(iv) Samada perintah writ distress bertarikh 21.11.2023 dan writ distress bertarikh 28.11.2023 aadalah cacat (“defective”),tidak teratur (“irregular”) dan tidak wajar (“improper”) kerana tuntutan kerana Pemohon mempunyai niat jahat atau tujuan kolateral dengan meletakkan pita kawalan dan notis di premis; [68] Peguam Responden telah berhujah bahawa pihak Pemohon adalah tidak “bona fide” dan Pemohon mempunyai motif tersirat dan tujuan kolateral kerana permohonan writ distress dibuat tanpa notis kepada Responden dan Pemohon telah melekatkan pita kawalan berwarna merah putih berbentuk “x” di pintu utama premis serta menampal banyak Salinan writ distress dengan niat untuk memalukan dan memusnahkan reputasi perniagaan Responden. [69] Peguam Pemohon telah berhujah balas bahawa Pemohon berhak memfailkan permohonan writ distres kerana kegagalan Responden membayar sewa kepada Pemohon dalam tempoh yang lama dan secara berterusan. Pihak Responden tidak boleh menikmati penggunaan premis tersebut dan menikmati kekayaan tidak adil (“unjust enrichment”) dengan melanggar perjanjian sewaan kerana tidak membayar sewa kepada Pemohon.Pemohon hanya melaksanakan 21 | P a g e haknya di bawah perjanjian sewaan tersebut dan Bailif telah menjalankan tugasnya menurut prosedur yang sah. [69] Selain itu,menurut Pemohon, Bailif telah bertindak menampal notis-notis di premis kerana Bailif tidak dapat menyerahkan writ distress, nota penyitaan, inventori dan senarai barang yang disita kepada pengarah Responden yang gagal hadir ke premis tersebut semasa perlaksanaan. Responden telah mengoyakkan notis yang ditampal oleh Bailif. Terdapat repot polis dan rakaman kamera litar tertutup dieksibit RK-5, affidavit jawapan Pemohon (lampiran 14). [70] Berkenaan pita kawalan tersebut, Peguam Responden berhujah bahawa isu pita kawalan yang dipasang di pintu masuk telah dibetulkan. Pita kawalan dan notis tampalan yang banyak telah ditanggalkan seperti yang ditunjukkan di eksibit RK-6, affidavit jawapan Responden (lampiran 4).Jika Pemohon mempunyai niat jahat, sudah tentu Pemohon tidak menaggalkan pita kawalan tersebut. [71] Pada tahap ini, Mahkamah mendapati pita kawalan dan notis tampalan yang banyak berlaku akibat perbuatan Responden yang telah mengoyakkan notis asal yang ditampal oleh Bailif. Pita kawalan dan notis tampalan yang banyak juga telah ditanggalkan. Tiada niat jahat oleh Pemohon atau bailiff telah dibuktikan. [72] Kes Selvarani KV Velusamy v Sundara Raju Kasamoorthie [1999] 6 CLJ 477 [Supra] telah memutuskan: In his submission counsel raised 3 aspects of the execution ofthe writ of distress wrongful and unlawful. Firstly, he contended that there was no service of the Order dated 17-10-1997 on the appellant. The short answer to it is that there is no requirement of law that such an Order has to be served on the appellant. Itwas a process through which the writ of distress was issued, which was addressed to the Bailiff for execution. The entire process was carried out exparte. In my opinion, the element of surprise is expected, because if the Order was made known, the execution might not be fruitful, bearing in mind that under s 5 (3) of the Act arrears of rent might be distrained for only in respect of goods of the tenant that were still on the premises. Such an intention is clear when s 14 of the Act is considered. Here,when the rent of the immediate tenant of such 22 | P a g e superior landlord is in arrears, it shall be lawful for the superior landlord to serve upon any under tenant a notice stating the amount of such arrears of rent, etc. There is a requirement of law here to effectservice on the under tenant, but not the appellant here, as the tenant. Kes Mahkamah Tinggi diatas telah memutuskan bahawa permohonan writ distress ini sememangnya adalah secara “ex parte” atau sebelah pihak tanpa notis kepada pihak Responden kerana dikhuatiri perlaksanaan tidak dapat dijalankan kerana barangan akan dibawa keluar oleh penyewa. Oleh yang demikian, dakwaan Responden bahawa pihak Pemohon mempunyai niat jahat memfailkan permohonan writ distress ini tanpa notis kepadanya adalah tidak berasas. [73] Seterusnya, isu pita kawalan. Mahkamah mendapati pihak Responden telah bertindak mengoyak notis asal yang ditampal oleh bailiff menyebabkan Pemohon meletakkan pita kawalan dan notis tampalan yang banyak. Kemudian, pihak Pemohon telah menanggalkan pita kawalan dan notis tampalan yang banyak tersebut. Pita kawalan dan notis tersebut adalah satu bentuk notifikasi bahawa prosiding perlaksaan writ sedang dijalankan dan barangan telah disita. Ianya tidak menunjukkan satu tindakan niat jahat Pemohon menjatuhkan perniagaan Responden kerana pada masa tersebut sememangnya tindakan perlaksanaan writ distress sedang dilakukan akibat kemungkiran Responden sendiri yang tidak membayar sewaan premis tersebut selama 12 bulan. [74] Kes Selvarani KV Velusamy v Sundara Raju Kasamoorthie [1999] 6 CLJ 477 [Supra] telah memutuskan: “The other 2 aspects of the objection dealt with the seizure of exempted goods and the allegation that the premises were locked up in the course of the execution, thus preventing the rightof entry. Such acts, if proven, are unlawful and the Court certainly cannot condone them. However, they are not basis for setting aside the writ of distress unless the writ itself was defective and that is not the case here. The complaint here is that in theprocess of execution the authority had been exceeded resulting in an unlawful execution. Inasmuch as the writ was concerned there was nothing unlawful. I am of opinion the remedy is by instituting or commencing an action for damages for wrongful distress. .. 23 | P a g e It is certainly the state of the law that in order to succeed in damages, the applicant must prove the presence of malice, as the Chief Justice in CHOP CHYEHIN CHONG held “ the reason being, as stated in the latter case, that there is a judicial determination interposed between the filing of the affidavit on which the writ is issued and the issue of the writ, and the issue of the writ is in consequence of that interposition and therefore persons acting without malice are protected”. [75] Berdasarkan otoriti diatas, Mahkamah ini mendapati tiada “malice” atau niat jahat Pemohon atau bailiff telah dibuktikan oleh Responden. Pita kawalan dan tampalan notis telah diletakkan untuk notifikasi prosiding perlaksaan writ distress dijalankan. Ianya tidak bertujuan untuk memalukan atau menjatuhkan perniagaan Responden. Notis yang ditampal juga adalah notis berkenaan prosiding perlaksanaan writ distress yang dijalankan di premis dan tidak mengandungi apa-apa kenyataan lain untuk menjatuhkan perniagaan Responden. Oleh yang demikian, Mahkamah mendapati pihak Pemohon dan Bailif telah melaksanakan writ distress mengikut prosedur yang sah dan tiada niat jahat dibuktikan oleh Responden. Isu (v) samada perintah writ distress bertarikh 21.11.2023dan writ distress bertarikh 28.11.2023 a adalah cacat (“defective”),tidak teratur (“irregular”) dan tidak wajar (“improper”) kerana tuntutan kerana nilai anggaran harta-harta yang disita adalah terlampau rendah. [76] Pihak Responden telah berhujah bahawa selepas pengiraan dibuat, nilaian sebenar barang-barang konsaimen yang disita oleh Bailif adalah RM348,513.50. Namun begitu, bailiff hanya memberi penilaian sebanyak RM30,000.00.Bailiff sepatutnya mengambil kira nilai pasaran semasa. [77] Pihak Pemohon berhujah balas bahawa nilaian harga yang rendah bukan sebab untuk mengetepikan writ distress kerana ianya tidak melebihi jumlah yang dituntut. Sekiranya Responden tidak berpuas hati dengan nilai barangan yang rendah, Responden boleh membida barangan tersebut pada harga RM348,513.50 kerana akta Distres tidak menghalang mana-mana pihak termasuk tuan punya barangan yang disita. 24 | P a g e [78] Mahkamah ini bersetuju dengan hujahan pihak Pemohon bahawa isu nilaian harga rendah bukan satu sebab untuk writ distress diketepikan. [79] Mahkamah membuat dapatan bahawa tugas Bailif Mahkamah adalah untuk melaksanakan Writ Penyitaan dengan menahan barangan yang dirasakan patut dan ada nilai untuk diteruskan dengan proses jualan melalui lelongan. Barangan yang disita adalah dalam bidangkuasa yang diperuntukkan undang-undang dan Bailif hanya membuat anggaran nilaian yang mana dalam kes ini, anggaran bailif adalah sekitar RM30,000.00. [80] Ini adalah nilaian yang dianggarkan Bailif. Bailif tiada pengetahuan khusus apakah nilai semasa barangan tersebut tetapi pada pandangan Bailif, ia boleh dijual bagi melunaskan tunggakan. Proses seterusnya selepas penyitaan pula (selepas Responden diberi peluang dan tempoh untuk membuat penyelesaian) adalah proses jualan. Jualan akan dilakukan melalui lelongan awam. Harga jualan dan anggaran ini berdasarkan harga lelong dan bukan harga pasaran sebenar. [81] Proses selanjutnya (prosiding jualan melalui lelongan awam) ini belum dapat dipastikan samada akan berjaya dijual atau tidak atau jika berjaya, berapakah hasil jualan? Adakah mencapai jumlah yang dituntut oleh Plaintif atau sebaliknya. [82] Pada akhirnya, jika barangan ini diteruskan dengan lelongan awam, pihak Bailif dengan bantuan Pelelong/Penilai akan membuat lelongan awam berdasarkan penilaian harga sewajarnya. [83] Mahkamah sekali lagi merujuk kepada peruntukan seksyen 7 Distress Act 1951: “Seksyen 7. Waran distress. Suatu waran distress hendaklah dialamatkan kepada bailif, mengarahkannya seterusnya untuk menahan apa-apa harta alih yang dijumpai olehnya di atas premis yang dinamakan dalamnya, atau apa-apa bahagian harta itu sebagaimana dalam pertimbangnya boleh mencukupi, apabila dijual, untuk mendapatkan amaun sewa yang dinyatakan di dalamnya sebagai kena dibayar kepada pemohon itu, bersama-sama dengan apa-apa jumlah sebagaimana boleh kena dibayar kepada pemohon dengan cara kos dan kepada bailiff bagi fi dan perbelanjaannya: 25 | P a g e Dengan syarat bahawa sebelum suatu waran distress dikeluarkan mahkamah boleh memerlukan pemohon itu membayar ke mahkamah secara tunai apa-apa jumlah sebagaimana mahkamah fikirkan perlu untuk menampung fi dan perbelanjaan bailif itu..” [84] Nilaian harga yang rendah dinilai oleh Balif bukanlah satu sebab untuk mengetepikan writ distress. Mahkamah ini bersetuju dengan hujahan Peguam Pemohon bahawa Sekiranya Responden tidak berpuas hati dengan nilai barangan yang rendah, Responden boleh membida barangan tersebut pada harga RM348,513.50 kerana akta Distres tidak menghalang mana-mana pihak termasuk tuan punya barangan yang disita. [85] Oleh demikian, tindakan Bailif untuk menahan dan menyita barangan yang ada dibenarkan undang-undang yang mana beliau fikirkan patut adalah satu tindakan yang betul bagi mendapatkan dan melunaskan jumlah tunggakan terhutang oleh Responden termasuk kos-kos yang perlu. [86] Pihak Responden di dalam tindakan ini tidak pernah sama sekali mempertikaikan bahawa pihak Responden telah memungkiri perjanjian sewaan tersebut yang mana Responden berhutang dengan Pemohon jumlah keseluruhan setakat November 2023 RM551,210.89 dan Pemohon hanya memohon RM251,183.30 bagi 12 bulan berterusan yang tidak dibayar. Walaupun di dalam affidavitnya Responden mengatakan bahawa anggaran jumlah pendapatan jualan perniagaan di premisnya adalah RM5,321.00 sehari atau RM159,630.00 sebulan, tidak dinyatakan apakah usaha pihak Responden untuk membayar dan melunaskan jumlah sewaan yang telah tertunggak dalam tempoh yang begitu lama. [87] Tindakan Responden menggunakan premis tersebut tanpa membayar sewa dan memungkiri perjanjian sewaan untuk tempoh berterusan yang lama ini adalah tidak munasabah dan Responden sedang menikmati kekayaan yang tidak adil (“unjust enrichment”).Oleh yang demikian, niat sebenar Responden untuk berterusan berada di premis tersebut tanpa membayar sewa dan memungkiri perjanjian sewa adalah sepatutnya juga menjadi persoalan. 26 | P a g e KESIMPULAN [88] Berdasarkan kertas kausa, eksibit-eksibit,alasan-alasan, hujahan-hujahan serta otoroti yang dikemukakan diatas,Mahkamah mendapati perintah writ distres bertarikh 21.11.2023 dan writ distres bertarikh 28.11.2023 adalah sah dan teratur. Oleh yang demikian, Mahkamah memutuskan notis permohonan Responden di lampiran 7 adalah ditolak dengan kos RM2,000.00. Bertarikh: 27 Jun 2024 zarifah ................................................ Hakim Mahkamah Sesyen Klang, Selangor