Page 15 of 21 [25] Aturan 37 KKM 2012 merupakan satu peruntukan di dalam KKM 2012 yang memperuntukkan prosedur bagi bagaimana ganti rugi perlu ditaksirkan bagi faedah pihak yang telah mendapat faedah dari penghakiman yang didapati. [26] Berhubung dengan perintah berbangkit tersebut, Pencelah adalah berhak untuk mentaksirkan kerugian yang ditanggungnya akibat perintah Ex Parte bagi tempoh daripada 19.10.2015 (tarikh perintah Ex Parte diberikan) sehinggalah Perintah Ex Parte itu diketepikan pada 20.2.2017. [27] Kaveat persendirian Pemohon telah didaftarkan pada tahun 2014 melalui Nombor Peserahan 7484/2014 bertarikh 7.2.2014. Mahkamah ini perlu menegaskan di sini bahawa hubungan Pencelah terhadap hartanah tersebut telah hanya timbul apabila Pencelah telah menjadi pembida yang berjaya ke atas hartanah tersebut di dalam lelongan awam yang telah diadakan pada 3.7.2015 Page 16 of 21 [28] Oleh kerana kehadiran kaveat yang telah didaftarkan oleh Pemohon, Pencelah telah tidak mendaftarkan pindah milik hartanah tersebut kepadanya setelah bayaran penuh telah diselesaikan oleh Pencelah. [29] Walaupun Pencelah telah menyampaikan Borang 19C ( NOTIS BERKENAAN DENGAN CADANGAN HENDAK MEMOTONG KAVEAT) Kanun Tanah Negara 1965 bertarikh 15.8.2015 kepada Pemohon, Pemohon sebaliknya telah memfailkan permohonan perlanjutan kaveat persendiriannya di Mahkamah secara Ex Parte dan memperolehi Perintah Ex Parte melanjutkan kaveat pada 19.10.2015 atas dakwaan bahawa wujudnya Perjanjian Penyewaan antara Pemohon dan Tuan Punya hartanah tersebut sejak tahun 2009 untuk tempoh penyewaan selama tiga (3) tahun dan telah dilanjutkan sebanyak lima kali yang mana tempoh penyewaan akan berakhir pada 30.3.2027. [31] Di dalam kedudukan yang demikian, sekiranya Pencelah telah terkilan akan Perintah Ex Parte 19.10.2015 tersebut sehingga ia diketepikan (bagi tempoh 14 bulan) dan menanggung kerugian atas Page 17 of 21 perintah perlanjutan kaveat persendirian maka Pencelah boleh membuktikan kerugian tersebut untuk ditaksirkan menurut Aturan 37 KKM 2012. [32] Tetapi di dalam kes ini Pencelah telah memasukkan sekali yuran guaman sebanyak RM30,000.00 yang dibayar kepada peguamcaranya di dalam mendapatkan perintah mengetepikan Perintah Ex Parte bertarikh 19.10.2015 sebagai sebahagian daripada ganti ruginya. [33] Mahkamah ini juga perlu menegaskan bahawa di dalam mengeluarkan perintah bertarikh 20.2.2017 (Kandungan 8), Mahkamah ini telah meminta peguam-peguam Pemohon dan Pencelah untuk menghujahkan berkenaan isu kos prosiding Kandungan 8 dan kemudiannya Mahkamah ini telah memerintahkan Pemohon membayar kos sebanyak RM5,000.00 kepada Pencelah. [34] Oleh itu, bagi Mahkamah ini, sebarang kos guaman yang ditanggung oleh Pencelah di dalam memfailkan Kandungan 8 telahpun Page 18 of 21 diputuskan dengan pengawadan kos berjumlah RM5,000.00 tersebut. [35] Mahkamah ini bersetuju dengan hujahan peguam Pemohon bahawa sekiranya Pencelah tidak berpuas hati terhadap jumlah RM5,000.00 yang diperintahkan oleh Mahkamah, Pemohon hendaklak merayu terhadap keputusan Mahkamah atas isu kos. Namun, Pencelah tidak memfailkan apa-apa rayuan terhadap Perintah kos bertarikh 20.2.2017 tersebut dan kini cuba mendapatkan kos guaman yang didakwa ditanggungnya di dalam prosiding taksiran ganti rugi. [36] Berhubung dengan kos guaman yang dituntut sebanyak RM30,000.00 tersebut, adalah menjadi dapatan Mahkamah ini bahawa Pencelah adalah dihalang untuk menuntut yuran guaman dalam permohonan untuk taksiran gantirugi ini kerana taksiran gantirugi di dalam Kandungan 35 adalah untuk mentaksirkan gantirugi lain yang didakwa dialami oleh Pencelah akibat perintah Ex Parte bertarikh 19.10.2015 Page 19 of 21 [37] Berhubung dengan kes-kes yang telah dirujuk oleh peguam Pencelah, perlu Mahkamah ini nyatakan di sini bahawa sememangnya tidak dipertikaikan bahawa prinsip utama pentaksiran ganti rugi adalah untuk memampas pihak yang telah dicederakan atas sesuatu tinggalan / kecuaian kepada keadaan sekiranya tinggalan / kecuaian itu tidak berlaku dan pihak yang tercedera hendaklah dipampas berdasarkan kerugian sebenar (actual loss) yang ditanggung apabila ia dapat membuktikan kerugian sebenar tersebut. Namun, di dalam rayuan di hadapan Mahkamah ini Pencelah telah menuntut kos guamannya bagi tindakannya memfailkan Kandungan 8 bagi mengenepikan Perintah Ex Parte bertarikh 19.10.2015 sedangkan pada prosiding Kandungan 8 Mahkamah ini telahpun memutuskan bahawa kos prosiding Kandungan 8 yang wajar dibayar kepada Pencelah adalah sebanyak RM5000.00. Kos RM5000,00 yang diawadkan kepada Pencelah oleh Mahkamah ini adalah kos bagi Kandungan 8 Pencelah bagi mengetepikan perintah Ex Parte yang memberi kesan pembatalan kaveat persendirian Pemohon di atas hartanah tersebut . Page 20 of 21 [38] Justeru, adalah menjadi dapatan Mahkamah ini bahawa Pencelah tidak boleh dibenarkan menuntut kos atau yuran guaman sebanyak RM30,000.00 sekali lagi untuk kos prosiding yang sama di dalam taksiran ganti rugi pula. [39] Berdasarkan alasan-alasan di atas, Mahkamah ini telah menolak rayuan Pencelah di Kandungan 53 dengan kos RM2,500.00 kepada Pemohon. ……………………………………………………………………. (AZIMAH BINTI OMAR) Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Bertarikh 15 Ogos 2018 Page 21 of 21 Peguam Pemohon - Hargopal Singh Peguam Pencelah - Tetuan Culaz & Associates James D. Culaz dan Sonia Deva Doss