Lanjutan itu, responden bersandar kepada keterangan SP1 sendiri mengenai apa yang berlaku ketika di malam kejadian. Responden merujuk kepada keterangan SP1 yang menyatakan seperti berikut: “S: Kemudian apa jadi? J: Dia start pegang kemaluan saya. Kain batik saya dia angkat. Dia angkat separuh dari badan saya. Sia buka kemaluan saya semua. Bahagian payudara ditutup. Kira separuh la kain itu. S: Apa maksud “dia start pegang kemaluan”? Dia buat macam mana? J: Dia pegang payudara, lepas tu dia tiba-tiba pegang kemaluan saya. Dia tak masukkan jari, dia cuma gosok saja. Lepas itu, dia tiba-tiba buka seluar dia, buka seluar dalam dia. Lepas itu, dia suruh saya pegang kemaluan dia. Masa itu memang saya enggan pun. Saya tak nak pegang. Dia paksa, dia tarik tangan saya dia suruh pegang. Dia paksa. S: Masa dia tarik tangan dan dia suruh kamu pegang kemaluan dia, apa yang awak buat? J: Saya pun terpaksa pegang. Lepas tu dia suruh saya hisap pula kemaluan dia. Saya tak buat. Lepas dia suruh hisap tu dia ugut saya, jangan beritahu mak ayah saya. Benda ni rahsiakan. Lepas tu dia pegang lutut saya, dua-dua belah lutut saya. Dia guna tangan dia, dua-dua belah tangan dia pegang lutut saya. Kemudian dia masukkan kemaluan dia dekat saya punya kemaluan. Dia masukkan saya rasa kesakitan. Lepas tu saya … (saksi berhenti dan menangis).”