Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KLANG DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN SAMAN PEMULA NO.: BL-24NCvC-130-09/2024 ANTARA GENTLE TREND SDN BHD PLAINTIF DAN
BL-24NCvC-130-09/2024
High Court of Malaysia7 Nov 2024
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“00 Klang, Selangor Darul Ehsan, together with the house erected thereon (“the land”) to Puan Mahanom and for that purpose to execute a Memorandum of Transfer in accordance with the provisions of the National Land Code. Puan Mahanum shall pay the balance purchase price of the Land amounting to Ringgit Malaysia Two Hundr”
“ak ketiga. Plaintif menyangkal dakwaan ini sekeras-kerasnya. Plaintif mendakwa Defendan gagal mengemukakan apa-apa bukti untuk dakwaannya ini. Didalam kes Misar Sdn Bhd v DCAP Resources Sdn Bhd & Ors [2021] MLJU 3082 yang dirujuk oleh peguamcara Plaintif berkenaan rujukan kes-kes yang mana Defendan mendakwa adanya unsu”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KLANG DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN SAMAN PEMULA NO.: BL-24NCvC-130-09/2024 ANTARA GENTLE TREND SDN BHD PLAINTIF DAN
1
Plaintif adalah pemilik kepada hartanah di bawah Hakmilik H.S.(M) 22669, Lot 35719, Mukim Klang, Daerah Klang, Selangor Darul Ehsan yang beralamat di No. 1, Lorong Tenggiri 1A, Off Jalan Mohd Yamin, 41100 Klang Selangor (hartanah tersebut); 04/12/2024 15:13:51 BL-24NCvC-130-09/2024 Kand. 23
2
Suatu printah bahawa Plaintif hendaklah mendapatkan balik milikan bagi hartanah tersebut atas alasan dia berhak mendapat milikan dan orang yang menduduki itu telah menduduki tanpa sebarang persetujuan dan kebenaran dari Plaintif;
3
Bahawa Defendan telah memasuki dan mendiami hartanah tersebut tanpa kebenaran dan telah melakukan perncerobohan sehingga mengakibatkan kerugian dan kerosakan atas hartanah tersebut;
4
Mana-mana pihak berkuasa iaitu polis dan/ atau bailiff diberi kuasa menggunakan kekerasa cara munasabah untuk membuat kemasukan secara paksa dalam hartanah tersebut bagi mendapatkan semula milikan;
5
Bailif dibenarkan mengambil milikan kosong hartanah tersebut dan menyerahkan milikan kosong hartanah tersebut kepada Plaintif selepas 14 hari dari tarikh mengambil milikan;
6
Defendan hendaklah membayar gantirugi kepada Plaintif termasuk bayaran bil utiliti sehingga serahan milikan kosong;
7
Kos dibayar oleh Defendan A. ALASAN-ALASAN PERMOHONAN [8] Plaintif adalah pemilik kepada hartanah yang menjadi isu dalam tindakan ini. Plaintif telah membeli hartanah tersebut melalui Perjanjian Jual Beli bertarikh 12.10.2010 dengan MH Resort Development Sdn. Bhd. (Pemaju). Plaintif kemudiannya mendapat maklumat bahawa hartanah tersebut telah dimasuki oleh Defendan tanpa kebenaran.
9
Plaintif telah membuat lawatan ke hartanah tersebut dan mendapati terdapatnya pencerobohan yang dilakukan oleh Defendan dimana Defendan telah menduduki dan/ atau mendiami hartanah tersebut tanpa kebenaran Plaintif. Plaintif juga mendapat tahu bahawa Defendan telah menceroboh dan menduduki hartanah tersebut secara haram sejak 2019 hingga kini.
10
Plaintif kemudiannya telah menghantar satu notis “Notice to Vacate” bertarikh 20.12.2019 kepada penghuni yang menduduki hartanah tersebut melalui peguamcaranya tetapi Defendan enggan mengosongkan hartanah tersebut. B. JAWAPAN DEFENDAN [11] Defendan menegaskan dia adalah pemilik berkepentingan atas hartanah tersebut dan dia adalah isteri kepada Kamaruddin bin Md Yassin (suami Defendan). Pada setiap masa material, suami Defendan merupakan pemegang saham sebanyak 40% dalam Syarikat Mega Saujana Sdn Bhd.
12
Terdapat satu “Trust Deed” bertarikh 3.6.1994 yang ditandatangani antara Osman bin Kassim dan suami Defendan antara lain menyatakan Osman bin Kassim memegang 40% saham Syarikat Mega Saujana Sdn Bhd sebagai amanah bagi suami Defendan. Suami Defendan telah meninggal dunia pada 24.4.1995.
13
Selepas suami Defendan meninggal dunia, satu tindakan di bawah Saman Pemula No. D4-22-464-1996 telah difailkan oleh Defendan terhadap Osman bin Kassim (Tindakan 1996) dimana Defendan menuntut: - i. satu deklarasi bahawa Osman bin Kassim memindahmilik 40% saham yang dipegangnya dalam Syarikat Mega Saujana Sdn Bhd sebagai amanah bagi suami Defendan. 5 ii. Satu perintah perlaksanaan supaya Osman bin Kassim memindahmilik saham 40% yang dipegangnya sebagai amanah bagi Kamaruddin bin Md Yassin kepada Defendan. Tindakan 1996 ini berjaya diselesaikan secara baik melalui satu Perjanjian Penyelesaian bertarikh 5.9.1997 antara Defendan dengan Sing Ling Property Sdn Bhd dan Osman.
14
Mengikut Perjanjian Penyelesaian 1997 tersebut, pihak-pihak dalam perjanjian tersebut, bersetuju supaya Mega Saujana Sdn Bhd distruktur semula. Klausa C Perjanjian Penyelesaian 1997 menyatakan bahawa Sing Ling Property Sdn. Bhd. adalah pemilik benefisiari kepada pemilikan 10% dan pemilik berdaftar kepada pemilikan saham 50% di dalam Mega Saujana Sdn. Bhd. Klausa 12 perjanjian pula menyatakan bahawa Defendan adalah pemilik benefisiari kepada pemilikan saham 40% di dalam Mega Saujana Sdn. Bhd. Selain itu, terdapat klausa-klausa material lain yang akan dirujuk.
15
Berdasarkan Klausa 3.2(g) Perjanjian Penyelesaian 1997, MH Resort Management Sdn. Bhd. mempunyai tanggungjawab untuk memindahmilik hartanah tersebut kepada Defendan. Defendan telah menjelaskan bayaran sejumlah RM22,600.00 pada sekitar Februari dan/ atau April 1994 sebagai pindahmilik bagi hartanah tersebut. Tiada sebarang resit dikeluarkan bagi bayaran RM22,600.00 ini. Selepas bayaran dibuat, milikan kosong hartanah tersebut telah diberikan kepada Defendan dengan pengetahuan dan persetujuan Mega Saujana Sdn. Bhd., Sing Ling Property Sdn. Bhd. Roebuck Development Sdn Bhd, MH Resort Management Sdn. Bhd. dan Ong Cheng Hoe.
16
Pada 6.1.2020, Defendan telah menerima notis bertarikh 20.12.2019 daripada Syarikat MH Resort Development Sdn Bhd meminta Defendan mengosongkan hartanah tersebut. Defendan terkejut apabila menerima notis tersebut. Pada 9.6.2020, Defendan telah melakukan carian di Pejabat Tanah dan mendapati hartanah tersebut telah dipindahmilik dan didaftarkan kepada Plaintif. Defendan mendakwa berlakunya frod dan penipuan dalam urusan pindahmilik hartanah tersebut kepada Plaintif.
17
Defendan menegaskan dia pada bila-bila masa tidak pernah memasuki dan/atau menandatangani apa-apa Perjanjian Jual Beli atau Borang Pindahmilik dengan mana-mana pihak. Defendan juga tidak pernah menandatangani Surat Kuasa Wakil dengan mana-mana pihak berkaitan dengan hartanah tersebut. Defendan juga menegaskan dia tidak pernah bersetuju untuk melepaskan dan/ atau memindahmilik hartanah tersebut kepada sesiapa jua termasuk Plaintif.
18
Selepas penyelesaian tindakan 1996 tersebut dan Perjanjian Penyelesaian bertarikh 6.3.2000 terdapat persetujuan diantara Defendan, Sing Ling Property dan Osman bin Kassim untuk menyempurnakan pindahmilik 40% saham dalam Syarikat Mega Saujana Sdn Bhd kepada Defendan namun ini gagal dilakukan. Tindakan Plaintif membeli hartanah tersebut daripada MH Resort Development Sdn Bhd tanpa mendapatkan pengesahan atau tanpa melakukan amalan biasa dalam proses jual beli hartanah menyebabkan Plaintif harus dipertanggungjawabkan atas kegagalan mereka sendiri.
19
Plaintif dan MH Resort Development Sdn Bhd mempunyai pengarah dan/ atau pemegang saham yang sama. Oleh itu, Perjanjian Jual Beli hartanah tersebut diantara MH Resort Development Sdn. Bhd. dan Plaintif adalah tidak sah kerana ada unsur-unsur penipuan. MH Resort Development Sdn Bhd hendaklah menyerahkan dan memindahmilik hartanah tersebut kepada Defendan selaras dengan Perjanjian Penyelesaian 1997 dan/ atau Perjanjian Penyelesaian 2000. Plaintif dan/ atau pemegang saham MH Resort Development Sdn. Bhd. mempunyai pengetahuan bahawa hartanah tersebut adalah perlu dipindahmilik kepada Defendan. Defendan tidak pernah memberi kebenaran dan/atau persetujuan kepada mana-mana pihak termasuk MH Resort Development Sdn. Bhd. untuk memasuki apa-apa perjanjian jual beli dan/atau melupuskan hartanah tersebut kepada mana-mana pihak termasuk Plaintif.
20
Defendan mendakwa wujud konspirasi antara Plaintif dan MH Resort Development Sdn Bhd untuk memperdayakan Defendan dalam tindakan ini apabila Plaintif gagal menamakan MH Resort Development Sdn. Bhd. kerana Plaintif dan MH Resort Development Sdn Bhd sememangnya mempunyai pengetahuan tentang status hartanah tersebut, maka pindahmilik hartanah tersebut kepada Plaintif adalah tidak sah dan satu tindakan mala fide. C. KEPUTUSAN MAHKAMAH [21] Ini adalah permohonan Plaintif di bawah Aturan 89 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 untuk memohon milikan kosong suatu hartanah yang dikenali sebagai H.S(M) 22669, Lot 35719, Mukim Daerah Klang, Selangor yang beralamat No. 21 Lorong Tenggiri 1A, Off Jalan Mohd Yamin,41100 Klang, Selangor (“hartanah tersebut”).
22
Plaintif adalah pemilik berdaftar hartanah tersebut dan mendakwa Defendan telah menduduki hartanah tersebut secara tidak sah sejak 2019 tanpa kebenaran Plaintif. Pada 20.12.2019, Plaintif telah mengeluarkan “Notice to Vacate” kepada Defendan supaya mengosongkan hartanah tersebut tetapi Defendan enggan berbuat demikian. Plaintif telah membeli hartanah tersebut daripada MH Resort Development Sdn. Bhd. melalui satu Perjanjian Jual Beli bertarikh 12.12.2020.
23
Defendan pula mendakwa dia merupakan pemilik berkepentingan hartanah tersebut. Suami Defendan merupakan pemegang saham sebanyak 40% dalam Syarikat Mega Saujana Sdn Bhd. Terdapat satu “Trust Deed” bertarikh 3.6.1994 yang ditandatangani oleh suami Defendan bersama seorang bernama Osman bin Kassim 10 yang menyatakan bahawa Osman memegang 40% saham Syarikat mega Saujana Sdn Bhd sebagai amanah bagi suami Defendan. Suami Defendan telah meninggal dunia pada tahun 1995 dan selepas kematian suaminya, Defendan telah memfailkan satu tindakan (Tindakan 1996) atas Osman bin Kassim yang antara lain menuntut Osman yang memegang 40% saham Mega Saujana Bhd. sebagai amanah bagi pihak suami Defendan supaya memindahmililk saham tersebut kepada Defendan. Kemudian terapat Perjanjian Penyelesaian 1997 dimana pihak-pihak yang terlibat bersetuju untuk mengstruktur semula Mega Saujana Sdn Bhd.
24
Berdasarkan Klausa 3.2(g) Perjanjian Penyelesaian tersebut MH Resort Management Sdn Bhd hendaklah memindahmilik hartanah tersebut atas nama Defendan dan Defendan telah menjelaskan bayaran sejumlah RM22,600.00 pada sekitar Februari dan/ atau April 1994 sebagai balasan untuk pindahmilik tersebut; namun tiada resit dikeluarkan untuk pembayaran tersebut. Selepas bayaran dibuat, Defendan telah diberikan milikan kosong hartanah tersebut dengan pengetahuan penuh dan persetujuan Mega Saujana Sdn Bhd, MH Resort Management Sdn. Bhd. dan Ong Cheng Hoe. Apabila mendapat “Notice to Vacate” bertarikh 21.12.2019 daripada MH Resort Management Sdn Bhd, Defendan terkejut dan dia membuat carian di pejabat tanah dan mendapati hartanah tersebut telah dipindahmilik atas nama Plaintif.
25
Aturan 89 kaedah 1 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 memperuntukkan:- “ 1. Proceedings to be brought by originating summons Where a person claims possession of land which he alleges is occupied solely by a person or persons (not being a tenant or tenants holding over after the termination of the tenancy) who entered into or remained in occupation without his license or consent or that of any predecessor in title of his, the proceedings may be brought by originating summons in accordance with the provisions of this Order.”
26
Apa yang jelas, Plaintif adalah pemilik berdaftar hartanah tersebut dimana Plaintif telah membeli hartanah tersebut dari MH Resort Development Sdn. Bhd. melalui Perjanjian Jual Beli bertarikh 12.12.2010. Plaintif tidak pernah memberi keizinan dan/atau persetujuan untuk sesiapa pun menduduki hartanah tersebut dan dalam konteks ini, Defendan. Fakta bahawa Plaintif tidak pernah memberi keizinan dan/atau kebenaran untuk sesiapa menduduki hartanah tersebut adalah sebaik sahaja Plaintif mendapat tahu Defendan menduduki hartanah tersebut tanpa kebenaran sekitar 12 tahun 2019, mereka telah mengeluarkan “Notice to Vacate” bertarikh 20.12.2019 melalui peguamcara mereka; namun Defendan enggan mengosongkan hartanah tersebut. Plaintif melalui peguamcara mereka sekali lagi mengeluarkan notis yang sama bertarikh 13.8.2024 kepada Defendan, namun Defendan masih enggan mengosongkan hartanah tersebut hingga kini. I. Adakah Plaintif dan MH Resorts Development Sdn Bhd terikat dengan terma-terma Perjanjian Penyelesaian 1997 dan Perjanjian Penyelesaian 2000? [27] Mahkamah telah meneliti kedua-dua Perjanjian Penyelesaian ini dan mendapati pihak-pihak yang terlibat bukan Plaintif dan MH Resort Development Sdn. Bhd. Pihak-pihak yang terlibat dalam Perjanjian Penyelesaian 1997 adalah Defendan, Sing Ling Property Sdn Bhd dan Ong Cheng Hoe [Lampiran 5 ekshibit MT-1] Perjanjian Penyelesaian 2000 melibatkan adalah Defendan, Sing Ling Property dan Osman bin Kassim [Lampiran 5 ekshibit MT-2] Peguamcara Plaintif merujuk kepada keputusan Mahkamah Rayuan didalam Glomac Alliance Sdn Bhd v Nordin bin Md Zain 2023 3 MLJ 393 yang mana penghakiman merujuk kepada 13 keputusan Mahkamah Persekutuan didalam Suwiri Sdn Bhd v Government of the State of yang memutuskan: “[37] The Federal Court in the case of Suwiri Sdn Bhd v Government of The State of Sabah [2008] 1 MLJ 743 also held: [10] The doctrine of privity of contract is that as a general rule, a contract cannot confer rights or impose obligations on strangers to it, i.e. persons who are not parties to it. Oleh itu, untuk menguatkuasa terma-terma kedua-dua Perjanjian Penyelesaian tersebut atas Plaintif dan MH Resort Development Sdn Bhd adalah tidak munasabah dan tidak dibenarkan oleh undang-undang. II. Pemegang saham dan Pengarah di dalam Plaintif dan MH Resort Development adalah orang yang sama maka urusan jual beli hartanah tersebut antara MH Resort Development dan Plaintif adalah tidak sah dan berlaku penipuan. [28] Pengarah dan pemegang saham didalam syarikat adalah entity yang berbeza. MH Resort Development dan Plaintif adalah 2 syarikat yang mempunyai entity berbeza; walaupun kedua-duanya 14 mempunyai pemegang saham dan pengarah yang sama, tindakan olehg kedua-dua syarikat tidak akan mengikat satu sama lain III. Kedudukan Klausa 3.2 Perjanjian Penyelesaian Tahun 1997 [29] Defendan mendakwa mengikut Klausa 3.2 (g) Perjanjian Penyelesaian tersebut Sing Ling dan Ong hendaklah memastikan pemindahan hartanah tersebut kepada Defendan. Klausa 3.2 (g) memperuntukkan: - “Within one (1) month of execution of this Agreement , Sing Ling and Ong shall cause M.H Resort Management Sdn Bhd to transfer that piece of land held under H.S (M) 22669, Lot 35719 having its address at No.1 Lorong Tenggiri 1 A, Jalan Mohd Yamin, 41100 Klang, Selangor Darul Ehsan, together with the house erected thereon (“the land”) to Puan Mahanom and for that purpose to execute a Memorandum of Transfer in accordance with the provisions of the National Land Code. Puan Mahanum shall pay the balance purchase price of the Land amounting to Ringgit Malaysia Two Hundred and Forty-Seven Thousand and Four Hundred (RM 247,400.00) to M.H Resort Management Sdn. Bhd. within six (6) months of the purchase of Puan Mahanom’s share in the Company pursuant to Clause 4 herein”.
30
Mahkamah ini bersetuju dengan hujahan peguamcara Plaintif, bahawa jika Defendan ingin bergantung kepada terma-terma Perjanjian Penyelesaian 1997 ini dapat dilihat dari terma-termanya bahawa:
i
Klausa 3.2(g) meletakkan tanggungjawab untuk memindahmilik hartanah tersebut kepada Sing Ling dan Ong dan bukan MH Resort Development Sdn. Bhd.;
II
(ii) Harga jualan hartanah tersebut adalah RM247,400.00 dan bukan RM22,600.00 seperti didakwa Defendan.
III
(iii) Tidak munasabah tidak dikeluarkan resit kepada Defendan atas bayaran RM22,600.00 tersebut.
IV
(iv) Tiada sebarang perjanjian yang dikemukakan oleh Defendan untuk menunjukkan sebagai balasan kepada bayaran RM22,600.00 yang dibuatnya adalah untuk hartanah tersebut. [31] Ironinya tindakan Defendan disini adalah walaupun tiada dikeluarkan resit untuk bukti penerimaan bayaran sejumlah RM22,600.00 yang dikatakan sebagai bayaran untuk hartanah tersebut, Defendan tidak menuntutnya dari syarikat tersebut. Selain itu, walaupun hartanah tersebut tidak dipindahmilik kepada Defendan selaras dengan terma-terma Klausa 3.2(g) Perjanjian Penyelesaian 1997, tiada tindakan undang-undang diambil ke atas Sing Ling atau pun Ong kerana pelanggaran terma Klausa 3.2(g) sehinggalah Plaintif memfailkan tindakan ini atas Defendan. Rujukan kepada kes Khor Cheng Wah v Sungei Way Leasing Sdn Bhd [1996] 1 MLJ 229: “It is a cardinal principle of law, that when a litigant seeks the intervention of the court in a matter that affects his rights, he must do so timeously. The maxim vigilantibus, non dormientibus, jura subveniunt, though having its origins in the Court of Chancery, is of universal application. Even in cases where a right is exercisable ex debitio justitae, a court may refuse relief to an indolent litigant. Didalam kes ini, Defendan mendapat tahu sejak 2019 lagi apabila menerima notis untuk mengosongkan hartanah itu dari peguamcara Plaintif, bahawa hartanah itu bukan atas namanya; namun Defendan tidak mengambil apa-apa tindakan undang-undang untuk mencabar pindahmilik hartanah itu atas nama Plaintif. Defendan telah berdiam diri selama hampir 5 tahun atas isu ini, dan untuk mengatakan berlaku penipuan atas pindahmilik itu kepada Plaintif adalah sudah terlalu lewat kerana peluang ini sepatutnya diambil oleh Defendan sebaik sahaja mengetahui hartanah itu milik Plaintif pada tahun 2019 lagi. V. Kedudukan hakmilik Plaintif atas hartanah tersebut [32] Defendan telah mengemukakan resit-resit bayaran cukai tanah dan cukai taksiran atas hartanah tersebut untuk menunjukkan dia adalah berhak atas hartanah tersebut. Mahkamah bersetuju dengan hujahan peguamcara Plaintif bahawa sekadar mengemukakan bayaran cukai tanah dan/ atau cukai taksiran atas hartanah tersebut tidak memberikan dia hak untuk menuntut milikan. Nama Plaintif didaftarkan didalam dokumen hakmilik hartanah tersebut iaitu satu pengiktirafan di bawah Seksyen 340 Kanun Tanah Negara iaitu satu hak yang tidak boleh disangkal kecuali dibuktikan berlakunya penipuan yang mana gagal dibuktikan oleh Defendan. Defendan mendakwa bahawa penipuan berlaku hanya kerana Plaintif dan MH Resort Development mempunyai pengarah dan pemilik saham yang sama adalah tidak berasas kerana pemegang saham dan syarikat 2 entiti berbeza dan apa-apa tindakah pemegang saham dan/atau pengarah tidak mengikat syarikat. [33] Seperti yang dihujahkan oleh peguamcara Plaintif, walaupun Defendan mendakwa Mega Saujana Sdn Bhd, Sing Lin Property Sdn. Bhd., Roebuck Development Sdn. Bhd. dan MH Resort Development Sdn. Bhd.; tiada carian syarikat dengan SSM dibuat melibatkan MH Resort Development Sdn. Bhd. Walaupun Defendan mendakwa dia telah tinggal di hartanah tersebut selama 30 tahun, ianya tidak relevan dengan tuntutan Plaintif. Plaintif bukan pihak dalam apa jua urusan yang melibatkan Defendan dengan pihak-pihak ketiga atas hartanah tersebut. Apa yang penting adalah Plaintif merupakan pemilik berdaftar hartanah tersebut dan memiliki hakmilik yang tidak boleh disangkal yang dilindungi oleh Seksyen 340 Kanun Tanah Negara. Plaintif membeli hartanah itu melalui satu Perjanjian Jual Beli yang sah dan untuk balasan bernilai dalam tahun 2010. VI. Terdapatnya unsur penipuan/ frod [34] Hanya satu cabaran sahaja yang boleh dilakukan oleh Defendan untuk membatalkan hakmilik yang tidak boleh disangkal yang kini menjadi milik Plaintif adalah sekiranya dibuktikan pindahmilik hartanah itu dilakukan dengan penipuan/ frod. Seksyen 340(2) Kanun Tanah Negara memperuntukkan: “(2) Hakmilik atau kepentingan mana-mana orang atau badan sedemikian hendaklah tidak menjadi takboleh disangkal:
a
dalam mana-mana kes penipuan atau salahnyata yang kepadanya orang atau badan itu, atau mana-mana ejen orang atau badan itu, adalah suatu pihak atau privi; atau
b
jika sekiranya pendaftaran diperolehi secara pemalsuan, atau dengan cara suatu instrumen yang tidak mencukupi atau tak sah; atau
c
jika sekiranya hakmilik atau kepentingan itu adalah diperolehi secara tidak sah oleh orang atau badan dalam pergunaan berupa apa-apa kuasa atau autoriti yang diberi oleh mana-mana undang-undang bertulis. [35] Defendan mendakwa terdapatnya konspirasi untuk menipu Defendan oleh Plaintif dan pihak ketiga. Plaintif menyangkal dakwaan ini sekeras-kerasnya. Plaintif mendakwa Defendan gagal mengemukakan apa-apa bukti untuk dakwaannya ini. Didalam kes Misar Sdn Bhd v DCAP Resources Sdn Bhd & Ors [2021] MLJU 3082 yang dirujuk oleh peguamcara Plaintif berkenaan rujukan kes-kes yang mana Defendan mendakwa adanya unsur penipuan: “[15] As already mentioned, one of the cause of actions against the 1st Defendant is premised on tort of deceit (fraud). As established by the law, there are four elements that must exist in order to succeed in this sort of cases. In the case of Trengganu Forest Products Sdn Bhd v Cosco Container Lines Company Ltd & Anor [2009] 7CLJ 573 Ramli Ali J (as he then was) held: [23] Lord Maugham in the case of Bradford Third Equitable Benefit Building Society v Borders [1941] 2 All ER 205 at p 211 had summarised the four essential elements which a plaintiff has to establish in an action for deceit or fraud as follows: First, there must be representation of fact made by words, or it may be conduct. This phrase will include a case where the defendant has manifestly approved and adopted a representation made by some third person. On the other hand, mere silence, however morally wrong, will not support an action of deceit. Peek v Gurney and Arkwright v Newbold. Secondly, the representation must be made with knowledge that it is false. It must be wilfully false or at least made in the absence of any genuine belief that it is true. Derry v Peek and Nocton v Lord Ashburton. Thirdly, it must be made with the intention that it should be acted upon by the plaintiff, or by a class of persons which will include the plaintiff in the manner which resulted in damage to him Peek v Gurney and Smith v Chadwick. If however, fraud be established it is immaterial that there was no intention to cheat or injure the person to whom the false statement was made. Derry v peek and Peek v Gurney. Fourth, it must be proved that the plaintiff has acted upon the false statement and has sustained damage by doing so. Clark v Dickson.” [16] Learned counsel for the Plaintiff also cited an older case decided by the High Court in Cheong Kee Teck v Quah Hoay Kwan & Ors [1963] 1 LNS 14, a case which has also echoed the same elements that needed to be established by the Plaintiff. The elements can be summarised as follows: [1] that there was representation of fact by words, or it may be conduct; [2] that the representation was made with knowledge that it is false; [3] that the representation was made with the intention that it should be acted upon by the Plaintiff in the manner which resulted in damage to it; and [4] that the plaintiff has acted upon the false statement and has sustained damage by doing so. [36] Defendan mendakwa berlakunya penipuan didalam transaksi jual beli hartanah tersebut; namun yang penting adalah dia bukan pemilik berdaftar hartanah tersebut. Bagi dakwaan Defendan bahawa transaksi jual beli hartanah antara Plaintif dan MH Resort Development adalah tidak sah kerana ada unsur penipuan dan mala fide adalah tidak berasas seperti yang dihujah oleh Plaintif iaitu:
a
Pihak yang sepatutnya memindahmillik hartanah tersebut (jika benar) mengikut Klausa 3.2 (g) Perjanjian Penyelesaian 1997 adalah Sing Ling dan Ong dan bukannya MH Resort Development. Plaintif dan MH Resort Development bukan pihak kepada Perjanjian Penyelesaian tersebut, maka terma-terma perjanjian penyelesaian itu tidak mengikat mereka.
b
Defendan tidak menguatkuasa haknya dibawah undang-undang untuk memastikan pihak-pihak yang sepatutnya memindahmilik hartanah tersebut seperti yang dinyatakan didalam Klausa 3.2(g) Perjanjian Penyelesaian 1997 dan 2000 itu melakukannya (dalam konteks ini Sing Ling dan Ong). Hak ini jelas dinyatakan didalam Klausa 3.2 Perjanjian Penyelesaian 200 [Lampiran 5 ekshibit MT- 4 mukasurat 79]: “By the same token in the event that for whatsoever reason Osman shall be in breach of any term or condition of this Agreement, then either Mahanom or Sing Ling shall have the right either;
i
(i)……
II
(ii) to seek to enforce this Agreement by way of order of specific performance from any court of competent jurisdiction.” [37] Defendan juga tidak membuat laporan polis jika benar wujudnya penipuan yang didakwa dilakukan oleh Plaintif dan MH Resort Development kerana pada setiap masa material Defendan diwakili oleh peguam. Jika sekalipun Defendan ingin mengambil apa-apa tindakan atas dakwaannya ini, ianya telah dihalang oleh had batasan masa dan Seksyen 6 Akta Had Masa terpakai. D. KEPUTUSAN [38] Berdasarkan alasan-alasan diatas, maka Mahkamah memutuskan untuk membenarkan permohonan Plaintif di perenggan 1, 2, 3 ,6 dan gantirugi untuk ditaksirkan. Oleh kerana Mahkamah telah membenarkan permohonan Lampiran 1 maka Lampiran 10 menjadi akademik dan dibatalkan. Kos permohonan adalah sebanyak RM10,000.00 Bertarikh 7 November 2024 t.t. (NORLIZA BINTI OTHMAN) HAKIM MAHKAMAH TINGGI MAHKAMAH TINGGI MALAYA KLANG PEGUAM CARA BAGI PIHAK PERAYU : Tetuan Mohd Irwan Mohd Mubarak No. 15-2, Jalan Melati Utama 4, Melati Utama, 53100 Setapak, Kuala Lumpur PEGUAM CARA BAGI PIHAK DEFENDAN : Tetuan Kamil Hashim Raj & Lim Level 3, No. 2C Lintang Gelugor Off Persiaran Sultan Ibrahim 41300 Klang Selangor Darul Ehsan
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.