Content
AP-83D-171-04/2025 1 DALAM MAHKAMAH MAJISTRET SELAMA DALAM NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN KES JENAYAH NO.: AP-83D-171-04/2025 ANTARA PENDAKWA RAYA
AP-83D-171-04/2025
Magistrates Court of Malaysia10 Jul 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“(i) Hukuman penjara baharu tidak secara automatik berjalan serentak; ia bergantung kepada budi bicara Mahkamah (PP v Mohamad Ramadzan [2021] MLJU 1629).”
“asingan wajar diperintahkan supaya tujuan pencegahan dan pengajaran tercapai (rujuk prinsip umum dalam Bachik Abdul Rahman v PP [2004] 2 CLJ 572 dan Muhammad Azrien bin Mat Hussin v Public Prosecutor [2025] MLJU 482). [17] Mengambil kira semua prinsip di atas, Mahkamah telah menimbangkan sama ada hukuman penjara dalam”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
AP-83D-171-04/2025 1 DALAM MAHKAMAH MAJISTRET SELAMA DALAM NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN KES JENAYAH NO.: AP-83D-171-04/2025 ANTARA PENDAKWA RAYA
1
Ini adalah alasan penghakiman bagi rayuan tertuduh terhadap hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah ini. Rayuan telah difailkan oleh tertuduh menerusi pihak Penjara Tapah, Perak (lihat Notis Rayuan tertuduh di Lampiran 8).
2
Dalam Lampiran 8, tertuduh menyatakan bahawa beliau merayu terhadap hukuman penjara 1 tahun yang dijatuhkan oleh Mahkamah ini yang diperintahkan agar bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman bagi nombor kes AB-62D-55-04/2025. Tertuduh dalam Notis Rayuannya merayu ke Mahkamah Tinggi Taiping terhadap hukuman 1 tahun penjara yang dijatuhkan agar dapat berjalan serentak dengan hukuman penjara 5 tahun dalam kes AB-62D-55-04/2025.
3
Alasan penghakiman ini menjelaskan pendekatan Mahkamah dalam menjatuhkan hukuman penjara 1 tahun terhadap tertuduh serta sebab hukuman itu diperintahkan berjalan selepas tertuduh tamat menjalani hukuman penjara bagi kes AB-62D-55-04/2025.
4
Tertuduh telah dituduh dengan satu kesalahan memiliki 0.10 gram dadah berbahaya jenis Methamphetamine dan oleh itu telah melakukan kesalahan di bawah seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 (‘ADB 1952’) yang boleh dihukum di bawah seksyen 12(3) ADB 1952 (lihat Pertuduhan Pindaan dalam P1).
5
Pertuduhan pindaan tersebut telah dibacakan dan diterangkan kepada tertuduh dalam Bahasa Melayu termasuk hukumannya. Tertuduh menyatakan dia faham pertuduhan dan hukuman. Tertuduh mengaku bersalah. Mahkamah berpuas hati bahawa tertuduh faham sifat dan akibat daripada pengakuannya.
6
Puan Timbalan Pendakwa Raya terpelajar (‘Puan TPR’) kemudiannya mengemukakan fakta kes (yang dibacakan oleh jurubahasa kepada tertuduh) serta semua ekshibit kes yang berkaitan (ditanda dan ditunjukkan kepada tertuduh). Tertuduh mengakui fakta kes dan semua ekshibit tersebut tanpa sebarang bantahan dan syarat.
7
Selanjutnya, Mahkamah menerima pengakuan salah tertuduh terhadap pertuduhan pindaan dan mendapati tertuduh bersalah lalu mensabitkannya atas pertuduhan pindaan tersebut. Selepas menimbangkan faktor peringanan dan pemberatan, Mahkamah AP-83D-171-04/2025 3 menjatuhkan hukuman penjara selama 1 tahun. Hukuman ini diperintahkan berjalan selepas tertuduh tamat hukuman penjara yang sedang dijalani dalam kes AB-62D-55-04/2025.
8
Ketika tertuduh disabitkan bagi kesalahan ini, tertuduh adalah seorang banduan yang sedang menjalani hukuman bagi tiga kesalahan narkotik berbeza yang melibatkan transaksi berbeza daripada kes semasa.
9
Puan TPR dalam hujahan pemberatan telah mengemukakan rekod penjara tertuduh. Rekod ini mengandungi waran-waran hukuman yang dikeluarkan oleh Mahkamah berhubung tiga kesalahan terdahulu yang telah disabitkan terhadap tertuduh dan sedang dijalani olehnya pada masa sabitan kes ini seperti berikut:
i
AB-62D-55-04/2025 – Kesalahan seksyen 39C(1)(b) ADB 1952 di mana Mahkamah Sesyen (1) Taiping menjatuhkan hukuman penjara 5 tahun dari tarikh sabitan i.e.,16 April 2025;
II
(ii) AP-83D-170-04/2025 – Kesalahan seksyen 15(1)(a) ADB 1952 di mana Mahkamah ini menjatuhkan hukuman penjara 6 bulan bermula pada 11 April 2025; dan
III
(iii) AP-83D-167-04/2025 – Kesalahan seksyen 15(1)(a) ADB 1952 di mana Mahkamah ini menjatuhkan hukuman penjara 11 bulan bermula pada 11 April 2025. AP-83D-171-04/2025 4 [10] Setiap waran ini telah ditunjukkan serta dibacakan kepada tertuduh dan tertuduh mengakui kesemua waran tersebut. Waran-waran berkenaan kemudiannya ditandakan sebagai ekshibit P8 iaitu Rekod Penjara Tertuduh bagi hukuman-hukuman yang sedang dijalani pada masa sabitan kes ini. [11] Puan TPR turut membawa perhatian Mahkamah kepada butiran ‘pengiraan hukuman dan remitan’ yang tercatat dalam eksibit P8. Menurut rekod tersebut, tarikh tamat paling awal hukuman penjara tertuduh adalah pada 14 Ogos 2028 manakala tarikh tamat paling lewat adalah pada 15 April 2030. [12] Oleh kerana kes ini melibatkan transaksi yang berbeza, Puan TPR memohon agar hukuman penjara bagi kes ini bermula selepas tertuduh selesai hukuman bagi kes AB-62D-55-04/2025. Tertuduh pula melalui peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) mohon hukuman penjaranya bagi kes ini berjalan serentak dengan kes AB-62D- 55-04/2025. [13] Justeru, isu utama dalam kes ini adalah sama ada tertuduh patut dijatuhkan hukuman penjara yang berjalan serentak dengan hukuman penjara 5 tahun yang dijatuhkan oleh Mahkamah Sesyen (1) Taiping dalam kes AB-62D-55-04/2025 selaras dengan seksyen 292(1) Kanun Tatacara Jenayah atau sebaliknya. [14] Penilaian mahkamah berpaksikan peruntukan seksyen 292 Kanun Tatacara Jenayah yang memperuntukkan seperti berikut: AP-83D-171-04/2025 5 “Commencement of sentence of imprisonment on prisoner already undergoing imprisonment
292
(1) When a person who is an escaped convict or is undergoing a sentence of imprisonment is sentenced to imprisonment, such imprisonment shall commence either immediately or at the expiration of the imprisonment to which he has been previously sentenced, as the Court awarding the sentence may direct.
2
A sentence of death shall be executed notwithstanding the pendency of any sentence of imprisonment.
3
Nothing in subsection (1) shall be held to excuse any person from any part of the punishment to which he is liable upon his former or subsequent conviction.”. [15] Maksud peruntukan seksyen 292(1) Kanun Tatacara Jenayah adalah seperti berikut:
i
Ia terpakai kepada dua keadaan:
a
apabila seorang banduan melarikan diri selepas dijatuhkan hukuman; atau
b
apabila seseorang sedang menjalani hukuman penjara;
II
(ii) Jika hukuman penjara baharu dijatuhkan, mahkamah yang mempunyai bidang kuasa diberi budi bicara untuk menentukan permulaan hukuman tersebut; AP-83D-171-04/2025 6
a
sama ada hukuman baharu itu berjalan serta-merta (serentak dengan hukuman sedia ada) atau
b
hukuman baharu itu hanya bermula selepas tamat hukuman penjara yang sedang dijalani. [16] Panduan dalam menggunakan budi bicara Mahkamah di bawah seksyen 292(1) Kanun Tatacara Jenayah telah dibincangkan dalam beberapa kes seperti berikut:
i
Hukuman penjara baharu tidak secara automatik berjalan serentak; ia bergantung kepada budi bicara Mahkamah (PP v Mohamad Ramadzan [2021] MLJU 1629).
II
(ii) Dalam menentukan sama ada hukuman perlu serentak atau berasingan, Mahkamah hendaklah menilai jenis kesalahan serta masa berlakunya kesalahan (Wan Azman Atan v PP [2006] 7 CLJ 281).
III
(iii) Jika kesalahan baharu timbul daripada satu transaksi, hukuman lazimnya diperintah berjalan serentak; jika daripada transaksi berbeza, hukuman wajar berjalan berasingan (Bachik Abdul Rahman v PP [2004] 2 CLJ 572).
IV
(iv) Terdapat keadaan di mana hukuman berasingan perlu dijatuhkan walaupun dalam satu transaksi demi pencegahan dan kepentingan awam (Kanagasuntharam v PP [1992] 1 SLR 81). AP-83D-171-04/2025 7
v
Prinsip keseluruhan (totality) memastikan jumlah keseluruhan hukuman (lama dan baharu) adalah adil, seimbang dan tidak terlalu menghancurkan (crushing) berbanding tahap kesalahan serta latar belakang tertuduh (Noor Azmi v PP [2023] 12 MLJ 182; dan Mohamed Shouffee v PP [2014] 2 SLR 998).
VI
(vi) Kesalahan berulang merupakan pertimbangan penting. Jika tertuduh mempunyai kesalahan berulang, hukuman berasingan wajar diperintahkan supaya tujuan pencegahan dan pengajaran tercapai (rujuk prinsip umum dalam Bachik Abdul Rahman v PP [2004] 2 CLJ 572 dan Muhammad Azrien bin Mat Hussin v Public Prosecutor [2025] MLJU 482). [17] Mengambil kira semua prinsip di atas, Mahkamah telah menimbangkan sama ada hukuman penjara dalam kes ini perlu berjalan serentak atau berturutan dengan hukuman penjara dalam kes AB-62D- 55-04/2025. [18] Pertama, dari segi prinsip satu transaksi, Mahkamah berpuas hati bahawa prinsip ini tidak terpakai dalam kes ini. Kesalahan dalam kes semasa berlaku pada 9 April 2025 manakala kesalahan di bawah seksyen 39C(1)(b) ADB 1952 berlaku hampir setahun lebih awal iaitu pada 7 Mei
2024
Selain itu, pada tarikh sabitan kes ini, tertuduh juga telah disabitkan dengan satu lagi kesalahan berasingan di bawah seksyen 15(1)(a) ADB 1952 (nombor kes: AP-83D-342-07/2025) iaitu kesalahan memasukkan dadah berbahaya ke dalam badan. Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 9 bulan yang juga diperintahkan bermula selepas tertuduh selesai AP-83D-171-04/2025 8 menjalani hukuman penjara dalam kes AB-62D-55-04/2025. Tiada rayuan difailkan terhadap hukuman dalam kes tersebut. [19] Oleh itu, adalah jelas bahawa kes semasa bukan sebahagian daripada transaksi yang sama dengan kes AB-62D-55-04/2025. Ia melibatkan kesalahan berbeza, fakta kes berbeza, laporan polis berbeza, tarikh tangkapan berbeza dan jarak masa hampir setahun. Maka, hukuman serentak tidak sesuai. [20] Kedua, dari segi prinsip totality, Mahkamah berpendapat bahawa hukuman yang dijatuhkan tidak menyalahi prinsip tersebut. Hukuman tambahan selama 1 tahun ini tidak boleh dianggap sebagai berlebihan atau menghancurkan (crushing effect) kerana keseluruhan tempoh pemenjaraan masih dalam lingkungan yang munasabah daripada hukuman maksimum yang diperuntukkan bagi kedua-dua kesalahan. Hukuman ini juga tidak menafikan peluang rehabilitasi kepada tertuduh. [21] Ketiga, rekod P8 yang dikemukakan dan diakui benar oleh tertuduh menunjukkan tertuduh bukan pesalah kali pertama, malah seorang pesalah berulang yang telah beberapa kali disabitkan atas kesalahan narkotik. Hukuman-hukuman terdahulu gagal memberikan kesan pencegahan atau pengajaran kepadanya. Keadaan ini seumpama mencurah air di daun keladi. Maka, hukuman yang lebih tegas adalah perlu demi pencegahan (deterrence) terhadap tertuduh. [22] Keempat, mahkamah juga menitikberatkan faktor kepentingan awam. Bilangan kes narkotik di daerah Selama yang semakin membimbangkan menuntut hukuman yang dapat menghantar mesej jelas AP-83D-171-04/2025 9 kepada masyarakat di luar sana bahawa pengulangan kesalahan akan menerima hukuman tambahan yang setimpal. [23] Sekiranya mahkamah membenarkan hukuman kes ini berjalan serentak dengan hukuman 5 tahun yang sedang dijalani, hukuman penjara selama 1 tahun itu akan tenggelam dan tidak membawa sebarang makna kerana tarikh pembebasan tertuduh tetap sama. Hukuman mahkamah ini akan menjadi ilusi semata-mata dan objektif penghukuman (sentencing) tidak akan tercapai. [24] Dalam erti kata lain, hukuman berjalan serentak bagi kesalahan yang mempunyai transaksi yang berbeza hanya akan mengosongkan makna hukuman itu sendiri kerana ia akan tamat lebih awal dari hukuman 5 tahun di bawah seksyen 39C ADB 1952. [25] Kelima, Mahkamah juga telah mengambil kira faktor mitigasi yang dikemukakan oleh tertuduh. Walau bagaimanapun, hujahan mitigasi hanya berkisar kepada latar belakang tertuduh dan pengakuan salah yang dibuat. Faktor latar belakang tidak memberi kesan besar kerana tertuduh sepatutnya memikirkannya sebelum mengulangi kesalahan. [26] Dari segi pengakuan salah, secara amnya ia adalah faktor mitigasi yang kuat. Namun, dalam keadaan di mana kesalahan dilakukan berulang kali, nilai mitigasi pengakuan salah menjadi lebih kecil. Walau bagaimanapun, Mahkamah tetap mengambil kira pengakuan salah ini dengan menjatuhkan hukuman penjara 1 tahun sahaja daripada maksimum 5 tahun. Mahkamah juga mengambil kira kuantiti dadah yang kecil dalam kes ini. Tetapi pertimbangan ini hanya mempengaruhi tempoh AP-83D-171-04/2025 10 hukuman dan tidak menjadi alasan untuk memerintahkan hukuman berjalan serentak dengan kes AB-62D-55-04/2025. [27] Oleh yang demikian, hukuman penjara 1 tahun yang diperintahkan berjalan selepas tamat hukuman kes AB-62D-55-04/2025 adalah wajar, seimbang dan berlandaskan prinsip undang-undang. Hukuman ini tidak menghancurkan, tetapi cukup untuk mencapai objektif penghukuman terhadap tertuduh dan pada masa yang sama ia tidak kosong daripada makna jika diperintahkan berjalan serentak. Bertarikh: 21.09.2025 t.t. (PRABAKARAN RAJOO) Majistret Mahkamah Majistret Selama Perak Darul Ridzuan PIHAK-PIHAK: Bagi pihak pendakwaan: TPR Puan Nor Arfahanim Azureen binti Arfanuddin Pejabat Timbalan Pendakwa Raya Taiping Lido Business Center, No 10/21 & 12/21 Tingkat Atas, Jalan Manecksha, 34000 Taiping, Perak Darul Ridzuan. Bagi pihak tertuduh: Puan Puteri Hikmatul Raudah Dzulaika Mohamad Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan Cawangan Taiping & Selama Perak Darul Ridzuan.
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.