Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI SEPANG DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN KES NO: BK-62-10-04/2024 PENDAKWA RAYA LAWAN HAFIZUL BIN HAWARI (NO. K/P: 860429-56-5443) ALASAN PENGHAKIMAN A. Pendahuluan [1] Hafizul Bin Hawari (selepas ini dikenali sebagai Perayu/OKT) telah dituduh dengan pertuduhan di bawah seksyen seksyen 307 dan sek 326 Kanun Keseksaan. Pertuduhan adalah seperti berikut:- Pertuduhan Pertama “Bahawa kamu pada 14/04/2024 jam lebih kurang 1.09 pagi bertempat di Balai Ketibaan Antarabangsa Aras 3, Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Daerah Sepang di dalam Negeri Selangor Darul Ehsan telah melakukan cubaan membunuh terhadap Farah binti Md Isa (No. K/P: 861109-56-5078) dan dengan itu, kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah seksyen 307 Kanun Keseksaan”. Pertuduhan Kedua “Bahawa kamu pada 14/04/2024 jam lebih kurang 1.09 pagi bertempat di Balai Ketibaan Antarabangsa Aras 3, Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Daerah Sepang di dalam Negeri Selangor Darul Ehsan dengan sengaja telah menyebabkan cedera parah ke atas Mohd Nur Hadith bin Zaini (No. K/P: 861213-56-5705) dengan menggunakan senjata iaitu pistol yang boleh menyebabkan kematian dengan itu, kamu telah melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan”. [2] Pada hari yang sama pertuduhan telah dibaca dan diterangkan kepada OKT. OKT faham pertuduhan dan mengaku salah. Setelah pengakuan salah OKT direkodkan, Mahkamah ini telah memastikan sifat dan akibat pengakuan salah diterangkan kepada OKT iaitu perbicaraan penuh kes ini terhadap OKT tidak akan diteruskan dan OKT hendaklah dikenakan hukuman penjara boleh sampai 10 tahun dan dan hendaklah juga dikenakan denda dan jika menyebabkan kecederaan hendaklah dikenakan pemenjaraan yang boleh sampai 20 tahun, jika disabitkan dengan kesalahan ini. [3] Sekali lagi Mahkamah bertanya semula pengakuan OKT, OKT masih mengaku salah dan OKT akui faham sifat dan akibat pengakuan salah beliau. Disamping itu juga, Mahkamah telah berpuashati dan mendapati bahawa pengakuan salah OKT tersebut dibuat secara sukarela, tidak dipaksa oleh sesiapa dan tidak tertakluk kepada apa-apa syarat. Setelah Mahkamah berpuashati dengan pengakuan salah tersebut, Mahkamah telah meneruskan kes ini dengan fakta dan jatuh hukum terhadap OKT dan meminta pihak pendakwaan mengemukakan fakta kes. [4] Timbalan Pendakwa Raya telah mengemukakan fakta kes yang telah dibacakan dan diakui oleh OKT dan ditandakan sebagai P1. Barang kes telah dikemukakan dan ditandakan sebagai ekshibit ‘P1’ hingga ‘P12’ serta diakui benar oleh OKT. Setelah meneliti fakta kes, Mahkamah berpuashati bahawa satu kesalahan telah dilakukan oleh OKT sepertimana pertuduhan. Mahkamah menerima pengakuan salah tersebut dan seterusnya mendapati OKT bersalah. [5] OKT kemudiannya telah membuat rayuan bagi meringankan hukuman. Sebagai balasan, Timbalan Pendakwa Raya memohon hukuman yang setimpal dikenakan. OKT disabitkan dengan pertuduhan. [6] Setelah menimbang secara mendalam, Mahkamah menjatuhkan hukuman lima tahun penjara bagi pertuduhan pertama dan penjara tujuh tahun bagi pertuduhan kedua. Kedua dua hukuman berjalan serentak tetapi akan bermula dari tarikh selepas OKT selesai menjalani hukuman pemenjaraan bagi lain-lain kesalahan yang dia perlu jalani. [7] Terkilan dengan hukuman tersebut, OKT telah memfailkan notis rayuan ini. B. Alasan Keputusan [8] Seksyen 307 Kanun Keseksaan menyebut seperti berikut:- Attempt to murder s.307.