Ananthan a/l N Arumugam Isteri/ balu Abang Peguam lantikan Asidaz BA-22NCVC- 507-12/2022 Plaintif: Glenn Faustinn Asidaz Defendan: Selvi @ Kupamah a/p Subramaniam Anak saudara Isteri/ balu [5] Pada 6.3.2025, Mahkamah telah membenarkan tuntutan plaintif dalam Guaman 507 dengan kos ditanggung oleh pihak masing-masing dan menolak tuntutan plaintif dalam Guaman 218. C. FAKTA MATERIAL [6] Kedudukan hubungan antara pihak-pihak, hubungan antara pihak-pihak dengan Si mati dan hal perkara yang menjadi pertikaian iaitu harta Si mati sebuah rumah di No. 5 Jalan Putra Perdana 2/5, Taman Putra Perdana, 47130 Puchong Selangor yang terletak di bawah hak milik No. PN 392260 Lot 140111, Mukim Dengkil Daerah Sepang (hartanah), memerlukan kedua-dua Guaman tersebut didengar bersama. [7] Si mati dan Selvi telah berkahwin pada tahun 1996 dan pada awalnya tinggal di rumah adik perempuan Si mati di No. 49, Jalan 1/6, Taman Bukit Indah, 68000 Ampang. [8] Si mati telah membeli hartanah tersebut dan pasangan ini kemudiannya berpindah ke hartanah tersebut sekitar tahun 1998. [9] Kemudian, Selvi telah meninggalkan Si mati bersendirian di hartanah tersebut dan menyebabkan Si mati berpindah semula tinggal bersama adik perempuan Si mati dari tahun 1999 sehingga tahun 2005. [10] Wasiat tersebut yang bertarikh 11.8.2004 disediakan oleh Si mati semasa Selvi tidak tinggal bersama dengan Si mati. [11] Manakala Asidaz pula membawa versi bahawa semasa Si mati semasa sakit telah dijaga bergilir-gilir oleh adik beradik Si mati dan hartanah tersebut telah dipindahmilik kepada Asidaz. Guaman 208 [12] Dalam Guaman 208, Selvi telah menyaman Asidaz dan Ananthan atas kapasiti Selvi sebagai pentadbir dan pemegang amanah bagi harta pusaka Si mati. [13] Kausa tuntutan Selvi adalah berasaskan frod dan konspirasi dengan alegasi Asidaz telah memindahmilik hartanah tersebut melalui Perjanjian Jual Beli bertarikh 17.6.2013 dan Deed of Assignment yang disediakan oleh Ananthan selaku peguam cara. [14] Menurut Selvi, pindahmilik dilaksanakan tanpa pengetahuan Si mati dan tandatangan Si mati telah dipalsukan. Pengetahuan tentang pindah milik tersebut menurut Selvi diketahui setelah Si mati menyemak dengan Majlis Perbandaran Sepang sekitar 15.8.2019. Si mati semasa hayatnya telah membuat laporan polis berkenaan hal tersebut. [15] Selvi menuntut deklarasi bahawa Perjanjian Jual Beli bertarikh 17.6.2013 tidak sah dan terbatal dan hartanah tersebut dipindahmilik semula oleh Asidaz kepada Selvi selain perintah diberikan kepada Pendaftar Mahkamah untuk menandatangani dokumen-dokumen pindahmilik jika Aisdaz enggan. Selvi turut menuntut kos pindahmilik ditanggung oleh Asidaz, kutipan hasil sewa hartanah tersebut, ganti rugi am bagi konspirasi dan pelanggaran tugas fidusiari oleh Ananthan terhadap Si mati untuk ditaksirkan, ganti rugi teladan dan kos. [16] Selvi telah memberi keterangan semasa perbicaraan penuh tanpa menawarkan saksi lain. Guaman 507 [17] Glenn selaku plaintif dalam Guaman 507 ialah anak kandung kepada Asidaz, defendan pertama dalam Guaman 218. [18] Glenn atas kapasitinya sebagai wasi dan benefisiari Si mati, telah menuntut terhadap Selvi bagi relif agar Surat Kuasa Mentadbir yang diberikan kepada Selvi dibatalkan. Glenn turut memohon deklarasi supaya wasiat Si mati sah di sisi undang-undang dan beliau diisytiharkan sebagai wasi dan benefisiari tunggal Si mati selain suatu Geran Probate diberikan kepadanya untuk mentadbir harta pusaka Si mati. [19] Kewujudan wasiat tersebut telah dicabar oleh Selvi. Selvi tidak mengemukakan saksi untuk mencabar tuntutan Glenn. Glenn telah memanggil seorang saksi yang dinamakan dalam wasiat Si mati iaitu Ganesan a/l Athhmalingam. Seorang lagi saksi dalam wasiat Si mati telah meninggal dunia. D. KEDUDUKAN UNDANG-UNDANG [20] Adalah menjadi undang-undang mantap bahawa beban bukti terletak di bahu plaintif untuk membuktikan kesnya. Bukanlah beban atas defendan untuk membuktikan sebaliknya. Ini telah diperuntukkan dalam seksyen 101, 102 dan 103 Akta Keterangan 1950. [21] Mahkamah Rayuan dalam kes Selvaduray v. Chinniah [1939] CLJU 107; [1939] 1 MLJ 253, 254 telah memutuskan bahawa - The burden of proof under section 102 of the Evidence Enactment is upon the person who would fail if no evidence at all were given on either side, and accordingly, the plaintiff must establish his case. If he fails to do so, it will not avail him to turn around and say that the defendant has not established his. The defendant can say it is wholly immaterial whether I prove my case or not. You have not proved yours. [22] Begitu juga dalam kes Johara Bi bt. Abdul Kadir Marican v. Lawrence Lam Kwok Fou & Anor [1980] CLJU 199; [1981] 1 MLJ 139, Mahkamah Persekutuan memutuskan – It was all a matter of proof and that until and unless the plaintiff has discharged the onus on her to prove her case on a balance of probabilities, the burden did not shift to the defendant, and no matter if the defendant's case was completely unbelievable, the claim against him must in these circumstances be dismissed. With respect, we agree with this judicial approach. E. ISU-ISU UNTUK DIBICARAKAN [23] Berikut adalah isu-isu yang telah berbangkit semasa perbicaraan penuh bagi kedua-dua Guaman tersebut – i. Sama ada Asidaz telah memalsukan tandatangan si mati dalam perjanjian jual beli yang disediakan oleh defendan kedua. ii. Sama ada defendan kedua berkonpirasi dengan Asidaz dan merancang penipuan terhadap si mati dan memindahmilik hartanah kepada Asidaz melalui perjanjian jual beli bertarikh 17.3 2016. iii. Sama ada defendan kedua melanggar kewajipan fidusiari dan tidak mematuhi kaedah penyerahakan. iv. Sama ada wasiat bertarikh 11.8.2004 merupakan wasiat yang sah dan berkuatkuasa. F. ANALISIS DAN DAPATAN MAHKAMAH Isu 1 : Sama ada Asidaz telah memalsukan tandatangan si mati dalam perjanjian jual beli yang disediakan oleh defendan kedua. [24] Subseksyen 340 (2) memperuntukkan – The title or interest of any such person or body shall not be indefeasible – (a) in any case of fraud or misrepresentation to which the person or body, or any agent of the person or body, was a party or privy; (b) where registration was obtained by forgery, or by means of an insufficient or void instrument. [25] Alasan utama Selvi mencabar Perjanjian Jual Beli adalah dimasuki berdasarkan frod dan Letter of Authorisation bertarikh 17.6.2013 mengandungi tandatangan Si mati yang dipalsukan. [26] Dalam hal ini, beban terletak di bahu Selvi untuk membuktikan alegasi frod yang diplidkan terhadap Asidaz dan Ananthan. Prinsip undang-undang yang mantap meletakkan standard pembuktian dalam kes sivil yang melibatkan frod pada tahap di atas imbangan kebarangkalian sebagaimana diputuskan dalam kes Sinnaiyah & Sons Sdn Bhd v Damai Setia Sdn Bhd [2015] 7 CLJ 584, iaitu- ...It means only that the inherent probability or improbability of an event is itself a matter to be taken into account when weighing the probabilities and deciding whether, on balance, the event occurred. The more improbable the event, the stronger must be the evidence that it did occur before, on the balance of probability, its occurrence will be established. [27] Guaman 218 difailkan oleh Selvi selepas kematian Si mati. Satu-satunya dokumen yang menunjukkan bantahan Si mati terhadap pindah milik tersebut adalah laporan polis oleh Si mati No. Putra Perdana/003821/19 bertarikh 15.8.2019 yang menyatakan antara lain milikan rumah Si mati telah ditukar kepada abangnya Asidaz tanpa pengetahuan Si mati dan semua dokumen berkaitan rumah tersebut disimpan oleh Asidaz sejak Si mati jatuh sakit dan dijemput oleh Asidaz untuk tinggal bersama. [28] Si mati turut menyatakan dalam laporan polis tersebut - Saya ada menelefon kepada dia dan memberitahu hal ini dan dia menjawab terpulang kepada saya untuk ambil tindakan atau tidak. Hal ini menyebabkan saya tidak puas hati kerana telah ditipu oleh abang sendiri serta mengambil kesempatan ke atas diri saya. [29] Satu lagi laporan polis oleh Si mati No. Putra Perdana/001123/09 bertarikh 5.5.2009 (mukasurat 42 Kandungan 47) yang melaporkan tentang penyewa yang gagal membayar hartanah tersebut. [30] Mahkamah ini mendapati ada tandatangan Si mati pada kedua-dua laporan polis bertarikh 15.8.2019 dan 5.5.2009. Kedua-dua tandatangan Si mati dalam dokumen tersebut bukan dalam bentuk ejaan nama tetapi tandatangan yang lebih kurang sama. [31] Selvi menegaskan bahawa tandatangan Si mati pada Letter of Authorization bertarikh 17.6.2013 adalah palsu. Hal ini kerana tandatangan Si mati Letter of Authorization dalam bentuk ejaan Samy pada pandangan mata secara zahirnya berbeza dengan dua tandatangan Si mati pada laporan polis bertarikh 15.8.2019 dan 5.5.2009. [32] Tandatangan pada Letter of Authorization tersebut sama dan serupa dari segi zahirnya dengan tandatangan Si mati dalam Form of Declaration bertarikh 17.6.2013. [33] Tandatangan Si mati pada dokumen Letter of Authorization dan Form of Declaration adalah juga sama dan serupa pada zahirnya dengan tandatangan Si mati dalam Perjanjian Jual Beli bertarikh 17.3.2016 (ms 94 B/L). Tandatangan Si mati tersebut disaksikan oleh Ananthan iaitu defendan kedua. [34] Sebagai menyokong penegasan tentang tandatangan Si mati, Selvi telah mengemukakan passport Si mati, perjanjian jual beli hartanah pada tahun 1991, tandatangan Si mati dalam perjanjian pinjaman dengan MBSB Bank dan borang permohonan pinjaman bank MBSB dan Perjanjian Penyewaan.