if Y does not present any evidence to rebut X's prima facie case or if the evidence adduced by Y cannot rebut X's prima facie case on a balance of probabilities, the court should deliver a decision in S/N gcr7fFyqmU661xBhwiRASA X's favour and determine that X has succeeded to discharge the legal burden on a balance of probabilities.” [23] Penelitian kepada kes ini menunjukkan bahawa Plaintif mendakwa harta-harta yang disita oleh Defendan adalah miliknya dan bukan Alam Etikaa Resources (M) Sdn Bhd. Sementara Defendan pula mendakwa bahawa harta-harta tersebut adalah sebenarnya kepunyaan Alam Etikaa Resources (M) Sdn Bhd yang telah dipindahkan kepada Plaintif bagi mengelakkan ianya disita oleh pihak Defendan. Ini bermakna prinsip di dalam kes Tenaga Nasional Bhd v. Transformer Repairs & Services Sdn Bhd & Ors (supra) di atas tidak berkaitan atau tidak mempunyai kaitan langsung dengan kes ini. Namun begitu prinsip yang dinyatakan di dalam kes Tenaga Nasional Bhd v. Transformer Repairs & Services Sdn Bhd & Ors (supra) itu boleh dijadikan panduan untuk Mahkamah ini memahami mengenai pelaksanaan penghakiman. [24] Penelitian kepada dokumen-dokumen yang dikemukakan dalam kes ini adalah didapati bahawa writ penyitaan dan penyitaan tersebut telah dijalankan oleh bailif Mahkamah di alamat B-238, Tingkat 2, Jalan Dato’ Lim Hoe Leck, 25200 Kuantan, Pahang. Pelelongan awam juga telah ditetapkan pada 28.02.2019 di B-238 Tingkat 2, Jalan Dato’ Lim Hoe Leck, 25200 Kuantan, Pahang. Penyitaan juga turut dilakukan di Lot No. 123926 (PA 138132), Kawasan Sungai Panching Utara, Mukim Kuala Kuantan, Daerah Kuantan, Pahang. S/N gcr7fFyqmU661xBhwiRASA [25] Plaintif telah membuat permohonan di Mahkamah untuk membantah permohonan writ penyitaan dan penjualan bagi harta-harta yang disita pada 12.02.2019 di alamat No. B-238, Tingkat 2, Jalan Dato’ Lim Hoe Leck, 25200 Kuantan, Pahang dengan alasan bahawa harta-harta tersebut milik syarikat Golden Minerals Sdn Bhd dan Alam Etikaa Resources (M) Sdn Bhd menggunakan barangan tersebut atas kebenaran Golden Minerals Sdn Bhd. Begitu juga jentera yang dikatakan turut disita adalah merupakan milik Plaintif dan bukannya Alam Etikaa Resources (M) Sdn Bhd. Ini berdasarkan kepada resolusi syarikat yang membenarkan pemindahan aset-aset tersebut kepada Plaintif oleh Alam Etikaa Resources (M) Sdn Bhd. Resolusi tersebut dibuat pada 31.12.2017. [26] Apa yang jelas daripada dokumen-dokumen tersebut serta resolusi yang dikemukakan, Plaintif ingin menyatakan bahawa harta-harta tersebut adalah milik Golden Minerals Sdn Bhd iaitu Plaintif dan bukannya milik Alam Etikaa Resources (M) Sdn Bhd. Dalam erti kata lain Plaintif menyatakan bahawa tindakan Defendan menyita aset-aset di kedua-dua premis tersebut adalah melibatkan harta pihak Plaintif dan bukannya Alam Etikaa Resources (M) Sdn Bhd. [27] Plaintif dalam penyataan saksinya menyatakan bahawa pada mulanya ketika mengasaskan perniagaan, Plaintif telah membeli mesin-mesin atas nama Alam Etika Sdn Bhd yang merupakan syarikat utama. Plaintif juga telah memohon penyewaan hak perlombongan yang dibuat di bawah nama Alam Etika Sdn Bhd. Setelah mengalami masalah perniagaan perlombongan yang melibatkan Alam Etika Sdn Bhd, Alam S/N gcr7fFyqmU661xBhwiRASA Etikaa Resources (M) Sdn Bhd telah ditubuhkan bersama-sama Alam Etika Mining dan Alam Etika Logistic. Peranan Alam Etikaa Resources (M) Sdn Bhd adalah untuk menguruskan mesin-mesin serta penyelenggaraannya. [28] Plaintif juga menyatakan senarai mesin-mesin yang dipindahkan daripada Alam Etika Sdn Bhd kepada Alam Etikaa Resources (M) Sdn Bhd dapat dilihat di muka surat 183 hingga 187 Ikatan Dokumen Plaintif. Pada tahun 2016, Plaintif telah memutuskan untuk menggunakan Golden Minerals Sdn Bhd bagi menyelamatkan masalah yang dihadapi oleh Alam Etika Resources (M) Sdn Bhd dan syarikat-syarikat yang lain. Oleh itu Plaintif telah memindahkan aset-aset dan mesin-mesin daripada Alam Etikaa Resources (M) Sdn Bhd kepada Golden Minerals Sdn Bhd. [29] Semasa memberikan keterangan di Mahkamah, Plaintif mengesahkan resolusi yang ditandatangani olehnya di muka surat 176 Ikatan Dokumen C. Dalam resolusi tersebut dinyatakan bahawa Backhoe Loader/Excavator, model Sumitomo SH210LC-5LR bernombor pendaftaran BLK 9403 telah dipindahkan kepada Golden Minerals Sdn Bhd dengan harga RM 1.00. Begitu juga resolusi syarikat di muka surat 175 Ikatan Dokumen C. Ia juga disahkan oleh Plaintif bagi resolusi di muka surat 178, 179, 181, 182, 184 dan 185 Ikatan Dokumen C. Apa yang perlu diberi perhatian dalam kes ini ialah resolusi-resolusi tersebut bertarikh 31.12.2017. S/N gcr7fFyqmU661xBhwiRASA [30] Ketika dikemukakan persoalan oleh peguam Defendan adakah dengan penjualan mesin-mesin tersebut pada harga RM 1.00 telah memperbaiki kedudukan kewangan Alam Etikaa Resources (M) Sdn Bhd, Plaintif menyatakan dia tidak tahu. Ketika dikemukakan persoalan adakah penjualan harta dari Alam Etikaa Resources (M) Sdn Bhd kepada Golden Minerals Sdn Bhd adalah bertujuan untuk mengelak bagi memenuhi award Mahkamah Perusahaan, Plaintif menyatakan bahawa pada masa itu Alam Etikaa Resources (M) Sdn Bhd masih tidak mempunyai kedudukan kewangan yang mantap. [31] Seterusnya SP 2 iaitu bekas pengarah syarikat Plaintif mengesahkan bahawa semua aset-aset di premis B-238 Tingkat 2, Jalan Dato’ Lim Hoe Leck, 25200 Kuantan, Pahang adalah merupakan aset milik Golden Minerals Sdn Bhd disebabkan aset-aset tersebut telah dibeli pada 31.12.2017. Ketika ditunjukkan resolusi-resolusi tersebut SP 2 mengesahkan bahawa ia adalah resolusi syarikat berkenaan dengan perkara penjualan aset-aset tersebut. [32] SP 3 pula iaitu kakitangan di syarikat Plaintif mengesahkan bahawa penyitaan yang melibatkan jentera Plaintif telah berkuatkuasa selama 148 hari. SP 3 juga mengesahkan bahawa terdapat sewaan bulanan bagi mesin-mesin tersebut dalam anggaran RM 18,000.00 iaitu RM 692.31 setiap hari. [33] Sebaliknya Defendan di dalam penyataan saksinya menyatakan bahawa Plaintif telah memanipulasikan aset-aset dan pengurusan syarikat. Ini dapat dilihat melalui tindakan menjual mesin-mesin S/N gcr7fFyqmU661xBhwiRASA tersebut pada harga yang rendah iaitu RM 1.00 kepada Golden Minerals Sdn Bhd. Ia juga menunjukkan bahawa Plaintif mempunyai peranan dan kepentingan di dalam kedua-dua syarikat tersebut. Defendan menyatakan di dalam penyataan saksinya seperti yang berikut: “This entire maneuver was strategic, aiming firstly to evade the legal obligations mandated by the Industrial Court and secondly, as a direct retaliation against my challenge in the Industrial Court. Dato' Rajagopal sought to impart a harsh lesson on the consequences of a 'normal employee' challenging an employer of his stature. This sham transaction was orchestrated with the clear intention to cause me harm, effectively changing the ownership of everything to GM, thereby setting the stage for GM to initiate legal action against me. This series of actions underscores a deliberate misuse of corporate power to personal ends, reflecting a disturbing abuse of the legal and corporate system to evade justice and target individuals.” [34] Ini telah mendorong Defendan dalam hujahannya supaya Mahkamah menyingkap tirai korporat syarikat Plaintif. Ini adalah disebabkan Plaintif telah melakukan tindakan bagi mengelakkan daripada Alam Etikaa Resources (M) Sdn Bhd membayar jumlah award yang dibenarkan oleh Mahkamah Perusahaan. [35] Adalah menjadi prinsip undang-undang yang jelas bahawa sesebuah syarikat mempunyai entiti undang-undang yang tersendiri. S/N gcr7fFyqmU661xBhwiRASA Hal ehwal yang berlaku dalam syarikat adalah di dalam tirai korporat. Ia akan hanya oleh disingkap apabila terdapatnya frod, tindakan tidak jujur atau tujuan yang tidak sah di sisi undang-undang. Maka ketika itu tirai korporat boleh disingkap. Ini dinyatakan dalam kes Salamon v A Salamon & Co Ltd [1897] A.C 22 di mana Lord Davey di halaman 56 “If, as was said in the Court of Appeal, the company was formed for an unlawful purpose, or in order to achieve an object not permitted by the provisions of the Act, the appropriate remedy (if any) would seem to be to set aside the certificate of incorporation, or to treat the company as a nullity, or, if the appellant has committed a fraud or misdemeanour (which I do not think he has), he may be proceeded against civilly or criminally; …” [36] Prinsip menyingkap tirai korporat telah diperkembangkan oleh Mahkamah Agong di United Kingdom dalam Prest v Prest and others [2013] 4 All ER 673 yang boleh dirumuskan sebagai prinsip penyembunyian (concealment principle) dan prinsip pengelakan (evasion principle). Ia telah diperjelaskan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes Ong Leong Chiou & Anor v. Keller (M) Sdn Bhd & Ors [2021] 4 CLJ 821 seperti yang berikut: “[98] The concept of lifting and piercing were and continue to be utilised interchangeably in this jurisdiction. However, in this appeal, I have considered in greater detail the differences in the principles underlying the principle of 'piercing' the corporate veil as enunciated by Lord Sumption. I am of the considered view that S/N gcr7fFyqmU661xBhwiRASA it would be appropriate to adopt the analysis put forward by Lord Sumption in Prest, but as agreed by the majority of the Bench in Prest, the analysis ought not to be applied too rigidly. It would be premature to bar or foreclose the categories of cases in which the corporate personality may be either disregarded or the veil 'pierced'. [99] The following conclusions may be drawn in relation to the disregarding of the corporate veil: