1
Ini adalah rayuan oleh Perayu terhadap keputusan Mahkamah Sesyen Batu Pahat ("Mahkamah Sesyen") bertarikh 30.4.2025 yang telah memerintahkan bahawa tuntutan Perayu terhadap Responden "tidak dibenarkan" dengan kos RM7,450.00.
JB-12BNCvC-10-05/2025
High Court of Malaysia14 Apr 2026
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“essential condition to confer any advances or transfer of monies with the status of a 'loan'." [21] Mahkamah Sesyen juga merujuk kepada Zil Enterprise Sdn Bhd & Anor v Abdul Farish bin Abdul Rashid [2011] MLJU 885, di mana Mahkamah menegaskan bahawa dalam konteks syarikat berkanun, adalah "tidak selari dengan realiti k”
“ahawa pembayaran sebenarnya adalah pelaburan GAT sendiri. Rujukan dibuat kepada Takako Sakao (f) v Ng Pek Yuen (f) & Anor [2009] 6 MLJ 751 dan United Logistics Sdn Bhd v Stamford College (PJ) Sdn Bhd [2016] MLJU 392, yang menegaskan bahawa tirai korporat boleh ditembusi dalam keadaan khas, termasuk untuk mengelakkan pe”
“realiti komersial" untuk memberi pinjaman berjuta ringgit tanpa dokumentasi yang sewajarnya. [22] Di peringkat rayuan ini, Responden turut merujuk kepada DL Double Link Sdn Bhd V. Mines 567 Sdn Bhd [2024] CLJU 2663, di mana tuntutan "friendly loan" ditolak kerana tiada neksus yang meyakinkan antara plaintiff dan defend”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
1
Ini adalah rayuan oleh Perayu terhadap keputusan Mahkamah Sesyen Batu Pahat ("Mahkamah Sesyen") bertarikh 30.4.2025 yang telah memerintahkan bahawa tuntutan Perayu terhadap Responden "tidak dibenarkan" dengan kos RM7,450.00.
2
Penghakiman ringkas oleh Mahkamah Sesyen tersebut direkodkan seperti berikut: "Mahkamah ini mendapati bahawa, di atas imbangan kebarangkalian, Plaintif telah gagal membuktikan tuntutannya dalam tindakan ini terhadap Defendan, dan dengan itu tuntutan Plaintif tidak dibenarkan dengan kos mengikut skala dalam Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012."
3
Rekod rayuan tambahan mengandungi Alasan Penghakiman bertarikh 11.7.2025 yang menerangkan dapatan fakta dan undangundang Mahkamah Sesyen, serta Memorandum Rayuan Tambahan Perayu bertarikh 29.7.2025 yang mengandungi alasan-alasan rayuan tambahan.
4
Rayuan ini telah didengar bersama empat rayuan lain yang melibatkan pihak dan individu yang sama, tetapi bagi tujuan penghakiman ini saya menumpukan kepada rekod dan isu khusus dalam rayuan ini.
5
Perayu adalah sebuah syarikat pembinaan. Manakala, Responden adalah sebuah syarikat pemaju hartanah. Tindakan di Mahkamah Sesyen adalah tuntutan wang RM125,000.00 sebagai baki hutang pinjaman persahabatan ("friendly loan") daripada jumlah keseluruhan RM625,000.00 yang dikatakan telah dipinjamkan oleh Perayu kepada Responden.
6
Hakim Sesyen merumuskan kedudukan pihak-pihak seperti berikut: "Tindakan ini adalah suatu kes tuntutan oleh Plaintif terhadap Defendan bagi sejumlah wang sebanyak RM125,000.00 (Wang Yang Dituntut) yang diplidkan oleh Plaintif sebagai hutang bagi pinjaman yang telah diberikan oleh Plaintif kepada Defendan. Manakala Defendan pula memplidkan bahawa Wang Yang Dituntut tersebut sebenarnya adalah sebahagian daripada wang bagi pelaburan sebanyak RM625,000.00 yang telah dibelanjakan sebagai modal kerja oleh seorang individu bernama Goh Ah Tee (GAT) ..."
7
Tidak dipertikaikan bahawa GAT pada masa material adalah pemegang saham majoriti dan pengarah Perayu, dan juga pemegang saham serta pengarah Responden. Tidak dipertikaikan juga bahawa sejumlah RM625,000.00 telah dibayar kepada Responden melalui lima kepingcek Perayu antara 1.8.2016 hingga 30.3.2017.
8
Perayu mendakwa bayaran-bayaran tersebut adalah pinjaman persahabatan tanpa faedah dan tanpa tarikh khusus bayaran balik. Responden pula mendakwa ia adalah wang pelaburan GAT dalam projek pembangunan perumahan "Taman Mutiara" yang dijalankan oleh Responden, dan bahawa Perayu hanyalah kenderaan yang digunakan GAT untuk mengalirkan dana.
9
Hakim Sesyen, selepas perbicaraan penuh dengan tiga saksi Plaintif dan dua saksi Defendan, memutuskan bahawa Perayu gagal membuktikan kewujudan perjanjian pinjaman antara Perayu dan Responden. Antara lain, Mahkamah Sesyen menyatakan: "Mahkamah ini telah membuat dapatan bahawa Plaintif gagal untuk membuktikan tuntutannya ... atas asas bahawa tiada bukti yang mencukupi yang menunjukkan terdapat suatu perjanjian pinjaman antara Plaintif dengan Defendan."
10
Mahkamah Sesyen menekankan dua perkara utama: - Pertama, tiada apa-apa perjanjian pinjaman bertulis antara Perayu dan Responden. GAT sendiri mengakui: "Untuk pinjaman tiada bukti dokumen." - Kedua, tiada persetujuan yang jelas dan nyata berkenaan tempoh atau terma pembayaran balik pinjaman; GAT mengakui tiada dokumen menunjukkan bila Responden perlu membayar balik.
11
Mahkamah Sesyen merujuk dan mengaplikasikan prinsip dalam Ricardo G Tapel v Polar Twin Advance (M) Sdn Bhd; Nicholas Lee Sze Young & Anor, Third Parties [2013] 9 MLJ 69 yang menyatakan, inter alia, bahawa terma pembayaran balik adalah syarat penting untuk mengkonfer status "loan" kepada sesuatu pembayaran.
12
Hakim Mahkamah Sesyen juga menilai kredibiliti GAT secara negatif, termasuk tingkah laku beliau semasa pemeriksaan balas, dan sebaliknya menerima versi Responden bahawa bayaran-bayaran tersebut adalah pelaburan GAT dalam projek Taman Mutiara.
13
Dalam Memorandum Rayuan Tambahan, Perayu antara lain menyatakan bahawa: a) Hakim Sesyen terkhilaf apabila menyimpulkan tiada pinjaman kerana tiada perjanjian bertulis, sedangkan undang-undang tidak mensyaratkan perjanjian pinjaman bertulis sebagai prasyarat kewujudan pinjaman. b) Hakim Sesyen gagal menghayati keterangan lisan saksi-saksi Perayu mengenai persetujuan pinjaman persahabatan tanpa faedah dan tanpa tarikh spesifik bayaran. c) Hakim Sesyen terkhilaf apabila menyifatkan GAT sebagai pelabur sedangkan tiada dokumen pelaburan. d) Hakim Sesyen tersalah menilai kredibiliti GAT, yang merupakan warga emas hampir buta huruf, dan tidak mengambil kira tekanan pemeriksaan balas yang berulang-ulang. e) Hakim Sesyen gagal menilai keseluruhan keterangan, termasuk fakta bahawa Responden telah membuat bayaran balik berjumlah RM500,000.00, meninggalkan baki RM125,000.00 yang dituntut.
14
Perayu juga berhujah bahawa Mahkamah Sesyen telah memberi penekanan yang tidak wajar kepada ketiadaan hujahan bertulis Plaintif di peringkat bicara.
15
Berdasarkan rekod dan hujahan bertulis kedua-dua pihak di peringkat rayuan, isu-isu utama adalah: a) Sama ada Mahkamah Sesyen telah tersalah arah dari segi undang-undang dan/atau fakta dalam memutuskan bahawa Perayu gagal membuktikan kewujudan perjanjian pinjaman antara Perayu dan Responden. b) Sama ada Mahkamah Sesyen telah tersalah dalam menerima versi Responden bahawa bayaran RM625,000.00 adalah pelaburan GAT dalam projek Taman Mutiara. c) Sama ada terdapat asas untuk Mahkamah ini mengganggu dapatan fakta dan penilaian kredibiliti saksi oleh Mahkamah Sesyen. Prinsip undang-undang yang terpakai
1
Beban pembuktian [16] Seksyen 101 Akta Keterangan 1950 memperuntukkan sebagaimana yang berikut :-
101
(1) Sesiapa yang berhasrat supaya mana-mana mahkamah memberikan penghakiman tentang apa-apa hak atau liability di sisi undang-undang, dengan bergantung pada kewujudan fakta yang ditegaskan olehnya, mestilah membuktikan bahawa fakta itu wujud.
2
Apabila seseorang terikat untuk membuktikan kewujudan apa-apa fakta, dikatakan bahawa beban pembuktian terletak pada orang itu. [17] Mahkamah Sesyen telah memetik dan mengaplikasikan prinsip yang dihuraikan oleh Mahkamah Persekutuan dalam HONG YIK TRADING v. LIZIZ PLANTATION SDN BHD [2017] 8 CLJ 491, termasuk penjelasan mengenai "burden of proof" dan "onus of proof". [18] Dalam konteks ini, beban untuk membuktikan kewujudan dan terma suatu pinjaman antara dua entiti korporat terletak pada Perayu. Hanya apabila Perayu berjaya mewujudkan kes prima facie barulah beban keterangan beralih kepada Responden.
2
Pinjaman persahabatan dan keperluan terma [19] Perayu bergantung kepada prinsip umum bahawa pembayaran melaluicek boleh, dalam keadaan tertentu, memadai untuk membuktikan pinjaman,seperti yang dibincangkan dalam kes-kes seperti Tan Aik Teck v Tang Soon Chye [2007] 6 MLJ 97 dan lainlain. [20] Namun, Mahkamah Sesyen dengan tepat membezakan keadaan kes ini dengan merujuk kepada kes Ricardo G Tapel v Polar Twin Advance (M) Sdn Bhd (Nicholas Lee Zse Young & Anor, third parties) [2013] 9 MLJ 69: "... the issue ... as to what were the terms, or understanding reached, as to the 'repayment' of those monies ... The agreed terms as to repayment ... was an essential condition to confer any advances or transfer of monies with the status of a 'loan'." [21] Mahkamah Sesyen juga merujuk kepada Zil Enterprise Sdn Bhd & Anor v Abdul Farish bin Abdul Rashid [2011] MLJU 885, di mana Mahkamah menegaskan bahawa dalam konteks syarikat berkanun, adalah "tidak selari dengan realiti komersial" untuk memberi pinjaman berjuta ringgit tanpa dokumentasi yang sewajarnya. [22] Di peringkat rayuan ini, Responden turut merujuk kepada DL Double Link Sdn Bhd V. Mines 567 Sdn Bhd [2024] CLJU 2663, di mana tuntutan "friendly loan" ditolak kerana tiada neksus yang meyakinkan antara plaintiff dan defendan.
3
Entiti berasingan dan penembusan tirai korporat [23] Responden berhujah bahawa GAT telah menyalahgunakan beberapa syarikat di bawah kawalannya untuk tujuan peribadi, dan bahawa Mahkamah boleh menembusi tirai korporat bagi mendedahkan bahawa pembayaran sebenarnya adalah pelaburan GAT sendiri. Rujukan dibuat kepada Takako Sakao (f) v Ng Pek Yuen (f) & Anor [2009] 6 MLJ 751 dan United Logistics Sdn Bhd v Stamford College (PJ) Sdn Bhd [2016] MLJU 392, yang menegaskan bahawa tirai korporat boleh ditembusi dalam keadaan khas, termasuk untuk mengelakkan penyalahgunaan personaliti korporat. [24] Namun, bagi rayuan ini, persoalan utama bukanlah sama ada tirai korporat mesti ditembusi untuk menuntut terhadap GAT, tetapi sama ada Perayu telah membuktikan kontrak pinjaman antara dua syarikat—Perayu dan Responden—sebagaimana diplid.
4
Standard campur tangan Mahkamah Tinggi selaku Mahkamah yang mendengar Rayuan terhadap dapatan fakta [25] Mahkamah Persekutuan dalam Ng Hoo Kui & Anor v Wendy Tan Lee Peng (administratrix for the estate of Tan Ewe Kwang, deceased) & Ors [2020] 12 MLJ 67 menegaskan bahawa Mahkamah yang mendengar rayuan hanya akan mengganggu dapatan fakta Mahkamah bicara jika keputusan itu "plainly wrong", iaitu suatu keputusan yang tidak boleh dijelaskan secara munasabah atau yang tiada hakim yang munasabah akan capai. [26] Penilaian kredibiliti saksi adalah bidang utama Mahkamah bicara yang melihat dan mendengar saksi; Mahkamah Rayuan hendaklah berhati-hati untuk tidak menggantikan penilaian tersebut kecuali terdapat salah arah yang jelas atau pengabaian bahan penting. Analisis dan dapatan Mahkamah ini Isu 1: Adakah Perayu membuktikan kewujudan perjanjian pinjaman? [27] Perayu menegaskan bahawa undang-undang tidak mensyaratkan perjanjian pinjaman bertulis. Saya bersetuju dengan prinsip umum itu. Tiada peruntukan undang-undang yang mewajibkan pinjaman wang antara pihak swasta mesti dalam bentuk bertulis untuk sah. [28] Namun, persoalan di sini bukan sama ada perjanjian bertulis adalah pra-syarat sahnya pinjaman, tetapi sama ada, di atas fakta kes ini, Perayu telah membuktikan secara imbangan kebarangkalian bahawa: a) terdapat persetujuan antara Perayu sebagai syarikat dan Responden sebagai syarikat untuk suatu pinjaman; dan b) terma-terma asas pinjaman itu—khususnya kewajipan dan cara pembayaran balik—telah dipersetujui. [29] Saya telah secara hemat meneliti rekod-rekod rayuan yang difailkan. Saya mendapati bahawa : a) Tiada surat permohonan pinjaman daripada Responden kepada Perayu; b) Tiada resolusi lembaga pengarah mana-mana pihak yang meluluskan atau menerima pinjaman; c) Tiada perjanjian pinjaman, surat pengesahan, atau koresponden komersial yang lazim bagi pinjaman antara dua syarikat; d) Satu-satunya dokumen yang menyokong versi Perayu ialah baucar bayaran dalaman yang ditandakan "temporary loan", yang SP3 akui ditulis sedemikian semata-mata atas arahan GAT. [30] Hakim Sesyen dengan wajar mempersoalkan nilai probatif baucar dalaman tersebut, memandangkan ia adalah dokumen yang sepenuhnya di bawah kawalan Perayu dan tidak menunjukkan persetujuan Responden. [31] Tambahan pula, GAT sendiri mengakui bahawa tiada dokumen yang menetapkan bila Responden perlu membayar balik, dan bahawa tiada "aturan" khusus antara Perayu dan Responden selain kata-kata umum bahawa "bila ada wang akan bayar balik". Dalam konteks dua entiti korporat, ketiadaan sebarang bukti objektif mengenai terma pembayaran balik adalah signifikan. [32] Perayu berhujah bahawa bayaran balik RM500,000.00 oleh Responden adalah pengakuan tersirat kewujudan pinjaman. Namun, rekod tidak menunjukkan sebarang pengakuan bertulis daripada Responden bahawa bayaran tersebut adalah "repayment of loan"; ia hanya merupakan fakta pembayaran yang boleh juga konsisten dengan pelarasan akaun pelaburan atau pengagihan semula dana antara syarikat-syarikat yang dikawal GAT. [33] Mengaplikasikan prinsip Ricardo G Tapel (supra), saya bersetuju dengan Mahkamah Sesyen bahawa Perayu gagal membuktikan terma-terma pinjaman, khususnya terma pembayaran balik, yang merupakan syarat penting untuk mengesahkan status "loan" kepada pembayaran-pembayaran tersebut. Kegagalan ini adalah kegagalan pada tahap beban pembuktian substantif, bukan sekadar kekurangan formaliti. [34] Oleh itu, tiada salah arah undang-undang apabila Mahkamah Sesyen menekankan ketiadaan perjanjian bertulis dan terma pembayaran balik sebagai faktor kuat menentang kewujudan pinjaman; Mahkamah Sesyen tidak menyatakan bahawa undang-undang mensyaratkan perjanjian bertulis sebagai pra-syarat sahnya pinjaman, tetapi hanya menilai ketiadaan dokumen sebagai faktor probatif yang penting dalam konteks dua syarikat. Isu 2: Adakah versi pelaburan lebih berkemungkinan? [35] Saya juga mendapati bahawa rekod-rekod menunjukkan : a) Responden adalah syarikat pemaju hartanah; b) GAT dan Liang Jit Sin telah bersama-sama mengambil alih Responden untuk tujuan pembangunan projek perumahan, termasuk projek Taman Mutiara; c) Perjanjian usaha sama dengan pemilik tanah bagi projek Taman Mutiara telah dimeterai; d) Dalam tempoh yang hampir sama dengan bayaran-bayaran Perayu, Responden menanggung dan membayar kos pembangunan projek tersebut; e) GAT adalah pemegang saham majoriti dalam Perayu dan juga pemegang saham utama dalam Responden pada masa material. [36] Dalam hujahan bertulis Responden di peringkat rayuan, dihujahkan bahawa bayaran RM625,000.00 adalah "investment sum from GAT to finance the Taman Mutiara Project", dan bahawa GAT menggunakancek Perayu (yang dikawal beliau) sebagai saluran pembayaran. Ini disokong oleh keterangan GAT sendiri bahawa beliau akan menggunakan mana-mana syarikat di bawah kawalannya yang mempunyai dana untuk membuat bayaran kepada Liang/Responden. [37] Pola ini konsisten dengan dapatan Mahkamah Sesyen dalam empat tindakan lain yang didengar bersama, di mana GAT didapati menggunakan beberapa syarikat lain di bawah kawalannya untuk membiayai projek yang sama dan kemudian menggambarkan bayaran-bayaran tersebut sebagai "friendly loan" oleh syarikat-syarikat tersebut. [38] Dalam keadaan di mana: - tiada dokumen pinjaman antara Perayu dan Responden; - tiada permintaan pinjaman daripada Responden kepada Perayu; - permintaan dana dibuat secara peribadi oleh Liang kepada GAT; dan - GAT sendiri memilih syarikat mana yang akan mengeluarkancek, versi bahawa bayaran-bayaran tersebut adalah pelaburan GAT dalam projek Taman Mutiara—dilaksanakan melalui syarikatsyarikat yang dikawal beliau—adalah, pada pandangan saya, lebih konsisten dengan bukti objektif dan realiti komersial. [39] Saya tidak perlu pergi sejauh menembusi tirai korporat secara formal terhadap Perayu dalam rayuan ini. Hal ini kerana, persoalan yang perlu diputuskan hanyalah sama ada Perayu telah membuktikan kontrak pinjaman antara dua syarikat. Namun, pola tingkah laku GAT yang ditunjukkan dalam rekod adalah relevan untuk menilai kebarangkalian versi Responden. Isu 3: Kredibiliti GAT dan standard campur tangan [40] Mahkamah Sesyen telah menilai GAT sebagai saksi yang tingkahlakunya menimbulkan keraguan, dan menyatakan bahawa keterangan beliau tidak konsisten dan sering berubah apabila dicabar dengan dokumen. Perayu berhujah bahawa Mahkamah Sesyen tidak cukup mengambil kira faktor umur dan keadaan beliau sebagai warga emas hampir buta huruf. [41] Saya menerima bahawa Mahkamah hendaklah sensitif kepada keadaan saksi warga emas dan tahap literasi mereka. Namun, apabila meneliti Alasan Penghakiman, jelas bahawa Hakim Sesyen bukan sahaja bergantung kepada tingkah laku GAT, tetapi juga kepada percanggahan antara keterangan beliau dan dokumen-dokumen objektif, serta kepada ketiadaan dokumen yang sepatutnya wujud jika benar wujud pinjaman antara dua syarikat. [42] Mengikut prinsip Ng Hoo Kui(supra), Mahkamah ini tidak sepatutnya menggantikan penilaian kredibiliti Mahkamah Sesyen kecuali jika dapatan tersebut "plainly wrong". Setelah meneliti rekod, saya tidak dapat mengatakan bahawa dapatan Mahkamah Sesyen mengenai kredibiliti GAT adalah sedemikian rupa sehingga tiada hakim yang munasabah akan mencapainya. [43] Malah, apabila keterangan GAT dibaca bersama bukti dokumentari dan pola transaksi dalam kes-kes berkaitan, penilaian Mahkamah Sesyen bahawa versi Responden lebih berkemungkinan adalah sepenuhnya dalam lingkungan penilaian fakta yang munasabah. Isu 4: Kegagalan Perayu memfailkan hujahan bertulis di Mahkamah Sesyen [44] Memang benar bahawa Mahkamah Sesyen telah menolak permohonan lanjutan masa Perayu untuk memfailkan hujahan bertulis, dan hanya mempertimbangkan hujahan bertulis Responden. Hakim Sesyen merujuk kepada Lembaga Kumpulan Wang Simpanan Pekerja Iwn Len Omnibus Company Bhd dan lain-lain [2006] 6 MLJ 38 dan menegaskan bahawa pihak yang gagal mematuhi arahan mahkamah tidak boleh mengharapkan layanan istimewa. [45] Walau bagaimanapun, Alasan Penghakiman menunjukkan bahawa Mahkamah Sesyen tetap meneliti keterangan saksi-saksi dan ekshibit-ekshibit secara substantif. Keputusan tidak dibuat semata-mata atas kegagalan Perayu memfailkan hujahan bertulis, tetapi atas penilaian bukti di atas imbangan kebarangkalian. [46] Oleh itu, walaupun saya tidak menggalakkan kegagalan mematuhi arahan mahkamah, saya tidak mendapati bahawa kegagalan Perayu memfailkan hujahan bertulis di peringkat bicara telah menyebabkan ketidakadilan yang memerlukan campur tangan Mahkamah ini. Kesimpulan [47] Setelah meneliti keseluruhan rekod, alasan penghakiman Mahkamah Sesyen, Memorandum Rayuan dan hujahan bertulis kedua-dua pihak, saya merumuskan: a) Perayu gagal membuktikan kewujudan perjanjian pinjaman antara Perayu dan Responden, khususnya dari segi terma pembayaran balik, sebagaimana dikehendaki oleh Seksyen 101 Akta Keterangan 1950 dan prinsip Ricardo G Tapel (supra). b) Versi Responden bahawa bayaran RM625,000.00 adalah pelaburan GAT dalam projek Taman Mutiara adalah lebih konsisten dengan bukti objektif dan realiti komersial. c) Tiada salah arah undang-undang atau fakta yang jelas, dan tiada dapatan yang "plainly wrong" yang membolehkan Mahkamah ini mengganggu penilaian fakta dan kredibiliti oleh Mahkamah Sesyen. [48] Oleh yang demikian, rayuan ini adalah ditolak. Keputusan Mahkamah Sesyen Batu Pahat bertarikh 30.4.2025 adalah dengan ini disahkan. Kos rayuan diperintahkan dibayar oleh Perayu kepada Responden mengikut skala. BERTARIKH PADA 14 APRIL 2026 YA DATUK ZAMRI BIN BAKAR PESURUHJAYA KEHAKIMAN MAHKAMAH TINGGI (1) MUAR Peguam bagi Pihak Perayu TETUAN M Y LIM & JUNAIDAH Peguam bagi pihak Responden TETUAN YEE & TAN
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.