Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN KUANTAN DALAM NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR WRIT SAMAN NO – CA-B52NCvC-19-10/2024 ANTARA GOH PIK HSIA [IDENTITY CARD NO.: 840908065392] [TOH & COMPANY] …PLAINTIF
CA-B52NCvC-19-10/2024
Sessions Court of Malaysia31 Jan 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“a adalah menjadi tanggungjawab pengerenti untuk membayar hutang jika peminjam gagal membayar pinjaman.” [16] Mahkamah merujuk kepada kes HSBC BANK MALAYSIA BERHAD V PEGGY FOO ANOR JUDY FOO @ JEE NGOR [2009] MLJU 1280, Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Kamardin Bin Hashim dalam tersebut telah memutuskan bahawa:- “…D”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN KUANTAN DALAM NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR WRIT SAMAN NO – CA-B52NCvC-19-10/2024 ANTARA GOH PIK HSIA [IDENTITY CARD NO.: 840908065392] [TOH & COMPANY] …PLAINTIF
1
DAN MELVIN ONG HAN LEE [IDENTITY CARD NO.: 750218045037]
2
CHOU FUI MEIN [IDENTITY CARD NO.: 750407065176] [SAIFUL ZAKI & PARTNERS] …DEFENDAN-DEFENDAN ALASAN PENGHAKIMAN (RAYUAN INTERLOKUTORI) LATARBELAKANG KES Ini adalah rayuan Perayu/Defendan-Defendan, MELVIN ONG HAN LEE 20/03/2025 11:06:17 CA-B52NCvC-19-10/2024 Kand. 35 [IDENTITY CARD NO.: 750218045037] dan CHOU FUI MEIN [IDENTITY CARD NO.: 750407065176], melalui Notis Rayuan di Lampiran 26 atas keseluruhan keputusan Mahkamah selain keputusan yang diputuskan selepas perbicaraan yang diberi pada 31 haribulan Januari 2025, terhadap keseluruhan keputusan tersebut yang telah membenarkan permohonan Responden/Plaintif bagi suatu Penghakiman Terus di bawah Aturan 14 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 bagi jumlah RM340,000.00 beserta faedah dan kos sebanyak RM1,500.00 sebagaimana Notis Permohonan di Lampiran 8. DAPATAN MAHKAMAH [1] Mahkamah telah meneliti Notis Permohonan, Afidavit-afidavit, hujahan bertulis dan otoriti kedua-dua pihak. Notis Permohonan Plaintif di
Lampiran
Lampiran 8 adalah seperti berikut: a) Plaintif diberi kebenaran untuk mencatatkan penghakiman muktamad terhadap Defendan-Defendan bagi jumlah RM340,000.00; b) Faedah pada kadar 8% setahun ke atas jumlah RM340,000.00 dari tarikh 1/6/2024 sehingga ke tarikh saman: c) Faedah pada kadar 8% setahun ke atas jumlah penghakiman dari tarikh saman hingga ke penyelesaian penuh: d) Kos tindakan dan kos permohonan ini ditanggung dan dibayar oleh Defendan-Defendan; e) Lain-lain perintah dan/atau relief yang dianggap perlu dan sesuai oleh Mahkamah yang Mulia ini bagi maksud dan tujuan permohonan ini. [2] Alasan permohonan Plaintif adalah dinyatakan dalam affidavit sokongan yang mana antara lain menyatakan bahawa: 1) Defendan Pertama merupakan kenalan lama Plaintif dan sama-sama terlibat dalam projek pembinaan yang dilaksanakan oleh syarikat Defendan Pertama. 2) Pada atau sekitar 31/1/2023, Plaintif dan Defendan Pertama telah menandatangani satu perjanjian pinjaman berjumlah RM395,000.00 yang dipersetujui sebagai suatu perjanjian persahabatan sebagaimana terma yang dinyatakan dalam eksibit “A”. 3) Melalui satu Surat Jaminan (Letter of Guarantee) bertarikh 31/1/2023, Defendan Kedua telah bersetuju untuk menjamin bersesama dan berasingan apabila dituntut secara bertulis jumlah yang tertunggak oleh Defendan Pertama sebagaimana dalam eksibit “B”. 4) Pada 17/4/2023, Plaintif telah memberi notis melalui email kepada Defendan Pertama untuk keseluruhan jumlah pinjaman tersebut dibayar balik pada atau sebelum 1/5/2023 tetapi Defendan Pertama gagal berbuat demikian. 5) Defendan Pertama telah membuat beberapa bayaran secara berperingkat kesemuanya berjumlah RM55,000.00 yang mana bayaran terakhir sebanyak RM20,000.00 adalah pada 28/3/2024 yang meninggalkan baki sebanyak RM340,000.00. 6) Salinan email dan Penyata Akaun adalah sebagaimana eksibit “C” dan “D”. 7) Selepas bulan Mei 2024, Defendan Pertama telah memilih untuk tidak membuat apa-apa bayaran dan Plaintif telah menghantar surat tuntutan melalui peguam sebagaimana eksibit "E”. 8) Plaintif percaya Defendan-Defendan tiada pembelaan bermerit bagi tindakan ini. [3] Defendan telah memfailkan pembelaan dan affidavit jawapan yang mana antaranya Mahkamah ringkaskan dan ia menyatakan seperti berikut: 1) Defendan Kedua adalah isteri kepada Defendan Pertama.2) 2) Defendan-Defendan mengakui wujudnya perjanjian tersebut. 3) Defendan-Defendan menyatakan bahawa perjanjian pinjaman tersebut adalah suatu perjanjian palsu (sham) yang telah diadakan dan telah ditandatangani oleh Defendan Pertama atas permintaan Plaintif dan UEPSB bagi membolehkan Plaintif dan/atau UEPSB mengutip faedah yang haram ke atas Defendan Pertama pada kadar 40% daripada jumlah pinjaman yang diberikan oleh MDSB dan faedah tambahan pada kadar 8% lagi untuk tempoh masa hadapan. 4) Defendan-Defendan menyatakan bahawa perjanjian pinjaman tersebut adalah satu perjanjian haram (illegal), batal dan tidak boleh dikuatkuasakan menurut peruntukan Akta Pemberi Pinjam Wang 1951. 5) Defendan-Defendan juga menafikan Plaintif pernah memberikan pinjaman persahabatan sebagaimana diplidkan. 6) Defendan Pertama dan Defendan Kedua telah terhambat dalam mengadakan perbincangan dengan Plaintif dan memasuki perjanjian tersebut serta perjanjian jaminan. 7) Defendan-Defendan menyatakan bahawa Plaintif tidak pernah membuat bayaran atau menyalurkan kepada Defendan Pertama wang RM395,000.00 yang kononnya diperakui oleh Defendan Pertama melalui perjanjian pinjaman trersebut sebagai wang yang diberi pinjam dari tahun 2020 hingga 2021. 8) Defendan-Defendan telah membuat bayaran-bayaran antara tarikh 22/11/2020 hingga 28/3/2024 adalah akibat terhambat dengan urusan dan tekanan yang dibuat oleh Plaintif. [4] Mahkamah telah menilai kesemua kertas kausa dan hujahan serta otoriti kedua-dua pihak. Notis Permohonan ini adalah di bawah Aturan 14 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 yang mana dikemukakan semula sebagaimana berikut: (1) Jika dalam suatu tindakan yang baginya kaedah ini terpakai suatu pernyataan tuntutan telah disampaikan kepada defendan dan defendan itu telah memasukkan kehadiran dalam tindakan itu, plaintif boleh, atas alasan bahawa defendan tidak mempunyai pembelaan kepada suatu tuntuan yang termasuk dalam writ, atau kepada suatu bahagian tertentu suatu tuntutan itu, atau tidak mempunyai pembelaan mengenai suatu tuntutan itu atau sebahagian daripadanya kecuali tentang amaun apa-apa ganti rugi yang dituntut, memohon kepada Mahkamah untuk penghakiman terhadap defendan itu. [5] Terdapat banyak kes undang-undang yang telah memperincikan tentang Penghakiman Terus/Penghakiman Muktamad. Undang-undang telah jelas. Mahkamah memetik keputusan dalam kes CEMPAKA FINANCE BHD V HO LAI YING (TRADING AS KH TRADING) & ANOR [2006] 2 MLJ 685, di mana Mahkamah Persekutuan telah memutuskan bahawa:- “In an application under O14, the burden is on the plaintiff to establish the following conditions: that the defendant must have entered appearance; that the statement of claim must have been served on the defendant; that the affidavit in support must comply with r 2 of O14 in that it must verify the facts on which the claim is based and must state the deponent’s belief that there is no defence to the claim. Once those conditions are fulfilled, the burden then shifts to the defendant to raise triable issues.” [6] Dalam kes ini, Plaintif telah memenuhi kehendak yang digariskan. Defendan-Defendan telah memfailkan pembelaan dan juga memfailkan affidavit jawapan kepada Notis Permohonan di Lampiran 8. Eksibit “A” dan “B” jelas memperincikan terma perjanjian dan tanggungjawab penjamin. Pihak-pihak dalam Perjanjian Pinjaman dan Surat Jaminan tidak pernah dipertikaikan. Kedua-dua pihak telah mendatangani kedua-dua dokumen berkenaan. [7] Mahkamah membuat dapatan bahawa pembelaan dan isu yang dibangkitkan oleh Defendan-Defendan adalah satu isu yang tidak bermerit dan penafian kosong. Isu bahawa Perjanjian Pinjaman tersebut adalah satu perjanjian palsu (sham) yang menjadikan Perjanjian Pinjaman dan Surat Jaminan adalah tidak sah (illegal), tidak terpakai atau tidak boleh dikuatkuasakan adalah satu pemikiran semula pada hemat Mahkamah ini. [8] Defendan-Defendan tidak pernah mempertikaikan terma perjanjian dan Surat Jaminan. Defendan-Defendan semestinya faham terma dan kandungan kedua-dua dokumen yang ditandatangani. Defendan-Defendan tidak pernah memplidkan isu paksaan (under duress) atau salah representasi (misrepresentation) oleh Plaintif. Terma perjanjian adalah jelas termasuk berhubung isu faedah, jumlah dan tempoh pinjaman. [9] Isu yang dibangkitkan Defendan-Defendan berhubung transaksi, hubungan perniagaan, projek perumahan dan sebagainya bukanlah satu isu bermerit dalam tuntutan ini atau mempunyai asas bagi menafikan wujudnya terma perjanjian dan surat jaminan. [10] Walau apapun alasan yang diberikan, Defendan-Defendan mengakui ada membuat bayaran berhubung jumlah yang dituntut oleh Plaintif berdasarkan perjanjian tersebut. Jika benar Defendan-Defendan mendakwa “…terhambat dengan urusan dan tekanan yang dibuat oleh Plaintif...”, tiada apa-apa laporan polis atau aduan berhubung alegasi tersebut. [11] Perjanjian adalah antara Plaintif dan Defendan Pertama manakala Surat Jaminan pula melibatkan Defendan Kedua semata-mata dan bukan pihak yang lain. Isu daripada mana sumber atau wang yang diperolehi bagi perjanjian ini adalah tidak relevan dan perjanjian ini adalah sah dan tertakluk kepada Akta Kontrak 1950. [12] Mahkamah merujuk kes MEIDEN ELECTRIC ENGINEERING SDN BHD v MTRANS HOLDING [2006] 7 CLJ 519 yang memutuskan: “[10] Di dalam kes ini defendan tidak dapat menafikan mengenai janjinya dalam terma-terma Perjanjian Jaminan Koporat. Dalam kes Maplelee Property Sdn. Bhd. v. Tan Lee Fon [2005] 1 CLJ 599 Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa adalah menjadi tanggungjawab pengerenti untuk membayar hutang jika peminjam gagal membayar pinjaman.” [13] Plaintif bukanlah seorang Money Lender sebagaimana definasi di bawah seksyen 2 Akta Pemberi Pinjam Wang 1951. Terma perjanjian juga tidak menyalahi peruntukan yang ada jika sekalipun Akta tersebut terpakai. [14] Isu-isu yang dibangkitkan oleh Defendan-Defendan tidak melayakkan Mahkamah ini untuk memanggil kes ke peringkat perbicaraan penuh dengan saksi memandangkan isu tunggal hanyalah perjanjian yang telah dimasuki secara sukarela dan suatu surat jaminan yang ditandatangani secara sukarela. [15] Mahkamah merujuk kes MEIDEN ELECTRIC ENGINEERING SDN BHD v MTRANS HOLDING [2006] 7 CLJ 519 yang memutuskan: “[10] Di dalam kes ini defendan tidak dapat menafikan mengenai janjinya dalam terma-terma Perjanjian Jaminan Koporat. Dalam kes Maplelee Property Sdn. Bhd. v. Tan Lee Fon [2005] 1 CLJ 599 Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa adalah menjadi tanggungjawab pengerenti untuk membayar hutang jika peminjam gagal membayar pinjaman.” [16] Mahkamah merujuk kepada kes HSBC BANK MALAYSIA BERHAD V PEGGY FOO ANOR JUDY FOO @ JEE NGOR [2009] MLJU 1280, Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Kamardin Bin Hashim dalam tersebut telah memutuskan bahawa:- “…Defendan-Defendan telah gagal untuk membangkitkan sebarang isu bona fide yang boleh dibicarakan samada dari segi fakta mahupun undang-undang. Defendan-Defendan juga telah gagal menunjukkan kepada Mahkamah ini bahawa ada alasan-alasan yang lain mewajarkan satu bicara penuh diadakan bagi tuntutan Plaintif disini. Jelas daripada afidavit-afidavit yang diikrarkan oleh deponan yang sama bagi Plaintif bahawa satu prima facie kes telah dibuktikan. Defendan-Defendan cuba meletakkan kesalahan kepada pihak ketiga yang tidak menjadi priviti kepada perjanjian antara mereka dengan Plaintif adalah tidak berasas dan tidak menjadikannya satu isu untuk dibicarakan. Lain-lain isu yang cuba ditunjukkan oleh Defendan-Defendan dalam pembelaan dan hujahan mereka adalah merupakan isu-isu yang remeh dan 'afterthought' hanya bertujuan untuk melengahkan tuntutan Plaintif terhadap mereka…” [17] Tujuan dan asas Penghakiman terus adalah sebagaimana digariskan dalam kes KANG HOCK HIM v. IKHLAS ABADI SDN BHD [2011] 1 LNS 1008, Mahkamah memutuskan bahawa: [11] It was plain in this case that P had adduced sufficient and ample evidence through its affidavits as regards the fact of payment to D in stages totalling RM260,000.00 and the cost of the project being RM3,033.360.00 million, out of which 6% was to be paid to D as its fees. P had, thus, in my view, on an evaluation of the affidavit evidence, made out a prima-facie case on the pleaded claim. It, therefore, followed that the burden then shifted to D to raise triable issues on merits in order to successfully resist P's application for summary judgment. [17] For the above reasons, I held that none of the issues raised by D could be considered triable issues sufficient to resist an Order 26A application supported by sufficient prima-facie evidence. Placed in the position of a prima-facie case having been established, the burden then shifted to D to raise triable issues that would necessitate the case going for trial. It is trite law that merely raising issues that fail to show a triable defence on the merits would not suffice. In this situation, the plaintiff should not be deprived from invoking the summary process to obtain judgment instead of having to go through the lengthy trial process when the claim is manifestly plain and clear. This entrenched principle was reiterated in the Supreme Court case of Bank Negara Malaysia v. Mohd Ismail & Ors. [1992] 1 CLJ 14 (Rep); [1992] 1 CLJ 627; [1992] 1 MLJ 400 where it was held: Decision: "In our view, basic to the application of all those legal propositions, is the requirement under O. 14 for the court to be satisfied on affidavit evidence that the defence has not only raised an issue but also that the said issue is triable. The determination of whether an issue is or is not triable must necessarily depend on the facts or the law arising from each case as disclosed in the affidavit evidence before the court.". [18] Mahkamah membuat dapatan bahawa pihak Plaintif telah membuktikan tuntutan Plaintif terhadap Defendan-Defendan melalui keterangan afidavit-afidavit dengan mengemukakan dokumen-dokumen sokongan tersebut. [19] Pihak Defendan-Defendan dalam tindakan ini tiada sebarang pembelaan yang merit. Tambahan pula, tiada sebarang isu-isu yang perlu dibicarakan dalam tindakan ini. Isu-isu yang dibangkitkan oleh pihak Defendan-Defendan dalam tindakan ini adalah remeh dan hanya untuk melengah-lengahkan tindakan ini. [20] Oleh demikian, setelah meneliti Notis permohonan Lampiran 8 (Notis Permohonan Plaintif untuk merekodkan Penghakiman terus terhadap Defendan-defendan), Mahkamah membenarkan permohonan Plaintif dengan kos RM1,500.00. Penghakiman terus direkodkan terhadap Defendan-defendan. Sekian untuk pertimbangan YAH. Disediakan oleh: Sazlina Safie ………………………. Sazlina Bt Safie Hakim Sesyen, Mahkamah Sesyen 2 Kuantan, Pahang. Tarikh :20/3/2025 PEGUAMCARA PLAINTIF: TOH SENG SOON [TOH & COMPANY] PEGUAMCARA DEFENDAN: MOHD ZAKI BIN MAMAT [SAIFUL ZAKI & PARTNERS]
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.