Content
1 DALAM MALAYSIA JOHOR DARUL TAKZIM DALAM MAHKAMAH MAJISTRET JOHOR BAHRU (1) KES JENAYAH: JA-83-3942-07/2025 PENDAKWA RAYA V. GOH PIAK KENG ALASAN PENGHAKIMAN LATAR BELAKANG KES [1] Tertuduh telah dituduh dengan pertuduhan di bawah Seksyen 426 Kanun Keseksaan kerana telah melakukan pencerobohan di dalam Kawasan rumah di bawah kawalan individu lain. Pertuduhan terhadap tertuduh adalah seperti yang berikut Pertuduhan BAHAWA KAMU PADA 10/06/2025 JAM LEBIH KURANG 02.30 PETANG BERTEMPAT DI NO 1, JALAN RESAM 12, GREEN PLAIN TAMAN BUKIT TIRAM, 81800 ULU TIRAM, DI DALAM DAERAH JOHOR BAHRU, DI DALAM NEGERI JOHOR, MENCEROBOH MASUK KE DALAM SEBUAH KAWASAN RUMAH DI BAWAH KAWALAN GANESAN A/L ARUNASALAM (NO. K/P: 730904015139) DENGAN NIAT UNTUK MELAKUKAN JENAYAH.OLEH ITU, KAMU TELAH MELAKUKAN KESALAHAN YANG BOLEH DIHUKUM DIBAWAH SEKSYEN 426 KANUN KESEKSAAN (AKTA 574). HUKUMAN: PENJARA SELAMA TEMPOH YANG BOLEH SAMPAI 6 BULAN ATAU DENGAN DENDA, BOLEH SAMPAI TIGA RIBU RINGGIT ATAU KEDUA-DUANYA. [2] Tertuduh telah dituduh di Mahkamah Majistret (1) Johor Bahru dan mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan pada 30.7.2025. Selanjutnya kes telah ditetapkan bagi tarikh sebutan serahan dokumen di bawah Seksyen 51A Kanun Tatacara Jenayah pada 22.9.2025. Selanjutnya pada 22.9.2025 Puan Timbalan Pendakwaraya memaklumkan terdapat satu representasi yang telah dimasukkan oleh pihak Tertuduh dan memohon satu tarikh sebutan untuk mendapatkan arahan berkenaan pertuduhan daripada Pengarah Pendakwaan Negeri Johor. [3] Pada 10.12.2025 apabila kes ini disebut Puan Timbalan Pendakwaraya memaklumkan surat representasi yang dihantar oleh pihak Tertuduh adalah diterima dan memohon pertuduhan terhadap Tertuduh ditarik balik dan memohon untuk kes di DNAA serta berhasrat ingin meneruskan kes pada masa akan datang sekiranya terdapat perkembangan baru terhadap kes ini. [4] Kemudian pihak peguambela Tertuduh telah memohon satu perintah lepas dan bebas diberikan terhadap Tertuduh. Walaubagaimanapun, Mahkamah telah memberikan perintah DNAA dimana satu perintah Tertuduh dilepaskan tanpa di bebaskan daripada pertuduhan tersebut. [5] Justeru itu pihak Tertuduh yang tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah ini telah membuat satu rayuan yang di failkan pada 22.12.2025 ISU UNDANG-UNDANG SAMA ADA PERINTAH MAHKAMAH BAHAWA TERTUDUH DILEPASKAN TANPA DIBEBASKAN ADALAH SAH DISISI UNDANG-UNDANG [6] Mahkamah ini merujuk peruntukan Seksyen 254 Kanun Tatacara Jenayah yang disalin seperti yang berikut: - 254 Public Prosecutor may decline to prosecute further at any stage