Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN RAYUAN JENAYAH NO: BA-42JSKS-11-08/2024 ANTARA GAZI SOHAL ...PERAYU [PASSPORT NO: EF0555122] LWN PENDAKWA RAYA ...RESPONDEN ________________________________________________________________________________ (KES DARI MAHKAMAH SESYEN PUTRAJAYA KES NO: FA-62JSK-296-08/2022) ANTARA PENDAKWA RAYA LWN GAZI SOHAL PENDAHULUAN [ 1 ] Ini adalah rayuan Perayu terhadap sabitan dan hukuman pada 19.07.2024 oleh Hakim di Mahkamah Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak Di Putrajaya (“HMS”) di bawah Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 (“AKSTK 2017”) yang telah menjatuhkan hukuman penjara 6 tahun dan 2 sebatan, beserta pengawasan 1 tahun di bawah seksyen 27(1) Akta yang sama serta S/N bhTliseVykW5PJ7zkaXWzQ kaunseling sepanjang berada di penjara. Perayu yang tidak berpuas hati telah merayu ke Mahkamah Tinggi dan rayuannya telah didengar pada 24.2.2025. Mahkamah telah menolak rayuan Perayu dan mengekalkan sabitan dan hukuman yang dikenakan oleh HMS yang bijaksana. Perayu telah memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi tersebut. [ 2 ] Pertuduhan akhir terhadap Perayu setelah dipinda beberapa kali adalah seperti di bawah – Pertuduhan Pindaan Terpinda: “Bahawa kamu pada 17.6.2022 jam lebih kurang 1.50 petang, bertempat di Lif Blok B, Flat Desa Perangsang, Jalan PJS 3/5C Taman Medan, 46000 Petaling Jaya, dalam daerah Petaling, di dalam negeri Selangor Darul Ehsan, telah didapati melakukan amang seksual fizikal ke atas kanak-kanak bernama Varshini a/p Veagananthan, (No. K/P: 110124-14-0804) yang berumur 11 tahun 4 bulan dengan menyentuh badan kanak-kanak tersebut bagi tujuan seksual. Oleh yang demikian, kamu telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual terhadap Kanak-kanak 2017.” Hukuman: Apabila disabit boleh dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi 20 tahun dan boleh juga dihukum dengan hukuman sebat. S/N bhTliseVykW5PJ7zkaXWzQ RINGKASAN FAKTA KES Pendakwaan: [ 3 ] Dalam kes ini, mangsa (SP5) telah dihantar pulang oleh ibunya (SP3) daripada sekolah ke Blok D, Flat Desa Perangsang pada 17.6.2025. Mangsa telah keluar daripada kenderaan SP3 dan menghala ke lif yang terletak di Tingkat Bawah Blok D, Flat Desa Perangsang untuk menuju ke rumah ibu saudaranya di Tingkat 8. [ 4 ] Semasa mangsa menghampiri lif Tingkat Bawah Blok D, mangsa nampak Perayu berdiri di hadapan pintu lif dan menekan butang lif tersebut. Perayu dan mangsa telah masuk ke dalam lif dan masing-masing menekan butang lif bagi Tingkat 4 dan Tingkat 8. [ 5 ] Di dalam lif, Perayu tiba-tiba menarik beg sekolah yang dipakai oleh mangsa. Perayu telah menyentuh tangan mangsa daripada pergelangan tangan ke bahu dan kemudian meraba leher mangsa. Mangsa menolak Perayu dan memberikan amaran untuk jangan menyentuhnya jika tidak dia akan memberitahu perkara tersebut kepada ibunya. [ 6 ] Sampai di Tingkat 4, Perayu tidak beredar keluar daripada lif. Sejurus selepas pintu lif tertutup semula untuk naik ke atas, Perayu telah menyambung gangguan terhadap mangsa dengan menyentuh dada mangsa dan cuba untuk mencium mangsa. Mangsa berjaya menolak Perayu sambil memberikan amaran. S/N bhTliseVykW5PJ7zkaXWzQ [ 7 ] Sesampainya di Tingkat 8 dan pintu lif terbuka, Perayu telah menarik mangsa ke arah tangga yang berada bertentangan dengan pintu lif sambil memegang kedua-dua tangan mangsa dengan kuat. Di kawasan tangga tersebut, Perayu mengajak mangsa balik ke rumahnya dan berjanji akan membayar sebanyak RM50 kepada mangsa. Mangsa sekali lagi memberi amaran kepada Perayu bahawa dia akan memberitahu perbuatan Perayu kepada ibunya. Namun Perayu tidak mengendahkan amaran mangsa malah telah memusingkan lengan tangan mangsa dengan kuat. Mangsa cuba menolak Perayu dengan sedaya upaya dan akhirnya berjaya melarikan diri daripada Perayu ke rumah ibu saudaranya. [ 8 ] Kakak mangsa (SP4) yang berada di dalam rumah telah membuka pintu dan mendapati mangsa dalam keadaan menangis dan menggigil. SP4 cuba menenangkan mangsa dan memintanya untuk menceritakan apa yang berlaku. Mangsa menceritakan kejadian tersebut kepada SP4 sambil menangis. Seterusnya SP4 telah menghubungi SP3 untuk balik ke rumah ibu saudaranya dalam kadar segera. [ 9 ] Apabila SP3 sampai ke rumah, mangsa telah menceritakan semula kejadian dengan lebih teliti kepada SP3 dan SP4. Lanjutan itu, SP3 telah pergi ke kedai abang Perayu (SD2) untuk berjumpa dengan Perayu tetapi Perayu tidak ada di kedai tersebut. SP3 telah memaklumkan kejadian tersebut kepada SD2 tetapi SD2 telah menafikannya. [ 10 ] Justeru, SP3 membawa mangsa ke balai polis untuk membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut. S/N bhTliseVykW5PJ7zkaXWzQ Pembelaan : [ 11 ] Mengikut Perayu dalam kes ini, pada 17.6.2024, semasa Perayu menuju ke rumahnya di Tingkat 4, Blok B, Desa Perangsang daripada kedai SD2 untuk mengambil stok makanan iaitu kuih pau, Perayu telah terserempak dengan mangsa di hadapan lif Tingkat Bawah. [ 12 ] Perayu terus bertanyakan mangsa berhubung hutang mangsa yang perlu dibayar kepada Perayu. Mangsa telah memaklumkan Perayu bahawa dia tidak boleh membayar hutang itu kerana tidak ada duit. Perbualan ini telah berlarutan daripada luar lif tersebut sehingga Perayu dan mangsa masuk ke dalam lif tersebut. [ 13 ] Di dalam lif tersebut, Perayu memaklumkan SP5 bahawa Perayu akan berjumpa SP3 untuk memungut hutang mangsa kepada Perayu daripada SP3. Apabila pintu lif terbuka di Tingkat 8, mangsa segera keluar menuju ke rumah ibu saudara. Melihat keadaan itu, Perayu dengan suara yang kuat telah berkata bahawa akan berjumpa dengan SP3 pada waktu lain. Seterusnya, Perayu beredar daripada Tingkat 8 ke rumahnya di Tingkat 4 dengan menggunakan lif yang sama. ISU YANG BERBANGKIT DALAM RAYUAN PERAYU [ 14 ] Peguam Perayu telah mempersoal keputusan HMS yang bijaksana berkaitan pembuktian kes prima facie atas dakwaan beberapa kelemahan seperti berikut – S/N bhTliseVykW5PJ7zkaXWzQ KREDIBILITI SAKSI-SAKSI PENDAKWAAN [ 15 ] Peguam Perayu menghujahkan bahawa mangsa bukan saksi yang kredibel dan keterangan mangsa tidak boleh dipercayai kerana ada motif (hutang yang belum langsai) untuk mengenakan Perayu. [ 16 ] Dapatan HMS terhadap kredibiliti mangsa adalah seperti dalam baris 10 – 20, Alasan Penghakiman muka surat 32, Jilid 1 Rekod Rayuan– “This Court had the benefit of seeing and hearing PW5’s evidence vide video link and found her to be a credible witness who was able to describe vividly the physical sexual assault committed by the accused on her which was consistent throughout her testimony. Her answers to the questions posed during cross examination does not create doubts as to where the truth of the matter lies as her explanation was both logical and plausible. This Court found the evidence of PW5 and the explanation given by her to the questions posed was consistent and clear in particularly in so far as the physical sexual assault she endured under the hands of the accused. The same is consistent with the charge framed against the accused. “ [ 17 ] Mahkamah ini bersetuju dengan dapatan HMS yang bijaksana bahawa mangsa adalah seorang yang kredibel dan seorang saksi yang dapat dipercayai berdasarkan ‘demeanour’ serta cara mangsa memberi keterangan terutamanya semasa soal balas oleh Peguam Perayu apabila mangsa telah dapat menjawab soalan-soalan yang disoal kepadanya secara jelas dan jujur. S/N bhTliseVykW5PJ7zkaXWzQ [ 18 ] Mahkamah Persekutuan di dalam kes Ong Teng For v. PP [2013] 1 CLJ 39 di mana Raus Sharif PCA (beliau pada ketika itu) telah menyatakan seperti yang berikut – “[33] It is settled law that the credibility of a particular witness and the weight to be given to his other evidence is manifestly within the province of a trial judge. In Andy Bagindah v. PP [2000] 3 CLJ 289, Shaik Daud JCA said that: There is no dearth of authorities to say that in every case, there are bound to be contradictions and discrepancies. The question to be decided by the trial judge is whether those contradictions and/or discrepancies are material ones so as to strike at the very root of the charge. It is for the trial judge to consider this since he was the one who saw and heard the evidence. In the present case the learned judge concluded that there were discrepancies but those discrepancies were not material ones. Since this involved the credibility of witnesses, we held that the learned judge was a better person to decide and an appellate court ought not to interfere with such findings.” (Penekanan ditambah) [ 19 ] Mahkamah ini akur dengan keputusan Mahkamah Persekutuan tersebut dan mendapati dalam kes ini tiada apa-apa asas untuk menolak dapatan HMS yang bijaksana berhubung kredibiliti mangsa. PERCANGGAHAN KETERANGAN SAKSI-SAKSI PENDAKWAAN [ 20 ] Peguam Perayu menghujahkan bahawa percanggahan keterangan di antara saksi-saksi pendakwaan berhubung kejadian yang berlaku di dalam lif tersebut merupakan percanggahan material yang menjejaskan keterangan mangsa. S/N bhTliseVykW5PJ7zkaXWzQ [ 21 ] Pada hemat Mahkamah ini, percanggahan-percanggahan yang ujud bukanlah sesuatu yang material yang mencacatkan kes pendakwaan atau mampu memusnahkan kredibiliti saksi-saksi pendakwaan dan mematahkan keterangan yang diberikan oleh mereka. [ 22 ] Dalam kes ini, jika diteliti keseluruhan keterangan yang diberikan oleh saksi-saksi pendakwaan terutamanya keterangan mangsa, adalah kukuh dan boleh dipercayai. Walaupun terdapat sedikit percanggahan berhubung turutan kejadian yang berlaku dalam lif, mengambil kira trauma dan ketakutan yang dialami mangsa ketika itu adalah munasabah dia tidak dapat sepenuhnya mengingati turutan kejadian secara terperinci. Bagaimanapun, keterangan mangsa tentang perbuatan Perayu terhadapnya konsisten dengan pemberitahuannya tentang kejadian kepada SP4 dan SP3. Tiada tokok tambah atau berlebihan (exaggeration). [ 23 ] Nas undang-undang mantap berkaitan isu percanggahan keterangan saksi-saksi adalah di dalam kes Public Prosecutor v. Datuk Haji Harun bin Haji Idris (No.2) [1977] 1 MLJ 16 di m/s 19, di mana Mahkamah Persekutuan melalui penghakiman yang disampaikan oleh Raja Azlan Shah HMP (pada ketika itu) menyatakan seperti yang berikut- “In this case different witnesses have testified to different parts of what had happened or what had been said and also there are, in the evidence of the witnesses for the prosecution, some discrepancies, as would be expected of witnesses giving their recollections of a series of events that took place in 1971-1973. In my opinion discrepancies there will always be, because in S/N bhTliseVykW5PJ7zkaXWzQ the circumstances in which the events happened, every witness does not remember the same thing and he does not remember accurately every single thing that happened. It may be open to criticism, or it might be better if they took down a notebook and wrote down every single thing that happened and every single thing that was said. But they did not know that they are going to be witnesses at this trial. I shall be almost inclined to think that if there are no discrepancies, it might be suggested that they have concocted their accounts of what had happened or what had been said because their versions are too consistent. The question is whether the existence of certain discrepancies is sufficient to destroy their credibility. There is no rule of law that the testimony of a witness must either be believed in its entirety or not at all. A court is fully competent, for good and cogent reasons, to accept one part of the testimony of a witness and to reject the other. It is, therefore, necessary to scrutinize each evidence very carefully as this involves the question of weight to be given to certain evidence in particular circumstances.” (Penekanan ditambah) KETERANGAN SOKONGAN [ 24 ] Peguam Perayu menghujahkan bahawa keterangan sokongan seperti laporan psikologi, rakaman keterangan Child Interview Centre