Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN KUANTAN DALAM NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR WRIT SAMAN NO – CA-B52NCC-2-01/2023 ANTARA HAINAN SHAERYOU IMPORT AND EXPORT TRADING CO. LTD. [Others: 0] [ABDUL MALIK ZAMRI & CO.] …PLAINTIF
CA-B52NCC-2-01/2023
Sessions Court of Malaysia31 Jan 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“UDGMENT **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 12 Alizatul Khair Osman JCA: [49] Firstly, it is trite that under s. 101 and s. 102 of the Evidence Act 1950, the burden is on the plaintiff to prove its case. [50] By way of emphasis and for ease of reference we r”
“ay v. Chinniah [1939] CLJU 107; [1939] 1 LNS 107; [1939] 8 MLJ FMSR 253 provides a classic illustration of this principle. As propounded by Terrell Ag CJ: The burden of proof under section 102 of the Evidence Enactment is upon the person who would fail if no evidence at all were given on either side, and accordingly th”
“which is to crystallize the issue and to put the defendants on their guard and tell them what they have to meet when the case comes on trial. (See Domsalla v. Barr[1969] WLR 630; Phillips v. Phillips [1878] QBD 127, 139 and Ong Ah Long v. Dr. S. Underwood [1983] CLJ (Rep) 300. [29] Mahkamah percaya beban pembuktian di”
“102. The burden of proof in a suit or proceeding lies on that person who would fail if no evidence at all were given on either side. [51] The case of Selvaduray v. Chinniah [1939] CLJU 107; [1939] 1 LNS 107; [1939] 8 MLJ FMSR 253 provides a classic illustration of this principle. As propounded by Terrell Ag CJ: The bur”
“cal dictum of His Lordship Lord Goddard in the **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 20 English case of Bonham Carter v. Hyde Park Hotel [1948] WN 89 which had been referred to by our courts often enough. It is this: "Plaintiff must understand that if they bri”
“ared election. Otherwise, the court would make its ruling or decision only after hearing the entire evidence (and submission) of the defence if any. See the case of Simirah v. Chua Hock Lee and Anor. [1963] MLJ 239 CA. [38] Dalam tindakan ini, Plaintif telah tutup kes pada 1/10/2024, kes ditetapkan untuk sambung bicara”
“s in order to comply with its object which is to crystallize the issue and to put the defendants on their guard and tell them what they have to meet when the case comes on trial. (See Domsalla v. Barr[1969] WLR 630; Phillips v. Phillips [1878] QBD 127, 139 and Ong Ah Long v. Dr. S. Underwood [1983] CLJ (Rep) 300. [29]”
“y of this document via eFILING portal 22 [30] Mahkamah merujuk kepada kes INSAJUTA SDN BHD & SATU LAGI lwn. MAJLIS PERBANDARAN SELAYANG, MAHKAMAH TINGGI MALAYA, SHAH ALAM, TENGKU MAIMUN TUAN MAT H [2011] CLJU 1880 yang mana dinyatakan seperti berikut: Kos menyewa lori-lori gantian Bagi item ini plaintif menuntut RM69,1”
“telah tahu berapa tuntutannya. Oleh itu, Plaintif harus dengan jelas menuntut jumlah tersebut berdasarkan bukti sokongan. Mahkamah merujuk kes LAI HEE SANG v. PUN HAI CHIN, COURT OF APPEAL, PUTRAJAYA [2016] CLJU 1622 yang mana diputuskan seperti berikut: Fourthly, whether the appellant has proved his loss or damages [4”
“number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 15 [13] Mahkamah merujuk kepada keputusan kes SAIDIN MOHD NOOR v. NOOR AFIQAH KHAIRAZMY, HIGH COURT MALAYA, PENANG [2019] CLJU 198 yang mana diputuskan seperti berikut: [49] It is apparent that the witness is not the signatory of the lett”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN KUANTAN DALAM NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR WRIT SAMAN NO – CA-B52NCC-2-01/2023 ANTARA HAINAN SHAERYOU IMPORT AND EXPORT TRADING CO. LTD. [Others: 0] [ABDUL MALIK ZAMRI & CO.] …PLAINTIF
1
DAN YAYASAN AL WARDAH [Others: 201001027680] [RUSNIZAM & AFIQQ]
2
AHMAD NURSHAFIQ BIN AMIR LUDDIN [Identity Card No.: 890122145679] [RUSNIZAM & AFIQQ] …DEFENDAN-DEFENDAN ALASAN PENGHAKIMAN (PERBICARAAN PENUH DENGAN SAKSI) LATARBELAKANG KES Ini adalah rayuan oleh Perayu/Plaintif, HAINAN SHAERYOU IMPORT AND EXPORT TRADING CO. LTD. Melalui Notis Rayuan di Lampiran 34 yang tidak berpuas hati terhadap keputusan Mahkamah yang telah diberikan pada 31/1/2025 diMahkamah Sesyen di Kuantan, dan dengan ini merayu kepada Mahkamah Tinggi Malaya di Kuantan terhadap keseluruhan keputusan tersebut yang telah menolak Tuntutan Perayu / Plaintif dengan kos sebanyak RM5,000-00. TUNTUTAN PLAINTIF [1] Plaintif adalah sebuah syarikat yang diperbadankan di Negara China yang menyatakan bahawa pada sekitar pertengahan tahun 2019, melalui Defendan 2 sebagai pengarah kepada Defendan 1, telah merepresentasikan kepada Plaintif bahawa Defendan 1 mempunyai Approved Permit [AP] untuk mengeksport pasir serta pasir sungai untuk dijual. [2] Defendan 2 telah membawa wakil Plaintif ke satu kawasan pasir di Pekan, Pahang dan telah memberitahu wakil Plaintif tersebut bahawa pasir tersebut adalah yang dimaksudkan untuk dijual dan boleh dijual kepada Plaintif. [3] Defendan 2 turut memberikan representasi dan jaminan bahawa Defendan 1 boleh menghantar pasir yang ditunjukkan tersebut ke pusat pengumpulan Plaintif di dalam tempoh 1 minggu daripada tarikh perjanjian di antara Plaintif dan Defendan 1 ditandatangani dan/atau daripada tarikh Plaintif membuat pembayaran harga jual beli kepada Defendan 1. [4] Setelah Plaintif berpuashati dengan representasi-representasi oleh Defendan 2 tersebut, satu perjanjian “For River Sand Sale & Purchase Contract” yang bertarikh pada 1-9-2019 [Perjanjian tersebut] telah ditandatangani di antara Plaintif dengan Defendan 1 pada 3-9-2019, [5] Plaintif telah memindahkan wang sebanyak USD127,958-51 [RM539,780-17 mengikut kadar tukaran wang pada 3 -9-2019] ke akaun Defendan 1 di Malayan Banking Berhad – No. Akaun 5561 6921 6829 sebagai memenuhi terma-terma pembayaran di dalam Perjanjian tersebut. [6] Di dalam tempoh 1 minggu selepas perjanjian dan pembayaran di atas dibuat [lebih kurang pada pertengahan bulan September 2019], Defendan 1 telah menunjukkan bahawa Defendan 1 telah mulai membuat penghantaran pasir sungai ke pusat pengumpulan Plaintif dan selepas melihat lebih kurang 20 buah lori pasir membuat penghantaran, wakil Plaintif telah pulang ke negara China bagi tujuan menguruskan pengangkutan bagi pengeksportan pasir tersebut. [7] Selepas lebih kurang 1 bulan dan apabila urusan pengangkutan telah tersedia, wakil Plaintif telah datang semula ke Malaysia bagi melihat perkembangan pasir yang kononnya telah mulai dihantar ke pusat pengumpulan Plaintif sebagaimana yang telah dilihat dahulu sebelum wakil Plaintif tersebut pulang ke negara China. [8] Akan tetapi, Plaintif mengatakan bahawa, wakil Plaintif tersebut telah mendapati pasir yang sebelum ini telah dihantar ke sana telah tiada di mana di atas pertanyaan oleh wakil Plaintif tersebut, Defendan 2 telah memberitahu Plaintif bahawa bahawa pasir tersebut telah diambil semula oleh Defendan 1 kerana kualitinya tidak berapa bagus dan Defendan 2 berjanji Defendan 1 akan menghantar semula pasir yang lebih bagus kualitinya ke pusat pengumpulan Plaintif tersebut. [9] Walaubagaimanapun, Plaintif mengatakan bahawa, wakil Plaintif tersebut telah berjumpa dengan pembekal pasir tersebut dan telah diberitahu bahawa beliau diarahkan oleh Defendan 2 untuk menghantar lebih kurang 20 buah lori sahaja ke pusat pengumpulan pasir Plaintif bagi menunjukkan bahawa Defendan 1 boleh membekalkan pasir kepada Plaintif. [10] Berikutan daripada itu, Plaintif telah [melalui wakilnya] menuntut semula pemulangan wang sebanyak USD127,958-51 kepada Plaintif dengan serta merta, dan selepas beberapa kali membuat tuntutan secara lisan, Defendan 1 telah mengisukan satu surat yang bertarikh pada 21 -2-2020 kepada wakil Plaintif tersebut dan berjanji untuk memulangkan wang sebanyak USD127,958 -51 kepada Plaintif melalui wakil Plaintif tersebut. [11] Walaubagaimanapun, setelah lebih 2 tahun, Defendan 1 masih gagal untuk memulangkan wang sebanyak USD127,958-51 tersebut kepada sama ada Plaintif dan/atau kepada wakil Plaintif tersebut. [12] Plaintif telah, melalui Notis Tuntutan peguamnya yang bertarikh pada 16 -11-2022 [yang dikeluarkan pada 22-11-2022] [Notis tersebut], Plaintif telah menuntut pembayaran dan/atau pemulangan wang sebanyak USD127,958-51 [RM586,049-97 mengikut kadar tukaran wang pada 21-11-2022] bersama-sama dengan kos Notis tersebut daripada Defendan-Defendan supaya dibayar di dalam tempoh 14 hari daripada penerimaan Notis tersebut kepada sama ada Plaintif dan/atau peguamcaranya. [13] Walaupun Notis tersebut telah diterima, Defendan-Defendan masih gagal dan/atau enggan dan/atau abai untuk membayar dan/atau memulangkan wang tersebut. [14] Oleh yang demikian, Plaintif memohon untuk suatu Penghakiman terhadap Defendan-Defendan sebagaimana berikut:- i. Pembayaran dan/atau pemulangan wang sebanyak USD127,958.51 – RM586,049-97 [mengikut kadar tukaran wang pada 21-11-2022]; ii. Faedah pada kadar 5% setahun di atas wang sebanyak RM586,049-97 mulai daripada tarikh Penghakiman sehingga ke tarikh penyelesaian sepenuhnya; iii. Kos sebagaimana peruntukkan kaedah-kaedah Mahkamah; dan, iv. Mahkamah yang Mulia ini memberikan apa-apa perintah dan/atau relif yang lain yang difikirkan sesuai dan bermanfaat. PEMBELAAN DEFENDAN [1] Defendan Kedua mengaku ada membawa wakil Plaintif ke Kawasan pasir di Pekan iaitu Sungai Kubang Buaya dan Kampung Temai Hilir yang mana wakil Plaintif adalah bernama James dari China dan penama Lee Eng Cheong yang merupakan Pengurus bagi Sand Deu Enterprise PLT iaitu anak syarikat Plaintif yang kemudiannya dilantik menjadi operator bagi tujuan mengeksport pasir sungai kepada Plaintif. [2] Defendan-Defendan dimaklumkan untuk berhubung terus dengan Sand Deu Enterprise PLT bagi apa-apa hal berkaitan perbincangan antara Plaintif dengan Defendan-Defendan. [3] Defendan Kedua tidak ada membuat apa-apa representasi bahawa penghantaran pasir akan dibuat dalam tempoh 1 minggu memandangkan Defendan-Defendan masih belum memiliki konsesi bagi pengeluaran bahan batuan yang mana keperluan untuk memohon konsesi ini telah dimaklumkan kepada wakil Plaintif dan wakil Plaintif telah menyatakan persetujuan untuk memberikan kerjasama kepada Plaintif dalam proses permohonan konsesi tersebut. [4] Plaintif tidak mempunyai pusat pengumpulan yang sah untuk menerima penghantaran pasir oleh Defendan-Defendan sebaliknya Plaintif telah menceroboh dan menduduki suatu Kawasan jeti di Kampung Ketapang Hilir yang mana Kawasan tersebut masih dalam proses kelulusan bagi permohonan Lesen Pendudukan Sementara (LPS) oleh Defendan Pertama melalui permohonan tanah bertraikh 14/11/2018. [5] Plaintif dan Defendan-Defendan masih belum memeterai perjanjian memandangkan masih terdapat isu kelulusan konsesi walaupun telah ada terma-terma disepakati pihak-pihak berhubung harga jual beli pasir. [6] Defendan mengakui penerimaan USD127,958.51 menerusi akaun bank Defendan Pertama tetapi ia bukan wang pendahuluan tetapi adalah untuk digunakan bagi memajukan permohonan konsesi bagi pengeluaran bahan batuan di Kawasan Kampung Temai Hilir dan Sungai Kubang Buaya yang mana Plaintif telah nyatakan komitmen untuk menanggung kos keseluruhan yang diperlukan bagi proses permohonan konsesi tersebut. [7] Sebahagian jumlah yang diterima Defendan Pertama telah diserahkan kepada wakil Plaintif bernama Lee Eng Cheong atas permintaannya sendiri dan sebahagian lain digunakan untuk menanggung perbelanjaan oleh Sand Due Enterprise LTD yang merupakan anak syarikat Plaintif yang bertindak selaku operator yang dilantik. [8] Defendan Pertama telah menerima wang tersebut memandangkan Sand Due Enterprise LTD masih belum didaftarkan secara sah setakat bayaran yang dibuat dan hanya didaftarkan kira-kira seminggu selepas bayaran dibuat. [9] Defendan menafikan ada membuat penghantaran pasir dalam masa 1 minggu selepas bayaran dibuat memandangkan konsesi bagi pengeluaran masih belum diperolehi. [10] Proses penghantaran pasir ke jeti Kampung Ketapang HIlir telah dibuat oleh Lee Eng Cheong dan Sand Due Enterprise LTD membabitkan pasir yang dibeli dari pihak ketiga dan tidak melibatkan Defendan-Defendan. [11] Defendan-Defendan tiada pengetahuan bahawa wakil Plaintif telah pulang ke China untuk menguruskan pengangkutan berkait pengeksportan pasir. [12] Defendan Kedua sama sekali tidak membuat representasi tentang kehilangan pasir dan representasi yang menyatakan Defendan Pertama akan menghantar semula pasir yang lebih baik kualitinya. [13] Defendan-Defendan telah mengemukakan satu surat bertarikh 6/1/2020 kepada Sand Due Enterprise LTD untuk menuntut bayaran pendahuluan kepada Defendan Pertama berjumlah RM1,000,000.00 dan sejumlah RM1,598,032.00 sebagai bayaran yang berkaitan yang perlu dibuat kepada Pengurusan Pasir Pahang Berhad bagi tujuan Lesen Pendudukan Sementara di Kampung Ketapang Hilir. [14] Perbincangan antara Defendan-Defendan dan wakil Plaintif iaitu Sand Due Enterprise LTD diteruskan sehingga awal tahun 2020 dan isu pemulangan wang USD127,958.51 hanyalah salah satu aspek perbincangan yang hanya boleh dilakukan seandainya pihak-pihak memutuskan untuk tidak meneruskan transaksi dan sekiranya pihak-pihak berjaya mencari pihak ketiga untuk menguruskan usaha yang dimulakan oleh Defendan-Defendan. [15] Defendan Pertama juga telah memajukan secara terus kepada wakil Plaintif iaitu Sand Due Enterprise LTD2 surat pihak Pengurusan Pasir Pahang Berhad yang bertarikh 9/4/2020 yang menuntut bayaran RM307,280.50 bagi permohonan kelulusan konsesi di Kampung Temai Hilir dan RM304,249.50 bagi Kawasan Sungai Kubang Buaya. [16] Kegagalan Plaintif membuat bayaran-bayaran yang dinyatakan telah menyebabkan urusan jual beli dan penghantaran pasir sungai antara Plaintif dan Defendan-Defendan tidak dapat diteruskan. KEPUTUSAN DAN DAPATAN MAHKAMAH [1] Tindakan ini telah dibicarakan di mana Plaintif telah memanggil 1 saksi iaitu SP1 (Zhang Jin) dan memilih untuk tidak memberi keterangan dan berhujah tiada kes untuk dijawab. [2] Dalam hujahan pihak Plaintif di akhir kes, Plaintif berhujah bahawa penyataan Defendan-Defendan dalam Pembelaan mereka terutama di perenggan 4 dan 5 adalah suatu pengakuan yang mana ia menunjukkan Defendan-Defendan ada pasir untuk dijual dan Defendan Pertama telah menerima bayaran daripada Plaintif. [3] Mahkamah ingin tekankan bahawa pembelaan Defendan-Defendan perlu di baca secara keseluruhan memandangkan pengakuan yang dikatakan tersebut adalah mempunyai penjelasan berbeza dengan versi Plaintif. [4] Mahkamah juga ingin tekankan bahawa beban pembuktian adalah bagi pihak yang menuntut dalam sesuatu tindakan iaitu Plaintif sebelum beban tersebut beralih kepada kepada pihak lawan/Defendan-Defendan. [5] Prinsip ini secara jelas telah dinyatakan dalam kes SAMPO MATERIALS (M) SDN BHD v. TENAGA NASIONAL BHD, COURT OF APPEAL, PUTRAJAYA [2015] 9 CLJ 902, Mahkamah telah memutuskan sebagaimana berikut: JUDGMENT Alizatul Khair Osman JCA: [49] Firstly, it is trite that under s. 101 and s. 102 of the Evidence Act 1950, the burden is on the plaintiff to prove its case. [50] By way of emphasis and for ease of reference we reproduce below ss. 101 and 102 of the Evidence Act 1950:
101
Burden of proof
1
Whoever desires any court to give judgment as to any legal right or liability, dependent on the existence of facts which he asserts, must prove that those facts exist.
2
When a person is bound to prove the existence of any fact, it is said that the burden of proof lies on that person. On whom burden of proof lies
102
The burden of proof in a suit or proceeding lies on that person who would fail if no evidence at all were given on either side. [51] The case of Selvaduray v. Chinniah [1939] CLJU 107; [1939] 1 LNS 107; [1939] 8 MLJ FMSR 253 provides a classic illustration of this principle. As propounded by Terrell Ag CJ: The burden of proof under section 102 of the Evidence Enactment is upon the person who would fail if no evidence at all were given on either side, and accordingly the plaintiff must establish his case. If he fails to do so, it will not avail him to turn around and say that the defendant has not established his. (emphasis added) [6] Mahkamah juga merujuk keputusan dalam kes Mahkamah Rayuan HO HUP CONSTRUCTION COMPANY BERHAD V. WOO THIN CHONG [2018] 2 MLRA 321 yang memutuskan seperti berikut: "[43] It was trite that while it was true that the overall burden of proving a civil claim on a balance of probabilities was on the party bringing the action (the plaintiff), a party who alleged or relied upon a particular fact had the onus or responsibility to establish on evidence the existence of that fact.” [7] Adalah jelas bahawa Plaintif perlu membuktikan kesnya dengan jelas sehinggakan walaupun tanpa keterangan sebelah pihak, kes Plaintif boleh gagal tanpa keterangan yang cukup dipihaknya. [8] Dalam tindakan ini, Plaintif hanya bergantung kepada keterangan SP1. SP1 adalah Zhang Jin. SP1 adalah warganegara China, yang mana beliau mendakwa beliau adalah wakil kepada Plaintif yang berurusan dengan pihak Defendan-Defendan. [9] Bagi isu wakil ini, SP1 tidak pernah membawa apa-apa pengenalan diri samada surat kebenaran atau surat Kuasa Wakil bagi pihak Plaintif. SP1 bukan menuntut atas kapasiti diri sendiri/individu. Tuntutan Plaintif di sini adalah dari satu syarikat (trading Co. Ltd). Tidak dinyatakan juga apa status SP1 dalam syarikat samada salah seorang pengarah, pekerja atau sebagaimana didakwa wakil syarikat Plaintif. [10] Plaintif tidak menghantar saksi lain bagi memberi keterangan menyokong tuntutan di sini. Jadi pihak Plaintif dan Mahkamah hanya perlu bergantung kepada keterangan SP1. Pada peringkat ini, kedudukan SP1 sendiri tidak dapat dipastikan. [11] Ini disahkan sendiri oleh SP1 semasa Pemeriksaan Semula apabila ditanya tentang Surat kebenaran dari syarikat Plaintif. Pada peringkat ini, pihak Peguamcara Plaintif ada memohon kepada Mahkamah untuk dibekalkan surat kebenaran tersebut kemudian iaitu selepas SP1 selesai memberi keterangan. Pihak peguamcara Defendan membantah permohonan ini. Mahkamah juga tidak membenarkan permohonan ini atas dasar ia adalah suatu yang memprejudiskan Mahkamah. [12] Pada pandangan Mahkamah, surat wakil atau surat kebenaran ini perlu dikemukakan di peringkat awal. SP1 hadir mewakili sebuah syarikat. Mahkamah tidak pasti apa kapasiti SP1 dari awal keterangan beliau yang datang menuntut bagi syarikat Plaintif. [13] Mahkamah merujuk kepada keputusan kes SAIDIN MOHD NOOR v. NOOR AFIQAH KHAIRAZMY, HIGH COURT MALAYA, PENANG [2019] CLJU 198 yang mana diputuskan seperti berikut: [49] It is apparent that the witness is not the signatory of the letter and he came to Court without any document to show that he's rightfully representing the Company. Furthermore, not a single document pertaining to the actual earning of the plaintiff is put forth to the Court and this claim thus remained unproven. To allow such a claim that the law requires strict proof would mean a lowering of the standard of proof and this will lead to unpredictable awards being granted by the Courts in the future. This laxity simply should not be allowed to prevail. [14] Mahkamah seterusnya beralih kepada keterangan SP1 bahawa beliau adalah wakil yang berurusan dengan Defendan-Defendan bagi urusniaga ini mewakili Plaintif. Plaintif berada di negara China. SP1 dikatakan datang ke Malaysia dan berbincang dengan pihak Defendan-Defendan. [15] Pembelaan Defendan-Defendan menafikan perkara ini. Dalam pembelaan juga tidak pernah disebut nama “Zhang Jin”, yang ada cuma “James dari China” dan “Lee Eng Cheong wakil Sand Due Enterprise LTD”. Tiada keterangan di pihak SP1 berhubung perkara ini. [16] Jika dilihat daripada bukti sokongan seperti dokumen, Plaintif membekalkan kepada Mahkamah dokumen di Lampiran 21 iaitu satu dokumen syarikat Plaintif. Jika dilihat, 2 keping dokumen tersebut adalah dalam tulisan Cina yang tidak diterjemahkan. Samada ia dikeluarkan dari negara China, apa kandungannya, tiada character yang Mahkamah ini boleh fahami sebagai “HAINAN SHAERYOU IMPORT AND EXPORT TRADING CO. LTD.” dan sebagainya. [17] Mahkamah merujuk pula kepada Perjanjian yang dikatakan dipersetujui pihak-pihak. Tiada dalam mana-mana bahagian perjanjian tersebut tertera nama SP1. Pihak yang menandatangani perjanjian (di dalamnya tertera nama “Lee Bin” Managing Director Plaintif) sepatutnya hadir memberi keterangan dan menerangkan apakah terma perjanjian yang beliau setuju dan telah tandatangan. [18] Jika sekalipun ada tuntutan oleh Plaintif tetapi Plaintif adalah syarikat di Negara China dan sukar hadir, Plaintif tidak pernah menafikan dalam jawapan kepada pembelaan Defendan-Defendan (diperenggan 4 (i), (ii), (iii), (iv)) bahawa penama James dan Lee Eng Cheong. [19] Dalam perenggan tersebut, Plaintif menegaskan bahawa James adalah seorang Warga China dan wakil kepada Plaintif dan dalam masa yang sama James juga adalah salah seorang rakan kongsi Sand Due Enterprise PTL. Lee Eng Cheong pula bekerja sebagai Pengurus Sand Due Enterprise PTL. Oleh demikian, adalah tidak mustahil untuk Plaintif memanggil kedua-dua penama ini bagi menyokong tuntutan Plaintif di sini. [20] Jika diteliti mukasurat 26 Ikatan Dokumen Bersama, Mr Lee atau Lee Eng Cheong yang menandatangani Slip Penerimaan Dokumen adalah wakil Sand Due Enterprise PTL iaitu syarikat yang didaftarkan di Malaysia. Oleh itu, Plaintif boleh mendapatkan Mr Lee atau Lee Eng Cheong bagi hadir memberi keterangan bagi pihak Plaintif. [21] Dalam keterangan SP1 semasa Pemeriksaan Balas pula ada menyebut tentang “Alex” iaitu orang tengah yang kerja di pelabuhan. SP1 ada disoal seperti berikut: S: Alex masih berada di Malaysia? J: Ya ada. Dia sudi datang ke Mahkamah sebagai saksi. S: Adakah Alex nama dia Lee eng Cheong? J: Alex orang Melayu. S: Ada nama penuh dia? J: Tiada. [22] Walaupun ada peluang untuk memanggil Alex. Plaintif tidak pernah berbuat demikian. Keterangan-keterangan saksi lain amat penting untuk menerangkan hubungan antara SP1 dan Plaintif sebagaimana di dakwa oleh SP1. [23] Berhubung isu jumlah tuntutan Plaintif sebanyak USD127,958-51, Mahkamah dapati Plaintif gagal mengemukakan apa-apa dokumen sokongan bagi jumlah ini kecuali apa yang dihujahkan Plaintif bahawa ia adalah satu perkara yang telah diakui oleh Defendan-Defendan dalam pembelaannya dan juga di perenggan 5, Fakta-Fakta Yang Diakui [KM.9], Defendan Pertama mengakui menerima wang sebanyak USD127,958-51 daripada Plaintif. Plaintif berhujah, oleh itu fakta ini wujud dan sebenarnya tidak perlu dibicarakan lagi. [24] Di dalam kes DATUK MOHD ALI HJ ABDUL MAJID & ANOR V. PUBLIC BANK BHD [2014] 6 CLJ 269, Mahkamah Persekutuan menyatakan: “This follows from the general rule that the burden of proving a fact is upon him who alleges it and not upon him who denies it, so that where a particular allegation forms an essential part of a person's case, the proof of such allegation falls on him. [25] Mahkamah sekali lagi menegaskan bahawa beban masih kepada Plaintif untuk membuktikan jumlah tersebut telah diserahkan dan diterima oleh Defendan-Defendan bagi tujuan yang dinyatakan dan didakwa oleh Plaintif. [26] Dalam tindakan ini langsung tiada resit bayaran, cek atau nota kredit dikemukakan dan menunjukkan jumlah yang dikatakan tersebut. Bukti bayaran atau bukti penerimaan langsung tidak dikemukakan. Keterangan SP1 dalam Pemeriksaan Utama ada menyatakan bahawa “…pihak bank di China ada isu slip hantaran wang…” Slip tersebut juga gagal dikemukakan. [27] Ini adalah satu gantirugi khas yang seharusnya dibuktikan dengan ketat. Plaintif telah tahu berapa tuntutannya. Oleh itu, Plaintif harus dengan jelas menuntut jumlah tersebut berdasarkan bukti sokongan. Mahkamah merujuk kes LAI HEE SANG v. PUN HAI CHIN, COURT OF APPEAL, PUTRAJAYA [2016] CLJU 1622 yang mana diputuskan seperti berikut: Fourthly, whether the appellant has proved his loss or damages [44] The appellant has pleaded special damages in the sum of RM344,938.00. As special damages are actual pecuniary loss allegedly suffered by the appellant, it is trite that it must be strictly proved. In a classical dictum of His Lordship Lord Goddard in the English case of Bonham Carter v. Hyde Park Hotel [1948] WN 89 which had been referred to by our courts often enough. It is this: "Plaintiff must understand that if they bring actions for damages it is for them to prove their damages; it is not enough to write down the particulars, and so to speak, throw them at the head of the court, saying, "This is what I have lost, I ask you to give me these damages". They have to prove it." [45] The appellant has failed to lead any evidence to strictly prove special damages. The appellant failed to call Lee Yien Sen and Tiu Chin Tin to testify in respect of the receipts of alleged payments allegedly issued by the appellant to them. All the receipts of the alleged payments to Lee Yien Sen and Tiu Chin Tin were properly rejected by the High Court. [28] Dalam kes NGOOI KU SIONG & ANOR v. AIDI ABDULLAH, FEDERAL COURT, KUALA LUMPUR [1984] 1 CLJ Rep 294 pula diputuskan seperti berikut: General and Special Damages Distinguished. General damages refer to the damage which the law "implies in wrongs actionable per se " and is averred in general terms in the pleadings without the necessity of quantifying the amount. They include future loss of earnings as well as damages for pain and suffering and loss of amenities. They relate to items of damage whether pecuniary or non-pecuniary. Special damages on the other hand have to be specifically pleaded and strictly proved. They refer to past expenses and loss of earnings. The exact loss must be pleaded where the precise amount of item has become clear before the trial. Loss of future earnings or post-trial loss differs from pre-trial loss which comes under special damages. The reason that special damages have to be specifically pleaded is in order to comply with its object which is to crystallize the issue and to put the defendants on their guard and tell them what they have to meet when the case comes on trial. (See Domsalla v. Barr[1969] WLR 630; Phillips v. Phillips [1878] QBD 127, 139 and Ong Ah Long v. Dr. S. Underwood [1983] CLJ (Rep) 300. [29] Mahkamah percaya beban pembuktian di pihak Plaintif ini perlu jelas. Ia perlu dibuktikan dengan tegas dan disokong oleh bukti atau keterangan sokongan lain. Plaintif tidak boleh hanya bergantung kepada apa yang didakwa pengakuan Defendan-Defendan (yang mana dinafikan pengakuan adalah bagi tujuan deposit hangus/dikembalikan atau belanja mendapatkan kelulusan permit mengeluarkan batuan). [30] Mahkamah merujuk kepada kes INSAJUTA SDN BHD & SATU LAGI lwn. MAJLIS PERBANDARAN SELAYANG, MAHKAMAH TINGGI MALAYA, SHAH ALAM, TENGKU MAIMUN TUAN MAT H [2011] CLJU 1880 yang mana dinyatakan seperti berikut: Kos menyewa lori-lori gantian Bagi item ini plaintif menuntut RM69,160.00. Dokumen yang dirujuk oleh SP1 untuk menyokong tuntutan ini adalah invois-invois yang ditanda ID11 dan juga invois bertanda P12. Walaupun sebahagian invois-invois yang dirujuk oleh plaintif ditandakan sebagai eksibit (P12), ia tidak melepaskan plaintif daripada membuktikan kerugiannya. Ini tidak dilakukan. SP1 selain hanya merujuk kepada invois-invois gagal menunjukkan sebarang bukti bahawa jumlah di dalam invois-invois itu telah sebenarnya dibayar atau dibelanjakan oleh plaintif pertama. Malahan di dalam penyata saksinya (S&J) SP menyatakan 'anggaran perbelanjaan'. [31] Daripada keseluruhan keterangan yang ada, Mahkamah membuat dapatan bahawa tuntutan Plaintif di sini adalah berkisar kepada tuntutan SP1 secara peribadi atas kapasiti beliau sendiri. SP1 tidak menggambarkan tuntutan ini dibuat oleh pihak Plaintif. [32] Keterangan SP1 bukan untuk menyokong tuntutan Plaintif tetapi ia merujuk kepada tuntutan atau perasaan tidak puas hati SP1 sendiri. Ini boleh dilihat daripada keterangan semasa pemeriksaan utama SP1 di mana antara lain adalah keterangan seperti berikut: “Saya rasa hampa, saya tahu saya telah ditipu” “Rujuk mukasurat 16 – 18 – saya lantik peguam untuk tuntut balik hutang saya.” Pemeriksaan balas S: Saya cadangkan dalam urusan ini kamu cuai sebab tidak buat due diligence dengan betul, samada betul pasir itu Syafiq punya? J: Setuju. S: Kamu masih bekerja dengan Hainan? J: Sekarang tidak lagi.” [33] Plaintif gagal kemukakan bukti bahawa SP1 adalah wakil Plaintif untuk memberi keterangan di Mahkamah Tiada apa-apa Surat Kuasa Wakil, resolusi syarikat atau dokumen kebenaran yang boleh menunjukkan SP1 adalah wakil Plaintif untuk berbincang terma perjanjian bagi pihak Plaintif. [34] SP1 juga gagal menunjukkan bahawa beliau ada kebenaran untuk menerima sejumlah wang daripada Plaintif dan memindahkannya kepada mana-mana pihak. Plaintif gagal dalam pembuktian tuntutan ini. [35] Dalam tindakan ini, setelah menilai keterangan SP1 di mana Plaintif tidak lagi memanggil saksi lain selain SP1, Defendan-Defendan telah memilih untuk menjawab “No case to answer” dan memilih untuk tidak memanggil saksi bagi hadir memberi keterangan bagi pihak Defendan-Defendan di Mahkamah ini. [36] Mahkamah berpuashati dan menerima pilihan Defendan-Defendan tersebut. Di akhir perbicaraan, setelah menimbang segala keterangan dan hujahan kedua-dua pihak, Mahkamah telah mmemutuskan bahawa Plaintif telah gagal membuktikan tuntutannya. [37] Ini adalah selari dengan keputusan kes-kes terdahulu berhubung prinsip “no case to answer”. Mahkamah merujuk kepada kes JAAFAR SHAARI & SITI JAMA HASHIM v. TAN LIP ENG & ANOR SUPREME COURT, KUALA LUMPUR [1997] 4 CLJ 509 Held: Per Peh Swee Chin FCJ [1] Since counsel for the respondents did not actually say that he wished to make a submission of no case to answer, the trial court was under no obligation to put to the election of counsel that he would not call any evidence. The respondents had, however, chosen to close their case at the end of the appellants' case, and they were entitled to do so although they would be in peril of not having the evidence of their most important witness and of having an adverse inference drawn against them for failing to call such evidence should the circumstances require such an adverse inference to be invoked against them. It will be noticed that in the instant case, the defence counsel did not say that he wished to make a submission of no case to answer, for if the defence had wished to make it, then the trial court would be under an obligation to put to the election of the defence counsel that he would not call any evidence because the same court would not rule on such submission of no case to answer in the absence of such declared election. Otherwise, the court would make its ruling or decision only after hearing the entire evidence (and submission) of the defence if any. See the case of Simirah v. Chua Hock Lee and Anor. [1963] MLJ 239 CA. [38] Dalam tindakan ini, Plaintif telah tutup kes pada 1/10/2024, kes ditetapkan untuk sambung bicara bagi kes Defendan-Defendan pada 9/12/2024. Pada tarikh tersebut, peguamcara Defendan-Defendan telah menyatakan bahawa dengan arahan terbaru daripada anakguamdan keterangan saksi Plaintif, Defendan-Defendan membuat keputusan untuk “submit no case to answer”. Defendan-Defendan akan tutup kes tanpa memanggil saksi. [39] Mahkamah kemudian telah mengesahkan dengan pihak Defendan-Defendan pilihan tersebut dengan mencatat “Defendan memilih untuk “Submit no case to answer”. Defendan akan tutup kes tanpa memanggil saksi. Kes ditetapkan untuk hujahan dan keputusan. [40] Mahkamah ingin petik apa yang dinyatakan Oleh Gopal Sri Ram HMR dalam kes JAAFAR SHAARI di atas: [1] Ianya terletak pada hakim Mahkamah Sesyen untuk mengenakan pilihan pada peguam bagi pihak responden, iaitu bahawa jika beliau tidak memanggil keterangan, beliau akan kekal berpendirian atau jatuh berdasarkan keterangan beliau. Kaedah prosedur ini merupakan satu keadilan yang penting dan bukannya hanya suatu formaliti. Sebaik sahaja defendan dalam prosiding sivil memilih untuk tidak memanggil keterangan, maka kesemua keterangan yang dikemukakan oleh plaintif mestilah dianggap benar. [41] Walaupun dinyatakan apabila Defendan memilih untuk “submit no case to answer”, kesemua keterangan yang dikemukakan oleh plaintif mestilah dianggap benar, Mahkamah ini berpendapat ia masih lagi tertakluk kepada pembuktian kes Plaintif iaitu prinsip asa pembuktian kes sivil iaitu beban membuktikan kes Plaintif adalah atas imbangan kebarangkalian. [42] Mahkamah ini membuat dapatan bahawa, atas imbangan kebarangkalian, keterangan SP1 semata-mata tidak dapat menyokong tuntutan Plaintif di sini. [43] Apa yang lebih mustahak bagi Mahkamah ini adalah bahawa keterangan SP1 tidak mewakili Plaintif kerana kegagalan mengemukakan surat kebenaran hadir ke Mahkamah memberi keterangan bagi pihak Plaintif iaitu sebuat syarikat, atas kapasiti apa SP1 memberi keterangan, tiada resolusi syarikat memberi kebenaran untuk SP1 bertindak bagi pihak Syarikat Plaintif bahkan SP1 bukan lagi pekerja Plaintif pada masa material. Adalah jelas SP1 tiada apa-apa nexus dan locus menuntut bagi pihak Plaintif di sini. [44] Sebagai kesimpulannya, Mahkamah menolak Tuntutan Plaintif sebagaimana diperenggan 20 Penyataan Tuntutan dengan kos sebanyak RM5,000-00. Sekian untuk pertimbangan YAH. Disediakan oleh: Sazlina Safie ……………………………………. Sazlina Bt Safie Hakim Sesyen, Mahkamah Sesyen 2 Sivil, Mahkamah Sesyen Kuantan, Pahang. Tarikh :26/3/2025 PEGUAMCARA PLAINTIF: MOHAMMED HISSHAM BIN RAMDZAN [TETUAN ABDUL MALIK ZAMRI & CO.] PEGUAMCARA DEFENDAN: MUHAMMAD AMIRUL AFIQQ BIN MOHAMAD LOKMAN [TETUAN RUSNIZAM & AFIQQ]
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.