Content
1 DALAM MAHKAMAH MAJISTRET DI PETALING JAYA DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN NO. KES: BB-M4-82D-4-10/2017
BB-M4-82D-4-10/2017
Magistrates Court of Malaysia1 Jan 1900
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Content
1 DALAM MAHKAMAH MAJISTRET DI PETALING JAYA DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN NO. KES: BB-M4-82D-4-10/2017
1
1.
2
2.
3
MOHAMMAD AIZUDDIN BIN DZALI NUR AMIRUL AIMAN BIN NOOR AZAM ************************************************************************ ALASAN PENGHAKIMAN ************************************************************************ 2 ALASAN PENGHAKIMAN [1] Mus Mulyadye bin Mohammad, Mohammad Aizuddin bin Dzali dan Nur Amirul Aiman (Tertuduh-tertuduh) telah dituduh di Mahkamah ini dengan pertuduhan di bawah s. 30(3) Akta Racun 1952 yang boleh dihukum di bawah s. 30(5) Akta yang sama dan di bacakan bersama seksyen 34 Kanun Keseksaan. PERTUDUHAN PINDAAN [2] Pertuduhan ke atas Tertuduh-tertuduh adalah seperti berikut: “Bahawa kamu bersama-sama pada 27.10.2017 jam lebih kurang 2000 hrs, bertempat di halaman rumah No. 1 Lorong PJS 2C/11H, Taman Medan, Petaling Jaya, Selangor di dalam daerah Petaling di Negeri Selangor Darul Ehsan telah didapati dalam kawalan kamu cecair jenis MITRAGYNINE berat bersih 250 mililiter dan dengan itu kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah seksyen 30(3) Akta Racun 1952 yang boleh dihukum di bawah seksyen 30(5) dibacakan bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan”. Hukuman: Denda tidak lebih RM10, 000.00 atau pemenjaraan tidak lebih 4 tahun atau kedua-duanya. 3 [3] Kesemua Tertuduh mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan pindaan. Di akhir kes pendakwaan kesemua Tertuduh dilepaskan dan dibebaskan tanpa dipanggil untuk membela diri atas pertuduhan terhadap mereka. [4] Tidak berpuashati dengan keputusan Mahkamah, melepaskan dan membebaskan kesemua Tertuduh tanpa dipanggil untuk membela diri, Timbalan Pendakwaraya merayu ke Mahkamah Tinggi terhadap keputusan tersebut. [5] Timbalan Pendakwaraya yang terpelajar telah memanggil saksi-saksi berikut bagi membuktikan kes terhadap kesemua Tertuduh Bil Nama saksi Peranan SP1 Inspektor Mohd Hafiyzzul Afiq bin Daud Pengadu/Pegawai Tangkapan SP2 Inspektor Fitri Farhan bin Wan Chik Pegawai Penyiasat SP3 Norhaslinda binti Mutaal Pemilik rumah SP4 Yusoff bin Mengu Ahli Kimia [6] Eksibit-eksibit berikut telah dikemukakan oleh TPR semasa perbicaraan:
1
Petaling Jaya Rpt: 13194/17 P1 2. Borang Geledah P2 3. Borang serah menyerah P3 4
4
Gambar barang kes P4 5. Gambar tempat kejadian P5 6. Botol Sea Master bertanda “FF” P6 7. 3 gelas plastic berwarna hijau bertanda “FF1-FF3”
8
Sampul Jabatan Kimia bertanda “F” No Makmal 17-FR-B-26439 P8 9. Rajah kasar tempat kejadian
10
P9 Borang Pol.31 Permohonan Kimia
11
P10 Resit rasmi Jabatan Kimia
12
P11 Laporan Kimia
13
P12 Penyataan Bertulis Ahli Kimia Yusoff bin Mengu P13 KES PENDAKWAAN [7] Pada 27.10.2017 jam lebih kurang 8.00 malam, SP1 mengetuai sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Petaling Jaya telah membuat serbuan di rumah beralamat No. 1 Lorong PJS 2C/11H, Taman Medan, Petaling Jaya yang mana semasa serbuan di buat, 3 orang lelaki Melayu (Tertuduh-tertuduh) di dapati sedang duduk di kerusi di tempat letak kereta di halaman rumah tersebut. [8] Pemeriksaan badan terhadap kesemua Tertuduh telah dibuat dan didapati tiada apa-apa barang salah dijumpai. Pemeriksaan lanjut telah dilakukan di atas meja bulat kecil di tempat kesemua Tertuduh duduk, polis 5 telah menjumpai 1 botol plastic berisi cecair disyaki air ketum anggaran berat 250 mililiter dan 3 gelas plastic berwarna hijau. [9] SP1 dan anggota-anggotanya telah menahan kesemua Tertuduh dan merampas kesemua barang-barang yang dijumpai dan telah dibawa balik ke IPD Petaling Jaya Bahagian Narkotik. [10] SP1 telah membuat satu laporan polis bersangkut tangkapan dan rampasan yang dibuat iaitu Petaling Jaya Rpt 13194/17 (P1). SP1 juga telah menyediakan borang geledah yang telah ditandatangani oleh kesemua Tertuduh (P2). [11] SP1 telah menyerahkan kesemua Tertuduh dan barang kes kepada Pegawai Penyiasat (SP2). Borang serah menyerah telah disediakan oleh SP1 dan telah ditandatangani oleh SP1 (P3). [12] Setelah menerima kesemua barang kes, SP2 telah membuat penandaan kepada kesemua barang kes. Seterusnya SP2 telah mengambil gambar barang kes (P4). [13] SP2 kemudian telah menyimpan barang kes dalam sebuah almari berkunci yang mana hanya SP2 mempunyai akses dan kunci terhadap almari tersebut 6 [14] Pada 28.10.2017, SP2 telah pergi ke tempat kejadian di rumah No. 1 Lorong PJS 2C/11H, Taman Medan, Petaling Jaya dan telah mengambil 3 keping gambar tempat kejadian bersama SP1. SP2 juga telah menyediakan rajah kasar tempat kejadian. [15] Pada 1.11.2017 SP2 telah mengeluarkan barang kes dan dimasukkan ke dalam sampul bertanda “F” telah menyerahkan barang kes kepada SP4 untuk dianalisis. [16] Pada 22.11.2017, SP2 telah menerima Laporan Kimia yang telah dianalisa oleh SP4. Hasil analisa menunjukkan 1 botol plastic bertanda “FF” yang dirampas dari kesemua Tertuduh mengandungi cecair “mitragynine” sebanyak 250 mililiter. [17] TPR mengatakan bahawa barang yang dirampas merupakan “psychotropic substances” yang dinyatakan dalam Jadual Ketiga Akta Racun 1952. BEBAN PEMBUKTIAN DI AKHIR KES PENDAKWAAN [18] Beban pembuktian adalah atas pihak pendakwaan untuk membuktikan suatu kes prima facie seperti yang diperuntukkan di bawah s. 7 173 (h) Kanun Tatacara Jenayah. Prinsip-prinsip undang-undang berkenaan dengan isu ini telah mantap. Keterangan saksi-saksi pendakwaan hendaklah dinilai secara maksimum. (lihat kes Looi Kow Chai & Anor v. PP [2003] 1 CLJ 734; [2003] 2 AMR 89 dan Roslan @ Rosli Abdullah v. PP [2009] 1 LNS 875). Di dalam kes PP v. Mohd Radzi Bin Abu bakar [2006] 1 CLJ 457 mahkamah persekutuan menjelaskan bagaimana sesuatu kes prima facie ditentukan, iaitu seperti berikut: “For the guidance of the courts below, we summarise as follows the steps that should be taken by a trial court at the close of the prosecution’s case:
i
the close of the prosecution’s case, subject the evidence led by the prosecution in its totality to a maximum evaluation. Carefully scrutinise the credibility of each of the prosecution’s witnesses. Take into account all reasonable inferences that may be drawn from that evidence. If the evidence admits of two or more inferences, then draw the inference that is most favourable to the accused;
II
(ii) ask yourself the question: If I now call upon the accused to make his defence and he elects to remain silent am I prepared to convict him on the evidence now before me? If the answer to that question is “Yes”, then a prima facie case has been made out and the defence should be called. If the answer is “No” then, a prima facie case has not been made out and the accused should be acquitted;
III
(iii) after the defence is called, the accused elects to remain silent, then convict;
IV
(iv) after defence is called, the accused elects to give evidence, then go through the steps set out in Mat v. Public Prosecutor [1963] MLJ
263
263.” 8 [19] Bagi kes ini, dengan menggunakan ujian penilaian maksima mahkamah akan menentukan samada keterangan yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan berjaya membuktikan satu kes prima facie terhadap kesemua Tertuduh bagi pertuduhan ke atas mereka. ANALISIS DAN PENEMUAN MAHKAMAH [20] Untuk kesalahan di bawah seksyen 30(3) Akta Racun 1952 yang boleh dihukum di bawah seksyen 30(5) akta yang sama, adalah menjadi tanggungjawab pihak pendakwaan untuk membuktikan intipati-intipati berikut:
a
Racun tersebut berada di dalam milikan kesemua Tertuduh dan kesemua Tertuduh mempunyai pengetahuan tentang kewujudan dadah tersebut;
b
Racun tersebut adalah bahan beracun seperti seperti yang ditakrifkan dan disenaraikan di dalam Akta Racun 1952. a) Racun tersebut berada di dalam milikan kesemua Tertuduh dan kesemua Tertuduh mempunyai pengetahuan tentang kewujudan dadah tersebut; [21] Semasa kes pendakwaan, keterangan SP 1 (pengadu) menyatakan bahawa racun tersebut dijumpai di atas meja bulat di halaman tempat letak kereta di rumah No. 1 Lorong PJS 2C/11 H (premis tersebut). Elemen utama untuk membuktikan elemen pemilikan adalah bukan sahaja perlu 9 membuktikan jagaan dan kawalan (custody and control) tetapi juga perlu membuktikan bahawa kesemua Tertuduh mempunyai pengetahuan (knowledge) terhadap racun di dalam milikan dan kawalan mereka. [22] Sekiranya kesemua Tertuduh mempunyai kawalan dan jagaan terhadap racun tersebut maka kesemua Tertuduh dianggap mempunyai pengetahuan terhadap racun tersebut. [23] Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 menyatakan seperti berikut:
30
“Control of import, export, manufacture, sale, etc., of psychotropic substances
3
Notwithstanding any other provisions in this Act, no person shall import, export, manufacture, compound, mix, dispense, sell, supply, administer, possess or use any psychotropic substance otherwise than in accordance with any regulations applicable thereto made under this Act. [24] Di dalam kes Chan Pean Leon v PP [1956] 1 MLJ 237, Mahkamah telah memutuskan seperti berikut: “In my experience there is no question which magistrates find more difficult to deal with than this question of what amounts to ‘possession’ for the purposes of the criminal law. Much of this difficulty arises from a failure to appreciate that in reality there are two separate questions involved. The first is whether the accused party was in possession of the article in question and the second by reason of the 10 application of the maxim actus non facit reum nisi mens sit rea is whether he had knowledge of the nature of the thing possessed.” [25] Di dalam kes ini pihak pendakwaan perlu mengemukakan bukti yang menunjukkan bahawa kesemua Tertuduh mempunyai exclusive control and custody terhadap racun tersebut. Semasa SP1 (pengadu) memberi keterangan, SP1 menyatakan bahawa tiada pemerhatian di buat ke atas premis tersebut dan juga kesemua Tertuduh. SP1 di dalam pemeriksaan semula bersetuju bahawa beliau tidak nampak pergerakan kesemua Tertuduh. SP1 semasa serbuan terus telah pergi ke premis tersebut dan melihat barang yang disyaki sebagai air ketum. Beliau bersetuju dengan peguam bahawa beliau tidak melihat mereka bertiga minum atau memegang gelas tersebut dan mereka hanya duduk sahaja. SP2 juga bersetuju dengan peguam bahawa kesemua Tertuduh tidak mempunyai kawalan exclusive terhadap barang-barang kes. Oleh yang demikian, terdapat suatu persoalan samada pemilikan exclusive dan kawalan berjaya dibuktikan. : Inspektor setuju dengan saya 3 OKT-OKT ini tiada kawalan exclusive terhadap barang-barang kes? : Tiada kawalan exclusive [26] SP2 iaitu Pegawai penyiasat bagi kes ini telah memberi keterangan bahawa premis di mana racun tersebut dijumpai bersama ketiga-tiga 11 Tertuduh bukan merupakan rumah mereka. SP2 juga memberi keteranngan bahawa kesemua Tertuduh ke premis tersebut untuk berjumpa dengan suami pemilik rumah (Nor Haslinda). SP2 juga bersetuju dengan cadangan oleh Peguam bahawa ujian air kencing yang dijalankan ke atas kesemua Tertuduh adalah negative. : Inspektor menyatakan ada buat air kencing saringan awal positive, adakah Inspektor tahu apa keputusan ujian patologi? : Secara lisan oleh Pegawai Penyiasat, keputusan patologi terhadap OKT-OKT negative dan tidak mengandungi dadah. [27] Sepanjang kes pendakwaan dijalankan, tiada langsung keterangan terdapat cap jari Tertuduh-tertuduh atas Ekshibit-Ekshibit yang telah dikemukakan di dalam Mahkamah. Ekshibit-Ekshibit yang dikemukakan telah tidak dihantar untuk “DNA Analysis” dibuat untuk membuktikan bahawa racun tersebut dijumpai di dalam milikan kesemua Tertuduh. SP2 (Pegawai Penyiasat) sendiri menyatakan bahawa pengesahan cap jari tidak di lakukan. Berikut adalah keterangan beliau semasa pemeriksaan balas: 12 : Tiada saksi dalam kes ini yang melihat okt pegang atau minum daripada botol tersebut saksi indepent? : Benar : Dalam kesi ni juga tiada pengesanan cap jari pada botol tersebut? : Benar [28] Mahkamah berpendapat pengetahuan kesemua Tertuduh terhadap racun mitragynine yang menjadi perkara di dalam kes ini akan mudah dibuktikan sekiranya kesan cap jari diperiksa. [29] Selain daripada itu, terdapat kelompangan di dalam kes Pendakwaan di mana terdapat seorang lagi yang bernama Aiman merupakan suami kepada pemilik rumah iaitu Norhaslinda (SP3). Semasa memberi keterangan SP3 menyatakan bahawa kesemua Tertuduh hadir ke rumah SP3 untuk berjumpa dengan suami beliau iaitu Aiman. SP3 tidak nampak dan tidak tahu sama ada kesemua Tertuduh telah minum cecair di dalam botol tersebut. SP3 juga memaklumkan bahawa suami beliau telah ditangkap bagi kes pemilikan dadah di bawah s. 12(2) ADB 1952 dan telah mengaku bersalah dan dikenakan denda sebanyak RM2500.00 oleh Mahkamah. SP3 menyatakan suami beliau tidak ditangkap untuk kes pemilikan racun Mitragynine kerana pada ketika serbuan di lakukan suami SP3 berada di luar pagar rumah. 13 : Bermula kejadian pada malam 27.10.2017 pukul 8 malam dari masa 3 OKT datang ke rumah sehingga polis tangkap keseluruhan apa yang berlaku diceritakan oleh suami kamu? : Tidak, suami cuma beritahu beliau ada dia luar rumah dia tidak bagitahu apa aktiviti yang sedang dilakukan. [30] Dalam hal ini, SP2 tidak membuat sebarang penyiasatan samada racun tersebut berkemungkinan milik Aiman, suami SP3. Di dalam kes ini terdapat kelompangan yang mana SP2 juga telah mengakui bahawa ketiga-tiga Tertuduh ini tidak mempunyai kawalan exclusive terhadap racun tersebut. Pada masa yang sama tiada sebarang saksi yang melihat kesemua Tertuduh meminum mahupun memegang gelas plastic tersebut. [31] Di dalam kes Sia Soon Suan v. Public Prosecutor [1966] 1 MLJ 116 yang mana di dalam kes ini Mahkamah Persekutuan memutuskan seperti berikut: ‘The requirements of strict proof in a criminal case cannot be relaxed to bridge any material gap in the prosecution evidence. Irrespective of whether the court is otherwise convinced in its own mind of the guilt or innocence of an accused, its decision must be based on the evidence adduced and nothing else and therefore the appeal must be allowed and the conviction quashed. 14
b
Racun tersebut adalah bahan beracun seperti seperti yang ditakrifkan dan disenaraikan di dalam Akta Racun 1952. [32] SP4 telah mengesahkan bahawa kandungan racun adalah 250 mililiter isipadu bersih racun jenis Mitragynine. Mitragynine adalah tersenarai dalam
Schedule
Jadual Pertama dan Jadual Ketiga (Bahan Psikotropik) Akta Racun 1952. : Dalam laporan kimia apa hasil kajian kamu? : Rujuk pada laporan kimia, cecair perang yang terkandung dalam botol tersebut menunjukkan kehadiran Mitragynine dan mitragynine adalah tersenarai dalam Jadual Pertama dan Jadual Ketiga (Bahan Psikotropik) Akta Racun 1952. : Berapa berat cecair? : Telah sukat cecair dalam botol plastic dan dapati ianya adalah 250 ml. KESIMPULAN DAN KEPUTUSAN DI AKHIR KES PENDAKWAAN [33] Mahkamah perlu menilai dan menimbang dengan penilaian yang maksima terhadap keseluruhan kes pendakwaan di mana sekiranya pembelaan dipanggil mahkamah boleh mensabitkan kesemua Tertuduh sekiranya kesemua Tertuduh memilih untuk berdiam diri. Mahkamah mendapati adalah tidak selamat untuk mahkamah memanggil kesemua 15 Tertuduh untuk membela diri di atas keraguan-keraguan yang telah ditimbulkan secara keseluruhannya. [34] Oleh yang demikian atas penilaian yang maksima dan berdasarkan alasan-alasan yang dibincangkan di atas, mahkamah mendapati dan memutuskan pihak pendakwaan telah gagal untuk membuktikan elemen pertama bagi pertuduhan ini. Oleh yang demikian, pihak pendakwaan telah gagal untuk membuktikan satu kes prima facie terhadap kesemua Tertuduh. Dengan ini, kesemua Tertuduh telah dilepaskan dan dibebaskan tanpa dipanggil untuk membela diri. [35] Saya mendasarkan keputusan berdasarkan alasan-alasan di atas. Bertarikh: 26 September 2019 ............tt……………. (NURSHAHIRA HJ ABDUL SALIM) Majistret Mahkamah Majistret 4 Petaling Jaya 16 Pendakwaraya : Hairuliqram bin Hairuddin Timbalan Pendakwaraya Jabatan Peguam Negara Cawangan Negeri Selangor. Peguambela OKT : P. Visnuvarman Tetuan Pari & Partners Peguambela & Peguamcara No. 16-2A, Tingkat 2 Jalan Raya Barat 41100 Klang Selangor
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.