Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI BANDAR BARU BANGI DALAM NEGERI SELANGOR, MALAYSIA GUAMAN NO: BI - B52NCvC-2-1/2022 ANTARA GOPALAN A/L RAMAN PLAINTIF
BI-B52NCvC-2-01/2022
Sessions Court of Malaysia8 Jan 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI BANDAR BARU BANGI DALAM NEGERI SELANGOR, MALAYSIA GUAMAN NO: BI - B52NCvC-2-1/2022 ANTARA GOPALAN A/L RAMAN PLAINTIF
3
3.M.ANPANANDAN A/L MURUGAR MUTHIAH PENGHAKIMAN Mahkamah dalam tindakan telah memberi keputusan setelah selesai perbicaraan penuh. Dalam membuat keputusan, Mahkamah telah 17/03/2025 15:57:02 BI-B52NCvC-2-01/2022 Kand. 61 membenarkan tuntutan oleh pihak Plaintif terhadap Defendan untuk jumlah RM158,300.00 dengan kos RM3,000, Defendan kemudian tidak berpuas hati dengan keputusan yang telah diberi oleh Mahkamah pada 7 November 2024 dan telah merayu terhadap keputusan tersebut.
1
Plaintif adalah individu yang berwarganegara Malaysia dan beralamat di No. 16 Jaln Bukit Mewah 81, Taman Bukt Mewah, 43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan.
2
Suatu Perjanjian Sewa Tanah telah ditandatangani pada 24.9.1986 di antara Plaintif dan bapa Defendan-Defendan bernama Mutiah a/l Murugar bagi sebuah hartanah di Mukim Geran 147, Lot No 813 Mukim Kajang (rujuk sebagai Hartanah tersebut ) dengan sewaan bulanan RM250.00 bermula 1.10.1986 hingga 31.9.1988.
3
Plaintif kemudian telah melanjutkan tempoh sewaan dengan menandatangani Perjanjian Sewa Tanah bertarikh 5.3.1992 antara ibu kepada Defendan bernama Sivapakima@Rajamani a/p Kasipillay dengan kenaikan sewa bulanan kepada RM500.00 bermula 1.3.1992 hingga 28.2.1995.
4
Plaintif melanjutkan lagi tempoh sewaan tanah dengan kenaikan sewa bulanan kepada RM700.00 sebulan mulai 1.3.1995 hingga 31.1.1997. Sekali lagi tempoh lanjutan sewaan dibuat dengan kenaikan sewa bulanan kepada RM1,000 sebulan mulai 1.2.1997 hingga 31.1.1998.
5
Selanjutnya tempoh sewaan dilanjutkan lagi dengan sewaan RM1,000 sebulan mulai 1.2.1998 hingga 31.1.2000 dan seterus tempoh sewaan dilanjutkan dengan kenaikan sewa RM2,500 sebulan mulai 1.8.2011 hingga 3.2.2014.
6
Hartanah tersebut kemudiannya telah dipindah kepada Defendan-Defendan menjadi sebagai pemilik berdaftar Hartanah tersebut sebelum pengambilan tanah oleh pihak berkuasa negeri di bawah akta Pengambilan Tanah 1960.
7
Pada sekitar 2016, Plaintif menyedari bahawa Hartanah tersebut telah diambil oleh pihak berkuasa negeri di bawah Akta Pengambilan Tanah 1960 dan Defendan-Defendan bukan lagi menjadi tuan tanah kepada Hartanah tersebut.
8
Plaintif dengan ini menyatakan bahawa Defendan-defendan telah tidak menyatakan fakta yang sebenar bahawa mereka bukan lagi tuan tanah sebenar kepada Hartanah tersebut dan masih lagi memasuki Perjanjian Sewa Tanah dan melanjutkan tempoh sewaan dari masa ke semasa terhadap Plaintif.
9
Plaintif dengan ini telah menuntut kembali kembali sewaan bulanan yang telah dibayar kepada Defendan-Defendan sejak pengambilan hartanah tersebut oleh Pihak berkuasa Negeri.
10
Defendan-Defendan adalah warganegara Malaysia yang beralamat di Bt 13, Jalan Banting, 43800 Dengkil, Selangor Darul Ehsan dan/atau di no 1, Jalan 4/4, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.
11
Muthiah a/l Murugar adalah pemilik yang berdaftar untuk hartanah yang dipegang di bawah Geran Mukim 147, No Lot 813, Mukim Kajang, Daerah Hulu Langat, Selangor . Setelah Muthiah a/l Murugar meninggal dunia pada 3.10.1991, Defendan-Defendan adalah merupakan wasi-wasi dan pemegang-pemegang amanah yang telah dinamakan dalam wasiat Muthiah a/l Murugar yang bertarikh 10.5.1991.
12
Defendan-Defendan menyatakan bahawa sebahagian Hartanah tersebut yang berukuran 0.132 ekar telah diambil oleh Kerajaan di bawah Akta Pengambilan Tanah 1960 kira-kira pada tahun 1990 (Pengambilan Pertama), mana kala baki Hartanah tersebut kemudiannya telah diambil kesemuanya oleh Kerajaan di bawah Akta yang sama pada tahun 2016 (Pengambilan Kedua).
13
Selepas pengambilan pertama selesai, pihak Pentadbir Tanah tidak mengambil tindakan susulan untuk mengeluarkan satu dokumen hak milik yang baru untuk baki Hartanah yang tidak diambil oleh Kerajaan. Oleh yang demikian pada semua masa yang material hak milik geran lama masih dipegang oleh Defendan-Defendan hingga pengambilan kedua dibuat.
14
Defendan-Defendan juga menyatakan bahawa Plaintif sendiri hadir prosiding pengambilan pertama dan beliau telah diberi pampasan oleh kerajaan sebagai penyewa yang sah untuk bahagian hartanah yang telah diambil oleh Kerajaan semasa pengambilan pertama tersebut.
15
Selepas pengambilan pertama dan hingga pengambilan kedua, semua perjanjian penyewaan yang melibatkan Hartanah tersebut adalah bagi bahagian baki Hartanah tersebut yang tidak diambil oleh Kerajaan semasa pengambilan pertama dan Plaintif mempunyai pengetahuan penuh mengenai fakta ini.
16
Di dalam tindakan ini, Mahkamah telah mendapati bahawa terdapat 3 isu yang perlu diputuskan oleh Mahkamah iaitu; A) Sama ada Defendan masih mempunyai hak milik ke atas sebahgian Hartanah tersebut, selepas pengambilan pertama oleh kerajaan. B) Adakah Plaintif menyewa dan membayar sewaan atas seluruh Hartanah atau sebahagian sahaja. A) Sama ada Defendan masih mempunyai hak milik ke atas sebahgian Hartanah tersebut, selepas pengambilan pertama oleh kerajaan.
17
Mahkamah dalam membincangkan isu ini telah meneliti kepada keterangan saksi dan dokumen yang berkaitan. Mahkamah telah meneliti kepada keterangan SD 1 yang telah mengemukakan Pernyataan bertulis beliau.
18
SD 1 menyatakan bahawa SP 1 pernah menyewa satu Hartanah kepunyaan mendiang bapa beliau iaitu Muthiah a/l Murugar iaitu hartanah yang dipegang di bawah Geran Mukim 147, lot 813,Mukim Kajang ( rujuk Hartanah tersebut ). SD 1 dan Defendan 2 dan 3 telah didaftarkan di atas Hartanah tersebut sebagai wakil bagi piharta pesaka mendiang bapa iaitu Muthiah a/l Murugar.
19
SD 1 juga telah menyatakan bahawa Plaintif memang ada menyewa Hartanah tersebut mulai dari tahun 1988 . Perjanjian sewaan tanah tersebut telah sentiasa dilanjutkan sehingga Hartanah tersebut diambil sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri pada tahun 2016.
20
SD1 juga mengesahkan bahawa pada tahun 1988, kerajaan negeri telah mengambil sebahagian daripada Hartanah tersebut iaitu seluas berukuran 0.132 ekar akan tetapi Pentadbir Tanah Hulu Langat tidak mengeluarkan geran baru untuk baki Hartanah yang tidak diambil. Maka pada setiap masa yang material geran yang berada di dalam pegangan SD 1 adalah geran asal Hartanah tersebut.
21
Mahkamah juga telah melihat kepada keterangan oleh SP 2 iaitu Penolong Pegawai Daerah, Pejabat Daerah Hulu Langat. Beliau mengesahkan bahawa pengambilan pertama Hartanah tersebut telah dibuat pendaftaran pada 1990 dan pengambilan kedua telah didaftarkan pada 2016. SP 2 juga mengesahkan bahwa Defendan selama 26 tahun tiada mempunyai geran bagi sebahagian tanah tersebut selepas pengambilan pertama pada tahun 1990.
22
SP 2 juga menyatakan bahawa menjadi kebiasaan bagi pengambilan-pengambilan yang lama, tidak diberi geran bagi baki Hartanah tersebut tetapi Pejabat Tanah akan pastikan ada endorsan berkenaan dengan pengambilan sebahagian tersebut. Adalah tanggung jawab agensi pengambil untuk memastikan hak milik sambungan dibuat. SP 2 percaya dalam kes ihi, hak milik untuk sambungan untuk pengambilan pertama belum dibuat dan terus dibuat pengambilan kedua.
23
Atas alasan di atas,maka Mahkamah berpandangan bahawa pihak Defendan pada setiap masa yang material merupakan pemilik sah kepada bahagian Hartanah yang belum diambil oleh Kerajaan Negeri. Mahkamah telah merujuk Geran Mukim di Ikatan Dokumen bertanda B di m/s 1 yang mana keluasan lot tersebut ialah 0.231 ekar dan pengambilan pertama hanya melibatkan tanah seluas 0.132 ekar sahaja , maka baki tanah seluas 0.099 ekar masih menjadi milik Defendan-Defendan. B) Adakah Plaintif menyewa dan membayar sewaan atas seluruh Hartanah atau sebahagian sahaja.
24
Dalam menjelaskan isu ini, Mahkamah perlu melihat keterangan dan dokumen yang terlibat iaitu Perjanjian Sewa yang telah dimasuki oleh Plaintif. SP 1 dalam keterangan telah menyatakan bahawa telah memasuki Perjanjian Sewa Tanah pertama dengan dengan Muthiah a/l Murugar pada 24.9.1986 hingga 31.9.1988.
25
Susulan daripada Perjanjian Sewaan tersebut, SP1 berterusan membuat lanjutan sewaan ke atas Hartanah tersebut hingga berakhir pada Julai 2014. SP 1 mendakwa bahawa beliau pada setiap masa yang material telah membayar sewaan untuk keseluruhan Hartanah tersebut iaitu GM 147,Lot 813 Mukim Kajang .
26
Mahkamah telah meneliti kepada perjanjian yang dimasuki oleh Plaintif dan Defendan selepas daripada Pengambilan Pertama pada tahun 1988 .Mahkamah merujuk kepada Ikatan Dokumen B ms 101 iaitu Perjanjian sewa tanah mulai 1.3.1992 hingga 28.2.1995. Di dalam perjanjian tersebut ada mencatatkan bahawa ; “Tuan Tanah menyewakan kepada Penyewa kesemua bahagian Tanah di bawah GM 147 Lot 813 Mukim Kajang.”
27
Mahkamah juga telah merujuk kepada intipati kandungan perjanjian sewaan tanah mulai 1.3.1995 hingga 31.12.1995 dan mendapati Tuan Tanah telah menyewakan kesemua bahagian Hartanah tersebut kepada Penyewa. Mahkamah telah meneliti kesemua 6 perjanjian sewaan tanah yang mana perjanjian sewaan terakhir ialah 3.8.2011 untuk tempoh 3 tahun ( rujuk P 1 ) yang mana ayat demise premises telah digunakan. Tiada di mana-mana perjanjian sewaan selepas Pengambilan Pertama yang mencatatkan Tuan Tanah menyewakan sebahagian daripada Hartanah tersebut.
28
Mahkamah dengan ini berpandangan bahawa pada setiap masa yang material Defendan-Defedan telah menyewakan keseluruhan Hartanah tersebut kepada Plaintif dan Plaintif telah membayar sewaan untuk keseluruhan Hartanah tapi hanya pada hakikat hanya dapat mengunakan hanya sebahagian sahaja Hartanah tersebut.
29
Atas alasan tersebut maka Mahkamah telah memutuskan bahawa Tuntutan Plaintif terhadap Defendan-Defendan adalah dibenarkan dan Mahkamah mendapati bahawa Plaintif tidak berhak kepada pemulangan kesemua wang sewa tanah tersebut kerana Plaintif juga telah menggunakan haknya ke atas sebahagian Hartanah tersebut. Mahkamah telah memerintahkan untuk Defendan-Defendan mengembalikan RM158,300.00 iaitu sebahagian sahaja daripada tuntutan sebenar Plaintif yang berjumlah RM316,600.00. Faedah 5% dari jumlah RM158,300.00 dikira dari tarikh Penghakiman hingga penyelesaian penuh.Defendan juga dikenakan kos RM3,000.
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.