Whether corroboration of the testimony of a single witness is or is not necessary must depend upon facts and circumstances of each case and no general rule can be laid down in a manner like this and much depends upon the judicial discretion of the judge before whom the case comes. [12] Kami menolak hujah ini. Kami merujuk kepada Alasan Penghakiman Hakim bicara di perenggan 50, 51 dan 52 (m.s. 31 Rekod Rayuan Jld. 1): “[50] Berhubung versi OKT mengenai fakta bahawa OKT menghantar Nurhisham ke Universiti Malaya dan kemudian Nurhisham mengambil beberapa 8 beg plastik lalu masuk ke dalam kereta tersebut, ianya tidak dimaklumkan kepada pegawai serbuan (SP3) dan pegawai penyiasat (SP2); [51] Semasa SP2 dan SP3 disoalbalas oleh Peguambela, mereka telah menafikan bahawa OKT ada memaklumkan mengenai OKT menghantar Nurhisham ke Universiti Malaya dan Nurhisham membawa beg-beg plastik masuk ke dalam kereta yang dipandu oleh OKT; [52] Kegagalan OKT memberikan maklumat mengenai Nurhisham untuk pihak polis membuat siasatan lanjut, membolehkan versi OKT mengenai Nurhisham ini tidak dipercayai.” [13] Mengenai isu yang sama, kami merujuk kepada kes mahkamah Persekutuan Teng Howe Sing v PP [2009] 3 CLJ 733: “[30] …on this point we would like to refer to the case of PP v Badrulsham bin Baharom [1988] 2 MLJ 585 wherein Lim Beng Choon J at p.592 said: So we are left with nothing more than the bare assertion of the accused that it was Noor Azlan who asked him to collect the bag on behalf of the former and that the accused himself had no knowledge of the contents of P3. If that be the case, one would hardly imagine that he would not have told either PW3 or PW5 at the railway station at Alor Star at the time of his arrest the P3 belonged to Noor Azlan instead of saying that there was nothing in P3. ……….. 9 [32] Applying the principle in Badrulsham’s case to the facts of the instant case, the learned trial judge was correct to conclude that the appellant has two opportunities to provide information about “Ho Seng”, i.e. at the time of his arrest and five days later during the recording of his cautioned statement but he failed to do so. We are therefore of the view that in the circumstances, the appellant’s failure to provide relevant information about “Ho Seng” for the police to carry out a thorough investigation in the probability of his defence, entitled the learned trial judge to disbelieve him.” [14] Dengan kedudukan undang-undang di atas, kami bersependapat bahawa Hakim bicara adalah betul di dalam penghakiman beliau di perenggan 50, 51 dan 52 tersebut di atas. [15] Seterusnya mengenai hujah Peguam Perayu bahawa hakim bicara telah meletakkan beban yang lebih berat kepada pembelaan apabila gagal memanggil saksi lain seperti isteri, ibu atau kakak Perayu (rujukan perenggan 56 Penghakiman bertulis Hakim bicara). [16] Kami juga menolak hujah ini. Pertuduhan kesalahan berlaku pada 8.9.2015 iaitu selepas pindaan undang-undang membenarkan pemakaian anggapan berganda. Ini jelas di dalam penghakiman Hakim bicara di m.s. 19 Rekod Rayuan Jld. 1 perenggan 19 dan m.s. 33 Rekod Rayuan Jld. perenggan 59 dan 60; iaitu pemakaian anggapan undang-undang di bawah seksyen 37(d) dan seksyen 37(da) Akta Dadah Berbahaya 1952. 10 [17] Adalah menjadi undang-undang mantap beban bukti untuk mengakas andaian undang-undang tersebut adalah di atas imbangan kebarangkalian, iaitu satu beban yang lebih berat berbanding dengan beban untuk menimbulkan keraguan yang munasabah. Hakim bicara adalah betul apabila menyatakan pembelaan gagal untuk memanggil saksi lain bagi tujuan mengakas anggapan undang-undang tersebut. [18] Seterusnya kami juga bersependapat bahawa Hakim bicara adalah betul apabila menyatakan kegagalan pembelaan memanggil saksi-saksi lain berkaitan pembuktian kewujudan “Nurhisham”. Jika dirujuk kes yang disandarkan oleh Peguam Perayu iaitu kes Balachandran (supra) mengenai seksyen 134 Akta Keterangan yang menyatakan: “…s.134 of the Evidence Act 1950 which provides that no particular member of witnesses shall in any case be required for the proof of any fact. This means that the testimony of a single witness, if believed, is sufficient to establish any fact (see Khaw Chang Bok & Ors v Khaw Cheng Poon & Prs [1998] 3 MLJ 457)..” [19] Perkataan “if believed” perlu ditekankan. Ini kerana dalam kes Mahkamah Persekutuan Teng Howe Sing v PP (supra) perenggan 32 menyatakan: “…we are therefore of the view that in the circumstances, the appellant’s failure to provide relevant information about Ho Seng for the police to carry out investigation in the probability of his defence, entitled the trial judge to disbelieved him (penekanan ditambah).” 11 [20] Isu kedua kegagalan pihak pendakwa memanggil saksi forensik untuk penimbulan cap jari ke atas eksibit P7 menyebabkan “adverse inference” di bawah seksyen 114(g) Akta Keterangan 1950 terpakai terhadap pendakwaan. [21] Hujah Peguam Perayu berlandaskan kepada keterangan Pegawai Penyiasat (SP2) di m.s. 10 Rekod Rayuan Jld. 2: “A : Selepas saya simpan pada 10.9.2015 jam lebih kurang 5.00 petang, saya panggil pihak forensik untuk buat dusting pada barang kes. Q : Kemudian? A : Saya keluarkan barang kes daripada peti kabinet besi saya yang berkunci baik untuk dibuat dusting di pejabat saya. Q : Apakah keputusan dusting? A : Apa yang dimaklumkan oleh pihak forensik tidak dapat menimbulkan cap jari yang lengkap disebabkan plastik pada (pembalut) barang kes berkedut-kedut. Jadi tidak dapat timbulkan cap jari dengan sempurna.” [22] Kami juga bersependapat menolak hujah ini. Adalah jelas keterangan SP2 tersebut menyatakan bahawa ahli forensik gagal menimbulkan kesan cap jari yang lengkap ke atas eksibit P7 kerana permukaan pembungkus plastik eksibit P7 adalah berkedut. [23] Hujah Peguam Perayu bahawa pembelaan menimbulkan pihak ketiga “Nurhisham”, kesan cap jari adalah penting untuk tujuan tersebut. 12 Kami menolak hujah ini kerana isu pihak ketiga “Nurhisham” telah di ulas dan ditolak oleh Hakim bicara dengan betul. [24] Kami juga bersetuju dengan TPR bahawa semua intipati kesalahan telah dibuktikan melampaui keraguan yang munasabah. Kami merujuk kepada kes PP v Badrulsham bin Baharom (supra) di mana di m.s. para E-H kanan menyatakan: “The contention of the learned defence counsel, with due respect, amounts to nothing more than to ask this court to determine not whether there was sufficient evidence adduced before this court to warrant a conviction of the accused but to determine that the methodology of the police investigation must be 100% correct regardless of the fact that the police had gathered more than sufficient evidence to sustain a conviction of the accused. I cannot lend a judicial countenance to such a contention. In any event as held by the Indian Supreme Court in Srichand v State of Maharashtra: