Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KLANG DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN WRIT SAMAN NO.: BL-22NCvC-27-07/2024 ANTARA GAN BEE LING PLAINTIF
BL-22NCvC-27-07/2024
High Court of Malaysia16 Dec 2024
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KLANG DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN WRIT SAMAN NO.: BL-22NCvC-27-07/2024 ANTARA GAN BEE LING PLAINTIF
1
1.
2
GAN BOON SUAM (Dalam kapasiti mereka sebagai wasi (executor) Gan Koay Hua, simati) DEFENDAN-DEFENDAN ALASAN PENGHAKIMAN [LAMPIRAN 9 DAN 22]
Lampiran
LAMPIRAN 9 Permohonan oleh Plaintif menurut Seksyen 19 Akta Probet dan Pentadbiran 1959 dan/atau Aturan 72 kaedah 18 dan kaedah 20 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 dan/ atau bidang kuasa Mahkamah ini menurut Aturan 92 kaedah 4 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 untuk perintah-perintah berikut: 24/01/2025 08:05:36 BL-22NCvC-27-07/2024 Kand. 62 i. Bahawa Encik Augustine a/l T.K James dari Tetuan James & Co, Akauntan-akauntan berkanun dilantik sebagai Pentadbir “Pendete Lite” (“APL”) bagi Harta Pesaka Encik Gan Koy Hua, simati, tanpa memberikan sebarang jaminan dan/atau menyediakan Bon Pentadbiran sementara menunggu penentuan penuh dan muktamad Guaman Sivil Mahkamah Tinggi Klang No. BL-22NCvC-27- 07/2024 (“Guaman 27”). ii. Tujuan lantikan APL adalah untuk memelihara pengurusan harta pesaka simati sehingga penentuan Guaman 27. LAMPIRAN 22 Permohonan oleh Defendan-defendan dan Gan Geok Lin menurut Seksyen 19 Akta Probet dan Pentadbiran 1959 dan/ atau Aturan 72 kaedah 18 dan kaedah 20 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 dan/atau bidang kuasa Mahkamah ini menurut Aturan 92 kaedah 4 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 iaitu diberikan surat kuasa “Pendete Lite” untuk menguruskan harta pesaka Gan Koy Hooi, simati sehingga penentuan penuh dan muktamad Guaman Sivil Mahkamah Tinggi Klang No. BL-22NCvC-27- 07/2024 (“Guaman 27”). A. ALASAN-ALASAN PERMOHONAN [1] Plaintif telah memfailkan Sitasi bertarikh 31.5.2024 melalui Saman Pemula No. BL-32NCvC-86-10/2023 (“selepas ini dirujuk SP 86). Sitasi tersebut telah diserahkan kepada Defendan Pertama pada 18.6.2024 dan kepada Defendan Kedua pada 21.6.2024. Setelah menerima Sitasi ini, maka Defendan-defendan perlu menyerahkan Geran Probet kepada Mahkamah Tinggi Klang. [2] Selepas Sitasi difailkan, maka Plaintif telah memulakan tindakan untuk probet yang dipertikaikan melalui guaman ini. Apa yang dipohon oleh Plaintif melalui guaman ini adalah supaya wasiat bertarikh 1.3.2018 dan Geran Probet bertarikh 15.11.2023 diketepikan. [3] Defendan-defendan yang merupakan orang yang disitasi, enggan menyerahkan Geran Probet bertarikh 15.11.2023 itu kepada Mahkamah. Defendan-defendan mendakwa didalam SP 86 bahawa harta pesaka simati melibatkan banyak hartanah yang memerlukan mereka untuk menguruskan dengan menggunakan Geran Probet tersebut. Plaintif mengakui bahawa harta pesaka simati melibatkan banyak hartanah untuk diuruskan oleh pentadbir pesaka; namun dalam keadaan Geran Probet itu dicabar dan mereka enggan menyerahkan Geran Probet kepada Mahkamah, memprejudiskan Plaintif yang mencabar kesahihan Geran Probet ini. [4] Bagi memastikan urusan pentadbiran hartanah-hartanah didalam harta pesaka simati tidak ada gangguan sementara menunggu pelupusan muktamad guaman ini; maka satu keperluan untuk melantik Pentadbir “Pendente Lite” ( “APL”) untuk melindungi untuk melindungi dan menyediakan pentadbiran sementara bagi harta pesaka Gan Koy Hooi, simati sementara menunggu pelupusan guaman ini. [5] Defendan-defendan termasuk Bakal Pencelah (Gan Hooi Leng) menentang guaman dan permohonan oleh Plaintif untuk pelantikan APL kerana ianya akan menyebabkan harta pesaka simati akan ditadbir oleh pihak ketiga dan akan melibatkan kos yang tidak sepatutnya akibat perlantikan APL. Tindakan Plaintif dalam memfailkan guaman ini akan menyebabkan pembahagian harta pesakan si mati akan berlarutan untuk tempoh yang lama kerana perbicaraan hanya akan bermula pada tahun 2027. [6] Bagi Lampiran 22 pula adalah untuk Defendan-defendan dilantik sebagai APL demi menjaga kepentingan harta pesaka simati dan demi menjimatkan kos pentadbiran yang akan perlu dikeluarkan seandainya pihak ketiga dilantik sebagai APL. Sekiranya Defendan-defendan dilantik sebagai APL dengan kuasa terhad, tiada risiko atau kebimbangan mengenai pelupusan aset-aset harta pusaka seperti didakwa Plaintif. B. KEPUTUSAN MAHKAMAH [7] Defendan-defendan telah memperolehi Geran Probate bertarikh 15.11.2019 bagi mentadbir harta peskan Gan Koy Hooi, simati. Geran Probate ini adalah diperolehi ekoran dari Wasiat simati bertarikh 1.3.2018. [8] Plaintif berniat untuk mencabar kesahihan Wasiat simati dan Geran Probate bertarikh 15.11.2019 yang diperolehi oleh Defendan-defendan. Plaintif telah memfailkan Sitasi bertarikh 31.5.2024 berama dengan Afidavit Menentusah Sitasi yang diikrarkan oleh Gan Bee Ling pada 30.5.2023. Sitasi ini telah diserahkan kepada D1 pada 18.6.2024 dan pada D2 pada 21.6.2024. Selepas Sitasi itu difailkan; Plaintif telah memfailkan guaman ini memohon agar Wasiat bertarikh 1.3.2018 dan Geran Probet bertarikh 15.11.2023 diketepikan. Defendan-defendan telah memasukkan kehadiran dan memfailkan pembelaan melalui peguamcara mereka. [9] Pada 15.8.2024, Mahkamah Tinggi Klang melalui SP 86 telah mengadakan pengurusan kes supaya Defendan-defendan menyerahkan Geran Probet bertarikh 15.11.2023 namun Defendan-defendan enggan berbuat demikian sebaliknya memfailkan affidavit jawapan (2) bertarikh 14.8.2024. Alasan Defendan-defendan enggan menyerahkan Geran Probet pada Mahkamah kerana akan mengganggu urusan pentadbiran melibatkan pesaka simati. [10] Tujuan Plaintif membuat permohonan untuk lantikan APL melalui Lampiran 9 hanyalah bagi memastikan harta pesaka simati dapat diuruskan dengan teratur sementara menunggu pelupusan guaman ini. Lampiran 9 dibantah oleh Defendan-defendan dan bakal-bakal pencelah dan Defendan-defendan telah memfailkan Lampiran 22 untuk Defendan-defendan dilantik sebagai APL. [11] Kebimbangan Plaintif berkenaan pengurusan asset simati adalah apabila menerima emel bertarikh 12.10.2023, dimana Defendan-defendan akan menggunakan sejumlah RM2.2 juta asset harta simati di antara waris-waris yang mereka rasakan layak. [12] Pelantikan APL adalah untuk tujuan megawasi dan memastikan pengurusan estet simati dilakukan dengan adil demi kepentingan semua benefisiari sementara guaman ini diputuskan oleh Mahkamah yang mana guaman ini adalah berkenaan Wasiat bertarikh Wasiat 1.3.2018 dan Geran Probet bertarikh 15.11.2023. Inilah yang diputuskan oleh Mahkamah Rayuan dalam Tan Boon Thien v Tan Poh Lee [2021] 2 MLRA 113: “[59] The principle that is applicable when a court is called upon to exercise its discretion to appoint an administrator pendente lite is whether it has been shown that there is some proper object, some necessity, for making the appointment. See: Mohideen Batcha v Fatimah Bee Alias Batcha Ammal [1941] 1MLRH 11. That burden naturally falls on the 1st respondent as the protagonist of the application (encl 6). [60] There is undoubtedly a spate of litigation and extreme animosity between the parties all arising out of and/or in connection with the impugned Will, the Deed or the PA. Obviously, it will be quite some time before the dust of litigation settles. [61] In the meanwhile, it is clear that there is a need to preserve the assets of the estate (including those assets which are disputed as to their title and/or ownership or rights attached thereto) and such preservation will be pre-eminently be achieved by the appointment of an administration pendente lite. [62] The administrator pendente lite is undoubtedly an officer of the court and is answerable for any omission or misconduct or wrongdoing, but that is a different matter altogether. The administrator is in fact subject to control of the court. If there is basis for contending that the appointee is unsuitable, the relevant party who has an issue is entitled to make the appropriate application and remove the appointee and have him/her replaced with another appointee. [13] Pelantikan APL dari pihak ketiga lebih mengurangkan risiko untuk penyalahgunaan kuasa dalam pengurusan harta pesaka simati kerana selain dia bukan benefisiari, dia adalah pihak yang berkecuali dalam pertikaian melibatkan harta pesaka ini. [14] Bagi Lampiran 22 pula, Defendan-defendan mencadangkan nama mereka dan Gan Geok Leng (bakal pencelah dan juga salah seorang benefisiari). Dalam konteks ini, Mahkamah bersetuju dengan hujjahan peguamcara Plaintif dengan mengikuti keputusan Mahkamah Persekutuan iaitu Tebin Mostapa v Hulba-Danyal Balia & Anor [2020] 7 CLJ 561 dimana dinyatakan: “[20] Apart from the above mentioned, during the pendency of a suit pertaining to the validity of a will, the court may issue Letters of Administration pendente lite particularly where the executor is unable to act, or there is no executor or administrator at all, and the validity of the will or the estate is very much in question. In such circumstances it is absolutely necessary that the administrator be appointed to essentially preserve the assets of the estate, “pending the litigation”, or in Latin, pendente lite. The parties typically agree on a neutral person to be appointed as administrator pendente lite and an court application is made for such order”. [15] Mahkamah tidak melihat apa kegusaran Defendan-defendan seandainya pihak ketiga dilantik sebagai APL kerana dia bukan sahaja tidak mempunyai kepentingan atas aset simati jika dibandingkan dengan Defendan-defendan dan Gan Keok Leng, sebaliknya ianya akan juga melindungi Defendan-defendan dari sebarang tohmahan salah laku dalam mentadbir asset simati seandainya guaman ini memihak kepada Plaintif kelak; jika guaman ini kelak memihak kepada Defendan-defendan, mereka akan keluar bersih dari sebarang tohmahan tidak mengendalikan estet simati dengan baik dan memprejudiskan perjalanan guaman ini. Selain itu Gan Keok Leng didalam afidavitnya menunjukkan bahawa dia seolah-olah menyokong segala tindakan Defendan-defendan dan ini pasti memprejudiskan Plaintif didalam guaman yang dibawanya; lebih-lebih lagi Gan Keok Leng mendakwa Plaintif mempunyai agenda peribadi dan bertindak bukan untuk kepentingan harta pesaka simati [15] Berdasarkan alasan-alasan diatas, Mahkamah membenarkan permohonan Plaintif di Lampiran 9 dan menolak permohonan Defendan-defendan di Lampiran 22 dengan kos sebanyak RM2,000.00 Bertarikh 16 Disember 2024 t.t. (NORLIZA BINTI OTHMAN) HAKIM MAHKAMAH TINGGI MAHKAMAH TINGGI MALAYA KLANG PEGUAM CARA BAGI PIHAK PLAINTIF : Tetuan Yusuf Khan & Fong No. 97B, Jalan Gasing 46000 Petaling Jaya Selangor Darul Ehsan PEGUAM CARA BAGI PIHAK DEFENDAN : Mah Weng Kwai & Associates Level 10-1, Tower B, Menara Prima Jalan PJU 1/39, Dataran Prima 47301 Petaling Jaya Selangor
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.