Content
1 DALAM MAHKAMAH RAYUAN DI MALAYSIA RAYUAN JENAYAH NO: D-05(M)-368-08/2017 ANTARA GNANA PARKAS A/L ANTHONY - PERAYU DAN PENDAKWA RAYA - RESPONDEN [In the matter of Trial No: 45B-16-12/2015 In the High Court of Malaya in Shah Alam] Antara Gnana Parkas a/l Anthony Dan Pendakwa Raya CORAM: MOHTARUDIN BIN BAKI, HMR RHODZARIAH BT BUJANG, HMR MOHAMAD ZABIDIN BIN MOHD DIAH, HMR 2 PENGHAKIMAN [1] Perayu telah dituduh dan dibicarakan di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan. Di akhir kes pembelaan, Hakim bicara telah mensabitkan kesalahan di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan dan telah dihukum dengan hukuman mati mandatori. Justeru rayuan ini. [2] Pertuduhan: “Bahawa kamu pada 11.5.2015 jam lebih kurang 6.00 petang bertempat di Ladang Kelapa Sawit Cherang Tuli, dalam Jajahan Pasir Puteh di dalam Negeri Kelantan, telah membunuh Ramu a/l Avali, Nombor Kad Pengenalan 760609-06-5755 dan dengan itu kamu telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan.” [3] Fakta kes Prima Facie: