Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO: BA-22NCvC-461-11/2023 ANTARA GME GLOBAL AUTOMOTIVE (M) SDN BHD … PLAINTIF (NO. SYARIKAT: 202101034414 (1434714-U)
BA-22NCvC-461-11/2023
High Court of Malaysia28 Nov 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“e law is clear. A person who is not a party to a contract has no right to sue on a contract (see Kepong Prospecting Ltd & Ors v Schmidt [1968] 1 MLJ 170 (PC); [1967] 2 PCC 465 (PC); and s 2(d) of the Contracts Act 1950; Oversea Chinese Banking Corporation Ltd v Woo Hing Brothers (M) Sdn Bhd [1992] 2 MLJ 86 (HC); and Ba”
“upon him who alleges it and not upon him who denies it, so that where a particular allegation forms an essential part of a person’s case, the proof of such allegation falls on him (See s. 103 of the Evidence Act).... ISU UNTUK DIPUTUSKAN [10] Pihak-pihak telah mengemukakan isu-isu berikut untuk dibicarakan – i) Sama ad”
“is a conflict between contemporaneous documentary evidence and oral evidence, the contemporaneous documentary evidence outweighs the oral evidence. (See Chai Cim Choo v Merchant Summit Sdn Bhd & Anor [2020] MLRHU 746) [30] SP1 telah dicadangkan bahawa plaintif hanya boleh menyaman defendan keempat dan bukannya defendan”
“ang ada di hadapan Mahkamah ini adalah kontrak yang wujud hanyalah melibatkan plaintif dengan defendan keempat dan bukannya plaintif. Dalam kes Thomas Varkki MV Varkki & Anor v Kunci Semangat Sdn Bhd [2021] MLRHU 122 diputuskan bahawa – I adopt the approach that where there is a conflict between contemporaneous documen”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO: BA-22NCvC-461-11/2023 ANTARA GME GLOBAL AUTOMOTIVE (M) SDN BHD … PLAINTIF (NO. SYARIKAT: 202101034414 (1434714-U)
1
RIDUAN BIN MAUDIN …DEFENDAN- (NO. K/P: 790101-71-5283)
2
AMIR BIN AZAHAR
3
DSR CORPORATE SERVICES (M) SDN BHD
4
DSR MANAGEMENT & CONSULTANCY (M) SDN BHD (NO. SYARIKAT: 201901004754 (1314081-H)) ALASAN PENGHAKIMAN 15/02/2026 18:04:47 BA-22NCvC-461-11/2023 Kand. 45 PENDAHULUAN [1] Ini adalah keputusan selepas perbicaraan penuh. Pada 28.11.2025, Mahkamah ini telah menolak tuntutan plaintif dan membenarkan sebahagian tuntutan balas defendan pertama, ketiga dan keempat. LATAR BELAKANG [2] Perbicaraan penuh berlangsung selama satu hari sahaja pada 1.10.2025. Plaintif telah memanggil seorang saksi iaitu pengarah plaintif, Low Yu Zheng. Defendan pertama, ketiga dan keempat pula mengemukakan Riduan bin Maudin, sebagai saksi tunggal. Peguam cara bagi kedua-dua pihak telah diberi masa yang mencukupi untuk memfailkan hujahan bertulis dan hujahan balas yang diikuti dengan penetapan tarikh keputusan pada 28.11.2025. [3] Plaintif tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah ini dan selanjutnya memfailkan notis rayuan pada 22.12.2025. FAKTA MATERIAL [4] Plaintif adalah syarikat yang menjalankan perniagaan borong dan runcit kenderaan terpakai. Manakala defendan pertama merupakan pengarah dan pemegang saham tunggal defendan ketiga dan keempat. Tuntutan terhadap defendan kedua walau bagaimanapun telah ditarik balik oleh plaintif pada 12.1.2024. [5] Tuntutan dalam Guaman ini berkisar tentang penawaran tanah Lot 9 Plot B-3-6, Batu 2 ½, Jalan Cheras Kuala Lumpur (dirujuk sebagai Lot 9) oleh defendan pertama kepada plaintif untuk perniagaan kereta terpakai. Berikutan itu, plaintif bersetuju dan telah membuat beberapa kali pembayaran wang untuk tempahan, deposit sewa dan kos bagi kerja-kerja ubahsuai kepada defendan pertama dan defendan keempat yang keseluruhan berjumlah RM177,300.00. Plaintif turut membayar RM1,440.00 sebagai duti setem bagi Perjanjian Kontrak Perkhidmatan yang telah dimasuki oleh plaintif dengan defendan ketiga pada 1.7.2023. [6] Selepas mengambil milikan kosong Lot 9 tersebut daripada defendan-defendan, plaintif telah menerima notis untuk mengosongkan tanah daripada Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan (PTGWP) bertarikh 17.8.2023 yang menyatakan plaintif menduduki tanah tanpa kebenaran dan menuntut plaintif memulangkan milikan kosong. Tanpa menunggu penjelasan dan tindakan lanjut daripada defendan-defendan, plaintif telah pergi ke pejabat PTGWP dan mendapatkan makluman bahawa defendan-defendan tidak mempunyai hak yang sah atas Lot 9 tersebut. [7] Berikutan dari itu, plaintif menuntut terhadap defendan-defendan bahawa defendan-defendan telah bersubahat dan berkonspirasi dengan niat jahat mendorong plaintif membayar wang kepada defendan-defendan sehingga menyebabkan plaintif mengalami kerugian. Tindak tanduk defendan pertama turut diplidkan sebagai mempergunakan defendan ketiga dan keempat untuk menipu plaintif. Plaintif juga memohon deklarasi supaya tirai perbadanan disingkap dan menjadikan defendan pertama bertanggungan bersesama terhadap RM178,740.00. Plaintif turut menuntut ganti rugi akibat kehilangan reputasi setelah diberi notis pengosongan tanah oleh PTGWP. [8] Bagi defendan ketiga, plaintif memplidkan defendan ketiga memberi representasi bahawa defendan ketiga berkeupayaan menyediakan Lot 9 untuk kegunaan plaintif dan kenyataan frod bahawa Lot 9 tersebut berhak diduduki oleh plaintif. KEDUDUKAN UNDANG-UNDANG [9] Prinsip undang-undang berhubung beban bukti adalah mantap. Mahkamah Persekutuan dalam Datuk Mohd Ali Hj Abdul Majid & Anor v. Public Bank Bhd [2014] 4 MLJ 465 memutuskan – ......This follows from the general rule that the burden of proving a fact is upon him who alleges it and not upon him who denies it, so that where a particular allegation forms an essential part of a person’s case, the proof of such allegation falls on him (See s. 103 of the Evidence Act).... ISU UNTUK DIPUTUSKAN [10] Pihak-pihak telah mengemukakan isu-isu berikut untuk dibicarakan – i) Sama ada representasi defendan pertama kepada plaintif bahawa defendan pertama mengurus tanah tersebut dan plaintif berhak menduduki tanah tersebut adalah dibuat secara frod. ii) Sama ada plaintif telah membuat bayaran kepada defendan pertama dan keempat berjumlah RM177,300 untuk tujuan penggunaan tanah tersebut atas dorongan defendan pertama dan representasi tersebut. iii) Sama ada defendan ketiga telah bersesama dan/atau secara berasingan dengan defendan pertama memasuki Perjanjian Kontrak Perkhidmatan dengan plaintif dan membuat representasi frod kepada plaintif bahawa ia mampu untuk menyediakan tanah tersebut untuk kegunaan plaintif dan plaintif berhak untuk menduduki tanah tersebut. iv) Sama ada defendan pertama telah menyebabkan defendan ketiga dan keempat digunakan sebagai entiti untuk menipu plaintif memasuki Perjanjian Kontrak Perkhidmatan dan seterusnya untuk menerima wang daripada plaintif berbangkit daripada pengunaan tanah tersebut. [11] Meneliti keempat-empat isu tersebut, saya mendapati isu-isu tersebut saling berkait dan bertindih skop faktanya. Umumnya, isu-isu tersebut adalah berkaitan dengan alegasi frod dan representasi oleh defendan pertama kepada plaintif yang mendorong plaintif memasuki kontrak untuk menduduki lot tersebut, isu berkaitan peranan defendan pertama dan adakah tirai perbadanan boleh disingkap untuk menjadikan defendan pertama bertanggungan terhadap kerugian yang dialami oleh plaintif. Oleh kerana plaintif menuntut relif gantirugi, plaintif turut mempunyai beban bukti terhadap gantirugi yang dituntut tersebut. ANALISIS DAN DAPATAN MAHKAMAH [12] Ini adalah suatu Guaman yang mana selayaknya dimulakan di Mahkamah Rendah berdasarkan kausa tindakan dan relif yang dipohon. Meski pun demikian, tiada mana-mana pihak yang menyedari hal perkara ini dari mula pliding difailkan sehingga tarikh perbicaraan ditetapkan. Hanya semasa pendengaran Guaman hal ini disedari oleh Mahkamah ini. Namun, memandangkan Guaman ini telah berada pada tahap akhir untuk bicara penuh, pendengaran diteruskan demi mengelakkan kelengahan. [13] Adalah menjadi kewajipan untuk peguam cara mewakili pihak-pihak agar peka dan prihatin terhadap ketetapan undang-undang prosidur dalam menentukan Mahkamah yang berbidangkuasa sebelum sesuatu guaman difailkan. Akta Mahkamah Rendah 1948 (Akta 92) telah memperuntukkan bidang kuasa Mahkamah Rendah yang sewajarnya menjadi rujukan utama sebelum sesuatu tuntutan difailkan. Selanjutnya Mahkamah ini merujuk kepada isu pertama sehingga keempat yang sesuai dibincangkan bersekali berdasarkan fakta dan perkaitannya. Sama ada representasi defendan pertama kepada plaintif bahawa defendan pertama mengurus tanah tersebut dan plaintif berhak menduduki tanah tersebut adalah dibuat secara frod. [14] Mahkamah ini merujuk Pernyataan Tuntutan yang memplidkan fakta bahawa representasi oleh defendan pertama kepada plaintif adalah defendan pertama mengurus sebidang tanah dikenali Lot 9, Plot B-3-6, Batu 2 ½ Jalan Cheras, Kuala Lumpur (dirujuk sebagai Lot 9). Lot 9 ini kemudian dipersetujui untuk diduduki oleh plaintif dengan yuran bulanan. [15] Selain itu, terdapat dua versi perjanjian yang diplidkan oleh plaintif, iaitu perenggan 8 Pernyataan Tuntutan yang menyatakan perjanjian penyewaan, manakala perenggan 9 Pernyataan Tuntutan menyebut Perjanjian Kontrak Perkhidmatan. Plaintif turut memplidkan kategori bayaran yang dibayar kepada defendan pertama dan defendan keempat yang meliputi bayaran tempahan dan deposit sewa serta bayaran bagi kerja-kerja pengubahsuaian Lot 9 berjumlah RM177,300.00. [16] Selanjutnya turut diplidkan tentang kewujudan frod oleh defendan-defendan yang menjurus kepada butiran fakta bahawa defendan pertama membuat representasi frod yang beliau menguruskan dan berhak menduduki Lot 9 tersebut. Bagi menjawab isu ini, pada hemat saya adalah perlu bagi Mahkamah ini meneliti terlebih dahulu jika wujud hubungan yang sah antara defendan-defendan dengan pemilik berdaftar Lot 9 tersebut. [17] Oleh kerana Pernyataan Tuntutan plaintif sendiri memplidkan fakta defendan pertama mengurus sebidang tanah dikenali Lot 9, Plot B-3-6, Batu 2 ½ Jalan Cheras, Kuala Lumpur perlu juga ditelusuri apakah kedudukan sebenar atau keluasan Lot 9 tersebut yang menjadi hal perkara dalam Guaman ini. Kedudukan Tanah ‘Sebahagian Lot 9’ [18] Dalam konteks ini, saya perlu mengingatkan diri saya tentang peri pentingnya hakim bicara memberi pertimbangan terhadap keterangan lisan saksi-saksi dengan dokumen kontemporari sebagaimana panduan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes Tindok Besar Estate Sdn Bhd v Tinjar Co [1979] 1 LNS 119 yang menerangkan-Nevertheless the learned trial judge expressed himself to be completely satisfied with the veracity of the respondent's witnesses and their evidence. He purported to come to certain findings of fact on the oral evidence but did not notice or consider that the respondent's oral evidence openly clashed with its contemporaneous documentary evidence. For myself, I would with respect feel somewhat safer to refer to and rely on the acts and deeds of a witness which are contemporaneous with the event and to draw the reasonable inferences from them than to believe his subsequent recollection or version of it, particularly if he is a witness with a purpose of his own to serve and if it did not account for the statements in his documents and writings. Judicial reception of evidence requires that the oral evidence be critically tested against the whole of the other evidence and the circumstances of the case. Plausibility should never be mistaken for veracity. [19] Semasa pemeriksaan utama, SD1 memberi keterangan yang berikut - S: Bagaimana Defendan-Defendan mula berurusan dengan Plaintif? J: D4 di dalam kes ini telah mendapat tawaran sewaan tanah yang dikenali sebagai sebahagian Lot 9, GRN 47463, Sek.91, Bandar Kuala Lumpur Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur untuk tujuan tempat simpanan dan jualan kereta baru dan terpakai daripada Pesuruhjaya Tanah Persekutuan dengan sewaan bulanan berjumlah RM110,000.00 sebulan pada setiap 1 haribulan melalui surat tawaran bertarikh 27.4.2022. [20] Keterangan SD1 adalah konsisten dengan dokumen kontemporari iaitu surat tawaran bertarikh 27.4.2022 (No. Rujukan: KJPTG/BPHP/931/04/12/T-77(2) yang dikeluarkan oleh Pesuruhjaya Tanah Persekutuan yang beralamat di Aras 3, Podium 1, Wisma Sumber Asli, No. 25, Persiaran Perdana, Presint 4, 62574 Putrajaya kepada defendan keempat. Surat tersebut bertajuk Tawaran Sewaan Tanah Persekutuan Sebahagian Lot 9, GRN 47463, Sek. 91, Bandar Kuala Lumpur Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Untuk Tujuan Tempat Simpanan dan Jualan Kereta Baru dan Terpakai oleh DSR Management & Consultancy (M) Sdn Bhd. [21] Meneliti dokumen kontemporari tersebut, jelaslah bahawa lokasi Lot 9 yang diluluskan oleh Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (PTP) untuk disewa oleh defendan keempat adalah kawasan seluas 1.6187 hektar atau 16,187 meter persegi sahaja dan bukannya keseluruhan tanah Lot
9
Oleh itu, Mahkamah ini akan merujuk kawasan yang diluluskan bagi penyewaan oleh PTP kepada defendan keempat sebagai tanah tersebut seperti ditunjukkan dalam Rajah 1, Pelan Lot 9, GRN 47463, Sek. 91, Bandar Kuala Lumpur Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dalam muka surat 8 Ikatan Dokumen Bersama Bahagian B (IDB B) – Rajah 1: Pelan Lot 9, GRN 47463, Sek. 91, Bandar Kuala Lumpur Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur - muka surat 8 IDB B [22] Pelan tersebut menunjukkan dengan jelas kawasan yang disewakan oleh PTP kepada defendan keempat adalah dalam kawasan berlorek yang terletak di bahagian tengah antara kawasan bertanda 53 dan 56. Mahkamah ini telah membuat perbandingan dengan meneliti nombor rujukan dalam resit rasmi dalam mukasurat 12 IDB B bertarikh 7.6.2022 dengan nombor rujukan dalam surat tawaran PTP. Rajah 2: Resit Rasmi bertarikh 7.6.2022 [23] Mahkamah ini mendapati resit rasmi di atas mengandungi catatan berikut di bahagian bawah – Bayaran Deposit JKPTG/BPHP/931/04/12/T-77, Lot 9 Sek 91, Grn 47463, Bandar Kuala Lumpur Wilayah Persekutuan. Nombor rujukan tersebut adalah sama dengan nombor rujukan dalam Surat Tawaran bertarikh 27.4.2022. Rajah 3: Muka hadapan Surat Tawaran bertarikh 27.4.2022 oleh PTP kepada defendan keempat [24] Berdasarkan kedua-dua dokumen dalam Rajah 2 dan 3 di atas, menjadi dapatan fakta oleh Mahkamah ini bahawa Lot 9 yang disewakan oleh PTP kepada defendan keempat adalah merujuk kepada sebahagian Lot 9 yang terletak diantara kawasan 53 dan 56 yang ditunjukkan melalui kawasan berlorek dalam Pelan Rajah 1 di atas dan tidak termasuk kawasan Lot 9 (53 dan 56). Pematuhan Syarat Penyewaan oleh Defendan Keempat [25] Surat tawaran bertarikh 27.4.2022 yang dikeluarkan oleh PTP kepada defendan keempat yang antara lain meletakkan syarat penggunaan lot tersebut untuk tujuan tempat simpanan dan jualan kereta baru dan terpakai dengan kadar sewa bulanan RM110,000.00 sebulan. [26] Resit rasmi dalam Rajah 2 mengesahkan defendan keempat telah membayar deposit cagaran berjumlah RM330,000.00 sebagai memenuhi syarat yang dinyatakan dalam surat tawaran oleh PTP bertarikh 27.4.2022 yang bersamaan kadar tiga bulan sewa pada 7.6.2022. Fakta-fakta ini gagal dicabar oleh peguam cara plaintif. Justeru, Mahkamah ini mendapati fakta bahawa sebahagian Lot 9 dalam kawasan berlorek Pelan Rajah 1 telah disewa oleh defendan keempat daripada PTP bukanlah fakta retorik semata-mata atau tidak benar. Jaminan peribadi defendan pertama [27] Tuntutan terhadap defendan pertama atas kapasiti individu dinafikan oleh defendan-defendan dengan penegasan bahawa urusan perniagaan dijalankan antara plaintif dengan defendan ketiga dan keempat selain defendan pertama tidak memberi jaminan peribadi kepada plaintif. [28] Keterangan SP1 adalah bahawa plaintif telah menyaman defendan pertama sebagai pengarah dan pemegang saham kepada defendan ketiga dan keempat. Mahkamah ini merujuk keterangan SP1 semasa perbicaraan. SP1 ditanya sama ada defendan pertama telah memberikan jaminan bahawa wang akan dikembalikan kepada plaintif. SP1 mengatakan ada jaminan sedemikian yang dibuat secara lisan. Namun demikian, Mahkamah ini mendapati fakta mengenai jaminan lisan tersebut tidak langsung diplidkan oleh plaintif. [29] Keterangan dokumentari yang ada di hadapan Mahkamah ini adalah kontrak yang wujud hanyalah melibatkan plaintif dengan defendan keempat dan bukannya plaintif. Dalam kes Thomas Varkki MV Varkki & Anor v Kunci Semangat Sdn Bhd [2021] MLRHU 122 diputuskan bahawa – I adopt the approach that where there is a conflict between contemporaneous documentary evidence and oral evidence, the contemporaneous documentary evidence outweighs the oral evidence. (See Chai Cim Choo v Merchant Summit Sdn Bhd & Anor [2020] MLRHU 746) [30] SP1 telah dicadangkan bahawa plaintif hanya boleh menyaman defendan keempat dan bukannya defendan pertama. SP1 tidak bersetuju dengan cadangan tersebut dan menekankan plaintif tidak hanya boleh menyaman defendan keempat sahaja bahkan menurut SP1 defendan pertama mempunyai liabiliti persendirian terhadap plaintif. [31] Dalam memutuskan pertikaian fakta tersebut, Mahkamah ini telah merujuk perjanjian antara plaintif dengan defendan keempat. Namun tidak ditemui sebarang terma yang memperuntukkan tentang jaminan oleh defendan pertama selaku pengarah defendan keempat. [32] Doktrin tentang prinsip keperibadian kontrak (privity of contract) adalah mantap. Orang yang bukan pihak dalam kontrak tidak boleh menyaman untuk mendapatkan manfaat yang dikontrakkan dan orang yang bukan pihak dalam kontrak tidak boleh dipertanggungjawabkan atas perlanggaran terma kontrak. Prinsip ini telah diketengahkan dalam kes Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd v Dynaforce Corp Sdn Bhd [2015] 1 MLJ 284, yang memutuskan bahawa - [63] The law is clear. A person who is not a party to a contract has no right to sue on a contract (see Kepong Prospecting Ltd & Ors v Schmidt [1968] 1 MLJ 170 (PC); [1967] 2 PCC 465 (PC); and s 2(d) of the Contracts Act 1950; Oversea Chinese Banking Corporation Ltd v Woo Hing Brothers (M) Sdn Bhd [1992] 2 MLJ 86 (HC); and Badiaddin bin Mohd Mohidin & Anor v Arab Malaysian Finance Bhd [1998] 1 MLJ 393 (FC)). … [70] As an established principle of contract law, the common law doctrine of privity of contract stands for the simple proposition that, ‘no one but the parties to a contract can be bound by it or entitled under it’ (Greenwood Shopping Plaza Ltd v Beattie [1980] 2 SCR 228, at p [229]. Pengosongan Lot 9 oleh plaintif [33] Selanjutnya SP1 menerangkan berkenaan tindakan yang diambil oleh plaintif selepas menerima notis untuk mengosongkan tanah tersebut. SP1 mengakui tidak mengosongkan tanah Lot 9 dan hanya memberhentikan kerja ubahsuai selepas diberi notis tersebut. Notis melalui Surat Pemberitahuan bertarikh 17.8.2023 dikeluarkan oleh Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Putrajaya yang ditujukan kepada Pemilik Struktur dan ditunjukkan di dalam Rajah 4 di bawah – Rajah 4: Surat Pemberitahuan bertarikh 17.8.2023 dikeluarkan oleh Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Putrajaya [34] Surat pemberitahuan di atas memberi notis kepada pemilik struktur untuk mengosongkan tapak tersebut dengan alasan bahawa pemilik struktur menduduki tanah PTP tanpa kebenaran yang sah. Notis ini merupakan dokumen yang menjadi asas tuntutan plaintif terhadap defendan-defendan. [35] Mahkamah ini telah meneliti notis tersebut dalam Rajah 4 di atas dan mendapati perlu ditentukan juga adakah notis tersebut dikeluarkan untuk pengosongan sebahagian Lot 9 yang telah disewakan oleh PTP kepada defendan keempat yang menjadi hal perkara dalam Contract Service Agreement antara plaintif dengan defendan keempat atau bahagian tapak yang lain dalam Lot 9. Isu ini akan dibincangkan lebih lanjut melalui perenggan 59 Alasan Penghakiman ini. Sama ada representasi defendan pertama kepada plaintif bahawa defendan pertama mengurus tanah tersebut dan plaintif berhak menduduki tanah tersebut dibuat secara frod? Alegasi Frod yang dilakukan terhadap plaintif oleh defendan-defendan [36] Keterangan SP1 melalui Penyata Saksi menyatakan seperti berikut – Q: Please briefly explain the dispute between the Plaintiff and the 1st, 3rd and 4th Defendants. A: The dispute arises from the false and misleading representation made by the 1st Defendant, who claimed that he was managing and had authority over the said Land. Relying on this representation, the Plaintiff was induced to make substantial payments to the 1st and 4th Defendants in connection with the intended use of the Land. It was later discovered that none of the Defendants, including the 1st, 3rd, and 4th Defendants had any legal rights, authority, or entitlement over the said Land. As a result, the Plaintiff has suffered significant financial losses and reputational harm. [37] Sebelum persetujuan dicapai untuk memasuki perjanjian, SP1 menyatakan ada pertemuan berlaku antara SP1 dan SD1 semasa lawatan di tanah tersebut. Hal ini diakui sendiri oleh SP1 melalui keterangannya – Q: What happened during your visit to the said Land? A: As stated earlier, during our site visit, the 1st Defendant introduced himself and represented that he was managing the said Land. I informed him of our intention to use the land for the Plaintiff’s used car business, and he agreed to allow the Plaintiff to occupy the said Land for business purposes, subject to the payment of a monthly fee. Q: What transpired after that meeting? A: While we were awaiting the formal agreement to be executed, the 1st Defendant requested that the Plaintiff make several payments to himself and to the 4th Defendant. These payments were said in connection to the use of the Said Land, being for showroom booking, deposit, and for licence and renovation fees payable to DBKL. [38] Setelah itu, plaintif dan defendan keempat memasuki kontrak bertarikh 1.10.2023. Rajah 5 (a) dan (b) menunjukkan muka surat pertama dan Jadual ringkasan terma kontrak – Rajah 5(a): Muka surat 1 Perjanjian Pengurusan Kontrak bertarikh 1.10.2023 antara plaintif dengan defendan keempat Rajah 5(b): Jadual Ringkasan Terma kontrak antara plaintif dan defendan keempat [39] Tanah yang terlibat dalam Guaman ini adalah di Lot 9 Plot B-3-6, Batu 2 ½ Jalan Cheras Kuala Lumpur. Plaintif mengaku telah memasuki perjanjian dengan defendan ketiga iaitu Service Contract Agreement bertarikh 1.10.2023. [40] Mahkamah ini mendapati tiada keterangan yang menunjukkan semakan dibuat oleh plaintif sebelum perjanjian dimasuki, sebaliknya plaintif membayar wang kepada defendan pertama dan kedua. Plaintif memplidkan bahawa semakan hanya dibuat oleh plaintif selepas notis dikeluarkan oleh JKPTG. [41] Pada hemat Mahkamah ini, plaintif sebagai entiti peniagaan secara munasabah wajar menyelidik dan memeriksa tentang kesahan status defendan-defendan dan kaitan dengan hartanah Lot 9 tersebut sebelum memasuki suatu ikatan kontrak. Hartanah Lot 9 yang terlibat di sini bukanlah hartanah yang terletak di kawasan terpencil. Fakta bahawa tujuan Lot 9 dijadikan sebagai tempat mempamer dan menjual kereta terpakai menunjukkan Lot 9 tersebut terbentang di tepi jalan utama dan bukanlah kawasan yang tersorok sehingga tidak memungkinkan plaintif mengetahui tentang hak pemilikan tanah tersebut. Dapatan Mahkamah ini adalah berpandukan prinsip yang diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan Singapura dalam kes Tan Chye Chew v Eastern Mining and MetalsCo [1964] 1 MLRA 525 – On behalf of both appellants, it was submitted that the respondent company could, by the exercise of ordinary diligence, have discovered this mistake before entering into the formal contract. [42] Plaintif memplidkan defendan-defendan telah melakukan frod atau salahnyataan frod terhadap plaintif sehingga menyebabkan plaintif membayar wang kepada defendan pertama dan kedua. Bagi memutuskan isu frod, Mahkamah ini mengikuti prinsip dalam kes Siva Kumar a/l Jeyapalan & Anor v Firwas Sdn Bhd [2024] 12 MLJ 179 bahawa frod adalah persoalan fakta dan mestilah wujud frod yang sebenar. [43] Selaras dengan prinsip dalam kes Sinnaiyah & Sons Sdn Bhd v Damai Setia Sdn Bhd [2015] 5 MLJ 1, beban bukti di atas imbangan kebarangkalian bagi membuktikan frod wujud terletak di bahu plaintif. [44] Walau bagaimanapun, peguam cara terpelajar bagi plaintif bergantung kepada kes MGG Pillai v Tan Sri Dato Vincent Tan Chee Yioun & Other appeals [1995] 2 MLJ 493 yang menyatakan – Conspiracy is a tort that is not always capable of proof by direct evidence. Like so many other facts, an agreement to do an unlawful act by lawful means may be established by evidence of circumstances from which such an agreement may be inferred. [45] Sungguhpun Mahkamah ini bertindak mengikuti prinsip dalam kes MGG Pillai v Tan Sri Dato Vincent Tan Chee Yioun & Other appeals (supra) dengan memberi pertimbangan kepada keadaan kes dan perjanjian yang dimasuki, Mahkamah ini mendapati keadaan kes perlulah juga memberi pertimbangan kepada dokumen kontemporari yang wujud pada masa yang material. [46] Dalam melepaskan beban bukti, plaintif hanya mengemukakan seorang saksi. Mahkamah turut mendapati meskipun plaintif mempersoalkan hak defendan-defendan atas tanah selepas perjanjian dimasuki, tiada perincian butiran frod atau salahnyataan frod diplidkan oleh plaintif. Alegasi wujud subahat telah diplidkan antara defendan-defendan tanpa diperincikan peranan defendan-defendan semasa persubahatan dilaksanakan. Justeru, apakah fakta berhubung an agreement to do an unlawful act by lawful means seperti yang dinyatakan dalam kes MGG Pillai v Tan Sri Dato Vincent Tan Chee Yioun & Other appeals (supra) pada hemat Mahkamah ini masih gagal dibuktikan oleh plaintif. [47] Mahkamah ini mendapati dalam memplidkan konspirasi frod dan salahnyataan frod, plaintif gagal mematuhi Aturan 18 Kaedah 12 (1) (a) Kaedah-kaedah Mahkamah 2012. Hal ini kerana perenggan 13 Pernyataan Tuntutan hanya menyatakan defendan pertama secara frod membuat representasi kepada plaintif bahawa beliau menguruskan tanah tersebut; membuat representasi bahawa plaintif berhak menduduki tanah; plaintif terdorong membayar deposit sewa dan bayaran kerja ubahsuai. Manakala perenggan 15 Pernyataan Tuntutan memplidkan butiran frod oleh defendan ketiga dengan fakta bahawa defendan ketiga mampu memberikan plaintif menggunakan tanah dan mendorong plaintif memasuki kontrak. [48] Pada hemat Mahkamah ini, butiran sedemikian tidak mencukupi kerana tiada perincian diplidkan oleh plaintif tentang tarikh, lokasi, individu yang terlibat dari pihak plaintif dan defendan-defendan semasa representasi diberikan termasuk butiran representasi. [49] Tambahan juga, jika keterangan SP1 semasa pemeriksaan utama dirujuk, dinyatakan perbuatan defendan-defendan bukanlah sekadar salah faham dalam pertikaian komersil tetapi merupakan perbuatan salah nyata, penipuan dan dorongan yang sengaja dilakukan oleh defendan-defendan supaya plaintif membayar wang RM177,300.00 tersebut. Sekali lagi, tiada perincian tentang persubahatan didedahkan di Mahkamah ini. Sama ada wujud perbuatan subahat dan frod untuk menipu plaintif dan mendatangkan kerugian kewangan kepada plaintif [50] Mahkamah Rayuan dalam Yeohata Machineries Sdn Bhd & Anor v Coil Master Sdn Bhd & Ors [2016] 2 CLJ 414 memutuskan – [23] In order to sustain an action for fraudulent misrepresentation, the plaintiffs must establish five essential facts. First, there must be a representation of fact by words or by conduct and mere silence is not enough. Second, the representation must be made with the knowledge that it is false, ie, it must be wilfully false or at least made in the absence of any genuine belief that it is true or recklessly (ie, without caring whether his representation is true or false (Derry v. Peek [1889] 14 App Cas 337). Third, the representation must be made with the intention that it should be acted upon by the claimant, or by a class of persons which will include the claimant, in the manner which resulted in damage to him. Fourth, it must be proved that the claimant acted upon the false statements. Lastly, it must be proved that the claimant has sustained damage by so doing (see Bradford Third Equitable Benefit Building Society v. Borders [1941] 2 All ER 205 at 211, per Viscount Maugham). [51] Mahkamah ini mendapati plaintif gagal memenuhi elemen yang diperincikan dalam kes di atas. Sebelum kontrak dimasuki oleh plaintif dengan defendan keempat, SP1 melalui pemeriksaan balas mengakui bahawa terdapat enam kali perjumpaan diantara pihak-pihak. Meneliti naratif keterangan SP1 semasa pemeriksaan balas, SP1 antara lain mengakui – i) Plaintif mengetahui tentang tanah tersebut ingin disewakan melalui agen namun SP1 tidak ingat siapakah agen tersebut. ii) Perbincangan dengan defendan pertama telah bermula sejak bulan Jun 2023, namun SP1 tidak dapat mengingati tarikh pertemuan pertama. iii) SP1 bersama-sama dengan dua lagi pengarah plaintif iaitu Hoong Lee Ong dan Yeoh Kok Chin telah bertemu dengan defendan pertama. Perjumpaan kali pertama berlaku di tapak tanah tersebut. iv) SP1 mengakui dari bulan Jun 2023 sehingga perjanjian ditandatangani, SP1 telah berjumpa dengan defendan sebanyak tiga kali. v) Selain pertemuan tersebut, SP1 juga mengaku ada berjumpa dengan defendan pertama di pejabat defendan pertama di Taman Dagang sebanyak tiga kali. vi) SP1 mengaku ingin menyewa tanah tersebut untuk dijadikan bilik pameran perniagaan kenderaan terpakai plaintif. vii) SP1 telah dirujuk dengan surat tawaran penyewaan tanah oleh PTP dan resit rasmi kepada defendan keempat dan kandungannya diakui oleh SP1 sebagaimana yang dibacakan oleh peguam cara defendan kepada SP1. viii) SP1 mengaku yang plaintif tidak menyewa dari defendan keempat keseluruhan tanah tersebut, tetapi setakat 44,000 – 45,000 kaki persegi sahaja. [52] Selanjutnya terdapat pengakuan SP1 berkenaan dengan hubungan antara defendan keempat dengan PTP sebagaimana keterangan semasa pemeriksaan balas – Q: According to this only, yes? Mr Low, do you agree with me, based on this letter, do you agree with me that the 4th Defendant actually have a valid tenancy agreement with the Pesuruhjaya Tanah Persekutuan? According to this letter, do you agree with me? Q:The only condition is, the 4th Defendant was not allowed to sublet this land to any 3rd Party, including GME lah, correct? According to that paragraph we referred, correct? A: Yes, according to this. [53] Mahkamah ini mendapati SP1 mahu pun pengarah plaintif yang lain tidak meminta dokumen daripada defendan-defendan berkenaan dengan hak pendudukan defendan keempat atas tanah tersebut. Hal perkara ini jelas melalui soal jawab berikut semasa pemeriksaan balas – Q: Yes, you have to answered, yes? Do you agree with me that, my instruction is, during the, this discussion, with you and also, you’re aware about, that this land cannot be sublet? A: No, I’m not aware, because – Q: No? A: I didn’t see this document before we signed the agreement. Q: So you didn’t, when you meet up, you see the Dato', Dato' said he want to sublet this plot, yes? 4-1, 40,000 sq ft to GME, so you didn’t ask any document from him? A: Yes, because this is the first time we renting such sublet land, so there’s a lot things that we don’t understand. [54] Sebaliknya SP1 mengakui tentang hak defendan-defendan atas tanah tersebut yang jelas melalui keterangan berikut - S: Mr Low, do you agree with me, because of the 4th Defendant cannot sublet this land to the 3rd Party, that’s why during the meeting and the discussion, parties have agreed to enter into contract service agreement with the 3rd Defendant? A: No. Q: To overcome this clause? For, do you – A: Because we don’t have this document, we don’t know that this land cannot be sublet. Q: So you just agreed to enter an agreement with the 3rd Defendant? You didn’t ask for the reason or what, in, during the meeting, like that? A: No. Q: Mr Low, I put it to you that because of, there is a letter from page 4 until 21 of Bundle B A: Ok. Q: DSR Management actually have a right on the plot, on the Lot 9 of the said land. Q: Do you agree with me? A: According to this document, yes. S: GME Global. Ok, we stop there. Do you agree with me that the 1st Defendant as the representative of the sole director and shareholders of the 3rd Defendant, already give you the particulars of the land? Landowner, Pesuruhjaya Tanah Persekutuan, on the 1st October? A: Yes, he did. Q: That’s mean the owner is Pesuruhjaya Tanah Persekutuan, it’s consistent with that letter? A: Yes, when we signed this agreement, yes. Q: You agree? Q: And then, “The said premises, Lot 9, Plot B-3-6, Batu 2½, Jalan Cheras, 56100 Cheras, Kuala Lumpur.” The particular of the said premises also was stated, correct? A: Yes, correct. [55] Lebih dari itu SP1 mengakui bahawa terma-terma dalam perjanjian tersebut telah dibincang dan dipersetujui semasa siri-siri pertemuan yang dihadiri oleh pihak-pihak. Pada hemat saya, pendirian SP1 bahawa wujud frod atau salahnyataan frod dengan tujuan memperdaya dan merugikan plaintif adalah meragukan dan tidak berkemungkinan. Dapatan ini didasarkan dengan fakta bahawa perjanjian yang dimasuki oleh plaintif dan defendan keempat tidak menyatakan sub-let agreement. Sebaliknya perjanjian tersebut bertajuk Service Contract Agreement. Tidak munasabah bagi Mahkamah ini mempercayai bahawa dalam enam kali perjumpaan sebelum perjanjian dimasuki plaintif tidak mengetahui tentang hakikat hubungan plaintif dengan PTP berhubung tanah tersebut. Tujuan pembayaran oleh plaintif [56] SP1 melalui keterangannya mengakui tujuan pembayaran adalah seperti berikut – A: For the payment, for the first payment, No.1, RM40,000, No.2, RM50,000, No.3, RM70,000, actually payment for the agreement, No.17, rental deposit, No.18, advance rental, and No.20, utilities deposit. Q: So the total you made to the 4th Defendant? A: Yes, correct. Q: Ok, before that, you have made payment to the 1st Defendant, Dato’ Seri Riduan, 19/06/2023 to the 1st Defendant, and the purpose of the payment is for the DBKL licence payment for RM7,300. Correct, Mr Low? A: Yes, correct. Q: Are you aware about this payment? A: Yes, aware. [57] Seterusnya SP1 mengakui bayaran dalam muka surat 39 IDB B berjumlah RM7300.00 dibayar kepada defendan pertama untuk lesen Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Bahkan SP1 mengakui kesemua pengarah plaintif bersetuju supaya jumlah tersebut dibayar kepada defendan pertama untuk urusan lesen. SP1 selanjutnya bersetuju sejumlah RM5,000 dibayar ke akaun defendan pertama pada 19.6.2023 untuk bayaran ubahsuai dan sejumlah RM2,500.00 bagi bayaran ubahsuai kedua. [58] Apa yang pasti Mahkamah ini mendapati SP1 mengakui kesemua bayaran yang dibayar kepada defendan pertama atau defendan ketiga tidak menjadi isu bagi plaintif. Notis mengosongkan tanah [59] Pihak plaintif telah merujuk surat Tawaran daripada PTP kepada defendan keempat bertarikh 27.4.2022. Tanpa memanggil pegawai dari PTP plaintif bergantung kepada dokumen yang plaintif bukanlah privy kepadanya. Pada hemat Mahkamah ini, tindakan sedemikian tidak membantu plaintif dalam melepaskan beban yang dipikul olehnya apatah lagi dalam menentukan adakah notis tersebut sememangnya ditujukan untuk premis yang dibina atas Lot 9 yang disewakan oleh PTP kepada defendan keempat. [60] SP1 disoal balas tentang bagaimana cara plaintif menerima notis tersebut. SP1 menjelaskan – Q: Can you inform the Court, who from the GME received this notice? A: No, they actually come to the land and seal our land. Q: Come to the land? A: And seal the land. Q: Seal the land and then, who were there, you were there? A: Actually three of us were there. Q: Three of you. No, because the reason I ask the question, if you are referring to the page 13 to 14 of this bundle, this notice dated 17th of August, Yang Arif, at page 13 and 14, correct? Bundle B? Q: Because there is no acknowledgement of who received this notice. I know they come to your land, but who acknowledged the receipt of this notice? There is no stated there, the date or what. Only the date of the notice? A: Yes, correct. Q: So we can be safe to say that on the 17th of August, they came to your land and asked you to move out? A: Yes, correct. Q: Mr Low, if you see at page 13, they called surat pemberitahuan. A: Yes. Q: And then they addressed to pemilik struktur. GME name, the Plaintiff name was not mentioned in the notice, correct? A: Yes, correct. Q: Because they’re not aware? A: Yes, they are not aware. Q: So pemilik struktur, that’s mean the showroom? A: Showroom, yes. [61] Selepas notis tersebut dikeluarkan, SP1 menyatakan bangunan yang ingin dijadikan bilik pameran kereta terpakai sedang dalam kerja ubahsuai dan telah disil oleh PTGWP. Namun, tiada dokumen dikemukakan di Mahkamah berkenaan hal perkara tersebut. Selepas dua minggu menerima notis tersebut, SP1 melalui keterangan semasa disoal balas menjelaskan beliau telah berjumpa pengarah di pejabat tanah. Ketika disoal sama ada perkara tersebut dapat diselesaikan, SP1 menjelaskan maklumat tersebut hanya diterima secara lisan daripada pengarah pejabat tanah tersebut. Pada hemat Mahkamah ini, plaintif masih gagal melepaskan beban bukti berkaitan hal perkara ini kerana siapakah individu pengarah tersebut tidak diperincikan dan persoalan adakah notis tersebut merujuk Lot 9 yang disewakan kepada defendan keempat masih belum dijawab. [62] Selanjutnya Mahkamah ini merujuk surat bertarikh 27.4.2022 daripada Pesuruh Tanah Persekutuan Putrajaya kepada defendan keempat. Surat tersebut merujuk sewaan sebahagian Lot 9 GRN 47463, seksyen 9 Bandar Kuala Lumpur untuk tempat simpanan dan jualan kereta. Surat ini disalinankan kepada Unit Hasil Pengarah Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Kuala Lumpur. Timbul persoalan adakah peranan Unit Hasil hanya bertujuan menerima pemakluman tentang hasil yang diperolehi atau adakah Jabatan ini mempunyai kuasa mengatasi tawaran yang diberi oleh PTP kepada plaintif. [63] Pada hemat Mahkamah ini, untuk membuktikan jika defendan-defendan melakukan frod dengan niat untuk mendapat keuntungan tidak sah daripada plaintif, persoalan tersebut perlu dibuktikan oleh plaintif. Plaintif sebaliknya mengemukakan surat daripada Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Kuala Lumpur bertarikh 10.1.2024 yang bertajuk Pengesahan status tanah milik Persekutuan di atas sebahagian Lot 9 (Lot 53 & 56) GRN 47463, seksyen 9 Bandar Kuala Lumpur yang mengesahkan sewa diluluskan kepada Kelab Kebajikan dan Sosial JKPTG WPKL dan sewaan kecil kepada Lingkaran Yakin Sdn Bhd. [64] Mengamati kedua-dua surat tersebut, Mahkamah ini mendapati bahawa – i) Surat bertarikh 10.1.2024 yang mengesahkan sewaan diberi kepada Kelab Kebajikan dan Sosial JKPTG WPKL dan sewaan kecil kepada Lingkaran Yakin Sdn Bhd adalah merujuk kepada sebahagian tanah Lot 9 (53 dan 56) iaitu sebahagian tanah Lot 9 yang bukan disewakan kepada defendan keempat. ii) Tawaran sewa kepada defendan keempat diberi oleh PTP Putrajaya dan bukan Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Kuala Lumpur. Surat Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Kuala Lumpur tidak disalinankan kepada PTP Putrajaya. [65] Selain itu, mukasurat 8 IDB menunjukkan Lot 53 dan 56 terletak di bahagian kiri dan kanan kawasan yang dilorekkan. Mahkamah ini mendapati wujud kebergantungan oleh plaintif terhadap dokumen-dokumen yang plaintif bukan pihak kepadanya dengan tanpa mengemukakan saksi-saksi yang mengeluarkan atau dirujuk dalam dokumen tersebut. [66] Notis pengosongan yang dikeluarkan oleh Jabatan Ketua Pengarah Galian bertarikh 17.8.2023 merujuk Lot 9 (53) yang mana ini menyamai lokasi yang dirujuk dalam surat pengesahan bahawa Lot 9 (Lot 53 & 56) GRN 47463, seksyen 9 Bandar Kuala Lumpur yang mengesahkan sewa diluluskan kepada Kelab Kebajikan dan Sosial JKPTG WPKL dan sewaan kecil kepada Lingkaran Yakin Sdn Bhd. Ini bermaksud kawasan yang diberi notis adalah Lot 9 (53) dan bukannya sebahagian Lot 9 yang disewa oleh defendan keempat. [67] Jika pelan dalam Rajah 1 diteliti semula, Mahkamah ini mendapati kawasan yang dimaksudkan dalam notis pengosongan bukanlah tanah yang ditawarkan kepada defendan keempat oleh PTP untuk disewa melalui surat bertarikh 27.4.2022. [68] Berdasarkan dokumen yang dikemukakan di Mahkamah ini terdapat kemungkinan tempoh sewaan dan lokasi sewaan yang diberikan kepada defendan keempat tidak bertindih dengan tanah yang disewakan kepada Lingkaran Yakin Sdn Bhd. Jika pun bertindih, ia adalah atas plaintif sendiri yang telah membina bangunan di atas tanah Lot 9 (53) dengan mengambilkira fakta bahawa kerja-kerja ubahsuai diteruskan oleh plaintif selepas notis pengusiran dikeluarkan. [69] Mahkamah ini turut mendapati bahawa plaintif tidak bertemu dengan defendan-defendan selepas menerima notis tersebut tetapi hanya bertemu dengan individu yang dikatakan oleh SP1 sebagai Pengarah Jabatan Tanah WPKL. Bahkan notis tersebut juga tidak disalinankan kepada PTP Putrajaya. [70] Pada hemat saya, plaintif gagal membuktikan bahawa sebahagian Lot 9 yang disewakan oleh PTP kepada defendan keempat merupakan kawasan yang telah diberi notis pengosongan sah oleh PTP Putrajaya atau Jabatan Ketua Pengarah Galian. Perjanjian pihak-pihak merujuk tanah Plot B, Lot 9, GRN 47463 Sek 91 Bandar Kuala Lumpur dan bukan merujuk Lot 9 (53) iaitu lokasi yang dirujuk dalam Notis pengosongan yang dikeluarkan oleh Jabatan Ketua Pengarah Galian bertarikh 17.8.2023 [71] Tort salahnyata dan konspirasi juga gagal dibuktikan, wujud perjanjian yang dimasuki yang disediakan dengan khidmat peguam Tetuan Azamuddin & Co dan setiap muka surat dalam perjanjian telah ditandatangan oleh pihak-pihak. Selain itu terdapat resit bayaran kepada PTP oleh defendan keempat yang mengesahkan hubungan dan hak defendan keempat atas tanah tersebut semasa Service Contract Agreement dimasuki. [72] Mahkamah ini merujuk keputusan Mahkamah Persekutuan dalam Johara Bi bt. Abdul Kadir Marican v. Lawrence Lam Kwok Fou & Anor [1981] 1 MLJ 139, bahawa – It was all a matter of proof and that until and unless the plaintiff has discharged the onus on her to prove her case on a balance of probabilities, the burden did not shift to the defendant, and no matter if the defendant’s case was completely unbelievable, the claim against him must in this circumstances be 52 dismissed. With respect, we agree with this judicial approach. TUNTUTAN BALAS DEFENDAN-DEFENDAN Sama ada defendan-defendan berhak kepada tuntutan balas [73] Mahkamah ini merujuk 57 - 59 IDB B iaitu gambar tapak tanah premix. Keadaan tanah premix menunjukkan keadaan tanah sebelum plaintif membina bangunan. Defendan telah meletakkan tar dan batu hitam mana pada awalnya tanah tersebut merupakan kawasan semak samun. Premix dilakukan oleh defendan keempat dengan kos RM500,000. Mahkamah dapati terdapat perubahan di lokasi dan keterangan ini tidak dicabar semasa pemeriksaan balas. SD1 hanya disoal tiada dokumen sokongan namun gambar tersebut tidak dicabar oleh plaintif. Sama ada plaintif berhak terhadap ganti rugi [74] Selanjutnya Mahkamah ini memberi pertimbangan terhadap mukasurat 60-63 IDB B. Gambar B merupakan showroom kereta. Manakala dalam mukasurat 61 IDB B ditunjukkan notis iklan plaintif. Mahkamah ini mendapati keadaan perniagaan plaintif di lokasi sekarang adalah sama seperti dalam gambar ini. SP1 mengatakan selepas pertemuan dengan JKPTG plaintif meneruskan kerja ubahsuai di tapak tersebut. [75] Mahkamah ini selanjutnya merujuk isu sama ada plaintif berhak menuntut kerugian terhadap defendan-defendan. Muka surat 43 IDB B menunjukkan sebutharga daripada Wah Lun Metal kepada plaintif berjumlah RM43,000 untuk membekal metal roof bertarikh 30.10.2023. Sebutharga ini adalah selepas notis pengusiran. Selanjutnya muka surat 47 IDB B adalah invois daripada L&L Stainless and Iron Work kepada plaintif bertarikh 21.11.2023 berjumlah RM23,700 iaitu bagi tempered glass. SP1 mengakui invois ini dikeluarkan selepas tarikh notis pengosongan. [76] Muka surat 50 IDB B pula menunjukkan invois daripada CP M&E Enterprise bertarikh 13.1.2023 kepada plaintif untuk pemasangan aircond manakala mukasurat 52-55 IDB B merupakan invois daripada Topbuilt Engineering (M) Sdn Bhd bertarikh 2.1.2024 kepada plaintif berjumlah RM73,000. Kesemua invois ini dikeluarkan selepas notis pengusiran dikeluarkan oleh JKPTG dan kesemuanya telah dibayar oleh plaintif. [77] SP1 selanjutnya disoal balas bahawa tiada kerugian yang dialami oleh plaintif, namun SP1 tidak bersetuju. Mahkamah mendapati penegasan yang dibawa oleh peguam cara defendan adalah amat berkemungkinan benar dengan mengambilkira fakta bahawa plaintif masih menduduki Lot 9 yang sama selepas notis pengusiran dikeluarkan. Bahkan sebagaimana diakui oleh plaintif sendiri, kos perbelanjaan bagi perniagaan plaintif dikeluarkan selepas notis pengusiran diterima oleh plaintif. [78] Sebaliknya oleh kerana tindakan plaintif, defendan telah mengalami kerugian dan layak mendapat gantirugi bagi kos membersihkan tapak yang dikerjakan sebelum plaintif memasuki tapak tersebut. Selain itu, Mahkamah memberi pertimbangan bahawa SP1 turut mengakui fakta bahawa defendan telah membayar deposit kepada JKPTG berjumlah RM330,000.00. KESIMPULAN [79] Berdasarkan alasan-alasan yang dicerakinkan di atas, di atas imbangan kebarangkalian Mahkamah ini mendapati plaintif gagal melepaskan beban membuktikan tuntutan terhadap defendan pertama, ketiga dan keempat dan mewajarkan tuntutan plaintif ditolak dengan kos. [80] Berhubung dengan tuntutan balas defendan-defendan selain defendan kedua, Mahkamah ini membenarkan tuntutan setakat perenggan 28.2 dan 28.3 dalam Pembelaan Terpinda dan Tuntutan Balas Terpinda iaitu RM500,000 dibayar oleh plaintif kepada defendan pertama, kedua dan keempat dan RM330,000 dibayar kepada defendan keempat sahaja berserta faedah pada kadar 5% setahun dari tarikh penghakiman sehingga penyelesaian penuh. [81] Selanjutnya Mahkamah ini memerintahkan kos tindakan dibayar oleh plaintif kepada defendan keempat sebanyak RM20,000 tertakluk kepada alokator. Bertarikh pada 15 Februari 2026. Ditandatangani ………………………………………. Hazizah binti Kassim Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Keluarga (2) Shah Alam, Selangor
1
Bagi Pihak Plaintif : Mah Mun Yan Tetuan Ricky Tan & Co. (Kuala Lumpur
2
Bagi Pihak Defendan-Defendan : Abdul Razak bin Abu Bakar & Amizaizul Izral bin Amran Tetuan Abdul Razak & Partners (Shah Alam, Selangor)
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.