2665.00. OLEH YANG DEMIKIAN KAMU TELAH MELAKUKAN SUATU KESALAHAN YANG BOLEH DIHUKUM DI BAWAH SEKSYEN 392 KANUN KESEKSAAN. HUKUMAN: JIKA DISABITKAN DENGAN KESALAHAN KAMU HENDAKLAH DIHUKUM DENGAN PENJARA SELAMA TEMPOH YANG BOLEH SAMPAI EMPAT BELAS TAHUN DAN HENDAKLAH JUGA DIKENAKAN DENGAN DENDA ATAU SEBAT...” [2] Pada sebutan pertama iaitu pada 26/6/2025, OKT mewakili diri sendiri di mana pada tarikh tersebut, pihak pendakwaan telah memohon kepada Mahkamah ini untuk membuat pindaan ke atas pertuduhan asal dan Mahkamah ini membenarkan pindaan tersebut berdasarkan peruntukan undang-undang dalam seksyen 158 Kanun Acara Jenayah yang juga ia tidak akan memprejudiskan OKT malahan ia adalah masa sesuai bagi sesuatu pindaan. Diperturunkan pertuduhan pindaan yang tersebut di sini: PERTUDUHAN PINDAAN: “…BAHAWA KAMU PADA TARIKH 20/06/2025 JAM LEBIH KURANG 10:20 MALAM BERTEMPAT DI HADAPAN HOTEL ALILA, JALAN ANG SENG, DI DALAM DAERAH BRICKFIELDS, DI DALAM NEGERI WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR, KAMU TELAH MELAKUKAN ROMPAK TERHADAP PENAMA LOGANATHAN A/L SANTANAM, NOMBOR KAD PENGENALAN: 630328107693 DENGAN MEROMPAK HARTA MILIK PENAMA IAITU SEBUAH BEG SILANG BERWARNA BIRU YANG MENGANDUNGI LESEN MEMANDU, KAD PENGENALAN SINGAPURA, KAD MRT SINGAPURA, KAD TOUCH & GO, KAD PUBLIC BANK, WANG TUNAI BERJUMLAH 50 DOLLAR SINGAPURA DAN WANG TUNAI BERJUMLAH RM 2500 YANG MANA KESEMUANYA ADALAH MILIK PENAMA. OLEH YANG DEMIKIAN KAMU TELAH MELAKUKAN SUATU KESALAHAN YANG BOLEH DIHUKUM DI BAWAH SEKSYEN 392 KANUN KESEKSAAN. HUKUMAN: JIKA DISABITKAN DENGAN KESALAHAN KAMU HENDAKLAH DIHUKUM DENGAN PENJARA SELAMA TEMPOH YANG BOLEH SAMPAI EMPAT BELAS TAHUN DAN HENDAKLAH JUGA DIKENAKAN DENGAN DENDA ATAU SEBAT...” [3] Apabila pertuduhan pindaan dibacakan dalam Bahasa Melayu, dan ianya diterangkan dan difahami oleh OKT dan telah mengaku salah. OKT faham sifat dan akibat pengakuannya. Berdasarkan pengakuan salah tersebut, Mahkamah ini berpuashati dan telah mensabitkan OKT dengan pertuduhan pindaan dan mengenakan hukuman ke atas OKT iaitu dengan lima (5) tahun penjara dan satu (1) sebat. FAKTA KES YANG DIAKUI OLEH OKT DAN SENARAI EKSIBIT [4] Kamu pada tarikh 20/06/2025 jam lebih kurang 10:20 malam, bertempat di hadapan Hotel Alila, Jalan Ang Seng, di dalam Daerah Brickfields, di dalam Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, kamu yang ketika itu sedang menunggang motorsikal jenis YAMAHA dengan nombor pendaftaran VMG 2994, kamu kemudiannya telah melakukan rompak terhadap penama Loganathan a/l Santanam (selepas dan terkemudian ini dirujuk sebagai penama), nombor kad pengenalan: 630328107693 dengan merompak harta milik penama dengan cara meragut iaitu sebuah beg silang berwarna biru yang mengandungi lesen memandu, kad pengenalan Singapura, kad MRT Singapura, kad Touch & Go, kad Public Bank, wang tunai berjumlah 50 dollar Singapura dan wang tunai berjumlah RM2500 yang mana kesemuanya adalah milik penama Oleh yang demikian, kamu telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 392 Kanun Keseksaan. SENARAI EKSIBIT Fakta Kes - P1 Laporan pengadu Brickfields 007843/25 - P2 Laporan tangkap Brickfields 007891/25 - P3 Laporan seksyen 27 Akta Keterangan Traverse/004776/25 - P4 Laporan pandu arah Brickfields 007894/25 – P5 Gambar tempat kejadian (4 keping) - P6 (1-4) Gambar barang kes (6 keping) - P7 (1-6) Gambar Pegun CCTV (6 keping) - P8 (1-6) Kesemua eksibit kes telah dicamkan dan diakui oleh OKT. [5] Mahkamah ini berpuas hati pengakuan salah oleh OKT terhadap pertuduhan, fakta kes dan pengecaman dan pengesahan ke atas kesemua eksibit adalah “unreserved, unequivocal and unqualified” dan telah merekodkan bahawa OKT bersalah terhadap pertuduhan setelah mengambil kira pengakuan OKT terhadap pertuduhan, fakta kes dan kesemua eksibit di dalam kes ini. [6] Mahkamah ini sentiasa mengingatkan diri bahawa kuasa hukuman adalah terletak di atas budi bicara mahkamah yang membicarakan sesuatu kes. Mahkamah bicara mempunyai hak dan tanggungjawab sama ada bersikap lembut atau keras namun budibicara hakim bicara hendaklah dilaksanakan menurut prinsip-prinsip hukuman sebagaimana yang digariskan dalam kes PP v. Jafa bin Daud [1981] CLJU 28 serta Ganesan a/l Nachiappan & Ors v. Pendakwaraya [2000] 3 CLJ 302; [2000] 3 AMR 2621. [7] Adalah prinsip am undang-undang jenayah bahawa kepentingan awam harus diutamakan apabila mempertimbangkan hukuman ke atas seseorang pesalah (sila lihat Rex v. Kenneth John Ball [1951] 35 Cr.App.R.164; Fan Yew Teng v. PP [1975] 2 MLJ 235. RAYUAN PERINGANAN HUKUMAN [8] OKT mempunyai tanggungan 2 orang anak yang masih bersekolah, isteri OKT bekerja mencuci pinggan. OKT meminta hukuman dari tarikh tangkap dan diberikan seringan-ringannya. OKT menegaskan tiada ahli keluarga atau sesiapa yang mahu tolong. RAYUAN PEMBERATAN HUKUMAN TIMBALAN PENDAKWA RAYA [9] Timbalan Pendakwa Raya yang bijaksana telah memohon kepada Mahkamah ini untuk mengambil kira eksibit dikemukakan dengan kesalahan dilakukan sebagai pengajaran kepada OKT dan masyarakat luar untuk tidak melakukan kesalahan yang sama. [10] Kekerapan jenayah rompak ragut di dalam kalangan masyarakat pada masa ini adalah kerap. Oleh itu, hukuman berat wajar dikenakan. Melihat kepada arah aliran (“trend”) hukuman, Timbalan Pendakwa Raya merujuk kepada satu kes iaitu WA-62RS-121-07/2024 di Mahkamah Sesyen Jenayah 5 yang telah memberi hukuman 5 tahun dan 1 sebat ke atas OKT dalam kes tersebut yang melibatkan kerugian sebuah telefon bimbit jenama Honor bernilai RM1500. Namun kes di hadapan Mahkamah ini melibatkan kerugian yang lebih besar iaitu RM2500 dan 50 Dollar Singapura. Lebih kurang kerugian ialah RM2600 hingga RM2700. Hukuman lebih berat wajar daripada yang dikenakan Mahkamah Sesyen Jenayah 5 KL tadi. Kejadian juga adalah di tempat awam. [11] Setelah mendengar rayuan peringanan hukuman OKT dan rayuan pemberatan hukuman dari Timbalan Pendakwa Raya, Mahkamah telah mensabitkan OKT dengan pertuduhan dan telah menjatuhkan hukuman (5) lima tahun penjara dan (1) satu sebat. ALASAN MAHKAMAH Hukuman menurut undang-undang. [12] Sebagai panduan secara undang-undang, Mahkamah ini merujuk kepada seksyen 173(b) Kanun Tatacara Jenayah (Akta 593) seperti yang berikut: