Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI JENAYAH DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN NO KES: BA-45A-128-08/2022 ANTARA PENDAKWA RAYA LAWAN GOPALAKRISHNAN A/L NADARAJA ALASAN PENGHAKIMAN Pengenalan
BA-45A-128-08/2022
High Court of Malaysia10 Oct 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“them for the purpose of trafficking in them would, in absent of any plausible explanation by him, be irresistible-even if there were no statutory presumption such as is contained in section 15 of the Drugs Act”. As a matter of common S/N PochRo2jfEWCeb5tTaW3dA **Note : Serial number will be used to verify the originali”
“e CCTV footage amounts to a withholding or suppression of evidence and if it was produced, it would be unfavourable to the prosecution and, consequently, the adverse presumption under s 114(g) of the Evidence Act 1950 must be invoked against the prosecution. 34] It goes without saying that the non-production of the CCT”
“130. Adalah tanggungjawab pihak hak pendakwaan untuk memanggil saksi-saksi material untuk mengakas versi pembelaan. Rujukan dibuat kepada kes Aedy Osman v Public Prosecutor [2010] MLJU 2221 yang memutuskan seperti berikut:- “ [22] From the authorities cited by the appellant’s counsel, it is incumbent upon the prosecuti”
“63. Saksi pendakwaan iaitu SP10 Penyiasat Ganti dan Pegawai Penyiasat SP11 bersetuju bahawa Somma Kumaran adalah saksi yang penting. (pembelaan merujuk kepada kes Pendakwaraya lwn Tan Kok Long [2025] MLJU 2265) yang mana dalam keadaan dimana saksi material tidak dipanggil, maka Mahkamah boleh menggunakan inferensi yang”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI JENAYAH DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN NO KES: BA-45A-128-08/2022 ANTARA PENDAKWA RAYA LAWAN GOPALAKRISHNAN A/L NADARAJA ALASAN PENGHAKIMAN Pengenalan
1
Dalam kes ini, izin telah diperolehi dibawah seksyen 39B(3) Akta Dadah Berbahaya 1952 ( “ADB 1952” ) bagi pendakwaan terhadap tertuduh, Gopalakrishnan A/L Nadaraja (No. KP: 901030-14-6181) diatas tiga kesalahan dibawah seksyen 39B(1)(a) dan boleh dihukum dibawah seksyen 39B(2) Akta yang sama bila disabit kesalahan.
2
Pertuduhan-pertuduhan terhadap tertuduh adalah seperti berikut: S/N PochRo2jfEWCeb5tTaW3dA Pertuduhan Pertama Bahawa kamu pada 19.10.2021 jam lebih kurang 1.30 tengah hari bertempat di tempat letak kereta no l3-56 Tingkat L3A, Residensi Palma 2, 43000 Kajang, dalam daerah Hulu Langat dalam negeri Selangor Darul Ehsan, telah didapati mengedar dadah berbahaya jenis Methamphetamine seberat 754.8 gram. Oleh itu kamu telah melakukan satu kesalahan dibawah seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum dibawah seksyen 39B(2) Akta yang sama. Pertuduhan Kedua Bahawa kamu pada 19.10.2021 jam lebih kurang 1.50 tengah hari bertempat di rumah bernombor 07-20, Residensi Palma 2, 43000 Kajang, dalam daerah Hulu Langat, dalam negeri Selangor Darul Ehsan, telah didapati mengedar dadah berbahaya jenis Heroin dan Monoacetylmorphines seberat 319.9 gram. Oleh itu kamu telah melakukan satu kesalahan dibawah seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum dibawah seksyen 39B(2) Akta yang sama. S/N PochRo2jfEWCeb5tTaW3dA Pertuduhan Ketiga Bahawa kamu pada 19.10.2021 jam lebih kurang 1.50 tengah hari bertempat di rumah bernombor 07-20, Residensi Palma 2, 43000 Kajang, dalam daerah Hulu Langat, dalam negeri Selangor Darul Ehsan, telah didapati mengedar dadah berbahaya jenis Methamphetamine seberat 2302.5 gram. Oleh itu kamu telah melakukan satu kesalahan dibawah seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum dibawah seksyen 39B (2) Akta yang sama.
3
Tertuduh mengaku tidak bersalah bagi ketiga-tiga pertuduhan tersebut dan telah dibicarakan.
4
Sepanjang perbicaraan kes pendakwaan, pihak pendakwaan telah memanggil 11 orang saksi pendakwaan iaitu; SP1 Sjn Syed Al Malek Faizal Jurustor SP2 Sjn Rokidin b Arshad Jurustor SP3 Sjn Mohamad Zaki b Hussin Jurufoto SP4 Haw Wai Loon Pemilik rumah SP5 Gene Chan Hsueh Jin Ejen rumah SP6 Lai Chin Wei Kontraktor S/N PochRo2jfEWCeb5tTaW3dA SP7 Abd Rahim b Ismail Ahli Kimia (Dadah) SP8 Nor Alfarizan b Mokhtarudin Ahli Kimia (DNA) SP9 ASP Misran b Osman Pengadu SP10 Insp Jasveer Singh Pegawai Penyiasat Ganti SP11 Insp Nur Nadia Jamalulail Pegawai Penyiasat Asal Fakta kes
5
Pada 19.10.2021, jam lebih kurang 1.30 tengahari, berdasarkan maklumat yang telah diterima, SP9 (Pengadu) bersama anggota JSJN IPK KL dan BSJND IPD Kajang, telah menahan (1) Lelaki India di tempat letak kereta No. L3-56 Tingkat L3A, Residensi Bukit Palma 2, Jalan Bukit Palma 2, 43000 Kajang,Selangor. (Bersangkut Kajang Rpt 31241/21 ( P51)
6
SP9 memperkenalkan diri sebagai pegawai kanan polis dengan menunjukkan kad kuasa polis dan telah membacakan kata-kata amaran dalam bahasa Malaysia yang mudah difahami dan diakui faham oleh tertuduh dan tertuduh hanya mendiamkan diri. S/N PochRo2jfEWCeb5tTaW3dA Berdasarkan pemerhatian yang dibuat, SP9 telah melihat tertuduh berseorangan di tempat letak kereta tersebut.
7
Pemeriksaan SP9 keatas tertuduh telah merampas (1) beg galas (P8) yang di galas oleh tertuduh berwarna hitam jenama Biaowang didalamnya terdapat (1) bungkusan plastik berwarna hijau bertulis Guanyinwang yang mengandungi (1) bungkusan plastik lutsinar berisi serbuk dan ketulan kristal disyaki dadah jenis Methamphetamine dan pemeriksaan beg pinggang dipinggang tertuduh berwarna biru gelap bertulis Haoshuai (P9) didalamnya terdapat 3 kad akses (P10 dan P11), serangkai (11) anak kunci (P14), (1) kunci alat kawalan jauh kenderaan berlogo Xhorse (P12), serangkai (4) anak kunci, serangkai (9) anak kunci ( P13 1-9), 1 kad pengenalan penama Gopalakrishnan a/l Nadaraja.( rujuk borang senarai geledah P52)
8
Di dalam beg galas (P8) tertuduh terdapat 1 bungkusan plastik lutsinar dadah jenis methamphetamine seberat 754.8 gram. SP9 kemudiannya membuat tangkapan dan merampas barang salah dari tertuduh. Selain dari barang salah, turut dirampas adalah beberapa kad akses beserta beberapa buah rangkai anak kunci dari tertuduh.
9
Pada hari yang sama pukul 1.50 tengahari SP9 bersama anggota telah dipandu arah oleh tertuduh ke alamat rumah bernombor 07-20, Residensi Palma 2, Jalan Bukit Palma 2, 43000 Kajang Selangor. (Bersangkut Kajang Rpt: 31242-31243/21 (P57).
10
Dengan menggunakan kunci yang dirampas daripada tertuduh, SP9 dan pasukan telah membuat pemeriksaan di dalam rumah tersebut. Di dalam Bilik 2 sebelah kiri rumah berkunci dan dengan menggunakan kunci yang dirampas dari tertuduh, SP9 berjaya membuka pintu dan menjumpai beberapa jenis dadah heroin, monoacetylmorphines dan Methamphetamine di dalam bilik tersebut dalam beberapa bungkusan plastik lutsinar dan juga barang-barang yang lain.(rujuk borang senarai geledah P53)
11
Pada hari yang sama pada jam lebih kurang 3.30 ptg SP9 bersama anggota telah membawa tertuduh ke alamat D2-16-07, Southville City, Taman Teknologi Mint, 43000 Bangi Selangor. Dengan menggunakan kunci yang dirampas dari tertuduh telah berjaya membuka pintu grill dan pintu rumah tersebut dan dapati rumah tiada berpenghuni. (Bersangkut
12
Seterusnya SP9 di hadapan tertuduh dan saksi-saksi polis yang lain telah menjalankan pemeriksaan diatas lantai didalam bilik pertama sebelah kanan rumah telah menjumpai (2) kotak berwarna coklat yang mana dalam kotak pertama terdapatnya
20
bungkusan plastik berwarna hijau bertulis Guanyinwang mengandungi bungkusan plastik lutsinar berisi serbuk dan ketulan kristal disyaki dadah jenis Methamphetamine.(AB:21,100 gram) S/N PochRo2jfEWCeb5tTaW3dA
13
Pemeriksaan dalam kotak kedua terdapatnya (12) bungkusan plastik berisi bahan berwarna putih disyaki heroin. (12) bungkusan lutsinar berisi bahan berwarna hijau disyaki dadah jenis heroin dan (4) bungkusan plastik lutsinar berisi bahan berwarna merah jambu disyaki dadah jenis heroin. Turut dirampas (1) alat sealer berwarna biru jenama palstik film sealer.
14
Pada hari yang sama pukul 5.10 petang SP9 dan anggota telah membawa tertuduh ke alamat bernombor 100 Jalan Tanming Sari Satu, Taman Tanming Jaya, Balakong 43300 Seri Kembangan,Selangor dan dengan menggunakan kunci yang dirampas dari tertuduh telah berjaya membuka pintu grill hadapan dan pintu rumah tersebut dapati rumah tiada berpenghuni dan seterusnya SP9 serta saksi-saksi polis telah menjalankan pemeriksaan keseluruhan didalam rumah tersebut tetapi tiada menjumpai apa-apa barang salah atau dadah kecuali wang sebanyak RM60,000.00 (P54).( Bersangkut Kajang RPT:
15
Setelah melawat ke kediaman tersebut diatas, SP9 telah membawa tertuduh beserta barang-barang salah yang dirampas balik ke IPD untuk tindakan susulan. Selepas dokumentasi disiapkan iaitu borang senarai geledah P52, P53 dan P54 dan juga Borang serah terima barang kes P55 dan P56. SP9 kemudiannya menyerahkan tertuduh serta barang-barang kes yang terlibat kepada Insp. Nur Nadia (SP11 /Pegawai Penyiasat).
16
SP9 telah merampas kesemua barang-barang kes dan menyerahkan kepada pegawai penyiasat SP11. SP11 telah menyerahkan kepada Jabatan Kimia dan setelah dianalis oleh Ahli Kimia (SP7) barang-barang kes disahkan sebagai dadah berbahaya jenis methamphetamine seberat 754.8 gram, heroin dan monoacetylmorphine seberat 319.9 gram dan dadah jenis methamphetamine seberat 2302.5 gram yang mana disenaraikan dalam Jadual Pertama ADB 1952.
17
Dalam kes ini tertuduh hanya dituduh bersabit report polis bersangkut Kajang Rpt 31241/21( P51) kejadian di tempat letak kereta No. L3-56 Tingkat L3A, Residensi Bukit Palma 2, 43000 Kajang, Selangor dan bersangkut Kajang Rpt: 31242-31243/21 (P57) kejadian di rumah bernombor 07-20, Residensi Palma 2, Jalan Bukit Palma 2, 43000 Kajang,Selangor.
18
Elemen-elemen seksyen 39B ADB 1952 adalah seperti berikut:- A. Barang kes yang dirampas adalah dadah yang tersenarai dalam Akta Dadah Berbahaya 1952; B. Tertuduh mempunyai jagaan, kawalan dan milikan terhadap dadah tersebut; C. Tertuduh mempunyai pengetahuan berkenaan dadah tersebut; dan D. Tertuduh mengedar dadah tersebut.
19
Adalah jelas bahawa di akhir kes pendakwaan, Mahkamah yang mulia ini mempunyai tugas untuk melihat dan menimbang keterangan-keterangan secara penilaian maksima yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan, untuk memutuskan sama ada pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan suatu kes prima facie terhadap tertuduh.
20
Di peringkat kes pendakwaan, jika Mahkamah mendapati terdapatnya kes prima facie, tertuduh akan dipanggil untuk membela diri atau sebaliknya dilepaskan dan dibebaskan jika pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie. (rujukan kepada kes Looi Kow Chai & Anor v PP (2003) 1 CLJ 734 yang diputuskan oleh Gopal Sri Ram (HMR) dan kes Mahkamah Persekutuan Malaysia dalam Balachandran a/l Selvaratnam v
21
Dalam kes ini, tuduhan keatas tertuduh hanyalah terhadap dadah yang dijumpai di kedua-dua tempat seperti berikut:- i) Dadah dijumpai di dalam beg galas (P8) yang di galas oleh tertuduh semasa tangkapan di tempat letak kereta no. 13-56 Tingkat L3A, Residensi Palma 2, 43000 Kajang, Selangor; dan S/N PochRo2jfEWCeb5tTaW3dA ii) Dadah-dadah juga dijumpai di rumah bernombor 07-20, Residensi Palma 2, 43000 Kajang, Selangor. Elemen A: Identiti barang kes
22
Berdasarkan keterangan SP7 (Ahli Kimia), beliau mengesahkan bahawa selepas analisa, barang kes yang dirampas adalah dadah berbahaya jenis Methamphetamine seberat 754.8-gram, Monoacetylmorphines seberat 319.9-gram dan Methamphetamine seberat
2302
2302.5-gram yang mana disenaraikan dalam Jadual Pertama ADB 1952. (Rujukan dibuat kepada laporan kimia dalam ekshibit P31, P31A, P32. P33, PP33A dan P34 ). Elemen B : Isu jagaan, kawalan dan milikan terhadap dadah yang ditemui di dalam beg galas (P8) yang digalas oleh tertuduh sendiri di tempat letak kereta dan dadah dijumpai di dalam rumah bernombor 07-20, Residensi Palma 243000 Kajang, Selangor.
23
Pihak pendakwaan berhujah bahawa sememangnya tertuduh mempunyai kawalan dan jagaan terhadap barang kes dadah tersebut berdasarkan perkara-perkara berikut.
24
Setelah pemerhatian dibuat oleh SP9 dan pasukannya, beliau telah menahan tertuduh berseorangan di tempat letak kereta di Residensi Palma 2 dimana bersama tertuduh ketika itu, terdapatnya satu beg galas yang mana dalam beg tersebut ada S/N PochRo2jfEWCeb5tTaW3dA barang salah sepertimana pertuduhan pertama. Memandangkan beg galas (P8) tersebut di galas oleh tertuduh sendiri, maka elemen jagaan, kawalan dan milikan terhadap dadah dipenuhi.
25
Pihak pendakwaan merujuk kepada kes PP v Abdul Rahman Akif [2007] 4 CLJ 337, Mahkamah Persekutuan telah merujuk kepada kes Tan Ah Tee & Anor v PP[1980] 1 MLJ 49 mengenai isu ‘possession’ yang telah memutuskan bahawa:- “Even if there were no statutory presumptions available to the prosecution, once the prosecution had proved the fact of physical control or possession of the plastic bag and the circumstances in which this was acquired by and remained with the second appellant, the trial judges would be justified in finding she had possession of the contents of the plastic bag within the meaning of the Act unless she gave an explanation of the physical fact which the trial judges accepted or which raised a doubted in the minds that she had possession of the contents within the meaning of the Act.”
26
Mengikut pihak pendakwaan, dalam kes ini, adalah tidak boleh disangkal bahawa dadah yang dijumpai diletakkan di dalam beg galas yang digalas oleh tertuduh sendiri.
27
Selepas itu, SP9 kemudiannya turut merampas kunci dan kad akses daripada tertuduh dan tertuduh sendiri yang memandu arah ke unit 07-20, Residensi Palma 2. SP9 menggunakan kad S/N PochRo2jfEWCeb5tTaW3dA akses beserta kunci yang dirampas daripada tertuduh untuk memasuki rumah tersebut.
28
Semasa SP9 dan pasukan berada di rumah tersebut, pemeriksaan telah dibuat dan mendapati di dalam Bilik 2 sebelah kiri rumah tersebut ( rujuk rajah kasar P66 ), terdapatdadah-dadah di dalam peket “teh cina” bertulisan Guanyinwang. Barang-barang salah adalah sepertimana dalam pertuduhan kedua dan pertuduhan ketiga.
29
Berdasarkan keterangan tersebut, adalah hujahan pendakwaan bahawa tertuduh mempunyai milikan terhadap dadah-dadah yang ditemui di dalam rumah tersebut.
30
Pengetahuan tertuduh terhadap dadah-dadah yang dijumpai tidak boleh disangkal hanya kerana barang kes yang dijumpai disimpan dalam keadaan tidak nampak dengan sekali pandang serta dadah dijumpai di dalam bilik yang berkunci.
31
Terdapat juga saksi mata yang pernah melihat tertuduh di rumah tersebut sebelum tangkapan dibuat iaitu SP6 yang sering berada di Residensi Palma 2 untuk membuat renovation works di rumah berdekatan rumah yang didiami oleh tertuduh.
32
Rumah tersebut dikatakan disewa oleh seorang bernama Somma Kumaran sepertimana dalam eksibit Tenancy Agreement P28. Walaubagaimanapun, pendakwaan menyatakan tiada S/N PochRo2jfEWCeb5tTaW3dA keterangan yang mengatakan bahawa penama Somma Kumaran telah tinggal di rumah tersebut dan tiada keterangan bahawa SP6 pernah melihat lelaki lain selain tertuduh ada di rumah tersebut.
33
Pihak pendakwaan merujuk kepada kes Mahkamah Persekutuan dalam PP V Lim Hock Boon [2009] 3 CLJ 430 menyatakan: - “The respondent owned the car and had used it for 1 ½ years prior to the arrest. He was alone in the car when he was arrested. Based on these facts the respondent had actual possesion of the cannabis. With regard to the element of knowledge, this had been proved by surrounding circumstances with the respondent pleading to be released as soon as the police introduced themselves. He was also in a state of panic and was sweating. Alternatively, the prosecution had proved that the respondent was traficking in the sense that he was ’keeping and ’concealing’ the cannabis within the meaning of section 2 of the act.
34
Berdasarkan situasi tersebut, pihak pendakwaan menyatakan bahawa elemen jagaan, kawalan dan milikan terhadap dadah juga dipenuhi. S/N PochRo2jfEWCeb5tTaW3dA Elemen C : Tertuduh mempunyai pengetahuan berkenaan dadah tersebut. Dadah dijumpai di dalam beg galas yang di galas oleh tertuduh semasa tangkapan
35
Berkenaan elemen ini, pihak pendakwaan berhujah bahawa Mahkamah harus melihat kepada keadaan kes ini di mana dadah yang dijumpai telah diletakkan di dalam beg galas yang digalas oleh tertuduh sendiri dan dadah tersebut dibungkus dengan peket “teh cina” bertulisan Guanyinwang.
36
Oleh itu, satu inferens di bawah seksyen 37(d) ADB 1952 boleh dibuat di mana tertuduh mempunyai pengetahuan berkenaan dadah di dalam beg galas tersebut. Dadah dijumpai di dalam rumah bernombor 07-20, Residensi Palma 2, Kajang, Selangor
37
Dadah dijumpai di dalam sebuah bilik yang berkunci di dalam rumah tersebut. Dadah-dadah yang dijumpai juga telah dibungkus dengan peket “teh cina” bertulisan Guanyinwang. Pengetahuan tertuduh terhadap dadah-dadah yang dijumpai tidak boleh disangkal hanya kerana barang kes yang dijumpai disimpan dalam keadaan tidak nampak dengan sekali pandang oleh kerana ia telah disimpan di dalam Bilik 2 yang berkunci.
38
Selain itu, dadah yang dijumpai dalam rumah turut dikatakan dalam pengetahuan dan milikan tertuduh setelah kunci dan akses kad ditemui bersama dia semasa tangkapan dilakukan. Terdapat juga saksi mata yang pernah melihat tertuduh di rumah tersebut sebelum tangkapan dibuat iaitu SP6 yang sering berada di Residensi Palma 2 untuk membuat kerja-kerja renovasi di rumah berdekatan rumah yang didiami tertuduh.
39
Pihak pendakwaan menyatakan bahawa keterangan SP6 juga kredible dimana SP6 telah mengecam tertuduh. Bukan setakat itu, SP6 ada cuba menyapa tertuduh namun tidak dapat maklumbalas semula. SP6 juga pernah lihat tertuduh bersama beg galas eksibit P8 yang mana dadah dijumpai.
40
Oleh itu, mengambil kira bahawa tertuduh memiliki kunci serta kad akses ke rumah tersebut dimana dadah ditemui, satu inferens di bawah seksyen 37(d) ADB 1952 boleh dibuat di mana tertuduh mempunyai pengetahuan berkenaan dadah yang dijumpai di dalam Bilik 2 sebelah kiri rumah tersebut. Elemen D: Tertuduh mengedar dadah tersebut
41
Dalam kes ini, tertuduh telah mengangkut dadah tersebut di dalam beg yang digalas oleh tertuduh sendiri dan dadah juga dijumpai di dalam rumah yang dipandu arah oleh tertuduh sendiri dan dadah disimpan di dalam Bilik 2 yang berkunci. Ini secara tidak langsung terjumlah kepada perbuatan pengedaran S/N PochRo2jfEWCeb5tTaW3dA sebagaimana didefinasikan dibawah seksyen 2 ADB 1952. (rujukan kes Public Prosecutor v Abdul Manaf bin Muhamad
42
Pihak pendakwaan juga menghujahkan bahawa jumlah dadah yang dibawa oleh tertuduh adalah satu jumlah yang besar iaitu 754.8gram, 2302.5 gram bagi dadah jenis Methamphetamine dan 319.9 gram Heroin dan Monocetylmorphines maka adalah sesuatu yang tidak dapat disangkalkan bahawa dadah tersebut adalah untuk tujuan pengedaran.
43
Inferens boleh dibuat terhadap jumlah dadah yang dijumpai sepertimana dalam kes Ong Ah Chuan v PP [1981] 1 MLJ 64 yang telah diterima pakai oleh Mahkamah Rayuan dalam kes Mohamed Yazri Minhat v PP [2003] 2CLJ 65 seperti berikut:- “….Generally, in the absence of an express admission by the accused, the purpose with which he did an act is a matter of inference from what he did. Thus, in the case of an accused caught in the act of conveying from one place to another controlled drugs in quantity much larger than is likely to be needed for his own consumption the inference that he was transporting them for the purpose of trafficking in them would, in absent of any plausible explanation by him, be irresistible-even if there were no statutory presumption such as is contained in section 15 of the Drugs Act”. As a matter of common S/N PochRo2jfEWCeb5tTaW3dA sense the larger the quantity of drugs involved the stronger the inference that they were not intended for the personal consumption of the person carrying them, and the more convincing the evidence needed to rebut it.”
44
Pihak pendakwaan menyatakan bahawa berdasarkan cara dadah diangkut, disimpan dan dalam jumlah yang banyak, Mahkamah boleh membuat inferens yang tidak dapat ditolak (irresistible inference) berdasarkan kepada pendekatan common sense bahawa sememangnya tertuduh berniat untuk mengedarkan dadah berbahaya tersebut.
45
Rantaian Barang Kes Adalah dihujahkan rantaian keterangan kes pendakwaan adalah tidak terputus. Keterangan SP9 berkenaan rampasan barang kes dan pengecaman SP9 berdasarkan tandaan yang dibuat sendiri oleh SP9 sendiri adalah sangat konsisten.
46
Ini diteruskan lagi dengan keterangan SP1 dan SP2 iaitu jurustor barang kes yang telah mendaftarkan barang kes yang telah diterima daripada SP10 dan SP11.
47
SP11 juga telah memberikan keterangan berkenaan pengendalian barang kes dengan baik bermula daripada penyerahan barang kes oleh SP9. SP11 kemudiannya bertukar ke IPD yang lain dan SP10 mengambil alih dan barang kes telah S/N PochRo2jfEWCeb5tTaW3dA diserahkan semula oleh SP7 iaitu Ahli Kimia adalah sangat konsisten dan gagal dicabar. Keempat-empat saksi ini masing-masing mengecam barang kes semasa perbicaraan dan tiada indikasi bahawa barang kes yang dibawa ke Mahkamah pada hari ini diragui identitinya.
48
Berdasarkan keterangan di atas, adalah dihujahkan rantaian barang kes tidak terputus.
49
Kredibiliti saksi-saksi Pihak pendakwaan juga berhujah bahawa seramai 11 orang saksi pendakwaan telah dipanggil bagi membuktikan kes terhadap tertuduh. Saksi-saksi ini, selain saksi Polis, terdapat juga saksi pakar dan saksi-saksi awam telah dipanggil dan kesemua mereka telah memberikan keterangan dihadapan Mahkamah dan pihak pendakwaan percaya bahawa Mahkamah ini dapat menilai sendiri kredibiliti saksi-saksi yang telah dipanggil.
50
Keterangan yang diberikan oleh SP1, SP2, SP9, SP10 dan SP11 adalah kredibel, konsisten serta saling menyokong antara satu sama lain.
51
Sebagai tambahan, dalam kes ini, pihak pendakwaan turut memanggil SP6 iaitu kontraktor yang sedang membuat kerja-kerja pengubahsuaian di rumah berhampiran dengan rumah yang mana dadah dijumpai. SP6 mengecam dan itu bukan kali pertama S/N PochRo2jfEWCeb5tTaW3dA SP6 melihat tertuduh di rumah tersebut. Oleh itu, adalah dihujahkan bahawa tiada sebab untuk Mahkamah tidak boleh mempercayai keterangan beliau.
52
Malah, sekalipun terdapat percanggahan, ia dihujahkan bahawa percanggahan-percanggahan yang timbul, tidak secara langsung menyebabkan keterangan saksi-saksi yang mengaitkan tertuduh dengan pertuduhan boleh ditolak secara keseluruhannya atau tidak diterima oleh Mahkamah.
53
Isu-Isu dalam kes ini Rumah tersebut dikatakan disewa oleh seorang bernama Somma Kumaran sepertimana dalam Tenancy Agreement eksibit P28. Pihak pendakwaan menyatakan bahawa tiada keterangan menyatakan bahawa penama Somma Kumaran telah tinggal di rumah tersebut dan tiada juga keterangan bahawa SP6 pernah melihat lelaki lain selain tertuduh yang ada di rumah tersebut.
54
Pihak pendakwaan tidak memanggil Somma Kumaran kerana lokasi keberadaan beliau tidak diketahui. SP10 iaitu Pegawai Penyiasat Ganti telah cuba mengesan penama ini dengan membuat carian dengan Jabatan-jabatan yang berkaitan. SP10 telah menyemak dengan Jabatan Imigresen untuk mengetahui sama ada penama ini berada di dalam atau luar negara. Pada masa yang sama, SP10 turut menyemak dengan pihak Jabatan Pendaftaran Negara dan mendapat senarai family tree penama S/N PochRo2jfEWCeb5tTaW3dA ini. Cubaan SP10 berjumpa dengan ahli keluarga juga mendapati mereka tidak tahu keberadaan penama ini.
55
SP11 iaitu Pegawai Penyiasat asal telah memberi keterangan bahawa penama ini telah dirakam percakapan sek 112 KTJ beliau dan mendapati bahawa penama ini tiada kaitan dengan dadah yang dijumpai. Rakaman Percakapan saksi ini telah dikemukakan iaitu ID 64 melalui permohonan oleh Pendakwaan dibawah seksyen 32(1)(i) Akta Keterangan.
56
Dengan adanya ID 64 ini, ini bermakna SP11 telah menyiasat penama Somma Kumaran dan pertuduhan keatas tertuduh tetap diteruskan oleh pihak pendakwaan. Pihak pendakwaan menyatakan dengan masa yang tidak mencukupi, beserta tidak mahu melengahkan / menangguhkan kes ini semata-mata untuk mengesan penama Somma Kumaran ini, namun apa yang pasti, SP11 telah menyiasat secara menyeluruh dan penama ini ada dirakam percakapan beliau sepertimana ID 64.
57
Selain itu, pihak pendakwaan menghujahkan bahawa keterangan SP6 juga kredibel dimana SP6 telah mengecam tertuduh. Bukan setakat itu, SP6 ada cuba menyapa tertuduh namun tidak dapat maklumbalas semula. SP6 juga pernah lihat tertuduh bersama beg galas eksibit P8 yang mana dadah dijumpai bersama tertuduh.
58
Pihak pendakwaan juga mengambil kira bahawa tertuduh mempunyai akses kepada dadah yang dijumpai di dalam bungkusan teh cina berjenama ‘guanyinwang’ di dalam Bilik 2 tersebut yang dalam keadaan berkunci dan tertuduh memiliki kunci dan kad akses ke rumah tersebut, maka satu inferens di bawah seksyen 37(d) ADB 1952 boleh dibuat di mana tertuduh mempunyai pengetahuan berkenaan dadah yang dijumpai di dalam bilik sebelah kiri rumah tersebut. Konklusi pihak pendakwaan
59
Oleh yang demikian, pihak pendakwaan berhujah bahawa pihak pendakwaan, di akhir kes pendakwaan telah berjaya membuktikan setiap satu elemen kesalahan bagi pertuduhan-pertuduhan tersebut. Oleh itu, pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan satu kes prima facie ke atas tertuduh. Hujahan Peguambela Tertuduh Isu-Isu yang dibangkitkan
60
Pihak Pembelaan menyatakan bahawa pihak pendakwaan telah gagal memanggil Somma Kumaran yang merupakan seorang saksi yang penting dalam kes ini.
61
Somma Kumaran merupakan penyewa unit rumah dimana dadah bagi pertuduhan kedua dan ketiga dijumpai dan dimana dadah S/N PochRo2jfEWCeb5tTaW3dA bagi pertuduhan pertama diambil. Ini jelas terbukti dengan adanya Tenancy Agreement di antara Haw Wai Loon (SP4) dan Somma Kumaran A/L Subramaniam ( Exhibit P28).
62
SP4 menyatakan dalam keterangan bahawa beliau pernah berjumpa Somma sebanyak dua kali dan segala deposit dan sewa bulanan dibayar oleh Somma. Ini disahkan oleh SP5 bahawa sewaan bulanan terus dibayar kepada pemilik iaitu SP4.
63
Saksi pendakwaan iaitu SP10 Penyiasat Ganti dan Pegawai Penyiasat SP11 bersetuju bahawa Somma Kumaran adalah saksi yang penting. (pembelaan merujuk kepada kes Pendakwaraya lwn Tan Kok Long [2025] MLJU 2265) yang mana dalam keadaan dimana saksi material tidak dipanggil, maka Mahkamah boleh menggunakan inferensi yang bertentangan (invoke adverse inference) dibawah sek 114 (g) Akta Keterangan 1950.
64
Dalam kes ini, penama Somma Kumaran memang seorang yang wujud dan kenyataan beliau telah diambil oleh SP11 (Pegawai Penyiasat). Kegagalan pihak pendakwaan memanggil Somma Kumaran sebagai saksi dan memberi keterangan telah menimbulkan jurang material dalam naratif kes pihak pendakwaan. (Rujuk kes Ti Chuee Hiang v PP [1995] 2 MLJ 433).
65
Tertuduh telah membuat satu laporan polis (ekshibit IDD62) pada 8.3.2023 dan telah menyatakan dalam laporan tersebut bahawa S/N PochRo2jfEWCeb5tTaW3dA Somma Kumaran telah meminta tolong tertuduh untuk menjaga rumahnya sewaktu dia pergi ke luar negeri selama 10 hari.
66
Kes yang relevan di sini adalah kes yang diputuskan oleh Mahkamah Rayuan iaitu Ooi Chee Seong v PP [2014] 3 MLJ 593 [Tab 6, IAT] di mana rayuan Perayu-Perayu telah dibenarkan atas alasan bahawa pihak Pendakwaan telah gagal memanggil penama ‘Ang’ untuk mengakas versi Pembelaan:- “[41] The appellants' version in regard to Ang was rather simple. That Ang as the occupier of the condominium unit had invited both the appellants to the condominium unit as visitors. That being the case, Ang is the trafficker. It is trite law that the prosecution, in order to establish its case beyond reasonable doubt, must proceed to disprove or negate the defence version. [44] In order to disprove or negate the appellants' version, the prosecution must call Ang to afford him the opportunity to rebut and deny that he was the occupier of the condominium unit. If called, Ang too would be able to break the nexus that the drugs found in the condominium unit belonged to him… [45] No evidence was led to show that Ang could not be traced. In fact, no attempts were ever made to trace and locate Ang. That being the case, it is right to say that S/N PochRo2jfEWCeb5tTaW3dA the prosecution offered no response to rebut or disprove the appellants' version about Ang. [46] In our judgment, this is a classic case where the prosecution failed to call a material witness in the person of Ang. There is no impediment for the prosecution to call Ang bearing in mind that the defence had already put to SP7 and SP9 about the importance of Ang to the factual matrix of the case. The prosecution was alerted that Ang figured prominently in the defence case. Thus, in order to disprove or negate the defence version, the prosecution has no choice but to call Ang in order to establish its case beyond reasonable doubt. [69] In open court, we announced our decision. It went like this: We have deliberated at great length and we are of the view that it is not safe to convict both the appellants. Consequently, we allow the appeals of both the appellants. The convictions and death sentences are hereby set aside. Both the appellants are acquitted and discharged.” S/N PochRo2jfEWCeb5tTaW3dA Elemen kedua dan ketiga isu jagaan, kawalan dan milikan dan pengetahuan
67
Pihak pembelaan berhujah bahawa rumah di mana dadah tersebut dijumpai di dalam paket-paket teh cina berjenama ‘guanyinwang’ di Bilik 2 sebelah kiri yang berkunci bukanlah dihuni oleh tertuduh tetapi oleh seseorang bernama Somma Kumaran seperti mana dalam Tenancy Agreement (ekshibit P28).
68
Pemilik rumah SP4 telah menyatakan dalam keterangan beliau semasa pemeriksaan balas bahawa orang yang dia berjumpa untuk menandatangani P28 tersebut adalah penama Somma Kumaran dan penama juga yang membayar sewa dan deposit rumah tersebut. Kunci rumah tersebut juga hanya diberikan kepada penama tersebut. Saya tak pergi ke unit cuma bagi kunci pada Somma Kumaran.
69
SP4 boleh mengecam dan sahkan Somma Kumaran seperti eksibit P29 dan ekhibit D30.
70
Perkara ini juga telah disahkan oleh SP11, yang merupakan pegawai penyiasat kes yang mengesahkan bahawa penama tersebut telah membayar sewa dan deposit tersebut melalui
71
Malahan, sewaktu serbuan pada rumah tersebut, Perjanjian Penyewaan masih sah di bawah nama Somma Kumaran dan ini disahkan oleh SP11.
72
Oleh yang demikian, pihak pendakwaan tidak boleh menafikan bahawa Somma Kumaran adalah saksi yang penting dalam kes ini sepertimana dipersetujui oleh SP10 dan SP11 sendiri.
73
SP10 dan SP11 juga tidak membuat cubaan yang mencukupi untuk menjejaki Somma Kumaran yang merupakan saksi penting. Carian Imigresen dan carian di Jabatan Pendaftaran Negara serta menjejaki beliau di alamat terakhir adalah tidak mencukupi.
74
Seterusnya, pihak pembelaan berhujah bahawa kegagalan memanggil Somma Kumaran juga telah mengakibatkan pihak pendakwaan gagal untuk mengakas versi pembelaan tertuduh seawal kes pendakwaan di mana pihak pembelaan menegaskan bahawa keseluruhan pembelaan tertuduh adalah berpaksikan Somma Kumaran.
75
Pihak pembelaan juga berhasrat menggunapakai Radhi Direction ke atas Somma Kumaran sebagai pengedar dadah sebenar dalam kes ini dan bukannya tertuduh.
76
Berdasarkan laporan polis dibuat oleh tertuduh ( IDD62 ), pihak pembelaan menyatakan bahawa Somma Kumaran juga adalah penyewa kepada unit kondominium di Southville City di mana 20 S/N PochRo2jfEWCeb5tTaW3dA bungkusan peket teh cina Guanyinwang juga dijumpai di sana yang diakui oleh SP10 bahawa dadah tersebut mempunyai rupa bentuk yang sama dengan dadah yang dijumpai di Residensi Palma 2.
77
Pihak pembelaan juga menyatakan bahawa tertuduh tidak pernah dituduh untuk dadah yang dijumpai di Southville City.
78
Penama Raj yang mana namanya dipetik oleh Somma Kumaran juga tidak dipanggil untuk kes ini, walaupun SP4 juga menyokong keterangan bahawa Somma Kumaran pernah menyatakan kepadanya bahawa beliau menyewa rumah tersebut untuk rakannya bernama Raj tetapi yang bayar deposit semua adalah Somma Kumaran.
79
SP11 juga mengesahkan bahawa terdapat DNA asing di dalam bilik berkunci tersebut dan tiada DNA tertuduh dijumpai di dalam bilik tersebut. SP11 juga gagal mengenalpasti identiti pemilik DNA tersebut dan juga untuk mengenalpasti sama ada DNA tersebut milik Somma Kumaran atau tidak.
80
Pihak pembelaan juga berhujah bawa kegagalan pihak pendakwaan untuk mengemukakan rakaman CCTV tempat kejadian juga boleh membawa kepada Mahkamah untuk menggunapakai seksyen 114(g) Akta Keterangan.
81
Oleh itu, berdasarkan perkara di atas, pihak pembelaan berhujah bahawa SP10 dan SP11 gagal menyiasat kes ini secara menyeluruh dan menyebabkan terdapat banyak kelompangan dalam versi cerita pihak pendakwaan. Elemen keempat, pengedaran
82
Pihak pembelaan berhujah bahawa tanpa intipati pemilikan dengan mens rea, intipati pengedaran juga tidak dapat dibuktikan secara automatiknya, dan anggapan pengedaran juga tidak boleh digunapakai.
83
Konklusi pihak pembelaan Pihak pembelaan berhujah bahawa pihak pendakwaan gagal membuktikan satu kes prima facie ke atas tertuduh atas kegagalan pihak pendakwaan membuktikan bahawa tertuduh-tertuduh mempunyai jagaan, kawalan dan milikan serta mempunyai pengetahuan terhadap dadah yang dijumpai di dalam beg galas yang digalas oleh tertuduh dan juga dadah yang dijumpai di rumah bernombor 07-20, Residensi Palma 2, 43000 Kajang, Selangor. S/N PochRo2jfEWCeb5tTaW3dA Penilaian Dan Dapatan Mahkamah Di Akhir Kes Pendakwaan Pertuduhan Pertama : Pada 19.10.2021 jam lebih kurang 1.30 tengahari bertempat di tempat letak kereta No 13-56 Tingkat L3A Residensi Palma 2.
84
Dalam konteks pengedaran dadah, adalah wajar diingatkan bahawa pihak pendakwaan, hendaklah membuktikan elemen-elemen seperti diperenggan 18 diatas.
85
Tertuduh telah di tangkap pada 19.10.2021 lebih kurang 1.30 tengah hari bertempat di tempat letak kereta no 13-56 Tingkat L3A, Residensi Palma 2 oleh SP9 dimana tertuduh pada masa tersebut berada bersendirian. Semasa tangkapan, tertuduh tidak bertindak agresif tetapi bekerjasama dengan pihak polis. Semasa tangkapan tertuduh menggalas beg galas berwarna hitam (P8) yang mana didalamnya mengandungi dadah berbahaya. (P35)
86
Walaupun tertuduh menggalas beg P8 yang mengandungi dadah, ini tidak cukup untuk membuktikan milikan tanpa wujudnya keterangan yang menunjukkan tertuduh mempunyai pengetahuan tentang dadah tersebut. Keterhampiran fizikal tertuduh dengan dadah tidak mencukupi untuk pihak pendakwaan membuat inferens bahawa tertuduh mempunyai pengetahuan bahawa paket plastik berwarna hijau bertulis teh cina guanyinwang tersebut (P35) mengandungi dadah, lebih-lebih lagi bungkusan tersebut tidak lutsinar.
87
Dalam kes ini terdapatnya laporan polis (IDD 62) yang dibuat oleh tertuduh yang mana Mahkamah setelah menilai mendapati terdapat fakta matrix perjalanan kes ini yang perlunya diberi pertimbangan sewajarnya oleh Mahkamah.
88
Laporan polis tertuduh (IDD 62) jelas menunjukkan bahawa tertuduh telah pergi dan tinggal dirumah tersebut beberapa hari sebelum tangkapan dan ini tidak dipertikaikan olehpihak pendakwaan.
89
Tertuduh menyatakan dia kenal Somma Kumaran dan pada 16.10.2021, Somma Kumaran ada memberitahu tertuduh yang beliau ingin pergi outstation selama 10 hari. Dia meminta tertuduh singgah di rumah bernombor 07-20 Residensi Palma 2 sekali sekala dan menjaga rumah tersebut. Somma Kumaran telah memberi tertuduh kunci dan access card rumah beliau dengan arahan jangan masuk ke bilik tidur beliau iaitu Bilik 2 sebelah kiri sebab ada barang peribadi beliau.
90
Mengikut report tertuduh (IDD 62), pada 19.10.2021, beliau telah diberitahu oleh Somma Kumaran bahawa seorang pelanggan bernama Rajen (“Raj”) hendak membeli teh herba cina pada 19.10.2021 dan meminta tertuduh untuk mengambil satu paket plastik teh cina dari dapur rumah tersebut dan menunggu Raj di tempat letak kereta di Tingkat 3 Residensi Palma. Somma Kumaran juga menyatakan bahawa Raj akan menaiki kereta Vios Hitam dan akan sampai pada pukul 1 petang.
91
Seperti arahan Somma Kumaran, tertuduh telah memasukkan satu-satunya paket teh cina yang ada disitu dan meletakkan dalam beg galas beliau dan turun ke Tingkat 3 tempat letak kereta Residensi Palma dan tiba-tiba ada ramai orang yang datang menyerbu beliau iaitu polis.
92
Pada masa tangkapan, tertuduh telah memaklumkan kepada polis bahawa Somma Kumaran yang menyuruh dia untuk memberikan teh cina tersebut kepada Raj.
93
Semasa tangkapan, SP9 mengoyakkan paket teh cina tersebut untuk mengetahui apa kandungannya dan mendapati ianya adalah dadah berbahaya. Tertuduh menyatakan bahawa dia terkejut apabila SP9 menyatakan bahawa barang yang di dalam beg galas tersebut adalah dadah dan bukan teh cina dan dia hanya mengangkut paket-paket teh cina untuk diberikan kepada Raj diatas arahan Somma Kumaran.( rujuk IDD 62). Pertuduhan Kedua dan Ketiga : Pada 19.10.2021 jam lebih kurang 1.50 tengahari bertempat di rumah bernombor 07-0-20,Residensi Palma 2.
94
Terdapatnya nexus yang perlu dikaitkan oleh Mahkamah tentang jenis dadah yang dijumpai dalam beg galas yang diangkut oleh tertuduh dan dadah yang dijumpai di dalam rumah bernombor 07- S/N PochRo2jfEWCeb5tTaW3dA 20 tersebut. Dadah yang dijumpai adalah sama iaitu Methamphethamine.
95
Pada hari yang sama, selepas tangkapan di tempat letak kereta jam lebih kurang 1.50 tengahari, SP9 bersama anggota telah membawa tertuduh berdasarkan maklumat oleh tertuduh ke alamat bernombor 07-20 dan dengan menggunakan kunci yang dirampas dari tertuduh dan telah berjaya membuka pintu grill dan pintu rumah.
96
SP9 dan anggota membuat pemeriksaan di dalam rumah dan mendapati pintu Bilik 2 sebelah kiri rumah berkunci (rujuk Rajah Kasar P66). Dengan menggunakan kunci yang dirampas dari tertuduh dari tangkapan pertama di tempat letak kereta, SP9 telah membuka Bilik 2 dan menjumpai diatas lantai bilik tersebut dadah heroin, monoacetylmorphines dan methamphetamine seperti dalam Pertuduhan Kedua dan Pertuduhan Ketiga ( rujukan P36 , P37, P34 Laporan Kimia) .
97
Menurut SP9, dadah dijumpai di dalam Bilik 2 sebelah kiri yang berkunci. Tiada sesiapa di dalam rumah tersebut dan mengikut SP9, dirumah tersebut beliau tidak menjumpai barang peribadi tertuduh disebabkan beliau hanya tertumpu kepada barang kes dadah.
98
SP9 telah menyerahkan kepada SP11, pegawai penyiasat, barang-barang yang dirampas sepertimana dalam borang serah S/N PochRo2jfEWCeb5tTaW3dA terima barang kes (P55 dan P56) serta Kajang Report 31242-
99
SP11 pada 14.12.2021, jam lebih kurang 12.22 tengahari telah menghantar barang kes bagi tujuan analisaDNA beserta borang Pol 31 ke Jabatan Kimia Petaling Jaya. Barang kes tersebut telah diterima oleh Puan Nor Alfarizan binti Mokhtaruddin (SP8) dan SP11 telah menerima kembali barang kes DNA yang telah di analisa pada 23.5.2022 jam lebih kurang 12.40 tengahari. (P50).
100
Keterangan keterangan SP8 (Ahli Kimia) dan dalam laporan analisis beliau (P50 ) diperenggan 2 (muka surat 3) adalah seperti berikut:- “2. Satu profil DNA campuran seorang penyumbang major dan sekurang-kurangnya dua orang penyumbang minor telah diperoleh daripada kesatan pada sarung bantal “NN11” dan “NN12” serta cadar “NN13”. Profil DNA yang diperoleh daripada specimen darah “NN14(a)” (berlabel “Gopalakrishna A/l Nadarajah”) adalah dikecualikan sebagai penyumbang major kepada profil DNA campuran ini dan saya namakan sebagai “Individu 1”. Manakala penyumbang-penyumbang minor tidak dapat ditentukan secara konklusif”.
101
Mengikut SP8, hasil analisa perbandingan dalam profil DNA “NN11”, “NN12” dan “NN13” terdapatnya penyumbang lelaki dan perempuan, tapi penyumbang major dan utama pada profil campuran tersebut adalah perempuan.
102
SP8 juga menyatakan bahawa beliau hanya mendapat sampel darah tertuduh saja untuk membuat perbandingan dan tiada sampel darah lain diberikan selain daripada tertuduh. Mengikut beliau, sekiranya terdapat sampel darah yang lain, beliau boleh membuat perbandingan.
103
SP11 juga mengesahkan bahawa terdapat DNA asing di dalam bilik berkunci (Bilik 2) tersebut dan tiada DNA tertuduh dijumpai di dalam bilik tersebut. SP11 juga gagal mengenalpasti identiti pemilik DNA tersebut.
104
Mengikut keterangan SP11, tiada sampel darah Somma Kumaran diambil untuk tujuan DNA disebabkan keputusan DNA tersebut diperolehi setahun selepas kejadian.
105
Mahkamah mendapati dengan keputusan analisa DNA tersebut, terdapatnya keraguan yang munasabah terhadap siapa yang sebenarnya penghuni yang tinggal di rumah bernombor 07- 20 tersebut?
106
Apa yang tidak dapat disangkal dalam kes ini adalah keterangan SP8 dan report Analisa DNA (P50) adalah bukti kukuh S/N PochRo2jfEWCeb5tTaW3dA yang menunjukkan terdapat beberapa orang penghuni iaitu 3 hingga 4 orang yang ada akses dan bukan tertuduh sahaja yang mempunyai exclusive access kepada rumah bernombor 07-20 tersebut.
107
Persoalannya, adakah DNA tersebut milik Somma Kumaran ataupun Raj? Tiada keterangan oleh pihak pendakwaan untuk mengakas isu ini dan untuk membuktikan bahawa DNA tersebut adalah milik tertuduh. SP8 menyatakan bahawa tiada sampeldarah diambil untuk dibuat perbandingan selain tertuduh dalam kes ini.
108
Mahkamah juga mendapati bahawa setelah laporan analisa DNA diterima oleh SP1, tiada tindakan lanjut dibuat untuk melengkapkan penyiasatan kes ini. Siasatan hanya bertumpu untuk membuat perbandingan sampel DNA tertuduh sahaja.
109
Rakaman Percakapan ID64 Percakapan Somma Kumaran dibawah seksyen 112 Kanun Tatacara Jenayah (KTJ) (ID64) telah diambil oleh SP11. Oleh itu, pihak pendakwaan berhasrat menggunapakai ID64 diatas kegagalan memanggil Somma Kumaran sebagai saksi mengikut seksyen 32(1) (i) Akta Keterangan1950.
110
Alasan pihak pendakwaan adalah kerana lokasi keberadaan beliau tidak diketahui. SP10 iaitu pegawai penyiasat ganti telah S/N PochRo2jfEWCeb5tTaW3dA cuba mengesan penama ini dengan membuat carian dengan jabatan-jabatan yang berkaitan. Penyemakan dengan Jabatan Imigresen telah dilakukan untuk mengetahui sama ada penama ini berada di dalam atau di luar negara. Pada masa yang sama, SP10 turut menyemak dengan pihak Jabatan Pendaftaran Negara dan telah mendapatkan senarai family tree penama ini. Cubaan SP10 berjumpa dengan ahli keluarga juga mendapati mereka tidak tahu keberadaan penama ini.
111
SP11 iaitu pegawai penyiasat asal telah memberi keterangan bahawa penama ini telah dirakam percakapan amaran dibawah seksyen 112 KTJ beliau. Mengikut SP11 dari jawapan yang diberikan oleh Somma Kumaran beliau mempercayai bahawa beliau tiada kaitan dengan dadah yang dijumpai.
112
Pihak pendakwaan memohon Mahkamah menerima ID64 ini untuk membuktikan bahawa beliau adalah penyewa rumah tersebut dan untuk beliau dikecualikan kehadiran dibawah seksyen 32(1)(i) Akta Keterangan.
113
Mahkamah berpendapat bahawa usaha oleh SP10 dan SP11 untuk mengesan penama Somma Kumaran adalah tidak mencukupi. SP10 dalam keterangannya menyatakan beliau tidak cukup masa untuk mengesan Somma Kumaran sepertimana berikut:- S/N PochRo2jfEWCeb5tTaW3dA Inspektor, dalam kes ini, adakah Inspektor tahu bahawa perbicaraan kes ini bermula pada 25.02.2025? Betul, Tuan. … S: Usaha mula kesan beliau bermula pada bulan lima tahun 2025? Setuju, Tuan. Saya cadangkan, no disrespect to you, Inspector, tapi saya cadangkan usaha kamu, of course you have very short time, usaha kamu hanya membuat carian dengan Imigresen dan juga Jabatan Pendaftaran Negara tidak mencukupi lah. It's not enough lah. There's so many ways to check these days, social media, telephone, all sorts of ways to trace people. Jadi, my cadangan ini, it's not enough. Ya, untuk short while is not enough lah. Tidak cukup? Setuju? Ya, Setuju. Imigresen kita tunggu. EPF ada buat? EPF tidak buat. Tidak. SOCSO? S/N PochRo2jfEWCeb5tTaW3dA EPF, SOCSO no. Only JPN, Immigration dan saya rakam melalui panggilan. Dan juga ke rumah yang diberikan alamat. So EPF tidak ada, SOCSO tidak ada. Bagaimana pula dengan carian dengan Telco sama ada penama ini ada mendaftar mana-mana telefon dengan nama beliau? Tidak ada. Adakah dikeluarkan dalam Facebook polis? Tidak ada, Tuan.
114
SP11 sendiri memaklumkan dalam Mahkamah bahawa Somma Kumaran memberi aku janji untuk hadir ke Mahkamah tanpa bon dikenakan untuk memberi keterangan dalam kes ini. Mahkamah merujuk kepada keterangan SP11 semasa pemeriksaan balas oleh peguam sepertimana berikut:- S: Dalam kes ini, Somma Kumaran, jadi saya rasa Inspektor tahu sekarang sudah hilang? Hilangkan diri, betul? Tidak boleh dicari lah oleh pihak polis untuk memberi keterangan di Mahkamah? J: Saya dimaklumkan oleh IO Warisan seperti itu, Yang Arif. S: Dan Penama yang memberi keterangan benar ini sekarang sudah menghilangkan diri? J: Betul, Yang Arif. S/N PochRo2jfEWCeb5tTaW3dA S: Adakah Inspektor memberitahu Somma Kumaran bahawa beliau ada mempunyai tanggungjawab untuk memberi keterangan di Mahkamah tempoh hari? J: Ada, Yang Arif. S: Tetapi orang yang telah memberi aku janji kepada Inspektor untuk hadir ke Mahkamah sekarang sudah menghilangkan diri. Kita pun tidak tahu kenapa. Betul? J: Betul, Yang Arif. S: Saya cadangkan bahawa tindakan Encik Somma tidak menghadiri Mahkamah dan menghilangkan diri jelas menunjukkan bahawa beliau seorang watak yang tidak boleh dipercayai? J: Tidak pasti, Yang Arif.
115
Persoalannya adakah usaha-usaha yang mencukupi telah dilakukan oleh pihak pendakwaan untuk mencari Somma Sumaran yang merupakan saksi penting pihak Pendakwaan ?
116
Dari keterangan SP10, beliau menyatakan masa tidak mencukupi untuk mencari Somma Kumaran. Mahkamah berpandangan bahawa tertuduh telah di tuduh pada 19.10 2021 dan kes telah didaftarkan di Mahkamah Tinggi pada Ogos 2022 dan perbicaraan bermula pada 25.2.2025. Mahkamah berpendapat masa yang diberikan adalah munasabah untuk penyediaan saksi bagi pihak pendakwaan.
117
Mahkamah mendapati bahawa rakaman percakapan tersebut tidak wajar diterima oleh Mahkamah disebabkan tidak terbukti usaha yang mencukupi (sufficient effort) oleh pihak SP10 dan SP11 untuk mengesan Somma Kumaran .
118
Penyiasatan Mahkamah juga merujuk kepada kes Ghasem Gharezadehsharbani Hassan v Pendakwa Raya [2014] 5 MLJ 433 di mana Mahkamah Rayuan telah memutuskan seperti berikut tentang tugas seorang Pegawai Penyiasat:- “[18] As an investigating officer, PW6 has an onerous responsibility to investigate all aspects and fairly, including feature of the case which not only favours the prosecution but also the appellant. The duty of the investigating officer is not merely to bolster up a prosecution case with such evidence as may enable the Court to record a conviction but to bring out the real unvarnished truth (see: Jamuna Chaudhary & Ors v State of Bihar [1974] 3 Supreme Court Cases 774). The appellant cannot be penalized for lack of ingenuity in investigation by PW6 depriving him of the time honoured benefit of doubt (see: Pang Chee Meng S/N PochRo2jfEWCeb5tTaW3dA v PP [1992] 1 MLJ 137). This was never considered by the learned trial judge. Consequently, the appellant's right to a fair trial has been compromised, which has the effect of rendering the conviction very unsafe. The appellant may thereby have lost a chance which was fairly opened to him of being acquitted and that there had been occasioned a failure or a miscarriage of justice (see: Mraz v The Queen [1953] 93 CLR 493 quoted with approval in Lim Hock Boon v PP [2007] 1 MLJ 46)”
119
Prinsip yang diputuskan oleh Mahkamah Rayuan dalam kes Rahmani Ali Mohamad v Public Prosecutor [2014] 6 MLJ 525 di mana dinyatakan bahawa inferens yang menyebelahi tertuduh perlu dipilih apabila terdapat jurang dalam kes pihak pendakwaan akibat kegagalan menyiasat:- “[15] …… In this regard, PW8 said that he did not investigate the appellants hand phone because saya terlepas pandang. PW8 also said, saya tak periksa rekod-rekod panggilan keluar masuk OKT 2. Jika disiasat mungkin boleh dapat maklumat lanjut. The appellants cannot be penalized for lack of ingenuity, negligence or inadvertence on the part of the investigator depriving him of the time honoured benefit of doubt (see Pang Chee Meng v Public Prosecutor [1992] 1 MLJ 137). The manner in which PW8 had conducted his investigations left S/N PochRo2jfEWCeb5tTaW3dA many stones unturned and material gaps exists. Based on this omission, an inference in the appellants favour ought therefore to have been drawn by the learned High Court judge at the close of the prosecution case (see Lee Kwan Who v Public Prosecutor [2009] 5 MLJ 301; [2009] 5 CLJ 631 and Alcontara a/l Ambross Anthony v
120
Mahkamah ini mengambilkira kes-kes yang diputuskan diatas dalam menilai peranan seorang pegawai penyiasat dimana peranan pegawai penyiasat adalah untuk menyiasat segala aspek tidak hanya yang menyebelahi pihak pendakwaan tetapi juga tertuduh. Tertuduh tidak seharusnya di hukum atas kelemahan atau kurang cerdik pandai dalam penyiasatan.
121
Tidak dapat disangkal bahawa Somma Kumaran adalah seorang yang penting dalam kes ini. Beliau adalah penyewa yang sah semasa kejadian terutamanya untuk pertuduhan kedua dan pertuduhan ketiga yang mana dadah dijumpai dalam rumah sewaan beliau dan juga dikaitkan dengan pertuduhan pertama. ( rujukan kepada P2A-P2C dan P28 Tenancy Agreement)
122
Penama Somma Kumaran adalah seorang yang memang wujud dan diakui oleh pihak pendakwaan sendiri. Pihak Pendakwaan menyatakan bahawa usaha telah dibuat untuk S/N PochRo2jfEWCeb5tTaW3dA mengesan Somma Kumaran oleh SP10 dengan berhubung dengan pihak Imigresen dan Jabatan Pendaftaran Negara serta kerumah keluarga tetapi semuanya gagal. Adik beradik sendiri tidak tahu akan keberadaan Somma Kumaran.
123
Mahkamah mendapati adalah agak aneh bagi seseorang yang berwarganegara Malaysia tidak dapat dikesan akan keberadaannya, kecuali Somma Kumaran sememangnya terlibat dengan aktiviti yang mencurigakan dan mengelak untuk hadir ke Mahkamah dan tidak mahu bekerjasama dengan pihak pendakwaan. Terdapatnya keraguan yang munasabah disini.
124
Mahkamah juga mendapati tanpa keterangan Somma Kumaran, pelbagai persoalan bermain dikepala. Dalam percakapan beliau dalam ID64 jelas menyatakan bahawa beliau menyewakan rumah tersebut kepada seorang bernama Raj.
125
Diperingkat ini, sepatutnya SP11 sebagai pegawai yang merakam percakapan dan juga pegawai penyiasat dalam kes ini menyedari bahawa penama Raj yang disebut-sebut oleh Somma Kumaran dalam rakaman percakapan ID64 adalah individu yang penting dan perlu disiasat. Tiada tindakan proaktif yang diambil oleh SP11 untuk mendapatkan Raj.
126
Mahkamah merujuk kepada pemeriksaan Peguam terpelajar semasa pemeriksaan balas SP11 sepertimana berikut:- S/N PochRo2jfEWCeb5tTaW3dA Somma Kumaran ini, beliau mengatakan bahawa beliau telah memberi atau membenarkan seorang bernama Raj untuk menyewa unit tersebut. Ini cerita dia lah. Adakah Raj dihubungi oleh Inspektor? Ada, Yang Arif. Adakah rakaman percakapan Raj diambil? Tiada, Yang Arif. Kenapa, Inspektor? Raj tidak mahu datangkah macam mana? Untuk makluman, Yang Arif, saya telah diberi nombor telefon Raj oleh Somma Kumaran kepada saya seperti yang tertera dalam rakaman percakapan dan saya telah cuba menghubungi nombor tersebut tetapi tidak dapat dihubungi, Yang Arif. Dan juga saya telah merujuk kertas siasatan kepada TPR dan tiada arahan lanjut oleh TPR untuk mengesan Raj, Yang Arif. Dan juga tiada keperluan juga untuk saya mengesan Raj ini sebab tiada maklumat peribadi atau secara detail lah, secara terperinci untuk saya kesan dan cari Raj ini, Yang Arif. Jadi maksudnya, maklumat yang diberikan oleh Encik Somma Kumaran ini, tidak ada apa-apa butiran terperinci dan orang tersebut pun tidak dapat dicari? Ya, Yang Arif. S/N PochRo2jfEWCeb5tTaW3dA Jadi sama ada orang itu wujud pun, kita tidak tahu lah? Secara logiknya, Yang Arif. ………………………………………… Kamu dapat kesan Raj? Saya tidak dapat kesan, Yang Arif. Tetapi, saya sudah melakukan siasatan terhadap nombor telefon diberikan kepada saya, Yang Arif, tetapi tidak dapat dihubungi, Yang Arif. Dan saya juga telah merujuk kertas siasatan kepada DPP untuk mendapatkan arahan lanjut. Tiada arahan lanjut daripada DPP memandangkan saya bukan hendak siasat penyewa rumah, Yang Arif, tapi saya hendak siasat barang kes yang dijumpai bersama OKT, Yang Arif, di tempat kejadian.”
127
Dari keterangan diatas dapat disimpulkan bahawa siasatan tidak dilakukan terhadap Raj oleh SP11. Apabila Raj tidak dapat dihubungi oleh SP11 dengan nombor telefon yang diberikan oleh Somma Kumaran sebagai seorang pegawai penyiasat, sepatutnya perkara ini akan menimbulkan keraguan oleh SP11 sendiri terhadap Somma Kumaran.
128
Penama Raj juga disebut oleh SP4 ( Pemilik rumah). Beliau menyatakan bahawa Somma Kumaran pernah menyatakan kepada beliau bahawa penyewaan rumah tersebut adalah untuk rakannya bernama Raj, tetapi segala deposit akan dibayar oleh Somma Kumaran sendiri. Tertuduh juga dalam report IDD 62 S/N PochRo2jfEWCeb5tTaW3dA menyebut bahawa Somma Kumaran pernah memaklumkan bahawa penama bernama Raj adalah pelanggan beliau.
129
Pihak pendakwaan dalam hujahan menyatakan bahawa tiada keterangan pihak pembelaan yang menyatakan bahawa penama Somma Kumaran telah tinggal di rumah tersebut dan mengikut keterangan SP6, beliau tidak pernah melihat lelaki lain selain tertuduh yang ada di rumah bernombor 07-20 tersebut.
129
Mahkamah mendapati bahawa keterangan SP6 iaitu kontraktor yang membuat renovasi dirumah berdekatan dengan rumah 07- 20 tersebut tidak cukup untuk membuktikan bahawa hanya tertuduh sahaja yang tinggal di rumah bernombor 07-20. Lebih-lebih lagi, dalam keterangan SP6, beliau sendiri menyatakan bahawa beliau hanya berjumpa tertuduh sebanyak dua kali sepanjang kerja-kerja renovasi selama lebih kurang 6 bulan.
130
Adalah tanggungjawab pihak hak pendakwaan untuk memanggil saksi-saksi material untuk mengakas versi pembelaan. Rujukan dibuat kepada kes Aedy Osman v Public Prosecutor [2010] MLJU 2221 yang memutuskan seperti berikut:- “ [22] From the authorities cited by the appellant’s counsel, it is incumbent upon the prosecution to call evidence to rebut any claim which is relevant and material by the defence in the course of cross-S/N PochRo2jfEWCeb5tTaW3dA examination of the prosecution witnesses than risking dismissal of its case for want of proof. In PP v. Iskandar Mohamad Yusof [2006] 6 CLJ 379, Chow Kok Keong v. PP [1998] 2 CLJ 469, Yee Wen Chin v. PP & Another Appeal [2008] 6 CLJ 773, it was held that if there is evidence adduced to demonstrate that someone else rather than the accused was the real trafficker, then the trial judge should give due consideration to this before arriving at a decision to convict the accused. But the common thread among these authorities is that the accused had relied on some creditable evidence that another person was the real culprit.
131
Dalam kes ini, Mahkamah juga bersetuju dengan Peguam terpelajar bahawa, watak yang teramat material adalah Somma Kumaran yang sepatutnya dipanggil sebagai saksi pihak pendakwaan untuk menjelaskan sama ada rumah tersebutsememangnya disewa oleh beliau untuk Raj dan untuk membuktikan bahawa beliau tidak tinggal disitu walaupun beliau adalah penyewa dalam tenancy agreement.
132
Berdasarkan perkara-perkara di atas, Mahkamah mendapati bahawa SP10 dan SP11 gagal menyiasat kes ini secara menyeluruh dan menyebabkan terdapat banyak kelompangan dalam versi cerita pihak pendakwaan.
133
Mahkamah juga berpandangan, bukan sahaja Somma Kumaran merupakan saksi material, tetapi juga Raj. Raj sepatutnya dipanggil sebagai saksi pendakwaan memandangkan terdapatnya hubungan diantara Somma Kumaran dan Raj yang jelas dinyatakan dalam rakaman percakapan amaran Somma Kumaran kepada SP11.
134
Keterangan DNA dalam kes ini membuktikan sepertimana berikut:- i)DNA tertuduh hanya ditemui diruang tamu rumah dan dapur; ii)DNA tertuduh tidak ditemui didalam Bilik 2 dimana dadah ditemui; iii)DNA individu-individu lain ditemui didalam bilik kedua dimana dadah ditemui.
135
Mahkamah ini tidak dapat mencapai satu keputusan bahawa tertuduh mempunyai exclusive access kepada rumah bernombor 07-20 tersebut.
136
Mahkamah juga mendapati bahawa dengan adanya DNA individu-individu lain dalam kes ini, ia melemahkan lagi kes pihak pendakwaan dimana, intipati exclusive access tidak dapat dibuktikan oleh pihak pendakwaan.
137
Terdapatnya kelompangan keterangan untuk mengaitkan tertuduh dengan dadah itu sendiri bukan sahaja untuk Pertuduhan Kedua dan Pertuduhan Ketiga tetapi ianya juga berkaitan dengan Pertuduhan Pertama.
138
Keterangan Somma Kumaran dan Raj adalah penting untuk membuktikan intipati exclusive access terhadap tertuduh.
139
Mahkamah mendapati bahawa selain dari isu diatas, terdapatnya isu lain yang perlu diperjelaskan oleh pihak pendakwaan. Kegagalan untuk memanggil saksi-saksi penting membolehkan Mahkamah membuat inferens bertentangan dibawah seksyen 114
g
Akta Keterangan.
140
Dalam kes ini, tiada rakaman CCTV di kemukakan ke Mahkamah mahupun kepada pihak pembelaan.Rakaman CCTV akan dapat membantu Mahkamah untuk melihat siapa yang tinggal dirumah tersebut atau mempunyai akses ke rumah bernombor 07-20 tersebut.
141
SP11 dalam keterangannya di Mahkamah adalah sepertimana berikut:- Dalam kes ini, adakah Inspektor pada bila-bila masa mengambil gambar rakaman CCTV? S/N PochRo2jfEWCeb5tTaW3dA Ada, Yang Arif. Saya ada ambil rakaman CCTV, Yang Arif. Dan dalam Mahkamah hari ini, Inspektor telah sahkan memang wujud rakaman CCTV tetapi tidak ditunjuk kepada Inspektor hari ini? Betul, Yang Arif. Dan gambar-gambar rakaman CCTV pun tidak dirujuk kepada Inspektor hari ini? Ya, Yang Arif. Betul, ya. Okay. Jadi saya cadangkan, kalau rakaman CCTV tersebut dikemukakan dan diperiksa, kita boleh lihat Somma Kumaran datang ke bangunan tersebut? Ini cadangan saya. Ada kemungkinan kita boleh lihat Somma Kumaran dalam CCTV tersebut? Ya, Yang Arif.
142
Keterangan di atas tidak dicabar oleh pihak pendakwaan dan tiada alasan diberikan untuk menjelaskan kegagalan mereka mengemukakan rakaman CCTV/gambar rakaman CCTV ke Mahkamah.
143
Dalam kes See Kek Chuan v Public Prosecutor [2013] 6 MLJ 885, Mahkamah Rayuan, apabila dihadapankan dengan isu penyembunyian keterangan CCTV, telah membuat dapatan S/N PochRo2jfEWCeb5tTaW3dA berikut dalam melepaskan dan membebaskan Tertuduh berdasarkan isu ini sahaja:- “ [33] In our judgment, the non-production of the CCTV footage amounts to a withholding or suppression of evidence and if it was produced, it would be unfavourable to the prosecution and, consequently, the adverse presumption under s 114(g) of the Evidence Act 1950 must be invoked against the prosecution. 34] It goes without saying that the non-production of the CCTV footage had disadvantaged or prejudiced the defence and the truth of the prosecution's case could not verified. Indeed in a criminal trial, fairness must be displayed by the prosecution. And the concepts of a fair trial and fairness have been recognised by our Malaysia Courts in Cheak Yoke Thong v Public Prosecutor [1984] 2 MLJ 119 (FC); Goi Ching Ang v Public Prosecutor [1999] 1 MLJ 507 (FC); Tan Hun Wah v Public Prosecutor and another appeal [1994] 1 MLJ 382; [1994] 1 AMR 113 (SC); Azahan bin Mohd Aminallah v Public Prosecutor [2005] 5 MLJ 334; [2004] 6 AMR 810 (CA); and Public Prosecutor v Abdul Manaf bin Muhamad Hassan [2006] 3 MLJ 193; [2006] 2 CLJ 129 (FC). … S/N PochRo2jfEWCeb5tTaW3dA [48] We listened attentively to the submissions of the parties both sides and in open court, we announced our decision as follows: Unanimous decision. Bereft of the CCTV recording, the case for the prosecution collapsed like a deck of cards, so to speak. There was evidence adduced by the prosecution that a copy of the CCTV recording was handed over to the police and yet the prosecution did not tender that particular CCTV recording as an exhibit. Therefore, in the circumstances, s 114(g) of the Evidence Act 1950 should be invoked against the prosecution. In our judgment, the prosecution failed to prove its case beyond reasonable doubt. The law is no respector of persons and the law must be applied across the board to everyone. Accordingly, we allow the appeal of the appellant. We set aside the conviction and sentence imposed by the High Court. We set the appellant free.
144
Mahkamah mendapati bahawa tanpa rakaman CCTV dikemukakan kepada Mahkamah dan juga pihak pembelaan, ia telah mewajarkan penggunapakaian anggapan seksyen 114 (g) Akta Keterangan dan Mahkamah boleh membuat inferens bahawa rakaman/gambar CCTV yang tidak dikemukakan tidak akan memihak kepadapihak Pendakwaan.
145
Keterangan SP11 SP11 dalam keterangannya tidak memberi penjelasan yang konkrit terhadap soalan yang diajukan oleh Peguambela semasa soal balas contoh sepertimana berikut:- YA: Siapa yang ambil alih your tugas? J : Semasa saya sudah bertukar itu, saya tidak pasti, Yang Arif. So hari ini di Mahkamah, Inspektor langsung tidak boleh jawab apa kaitan kes tersebut, siapa penyewa rumah di Southville, apa sebab dadah yang dijumpa serupa? Ini semua bukan dalam pengetahuan Inspektor dan tidak disiasat? Betul, Yang Arif. Bukan dalam pengetahuan saya, Yang Arif. Saya cadangkan bahawa tindakan Encik Somma tidak menghadiri Mahkamah dan menghilangkan diri jelas menunjukkan bahawa beliau seorang watak yang tidak boleh dipercayai? Tidak pasti, Yang Arif. Saya juga cadangkan Inspektor, masa siasatan, kalau Inspektor tahu bahawa Somma Kumaran juga penyewa rumah di Southville yang banyak dadah dijumpai, yang S/N PochRo2jfEWCeb5tTaW3dA serupa dengan yang dirampas, bukankah ini satu perkara di mana Inspektor akan jalankan siasatan lebih lanjut? Kalau kamu tahu lah bahawa orang ini menyewa dua rumah yang ada dadah. Saya tidak tahu, Yang Arif. …Tingkah laku beliau, saya cadangkan, konsisten dengan seorang yang langsung tidak ada pengetahuan bahawa beliau ada barang salah dalam beg galas beliau. Ada kemungkinan? Tidak pasti, Yang Arif. Jadi, saya cadangkan bahawa ada kemungkinan besar bahawa dadah yang dijumpai di Residensi D’Palma dan dadah yang dijumpai dalam beg galas yang dibawa oleh OKT adalah kepunyaan Somma Kumaran. Saya cadangkan ada kemungkinan. Tidak pasti itu, Yang Arif. Saya cadangkan Somma Kumaran menghilangkan diri kerana beliau sedar yang sebenarnya beliau lah pemilik dadah yang dijumpai dalam bilik nombor 2. Sebab itu dia S/N PochRo2jfEWCeb5tTaW3dA sekarang sudah menghilangkan diri. Ada kemungkinan lah? Untuk Somma Kumaran itu, saya tidak pasti, Yang Arif. Saya cadangkan, tanpa Somma Kumaran datang Mahkamah dan memberi keterangan sebagai penyewa, fakta ini tidak dapat dipastikan iaitu siapa sebenarnya pemilik dadah yang dijumpai? Somma Kumaran? Somma Kumaran, ya. Tidak pasti, Yang Arif. Dan saya cadangkan versi OKT bahawa teh herba Cina ini diberi oleh Somma Kumaran kepada beliau untuk diberi kepada seorang bernama Rajen adalah benar? Saya tidak pasti, Yang Arif.
146
Dari jawapan diatas adalah jelas bahawa SP11 sebenarnya tidak pasti sama ada Somma Kumaran merupakan pemilik sebenar dadah yang dijumpai atau individu lain. Mahkamah berpendapat bahawa SP11 sepatutnya membuat penyiasatan yang lebih terperinci apabila nama Raj bukan sahaja disebut oleh Somma Kumaran, tetapi tertuduh sendiri dalam repot beliau.
147
Dadah juga dijumpai di alamat D2-16-07, Southville City. SP9 telah menjalankan pemeriksaan bersama anggota keatas lantai di dalam bilik pertama sebelah kanan rumah dan telah menjumpai 2 kotak berwarna coklat.
148
Seterusnya, dihadapan tertuduh serta anggota, SP11 telah menjalankan pemeriksaan. Melalui Pemeriksaan ke atas kotak pertama, terdapatnya
20
bungkusan hijau bertulis Guanyingwang yang mengandungi bungkusan plastik lutsinar berisi serbuk dan ketulan kristal disyaki dadah jenis methamphetamine.
149
Pemeriksaan keatas kotak kedua mendapati terdapat (12) bungkusan plastik lutsinar bahan berwarna putih disyaki dadah jenis heroin. (12) bungkusan plastik lutsinar tersebut terdiri dari bahan berwarna hijau dan merah jambu disyaki dadah jenis heroin
150
Walaupun dadah dijumpai dalam jumlah yang banyak dan dipandu arah sendiri oleh tertuduh ke alamat D2-16-07,Southville City, namun begitu, tertuduh tidak dituduh bagi kes tersebut. Semua ini telah menimbulkan persoalan oleh Mahkamah.
151
Tertuduh juga telah dibawa dibawa ke alamat bernombor 100 Jalan Taming Sari Satu, Taman Taming Jaya, Balakong Namun begitu, disana tiada dijumpai apa-apa barang salah atau dadah. S/N PochRo2jfEWCeb5tTaW3dA Rumah tersebut adalah rumah keluarga tertuduh dan dia juga tinggal disana.
152
Dalam kes ini, dadah-dadah yang dijumpai adalah dalam jumlah yang besar dan Mahkamah masih tertanya siapakah “real trafficker” yang memiliki kesemua dadah tersebut. Rumah bernombor 07-20 telah disewa oleh Somma Kumaran. Timbul persoalan sama ada rumah di alamat D2-16-07 Southville City juga disewa atau kepunyaan beliau? Persoalan ini tidak dapat dijawab jika Somma Kumaran atau Raj tidak hadir ke Mahkamah sebagai saksi.
153
Tertuduh hanya memandu arah kedua-dua ke tempat tersebut dan tiada apa-apa bukti menunjukkan tertuduh memiliki kesemua dadah tersebut ditempt tersebut. Anggapan boleh dibuat bahawa pemilik dadah tersebut adalah sebenarnya Somma Kumaran dengan menggunapakai Prinsip Radhi Direction.
154
Prinsip ini telah dijelaskan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes Ghasem Hozouri Hassan v Public Prosecutor [2019] 6 MLJ seperti berikut:- “[62]…The dicta, postulated in Mohamed Radhi, which is now as the Radhi direction is sort of a direction the trial judge administers unto himself when the accused person invokes the defence which demonstrates the presence of another person at the scene of the crime S/N PochRo2jfEWCeb5tTaW3dA who is the trafficker as opposed to the accused person who is entirely innocent…
155
Mahkamah Rayuan dalam kes Yee Wen Chin v Public Prosecutor [2008] 6 MLJ 222 juga telah menjelaskan prinsip Radhi Direction:- “[12] The section is relevant to the present case in the following way. In the course of cross-examining the prosecution witnesses it was extracted from SP5 that the information he had received was that Woo Kok Meng was trafficking in drugs at the place in question. The defence quite properly took advantage of this fact to demonstrate that Woo was the real trafficker and that the accused was entirely innocent. The accused was clearly entitled to do this in view of the decision in Mohamad Radhi v Public Prosecutor [1991] 3 MLJ 169. That case is authority for the proposition that a person charged with trafficking is entitled to an acquittal on that charge by showing that he was a mere possessor of the drugs whilst another was the true trafficker. Whenever such a defence is taken two separate exercises must be carried out by the trial judge. He must first determine as a fact whether that other is a real person or a mere figment of the accused's imagination invented for the purpose of the trial. Next, if he finds that other person to be real the judge must then determine whether that other person is the real trafficker. This is called the Radhi S/N PochRo2jfEWCeb5tTaW3dA direction and must be administered by a court unto itself when such a defence is taken. See, Sochima Okoye v Public Prosecutor [1995] 1 MLJ 538.
156
Pihak pembelaan juga telah membuat cadangan bahawa Somma Kumaran juga merupakan penyewa unit kondominium di Southville City iaitu tempat di mana dadah dijumpai sepertimana dalam laporan polis di Ekshibit D59 .
157
Walaupun tertuduh telah dibawa ke tempat-tempat yang dijumpai dadah dengan jumlah yang banyak, tetapi tiada bukti yang menunjukkan bahawa tertuduh mempunyai milikan dan pengetahuan serta tiada bukti menunjukkan bahawa tertuduh mempunyai power of disposal terhadap dadah-dadah tersebut.
158
Mahkamah sekali lagi menekankan semula bahawa dengan kewujudan DNA individu-individu lain dalam kes ini, ia telah melemahkan kes pihak pendakwaan. Intipati exclusive access tidak berjaya dibuktikan terhadap tertuduh bukan sahaja untuk pertuduhan kedua dan pertuduhan ketiga tetapi dikaitkan juga dengan pertuduhan pertama dimana saksi penting seperti Somma Kumaran dan Raj tidak dipanggil sebagai saksi untuk menjelaskan keraguan yang ditimbulkan oleh pembelaan.
159
Mengikut kes Mahkamah Persekutuan Mahkamah Persekutuan telah menyatakan dalam kes Chan Wei Loon v Public Prosecutor and another appeal [2021] 4 MLJ 660 bahawa beban membuktikan exclusive access adalah beban yang terletak pada pihak pendakwaan:- “[93] The evidence laid down above pinpoints the access possibility by the third party to the ground floor. It is trite that the burden is on the prosecution to exclude access of the said ground floor by others to prove that the appellants were exclusively in custody and control of the dangerous drugs and the machines found on the ground floor. The prosecution had failed to establish such evidence when the onus is not on the defence to prove possibility of access by others, but on the prosecution to exclude such possibility. The burden of proving its case at every stage lies on the prosecution. The only task of the accused is to raise a reasonable doubt as to the truth of the prosecution’s case. See: Mohan Singh a/l Lachman Singh v Public Prosecutor [2002] 3 MLJ 291”
160
Dalam kes Azizan bin Yahaya v Public Prosecutor [2013] 1 MLJ 180 Mahkamah Rayuan telah membuat dapatan serupa di mana Perayu telah dilepaskan dan dibebaskan atas isu exclusive access:- S/N PochRo2jfEWCeb5tTaW3dA “[16] The evidence showed that the drawer was closed thus the bag P8 was not visible. There was no evidence that the drawer was locked. The onus was on the prosecution to exclude, at the very least, the possibility of access by other persons to the drawer, if not the room, and that only the appellant and no other person had exclusive access and use of the drawer. The onus was not on the defence to prove possibility of access to the drawer by others. We find that the learned judge had failed to consider that the prosecution had failed to exclude the possibility that other individuals could not have had access to the drawer.
161
Kegagalan pihak pendakwaan dalam membuktikan ‘exclusive access’ sahaja sudah mencukupi untuk tertuduh dalam kes ini wajar dilepaskan dan dibebaskan.
162
Siasatan oleh Pegawai Penyiasat SP10 dan SP11 juga tidak menunjukkan kesungguhan terutama dalam menyiasat siapakah penghuni yang menduduki rumah bernombor 07-20 dan siapakah penyewa atau pemilik rumah di alamat D2-16-07 Southville City walaupun kes ini tidak dibicarakan oleh Mahkamah ini.
163
Keadaan dadah-dadah yang dijumpai di premis-premis dibungkus dalam plastik teh cina berwarna hijau bertulis guanyinwang yang mana dadah adalah dari jenis yang sama iaitu methamphetamine. Secara tidak langsung, ini menunjukkan S/N PochRo2jfEWCeb5tTaW3dA bahawa dadah yang dijumpai di premis-premis tersebut adalah saling berkaitan.
164
Dari jumlah dadah yang dijumpai dalam ketiga-tiga pertuduhan kes ini dan juga dadah yang dijumpai di alamat D2-16-07 Southville City dengan AB: 21,100 gram untuk dadah jenis Methamphetamine dan heroin AB:12,609 gram, ia tidak dapat dinafikan bahawa ianya adalah untuk tujuan pengedaran. Persoalan berbalik kepada siapakah the real trafficker dalam kes inidan ia masih menjadi satu tanda tanya. Tiada bukti yang dapat mengaitkan tertuduh dengan dadah-dadah ini.
165
Keterhampiran fizikal tertuduh kepada dadah tidak mencukupi untuk menunjukkan milikan tanpa bukti pengetahuan akan kewujudan dadah. Lebih-lebih lagi ianya dibungkus di dalam plastik berwarna hijau dan tidak lutsinar.
166
Laporan oleh tertuduh bahawa barang tersebut telah diminta oleh Somma Kumaran untuk diberikan kepada Raj di Tingkat 3 tempat letak kereta perlu diberi pertimbangan oleh Mahkamah.
167
Kegagalan memanggil Somma Kumaran sebagai saksi yang merupakan penyewa rumah bernombor 07-20 telah menambah melemahkan kes pendakwaan ini.
168
Oleh itu, pihak pendakwaan telah gagal membuktikan pemilikan dengan mens rea oleh tertuduh terhadap dadah tersebut. Tanpa S/N PochRo2jfEWCeb5tTaW3dA kuasa pelupusan oleh tertuduh, anggapan pengetahuan tidak boleh dianggap wujud. Tiada juga keterangan yang menunjukkan tertuduh adanya power of disposal terhadap dadah-dadah tersebut untuk membuktikan beliau sebagai pengedar.
169
Mahkamah setelah membuat penilaian maksimum terhadap keterangan saksi-saksi pendakwaan mendapati bahawa pihak pendakwaan telah gagal membuktikan satu kes prima facie ke atas tertuduh.
170
Oleh itu, tertuduh dilepaskan dan dibebaskan daripada ketiga-tiga pertuduhan seperti P2A, P2B dan P2C tanpa perlu dipanggil untuk membela diri. LATIFAH HJ MOHD TAHAR HAKIM MAHKAMAH TINGGI JENAYAH 4 MAHKAMAH TINGGI SHAH ALAM SELANGOR DARUL EHSAN 1HB JANUARI 2026 S/N PochRo2jfEWCeb5tTaW3dA Pihak-pihak Peguam bagi pihak Perayu : Tuan Mohamed Heikal bin Ismail Timbalan Pendakwa Raya Selangor Peguam bagi pihak Responden: Dato’ N.Sivanathan bersama Cik Nabila Habib Tetuan Sivanathan (Advocates & Solicitors) S/N PochRo2jfEWCeb5tTaW3dA Senarai rujukan kes/ Akta 1 . Gharezadehsharbani Hassan v Pendakwa Raya [2014] 5
2
Rahmani Ali Mohamad v Public Prosecutor [2014] 6 MLJ 525
3
Aedy Osman v Public Prosecutor [2010] MLJU 2221
4
See Kek Chuan v Public Prosecutor [2013] 6 MLJ 885
5
Ghasem Hozouri Hassan v Public Prosecutor [2019] 6 MLJ
6
Yee Wen Chin v Public Prosecutor [2008] 6 MLJ 222
7
Chan Wei Loon v Public Prosecutor and another appeal [2021] 4 MLJ 660
8
Azizan bin Yahaya v Public Prosecutor [2013] 1 MLJ 180
9
Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952
10
Seksyen 37(da) Akta Dadah Berbahaya 1952
11
Seksyen 114(g) Akta Keterangan 1950
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.