the Respondent failed to provide supporting evidence for some of its claims; (b) the Respondent has not fully disclosed material facts related to the acquisition and appeal process. Lack of full disclosure can justify a stay of execution. Fakta ringkas kes yang dinyatakan oleh Responden: [5] Dalam afidavit jawapan yang diikrarkan oleh Responden, pegawai tadbir di Jabatan Ketua Pengarah dan Tanah Galian di Selangor, menyatakan − • Ganesan a/l A. Rengan (Pemohon) ialah pemilik tanah hakmilik GRN 19398, Lot 11113, Mukim Klang, Daerah Klang, Negeri Selangor, seluas 19842.2114 meter persegi (“tanah tersebut”). • Secara ringkasnya, tanah tersebut telah dibuat pengambilan dengan keluasan 7565 meter persegi bagi projek pembinaan Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (West Coast Expressway-WCE) yang akan dilaksanakan oleh syarikat konsesi West Coast Expressway Sdn. Bhd. (WCESB). • berdasarkan Saman Pemula dan Afidavit Sokongan Pemohon telah menyatakan ketidakpuasan hati terhadap prosiding pengambilan tanah tersebut dan nilai pampasan. Pemohon menyatakan telah memfailkan rayuan ke Mahkamah Tinggi Shah Alam untuk mencabar proses pengambilan tanah tersebut (Nombor kes (rujukan tanah): BA-15-2-01/2024). • maka, Pemohon telah memfailkan Saman Pemula ini untuk memohon penggantungan pelaksanaan pengambilan tanah tersebut sementara menunggu penyelesaian kes rayuan Pemohon di Mahkamah Tinggi Shah Alam. [6] Peguam cara terpelajar Responden merujuk peruntukan undang-undang dan memetik nas undang-undang kes yang berikut untuk menegaskan bahawa tiada keadaan-keadaan khas yang memerlukan satu perintah penggantungan terhadap pelaksanaan pengambilan tanah tersebut diberikan oleh Mahkamah ini sehingga pendengaran dan pelupusan Rayuan Pemohon tersebut: • Aturan 45 kaedah 11 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 “Matters occurring after judgment: Stay of execution”. • Leong Poh Shee v Ng Kat Chong [1966] 1 MLJ 86. • Syarikat Berpakat v Lim Kai Kok [1983] 1 MLJ 406. • Che Wan Development Sdn Bhd v Co-Operative Central Bank Bhd [1989] 3 MLJ 40. • Lee Kuan Yew v Jeyaretnam JB [1991] 1 MLJ 83. • Ming Ann Holdings Sdn Bhd v Danaharta Urus Sdn Bhd [2003] MLJ 49. • Professional Solutions Sdn Bhd v Pentadbir Tanah Seremban & Anor and another case [2019] 9 MLJ 1. [7] Kuasa yang diperuntukkan kepada Responden bagi pengambilan tanah: Peguam cara terpelajar Responden menghujahkan − “Sebagai sebahagian daripada Pihak Berkuasa Negeri yang terlibat dalam proses pengambilan tanah di Negeri Selangor, Responden diberikan peranan untuk melaksanakan pengambilan tanah demi kepentingan awam dengan pampasan sewajarnya diberikan kepada pemilik tanah berkenaan, sesuai dengan penghakiman Mahkamaah Persekutuan dalam kes S. Kulasingam & Anor v. Commissioner of Lands, Federal Territory & Ors [1982] 1 MLJ 204. Permohonan oleh Pemohon untuk suatu penggantungan pelaksanaan merupakan suatu injunksi/halangan kepada Kerajaan Negeri/Pesuruhjaya Tanah Persekutuan untuk berurusan dengan tanah mereka. Responden menghujahkan bahawa injunction (secara interim/interlocutory atau permanent) tidak boleh diberikan kepada pihak Kerajaan. (seksyen 29 Government Proceedings Act 1956 subseksyen 54(d) Specific Relief Act 1950). Oleh itu, Responden menghujahkan jika Mahkamah yang Mulia ini membenarkan permohonan penggantungan pelaksanaan tersebut, maka ianya adalah tidak selari dengan peruntukan seksyen 29 GPA dan subseksyen 54(d) SRA tersebut yang tidak membenarkan Mahkamah untuk memberikan perintah injunksi kepada pihak Kerajaan/dan anggotanya. Ia juga akan menyebabkan Kerajaan Negeri/Pesuruhjaya Tanah Persekutuan terhalang daripada berurusan dengan tanah mereka sekaligus akan melambatkan projek lebuhraya tersebut. Pihak Responden menghujahkan bahawa tanah tersebut telah diletakhak/vested kepada Pihak Berkuasa Negeri. Hal ini kerana Borang K bagi bahagian Lot 11113 yang telah dibuat pengambilan iaitu keluasan 7565 meter persegi telah diendorskan pada hakmilik pada 29.3.2024. Hal ini telah memberikan kesan bahawa Pemohon dan/atau mana-mana pihak berdaftar ke atas tanah tersebut tidak lagi mempunyai hak dan menurut seksyen 23 Akta Pengambilan Tanah 1960, bahagian tersebut telah diletakhak kepada Pihak Berkuasa Negeri. Oleh itu, tiada apa-apa penangguhan sewajarnya dibenarkan memandangkan proses pengambilan tanah tersebut telah selesai dengan endorsan Borang K pada hakmilik. Memandangkan tanah tersebut telah diletakhak kepada Pihak Berkuasa Negeri, maka pemohon adalah h squatters yang tidak dilindungi oleh undang-undang (rujuk kes Sidek & 461 Ors v The Government of Perak & Ors [1982] 1 MLJ 313). Selanjutnya, Responden menghujahkan bahawa isu yang dibangkitkan oleh Pemohon adalah sesuai untuk dibawa melalui forum judicial review dan bukannya melalui permohonan stay of execution kerana Pemohon dalam Afidavit Tambahannya mendakwa segala prosedur pengambilan tanah adalah tidak teratur seolah-olah mencabar kesahihan prosedur pengambilan tanah tersebut.”. Keputusan Mahkamah pada 10-4-2024 [8] Pada 10-4-2025, Mahkamah ini memutuskan bahawa Saman Pemula (Kandungan 1) adalah ditolak dengan kos sebanyak RM4,000.00 tertakluk kepada fi alokatur dibayar oleh Pemohon masing-masing kepada Responden dan Pencelah Yang Dicadangkan. Dapatan, penilaian dan keputusan Mahkamah [9] Mahkamah ini mendapati bahawa permohonan Pemohon melalui saman pemulanya adalah semata-mata untuk menggantung pelaksanaan pengambilan tanah menurut Akta Pengambilan Tanah 1960 sementara menanti pelupusan rayuan Pemohon (dan pemilik lain yang tidak dinamakan dalam saman pemula ini) mengenai award pampasan yang difailkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam (Kuasa-kuasa Khas). [10] Kes-kes rujukan tanah tersebut yang difailkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam (Kuasa-kuasa Khas) tidak menjejaskan apa-apa prosiding pengambilan tanah yang telah dibuat terhadap tanah yang dinamakan dalam saman pemula ini. Prosiding pengambilan tanah telah selesai berlaku. Hanya yang mengenai pertikaian penentuan isu award pampasan yang boleh terus untuk dibicarakan oleh Mahkamah lain kerana melibatkan isu yang berasingan dan cause of action yang berasingan serta tidak sepatutnya menjejaskan hak Responden (Pihak Berkuasa Negeri/Kerajaan) untuk berurusan dengan hartanah yang telah selesai dibuat pengambilan. Selain itu, milikan tanah juga dianggap telah diambil oleh Pihak Berkuasa Negeri (PBN) setelah Borang K dikeluarkan, maka milikan tanah tersebut telah diambil secara formal oleh PBN selaras dengan seksyen 22 Akta Pengambilan Tanah 1960 [Akta 486].