Content
1 DI DALAM MAHKAMAH TINGGI SUNGAI PETANI DALAM NEGERI KEDAH DARUL AMAN, MALAYSIA RAYUAN JENAYAH NO.: KB-42JSKS-2-07/2025 ANTARA GEE FOOK CHOY … PERAYU DAN PENDAKWA RAYA … RESPONDEN ALASAN PENGHAKIMAN Pengenalan
KB-42JSKS-2-07/2025
High Court of Malaysia2 Apr 2026
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
What the court ordered
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“(1) Notwithstanding subsection 295(1) of the Criminal Procedure Code, whether or not he has previously been convicted of any offence, when a person is convicted of any offence under this Act, or of any offence specified in the Schedule where the victim is a child, the”
“49. Mahkamah Rayuan di dalam kes Henry Chan Kok Loon v. Public Prosecutor [2017] MLJU 1191 menjelaskan bahawa kegagalan memanggil semula seseorang saksi tidak secara S/N znr/st/W70ycHwfJlSUnUw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal”
“21. Berhubung maksud "bagi maksud seksual", Mahkamah turut merujuk kepada keputusan dalam kes Ahmad Hafizal bin Darusalam v. Pendakwa Raya [2019] CLJU 1172; [2019] 1 LNS 1172; [2019] MLJU 830 di mana YA Meor Hashimi bin Abdul Hamid PK menerangkan: “[68] Maksud seksual telah dinyatakan dalam Huraian 2 kepada s. 14 Akta”
“21. Berhubung maksud "bagi maksud seksual", Mahkamah turut merujuk kepada keputusan dalam kes Ahmad Hafizal bin Darusalam v. Pendakwa Raya [2019] CLJU 1172; [2019] 1 LNS 1172; [2019] MLJU 830 di mana YA Meor Hashimi bin Abdul Hamid PK menerangkan: “[68] Maksud seksual telah dinyatakan dalam Huraian 2 kepada s. 14 Akta”
“60. Pendekatan tersebut juga selaras dengan prinsip yang dihuraikan dalam kes Sulaiman Aswari lwn PP [2020] CLJU 1298, di mana Mahkamah mengiktiraf bahawa sabitan boleh direkodkan berdasarkan keterangan seorang saksi kanak-kanak tanpa memerlukan keterangan sokongan, tertakluk kepada penilaian Mahkamah terhadap kebol”
“al serta keadaan yang berkaitan dengan perlakuan di bawah seksyen 14 (a), (b), (c) dan (d) tersebut bagi menentukan sama ada ianya bermaksud seksual. (sila rujuk kes Mohd Faiza Rizza Mohd Ropi v. PP [2023] CLJU 1182).”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DI DALAM MAHKAMAH TINGGI SUNGAI PETANI DALAM NEGERI KEDAH DARUL AMAN, MALAYSIA RAYUAN JENAYAH NO.: KB-42JSKS-2-07/2025 ANTARA GEE FOOK CHOY … PERAYU DAN PENDAKWA RAYA … RESPONDEN ALASAN PENGHAKIMAN Pengenalan
1
Perayu (OKT) merayu terhadap sabitan dan hukuman yang diberikan oleh Hakim Mahkamah Sesyen pada 25.06.2025 dan menjatuhkan hukuman penjara 6 tahun dari tarikh sabitan pada 25.06.2025 di bawah seksyen 14(1)(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 (Akta 792).
2
Setelah menimbangkan Rekod Rayuan dan Hujahan Bertulis pihak-pihak, Mahkamah telah menolak rayuan ini dan mengekalkan sabitan dan hukuman Mahkamah Bicara. S/N znr/st/W70ycHwfJlSUnUw
3
Pertuduhan Asal adalah seperti berikut: “Bahawa kamu pada 15/10/2022 jam lebih kurang 2.00 pagi hingga 2.30 pagi bertempat di sebuah tokong alamat No. 87, Lorong Saga 1/2, Kawasan Perindustrian, Pinang Tunggal 08000 Sungai Petani dalam Daerah Kuala Muda di dalam Negeri Kedah telah melakukan amang saksual fizikal ke atas kanak-kanak dengan cara menjilat kemaluan dan memegang bahagian payudara XXX, No. K/P: XXX. Oleh yang demikian kamu telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.” Hukuman: Jika sabit kesalahan boleh dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi dua puluh tahun dan boleh juga boleh juga dihukum dengan hukuman sebat.
4
Pada 31.07.2024, Pendakwaan telah mengemukakan Pertuduhan Pindaan seperti berikut: “Bahawa kamu pada 15/10/2022 jam lebih kurang 2.00 pagi hingga 2.30 pagi bertempat di sebuah tokong alamat No. 87, Lorong Saga 1/2, Kawasan Perindustrian, Pinang Tunggal 08000 Sungai Petani dalam Daerah Kuala Muda di dalam Negeri Kedah telah melakukan amang saksual fizikal ke atas kanak-kanak dengan cara menjilat kemaluan dan menjilat bahagian S/N znr/st/W70ycHwfJlSUnUw payudara XXX, No. K/P: XXX. Oleh yang demikian kamu telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah
5
Perayu, Gee Fook Choy yang merupakan seorang pengamal keagamaan di sebuah premis kilang yang dijadikan tokong manakala mangsa seorang kanak-kanak yang berumur 13 tahun 11 bulan pada masa kejadian.
6
6.
Preamble
Menurut keterangan mangsa (SP1), semasa kejadian Perayu telah membawa SP1 naik ke tingkat satu premis tokong tersebut untuk mengajar upacara keagamaan, manakala ibu bapa mangsa (SP2 dan SP3) diarahkan untuk menunggu di tingkat bawah.
7
Sebaik sahaja berada di tingkat atas, Perayu telah mengarahkan SP1 untuk berbaring dan menanggalkan kesemua pakaiannya sebelum Perayu bertindak menjilat kemaluan serta payudara
8
Sejurus selepas insiden tersebut, SP1 telah turun ke tingkat bawah dan terus mengadukan perbuatan seksual Perayu kepada bapanya, yang kemudiannya bertindak memfailkan suatu laporan polis berhubung kejadian itu pada 17.10.2022. S/N znr/st/W70ycHwfJlSUnUw
9
Lanjutan itu, Perayu telah dituduh di Mahkamah Sesyen atas kesalahan melakukan amang seksual terhadap kanak-kanak di bawah s. 14(a) Akta 792.
10
Pada 26.08.2025, Mahkamah Sesyen telah mensabitkan Perayu ke atas pertuduhan pindaan dan menjatuhkan hukuman penjara selama 6 tahun dari tarikh sabitan.
11
Berdasarkan alasan penghakiman oleh Mahkamah Bicara, Mahkamah telah membuat dapatan-dapatan berikut:
i
Mangsa merupakan seorang kanak-kanak berumur 13 tahun 11 bulan pada tarikh kejadian.
II
(ii) Mahkamah menerima keterangan mangsa sebagai keterangan yang kredibel, konsisten dan boleh dipercayai.
III
(iii) Mahkamah berpuas hati bahawa mangsa memahami sifat dan implikasi sesuatu sumpah sebelum memberikan keterangan.
IV
(iv) Mahkamah mendapati bahawa keterangan mangsa disokong oleh keterangan forensik yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan.
v
Mahkamah berpuashati bahawa elemen-elemen pertuduhan telah dibuktikan melalui keterangan yang dikemukakan.
VI
(vi) Tiada sebab munasabah untuk mangsa mereka-reka tuduhan terhadap Tertuduh. S/N znr/st/W70ycHwfJlSUnUw
VII
(vii) Pembelaan Tertuduh tidak boleh diterima dan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.
VIII
(viii) Pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap pendakwaan. Alasan-alasan rayuan
12
Di dalam Petisyen Rayuan, Perayu telah menyatakan 10 alasan-alasan rayuan. Namun, melalui Hujahan Bertulis Perayu, alasan-alasan rayuan dinyatakan seperti berikut:
i
Tuan Hakim telah terkhilaf dari segi fakta dan undang-undang apabila memanggil Perayu untuk membela diri bersandarkan kepada keterangan DNA bulu yang ditemui di tempat kejadian; dan
II
(ii) Tuan Hakim telah terkhilaf dari segi fakta dan undang-undang apabila gagal mengambil kira adalah jurisprudens bahawa dalam keadaan ragu-ragu, undang-undang akan memihak kepada Perayu. Manfaat keraguan harus diberikan kepada Perayu; dan
III
(iii) Tuan Hakim telah terkhilaf dari segi fakta dan undang-undang apabila mensabitkan Perayu berdasarkan keterangan melalui inferens tidak berasas. Pelbagai inferens termasuk inferens yang memihak kepada Perayu tidak diberi pertimbangan; S/N znr/st/W70ycHwfJlSUnUw
IV
(iv) Tuan Hakim telah terkhilaf dari segi fakta dan undang-undang apabila meneruskan perbicaraan dan mensabitkan Perayu berdasarkan pertuduhan pindaan yang tidak pernah dibacakan dan/atau diterangkan kepada pihak Perayu;
v
Tuan Hakim telah terkhilaf dari segi fakta dan undang-undang apabila mensabitkan Perayu dengan mengambil kira nas undang-undang yang sudah tidak berkuatkuasa dan/atau dipotong; dan
VI
(vi) Tuan Hakim telah terkhilaf dari segi fakta dan undang-undang apabila mengenakan hukuman yang terlampau berat (‘manifestly excessive’) terhadap Perayu. Prinsip campur tangan
13
Suatu prinsip yang mantap bahawa Mahkamah Atasan hendaklah berhati-hati dan perlahan untuk mengganggu dapatan fakta yang dibuat oleh mahkamah perbicaraan, terutamanya dapatan yang melibatkan isu kebolehpercayaan dan kredibiliti saksi.
14
Dalam kes Wan Marzuki Wan Abdullah v. PP [2008] 4 CLJ 631 YA Gopal Sri Ram HMR (pada ketika itu) menyatakan: “There is clear authority for the proposition that in an appeal of this nature which turns on questions of fact particularly in relation to issues of credibility, this court will be reluctant to interfere with S/N znr/st/W70ycHwfJlSUnUw the findings made by the primary trier of fact. We need go no further than to quote the following passage from the judgment of Shaik Daud JCA in Andy Bagindah v. PP [2000] 3 CLJ 289: “In the present case the learned judge concluded that there were discrepancies but those discrepancies were not material ones. Since this involved the credibility of witnesses, we held that the learned judge was a better person to decide and an appellate court ought not to interfere with such findings.” Mahkamah juga merujuk kes PP v. Kavarappan Sadian [1987] 2 CLJ 453; [1987] CLJ (Rep) 908 di mana YA Mustapha Hussain H menzahirkan pandangannya: “It is true that an Appellate Court will be slow in upsetting a judgment in a case that was tried and decided upon by a Court or Judge (in this case the President) on finding the trial Judge had made. When a question of fact had been tried by a Judge without a jury and there is no question of misdirection of himself by the Judge, an Appellate Court should not come to a different conclusion on the evidence unless it is satisfied that the advantage enjoyed by the trial Judge by reason of having seen and heard the witness could not be sufficient to explain or justify the trial Judge’s conclusion - (see Lim Kheak Teong v. Public Prosecutor [1984] 1 CLJ 207). It is sufficient for an accused to cast a reasonable doubt in the case for the prosecution to entitle him to an acquittal.” S/N znr/st/W70ycHwfJlSUnUw
15
Prinsip yang sama turut ditegaskan dalam kes PP v. Kavarappan Sadian [1987] 2 CLJ 453; [1987] CLJ (Rep) 908 di mana YA Mustapha Hussain H menzahirkan pandangannya: “It is true that an Appellate Court will be slow in upsetting a judgment in a case that was tried and decided upon by a Court or Judge (in this case the President) on finding the trial Judge had made. When a question of fact had been tried by a Judge without a jury and there is no question of misdirection of himself by the Judge, an Appellate Court should not come to a different conclusion on the evidence unless it is satisfied that the advantage enjoyed by the trial Judge by reason of having seen and heard the witness could not be sufficient to explain or justify the trial Judge’s conclusion - (see Lim Kheak Teong v. Public Prosecutor [1984] 1 CLJ 207). It is sufficient for an accused to cast a reasonable doubt in the case for the prosecution to entitle him to an acquittal.”
16
Apabila sesuatu persoalan fakta telah diputuskan oleh hakim perbicaraan yang telah melihat dan mendengar sendiri keterangan saksi-saksi, Mahkamah Atasan tidak seharusnya mencapai kesimpulan yang berbeza melainkan jika didapati bahawa dapatan tersebut tidak dapat disokong oleh keterangan yang dikemukakan atau terdapat salah arah yang material dalam penilaian keterangan tersebut. S/N znr/st/W70ycHwfJlSUnUw
17
Mahkamah Bicara mempunyai kelebihan untuk melihat, mendengar serta menilai sendiri keterangan saksi-saksi yang tampil memberikan keterangan di hadapannya.
18
Oleh yang demikian, campur tangan oleh Mahkamah Atasan hanya wajar dilakukan sekiranya dapatan yang dibuat oleh Mahkamah Bicara didapati bersifat songsang, tidak selamat, bertentangan dengan keterangan yang ada atau telah mengakibatkan ketidakadilan. Isu-isu rayuan Isu Pertama, Kedua dan Ketiga
19
Seksyen 14(1)(a) Akta 792 memperuntukkan seperti berikut:
14
“Physical sexual assault on a child Any person who, for sexual purposes—
a
touches any part of the body of a child;
b
makes a child touch any part of the body of such person or of any other person;
c
makes a child touch any part of the child’s own body; or
d
does any other acts that involve physical contact with a child without sexual intercourse, commits an offence and shall, on conviction, be punished with imprisonment for a term not exceeding twenty years and shall also be liable to whipping”. S/N znr/st/W70ycHwfJlSUnUw
20
Bagi kesalahan di bawah s. 14(1)(a) Akta 792, pendakwaaan perlu membuktikan intipati-intipati seperti berikut: i. Mangsa adalah kanak-kanak; ii. Tindakan-tindakan yang dilakukan Tertuduh seperti di bawah seksyen 14 (a), (b), (c) atau (d); dan iii. Mahkamah harus meneliti keterangan atau perbuatan di bawah seksyen 14 (a), (b), (c) dan (d) tersebut berdasarkan kepada keadaan bahagian yang disentuh, takat perbuatan menyentuh, kontak fizikal serta keadaan yang berkaitan dengan perlakuan di bawah seksyen 14 (a), (b), (c) dan (d) tersebut bagi menentukan sama ada ianya bermaksud seksual. (sila rujuk kes Mohd Faiza Rizza Mohd Ropi v. PP [2023]
21
Berhubung maksud "bagi maksud seksual", Mahkamah turut merujuk kepada keputusan dalam kes Ahmad Hafizal bin Darusalam v. Pendakwa Raya [2019] CLJU 1172; [2019] 1 LNS 1172; [2019] MLJU 830 di mana YA Meor Hashimi bin Abdul Hamid PK menerangkan: “[68] Maksud seksual telah dinyatakan dalam Huraian 2 kepada s. 14 Akta 792 dan Mahkamah ini berpendapat perbuatan Perayu yang menggunakan jarinya menyentuh dan menjolok-jolok kemaluan SP1 serta memasukkan tangan SP1 ke dalam seluar Perayu dan menyentuh kemaluan Perayu sehingga kemaluan S/N znr/st/W70ycHwfJlSUnUw Perayu menjadi keras memenuhi maksud seksual yang diperuntukkan dalam huraian tersebut. Huraian 2 telah menyatakan “In determining what constitutes sexual purposes, the court may take into consideration among others, the part of the body that is touched, the nature and extent of the act of touching or the physical contact and all other circumstances surrounding the conduct.”
22
Seksyen 18 Akta 792 memperuntukkan seperti berikut:
18
“Evidence of child witness Notwithstanding anything contrary in any other written law, in any proceedings against any person relating to any offence under this Act, or any offence specified in the Schedule where the victim is a child, the court may convict such person of such offence on the basis of the uncorroborated evidence of a child, given upon oath or otherwise”.
23
Seseorang tertuduh boleh disabitkan atas keterangan seorang saksi kanak-kanak, sama ada diberikan secara bersumpah atau sebaliknya, walaupun tanpa keterangan sokongan.
24
Persoalan utama yang perlu dipertimbangkan oleh Mahkamah bukanlah sama ada terdapat keterangan sokongan terhadap keterangan mangsa, tetapi sama ada keterangan tersebut boleh diterima dan diyakini sehingga berjaya membuktikan kes pendakwaan melampaui keraguan munasabah. S/N znr/st/W70ycHwfJlSUnUw
25
Dalam kes ini, pihak pendakwaan telah memanggil seramai sembilan orang saksi bagi membuktikan kes terhadap Perayu, termasuk SP1 selaku mangsa.
26
Sebelum SP1 memberikan keterangannya, Mahkamah Sesyen telah menjalankan suatu inkuiri bagi menentukan sama ada SP1 memahami sifat dan implikasi sesuatu sumpah.
27
Setelah menjalankan inkuiri tersebut, Mahkamah Bicara berpuashati bahawa SP1 merupakan seorang saksi yang kompeten dan memahami sifat sesuatu sumpah serta layak memberikan keterangan secara bersumpah.
28
SP1 kemudiannya telah mengangkat sumpah dan memberikan keterangan berhubung kejadian yang dipetik seperti berikut: Siapa lagi yang ikut adik ke bilik ini? Mr. Gee. Boleh ceritakan apa yang jadi di dalam bilik itu? Pada mulanya dia memanggil saya masuk ke bilik kedua. Tetapi bilik itu tidak ada kunci. Tidak boleh kunci. Lepas itu dia memanggil saya ke bilik ketiga. Lepas saya masuk ke bilik ketiga, dia meminta saya memindahkan side board itu dekat pintu. Kemudian angkat side board dekat pintu... lepas itu apa jadi? Dia mengunci pintu tanpa saya sedar. Lepas itu dia suruh saya buka baju. Saya hanya buka baju sahaja. Saya tidak S/N znr/st/W70ycHwfJlSUnUw buka singlet saya. Kemudian dia suruh saya buka kesemua baju. Kemudian dia suruh saya letak side board itu pindah dekat kerusi piano. Juga berdekatan dengan pintu. Kemudian dia suruh saya duduk di kerusi piano dan letak kepala saya di atas side board itu. Maknanya kedudukan dia macam mana itu? Side board ada di belakang kerusi piano. Dia suruh saya berbaring di sana. Kemudian apa yang berlaku? Dia menjilat tempat kemaluan saya. Bagaimana dia menjilat tempat kemaluan adik? Dia duduk atas lutut. Dia membuka kaki saya. Lepas itu dia menjilat tempat kemaluan saya. Sewaktu dia menjilat tempat kemaluan adik, ketika itu adik berpakaian ke tidak? Saya tidak berpakaian dalam. Kemudian apa lagi yang dia buat? Lepas itu dia suruh saya duduk di atas lantai. Lepas itu dia menjilat payudara saya. Kemudian apa jadi? Selepas dia menjilat payudara saya, dia suruh saya berbaring di atas lantai. Selepas saya berbaring di atas lantai, dia membuka seluarnya... Dia suruh saya angkat kaki. ... Dia letak tempat kemaluannya masuk ke tempat kemaluan saya. Saya rasa tidak selesa dan sakit sedikit.
29
SP2 (ibu mangsa) dan SP3 (bapa mangsa) turut memberikan keterangan bahawa pada malam kejadian, mangsa telah dibawa S/N znr/st/W70ycHwfJlSUnUw oleh Perayu ke tingkat atas premis tokong tersebut manakala mereka menunggu di tingkat bawah.
30
SP4 (pakar perubatan) yang menjalankan pemeriksaan ke atas mangsa juga memberikan keterangan mengenai pemeriksaan yang dijalankan ke atas mangsa. Menurut SP4, terdapat kesan “abrasion” pada bahagian sulit mangsa yang direkodkan semasa pemeriksaan tersebut.
31
Keterangan SP6 (ahli kimia) turut mengesahkan bahawa analisis DNA yang dijalankan ke atas sampel bulu yang diambil dari tempat kejadian menunjukkan profil DNA yang sepadan dengan mangsa dan juga Perayu.
32
Mahkamah Bicara telah menerima keterangan SP1 serta keterangan pakar yang dikemukakan melalui SP6 dan memutuskan bahawa sampel bulu yang dirampas di tempat kejadian adalah milik mangsa.
33
Namun, Perayu membangkitkan isu bahawa tiada keterangan yang dapat mengesahkan dari bahagian tubuh mana bulu tersebut berasal. Saksi pakar juga tidak dapat mengesahkan dapatan tersebut. Perayu juga menyatakan terdapat keraguan dari segi Integrity Specimen tersebut di mana tiada keterangan berkenaan cara penyimpanan oleh SP9 (Pegawai Penyiasat).
34
Mahkamah berpendapat bahawa kehadiran bulu atau rambut tersebut hanyalah sebagai keterangan sokongan dan tidak S/N znr/st/W70ycHwfJlSUnUw menjejaskan elemen-elemen pertuduhan iaitu mangsa di bawah 18 tahun dan berlaku sentuhan tanpa keizinan mangsa.
35
Walaupun Hakim Sesyen telah membuat anggapan bahawa bulu tersebut adalah bulu dari mangsa dan bersandarkan anggapan tersebut membuat keputusan, Mahkamah ini mendapati bahawa keterangan SP1 selaku mangsa adalah jelas, konsisten dan mencukupi untuk membuktikan berlakunya perlakuan seksual ke atas mangsa.
36
Selaras dengan s. 18 Akta 792, seseorang tertuduh boleh disabitkan berdasarkan keterangan seorang saksi kanak-kanak, sama ada diberikan secara bersumpah atau sebaliknya, sekiranya Mahkamah berpuashati bahawa keterangan tersebut adalah boleh dipercayai dan membuktikan kes pendakwaan melampaui keraguan munasabah.
18
“Evidence of child witness Notwithstanding anything contrary in any other written law, in any proceedings against any person relating to any offence under this Act, or any offence specified in the Schedule where the victim is a child, the court may convict such person of such offence on the basis of the uncorroborated evidence of a child, given upon oath or otherwise”.
37
Mahkamah Sesyen telah menerima keterangan SP1 sebagai keterangan yang kredibel dan boleh dipercayai serta mendapati bahawa SP1 tidak mempunyai sebarang sebab untuk mereka-S/N znr/st/W70ycHwfJlSUnUw reka tuduhan terhadap Perayu atau memberikan keterangan dengan niat yang tidak jujur.
38
Berdasarkan keseluruhan keterangan dikemukakan, elemen-elemen kesalahan seksual di bawah s. 14(1) Akta 792 telah berjaya dibuktikan.
39
Melalui Salinan Sah Rekod Daftar Kelahiran (P32) membuktikan SP1 dilahirkan pada 04.11.2008 yang menunjukkan SP1 berumur 13 tahun 11 bulan ketika kejadian dan berumur 15 tahun semasa memberi keterangan. Keterangan SP1 bahawa Perayu telah menjilat kemaluan dan payudara SP1 menunjukkan berlakunya amang saksual fizikal ke atas kanak-kanak iaitu SP1.
40
Oleh yang demikian, tiada kekhilafan apabila Mahkamah Bicara berpuas hati bahawa pendakwaan telah berjaya membuktikan kes prima facie dan memanggil Perayu untuk membela diri.
41
Keterangan Perayu (SD1) dalam pembelaannya menyatakan bahawa mangsa sendiri yang telah membuka pakaiannya dan Perayu telah mengarahkan mangsa untuk memakai semula pakaiannya.
42
Perayu juga menyatakan bahawa beliau telah dianiaya oleh mangsa atau bapa mangsa kerana beliau enggan mengenakan santau kepada musuh bapa mangsa lalu bapa mangsa telah meminta anaknya untuk mengenakan Perayu. S/N znr/st/W70ycHwfJlSUnUw
43
Mahkamah Bicara telah menolak naratif pembelaan Perayu kerana tidak disokong dan juga adalah tidak munasabah seorang bapa hendak mempergunakan maruah anaknya bagi membalas dendam. Sehubungan itu, Mahkamah Bicara mendapati bahawa keterangan pembelaan Perayu gagal menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan dan seterusnya mensabitkan Perayu di atas pertuduhan pindaan tersebut.
44
Mahkamah ini sependapat bahawa pembelaan Perayu tidak disokong oleh keterangan saksi-saksi pembelaan yang lain iaitu SD2, SD3 dan SD4. Pembelaan Perayu bahawa ibu SP1 iaitu SP2 yang membawa SP1 ke tingkat atas adalah bertentangan dengan keterangan SP2 dan SP3 bahawa Perayu yang membawa SP1 ke tingkat atas.
45
Keterangan SD4 bahawa beliau mendengar bunyi bertengkar di tingkat atas namun tidak mengambil apa-apa langkah selanjutnya. Malahan kewujudan SD4 di tempat kejadian hanya timbul di peringkat pembelaan dan tidak pernah ditimbulkan di peringkat pendakwaan.
46
Mahkamah ini bersetuju dengan dapatan Mahkamah Bicara bahawa Perayu gagal menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan dan seterusnya mensabitkan Perayu di atas pertuduhan pindaan tersebut. S/N znr/st/W70ycHwfJlSUnUw
47
Berhubung isu bahawa pertuduhan pindaan tidak dibacakan kepada Perayu, semakan ke atas Rekod Rayuan Tambahan menunjukkan bahawa pertuduhan pindaan tersebut telah pun dibacakan kepada Perayu pada 31.07.2024.
48
Di bawah s. 425 Kanun Tatacara Jenayah (KTJ), Mahkamah diberikan kuasa budi bicara untuk memanggil semula dan memeriksa semula mana-mana saksi yang telah memberikan keterangan pada mana-mana peringkat perbicaraan: “Kuasa Mahkamah untuk memanggil dan memeriksa orang 425. Mana-mana Mahkamah boleh pada mana-mana peringkat apa-apa siasatan, perbicaraan atau prosiding lain di bawah Kanun ini memanggil mana-mana orang sebagai saksi, atau memeriksa mana-mana orang yang hadir walaupun tidak dipanggil sebagai saksi, atau memanggil semula dan memeriksa semula mana-mana orang yang telah diperiksa, dan Mahkamah itu hendaklah memanggil dan memeriksa atau memanggil semula dan memeriksa semula mana-mana orang itu jika keterangannya didapati oleh Mahkamah penting untuk keputusan yang adil bagi kes itu”.
49
Mahkamah Rayuan di dalam kes Henry Chan Kok Loon v. Public Prosecutor [2017] MLJU 1191 menjelaskan bahawa kegagalan memanggil semula seseorang saksi tidak secara S/N znr/st/W70ycHwfJlSUnUw otomatik menyebabkan sesuatu prosiding menjadi tidak sah sebagaimana dinyatakan dalam seksyen 422 KTJ:
422
Ketidakteraturan tidak menjadikan prosiding tidak sah Tertakluk pada peruntukan yang terkandung dalam Bab ini, tiada dapatan, hukuman atau perintah yang dijatuhkan atau dibuat oleh Mahkamah yang mempunyai bidang kuasa yang berwibawa boleh diakaskan atau diubah oleh sebab—
a
apa-apa kesilapan, peninggalan atau ketidakteraturan dalam aduan, sanksi, keizinan, saman, waran, pertuduhan, penghakiman atau prosiding lain sebelum atau semasa perbicaraan, atau dalam mana-mana siasatan atau prosiding lain di bawah Kanun ini;
b
ketiadaan apa-apa sanksi; atau
c
penerimaan atau penolakan yang tidak sepatutnya apa-apa keterangan, melainkan jika kesilapan, peninggalan, ketidakteraturan, ketiadaan, atau penerimaan atau penolakan yang tidak sepatutnya keterangan sedemikian telah menyebabkan suatu kegagalan keadilan.
50
Namun, Perayu gagal menunjukkan bagaimana ketiadaan pemeriksaan semula atau pemanggilan semula mana-mana S/N znr/st/W70ycHwfJlSUnUw saksi telah menyebabkan prejudis atau kegagalan keadilan terhadap beliau.
51
Malah, rekod menunjukkan bahawa pihak pembelaan sendiri tidak pernah membuat sebarang permohonan untuk memanggil semula mana-mana saksi selepas pertuduhan pindaan dibacakan.
52
Semasa perbicaraan di Mahkamah Sesyen, Perayu telah diwakili oleh peguambela dari mula prosiding sehinggalah disabitkan kesalahan. Sebarang isu berhubung pertuduhan pindaan sepatutnya dibangkitkan pada peringkat yang terawal sekiranya benar wujud apa-apa kekeliruan atau prejudis terhadap Perayu.
53
Apa-apa kecacatan, peninggalan atau ketidakteraturan tidak secara otomatik menyebabkan sesuatu sabitan itu menjadi tidak selamat selagi tiada kegagalan keadilan terhadap Perayu.
54
Secara keseluruhannya Mahkamah berpuas hati bahawa tiada sebarang kegagalan keadilan atau prejudis yang berlaku terhadap Perayu yang boleh menjejaskan sabitan dan hukuman dibuat oleh Mahkamah Sesyen.
55
Perayu juga telah menghujahkan bahawa Hakim Mahkamah Sesyen telah terkhilaf apabila merujuk kepada Seksyen 133A Akta Keterangan 1950 yang yang sudah tidak berkuat kuasa S/N znr/st/W70ycHwfJlSUnUw atau dipotong melalui pindaan undang-undang yang berkuat kuasa pada Mac 2025
56
Mahkamah mendapati bahawa hujahan tersebut adalah taida merit. Ini adalah kerana pindaan tersebut tidak mempunyai kesan retrospektif ke atas kes ini, memandangkan kesalahan yang dipertuduhkan terhadap Perayu telah berlaku pada 15.10.2022, iaitu jauh lebih awal daripada tarikh kuat kuasa pindaan berkenaan.
57
Oleh yang demikian, Mahkamah Sesyen tidak terikat kepada pindaan yang berkuat kuasa pada Mac 2025 semasa membuat keputusan dalam kes ini.
58
Walau apa pun, isu tersebut tidak menjejaskan sabitan yang dibuat terhadap Perayu. Ini kerana bagi kesalahan seksual terhadap kanak-kanak, Badan Perundangan telah menggubal suatu peruntukan khusus melalui Seksyen 18 Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 [Akta 792] yang membolehkan Mahkamah mensabitkan seseorang tertuduh berdasarkan keterangan seorang kanak-kanak walaupun tanpa keterangan sokongan.
59
Peruntukan ini secara jelas membenarkan Mahkamah untuk mensabitkan seseorang tertuduh bersandarkan kepada kekuatan keterangan lisan seorang saksi kanak-kanak semata-mata, tanpa memerlukan sebarang keterangan sokongan S/N znr/st/W70ycHwfJlSUnUw (corroboration), dengan syarat Mahkamah berpuas hati akan kebolehpercayaan saksi tersebut.
60
Pendekatan tersebut juga selaras dengan prinsip yang dihuraikan dalam kes Sulaiman Aswari lwn PP [2020] CLJU 1298, di mana Mahkamah mengiktiraf bahawa sabitan boleh direkodkan berdasarkan keterangan seorang saksi kanak-kanak tanpa memerlukan keterangan sokongan, tertakluk kepada penilaian Mahkamah terhadap kebolehpercayaan keterangan tersebut.
61
Bagi menentukan isu sama ada hukuman dijatuhkan adalah berlebihan, Mahkamah ini merujuk kepada prinsip bahawa Mahkamah Atasan hendaklah perlahan untuk campur tangan terhadap hukuman yang telah dijatuhkan oleh Mahkamah Bicara.
62
Campur tangan hanya wajar dilakukan sekiranya dapat ditunjukkan bahawa Mahkamah Bicara telah menerapkan prinsip penghukuman yang salah, mengambil kira pertimbangan yang tidak relevan, gagal mengambil kira pertimbangan yang material, ataupun hukuman yang dijatuhkan adalah nyata berlebihan atau nyata tidak memadai berdasarkan fakta dan keadaan kes. S/N znr/st/W70ycHwfJlSUnUw
63
Pada umumnya, faktor-faktor yang bersifat peribadi kepada pesalah seperti keadaan kesihatannya bukanlah faktor yang mengurangkan keseriusan kesalahan.
64
Sepertimana dinyatakan oleh Abdul Rahman Sebli H (pada masa itu) di dalam kes Public Prosecutor v. Shahrul Azuwan bin Adanan & Anor [2013] 8 MLJ 70 Mahkamah hendaklah mengimbangkan kepentingan pesalah, kepentingan awam, hak mangsa serta keperluan untuk memastikan hukuman yang dijatuhkan mencerminkan tahap keseriusan kesalahan yang dilakukan.
65
Perhatian yang juga perlu diberikan kepada tujuan dan objektif Akta tersebut yang digubal khusus bagi melindungi kanak-kanak daripada jenayah seksual serta memastikan pesalah yang melakukan kesalahan sedemikian dikenakan hukuman yang setimpal.
66
Bagi pertuduhan di dalam kes ini, penjara maksimum jika disabitkan kesalahan ialah sehingga 20 tahun dan Perayu telah dikenakan hukuman penjara 6 tahun dari tarikh sabitan.
67
Kegagalan peguam terdahulu mengemukakan laporan perubatan Perayu tidak menjejaskan keseluruhan pertimbangan penghukuman yang telah dibuat oleh Mahkamah Sesyen. S/N znr/st/W70ycHwfJlSUnUw
68
Pada hemat Mahkamah, rekod kesihatan tersebut merupakan suatu faktor yang bersifat peribadi dan tidak mengurangkan keseriusan kesalahan yang telah dilakukan.
69
Mahkamah berpandangan bahawa tempoh penjara dikenakan adalah memadai setelah mengambil kira hukuman maksimum yang diperuntukkan, umur mangsa yang masih kanak-kanak serta sifat dan keseriusan kesalahan yang telah dilakukan.
70
Mahkamah tidak terikat untuk mengikuti trend hukuman yang dikenakan dalam kes-kes yang dirujuk oleh peguam Perayu memandangkan setiap kes perlu diputuskan berdasarkan fakta dan keadaan khusus bagi kes tersebut.
71
Tiada apa-apa yang menunjukkan bahawa hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Sesyen adalah bertentangan dengan undang-undang atau telah dilaksanakan secara salah berdasarkan prinsip penghukuman yang terpakai. Oleh yang demikian hukuman Mahkamah Sesyen wajar dikekalkan.
72
Di bawah s. 27 Akta 792, bagi tertuduh yang disabitkan di bawah Akta ini, Mahkamah hendaklah mengarahkan tertuduh diletak di bawah pengawasan polis tidak kurang dari satu tahun dan tidak lebih dari tiga tahun selepas selesai menjalani hukuman yang telah dijatuhkan. S/N znr/st/W70ycHwfJlSUnUw
73
Mahkamah ini merujuk kepada s. 27 Akta 792 yang menyatakan bahawa:
27
“Police supervision
1
Notwithstanding subsection 295(1) of the Criminal Procedure Code, whether or not he has previously been convicted of any offence, when a person is convicted of any offence under this Act, or of any offence specified in the Schedule where the victim is a child, the court shall direct that he be subject to the supervision of the police for a period of not less than one year and not more than three years commencing immediately after the expiration of the sentence passed on him.
2
When any person subject to the supervision of the police under subsection (1) is, while still subject to such supervision, sentenced to a term of imprisonment within Malaysia, any term spent in prison shall be excluded from the period of supervision”.
74
Namun Mahkamah Bicara tidak mengarahkan perintah sedemikian yang merupakan satu perintah mandatori. Sehubungan itu Mahkamah ini merujuk kepada s. 323 KTJ yang memperuntukkan bahawa:
323
“Kuasa untuk meminta rekod daripada Mahkamah rendah
1
Seseorang Hakim boleh meminta dan memeriksa rekod mana-mana prosiding di hadapan mana-mana Mahkamah jenayah rendah bagi maksud memuaskan hatinya S/N znr/st/W70ycHwfJlSUnUw tentang ketepatan, kesahan atau kesesuaian apa-apa dapatan, hukuman atau perintah yang telah direkodkan atau dijatuhkan, dan tentang keteraturan mana-mana prosiding Mahkamah rendah itu.
2
Perintah yang dibuat di bawah seksyen 97 dan 98 bukanlah prosiding mengikut pengertian seksyen ini”
75
Oleh yang demikian, Mahkamah ini menggunakan kuasa semakan sebagaimana yang diperuntukkan di bawah s. 323 KTJ dengan mengarahkan Perayu itu diletak di bawah pengawasan polis selama dua tahun selepas selesai menjalani hukuman pemenjaraan yang telah dijatuhkan.
76
Mahkamah telah menimbangkan hujahan bertulis pihak-pihak dan mendapati tiada merit dalam rayuan Perayu.
77
Oleh yang demikian, rayuan Perayu adalah ditolak. Sabitan dan hukuman penjara selama enam tahun oleh Mahkamah Sesyen dikekalkan.
78
Perintah tambahan diberikan bahawa Perayu diletakkan di bawah pengawasan polis selama dua tahun selepas selesai menjalani hukuman pemenjaraan yang telah dijatuhkan. S/N znr/st/W70ycHwfJlSUnUw Bertarikh 24 Mei 2026 (DARMAFIKRI BIN ABU ADAM) Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Sungai Petani Kedah Darul Aman Peguam pihak Perayu : Jodia Poh Yi Tying (Peguambela & Peguamcara Tetuan Jodia Poh & Associates) Peguam pihak Responden: Lushani a/p Ramanathan (Timbalan Pendakwa Raya Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Kedah) S/N znr/st/W70ycHwfJlSUnUw
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.