Subsection
(2) Apabila seseorang terikat untuk membuktikan kewujudan apa-apa fakta, dikatakan bahawa beban pembuktian terletak pada orangitu. [11] Dalam kes "friendly loan", Mahkamah Rayuan dalam kes Tan Aik Teck v Tang Soon Chye [2007] 5 CLJ 441 telah menyatakan bahawa pembayaran dan penerimaan wang boleh membuktikan pinjaman prima facie, dan beban beralih kepada defendan. Ini dapat dilihat sebagaimana yang berikut :- The plaintiff admitted that there was no loan agreement in respect of the loan given to the defendant. The loan given could only be proved by the two cheques which were paid into the defendant's account and also the admission by the defendant that he had put the money into his bank account. Since the defendant had admitted that he had received the two cheques and had credited them into his account, I am of the view that the plaintiff had discharged his burden that the money was a loan unless proven otherwise by the defendant. As such, the burden is on the defendant that the money given to him by the plaintiff was not a friendly loan. [12] Walau bagaimanapun, Mahkamah ini berpendapat kewujudan pinjaman tetap memerlukan bukti mengenai niat dan terma pembayaran balik. [13] Mahkamah ini merujuk dan bersetuju dengan kes Ricardo G Tapel v Polar Twin Advance (M) Sdn Bhd [2013] 9 MLJ 69, yang telah menegaskan bahawa terma pembayaran balik adalah elemen penting bagi sesuatu pinjaman sebagaimana yang berikut :- [15] The first point that demanded attention however was the issue, if indeed there was a 'loan arrangement' or a 'loan contract' as alleged between the plaintiff and defendant, as to what were the terms, or understanding reached, as to the 'repayment' of those monies by the defendant. The agreed terms as to repayment, it cannot be disputed was a essential condition to confer any advances or transfer of monies with the status of a 'loan'. In other words, evidence had to be led as to whether the monies transferred on transmitted was to be repaid 'on demand' or on a specific date or was to repaid in some manner, and that these supposed terms had been mutually agreed by the parties as well, when the advances were made. It is axiomatic that such terms as to 'repayment' was necessary to displace or rule out any subsequent challenge taken to the effect that the transfer of monies was intended to be a 'gift' or it was an 'investment' of sorts, or for some other specific purpose without an obligation to repay. A mere demand for repayment made some time later did not turn such 'advances' into a 'loan' at all. [14] Tanpa bukti terma tersebut, pembayaran tidak semestinya pinjaman seperti yang berikut :- Here in this instant case, the plaintiff failed, firstly, in my finding, to adduce any evidence at all as to this essential term (when and how the repayment of the alleged monies advanced was predicated upon) to establish that the monies remitted or transferred was indeed 'loans' as claimed. ANALISIS DAN PENEMUAN MAHKAMAH Isu 1 & 2: Sama ada terdapat salah arah undang-undang [15] Perayu berhujah bahawa Mahkamah Sesyen tersalah arah kerana: - mensyaratkan perjanjian bertulis; dan - gagal mengaplikasikan prinsip "friendly loan". [16] Mahkamah ini bersetuju bahawa: - undang-undang tidak mensyaratkan perjanjian bertulis; - pinjaman boleh dibuktikan melalui keterangan lisan dan keadaan kes. [17] Namun begitu, persoalan utama bukan ketiadaan perjanjian bertulis semata-mata. Akan tetapi, kegagalan membuktikan elemen asas pinjaman, khususnya terma pembayaran balik. [18] Berdasarkan rekod, Mahkamah Sesyen mendapati: - tiada bukti bila dan bagaimana bayaran balik perlu dibuat; - tiada persetujuan jelas antara pihak-pihak. [19] Dapatan ini adalah selaras dengan prinsip dalam Ricardo G Tapel (Supra). Isu 3: Sama ada terdapat kes prima facie [20] Tidak dipertikaikan bahawa wang telah dipindahkan dan diterima. [21] Namun, penerimaan wang sahaja tidak mencukupi untuk membuktikan pinjaman. [22] Mahkamah ini mendapati bahawa: - terdapat kemungkinan alternatif seperti pelaburan; - Perayu gagal menolak kemungkinan tersebut dengan bukti kukuh; - tiada bukti objektif yang menunjukkan niat pinjaman. [23] Oleh itu, Mahkamah ini bersetuju dengan dapatan bahawa tiada kes prima facie pinjaman yang kukuh telah dibuktikan. Isu 4: Campur tangan Mahkamah yang mendengar Rayuan [24] Mahkamah ini meneliti keseluruhan rekod dan mendapati: - Hakim bicara telah menilai keterangan dengan betul; - dapatan beliau berasaskan bukti; - tiada salah arah yang material. [25] Ini bukan kes di mana dapatan adalah "plainly wrong" seperti dalam prinsip China Airlines (Supra). KESIMPULAN [26] Setelah meneliti semua hujahan dan rekod-rekod rayuan yang difailkan, Mahkamah ini mendapati bahawa: - Perayu gagal membuktikan kewujudan pinjaman; - kegagalan membuktikan terma pembayaran balik adalah fatal; - tiada salah arah undang-undang oleh Mahkamah Sesyen; - tiada alasan untuk campur tangan oleh Mahkamah ini selaku Mahkamah yang mendengar rayuan. [27] Dengan ini, Mahkamah memutuskan bahawa Rayuan Perayu adalah ditolak. Keputusan Mahkamah Sesyen adalah dikekalkan. Kos rayuan ini hendaklah dibayar oleh Perayu kepada Responden mengikut skala. KEPUTUSAN PENUTUP [28] Kes ini menegaskan bahawa dalam tuntutan "friendly loan", walaupun tiada perjanjian bertulis diperlukan, pihak yang menuntut mesti tetap membuktikan: - niat pinjaman; dan - terma asas pembayaran balik. [29] Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan tuntutan tersebut tidak dapat dipertahankan di sisi undang-undang. BERTARIKH PADA 14 APRIL 2026 YA DATUK ZAMRI BIN BAKAR PESURUHJAYA KEHAKIMAN MAHKAMAH TINGGI (1) MUAR Peguam bagi Pihak Perayu TETUAN MY LIM & JUNAIDAH Peguam bagi Pihak Responden TETUAN YEE & TAN