Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KANGAR DALAM NEGERI PERLIS, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO.: RA-21C-2-10/2022 ANTARA HAMZAH JAAFAR (P) SDN BHD (NO. SYARIKAT: 99783-U) ..... PLAINTIF
RA-21C-2-10/2022
High Court of Malaysia6 Dec 2024
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“(as executor to SL Alameloo Achi alias Sona Lena Alamelo Acho, deceased) & Anor [2017] 4 MLJ 697; [2017] 3 MLRA 501 seperti yang berikut: “[49] The expression ‘onus of proof’ does not appear in the Evidence Act. Only the expression ‘burden of proof’ appears in ss 101-103 of the Evidence Act. But there is a difference b”
“1982 Guj 308, P Desai and S Majmudar thus illustrated the ‘burden of proof’ to establish the case which never shifts and the shifting burden to adduce evidence in the context of ss 101 and 102 of the Indian Evidence Act which are identical to ss 101 and 102 of the Evidence Act: It is also well to bear in mind that ther”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KANGAR DALAM NEGERI PERLIS, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO.: RA-21C-2-10/2022 ANTARA HAMZAH JAAFAR (P) SDN BHD (NO. SYARIKAT: 99783-U) ..... PLAINTIF
1
1.
2
KERAJAAN MALAYSIA ….. DEFENDAN-DEFENDAN
1
Tuntutan Plaintif terhadap Defendan-Defendan dalam tindakan ini adalah bayaran ganti rugi bagi penamatan kontrak secara salah dan tidak sah oleh Defendan Pertama bagi Projek Pemasangan Paip Air Dari Kolam Takungan Air Oran ke Batu Bertangkup dan Pembinaan Tangki Menara Konkrit Serta Kerja-Kerja Berkaitan di Perlis (selepas ini dirujuk sebagai “Projek tersebut”), iaitu melalui Notis Niat Penamatan kepada Plaintif pada 23/5/2019 dan bayaran ganti rugi bagi kerosakan nama baik dan reputasi Syarikat Plaintif.
2
Defendan-Defendan walau bagaimanapun telah menafikan tuntutan Plaintif tersebut dan meletakkan Plaintif di bawah pembuktian yang ketat.
3
Setelah suatu perbicaraan penuh dijalankan dengan tiga (3) orang saksi Plaintif dan empat (4) orang saksi Defendan-Defendan dan setelah Mahkamah ini meneliti, menilai dan mempertimbangkan segala pliding, keterangan lisan dan dokumentar serta penghujahan kedua-dua pihak Plaintif dan Defendan-Defendan, Mahkamah ini berpuas hati dan mendapati bahawa Plaintif telah gagal membuktikan tuntutannya terhadap Defendan-Defendan atas imbangan kebarangkalian. Oleh itu, Mahkamah ini telah menolak tuntutan Plaintif terhadap Defendan-Defendan dengan kos sebanyak RM30,000.00. Alasan Mahkamah ini seperti di bawah.
4
Pada sekitar bulan November 2018, Defendan Pertama telah mengiklankan suatu Kenyataan Tender untuk No. Kontrak KPLB/BALB/PRA/11/2019, iaitu suatu Projek Pemasangan Paip Air Dari Kolam Takungan Air Oran ke Batu Bertangkup dan Pembinaan Tangki Menara Konkrit Serta Kerja-Kerja Berkaitan di Perlis (“Projek tersebut”) dalam akhbar tempatan yang mana Plaintif telah menghantar tawaran tender daripada syarikatnya.
5
Setelah proses pemilihan secara teratur dan mengikut prosedur serta syarat yang telah ditetapkan, Defendan Pertama melalui Defendan Kedua telah bersetuju menerima tawaran tender daripada Plaintif dengan harga sebanyak RM12,210,210.48 (“Harga Kontrak”) melalui Surat Setuju Terima bertarikh 8.4.2019 (“Kontrak tersebut”) sebagaimana terma-terma dan syarat-syarat terkandung di dalamnya.
6
Tempoh Kontrak tersebut adalah selama 16 bulan yang mana Plaintif dikehendaki untuk memasuki tapak pada 22.4.2019 dan menyiapkan Projek tersebut pada 22.8.2020. Berdasarkan Klausa 4 Kontrak tersebut, Plaintif turut dikehendaki memenuhi syarat-syarat awal yang mana telah dipatuhi dengan baik.
7
Plaintif telah memasuki tapak Projek tersebut bagi memulakan kerja-kerja permulaan, menyediakan bahan binaan dan menggaji pekerja-pekerja tapak yang mana kesemua kos-kos yang timbul telah ditanggung oleh Plaintif.
8
Plaintif juga telah membuat tuntutan-tuntutan interim dan Defendan Pertama telah memperakui dan meluluskan pembayaran sebanyak RM1,870,820.40 kepada Plaintif yang mana 10% daripada jumlah tersebut, iaitu sebanyak RM187,082.04 telah dipegang oleh Defendan Pertama sebagai wang tahanan. Butir-butir adalah seperti yang berikut: Bil. Tuntutan Jumlah Diluluskan 10% Deposit Wang Jaminan Pelaksanaan Jumlah Diterima Plaintif Interim 1 RM471,095.67 RM47,109.69 RM423,987.18 Interim 2 RM1,399,723.53 RM139,972.35 RM1,259,751.18 Jumlah Keseluruhan
9
Malangnya Defendan-Defendan telah membatalkan pelantikan Plaintif sebagai kontraktor Projek tersebut melalui e-mel bertarikh 9.5.2019 (“E-mel tersebut”) dan Notis Niat Bagi Penamatan Pelantikan Kontraktor Projek tersebut bertarikh 23.5.2018 (“Notis Niat Penamatan”).
10
Berdasarkan E-mel tersebut dan Notis Niat Penamatan tersebut, alasan penamatan tersebut ialah Defendan Pertama mendakwa bahawa wujud percanggahan kepentingan (conflict of interest) antara Plaintif dengan sebuah syarikat perunding Hamza Engineering Consultant (Syarikat HEC). Dalam Notis Niat Penamatan tersebut, Defendan Pertama telah bersandar kepada Klausa 9(o) Kontrak tersebut.
11
Berdasarkan Notis Niat Penamatan tersebut, Defendan Pertama mendakwa bahawa pemilik Syarikat Plaintif merupakan prinsipal kepada Syarikat HEC yang kononnya menjalankan proses penilaian dan pengesyoran syarikat bagi pelantikan kontraktor untuk Projek tersebut. Sepanjang pengetahuan Plaintif, pihak yang bertanggungjawab untuk menilai dan mengesyorkan petender yang layak bagi Projek tersebut adalah Jawatankuasa Penilaian Tender dan bukannya Syarikat HEC.
12
Plaintif tidak bersetuju dengan penamatan Kontrak tersebut yang mana telah dilakukan secara sebelah pihak sahaja dan pada setiap masa yang material, Plaintif menyangkal dakwaan-dakwaan oleh Defendan Pertama yang dinyatakan dalam Notis Niat Penamatan tersebut. Pada masa yang material tersebut, pengarah-pengarah Plaintif adalah individu yang berbeza dengan prinsipal Syarikat HEC.
13
Plaintif telah membuat rayuan kepada Defendan-Defendan melalui surat-menyurat bertarikh 29.5.2019, 21.6.2019 dan 7.7.2019 dan juga menghadiri mesyuarat perbincangan penyelesaian pada 19.6.2019.
14
Plaintif turut mengemukakan dokumen-dokumen sokongan kepada Defendan Pertama, antara lainnya, “Rectification of Registration” bertarikh 5.7.2019 bagi meminda butir-butir pengurusan Syarikat Plaintif, Surat Akuan Sumpah oleh pengarah Plaintif bertarikh 3.7.2019 dan Surat Akuan Sumpah oleh seorang Hamizan Bin Hamzah bertarikh 9.11.2018 bagi menjelaskan tentang kedudukan bahagian pengurusan Syarikat Plaintif.
15
Pada setiap masa yang material, Plaintif telahpun menjelaskan dan menjawab dengan terperinci mengenai isu conflict of interest yang dibangkitkan oleh Defendan Pertama. Namun, Defendan-Defendan tetap gagal, ingkar dan/atau cuai untuk mendengar dan mempertimbangkan dengan sewajarnya akan penjelasan dan tindakan/inisiatif yang telah diambil oleh Plaintif.
16
Defendan Pertama telah dengan rasmi mengeluarkan Notis Penamatan Pengambilan Kerja Kontraktor bertarikh 10.7.2019 (“Notis Penamatan”) kepada Plaintif yang mana adalah tidak dipersetujui oleh Plaintif kerana Defendan-Defendan telah menamatkan Kontrak tersebut secara salah.
17
Plaintif juga menafikan kewujudan conflict of interest dalam pelantikan Plaintif sebagai kontraktor bagi Projek tersebut. Sebagai tambahan/alternatif, Klausa 9 Kontrak tersebut tidak memperuntukkan bahawa conflict of interest adalah suatu asas bagi sebarang penamatan kontrak.
18
Akibat penamatan Kontrak tersebut, Plaintif telah menanggung kerugian yang amat besar dan menanggung kerosakan nama baik dan reputasi syarikat akibat penamatan Kontrak tersebut. Plaintif telah mengeluarkan Notis Tuntutan bertarikh 19.11.2020 kepada Defendan-Defendan. Namun, Defendan Pertama hanya membuat bayaran pemulangan wang tahanan sebanyak RM187,092.04 sahaja kepada Plaintif pada 29.12.2021.
19
Sehingga kini, Defendan-Defendan masih gagal, ingkar dan/atau cuai untuk membayar kepada Plaintif baki Harga Kontrak tersebut sebanyak RM10,339,390.08 dan ganti rugi bagi kerosakan nama baik dan reputasi Syarikat Plaintif.
20
Defendan Pertama telah mengiklankan suatu Kenyataan Tender bagi Projek Pemasangan Paip Air Dari Kolam Takungan Air Oran Ke Batu Bertangkup Dan Pembinaan Tangki Menara Konkrit Serta Kerja-Kerja Berkaitan (selepas ini disebut sebagai “Projek Tersebut”) di akhbar Utusan Malaysia bertarikh 8.11.2018.
21
Defendan Kedua telah bersetuju menerima tawaran tender daripada Plaintif dengan harga sebanyak RM12,210,210.48 melalui Surat Setuju Terima bertarikh 8.4.2019 tersebut.
22
Tarikh Milik Tapak adalah pada 22.4.2019. Defendan Pertama telah menerima Perakuan Masuk Tapak dari Perunding Ir. Hamizan Bin Hamzah pada 3.7.2019 yang mana Perakuan Masuk Tapak tersebut menyatakan kontraktor telah memasuki dan memulakan kerja pada 30.4.2019.
23
Plaintif telah memasuki tapak bagi memulakan kerja-kerja permulaan. Plaintif hanya menyediakan sebahagian bahan binaan bagi kerja-kerja pada ketika itu.
24
Defendan Kedua yang diwakili oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) telah melantik Syarikat Hamzah Engineering Consultant (selepas daripada ini dirujuk sebagai “Syarikat HEC”) sebagai perunding bagi kerja-kerja reka bentuk, penyediaan dokumen tender, penilaian tender dan penyeliaan serta pengesahan kerja-kerja kontraktor bagi Projek ini.
25
Pelantikan Syarikat HEC sebagai perunding telah dibuat melalui Surat Setuju Terima bertarikh 29.1.2018 dan pihak Syarikat HEC diwakili oleh Ir. Hamizan Bin Hamzah selaku Prinsipal dan Timbalan Ketua Setiausaha (D) KPLB telah menandatangani Dokumen Perjanjian No: KKLW/JP/8/2018 bertarikh 26.3.2018. Merujuk kepada dokumen perjanjian, alamat berdaftar bagi Syarikat HEC adalah di Batu 4 ¼ , Kubang Gajah, 02600 Arau, Perlis, iaitu alamat yang sama dengan alamat perniagaan Plaintif.
26
Berdasarkan Perjanjian Syarikat HEC (No Kontrak: KKLW/JP/8/2018), salah satu skop kerja Syarikat HEC selaku perunding adalah menasihati Kerajaan berhubung dengan kesesuaian petender-petender dan merit-merit petender-petender.
27
Walau bagaimanapun, sewaktu penyediaan dokumen Perjanjian dengan Plaintif, pihak Defendan Pertama telah mendapati bahawa Prinsipal Syarikat HEC yang menandatangani Dokumen Perjanjian Perunding, iaitu Hamizan Bin Haji Hamzah (No. KP: 771109-09-5177), adalah juga merupakan Pegawai Syarikat Yang Ditauliahkan di Syarikat Plaintif berdasarkan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB). Merujuk kepada Sijil tersebut, tarikh mula kuat kuasanya ialah pada 29.10.2018 dan tarikh habis tempoh perakuan pula ialah pada 27.6.2021.
28
Pihak Defendan Pertama juga mendapati bahawa alamat surat-menyurat, iaitu Batu 4 ¼, Kubang Gajah, 02600 Arau, Perlis yang digunakan oleh Syarikat Plaintif dan adalah sama dengan alamat surat-menyurat Syarikat HEC. Alamat yang sama ini jelas dapat dilihat pada kepala surat (letterhead) Syarikat HEC, carian SSM Syarikat Plaintif bertarikh 3.6.2019 dan juga pada bahagian Recitals dan Appendix 7 Dokumen Perjanjian Syarikat HEC.
29
Defendan Pertama melalui e-mel bertarikh 9.5.2019 yang dikeluarkan oleh Nasharuddin Bin Abu Bakar di Bahagian Perolehan telah memberi makluman awal mengenai pembatalan pelantikan Plaintif bagi Projek tersebut dan e-mel makluman itu juga bertujuan untuk memaklumkan Plaintif untuk memberhentikan segala aktiviti dan juga pelaksanaan preliminary items dengan serta-merta dan surat rasmi pemberitahuan penamatan pelantikan akan dikeluarkan dalam masa terdekat.
30
Defendan-Defendan telah mengeluarkan Notis Niat Bagi Penamatan Pelantikan Kontraktor bertarikh 23.5.2019 (selepas daripada ini dirujuk sebagai “Notis Niat”) yang merupakan notis secara rasmi bagi tindakan penamatan kontrak yang mana Plaintif tidak berhak untuk menuntut sebarang kerugian termasuk kehilangan perolehan pendapatan, pampasan, tuntutan, ganti rugi atau sebagainya atas penamatan Kontrak tersebut.
31
Defendan Pertama telah dengan rasmi mengeluarkan Notis Penamatan Pengambilan Kerja Kontraktor bertarikh 10.7.2019 (“Notis Penamatan”) kepada Plaintif yang mana Plaintif telah diarahkan untuk memberhentikan kerja-kerja tapak dengan serta-merta.
32
Defendan-Defendan mendapati wujudnya conflict of interest yang jelas dan ketara dalam kes ini yang menjadi asas penamatan kontrak tersebut dan ia termasuk dalam perkara yang melibatkan kepentingan awam selaras dengan Klausa 9(o) Kontrak tersebut. Keadaan ini dapat dilihat seperti yang berikut:
a
Syarikat Plaintif dan Syarikat HEC mempunyai hubungan dan perkaitan yang rapat antara satu sama lain dan menimbulkan conflict of interest antara kedua-dua syarikat ini;
b
kewujudan conflict of interest antara Syarikat HEC sebagai Perunding dengan Plaintif sebagai Kontraktor ini akan memberi impak negatif terhadap pelaksanaan Projek ini dan secara tidak langsung memprejudiskan kepentingan awam dan negara. Dalam hal ini, peranan Syarikat HEC tidak terhenti setakat pengesyoran dan pemilihan tender tetapi berterusan sehingga pelaksanaan Projek dan pengesyoran pembayaran kepada Plaintif; dan
c
Projek ini melibatkan kepentingan awam dan negara kerana objektif utama pelaksanaan Projek ini adalah bagi memastikan setiap rumah di kawasan daerah Mata Ayer, Perlis memperolehi bekalan air terawat melalui sistem bekalan air yang lengkap.
33
Defendan-Defendan telah membayar kos penyiapan yang ditanggung oleh Plaintif selama tempoh sebelum pelantikan Kontraktor ditamatkan bagi kerja-kerja yang telah dilakukan Plaintif (quantum meruit). Bayaran ini dibuat berdasarkan pengesyoran Perakuan Bayaran Interim No. 1 berjumlah RM471,096.87 dan Perakuan Bayaran Interim No. 2 berjumlah RM1,399,723.53 yang disediakan oleh Ir. Hamizan Bin Hamzah bagi pihak Perunding (Syarikat HEC).
34
Penamatan Plaintif dibuat secara sah dan Defendan-Defendan telah membatalkan kontrak disebabkan Plaintif telah melanggar Klausa 9(o) Kontrak tersebut.
35
Defendan-Defendan selanjutnya menyatakan bahawa Plaintif adalah tidak layak terhadap setiap ganti rugi, faedah, kos dan lain-lain relif yang dituntut dan selanjutnya Plaintif adalah dikehendaki membuktikan setiap satunya dengan terperinci, kukuh dan ketat. Analisis dan Dapatan Mahkamah
36
Isu yang perlu diputuskan oleh Mahkamah ini ialah sama ada Defendan-Defendan telah menamatkan Kontrak Projek tersebut secara salah dan tidak sah seperti mana tuntutan dan dakwaan Plaintif.
37
Seksyen 101 dan seksyen 102 Akta Keterangan 1950 [Akta 56] memperuntukkan bahawa beban pembuktian adalah terletak pada pihak yang menghendaki Mahkamah untuk memberikan penghakiman kepadanya, iaitu seperti yang berikut: “Burden of proof
101
(1) Whoever desires any court to give judgment as to any legal right or liability, dependent on the existence of facts which he asserts, must prove that those facts exist.
2
When a person is bound to prove the existence of any fact, it is said that the burden of proof lies on that person. On whom burden of proof lies
102
The burden of proof in a suit or proceeding lies on that person who would fail if no evidence at all were given on either side.”. [Penekanan ditambah]
38
Prinsip undang-undang ini telahpun diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan melalui penghakiman yang disampaikan oleh Jeffrey Tan FCJ dalam kes Letchumanan Chettiar Alagappan @ L Allagappan (as executor to SL Alameloo Achi alias Sona Lena Alamelo Acho, deceased) & Anor [2017] 4 MLJ 697; [2017] 3 MLRA 501 seperti yang berikut: “[49] The expression ‘onus of proof’ does not appear in the Evidence Act. Only the expression ‘burden of proof’ appears in ss 101-103 of the Evidence Act. But there is a difference between the sense of the expression ‘burden of proof’ in s 101 and the sense of that same expression in s 102. [50] In International Times & Ors v Leong Ho Yuen [1980] 2 MLJ 86, Salleh Abas FCJ (as he then was), delivering the judgment of the court, said that the first sense of the expression ‘burden of proof’ in s 101 is the burden to establish the case which rests throughout on the party who asserts the affirmative of the issue, while the second sense of the expression ‘burden of proof’ in s 102 is the burden to adduce evidence: For the purpose of this appeal it is necessary to bear in mind the distinction between the two senses in which the expressions burden of proof and onus of proof are used (Nanji & Co v Jatashankar Dossa & Ors AIR 1961 SC 1474 1748 and Raghavamma v Chenchamma AIR 1964 SC 136-143). The first sense, signified by the expression burden of proof such as referred to in s 101 of the Evidence Act is the burden of establishing a case and this rests throughout the trial on the party who asserts the affirmative of the issue. The appellants in the present appeal relied on justification and fair comment. Therefore, the burden of proving these defences rests entirely upon them (Gatley on Libel and Slander 7th Ed, paras 351 and 354). The second sense referred to as onus of proof, on the other hand, relates to the responsibility of adducing evidence in order to discharge the burden of proof. The onus as opposed to burden is not stable and constantly shifts during the trial from one side to the other according to the scale of evidence and other preponderates. Such shifting is one continuous process in the evaluation of evidence. According to ss 102 and 103 of the Evidence Act, if the party with whom this onus lies whether initially or subsequently as a result of its shifting does not give any or further evidence or gives evidence which is not sufficient, such party must fail. It is this onus that we are concerned with in the present appeal. [51] ‘There is an essential distinction between burden of proof and onus of proof, burden of proof lies upon the person who has to prove a fact and it never shifts, but the onus of proof shifts’ (Addagada Raghavamma And Anr v Addagada Chenchamma And Anr 1964 SCR (2) 933). [52] The ‘burden of proof’ in s 101 is the burden to establish a case which rests throughout on the party who asserts the affirmative of the issue. The ‘burden of proof’ in s 102 is the burden to adduce evidence, to make out or rebut the claim. The ‘burden of proof’ in s 102 shifts from one side to the other according to the weight of the evidence. To differentiate the sense used, the ‘burden of proof’ in s 101 is ‘burden of proof’, while the ‘burden of proof’ in ss 102 and 103 is dubbed ‘onus of proof’. In some jurisdictions, the s 101 ‘burden of proof’ is labelled ‘legal burden’ while the s 102 burden of proof’ is referred to as ‘evidential burden’. [53] In Ranchhodbhai Somabhai And Anr v Babubhai Bhailalbhai And Ors AIR 1982 Guj 308, P Desai and S Majmudar thus illustrated the ‘burden of proof’ to establish the case which never shifts and the shifting burden to adduce evidence in the context of ss 101 and 102 of the Indian Evidence Act which are identical to ss 101 and 102 of the Evidence Act: It is also well to bear in mind that there is an essential distinction between ‘burden of proof’ and ‘onus of proof’; burden of proof lies upon the person who has to prove a fact and it never shifts, but the onus of proof shifts. Such a shifting of onus is a continuous process in the evaluation of evidence (see Raghavamma v Chenchamma AIR 1964 SC 136). Burden of proof has two distinct meanings, namely, (i) the burden of proof as a matter of law and pleadings, and (ii) the burden of proof as a matter of adducing evidence. Section 101 of the Evidence Act deals with the former and Section 102 of the Evidence Act with the latter. The first remains constant but the second shifts. In a claim application, therefore, the burden of proof, in the first sense, certainly lies on the claimant. If he examines himself and his witness, if any, and if the evidence, tested in the light of the principles set out above, is found to be acceptable, the onus shifts on the tortfeasor to prove those circumstances, if any, which dislodge the assertions of the claimants. If the tortfeasor fails to prove before the Court any fact or circumstance which tends to affect the evidence led by the claimant, the claimant would be entitled to ask the Court to hold that he has established the case and, on that basis, to make a just award it would thus appear, that though the legal burden — the burden as a matter of law and pleadings — remains constant on the claimant, the burden as a matter of adducing evidence changes often times as the trial of the claim petition progresses. [54] Section 101(1) provides that ‘Whoever desires any court to give judgment as to any legal right or liability, dependent on the existence of facts which he asserts, must prove that those facts exist’. ‘Section 101 states that the initial burden of proving a prima facie case in his favour is cast on the plaintiff …’ (Woodroffe and Amir Ali, Law of Evidence (19th Ed Vol 3) at p 3194). Illustration (b) to s 101 puts it beyond doubt that the ‘burden of proof’ rests throughout on the plaintiff. Section 102 provides that ‘The burden of proof in a suit or proceeding lies on that person who would fail if no evidence at all were given on either side’. ‘The initial onus of proving the case is always on the plaintiff’ (Sarkar Law of Evidence 16th Ed at p 1593). Illustration (a) to s 102 puts it beyond doubt that a plaintiff has the initial onus of proof. [55] But ‘when (the plaintiff) gives such evidence as will support a prima facie case, the onus shifts on to the defendant, to adduce rebutting evidence to meet the case made out by the plaintiff. As the case continues to develop, the onus may shift back again to the plaintiff. It is not easy to decide at what particular stage, in the course of the evidence, the onus shifts from one side to the other. When after the entire evidence has been adduced, the tribunal feels it cannot make up its mind as to which of the versions is true, it will hold that the party on whom the burden lies has not discharged the burden, but if it has, on the evidence, no difficulty arriving at a definite conclusion, then the burden of proof on the pleading recedes into the background’ (Woodroffe and Amir Ali, at p 3194; see also Abrath v The North Eastern Railway Company at p 452). ‘… the onus of proof may shift … but the question must ultimately arise whether the person who is bound to prove the affirmative of the issue … has discharged … that burden’ (Jane Wakelin v The London and South Western Railway Company (1886) 12 App Cas 41 per Lord Halsbury LC) or proved ‘his case sufficiently to justify a judgment in his favour’ (Stoney v Eastbourne Rural District Council [1927] 1 Ch 367 at p 397 per Lord Hanworth MR). [56] Thus, a plaintiff has both the burden of proof as well as the initial onus of proof. In Britestone Pte Ltd v Smith & Associates Far East, Ltd [2007] 4 SLR 855, the Singapore Court of Appeal per VK Rajah JCA, delivering the judgment of the court, explained that at the start of the plaintiff’s case the burden of proof and the onus of proof coincide: … at the start of the plaintiff’s case, the legal burden of proving the existence of any relevant fact that the plaintiff must prove and the evidential burden of some (not inherently incredible) evidence of the existence of such fact coincide. Upon adduction of that evidence, the evidential burden shifts to the defendant, as the case may be, to adduce some evidence in rebuttal. If no evidence in rebuttal is adduced, the court may conclude from the evidence of the defendant. If, on the other hand, evidence in rebuttal is adduced, the evidential burden shifts back to the plaintiff. If, ultimately, the evidential burden comes to rest on the defendant, the legal burden of proof of the relevant fact would have been discharged by the plaintiff. The legal burden of proof — a permanent and enduring burden — does not shift. A party who has the legal burden of proof on any issue must discharge it throughout. Sometimes, the legal burden is spoken of, inaccurately, as ‘shifting’; but what is truly meant is that another issue has been engaged, on which the opposite party hears the legal burden of proof. [57] The rule is that ‘the onus of proof of any particular fact lies on the party who alleges it, not on him who denies it; et incumbit probation qui decit, non qui negat, Actori incibit probation … The plaintiff is bound in the first instance, to show a prima facie case, and if he leaves it imperfect, the court will not assist him. Hence the maxim Potior est condition defendantis. A plaintiff cannot obviously advantage himself by the weakness of the defence. A plaintiff’s case must stand or fall upon the evidence adduced by him. When, however, the defendant, or either litigant party, instead of denying what is alleged against him, relies on some new matter which, if true, is an answer to it, the burden of proof changes sides; and he, in his turn, is bound to show a prima facie case at least and, if he leaves it imperfect, the court will not assist him.”. [Penekanan ditambah]
39
Prinsip yang sama turut diputuskan dalam kes Keruntum Sdn Bhd v The Director of Forests & Ors [2017] 3 MLJ 281; [2017] 4 MLRA 277, Hong Yik Trading v Liziz Plantation Sdn Bhd [2017] 5 MLJ 398; [2017] 4 MLRA 89 dan Tenaga Nasional Bhd v. Perwaja Steel Sdn Bhd [1998] 2 CLJ 740; [1998] 1 MLRA 178.
40
Berdasarkan nas-nas undang-undang di atas, beban pembuktian dalam sesuatu kes sivil sentiasa terletak pada bahu pihak plaintif atau pihak yang menuntut dan ia adalah atas imbangan kebarangkalian. Kegagalan plaintif atau pihak yang menuntut berbuat demikian akan menyebabkan tuntutan plaintif atau pihak yang menuntut terhadap defendan atau pihak yang dituntut ditolak oleh Mahkamah.
41
Dalam kes ini, berdasarkan penelitian, penilaian dan pertimbangan Mahkamah ini terhadap kesemua pliding, keterangan dan hujahan yang dikemukakan oleh Plaintif dan Defendan-Defendan, Mahkamah ini mendapati Plaintif telah gagal membuktikan tuntutan mereka terhadap Defendan-Defendan atas imbangan kebarangkalian. Oleh itu, beban pembuktian tersebut tidak berpindah kepada Defendan-Defendan untuk menafikan dakwaan dan/atau tuntutan Plaintif tersebut.
42
Oleh itu, Mahkamah ini telah menolak keseluruhan tuntutan Plaintif terhadap Defendan-Defendan.
43
Dalam menolak tuntutan Plaintif tersebut, Mahkamah ini bersetuju dan menerima sepenuhnya hujahan peguam cara Defendan-Defendan dan tidak berhasrat untuk mengulanginya satu persatu di sini. Mahkamah ini hanya ingin menekankan beberapa isu seperti di bawah sahaja.
44
Untuk menentukan sama ada Defendan-Defendan telah menamatkan Kontrak Projek tersebut secara salah dan tidak sah, adalah penting untuk melihat kepada segala keterangan yang dikemukakan oleh kedua-dua pihak dan Klausa 9(o) Kontrak tersebut yang menjadi pertikaian kedua-dua pihak Plaintif dan Defendan-Defendan secara keseluruhannya.
45
Klausa 9(o) Kontrak tersebut memperuntukkan seperti yang berikut: “9. Syarikat tuan juga adalah diingatkan bahawa Kerajaan berhak untuk membatalkan Surat ini sekiranya:
a
.....; ...
o
terdapat perkara yang melibatkan kepentingan awam atau keselamatan dan kepentingan negara.”.
46
Berdasarkan kronologi dan keterangan dalam kes ini didapati bahawa wujudnya beberapa keadaan dan elemen conflict of interest dalam urusan pemberian Kontrak tersebut kepada Plaintif, yang mana telah melanggar Klausa 9(o) Kontrak tersebut, iaitu seperti yang berikut:
a
melalui Surat Pelantikan Perunding bertarikh 19.1.2018 (selepas ini dirujuk sebagai “Surat Pelantikan Perunding tersebut”), Defendan-Defendan telah melantik Syarikat HEC sebagai perunding bagi kerja-kerja reka bentuk, penyediaan dokumen tender, penilaian tender dan penyeliaan serta pengesahan kerja-kerja kontraktor bagi Projek tersebut (rujuk dokumen di muka surat 351 Ikatan C) dan Syarikat HEC telah menerima pelantikan sebagai perunding tersebut (rujuk dokumen di muka surat 353
b
berikutan itu, suatu Perjanjian Perunding No.: KKLW/JP/8/2018 telah ditandatangani antara Kerajaan Malaysia dengan Syarikat HEC pada 26.3.2018 (selepas ini dirujuk sebagai “Perjanjian Perunding tersebut”) (rujuk dokumen-dokumen di muka surat 228-450 Ikatan C), yang mana Kerajaan Malaysia telah diwakili oleh Timbalan Ketua Setiausaha (D) KPLB, manakala Syarikat HEC telah diwakili oleh Ir. Hamizan Bin Hamzah selaku Prinsipal
c
sebagai perunding, antara skop kerja Syarikat HEC di bawah Perjanjian Perunding tersebut ialah untuk menasihati Kerajaan berhubung dengan kesesuaian petender-petender dan merit petender-petender;
d
berdasarkan semakan SD1 didapati bahawa Ir. Hamizan Bin Hamzah yang menandatangani penerimaan Surat Pelantikan Perunding tersebut bagi pihak Syarikat HEC (rujuk dokumen di muka surat 351 Ikatan C) dan yang menandatangani Perjanjian Perunding tersebut bagi pihak Syarikat HEC (rujuk dokumen di muka surat 266 Ikatan C) adalah merupakan Pegawai Syarikat Yang Ditauliahkan di Syarikat Plaintif menurut Sijil Perolehan Kerja Kerajaan CIDB yang berkuat kuasa pada 29.10.2018 hingga 27.6.2021 (rujuk dokumen di muka surat 154 Ikatan C);
e
berdasarkan Profail Kontraktor Yang Berdaftar Dengan CIDB bagi Syarikat Plaintif (tarikh mula berdaftar pada 3.2.1998 dan tarikh luput semasa pada 27.6.2021), Ir. Hamizan Bin Hamzah juga adalah merupakan Director/Officers di Syarikat Plaintif (rujuk dokumen di muka surat 165 Ikatan C);
f
Ir. Hamizan Bin Hamzah juga adalah anak kepada Plaintif; dan
g
alamat berdaftar dan surat-menyurat Syarikat HEC dalam Perjanjian Perunding tersebut adalah sama dengan alamat perniagaan dan surat-menyurat Plaintif, iaitu Batu 4¼, Kubang Gajah, 02600 Arau, Perlis, iaitu seperti mana yang terdapat pada letterhead Syarikat HEC (rujuk dokumen di muka surat 184 Ikatan C), carian SSM Syarikat Plaintif bertarikh 3.6.2019 (rujuk dokumen di muka surat 161 Ikatan C) dan bahagian Recitals dan Appendix 7 Perjanjian Perunding tersebut (rujuk dokumen-dokumen di muka surat 233 dan 381 Ikatan C).
47
Fakta dan keterangan tersebut telah gagal dicabar dan disangkal oleh Plaintif semasa perbicaraan. Bahagian keterangan saksi-saksi Plaintif dan Defendan-Defendan yang penting dan relevan berkaitan dengan conflict of interest ini adalah seperti yang berikut:
a
SP1 mengesahkan bahawa berdasarkan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan CIDB (rujuk dokumen di muka surat 154 Ikatan C), penama Hamizan Haji Hamzah adalah salah seorang pegawai Syarikat Plaintif yang ditauliahkan seperti yang berikut: “PD1 : Pegawai syarikat yang ditauliahkan berdasarkan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan ini adalah salah seorangnya Encik Hamizan Bin Haji Hamzah, setuju atau tidak? SP1 : Setuju PD1 : Tarikh kuat kuasa CIDB ataupun Sijil Perolehan ini adalah 29/10/2018 setuju? SP1 :
Preamble
Mengikut dalam ni betul lah. Setuju 29/10/2018.”. (Rujuk muka surat 19 Lampiran 60)
b
SP2 mengesahkan susulan penerimaan surat/Notis Niat Bagi Penamatan Pelantikan Kontraktor bertarikh 23.5.2019 (rujuk dokumen-dokumen di muka surat 26-27 Ikatan B), Plaintif telah mengemukakan hujah-hujah yang berkisar tentang conflict of interest: “PD1 : Baik. Dan susulan daripada penerimaan surat ini seperti mana yang Encik Firdaus nyatakan penyata saksi di soalan 17, adalah beberapa usaha daripada Plaintif untuk mengemukakan hujah-hujah. Betul Encik Firdaus? Ya betul. Hujah-hujah ini adalah berkisar tentang isu conflict of interest, setuju? Ya. Dan salah satu perkara yang dilakukan oleh Plaintif adalah untuk rectify pendaftaran SSM bagi syarikat Hamzah Jaafar. Setuju tak Encik Firdaus? Ya.”. (Rujuk muka surat 14 Lampiran 61)
c
SP3 dalam keterangannya mengesahkan penama Hamizan Haji Hamzah adalah mempunyai perkaitan kekeluargaan dengan Syarikat Plaintif dan Syarikat HEC seperti yang berikut: “SP3 : Masa kita dapat perunding itu Yang Arif, Hamizan dah resign dalam syarikat keluarga dia, daripada Hamzah Jaafar Sdn Bhd. PD1 : Ooo macam mana En Hashim boleh tahu? Oooo sebab saya dah lama dengan keluarga dia. Oooo jadinya betullah En Hamizan ini terlibat dengan Hamzah Jaafar Sdn Bhd dan HEC? Ya sebab keluarga dia. Syarikat keluarga. Syarikat ayah dia. : Terima kasih. Tetapi ketika SST untuk ditandatangani memang En Hamizan adalah prinsipal di HEC? Ya.”. (Rujuk muka surat 12 Lampiran 62)
d
SD2 ketika disoal balas berkenaan dengan conflict of interest dan impak kepada kepentingan awam telah menjelaskan seperti yang berikut: “PP1 : Ke A dulu pun takpe Encik Ezzuddin, maaf. Syarikat Plaintif dan HEC mempunyai hubungan dan ini menimbulkan conflict of interest. Bagaimana conflict of interest ini menurut Encik Ezzuddin? Sebenarnya conflict of interest ni adalah terma yang kita pakai untuk merujukkan sesuatu ambiguity. Sedangkan di dalam kontrak memang tidak ada Yang Arif. The word conflict of interest memang tidak ada. That’s why dalam kontrak dia mengatakan kepentingan awam. So, yang tercetusnya akibat la sabit dan akibat ialah conflict of interest whereby dua aa satu party yang sama dalam dua entity. So, yang ini akan berlaku conflict of interest. That’s why we term as conflict of interest lah sebenarnya tetapi yang sebenarnya ialah keselamatan awam lah sebenarnya because we give dana awam we have to safeguard. Itulah maksudnya. Dia tidak membawa maksud as interpreted as conflict of interest as such. Ini pencetus sajalah. Maksud kita di sini dia akibat mencetuskanlah. PP1 : Baik. Pertamanya Encik Ezzuddin sahkan tidak ada conflict of interest menurut SST atau contract. Betul? Tidak ada ayat conflict of interest. PP1 : Keduanya, Encik Ezzuddin jugak ada sebut kepentingan awam dan keselamatan sebab dana awam digunakan. Bagaimana itu memberi impak atau kesan ke atas keadaan sama nama tadi? Ok, saya melihat di dalam pengurusan kontrak Yang Arif. Just imagine that a consultant A, penama A and kontraktor pun penama A. Consultant A should supervise the contractor dengan sebaik-baiknya mengikut spesifikasi dan drawing. That’s the basic. Tetapi ada tempat-tempat di mana pengesahan pengesahan perlu dibuat mengatakan kerja ini sempurna. Kerja ini boleh dibayar dan sebagainya. Di sini akan berlaku yang dikatakan conflict of interest tersebut. Pasal dia nak jaga both entity tu dia nak jaga. So, pihak kami sebagai pengurus atau pentadbiran kontrak, Pengurus projek dan pengurus kontrak, kita ambil langkah pencegahanlah Yang Arif. Sebelum benda ini menular menjadikan satu isu yang besar so langkah kita buat bila dah terjumpa semasa dalam penyediaan dokumen kontrak tersebut. Kita highlight kepada top management melalui bahagian perolehan dan terus kepada pegawai pengawal lah. Itulah, seterusnya.”. (Rujuk muka surat 7-8 Lampiran 56)
e
SD3 ketika disoal balas telah menerangkan walaupun tiada definisi conflict of interest, pertimbangan semasa membuat penamatan adalah berdasarkan kepentingan awam dengan mengambil kira prinsip adil dan saksama dalam perolehan Kerajaan seperti yang berikut: “PP1 : Baik Encik Nasharuddin. Saya ke jawapan 18. Dalam jawapan 18 ini, ada dinyatakan dalam keterangan Encik Nasharuddin iaitu conflict of interest ataupun percanggahan kepentingan sebentar tadi ya. Ada tak mana-mana definisi conflict of interest ini diberikan dalam mana-mana dokumen dalam Mahkamah? Seingat saya pada masa itu memang tidak ada lah, tidak ada definisi percanggahan kepentingan cuma Lembaga Perolehan dalam mempertimbangkan keputusan untuk menamatkan pelantikan kontraktor adalah berpandukan kepada prinsip perolehan kerajaan yang mana secara umumnya ada lima prinsip perolehan kerajaan. Kalau saya boleh nyatakan, pertama, akauntabiliti awam, kedua, persaingan terbuka, ketiga, ketelusan, keempat, best value for money, dan akhir sekali, adil dan saksama. Jadi mengambil kira situasi pemilikan syarikat perunding dan syarikat kontraktor, maka Lembaga Perolehan telah membuat keputusan bahawa atas kepentingan awam dan mengambil kira prinsip adil dan saksama dalam perolehan kerajaan kewujudan conflict of interest tersebut telah menjadi asas kepada penamatan kontrak tersebut. : Jadi lima kriteria ni jadi penentu sama ada wujud conflict of interest ataupun tidak? Khususnya prinsip yang kelima iaitu adil dan saksama. : Lima ni dijadikan sandaranlah untuk menentukan sama ada wujud konflik kepentingan ataupun tidak? Betul. Betul Yang Arif.”. (Rujuk muka surat 5-6 Lampiran 59)
48
Selanjutnya, percanggahan atau konflik kepentingan juga berbangkit apabila Syarikat HEC terlibat dalam proses penilaian tender bagi Projek tersebut dan membuat pengesyoran bayaran. Ini dapat dilihat dalam beberapa dokumen seperti yang berikut:
a
Senarai Nama Bagi Proses Penilaian Tender yang ditandatangani oleh Ir. Hamizan Bin Hamzah di muka surat 184
b
Surat Taklimat Tender kepada Syarikat HEC di muka surat 195
c
Surat Akuan Pelantikan Ahli Jawatankuasa Penilaian Tender bagi penama Abdul Rahim Bin Hashim dan Mohd Hashim Mohamad (SP3) di muka surat 212-215 Ikatan C;
d
Akuan Perjalanan bagi penilaian tender di muka surat 216-220
e
Perakuan Masuk Tapak yang ditandatangani oleh Ir Hamizan Bin Hamzah selaku Perunding di muka surat 222 Ikatan C; dan
f
Perakuan Bayaran Interim No. 1 dan No. 2 yang disyorkan oleh Ir Hamizan Bin Hamzah di muka surat 6 dan 18 Ikatan D.”.
49
Berdasarkan fakta dan keterangan di atas, Mahkamah ini bersetuju dengan hujahan peguam cara Defendan-Defendan bahawa Klausa 9(o) Kontrak tersebut tidak mengehadkan apakah yang dimaksudkan dengan perkara yang melibatkan kepentingan awam tersebut. Dalam hal ini, memandangkan Klausa tersebut memberikan hak kepada Kerajaan untuk membatalkan Kontrak tersebut atas perkara yang melibatkan kepentingan awam atau keselamatan dan kepentingan negara di bawah, maka Kerajaan berhak untuk menentukan apakah perkara-perkara yang melibatkan kepentingan awam atau keselamatan dan kepentingan negara tersebut.
50
Dalam tindakan ini, berdasarkan e-mel bertarikh 9.5.2019 daripada Nasharuddin Bin Abu Bakar kepada Plaintif dan Notis Niat Bagi Penamatan Pelantikan Kontraktor bertarikh 23.5.2019 daripada Defendan Pertama kepada Plaintif, Defendan-Defendan telah menentukan bahawa conflict of interest adalah termasuk di bawah perkara yang melibatkan kepentingan awam atau keselamatan dan kepentingan negara tersebut. Justeru, atas alasan conflict of interest tersebut, Defendan-Defendan telah menamatkan Kontrak tersebut.
51
Kandungan e-mel bertarikh 9.5.2019 dan Notis Niat Bagi Penamatan Pelantikan Kontraktor bertarikh 23.5.2019 tersebut yang relevan adalah seperti yang berikut:
a
E-mel bertarikh 9.5.2019 “2. Untuk makluman pihak tuan, Lembaga Perolehan Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) Bil. 7/2019 bertarikh 07 Mei 2019 (Selasa) telah bersetuju untuk MEMBATALKAN pelantikan syarikat tuan, iaitu HAMZAH JAAFAR (P) SDN. BHD. dengan tawaran harga sebanyak RM 12,210,210.48 dengan tempoh siap kerja selama 16 bulan bagi pelaksanaan Projek Pemasangan Paip Air Dari Kolam Takungan Air Oran Ke Batu Bertangkup Dan Pembinaan Tangki Menara Konkrit Serta Kerja-Kerja Berkaitan Secara Tender Terbuka.
3
Keputusan tersebut adalah kerana Lembaga Perolehan Kementerian mendapati bahawa telah wujud conflict of interest semasa penilaian tender dan pengesyoran syarikat yang layak untuk dilantik kepada pihak Lembaga Perolehan. Dalam hal ini, tuan selaku perunding telah mengesyorkan petender yang merupakan syarikat tuan sendiri di mana tuan adalah merupakan pemilik/pengarah bagi syarikat tersebut.
4
Justeru itu, atas arahan Pegawai Pengawal Kementerian, syarikat tuan hendaklah memberhentikan segala aktiviti dan juga pelaksanaan preliminary items dengan SERTA-MERTA. Surat rasmi pemberitahuan penamatan pelantikan syarikat tuan ini akan dikeluarkan dalam masa yang terdekat.”.
b
Notis Niat Bagi Penamatan Pelantikan Kontraktor bertarikh 23.5.2019 “2. Dimaklumkan bahawa Lembaga Perolehan Kementerian Pembangunan Luar Bandar (LP KPLB) Bil.7/2019 mendapati telah wujud elemen percanggahan kepentingan (conflict of interest) dalam proses pelantikan kontraktor bagi projek ini. Ini memandangkan pemilik syarikat kontraktor Hamzah Jaafar (P) Sdn. Bhd. adalah juga merupakan prinsipal kepada syarikat perunding Hamza Engineering Consultant yang menjalankan proses penilaian dan pengesyoran syarikat bagi pelantikan kontraktor untuk projek ini.
3
Sehubungan itu, Kerajaan memutuskan bahawa pelantikan tuan selaku kontraktor bagi projek di atas hendaklah ditamatkan atas kepentingan awam selaras dengan Surat Setuju Terima (SST) yang dikeluarkan sebelum ini rujukan KPLB.PER (S) 400-10/12/81 (52) bertarikh 08 April 2019 seperti dalam para 9(o) iaitu: “Syarikat tuan juga adalah diingatkan bahawa Kerajaan berhak untuk membatalkan Surat ini sekiranya:
o
terdapat perkara yang melibatkan kepentingan awam atau keselamatan dan kepentingan Negara”.
4
Notis niat ini merupakan notis secara rasmi bagi tindakan penamatan kontrak dan Kontraktor tidak berhak untuk menuntut sebarang kerugian termasuk kehilangan perolehan pendapatan, pampasan, tuntutan, ganti rugi atau sebagainya atas penamatan Kontrak tersebut. Notis penamatan pelantikan tuan selaku kontraktor projek ini akan dikeluarkan selepas tempoh notis niat selama 30 hari tamat.”.
52
Berdasarkan alasan-alasan di atas, Mahkamah ini bersetuju dengan hujahan peguam cara Defendan-Defendan bahawa conflict of interest adalah termasuk di bawah perkara yang melibatkan kepentingan awam atau keselamatan dan kepentingan negara tersebut. Oleh yang demikian, tindakan Defendan-Defendan menamatkan Kontrak tersebut atas alasan terdapatnya conflict of interest tersebut, adalah sah, berasas, teratur dan selaras dengan syarat-syarat yang telah dipersetujui oleh pihak-pihak dalam Kontrak tersebut.
53
Berdasarkan alasan-alasan di atas, memandangkan Plaintif telah gagal membuktikan kesnya atas imbangan kebarangkalian terhadap Defendan-Defendan, maka Plaintif tidak berhak untuk menuntut sebarang kerugian termasuk kehilangan perolehan pendapatan, pampasan, tuntutan, ganti rugi atau sebagainya atas penamatan Kontrak tersebut dan tuntutan Plaintif terhadap Defendan-Defendan ditolak dengan kos sebanyak RM30,000.00. Bertarikh : 21 FEBRUARI 2026 (DR. ARIK SANUSI BIN YEOP JOHARI) HAKIM MAHKAMAH TINGGI MALAYA, KANGAR NEGERI PERLIS (NEGERI PERLIS) Peguam bagi pihak Plaintif: Encik Mohd Hisham Bin Md. Nor bersama Puan Nor Fazilawati Binti Che Harun, Puan Tengku Najwatie Aznie Binti Tengku Mohamed, Puan Nor Atiqah Binti Ibrahim dan Encik Mohammed Azwan Bin Md. Arif Tetuan Salina Fazilawati & Co Peguam Bela dan Peguam Cara 3512-E, 2nd Floor Jalan Sultanah Zainab 15050 Kota Bharu Kelantan Peguam bagi pihak Defendan-Defendan: Puan Noridayu Binti Md. Kassim Peguam Kanan Persekutuan Jabatan Peguam Negara Malaysia Bahagian Guaman No. 45 Persiaran Perdana Presint 4 62100 Putrajaya
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.