In essence the learned DPP’s case was based on the complaint lodged by the complainant (SP2). Produced below is the DPP’s case: “Pada 7.9.2017, jam lebih kurang 1400 hrs, semasa pengadu berada di tempat kejra yang beralamat di Ground Floor KPMG Tower, One Utama Petaling Jaya 4 telah terima 1 mesej melalui applikasi whatsapp daripada seorang perempuan Cina yang memperkenalkan diri sebagai ejen pinjaman wang peribadi dari Syarikat Empire Credit yang bernama Chloe ataupun Chin Lai Fong. Nombor telefon tersebut adalah 011-21386579/011-21386579/011-27250027 Chloe menawarkan pengadu untuk membuat pinjaman peribadi sebanyak RM150,000 dengan faedah yang rendah sekitar 5.5.% hingga 6.6% faedah dengan pembayaran sebanyak RM1,992 sebulan selama 10 tahun melalui OCBC bank. Chloe meminta pengadu untuk membayar yuran perkhidmatan dan wang deposit untuk memproses pinjaman tersebut. Pengadu kemudiannya pada 9.10.2017 telah memindahkan wang sebanyak RM850.00 melalui Maybank2u.com kepada akaun bank CIMB atas nama Sitti Nurul Liza sebagai yuran perkhidmatan (ID2). Pada jam 12.10.2017, jam lebih kurang 1630 hrs, Pengadu sekali lagi telah memindahkan wang sebanyak RM4000 melalui Maybank2u.com kepada akaun CIMB Bank atas nama Siti Absah binti Zaini sebagai yuan proses guaman pinjaman tersebut (P4) dan wang akan dipulangkan selepas pinjaman telah diluluskan. Chloe juga memaklumkan bahawa pinjaman telah diluluskan. Selepas lebih kurang 1 minggu pembayaran dibuat, Pengadu tidak dapat menghubungi Chloe lagi dan selepas itu, Pengadu menghubungi OCBC Bank untuk bertanyakan berkenaan pinjaman wang tersebut, dan OCBC Bank memaklumkan bahawa mereka tidak lagi menawarkan sebarang pinjaman peribadi lagi. Pengadu berasa tertipu dan membuat laporan polis pada 21.10.2017 (P1).