Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI IPOH DALAM NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN PERMOHONAN SEMAKAN JENAYAH NO. AA-43-13-09/2022 ANTARA GOPELA KRISHNAN A/L ARUMUGAM …PEMOHON DAN PENDAKWA RAYA …RESPONDEN
AA-43-13-09/2022
High Court of Malaysia12 Jan 2023
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI IPOH DALAM NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN PERMOHONAN SEMAKAN JENAYAH NO. AA-43-13-09/2022 ANTARA GOPELA KRISHNAN A/L ARUMUGAM …PEMOHON DAN PENDAKWA RAYA …RESPONDEN
1
lni adalah permohonan untuk semakan terhadap keputusan Hakim Koroner bertarikh 29 Ogos 2022 dalam satu prosiding inkues kematian Mohan A/L Gopela Krishnan ('si mati') di bawah seksyen 323 Kanun Tatacara Jenayah (KTJ) dan seksyen 35 Akta Mahkamah Kehakiman 1964.
2
Gopela Krishnan A/L Arumugam iaitu pemohon dalam kes semakan ini adalah bapa kandung kepada si mati.
3
Semakan yang dipohon adalah untuk mengenepikan keputusan terbuka (Open Verdict) yang dibuat oleh Hakim Koroner bertarikh 29 Ogos 2022 dan seterusnya untuk memerintahkan suatu dapatan bagi menentukan “who was criminally concerned” didalam kematian simati. UNDANG-UNDANG [4] Tujuan sesuatu semakan dibuat oleh Mahkamah Tinggi di bawah seksyen 323(1) Bab XXXI KTJ adalah untuk memastikan sesuatu dapatan, hukuman atau perintah yang dibuat oleh mahkamah rendah adalah betul, menurut undang-undang dan wajar.
5
Seksyen 323(1) memperuntukkan: A judge may call for and examine the record of any proceeding before any subordinate Criminal Court for the purpose of satisfying himself as to the correctness, legality or propriety of any finding, sentence or order recorded or passed, and as to the regularity of any proceedings of that Subordinate Court.
6
Seksyen 35(1) Akta Mahkamah Kehakiman 1964 pula memperuntukkan:
1
In addition to the powers conferred on the High Court by this or any other written law, the High Court shall have general supervisory and revisionary jurisdiction over all subordinate courts, and may in particular, but without prejudice to the generality of the foregoing provision, if it appears desirable in the interests of justice, either of its own motion or at the instance or at the instance of any party or person interested, at any stage in any matter or proceeding, whether civil or criminal, in any subordinate court, call for the record thereof, and may remove the same into the High Court or may give to the subordinate court such directions as to the further conduct of the same as justice may require. [7] Berhubung dengan prosiding inkues kematian pula, Hakim/Majistret yang bertindak sebagai koroner bertugas untuk menyiasat bila, di mana, bagaimana sesuatu kematian berkenaan berlaku dan sama ada mana-mana orang ada terlibat secara jenayah dengan kematian tersebut. Ini diperuntukkan dengan jelas di bawah seksyen 337 KTJ: A Magistrate holding an inquiry shall inquire when, where, how and after what manner the deceased came by his death and also whether any person is criminally concerned in the cause of the death. [8] Tugas seorang Hakim/Majistret yang bertindak sebagai koroner adalah untuk memutuskan lima perkara berikut:
a
Bilakah simati meninggal dunia;
b
Di mana simati meninggal dunia;
c
Bagaimana simati telah meninggal dunia;
d
Dalam apa cara simati meninggal dunia; dan
e
Adakah sesiapa terlibat secara jenayah dengan kematian simati. [9] Perkara-perkara ini telah diputuskan oleh Mahkamah di dalam kes-kes berikut: i) In Re Anthony Chang Kim Fook, Deceased [2007] 2 CLJ 362; ii) In Re Chung Sui Keong, Deceased [2010] 1 LNS 93; iii) PP v. Shanmugam & 5 Others [2002] 1 LNS 160; iv) In Re Inquest Into The Death Of Sujatha Krishnan, Deceased [2009] 5 CLJ 783. [10] Hakim Sulong Mattjeraie di dalam kes In Re Anthony Chang Kim Fook, Deceased [2007] 2 CLJ 362 menyatakan: Section 337 of the CPC serves as the terms of reference within which the Coroner conducts the inquest into the death of the deceased. As such the Coroner cannot act outside the perimeter of the said terms of reference. [11] Di dalam kes In Re Loh Kah Kheng (Deceased) (No 2) [1990] 1 LNS 165; [1990] 2 MLJ 126 diputuskan: ... It is the primary duty of the learned Magistrate conducting the inquiry to satisfy himself that there is sufficient evidence in whatever form or manner elicited and whether admissible or not, which could assist him in establishing the cause of death of the deceased, he is perfectly entitled to know and take cognizance of it. [12] Seksyen 328 KTJ ada memberi definisi 'punca kematian' yang menyatakan "... semua perkara yang perlu untuk membolehkan suatu pendapat dibuat bagaimana si mati itu menemui ajalnya...". [13] Ini bermakna punca kematian yang dimaksudkan itu bukan sahaja terhad kepada punca kematian yang diperolehi hasil daripada bedah siasat, ianya juga merangkumi, segala hal dan keadaan bagaimana si mati menemui ajalnya, sama ada sekiranya terdapat sebarang kecuaian atau penglibatan orang lain dalam kematian si mati. [14] Seterusnya Hakim/Majistret yang menjalankan inkues kematian ini hendaklah merakamkan keterangan dan dapatannya dan seterusnya hendaklah dengan segera mengemukakan rakaman keterangan dan dapatannya tersebut daripada Pendakwa Raya seperti yang diperuntukkan di bawah seksyen 338(1) KTJ: The Magistrate holding an inquiry under this Chapter shall record the evidence and his finding thereon and shall immediately transmit to the Public Prosecutor the original of such evidence and finding duly authenticated by his signature or a copy of such evidence and finding certified under his hand as correct. STANDARD PEMBUKTIAN [15] Piawaian pembuktian ialah di atas Imbangan Kebarangkalian (Balance of Probability) sepertimana dinyatakan oleh HMR YA Mah Weng Kwai dalam kes Teoh Meng Kee v. PP [2014] 7 CLJ 1034 di mukasurat 1079 para 111: It will be noted that s. 328 of the CPC speaks of "opinion". The section does not stipulate what the standard of proof that has to be applied in an inquiry of death. Although s.328 of the CPC is silent on the standard of proof, of course, it cannot be said that there is no standards to be applied. That would be an unacceptable position in law. I am of the view that all that is required of the Magistrate is to arrive at an opinion applying the balance of probabilities (civil) standard test on objective basis. There must be sufficient evidence to arrive at an opinion, in particular whether the death resulted in any way from or was accelerated by any unlawful act or omission on the part of any other person. (penekanan ditambah) [16] Dalam kes Inkues In Re Loh Kah Kheng [1990] 1 CLJ 823; [1990] 2 CLJ (Rep) 156; [1990] 2 MLJ 126, Hakim Mohammed Dzaiddin (pada masa itu) telah menggariskan prinsip penting bagi seseorang Koroner yang menjalankan siasatan kematian seperti berikut: ... the magistrate holds an inquiry by examining witnesses on oath and while usually following the ordinary rules of evidence, he may admit any evidence which he thinks fit, especially hearsay evidence. His duty is to ascertain the cause of death and he is not bound to follow usual procedure of law court. Dalam perenggan terakhir, YA Hakim tersebut menyatakan: I am, therefore of the opinion that so long as the learned magistrate was satisfied that there was evidence, in whatever form or manner elicited and whether admissible or not, which could assist her in establishing the cause of death of the deceased, she was perfectly entitled to know and take cognizance of it. [17] Di dalam kes PP v. Shanmugam & Ors [2002] 1 LNS 160 , Hakim Suriyadi memutuskan: To reiterate, when conducting an inquiry a magistrate must confine himself to the evidence and arrive at a specific verdict based only on the established facts pursuant to s. 337 of the CPC. Probabilities and guesswork can never be the basis for that specific verdict. [18] Micheal Barnes, State Coroner di Brisbane, Australia di dalam kes Inquest into The Death Of Liam Richard Vidler-Cumming menyatakan: A coroner should apply the civil standard of proof, namely the balance of probabilities, but the approach referred to as the Briginshaw sliding scale is applicable. This means that the more significant the issue to be determined, the more serious an allegation or the more inherently unlikely an occurrence, the clearer and more persuasive the evidence needed for the trier of fact to be sufficiently satisfied that it has been proven to the civil standard. PROSEDUR [19] Jelasnya, inkues kematian bukanlah satu perbicaraan jenayah. Tidak ada pertuduhan, tidak ada pendakwaan mahu pun pembelaan. Dalam erti kata lain, tiada tertuduh yang dibicarakan oleh mahkamah. Hakim/Majistret yang bertindak sebagai Koroner hanya menjalankan siasatan berhubung kematian berkaitan. Tugas Timbalan Pendakwa Raya atau pegawai pendakwa pula hanya untuk membantu Hakim/Majistret dalam pemeriksaan saksi-saksi bagi mendapatkan keterangan yang perlu. Ini dijelaskan oleh Mahkamah Agung (ketika itu) dalam kes Public Prosecutor v. Seeralan Suppiah [1985] 1 CLJ 524; [1985] CLJ (Rep) 250 seperti berikut: As inquest is not like a trial. There are no parties to prosecute and to defend. It is only an inquiry by a Magistrate as to the cause of death and prosecuting officer is there not to prosecute anyone but only to assist the Court with the examination of witnesses for the purpose of giving evidence. A defence Counsel present at an inquest is not there to defend anyone, but only to look after the interests of those who engage him. Whilst he has no right to speak as of right, this right seldom becomes an issue because the Court normally gives such indulgence whenever it is asked. However, although addressing the Court without permission is not a contempt it is certainly not polite to do so without permission. In polite circles such as the legal profession this simple etiquette is expected. [20] Mahkamah boleh mengambil kira semua perkara dan keterangan berkenaan kematian si mati bagi membolehkan mahkamah membuat siasatan serta menjawab 5 persoalan seperti yang diperuntukkan undang-undang seperti yang dirujuk di atas. Ini bermakna keterangan (dengar cakap) juga boleh diambil kira oleh Mahkamah semasa untuk membuat keputusan bagi menjawab persoalan berkenaan kematian si mati. Mahkamah tidak terikat dengan prosedur serta undang-undang yang lazim diterimapakai semasa perbicaraan biasa. Perkara ini telah diputuskan Mahkamah melalui kes In Re Loh Kah Kheng [1990] 1 CLJ 823 Hakim Mohamed Dzaiddin yang dengan nyatakan menyatakan seperti berikut: "I am, therefore of the opinion that so long as the learned magistrate was satisfied that there was evidence, in whateverform or manner elicited and whether admissible or not, which could assist her in establishing the cause of death of the deceased, she was perfectly entitled to know and take cognizance of it Di bawah "held", mahkamah memutuskan: The function of a magistrate in holding an inquiry of death is to inquire, inter alia, whether any person is criminally concerned in the cause of death. The inquiry is to be held by examining witnesses on oath and the magistrate may admit any evidence which he thinks fit, especially hearsay evidence. His duty is to ascertain the cause of death and he is not bound to follow usual procedure. FAKTA KES [21] Prosiding Inkues dijalankan berikutan kematian seorang lelaki India bernama Mohan A/L Gopela Krishnan ('si mati') akibat ditembak oleh dua
2
orang pegawai polis iaitu ASP Sujkit Singh A/L Jagaru Singh (SI-3) dan Detektif Sarjan Zulhaldi bin Ramli (SI-4) pada 8.10.2016 di Manjung, Sitawan, Perak. Kejadian tembakan ini berlaku pada 8.10.2016 lebih kurang jam 3.40 pagi di Jalan Besar Simpang Lima, Pekan Gurney, Manjung, Perak. [22] Pada 7.10.2016 pukul lebih kurang 10.00 malam hingga 8.10.2016 pukul lebih kurang 3.40 pagi, SI-3 iaitu ASP Sukjit Singh Jagara Singh mengetuai “Ops Cantas” rondaan kawasan Sitiawan dan juga Air Tawar bersama dengan tiga (3) orang lagi anggota iaitu Sarjan Raini, Koperal Zulhadi (SI-4) dan Koperal Hazrul dengan menaiki kereta pasukan, Proton Preve tanpa lambang polis. [23] Kedudukan dalam kereta pasukan, SI-3 duduk di kerusi hadapan bahagian penumpang, dipandu oleh Detektif Koperal Hazrol Azrai, belakang SI-3 adalah Koperal Detektif Zulhadi Bin Ramli (SI-4) dan belakang pemandu ialah Sarjan S. Raini. [24] Pada pukul lebih kurang 3.15 awal pagi, semasa sedang membuat rondaan, pasukan rondaan terserempak dengan sebuah motokar Proton Waja No. Pendaftaran JHF 1921 di Pekan Air Tawar dalam keadaan mencurigakan iaitu motokar dipandu perlahan, memerhatikan jalan dan deretan kedai yang tidak beroperasi pada waktu awal pagi. [25] Semasa kenderaan pasukan menghampiri motokar Waja tersebut dan meminta pemandu Waja berhenti dengan menekan ‘hon’ dan SI-3 telah menurunkan cermin serta menjerit dengan memperkenalkan diri sebagai polis kepada pemandu motokar Proton Waja tersebut. SI-3 juga telah keluarkan tangannya di tingkap kereta dan menjerit-jerit, “berhenti-berhenti, polis, polis, polis”, namun pemandu motokar Waja tersebut telah memecut laju dan menghala ke arah Sitiawan, Perak. [26] Satu kejadian kejar-mengejar telah berlaku antara motokar Proton Waja yang dinaiki oleh si mati dengan pasukan polis dengan kelajuan melebihi 100km/j dalam jarak 7 hingga 10 kilometer. [27] Seterusnya, SI-3 dan pasukan cuba untuk memberhentikan motokar Waja tersebut dengan cara memasang lampu dan menekankan ‘hon’ dan apabila motokar Waja tersebut sampai di Simpang 5, Sitiawan, motokar tersebut terus masuk kelaluan Simpang 5 dan masih dalam keadaan laju dan apabila sampai di satu simpang lebih kurang 90° simpang tersebut untuk masuk ke Jalan Simpang 5, motokar Waja tersebut telah terbabas ke tepi jalan. [28] Seorang lelaki telah turun dari motokar tersebut dari tempat pemandu. Manakala, SI-3 dan SI-4 yang duduk belakang SI-3 juga turun dari kereta pasukan polis sambil menjerit “Polis!” di mana SI-3 terdengar satu das tembakan dan mendapati lelaki tersebut sedang memegang sepucuk pistol. [29] Demi mempertahankan diri, SI-3 dan SI-4 masing-masing telah melepaskan dua (2) dan satu (1) das tembakan menghala ke arah lelaki tersebut. SI-3 nampak lelaki tersebut jatuh, dan setelah merasakan tiada ancaman lagi, SI-3 menghampiri lelaki yang telah rebah dan mendapati terdapat kesan tembakan di dada. Si mati telah ditembak mati oleh SI-3 dan SI-4 semasa kejadian tembak-menembak tersebut. [30] Usai kejadian, hasil pemeriksaan pihak polis mendapati berhampiran jasad si mati, terdapat senjata pistol yang digunakan untuk menyerang pihak polis. Seterusnya, SI-3 telah membuat semakan kad pengenalan mendapati si mati ialah seorang lelaki India bernama Mohan A/L Gopela Krishnan dan semakan mendapati simati tersenarai “wanted” dan juga terdapat beberapa rekod kesalahan lampau. [31] Bedah siasat ke atas mayat si mati telah dijalankan oleh Pakar Perubatan Forensik, Jabatan Forensik, Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh, DR. Siti Zanariah binti Md Naziri (SI-6) di mana bedah siasat terhadap mayat si mati telah dijalankan pada 8.10.2016 bermula jam 1.50 petang. Dapatan SI-6 yang dilaporkan mengenai sebab kematian si mati terkena tiga (3) das tembakan yang tembus keluar iaitu dua (2) di dada kiri dan satu (1) di peha kanan serta tiada peluru pada badan. Punca kematian ialah pendarahan berlebihan akibat luka-luka tembak di dada si mati. DAPATAN MAHKAMAH [32] Isu yang timbul adalah sama ada pihak polis (SI-3 dan SI-4) menembak si mati atas tujuan mempertahankan diri dan adakah sesiapa yang bertanggungjawab secara jenayah berhubung kematian si mati tanpa membuat apa-apa dapatan mengenai liabiliti jenayah orang itu. [33] Pada 29 Ogos 2022 Hakim Koroner telah membuat keputusan terbuka (Open Verdict) berkenaan fakta si mati telah meninggal dunia akibat ditembak polis iaitu SI-3 dan SI-4 yang masing-masing melepaskan tembakan semasa kejadian ketika menjalankan tugas sebagai pegawai polis. Isunya sama ada tembakan dilepaskan polis, SI-3 dan SI-4 adalah sah disisi undang-undang (“lawful”) atas dasar mempertahankan diri. [34] Di dalam kes Mahkamah Rayuan, Teoh Meng Kee v. PP [2014] 7 CLJ 1034, Keputusan Terbuka (Open verdict) bermaksud satu keputusan apabila keterangan yang ada tidak menunjukkan keseluruhan punca kematian. Merujuk mukasurat 1062 kes: The “Open Verdict” [49] To return an “open verdict” is not a sign of failure; it is a verdict in its own right. We have been referred to a very useful text by Christopher Dorries; Coroners’ Courts – A Guide to Law and Practice (2nd edn.), which deserves quotation for its concise statement of the principles: An open verdict is a decision by the coroner or jury that the evidence ‘does not fully or further disclose the means whereby the cause of the death arose’. It is a verdict in its own right, indicating that the evidence is insufficient to satisfy any other conclusions. This may arise because, despite the best efforts of an investigation, it is impossible to determine whether a death was intended a suicide or came about by accident. In other cases, there may be a suspicion that foul play is involved but no proof to the required level ... (at p.272 of the text). [35] Keterangan lisan SI-3 dan SI-4 menyatakan bahawa setelah motokar Proton Waja No. Pendaftaran JHF 1921 tersebut terbabas, SI-3 dan SI-4 nampak seorang lelaki yang memandu motakar tersebut (si mati) telah keluar dari dalam kereta sambil memegang pistol dan SI-3 serta SI- 4 juga terus keluar dari kereta pasukan polis dan menjerit ‘polis’. Sejurus selepas, SI-3 dan SI-4 menjerit ‘polis’, lelaki tersebut (si mati) telah melepaskan satu das tembakan ke arah SI-3 dan SI-4, namun tersasar. [36] Bagi mempertahankan diri dan pasukan, SI-3 telah melepaskan dua das tembakan dan SI-4 telah melepaskan satu das tembakan ke arah lelaki tersebut (si mati). Lelaki tersebut (si mati) ditemui terbaring dalam keadaan terlentang di atas rumput di hadapan keretanya dan terdapat sepucuk pistol berhampiran dengan tangan simati. [37] Berdasarkan keterangan, hasil pemeriksaan mendapati terdapat 3 luka tembus keluar, 2 di bahagian dada kiri dan 1 di bahagian peha kanan. Jadi si mati mendapat tiga kesan tembak. Tidak dijumpai “slug” atau kepala peluru di badan si mati dan jarak tembakan melebihi dua kaki oleh kerana tidak dijumpai “muzzle mark”, kesan asap ataupun kesan terbakar di sekitar luka tembak masuk dan tidak dijumpai apa-apa kecederaan lain di badan si mati. [38] Setelah meneliti keseluruhan keterangan, laporan trajektori juga tidak dikemukakan ke mahkamah bagi menentukan bagaimana insiden tembak-menembak berlaku pada tarikh 8.10.2016 tersebut. Walaupun SI- 3 dan SI-4, di dalam keterangan mengatakan bahawa mereka masing-masing telah melepaskan tembakan terhadap si mati dalam keadaan mempertahankan diri bagi menghapuskan ancaman nyawa yang diwujudkan oleh si mati tersebut selaras dengan peruntukan di bawah s. 39(b) dan s. 39(d) ) Akta Senjata 1960, namun Laporan Trajektori tidak dikemukakan ke mahkamah untuk menyokong keterangan tersebut. [39] Keterangan SI-5 pula menyatakan bahawa kesan Asid Deoksiribonukleik (DNA) dan juga kesan cap jari si mati tidak dijumpai atas pistol yang dikatakan digunakan oleh si mati tersebut. Timbul persoalan mengapa tidak ada kesan DNA dan cap jari si mati yang dikesan pada senjata yang dikatakan dipegang oleh si mati semasa kejadian tembak-menembak tersebut berlaku kerana seseorang yang menggunakan senjata akan meninggalkan kesan cap jari ataupun DNA atas senjata seperti yang dinyatakan oleh SI-5. [40] Tambahan juga, tidak ada ujian “Gunshot Residue”/ sisa tembakan (GSR) "primary" atau "secondary" yang dibuat di dalam kes ini bagi menunjukkan si mati telah melakukan tembakan seperti yang didakwa sehingga anggota polis melepaskan tembakan balas terhadap si mati tersebut. Bukti yang dikemukakan ialah mengenai kehadiran GSR sahaja. [41] Mahkamah ini setelah meneliti keterangan saksi-saksi dan berdasarkan dokumen-dokumen yang dikemukakan, terdapat pelbagai persoalan fakta yang timbul berkenaan dengan kejadian tembak-menembak yang berlaku pada 8.10.2016 tersebut; antaranya ialah seperti berikut: I. Kedudukan tombol gear motokar Proton Waja yang berada di dalam kedudukan "P" dan tombol brek tangan yang telah ditarik seperti yang dapat dilihat di dalam gambar tempat kejadian 36 dan 37 di eksh. I 2 selepas motokar Proton Waja tersebut dikatakan terbabas ketika dikejar oleh pasukan polis. Kedudukan tombol gear dalam keadaan "P" dengan tombol brek tangan dalam keadaan ditarik ke atas ini gagal dijelaskan oleh saksi-saksi polis. Saya berpendapat, kedudukan tombol gear pada kedudukan "P" serta tombol brek tangan yang ditarik ke atas tersebut tidak mencerminkan keadaan pemandu yang berada di dalam keadaan cemas yang tergesa-gesa keluar untuk melarikan diri dari dalam kereta yang terbabas seperti keterangan saksi-saksi polis. Kedudukan tombol gear dan tombol brek tangan tersebut tidak menunjukkan keadaan motokar Proton Waja tersebut telah terbabas; II. Jika benar, si mati telah melepaskan tembakan, tetapi tembakan tersebut tidak mengenai mana-mana pegawai polis. Namun, SI-3 dan SI-4 melepaskan tembakan terus ke dada si mati. Saya berpandangan SI-3 dan SI-4 boleh memilih untuk tidak melepaskan tembakan ke arah dada si mati. [42] Berdasarkan keterangan dan pada tahap imbangan kebarangkalian, saya berpandangan keterangan keadaan menunjukkan tidak terdapat ancaman nyawa yang diwujudkan oleh si mati. lni adalah kerana walaupun saksi-saksi polis mengatakan bahawa tembakan telah dilepaskan ke arah si mati bagi membalas tembakan yang telah dibuat oleh si mati tersebut ke arah anggota polis, namun keterangan menunjukkan si mati tidak memberi ancaman kepada anggota polis seperti yang didakwa dan terdapat banyak persoalan fakta yang timbul berkenaan dengan kejadian tembakan yang berlaku pada 8.10.2016 tersebut. Sehubungan dengan itu, saya memutuskan bahawa tembakan yang dilepaskan oleh pihak polis (SI-3dan SI-4) terhadap si mati adalah bukan bertindak bagi mempertahankan diri dari ancaman selaras dengan peruntukkan di bawah s. 39(b) dan s. 39(d) Akta Senjata 1960. [43] Saya berpandangan dengan ketiadaan kelongsang peluru di tempat kejadian dan ketiadaan GSR pada tangan si mati, tidak meyokong keterangan SI-3 dan SI-4 bahawa si mati melepaskan tembakan dahulu terhadap SI-3 dan SI-4 kerana ketiadaan peluru atau sarung peluru dijumpai di tempat kejadian. Saya juga telah merujuk pada laporan kimia bertarikh 16.1.2017 (D28) di mana di dapati tiada kesan tembakan iaitu GSR ke atas kesemua stub logam si mati. Oleh yang demikian, mahu tidak mahu, ini bermakna si mati tidak melepaskan tembakan terhadap SI-3 dan SI-4. [44] Saya juga telah meneliti keseluruhan Nota Keterangan prosiding inkues kematian si mati di mana saya tertarik dengan keterangan SI-4 mengakui tujuan pihak polis iaitu SI-3 dan SI-4 menembak di mati adalah untuk “aim to kill” (rujukan pada nota keterangan prosiding inkues mukasurat 72) dan keterangan ini tidak dicabar atau dipersoal semula oleh pihak pendakwaan. Saya perturunkan keterangan SI-4 seperti berikut: Mahkamah: Soalan peguam, adakah awak tembak untuk membunuh, untuk “aim to kill” itu dalam Bahasa Inggeris, setuju atau tak setuju? SI-4 : Setuju Yang Arif. Encik Raam: Tiada soalan lain Yang Arif. Terima Kasih. [45] Saya juga bersetuju dengan Peguam Pemerhati Pemohon bahawa Hakim Koroner telah gagal mempertimbangkan garis panduan “Inspector General Standing Order (IGSO) yang telah memberikan garis panduan yang jelas bagi pihak polis dalam perbuatan melepaskan tembakan kepada mana-mana individu, di mana adalah arahan bahawa pihak polis perlu:
1
menembak di kaki; atau
2
menembak tayar. [46] Di dalam kes di hadapan saya, kedua-dua SI-3 dan SI-4 tidak mengikut garis panduan IGSO dan mengakui menembak pada dada/ badan si mati. SI-3 dan SI-4 telah menunjukkan “complete ignorance” terhadap kewujudan garis panduan ini dalam “discharge of their duties”. Saya berpandangan perbuatan SI-3 dan SI-4 adalah bertentangan dengan garis panduan yang telah ditetapkan dan “ignorance” terhadap kewujudan IGSO tersebut adalah tidak munasabah. [47] Di dalam kes Mahkamah Rayuan, Noor Shariful Rizal Bin Noor Zawawi v. PP [2017] 3 MLJ 460 jelas mendapati IGSO mempunyai efek undang-undang. Mahkamah Rayuan juga di dalam kes Ketua Polis Daerah Shah Alam & Ors v. Nor Azura Bt. Amzah & Anor [2018] 5 MLJ 805 memutuskan pihak polis didapati bersalah dalam melepaskan tembakan pada si mati kerana tiada bukti dikemukakan simati mengancam pihak polis. [48] Berpandukan pada keterangaan dan nas undang-undang di atas, saya dalam menjalankan kuasa semakan yang sedia ada di bawah seksyen 323 Kanun Tatacara Jenayah (KTJ) dan seksyen 35 Akta Mahkamah Kehakiman 1964 mengenepikan keputusan “Open Verdict” oleh Hakim Koroner pada 29 Ogos 2022 dan berkenaan adakah sesiapa yang bertanggungjawab secara jenayah (“who is criminally concerned”) berhubung kematian si mati tanpa membuat apa-apa dapatan mengenai liabiliti jenayah orang itu, dalam kematian si mati, saya dengan ini memutuskan si mati meninggal disebabkan terdapat unsur-unsur salah guna kuasa dan perlakuan yang menyalahi undang-undang oleh pihak polis dan bukannya atas tujuan mempertahankan diri. [49] Dengan dapatan dari verdict ini, saya mengarahkan Ketua Polis Negara dan Peguam Negara untuk melakukan apa-apa yang perlu bagi memulakan apa-apa sabitan di bawah Kanun Tatacara Jenayah dan Perlembagaan Persekutuan Malaysia dan seterusnya menjalankan pendakwaan sekiranya difikirkan wajar. [50] Ini adalah kerana Inkues tidak boleh menentukan sama ada apa-apa kesalahan jenayah telah dilakukan oleh mana-mana individu bertentangan dengan mana-mana undang-undang atau peraturan kerana itu adalah bukan di dalam bidang kuasa mahkamah ini tetapi bidang kuasa pendakwa raya. Bertarikh: 12.01.2023 (ABDUL WAHAB BIN MOHAMED) HAKIM MAHKAMAH TINGGI MALAYA IPOH, PERAK Pendakwa Raya bagi pihak Perayu Peguam Persekutuan Kamar Peguam Negara Aras 5, No. 45, Lot 4G7, Presint 4 Persiaran Perdana 62100 Putrajaya Peguamcara bagi pihak Responden Encik V. Selvaratnam Peguambela dan Pegguamcara Tetuan V. Selva & Associates No. 13, 1st Floor Jalan Panglima 30000 Ipoh Perak Tel:
05
05.2546020 Faks: 05.2415151
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.