kayu-kayu balak.
7
Pada 17.07.2026 Plaintif telah memaklumkan kepada Mahkamah kesudian untuk menarik balik tuntutan terhadap Defendan Ketiga dan Defendan Keempat. Mahkamah ini memerintahkan tindakan terhadap Defendan Ketiga dan Defendan Keempat dibatalkan dengan kos.
8
Saksi Plaintif Kedua (SP 2) di dalam pernyataan saksinya menyatakan dia adalah Pengarah Syarikat Plaintif FY Timber Trading Sdn Bhd. SP 2 menyatakan bahawa satu perjanjian telah ditandatangani pada 28.06.2021 bahawa Shahkeer Azzat bin Zailan sebagai pemegang lesen kawasan pembalakan tersebut telah melantik Plaintif sebagai kontraktor bagi kawasan penebangan hutan simpan kekal tersebut.
9
Defendan Pertama juga dikatakan bersetuju untuk menjual kayu-kayu balak daripada Kompartment 258 dan 259 kepada Plaintif dengan harga RM 300,000.00. Plaintif telahpun menyediakan cek dengan nilai tersebut seperti yang terdapat di Ikatan Dokumen Bersama. Perjanjian jual beli itu terdapat di muka surat 1 hingga 4 Ikatan Dokumen Bahagian D.
10
SP 2 juga menyatakan bahawa Defendan Kedua adalah sebuah firma yang menjalankan perniagaan menjual dan membeli balak, papan dan barang-barang logam. Pada masa yang sama SP 2 juga menyatakan bahawa terdapat perjanjian jual beli tersebut yang disediakan oleh peguam Tetuan Tan Wong & Shukor.
11
SP 2 juga menyatakan bahawa Defendan Kedua telah menceroboh dan mengusahakan kawasan penebangan yang diluluskan. SP 2 juga mendakwa bahawa Defendan Pertama telah mengingkari perjanjian di antara Plaintif dan Defendan Pertama sehingga menyebabkan kerugian ditanggung oleh pihak Plaintif.
12
Semasa keterangan SP 2 memperihalkan perjanjian di antara Plaintif dan Defendan Pertama serta menyatakan bahawa terdapat nama Plaintif di dalam lesen untuk mengeluarkan kayu-kayu balak tersebut yang telah disahkan oleh Jabatan Hutan. Ini dapat dilihat di muka surat 6 hingga 11 Ikatan Dokumen Bersama Bahagian B (KM 34) di mana di dalam dokumen tersebut telah tercatat nama pemegang lesen iaitu Shahkeer Azzat bin Zailan, Kontraktor Leong Foo Yeong iaitu SP 2 dan dicatatkan kepala hutan Tan Ah Fah. Dokumen-dokumen tersebut telah ditandatangani dan disahkan dan diperakukan oleh Pegawai Hutan Renjer Muadzam Shah.
13
Defendan Pertama dalam keterangannya menyatakan Plaintif tidak pernah berurusan dengan Defendan Pertama. Malahan dia tidak mengenali FY Timber Trading sebelum ini. Defendan Pertama berurusan berkenaan dengan Hutan Simpan Kekal Bukit Ibam dengan Syarikat Metro Saujana Trading. Defendan Pertama menyatakan beliau telah diperkenalkan oleh seorang yang bernama Ayong yang menzahirkan minat untuk membeli kayu-kayu balak dari kawasan yang diuruskan oleh Defendan Pertama. Defendan Pertama menyatakan tiada sebarang perjanjian bertulis yang ditandatangani dengan Ayong atau apa-apa pembayaran yang diterima selepas perjumpaan dengan Ayong tersebut.
14
Defendan Pertama juga menyatakan syarikatnya tidak pernah menerima sebarang surat tawaran dari Ayong atau FY Timber Trading. Malahan dia berkali-kali menghubungi seorang penama Raja Ishak untuk mengemaskini mengenai maklumat berkaitan Ayong mengenai pembelian balak-balak tersebut.
15
Defendan Pertama mengesahkan bahawa ada menandatangani akuan pematuhan syarat lesen oleh pemegang lesen dan kontraktor. Ia dilakukan atas desakan Raja Ishak dengan keyakinan bahawa Ayong akan membuat bayaran selepas Defendan Pertama menandatangani dokumen tersebut. Namun demikian Ayong tidak pernah muncul atau membuat pembayaran selepas itu. Defendan Pertama juga tidak menerima sebarang bayaran atau menandatangani apa-apa perjanjian dengan Plaintif.
16
Defendan Pertama juga menyatakan pada 30.04.2021 DZS Services Sdn Bhd telah menghantar surat kepada Pengarah Hutan untuk membuat pembayaran yang sewajarnya yang berkaitan dengan premium balak, premium jaras, deposit, permit jalan, permit matau dan permit kongsi. Pada 30.06.2021 Defendan Pertama telah menghantar surat kepada Pengarah Hutan Negeri untuk menukarkan nama kontraktor kepada namanya Shahkeer Azzat sebagai wakil DZS Services Sdn Bhd.
17
Pada 04.08.2021 Defendan Pertama telah menerima surat kelulusan pertukaran nama kontraktor daripada Pejabat Hutan Negeri Pahang.
18
Seterusnya pada 17.08.2021 Defendan Pertama telah menandatangani perjanjian jual beli dengan Metro Saujana Trading untuk kawasan yang diuruskan oleh Defendan Pertama tersebut.
19
Defendan Pertama menyatakan urusan syarikat dengan Metro Saujana Trading adalah teratur dan perjanjian telah ditandatangani sehingga menyebabkan Defendan Pertama memutuskan untuk meneruskan urusan dengan Saujana Metro Trading bagi kayu-kayu balak di kawasan tersebut.
20
Sementara itu saksi Defendan Kedua Chan Wei Yaw (SD 2) iaitu pemilik syarikat Metro Saujana Trading. Dia mengesahkan bahawa syarikatnya berurusan dengan industri kayu balak dan menjalankan perniagaan sebagai ajen di antara pemegang konsensi balak dengan kilang papan.
21
Pada sekitar tahun 2021 abang kepada SD 2 iaitu Chan Wei Kong telah memberitahunya bahawa terdapat kawasan balak di Bukit Ibam di mana Defendan Pertama mencari pembeli. Abang SD 2 telah mencadangkan agar syarikat SD 2 digunakan untuk membeli kayu-kayu balak tersebut. SD 2 mengesahkan dia tidak pernah berurusan dengan FY Timber Trading Sdn Bhd walaupun mengenali FY Timber Trading Sdn Bhd disebabkan terlibat di dalam industri pembalakan.
22
Apa yang menarik dalam kes ini adalah SD 2 menyatakan bahawa segala urusan berkaitan dengan pembelian dengan syarikat SD 1 adalah dilakukan oleh abangnya iaitu Chan Wei Kong.
23
Chan Wei Kong telah memberi keterangan sebagai saksi Defendan Ketiga (SD 3). Dia telah mengesahkan bahawa ada meminta adiknya menggunakan syarikat Metro Saujana Trading membeli kayu-kayu daripada Defendan Pertama. Peluang tersebut telah diperolehi dengan tawaran yang dibuat oleh seorang kawan bernama Steven Yu. Steven Yu mengetahui berkenaan dengan kawasan yang terlibat serta lesen yang diperolehi untuk tujuan kawasan tersebut. SD 3 bersetuju bahawa pembelian kayu-kayu itu daripada Defendan Pertama dengan harga RM 40,000.00 bagi satu tan metrik.
24
SD 3 mengesahkan dia tidak pernah berbincang dengan lembaga pengarah Defendan Pertama atau berjumpa dengan seorang yang bernama Dato’ Seri Zailan. Sebaliknya semua perbincangan dan urusan dijalankan oleh Steven Yu. SD 3 juga mengesahkan bahawa sepanjang perbincangan tersebut tiada sebarang pemakluman terdapatnya transaksi perniagaan di antara FY Timber Trading Sdn Bhd dan DZS Services Sdn Bhd. SD 3 menegaskan bahawa tiada keperluan untuk Metro Saujana Trading memaklumkan kepada FY Timber Tranding terhadap urus niaga yang melibatkan Defendan Pertama dan Metro Saujana Trading.
25
Yu Woon Wen telah memberikan keterangan sebagai saksi keempat Defendan (SD 4). Semasa perbicaraan dia telah mengesahkan bahawa dia adalah Steven Yu yang merupakan rakan kongsi Defendan Pertama, DZS Services Sdn Bhd. Dia mengesahkan mengenali seorang yang bernama Chan Wei Kong. Dia telah lama mengenali Pengarah DZS Services Sdn Bhd iaitu Dato’ Seri Zailan. Pada sekitar 2021 Dato’ Seri Zailan bersama anaknya Shahkeer Azzat telah meminta SD 4 bantuan kewangan bagi menguruskan kawasan balak di Bukit Ibam. SD 4 telah menjalankan urusan di antara Metro Saujana Trading dengan Defendan Pertama bagi mengusahakan kawasan pembalakan tersebut.
26
Dia juga mengesahkan bahawa tidak pernah terlibat atau mempunyai kaitan dengan Defendan Pertama dalam urusan tersebut. SD 4 menyatakan bahawa sekiranya ada perhubungan di antara Plaintif dan Defendan Pertama ia sudah pasti berada di dalam pengetahuan SD 4 yang sedang menguruskan urusan pembalakan di antara Defendan Pertama dan Defendan Kedua.
27
Penelitian kepada keterangan di dalam kes ini bersama-sama dengan penyata pembelaan, penyataan tuntutan serta hujahan pihak-pihak adalah didapati isu utama dalam kes ini ialah sama ada terdapatnya perhubungan kontraktual di antara Plaintif dan Defendan Pertama.
28
Seterusnya adakah pihak Plaintif telah membuktikan tuntutan terhadap Defendan Kedua seperti yang dinyatakan di dalam penyata tuntutan.
29
Penelitian Mahkamah mendapati bahawa wujudnya perjanjian di antara Plaintif dan Defendan Pertama di dalam Ikatan Dokumen Bersama Bahagian C (KM 35). Di dalam perjanjian tersebut adalah didapati bahawa terdapat tandatangan oleh FY Timber Trading Sdn Bhd yang diwakili oleh Leong Foo Yeong dan Lim Ah Hong. Namun di bahagian tandatangan DZS Services Sdn Bhd iaitu Defendan Pertama tiada tandatangan. Plaintif berhujah bahawa ketiadaan tandatangan tersebut adalah disebabkan terdapatnya terma 3 di dalam perjanjian tersebut yang menyatakan seperti yang berikut: “(3) The Seller agreed to sell the timber and logs in the licensed area to the Purchaser for the amount of RM 300,000.00 (RINGGIT MALAYSIA: THREE HUNDRED THOUSAND only and such amount will be paid by the Purchaser upon signing this agreement. (hereinafter referred to as “the
30
Plaintif juga menyatakan cek RM 300,000.00 atas nama Defendan Pertama telah disediakan seperti di muka surat 5 dokumen yang sama. Cek tersebut bertarikh 23.02.2021. Namun di dalam perjanjian tersebut tidak dinyatakan tarikh perjanjian.
31
Seterusnya peguam Plaintif berhujah bahawa tindakan Plaintif menandatangani dokumen di Jabatan Hutan iaitu dokumen lesen mengambil hasil hutan di muka surat 1 hingga 11 Ikatan Dokumen Bersama B (KM 34) yang meletakkan nama Leong Foo Yong dari syarikat Plaintif menunjukkan terdapat tindakan atau tingkah laku Plaintif yang mengesahkan terdapatnya perjanjian di antara Plaintif dan Defendan Pertama. Pada masa yang sama Mahkamah juga mengambil perhatian kepada keterangan yang menunjukkan bahawa Defendan Pertama telah menulis surat kepada pihak Pejabat Hutan bagi menggantikan nama kontraktor kepada namanya sendiri, Shahkeer Azzat. Pada masa yang sama Mahkamah juga telah dikemukakan dengan perjanjian jual beli kayu-kayu balak di antara Defendan Pertama dan Defendan Kedua.
32
Adalah tidak dapat dinafikan sesuatu perjanjian boleh berlaku secara bertulis dan ditandatangani oleh kedua-dua pihak. Namun demikian Mahkamah juga tidak menafikan bahawa perjanjian lisan boleh mengikat pihak-pihak walaupun tiada perjanjian bertulis. Di samping itu perhubungan di antara pihak-pihak dalam merundingkan terma-terma kontrak boleh menunjukkan bahawa pihak-pihak mempunyai niat untuk memeterai kontrak bagi mengikat pihak-pihak. Ini telah dinyatakan dalam kes Charles Grenier Sdn Bhd v Lau Wing Hong [1996] 3 MLJ 327 seperti yang berikut: “Meaning no disrespect to counsel, we consider the applicable principle to be capable of statement in far simpler terms than he has sought to do. An agreement to make an agreement does not result in a contract. It is for the court in each case to construe the correspondence exchanged between the parties and to say whether that is the result intended by the parties. If the court reaches an opposite conclusion, then there is an enforceable contract. Unless the approach we have stated is adopted, a party to a contract who – after having concluded his bargain – entertains doubts as to the wisdom of the transaction, may be in the unfairly advantageous position to invent all sorts of imaginary terms upon which disagreement may be expressed when the more formal document is being prepared in order to escape from his solemn promise. Businessmen would find the law to be a huge loophole and commerce would come to a virtual standstill.”
33
Peguam Plaintif yang bijaksana juga telah menukilkan kes Chia Seong Pow v Alexma Corp Sdn Bhd [2026] MLJU 658, [2026] 5 CLJ 185 bagi menyokong hujahan bahawa Mahkamah boleh menguatkuasakan perjanjian yang telah dilakukan walaupun tiada perjanjian bertulis yang ditandatangani oleh kedua-dua pihak. Perhubungan di antara pihak-pihak dapat membentuk niat atau menunjukkan niat pihak-pihak untuk terikat dengan terma-terma dalam perjanjian tersebut. Ini dapat dilihat di perenggan 54 hingga 66 seperti yang berikut: “[54] The parties had in fact agreed on all the essential terms in the 2nd draft but clearly and unequivocally agreed to revise the purchase price in the 3rd draft. [55] With the 3rd draft having been finalised and agreed upon, the parties had reached consensus ad idem on the essential elements of a concluded sale and purchase of land agreement. For all intents and purposes, they had struck a bargain recognised in the eyes of the law as a concluded contract. [56] They had agreed on the three Ps: parties, property, and purchase price. The identity of the vendor and the purchaser were not in doubt. The properties had been identified and described with sufficient particularity. The reduced purchase price had been settled and agreed upon. [57] As such, the Defendant cannot rely on Aver Hitam Tin Dredging Malaysia Bhd v Y.C Chin Enterprises Sdn Bhd [1994] 2 MLJ 754 to assert that there was an absence of intention by the parties to be bound. [58] It is to be noted that the LTJ found the Defendant’s solicitors had ostensible authority to bind the Defendant. The LTJ referred to Cheng Han Guan v Perumahan Farlim Penang Sdn Bhd & Ors [1994] 1 CLJ 19 where Edgar Joseph Jr SCJ sitting as a High Court judge explained that agency by estoppel arises when a principal acts in such a manner that a third party is led to believe that another person, the agent, has authority to act on the principal’s behalf. In spite of holding that the Defendant’s solicitors had ostensible authority to bind their client on accepting the reduced purchase price, the LTJ fell into error when he held that the parties had not reached a binding agreement. [59] To recapitulate, on 16 June 2020, the Defendant’s solicitor Frankie Tan had texted his counterpart “Ok proceed” at 15: 34, and his firm Messrs Sonni Pillai & Zarina Din itself had emailed its counterpart on 16 June 2020 at 16:08:- “Please be informed that our client has agreed to the reduction of the purchase price... Therefore the reduced price shall be RM4,102,341.00.” [60] The description of the document/agreement as a draft for each iteration is only an expression of convenience, and does not negate the irrefutable fact that the essential terms had been negotiated, agreed, and reduced into writing in the 3rd draft. [61] A perusal of the WhatsApp messages and emails passing between the parties’ respective solicitors on 16 June 2020 - as narrated earlier - clearly points to a concluded contract. [62] At that point in time, the parties were no longer uncertain as to whether there were terms which still needed to be agreed upon. [63] The 4th and 5th drafts were merely proposals to vary what was already a concluded and binding contract, by splitting the sale of the two lots into one agreement each or by adding an additional purchaser. The Defendant did not respond after having agreed to all material terms, including the reduced purchase price, in the 3rd draft SPA. [64] The factual matrix here is markedly different from that in Kheamhuat Holdings Sdn Bhd v The Indian Association, Penang [2006] 4 MLJ 656. There, among other materially determinative facts, the memorandum of understanding expressly stipulated that there would be no legally binding contract between the parties until the execution of a formal agreement. [65] In the leading case of Charles Grenier Sdn Bhd v Lau Wing Hong [1996] 3 MLJ 327. the Federal Court held that where the essential terms have been agreed and embodied in what be termed an open contract, the parties are bound and need not await the execution of a formal agreement - unless an examination of the correspondence passing between the parties indicates otherwise. [66] It all depends on the facts.”
34
Penelitian kepada fakta kes dalam kes Chia Seong Pow v Alexma Corp Sdn Bhd (supra) tersebut menunjukkan terdapatnya siri perhubungan di antara pihak Plaintif dan Defendan. Ia tertera di perenggan 6 sehingga 27 kes tersebut.
35
Berdasarkan kepada penganalisaan Mahkamah ini kepada fakta di dalam kes tersebut maka pada hemat Mahkamah ini, Mahkamah Rayuan telah membuat dapatan yang sedemikian dalam kes tersebut.
36
Begitu juga dalam kes Charles Grenier Sdn Bhd v Lau Wing Hong (supra) Mahkamah Persekutuan telah meneliti surat-surat di antara pihak-pihak dalam kes tersebut dan merumuskan bahawa berdasarkan surat-surat tersebut terserlah niat pihak-pihak untuk memuktamadkan kontrak tersebut. Ini dapat dilihat seperti berikut: “We have examined the two letters that passed between the parties. We are unable to find that the parties intended that there should be no concluded contract until a formal sale and purchase agreement had been executed by them. On the contrary, we find their objective intention to be travelling in quite the opposite direction. They have identified the parties to the transaction with sufficient clarity. So too the property, the price and the terms they considered essential. Such an agreement is termed as an ‘open contract’. It is enforceable as if it was embodied in a document with all the attendant solemnity. In order to give it effect, the law will – acting out of necessity (see Liverpool City Council v Irwin [1977] AC 239) – imply terms into the contract for sale in order to make it work. See Rojasara Ramjibhai Dahyabhai v Jani Narottamdas Lallubhai [1986] 3 SCC 300, where it was held that there was to be implied in a contract for the sale of land, a covenant on the part of the vendor to do all things necessary to give effect to the agreement.”
37
Ini bermakna penelitian kepada fakta dan keterangan di dalam sesuatu kes adalah penting bagi memutuskan sama ada perjanjian lisan, rundingan pihak-pihak dan tindak tanduk mereka sebelum perjanjian itu dikatakan diwujudkan boleh dirumuskan sebagai niat pihak-pihak untuk memeterai perjanjian yang mengikat kedua-dua belah pihak.
38
Penelitian kepada fakta dan keterangan dalam kes ini menunjukkan bahawa perjanjian tersebut tidak ditandatangani oleh Defendan Pertama. Fakta tersebut tidak dapat dinafikan dalam kes ini. Ini bermakna Mahkamah tidak boleh bersandarkan kepada dokumen perjanjian tersebut bagi mengesahkan niat pihak-pihak untuk memuktamadkan perjanjian tersebut. Di samping itu tiada keterangan yang menunjukkan penghubungan melalui surat atau bentuk komunikasi yang lain antara Plaintif dan Defendan Pertama atau wakilnya yang menunjukkan terdapatnya rundingan terma-terma perjanjian. Adalah tidak dapat dinafikan Plaintif mendakwa terdapatnya rundingan dengan Defendan Pertama yang dinafikan oleh saksi Defendan Pertama. Ini disokong dengan fakta bahawa tiada tandatangan di perjanjian tersebut.
39
Apa yang lebih penting dalam kes ini ialah bayaran RM 300,000.00 seperti yang dipersetujui oleh pihak-pihak tidak disempurnakan oleh Plaintif. Walaupun Mahkamah tidak boleh menolak hakikat bahawa cek RM 300,000.00 itu telah disediakan namun ia tidak pernah diakui terima secara sah oleh Defendan Pertama.
40
Inilah yang menjadi asas kepada hujahan peguam Plaintif bahawa hanya disebabkan bayaran RM 300,000.00 itu belum dapat disempurnakan oleh Plaintif maka Defendan Pertama tidak menandatangani perjanjian bertulis tersebut. Namun begitu hasrat Plaintif dan Defendan Pertama untuk memuktamadkan perjanjian tersebut menurut peguam Plaintif tidak dapat dinafikan.
41
Peguam Plaintif berhujah bahawa kontrak ini adalah unik. Ini adalah disebabkan proses perlaksanaan terma-terma kontrak dibuat lebih dahulu daripada penandatanganan kontrak. Ketiadaan tandatangan Plaintif di dalam perjanjian bertulis tersebut adalah disebabkan Plaintif dikatakan masih belum dapat menjelaskan wang RM 300,000.00 yang dikatakan dipersetujui oleh pihak-pihak.
42
Ini adalah disebabkan berdasarkan tindakan-tindakan yang dibuat oleh pihak Defendan Pertama dengan membuat permohonan yang sewajarnya kepada Pejabat Hutan dan memasukkan nama Plaintif atau wakilnya sebagai kontraktor dalam permohonan tersebut jelas konsisten dengan niat pihak-pihak untuk memuktamadkan perjanjian tersebut.
43
Mahkamah ini mendapati penelitian kepada perjanjian di antara Plaintif dan Defendan Pertama tidak dicatatkan tarikh perjanjian. Sementara sekiranya dilihat kepada permohonan yang dikemukakan oleh pihak Defendan Pertama kepada Pejabat Hutan tertera tarikhnya iaitu 29.03.2021 yang ditandatangani di hadapan Pegawai Hutan Daerah Rompin dan disahkan.
44
Persoalannya ialah adakah permohonan tersebut dibuat selepas perjanjian di antara Plaintif dengan Defendan Pertama atau sebelum daripada perjanjian tersebut dibuat. Ia lebih menarik lagi apabila terdapatnya laporan polis yang dibuat bertarikh 02.11.2021 oleh Plaintif berkenaan dengan kegagalan Shahkeer Azzat dihubungi dan Plaintif menyatakan dia telah ditipu oleh Shahkeer Azzat dari syarikat Defendan Pertama.
45
Begitu juga Mahkamah perlu menimbangkan keterangan yang menunjukkan bahawa Defendan Pertama ada menghubungi Pejabat Hutan untuk mendapatkan kelulusan bagi menukar nama kontraktor. Ia telah diluluskan oleh Pejabat Hutan. Pada masa yang sama Mahkamah juga perlu menimbangkan hujahan yang menyatakan tiada sebarang keterangan yang menunjukkan dengan jelas urus niaga di antara Defendan Pertama dengan Defendan Kedua berkenaan dengan perjanjian pembalakan tersebut.
46
Mahkamah ini berpendapat berdasarkan keterangan yang ada dan kejadian-kejadian yang berlaku selepas daripada perjanjian tersebut tidak dapat menolak fakta bahawa perjanjian tersebut masih belum dimuktamadkan disebabkan oleh dua faktor, iaitu:
a
tandatangan Defendan Pertama (DZS Services) tidak terdapat di dalam perjanjian tersebut.
b
bayaran RM 300,000.00 tidak diserahkan kepada Defendan Pertama.
47
Mahkamah ini berpendapat berdasarkan kepada perkara-perkara tersebut tanpa mengenepikan fakta dan keterangan-keterangan berkenaan dengan urusan di Pejabat Hutan ia masih tidak dapat melunaskan tanggungjawab pihak Plaintif untuk membuktikan bahawa pada tahap perimbangan kebarangkalian bahawa Plaintif dan Defendan Pertama telah menandatangani perjanjian dan berniat untuk memuktamadkan perjanjian tersebut. Ini dapat disokong dengan ketiadaan bayaran RM 300,000.00 seperti yang dipersetujui serta tiada tandatangan di dalam perjanjian tersebut.
48
Pada masa yang sama Mahkamah juga tidak boleh mengenepikan keterangan Plaintif yang menyatakan dia telah cuba menghubungi Shahkeer Azzat bagi pihak Defendan Pertama tetapi gagal. Ini menyokong dakwaan Plaintif bahawa kegagalan untuk memuktamadkan perjanjian tersebut adalah disebabkan keberadaan Defendan Pertama tidak dapat dikesan dan tidak membolehkan pembayaran RM 300,000.00 itu dibuat bagi membolehkan Defendan Pertama menandatangai perjanjian tersebut.
49
Namun apa yang tidak dapat dinafikan ialah perjanjian tersebut masih tidak ditandatangani oleh pihak Defendan Pertama. Mahkamah juga tidak berpuas hati berkenaan keterangan yang menunjukkan daya usaha yang dilakukan untuk mendapatkan Defendan Pertama oleh Plaintif bagi melunaskan bayaran RM 300,000.00 tersebut.
50
Sementara itu berkenaan dengan Defendan Kedua, penelitian kepada penyata tuntutan menunjukkan berkaitan dengan Defendan Pertama tuntutannya ialah seperti yang berikut: “(B) KEINGKARAN DEFENDAN KEDUA
i
Defendan Kedua sedia maklum terdapat persetujuan antara Plaintif dan Defendan Kedua mengenai kos pembalakan yang akan diusahakan oleh Plaintif kelak;
II
(ii) Bahawa kontraktor muktamad telah dilantik dan LESEN MENGAMBIL HASIL HUTAN (NO. LESEN : CR-01-9-21(KP/P(PL) telah ditandatangani dan disempurnakan dengan pihak berkuasa yang berkenaan.
III
(iii) Bahawa Defendan Kedua telah dengan curang, sengaja menceroboh dan mengusahakan kawasan pembalakan tanpa pengetahuan mereka dan niat untuk meneruskan kerja-kerja pembalakan di kawasan tersebut kepada Plaintif;
IV
(iv) Defendan Kedua gagal untuk memaklumkan mengenai kehadiran mereka dan niat untuk meneruskan kerja-kerja pembalakan di kawasan tersebut kepada Plaintif;
v
Bahawa tidak terdapat sebarang Perjanjian antara Plaintif dan Defendan Kedua mahupun persetujuan secara nyata ataupun tersirat daripada Plaintif;”
51
Penelitian kepada keterangan yang dikemukakan tiada sebarang keterangan yang menunjukkan bahawa Defendan Kedua mempunyai pengetahuan mengenai perjanjian di antara Plaintif dan Defendan Pertama. Keterangan juga menunjukkan bahawa Defendan Kedua memasuki perjanjian dengan Defendan Pertama setelah rundingan dijalankan sehingga berakhir dengan perjanjian di antara Defendan Pertama dan Metro Saujana Trading pada 17.08.2021. Dalam perjanjian tersebut terdapat tandatangan Pengarah DZS Services Sdn Bhd dan Metro Saujana Trading. Ia tidak melibatkan Plaintif. Malahan tiada keterangan yang dapat menunjukkan apa-apa hubungan kontraktual di antara Plaintif dan Defendan Kedua bagi boleh dikuatkuasakan di Mahkamah ini.
52
Pada hemat Mahkamah Defendan Kedua semasa menandatanani perjanjian dengan Defendan Pertama mempunyai pengetahuan bahawa Defendan Pertama adalah pemilik lesen dan Defendan Kedua membeli kayu-kayu tersebut dari kawasan yang berkaitan. Ini bermakna Mahkamah ini tidak dapat ditunjukkan terdapatnya tindakan pencerobohan seperti yang dinyatakan di perenggan B penyata tuntutan.
53
Berdasarkan kepada keterangan-keterangan kedua-dua pihak serta hujahan daripada kedua-dua pihak di samping ekshibit-ekshibit yang dikemukakan, Mahkamah ini berpendapat tuntutan Plaintif terhadap Defendan Pertama dan Defendan Kedua adalah ditolak dengan kos. Bertarikh: 22 hb. Julai 2026 (ROSLAN BIN MAT NOR) HAKIM MAHKAMAH TINGGI MALAYA TEMERLOH, PAHANG DARUL MAKMUR Peguam Bagi Pihak Plaintif : Richard Bong dan Ivan Bong Tetuan Bong & Co Temerloh, Pahang Darul Makmur Peguam Bagi Pihak Defendan Pertama : Ahmad Hazrin Abdul Rahman Tetuan Hazrin & Muzamil Kuantan, Pahang Darul Makmur Peguam Bagi Pihak Defendan Kedua : Ahmad Nizam Hamid Tetuan Sazali & Lim Kuantan, Pahang Darul Makmur Peguam Bagi Pihak Defendan Ketiga & Defendan Keempat : Abdul Hafiz Razat Pejabat Penasihat Undang-undang Negeri Pahang Kuantan, Pahang Darul Makmur
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.