Penelitian kepada keputusan dalam kes tersebut perlu diambil perhatian bagi memahami perjalanan kes ini dan hubung kaitnya dengan kes tersebut. Pada masa yang sama Mahkamah juga perlu melihat apakah remedi yang dipohon dalam kes tersebut. Ini dapat dilihat dalam alasan penghakiman Mahkamah Rayuan yang telah memetik remedi yang dipohon dalam kes tersebut seperti yang berikut: “[17] Finally, the Appellant on 27 March 2018 instituted its action in the High Court and claimed the following in paragraph (10) of its statement of claim: i. Defendan sendiri, ejen-ejen, atau pengkhidmat-pengkhidmat beliau selainnya ditahan dan suatu Injunksi dikeluarkan untuk menahan dan melarang mereka ini melakukan kerja-kerja meleraikan dan mengeluarkan kilang - "processing plant" dan semua harta benda kepunyaan Plaintif di kawasan konsesi tapak perlombongan yang di kenali sebagai ML. 16/2014 LOT PA 26644 (PA 265864) Sungai Rawit, Mukim Semantan, Daerah Temerloh, Pahang Darul Makmur; ii. Plaintif dibenarkan untuk menanggalkan dan mengeluarkan dalam masa yang munasabah kilang - "processing plant" dan semua harta benda kepunyaan Plaintif tanpa sebarang sekatan, gangguan mahupun larangan daripada Defendan sendiri, ejen-ejen atau pengkhidmat-pengkhidmat beliau sendiri di kawasan konsesi tapak perlombongan yang di kenali sebagai ML. 16/2014 LOT PA 26644 (PA265864) Sungai Rawit, Mukim Semantan, Daerah Temerloh, Pahang Darul Makmur; iii. Suatu Deklarasi bahawa Perjanjian bertarikh 26 February 2016 adalah sah dan berkuatkuasa; iv. Pembatalan Perjanjian bertarikh 26 February 2016 oleh pihak Defendan adalah tidak sah; v. Dalam alternatif, Defendan membayar Plaintif gantirugi dan kerugian atas kilang - "processing plant" yang telah dileraikan dan dikeluarkan oleh Defendan sendiri, ejen-ejen atau pengkhidmat-pengkhidmatnya tanpa kebenaran dan keizinan Plaintif-Plaintif; vi. (a) Gantirugi Khas;