Lampiran
Lampiran B), Plaintif telah mendapati hartanah tersebut telah diturunmilik ke atas nama Defendan Pertama dan Defendan Kedua dengan No. Perserahan 967/2015 Turun Milik akibat Kematian (Borang E) di mana Defendan Pertama dan Defendan Kedua masing-masing memperolehi 1/2 bahagian daripada hartanah tersebut; (20) Selepas itu, Plaintif telah melakukan carian persendirian pada 27 Julai 2016 (“ekshibit P10 Muka Surat 21-23 Ikatan Dokumen Bersama Lampiran B) dan mendapati ½ bahagian hartanah tersebut yang diturunmilik kepada Defendan Pertama dan Defendan Kedua telah dipecahkan geran dan menjadi satu geran berasingan di mana ½ bahagian hartanah tersebut yang diturunmilik kepada Defendan Pertama kini dipegang di bawah HSM 3797, PT 243, Pekan Asam Jawa, Daerah Kuala Selangor dengan Defendan pertama memiliki 1/1 bahagian; (21) Plaintif juga telah melakukan carian persendirian pada 1 Ogos 2016 (“ekshibit P11 muka surat 21-22 Ikatan Dokumen 14 Bersama Lampiran B), dan mendapati baki bahagian hartanah tersebut yang diturunmilik kepada Defendan Kedua telah dipecahkan geran dan menjadi satu geran berasingan dan kini dipegang di bawah HSM 3798, PT 244, Pekan Asam Jawa, Daerah Kuala Selangor dengan Defendan Kedua memiliki 1/1 bahagian; (22) Bagi melindungi hak dan kepentingan Plaintif ke atas hartanah tersebut di mana hartanah tersebut telah dipecahkan geran menjadi dua geran berasingan dan didaftarkan di bawah nama Defendan Pertama dan Defendan Kedua, Plaintif telah memasukkan dan mendaftarkan kaveat ke atas hartanah yang dipegang di bawah HSM3797, PT 243, Pekan Asam Jawa, Daerah Kuala Selangor pada 1 Ogos 2016 yang kini Defendan Pertama merupakan pemilik berdaftar hartanah tersebut dan juga turut memasukkan dan mendaftarkan kaveat ke atas hartanah yang dipegang di bawah HSM3798, PT 244, Pekan Asam Jawa, Daerah Kuala Selangor pada 4 Ogos 2016 yang manaDefendan Kedua merupakan pemilik berdaftar hartanah tersebut (“ekshibit P12 dan P13 muka surat 25-36 Ikatan Dokumen Bersama Lampiran B); (23) Plaintif telah mencuba untuk berdiplomasi atau berbincangan secara persaudaraan terlebih dahulu dengan Defendan-Defendan khususnya Defendan Pertama melalui anak-anak beliau bagi menyelesaikan perkara di atas, namun tiada kerjasama daripada Defendan Pertama; 15 (24) Setelah itu, Plaintif melalui Peguamcara Plaintif iaitu Tetuan Mohaji Hazury & Ismail telah menghantar satu surat bertarikh 17 Ogos 2016 (“ekshibit P14 muka surat 37-39 Ikatan Dokumen Bersama Lampiran B), kepada Defendan Pertama selaku pemilik berdaftar hartanah yang dipegang di bawah HSM 3797, PT 243, Pekan Asam Jawa, Daerah Kuala Selangor dan turut menghantar surat bertarikh 17 Ogos 2016 tersebut kepada Defendan Kedua selaku pemilik berdaftar hartanah yang dipegang di bawah HSM 3798, PT 244, Pekan Asam Jawa, Daerah Kuala Selangor untuk memaklumkan keperluan mematuhi dan memberi kesan kepada kandungan Surat Kuasa Wakil tersebut dan meminta Defendan Pertama dan Defendan Kedua melaksanakan hasrat dan amanat si mati berserta Surat Kuasa Wakil tersebut di mana Surat Kuasa Wakil dan amanah serta hasrat si mati adalah untuk supaya ¼ bahagian tanah dan rumah dalam bahagian hartanah tersebut diserahkan dan diberikan kepada Plaintif tanpa boleh batal dan supaya tuntutan tersebut dapat diselesaikan dan dibincangkan secara ukhuwwah atau persaudaraan; (25) Kemudiannya, Plaintif melalui peguamcara Plaintif telah menerima surat bertarikh 13 September 2016 daripada Tetuan Ismail Badiuzzaman & Associates (“ekshibit P15 muka surat 40 Ikatan Dokumen Bersama Lampiran B), menyatakan bahawa Defendan Pertama dan Defendan Kedua tidak pernah mengetahui akan kewujudan Surat Kuasa Wakil tersebut dan hanya ditunjukkan sekali imbas pada tahun 2015 oleh Plaintif. 16 Defendan Pertama dan Defendan Kedua dalam surat bertarikh 13 September 2016 yang dihantar oleh Tetuan Ismail Badiuzzaman & Associates kemudiannya telah meminta peguamcara Plaintif untuk memberikan satu salinan Surat Kuasa Wakil tersebut kepada Defendan Pertama dan Defendan Kedua; (26) Plaintif kemudiannya telah mengarahkan Tetuan Mohaji Hazury & Ismail untuk menghantar surat bertarikh 19 September 2016 kepada peguamcara Defendan Pertama dan Defendan Kedua iaitu Tetuan Ismail Badiuzzaman & Associates ("ekshibit P16 muka surat 41 Ikatan Dokumen Bersama Lampiran B), memaklumkan bahawa Plaintif telah menunjukkan salinan asal Surat Kuasa Wakil tersebut kepada Defendan Pertama dengan disaksikan oleh suami Plaintif ketika Defendan Pertama hadir ke rumah Plaintif setelah si mati meninggal dunia. Melalui surat bertarikh 19 September 2015 tersebut, Plaintif telah melampirkan dan menyerahkan salinan Surat Kuasa Wakil tersebut untuk Defendan Pertama dan Defendan Kedua membaca isi kandungan Surat Kuasa Wakil tersebut. Defendan yang lain juga maklum mengenai Surat Kuasa Wakil tersebut; (27) Pada 6 Oktober 2016, Plaintif melalui peguamcara Plaintif telah menerima surat bertarikh 4 Oktober 2016 daripada peguamcara Defendan Pertama iaitu Tetuan Ismail Badiuzzaman & Associates (“ekshibit P17 muka surat 42-43 Ikatan Dokumen Bersama Lampiran B), di mana melalui surat 17 bertarikh 4 Oktober 2016 tersebut, Defendan Pertama telah mendakwa Plaintif telah mendiami rumah yang dibina di atas sebahagian hartanah tersebut di mana hartanah tersebut telah dipecahkan geran dan rumah yang dibina di atas hartanah tersebut kini berada di atas hartanah yang dipegang di bawah HSM 3797, PT 243, Pekan Asam Jawa, Daerah Kuala Selangor. Melalui surat bertarikh 4 Oktober 2016 tersebut juga, Defendan Pertama telah mengarahkan Plaintif mengosongkan rumah tersebut dalam tempoh 30 hari dari tarikh penerimaan surat tersebut dan Defendan Pertama akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Plaintif sekiranya Plaintif gagal menurut arahan Defendan Pertama dalam surat tersebut; (28) Plaintif kemudiannya telah membalas surat peguamcara Defendan Pertama yang bertarikh 4 Oktober 2016 tersebut dengan menghantar satu lagi surat bertarikh 14 Oktober 2016 melalui peguamcara Plaintif kepada peguamcara Defendan Pertama ("ekshibit P18 muka surat 44-48 Ikatan Dokumen Bersama Lampiran B), di mana dalam surat bertarikh 14 Oktober 2016 tersebut, Plaintif telah memaklumkan bahawa Plaintif tidak bersetuju terhadap arahan Defendan Pertama yang mengarahkan Plaintif mengosongkan rumah yang didiami Plaintif dalam tempoh 30 hari dari tarikh penerimaan surat peguamcara Defendan Pertama yang bertarikh 4 Oktober 2016 tersebut memandangkan berdasarkan Surat Kuasa Wakil bertarikh 19 Februari 1991 tersebut, Plaintif mempunyai hak dari segi undang-undang ke atas ¼ bahagian tanah dan rumah 18 dalam bahagian hartanah yangdipegang di bawah GM59, Lot 1197, Mukim Api-Api, Daerah Kuala Selangor (“hartanah tersebut") di mana ¼ bahagian tanah dan rumah dalam bahagian hartanah tersebut telah diberikan oleh si mati, ibu angkat Plaintif kepada Plaintif di mana hak tersebut wujud berdasarkan Surat Kuasa Wakil tersebut dan amanah yang telah disampaikan dan didengar oleh Defendan Ketiga sendiri; (29) Plaintif turut menyatakan di dalam surat bertarikh 14 OKtober 2016 tersebut bahawa sekiranya Defendan Pertama dan Defendan Kedua masih gagal untuk membuat permohonan dan/atau melakukan pindahmilik ¼ bahagian tanah dan rumah dalam bahagian hartanah tersebut yang telah diberikan oleh si mati kepada Plaintif dalam masa (7) hari dari tarikh surat bertarikh 14 Oktober 2016 tersebut, Plaintif terpaksa mengambil tindakan undang-undang terhadap Defendan Pertama dan Defendan Kedua untuk menuntut hak Plaintif ke atas ¼ bahagian tanah dan rumah dalam bahagian hartanah tersebut khususnya dalam keadaan Defendan Pertama mahu menghalau pula Plaintif daripada rumah yang diduduki Plaintif sejak sekian lama bersama arwah ibu angkat dan menjaga ibu angkat sehingga ke akhir hayatnya. 6. Ringkasan Kes Defendan Pertama, Kedua, Ketiga dan Keempat a) Zaharah binti Jaafar (selepas ini dipanggil ‘simati’) ialah ibu kandung kepada Abdul Kadir Bin Sulaiman (Defendan Pertama), Abu Hassan Bin Sulaiman (Defendan Kedua), 19 Ab. Manaf Bin Sulaiman (Defendan Ketiga) dan Hashim Bin Sulaiman (Defendan Keempat) dan beliau telah meninggal dunia pada 25 Disember 2009; b) Simati telah mengambil Plaintif sebagai anak angkat pada 1 Julai 1966 iaitu sebaik sahaja Plaintif dilahirkan di Hospital Bukit Rotan, Kuala Selangor, Selangor melalui Defendan Pertama yang mana Defendan Pertama telah membawa balik Plaintif ke rumah simati; c) Simati bersama suami dan anak-anak kandungnya Defendan Pertama, Kedua, Ketiga dan Keempat, serta Plaintif telah tinggal di sebuah rumah di atas tanah seluas dua ekar dibawah pegangan GM59, Lot 1197, Mukim Api-Api, Daerah Kuala Selangor, Selangor (selepas ini dipanggil hartanah tersebut’); d) Walaubagaimanapun apabila Defendan Pertama, Kedua, Ketiga dan Keempat sudah berkahwin, mereka tidak lagi tinggal bersama simati; e) Simati telah meninggal dunia pada 25 Disember 2009 kerana sakit tua; f) Apabila simati meninggal dunia, waris-waris kadim simati iaitu Defendan Pertama, Kedua, Ketiga dan Keempat, telah membuat permohonan pembahagian harta pusaka 20 simati pada 14 Mei 2015 di Unit Pusaka Kecil, Kuala Selangor. Walaubagaimanapun Plaintif tidak dinamakan sebagai waris simati kerana Plaintif bukanlah waris kadim simati. Namun, Plaintif yang telah berkahwin terus tinggal dirumah pusaka simati bersama keluarga beliau; g) Perbicaraan Pembahagian harta pusaka simati telah dibuat pada 15 Jun 2015 di Unit Pusaka Kecil, Kuala Selangor, Selangor; h) Perintah Pembahagian Harta Pusaka diperolehi pada 15 Jun 2015. Hartanah seluas dua ekar di bawah pegangan GM 59, Lot 117, Mukim Api-Api, Daerah Kuala Selangor, Selangor telah diperintahkan dibahagi kepada 2 bahagian iaitu kepada lot tanah dibawah pegangan HSM 3797 PT 243, Pekan Asam Jawa, Daerah Kuala Selangor seluas satu ekar diserah kepada Defendan Pertama dan hartanah di bawah pegangan HSM 3798 PT 244, Pekan Asam Jawa, Daerah Kuala Selangor seluas satu ekar diserah kepada Defendan Kedua; i) Di atas hartanah tersebut terdapat dua buah rumah. Sebuah rumah yang telah didirikan oleh simati bersama suami iaitu rumah pusaka dan sebuah lagi didirikan oleh Defendan Pertama dengan duit gaji beliau sebagai seorang guru; 21 j) Rumah pusaka simati kini berada di atas lot tanah dibawah pegangan HSM 3798 PT 244, Pekan Asam Jawa, Daerah Kuala Selangor iaitu lot tanah milik Defendan Kedua; k) Rumah yang didirikan oleh Defendan Pertama terletak di atas lot tanah dibawah pegangan HSM 3797 PT 243, Pekan Asam Jawa, Daerah Kuala Selangor yang kini dimiliki oleh Defendan Pertama; l) Rumah yang didirikan oleh Defendan Pertama kini diduduki oleh Plaintif dan suami hingga ke hari ini atas belas ehsan Defendan Pertama tanpa membayar sewa kerana mereka belum memiliki rumah walaupun telah dinasihatkan supaya membeli rumah. m) D1 kemudiannya telah menerima surat dari Peguam Plaintif iaitu Tetuan Mohaji, Hazury & Ismail bertarikh 17 Ogos 2016 meminta Defendan Pertama hadir ke pejabat beliau untuk berbincang dan memaklumkan bahawa Plaintif berhak ke atas ¼ bahagian tanah hartanah tersebut dan rumah di atas hartanah tersebut kerana Plaintif telah menerima Surat Kuasa Wakil yang diberi oleh simati namun Defendan Pertama melalui Peguam beliau iaitu Tetuan Ismail Badiuzzaman & Associates telah membalas surat tersebut dan memaklumkan bahawa beliau tidak mengetahui wujudnya Surat Kuasa 22 Wakil dan memohon sesalinan Surat Kuasa wakil tersebut; n) Peguamcara Plaintif telah memberi sesalinan Surat Kuasa Wakil tersebut yang bertarikh 19 Februari 1991; o) Defendan Pertama, Kedua, Ketiga dan Keempat sebulat suara menolak dan menafikan tuntutan Plaintif supaya memindahmilik ¼ bahagian tanah hartanah tersebut kepada Plaintif; p) Simati tidak pernah meninggalkan wasiat, janji atau menyatakan hasrat untuk memberi kepada Plaintif ¼ bahagian dari hartanah tersebut dan rumah di atas hartanah tersebut; q) Plaintif kemudiannya melalui peguamcaranya telah menyerah Writ Saman dan Pernyataan Tuntutan bertarikh 04 November 2016 terhadap Defendan Pertama, Kedua, Ketiga dan Keempat untuk menuntut ¼ bahagian dari hartanah tersebut dan rumah di atas hartanah tersebut berasaskan Surat Kuasa Wakil yang kononnya diterima dari simati; r) Defendan Pertama, Kedua, Ketiga dan Keempat telah memfailkan Pernyataan Pembelaan ke atas Writ Saman 23 dan Pernyataan Tuntutan Plaintif untuk menafikan kesemua tuntutan Plaintif. (C) ISU-ISU YANG DIBICARAKAN 7. Isu-isu yang telah dibicarakan sepertimana yang telah dipersetujui pihak-pihak seperti di Ikatan “C” adalah seperti berikut: (a) Sama ada Surat Kuasa Wakil yang bertarikh 19 February 1991 yang didaftarkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam No. Pendaftaran: 504/91 pada 20 February 1991 dan didaftarkan di Pejabat Tanah dan Daerah Kuala Selangor No. Pendaftaran Surat Kuasa Wakil Jilid 29 Folio 43 pada 21.3.1991 adalah sah, berkuasa dan mengikat pihak-pihak termasuk Defendan-Defendan. (b) Sama ada Defendan Pertama, Defendan Kedua, Defendan Ketiga dan Defendan Keempat adalah merupakan pemegang Amanah secara konstruktif untuk ¼ bahagian tanah dan sebuah rumah dalam hartanah yang dipegang di bawah GM 59, Lot 1197, Mukim Api-Api, Daerah Kuala Selangor ("hartanah tersebut”) bagi pihak Plaintif apabila hartanah tersebut diturunmilik kepada nama Defendan Pertama dan Defendan Kedua dan kemudiannya dipecahkan menjadi dua geran berasingan [hakmilik HSM 3797, Pt 243, Pekan Asam Jawa, Daerah 24 Kuala Selangor dan di bawah hakmilik HSM 3798, PT 244, Pekan Asam Jawa, Daerah Kuala Selangor] oleh Defendan Pertama dan Defendan Kedua berikutan kewujudan Surat Kuasa Wakil tidak boleh batal bertarikh 19 Februari 1991 tersebut. (c) Sama ada Perintah Pembahagian ke atas Guaman Pembahagian No. JKPTGPK/10/04/0161/2015 yang dikeluarkanoleh Pentadbir Tanah Kuala Selangor, Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (Persekutuan) Negeri Selangor, Unit Pembahagian Pusaka Selangor Barat Laut pada 15 Jun 2015 adalah menjadi batal dan tidak sah dalam keadaan jika Plaintif dapat membuktikan bahawa:- (i) Surat Kuasa Wakil tidak boleh batal bertarikh 19 Februari 1991 adalah sahdan mengikat Defendan-Defendan; (ii) Fakta berkenaan Kewujudan Surat Kuasa Wakil bertarikh 19 Februari 1991 yang di mana arwah Zaharah binti Jaafar (No. K/P: 290602-10- 5108/3679275) ("simati”) telah menyerahkan ¼ bahagian tanah dan sebuah rumah dalam hartanah tersebut kepada Plaintif telah tidak didedahkan kepada Defendan Kelima semasa 25 permohonan pusaka dan bicara pusaka; dan (iii) Fakta berkenaan bahawa Plaintif dan suami serta anak-anak mereka telah menetap dan tinggal di rumah dalam hartanah tersebut sejak Plaintif kecil sehingga kini telah tidak didedahkan kepada Defendan Kelima semasa permohonan pusaka dan bicara pusaka. (d) Sama ada turunmilik hartanah yang dipegang di bawah GM 59, Lot 1197, Mukim Api-Api, Daerah Kuala Selangor kepada Defendan Pertama dan Defendan Kedua yang didaftarkan pada 7 Julai 2015 dan pecah bahagian hartanah tersebut kepada dua geran berasingan yang kini dipegang di bawah hakmilik HSM 3797, PT 243, Pekan Asam Jawa, Daerah Kuala Selangor dan di bawah hakmilik HSM 3798, PT 244, Pekan Asam Jawa, Daerah Kuala Selangor adalah tidak sah dan terbatal. (e) Sama ada berdasarkan fakta dan ketarangan kes, Plaintif berhak untuk mendapatkan perintah, relif dan gantirugi seperti yang diplidkan dalamperenggan 49 (a) sehingga 26 perengan 47 (s) Pernyataan Tuntutan tersebut terhadap Defendan-defendan? Dan isu tambahan bagi tujuan perbicaraan pada 25.1.2018 dan 23.2.2018: (f) Samada Kasih Sayang Semula Jadi wujud diantara Pemberi Surat Kuasa Wakil dan Penerima Surat Kuasa Wakil 8. Dalam meneliti persoalan-persoalan yang perlu diputuskan oleh mahkamah ini, saya mendapati ianya saling berkaitan diantara satu sama lain. Justeru, tumpuan saya adalah lebih kepada isu yang pertama mengenai kesahihan Surat Kuasa Wakil bertarikh 19 Februari 1991. Ini adalah kerana sebarang keputusan mengenai isu ini akan memberikan kesan terhadap persoalan-persoalan lain yang dinyatakan diatas. ISU UTAMA Sama ada Surat Kuasa Wakil yang bertarikh 19 February 1991 yang didaftarkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam No. Pendaftaran: 504/91 pada 20 February 1991 dan didaftarkan di Pejabat Tanah dan Daerah Kuala Selangor No. Pendaftaran Surat Kuasa Wakil Jilid 29 Folio 43 pada 21.3.1991 adalah sah, berkuasa dan mengikat pihak-pihak termasuk Defendan-Defendan. 27 9. Dalam meneliti isu ini, adalah menjadi keperluan untuk menyemak semula kandungan Surat Kuasa Wakil yang antara lain memperuntukan bahawa: “know all men by these presents that I, Zaharah binti Jaafar, No Kad Pengenalan: 3679275 (Biru) adalah seorang warganegara Malaysia yang beralamat di Batu 37, Kampong Assam Jawa, 45700 Bukit Rotan, Selangor do hereby nominate and appoint Hanizah binti Sulaiman, No Kad. Pengenalan A 0582477 (Biru) adalah seorang warganegara Malaysia yang beralamat di Batu 37, Kampong Assam Jawa, 45700 Bukit Rotan, Selangor Darul Ehsan to be my attorney for me and in my name or otherwise to do all or any of the following things within the 1. To demand, sue for, recover and receive by all lawful ways and means from all and every person whom it may concerns all moneys, rents, debts, tributes, dues, goods, and property whatsoever which now are or may hereafter become due, owing, payable or belonging to me upon or by virtues of any judgment, decree, bill, bond, promissory note, account or upon any instrument relating thereto; and upon receipt and recovery of the same to grant sufficient acquittances, releases and discharges, and in case of non-payment or non-delivery to distrain and to take such action in law or other proceedings as may necessary for the recovery of the same. 28 2. To state, settle, adjust, compound, and compromise all accounts, claims, demands and differences between myself any other person or persons and if advisable to refer any such matters to arbitration and for that purpose to sign, seal and executive any agreement of reference or any instrument necessary. 3. To appear before judge, Magistrate or any Public Officer in connection with any of the matters herein contained. To appeal from any order or judgment given against me. 4. To exercise any of the powers vested in me by virtue of any Charge or Bill of Sale, to lodge any Caveats and to withdraws the same and to apply for orders to sell, to transfer any such Charges or Bills of sale, and to sign and execute any discharges or releases in connection with such charges or Bills of Sale. To sign and execute any charges of which I am the Chargee or one of the Chargees. 5. To let, lease, or sub-lease my said land only upon such terms as my said Attorney should think advisable to accept the surrender of any lease or sub-lease and for that purpose to sign all necessary agreements surrenders or other instruments. 29 6. To appear in any court or courts to procure Letter of Administration with or without the will annexed of the estate and effects of any deceased debtor or debtors and to execute such bond, covenant or other obligation as may be required upon the grant of such Letters of Administration. 7. To manage and conduct my business in my said land under No. MG. 59, Lot 1197, Mukim of Api-Api, District Kuala Selangor, Selangor and to do and perform all acts or things in the execution of the said business as fully and completely as I might do were personally present. 8. To sell to any person all or any of my lands, my said land only. Whether now belonging to me or which shall hereinafter belong to me and for that purpose to sign and execute all transfers and other instrument necessary. 9. To charge or mortgage any of my said the mentioned land only for that purpose to sign all necessary charges and other documents. 10. To borrow such sums of money and upon such terms as my said Attorney shall deem expedient upon my personal security or the security of any of my property movable or 30 immovable in the Federation of Malaysia only and for such purpose to give and execute such morgages, charges, bills of sale, pledges, promissory notes, bills of exchanges, guarantee or other securities, and with such powers and provisions as may be thought proper. 11. To draw, accept, endorse, give or negotiate or concur with others in drawing, accepting, endorsing, giving or negotiating cheques, bills, notes, or other securities for the goods purchased or for the purpose of borrowing or raising money or otherwise. 12. To surrender any of my leases, or title deeds in exchange for others or otherwise as my said Attorney shall think advisable. 13. To enter into possession of all the said land only property, to give notice to quite, to increase the rents of my lands and houses, to take down, rebuild, alter, improveor repair ail or any of such houses or buildings as occasion may require and to do every act and thing for the improvement of the same. 14. To purchase land, mines, houses and movable property and for the purpose to sign all necessary agreements, transfers and other documents. 31 15. To apply for lands for buildings, mining, agricultural or other purposes and to accept such titles as may be advisable. 16. To accept the lease or sub-lease of any land whether for agricultural, mining or other purposes from any person or persons upon such terms as my said attorney may think fit and for that purpose to sign all necessary writings and other instruments relating thereto and to surrender same for cancellation. If advisable. 17. To apply for and obtain rubber coupons, licenses, certificates of standard production or other document under the Rubber Regulation Enactment 1934, to transfer the same and to do and perform ail such acts deeds and things as may be necessary under the Rubber Regulation Enactment 1934 or any other Enactment for the time being in force or of any rules made thereunder. 18. To invest any moneys upon morgages or charges of lands, houses, stock in trade, goods and chattels, promissory notes, or other securities and from time to time to vary such investments or any of them for others of the same or a like nature as my said attorney think fit. 32 19. To make any affidavit or proof of any debt or debts due or claimed to be due to me in any proceeding taken or hereafter to be taken by or against any person firm or company under the Bnakruptcy Enactment or the Companies Enactment or any other Enactment or Ordinance for the time being in force, to attend at all meetings of creditors under any such proceedings and to propose second of vote for or against any resolution at any such meeting and generally to act for me in all proceedings whether by way of bankruptcy or liquidation by arrangement or by composition which may be taken against any debtor of mine as my said Attorneyshall think fit. 20. To place money to my credit at my Bank on current account or deposit in my name and from time to time withdraw all money which is now or hereafter may be at any bank or to overdraw to such extent as my said Attorney may think fit and to draw, sign anf endorse cheques on any Bank or any receipt or document necessary for this purpose. 21. To concur in doing any of the acts and things herein contained with any person or persons interested in the premises. 22. To substitute and appoint from time to time one or more attorney or attorneys with the same or 33 more limited powers and such substitutes at pleasure to remove and another or others to appoint. 23. Surat Kuasa Penuh ini tidak boleh ditarik balik ataupun dibatalkan dengan apa cara sekalipun sama ada kepapaan atau kematian saya kerana ¼ bahagian (½ ekar) tanah saya serta sebuah rumah yang didirikan di atas tanah tersebut telah saya serahkan kepada Penerima Surat Kuasa Penuh ini dengan kerelaan serta keihkhlasan hati saya sendiri diatas kasih sayang saya (ibu) kepada anak angkat saya. 24. Penerima surat kuasa penuh ini dan waris-waris adalah berhak terhadap ¼ bahagian tanah dan rumah tersebut buat selama-lamanya dan selebih baiknya iaitu ¾ bahagian (satu ekar setengah) adalah hak saya dan waris-waris saya. 25. This power is given IRREVOCABLE. And generally to do all acts and things and sign and execute all such documents as may be necessary for effectuating any of the purpose aforesaid as fully and completely as I myself could do if personally present. And I hereby agree to ratify and confirm all and whatsoever my said attorney or his substitute 34 shall lawfully do in the permises by virtue of these presents." Sub Isu (a) Apakah Surat Kuasa Wakil ini? 10. Meneliti kepada Surat Kuasa Wakil tersebut, ianya mempunyai 26 Klausa, tetapi Klausa 1 hingga 23 memberikan kuasa kepada penerima surat kuasa untuk mengurus tadbir terhadap hartanah tersebut. Merujuk kepada kes: Chitra Claire Pillai Joseph Sandra v. Noel John Bernatt (2016) 2 CLJ 78, Kamaludin Md Said J menyatakan bahawa: “……..Surat Kuasa Wakil ini tidak dipertikaikan oleh defendan atau mana-mana pihak, oleh itu ianya adalah satu instrumen wakil yang sah daripada plaintif kepada RRJ untuk melakukan semua perkara atas nama plaintif seolah-olah RRJ adalah plaintif. Saya juga mendapati perkara-perkara yang dinyatakan dalam Surat Kuasa Wakil itu merangkumi semua aspek berkenaan obligasi dan liabiliti plaintif termasuk menghadiri mahkamah dan membuat rayuan terhadap apa-apa perintah atau penghakiman yang diberikan terhadap plaintif, membuat afidavit, urusan penjualan, gadaian dan pajakan tanah dan harta alih plaintif. Surat Kuasa Wakil juga memperuntukkan supaya pemegang Surat Kuasa Wakil melakukan semua tindakan dan perkara-perkara yang perlu dan menandatangani dan melaksanakan semua dokumen yang perlu bagisemua tujuan sepenuhnya dan lengkap sebagaimana plaintif boleh melakukan jika beliau sendiri hadir………………………..” 35 Merujuk kepada kes diatas, Surat Kuasa Wakil (Power of Attorney) merupakan suatu instrument pelantikan wakil kuasa oleh Pemberi Kuasa kepada Penerima Kuasa untuk sesuatu tujuan tertentu bagi pihak Pemberi Kuasa sekiranya Pemberi Kuasa tidak mampu membuat tugas-tugas tersebut. Justeru, suatu Surat Kuasa Wakil merupakan suatu instrument atau dokumen-dokumen perjanjian atau akuan berkanun dimana Pemberi Kuasa, mewakilkan kuasanya kepada Penerima Kuasa Wakil untuk mentadbir sesuatu hartanah dan mengikat kedua-dua belah pihak serta boleh dikuatkuasakan menurut undang-undang sebagaimana Akta Surat Kuasa Wakil 1949. Lanjutan, dalam kes: Magnum Finance Bhd. v. Ling Sing Ping (1988) 2 M.L.J. 403, Siti Norma Yaakob J mengatakan bahawa: “………….the power of attorney authorizes Bank to charge the defendant's property, but I consider that the power to do so must be read in its context in the power of attorney to determine the limitations of such power.” Sub Isu (b) Kesahihan Surat Kuasa Wakil ? 11. Dalam meneliti isu ini, adalah menjadi keperluan untuk meneliti peruntukan-peruntukan berkaitan menurut Power of Attorney Act 1949. 5. Revocation Every instrument purporting to create a power of attorney of which a true copy or an office copy has been deposited in the office of the 36 Registrar or a senior Assistant Registrar in accordance with this Act or any law repealed by this Act whether before or after the commencement of this Act, shall, so far as the said instrument is valid and so far as may be compatible with the terms of the instrument, continue in force until notice in writing of the revocation thereof by the donor, or of the renunciation thereof by the donee, has been deposited in every office in which the office copy or true copy thereof has been so deposited, or either the donor or the donee has died or the donee has become of unsound mind, or the donor has been adjudged to be of unsound mind or a receiving order has been made against him in bankruptcy. 6. Powers of Attorney given for Valuable (1) If a power of attorney, given for valuable consideration, is in the instrument creating the power expressed to be irrevocable, then, in favour of a purchaser— (a) the power shall not be revoked at any time, either by anything done by the donor of the power without the concurrence of the donee of the power, or by the death, marriage, mental disorder, unsoundness of mind, or bankruptcy of the donor of the power; and (b) any act done at any time by the donee of the power, in pursuance of the power, shall be as valid as if anything done by the donor of the power without the concurrence of the donee of the power, or the death, marriage, mental disorder, unsoundness of mind, or bankruptcy of the donor of the power, had not been done or happened; and (c) neither the donee of the power, nor the purchaser, shall at any time be prejudicially affected by notice of anything done by the donor of the power, without the concurrence of the 37 donee of the power, or of the death, marriage, mental disorder, unsoundness of mind, or bankruptcy of the donor of the power. Dalam menentukan isu ini, saya turut merujuk kepada buku: NS Bindra’s, Interpretation of Statutes by MN Rao and Amita Dhanda, Lexis Nexis Butterworth, 10th Edition, mukasurat 403- 404 yang menerangkan bahawa: “…………the function of the court is only to expound and not to legislate. The dominant purpose in construing a statute is to ascertain the intent of the legislature, as expressed in the statute, considering it as a whole and in the context. The most fair and rational method for interpreting a statute is by exploring the intention of legislature through the most natural and probable signs which are either the words, the context, the subject matter, the effects and consequences, or the spirit and reason of the law. In the court of law what the legislature intended to be done or not to be done can only be legitimately ascertained from that what it has chosen to enact, either in express words or by reasonable and necessary implication………….it is elementary that the primary duty of a court is to give effect to the intention of the legislature as expressed in the words used by it and no outside consideration can be called In aid to find that intention…………”. Lanjutan daripada ini juga, saya turut merujuk kepada Seksyen 17A Interpretation Act 1967 yang memperuntukkan : 38 “17A Regard to be had to the purpose of the Act In the interpretation of a provision of an Act, a construction that would promote the purpose or object underlying the Act (whether that purpose or object is expressly stated in the Act or not) shall be preferred to a construction that would not promote that purpose or object............." 12. Pada hemat saya dan saya ingin menegaskan bahawa dalam menilai kedua-dua peruntukan Seksyen 5 dan 6 Akta Kuasa Wakil 1949, melalui susunan perkataan dan kesannya adalah sangat jelas. Dalam keadaan yang sedemikian, adalah menjadi tugas mahkamah ini untuk memberi kesan dan niat undang-undang itu sendiri. Justeru itu,Surat Kuasa Wakil (P5) yang kini berada dalam milikan Plaintif adalah sudah terbatal dan tidak boleh dikuatkuasakan lagi. Saya ingin menegaskan bahawa Surat Kuasa Wakil bukanlah suatu instrument untuk memberi harta tetapi hanyalah memberi kuasa untuk mengurus ¼ hartanah semasa Pemberi Surat Wakil Kuasa masih hidup dan merujuk kepada peruntukan undang-undang menurut Seksyen 5 dan 6 Akta Surat Kuasa Wakil 1949 di atas, adalah jelas menunjukkan bahawa apabila berlakunya kematian pemberi kuasa atau penerima kuasa, maka Surat Kuasa Wakil tersebut akan terbatal dengan sendirinya. Dalam memutuskan isu ini, saya ingin menyatakan juga bahawa sesuatu Surat Kuasa Wakil adalah tidak sama dari segi prinsip dan konsepnya dengan janji, Wasiat ataupun keputusan niat simati. (P5) hanyalah Surat Kuasa Wakil dan ianya bukanlah Janji, Wasiat ataupun Keputusan Niat simati. Sesuatu Surat Kuasa Wakil tidak akan 39 dan tidak pernah akan menjadi Janji, Wasiat ataupun keputusan Niat simati kerana ianya berbeza dari segi prinsip dan konsepnya dan dari sudut perundangan ianya juga sangat berbeza. 13. Dalam keadaan yang sebenar, (P5) yang diterima oleh Plaintiff adalah menerima satu instrument untuk mengurus hartanah simati. (P5) terbatal apabila salah seorang meninggal dunia. Manakala Hibah adalah suatu pemberian atas kasih sayang semasa hidup kedua-dua pihak. Sekiranya pemberi meninggal dunia hata itu dipulangkan kepada warisnya semula dan sekiranya penerima hibah meninggal dunia maka hibah tersebut terbatal. Syarat-syarat hibah hendaklah dipatuhi dahulu sebelum dimeterai. Manakala Wasiat adalah pemberian seseorang kepada seseorang yang lain yang tiada hubungan darah. Wasiat hanya boleh dikuatkuasakan setelah pembuat wasiat meninggal dunia dan harta simati itu menjadi harta pusaka dan hanya boleh diwasitakan 1/3 bahagian dari jumlah harta orang yang membuat wasiat tersebut. 14. Dalam meneliti kepada penghujahan peguam Plaintiff dan nas-nas yang dikemukakan, pada hemat saya ianya tiada mempunyai sebarang kaitan dan releven dalam perbicaraan kes ini, kerana hubungan kasih sayang semulajadi diantara Plaintiff dengan Simati tidak boleh diterimapakai memandangkan dalam prinsip hukum Islam, hanya Waris Khadim/Waris Asabah sahaja yang berhak keatas harta pusaka ibubapanya. Nas-nas yang dirujuk oleh peguam Plaintiff pada hemat saya, akan hanya terpakai 40 masyarakat bukan Islam yang mana hubungan kasih sayang semulajadi diantara anak angkat dengan ibu angkat terpakai sedangkan dalam hukum Islam hubungan kasih sayang semulajadi hanya ujud melalui pertalian darah sahaja. Tambahan pula nas-nas kes yang dirujuk tersebut hanyalah merujuk kepada penggunaan Wasiat untuk pemberian harta-harta. Dalam kes perbicaraan ini, tuntutan yang dibuat oleh Plaintiff hanyalah berdasarkan Surat Kuasa Wakil yang ditadbir menurut Akta Surat Kuasa Wakil 1949. Justeru itu, penggunaan Seksyen 26 Akta Kontrak 1950 tidak mungkin terpakai sama sekali. Sub Isu (c) Adakah Defendan-defendan merupakan “Privy” dengan Plaintiff untuk melaksanakan Surat Kuasa Wakil (P5)? 15. Melalui Surat Kuasa Wakil (P5), hanya dua Klausa sahaja yang tertulis dalam Bahasa Malaysia seperti mana berikut: 24. Surat Kuasa Penuh ini tidak boleh ditarik balik ataupun dibatalkan dengan apa cara sekalipun sama ada kepapaan atau kematian saya kerana ¼ bahagian (½ ekar) tanah saya serta sebuah rumah yang didirikan di atas tanah tersebut telah saya serahkan kepada Penerima Surat Kuasa Penuh ini dengan kerelaan serta keihkhlasan hati saya sendiri diatas kasih sayang saya (ibu) kepada anak angkat saya. 41 25. Penerima surat kuasa penuh ini dan waris-waris adalah berhak terhadap ¼ bahagian tanah dan rumah tersebut buat selama-lamanya dan selebih baiknya iaitu ¾ bahagian (satu ekar setengah) adalah hak saya dan waris-waris saya. Dalam menilai kedua-dua klausa diatas, adalah jelas ianya merujuk kepada dua belah pihak yang terlibat iaitu Pemberi Kuasa dan Penerima Kuasa. Pihak yang terikat dengan Surat Kuasa Wakil ini adalah Simati dengan Plaintiff. Defendan Pertama, Kedua, Ketiga dan Keempat bukanlah pihak terlibat dalam (P5) tersebut. Dalam penghakiman awalan saya, apabila salah seorang pihak di dalam Surat Kuasa Wakil meninggal, maka Seksyen 5 Akta Surat Kuasa Wakil 1949 adalah terpakai dan akan mengakibatkan Surat Kuasa Wakil Tersebut terbatal. Adalah menjadi hemat saya, dengan ketiadaan Balasan di dalam Surat Kuasa Wakil (P5) dan berikutan dengan kematian Zaharah Jaafar(simati) selaku Pemberi Kuasa, maka (P5) tersebut sudahpun terbatal dan tidak boleh berkuatkuasa. Memandangkan tiada sebarang kaitan (nexus)diantara Defendan-defendan dengan pihak Plaintiff, saya mendapati tindakan Plaintif untuk menyaman dan mengambil tindakan terhadap Defendan Pertama, Kedua, Ketiga dan Keempat tiada mempunyai sebarang merit dan justifikasi serta tiada kuatkuasa undang-undang. 16. Dalam meneliti kedua-dua klausa 24 dan 25 diatas, adalah jelas ianya memberikan ¼ bahagian tanah dan rumah kepada Plaintiff. 42 Sungguhpun begitu, pada hemat saya, sekiranya suatu pindahmilek tersebut berlaku berdasarkan perasaan kasih sayang sekalipun sepertimana dalam kes ini, namun pindahmilek hartanah hendaklah menurut undang-undang dibawah Kanun Tanah Negara 1965 yang memerlukan penggunaan instrument tertentu dan hendaklah didaftarkan menurut Seksyen 206 Kanun Tanah Negara. 206. Need for proper instrument of dealing duly registered (1) Subject to the following provisions of this section- (a) every dealing under this Act shall be effected by an instrument complying with the requirements of section 207 to 212; and (b) no instrument effecting any such dealing shall operate to transfer the title to any alienated land or, as the case may be, to create, transfer or otherwise affect any interest therein, until it has been registered under Part Eighteen. 17. Melalui fakta-fakta kes disepanjang perbicaraan, saya mendapati simati tidak pernah berhasrat untuk menyerahkan ¼ bahagian tanah GM59, Lot 1197, Mukim Api-api, Daerah Kuala Selangor, Selangor (hartanah tersebut) dan rumah diatas tersebut melalui (P5). Sekiranya (P5) diperolehi secara sah oleh Plaintiff, tindakan untuk menukar hakmilek kepada Plaintiff sudah dapat dilaksanakan tanpa sembunyi dan sorok daripada pengetahuan Defendan-defendan. Simati semasa hayatnya telah membuktikan niat beliau untuk terus menyerahkan hartanah tersebut kepada Defendan Ketiga dan 43 Defendan Keempat. Persoalannya mengapa arwah simati tidak melakukan perkara yang sama kepada Plaintiff sekiranya beliau berhasrat untuk menyerahkan apa-apa harta beliau kepada Plaintiff. Saya mendapati tiada ujud sebarang keterangan yang menunjukkan simati pernah menandatangan Borang 14A di bawah Kanun Tanah Negara untuk pindahmilik ¼ bahagian tanah dan rumah kepada Plaintif. Kalaulah begitu, dalam keadaan sedemikian, saya mendapati tuntutan Plaintif untuk memindahmilik ¼ bahagian tanah dan rumah kepada beliau adalah tiada sebarang merit dan justifikasi. Adalah menjadi hemat saya bahawa tanpa sebarang bentuk instrument yang khusus, klausa-klausa diatas hanya menjelaskan bahawa Plaintif hanya mempunyai ikatan kontrak terhadap simati tetapi tiada sebarang kontrak dengan Defendan Pertama, Kedua, Ketiga dan Keempat dan Defendan-defendan bukannya privy dalam Surat Kuasa Wakil (P). Dalam keadaan Surat Kuasa Wakil (P5) yang kini sudah terbatal dan tidak boleh dikuatkuasakan, bagaimana mungkin untuk mengikat Defendan Pertama, Kedua, Ketiga dan Keempat dalam isu ini kerana mereka bukanlah pihak-pihak dan tidak privy dalam (P5) serta tidak terikat dengan klausa-klausa tersebut. Sub Isu (d) Kesahihan Surat Kuasa Wakil (P5)? - Adakah Defendan-defendan mengetahuinya? - Surat Akuan Defendan Ketiga? - Plaintiff membuat rayuan kepada Pendaftar? 44 18. Dalam meneliti keterangan Defendan Ketiga semasa dimahkamah, saya mendapati beliau seorang yang cacat pendengaran. Kecacatan ini turut saya temui dalam Ekshibit (D45)(D46). Tambahan pula beliau mempunyai kurang daya penglihatan. Dalam keterangan dimahkamah, beliau menyatakan bahawa beliau tidak dapat mendengar dengan jelas dan tidak nampak apakah dokumen yang beliau dipaksa menurunkan tandatangan. Saksi ini turut tidak boleh memahami Bahasa Inggeris. Beliau menafikan dan menolak segala kenyataan di dalam Ekshibit (P39) yang telah dibuat pada 25 Oktober 2016 kerana dipaksa oleh Plaintif dan bukan secara sukarela. Defendan Ketiga telah membuat Laporan Polis (P29) dimana D3 telah memaklumkan beliau telah menerima panggilan telefon daripada Plaintif dan meminta beliau mengambilnya di rumah dan seterusnya menurunkan tandatangan diatas dokumen tersebut. Semasa mendengar keterangan saksi ini dan melihat kepada keadaan fizikalnya serta kepayahan memahami Bahasa Inggeris, saya mendapati cerita beliau bahawa beliau tiada mengetahui tentang keujudan Surat Kuasa Wakil (P5) tidak boleh ditolak begitu sahaja (cannot be ruled out). 19. Sewaktu Defendan Pertama, Kedua, Ketiga dan Keempat memberikan keterangan dimahkamah, saya mendapati sememangnya mereka tidak mempunyai pengetahuan akan kewujudan Surat Kuasa Wakil ini (P5) ini. Sepanjang ibu mereka masih hidup, mereka tidak pernah diberitahu oleh ibu mereka bahawa ¼ bahagian tanah beserta sebuah rumah ingin diberikan kepada Plaintif. Kenyataan mereka amat konsisten dan lancar 45 menjawab pelbagai soalan daripada peguamcara Plaintif. Pihak Defendan-defendan tidak mengetahui mengenai (P5) sehinggalah dimaklumkan oleh peguamcara Plaintif melalui surat mereka di (P14) dan apabila diserahkan salinan (P5) melalui surat peguamcara Plaintif di (P16). Justeru itu, sekiranya Defendan-defendan tiadamempunyai pengetahuan tersebut, bagaimanakah mungkin boleh dikatakan mereka telah menyorokkan fakta tersebut di hadapan Defendan Kelima ketika perbicaraan pembahagian pusaka pada 15 Jun 2015. Saya turut mendapat alasan Defendan-defendan tidak menamakan Plaintif atau memberi keterangan mengenai Plaintif semasa sidang perbicaraan pembahagian pusaka kerana Plaintif bukanlah waris kadim simati adalah munasabah. 20. Secara alternatifnya, sekiranya dikatakan benar bahawa Defendan Pertama, Kedua, Ketiga dan Keempat telah menyorok atau menyembunyikan Ekshibit (P5) semasa Perbicaraan Pembahagian Harta Pusaka, saya penuh berkeyakinan bahawa isu ini tiada memberikan sebarang kesan kepada perbicaraan tersebut. Ini berikutan peruntukan Seksyen 5 Akta Kuasa Wakil 1949 secara jelas mengatakan bahawa Surat Kuasa Wakil tersebut adalah terbatal apabila Pemberi Surat Wakil tersebut meninggal dunia dan perkara ini telah berlaku kepada Zaharah binti Sulaiman (simati) sebagai Pemberi Kuasa Wakil yang telah meninggal dunia pada 26 Disember 2009. Adalah menjadi hemat saya bahawa, hujahan peguam Plaintiff yang mengatakan bahawa keempat-empat Defendan telah menyorokkan keujudan Surat Kuasa Wakil (P5) semasa 46 perbicaraan pembahagian pusakan dihadapan Defendan Kelima tiada memberikan sebarang kesan berikutan walaupun sekiranya (P5) itu dibawa kepada pengetahuan Defendan Kelima sekalipun, ianya tidak mungkin mengubah keputusan perintah pembahagian pusaka berdasarkan kepada alasan-alasan tersebut diatas. 21. Dalam saya meneliti peruntukan-peruntukan yang terkandung didalam Small Estate (Distribution) Act 1955 (Revised 1972) jelas menunjukkan tanggungjawab Plaintiff untuk membuat rayuan kepada Pendaftar sekiranya beliau merasakan ada mempunyai hak ke atas hartanah tersebut. Seksyen 8 Small Estates (Distribution) Act 1955 (Revised 1972) memperuntukan: 8. Petition for distribution (1) Where any person has died intestate leaving a small estate, any person claiming to be interested in the estate as a beneficiary, or a creditor, or a purchaser, or in the circumstances mentioned in subsection 18(1) the penghulu or a Settlement Officer of the district or of the locality in which any land of which the deceased was the proprietor is situated, or the Official Administator, may lodge with the land Administrator at any district wherever the immovable property comprised in the estate is situated a petition in the prescribe form, for the distribution of the estate; 47 Dalam meneliti perbicaraan kes ini, saya tiada mendapati sebarang bentuk dokumen mahupun keterangan yang menunjukkan Plaintiff telah mengambil tindakan diatas. Pada hemat saya, kegagalan Plaintiff mengambil tindakan tersebut telah menjelaskan “misteri Surat Kuasa Wakil (P5)” bahawa beliau sebenarnya tiada mempunyai sebarang hak keatas hartanah tersebut berikutan Surat Kuasa Wakil (P5) terbatal dan tiada kuatkuasa berikutan kematian simati. Dalam keadaan yang sedemikian, saya merujuk kepada kes:Ahmad bin Abdul Majeed Lwn Habibah bte Abdul Majid & Ors (2001) 2 MLJ 245, Rahmah Hussain J menyatakan: "………..Mahkamah Tinggi tidak mempunyai bidangkuasa untuk melayani atau mendengar tuntutan plantif untuk mengenepikan perintah pembahagian harta pesaka tersebut yang dibuat oleh Pentadbir Tanah Daerah Gombak, Perkara yana dibuat oleh adalah berkaitan dengan harta pesaka kecil yang mana tertakluk kepada peruntukan Akta tersebut dan ia terletak dibawah bidang kuasa asal pentadbir tanah secara esklusif. Plaintif sebagaimana diperuntukkandi bawah s 29(1) Akta seharusnya membuat rayuan terhadap keputusan Petadbir Tanah Daerah Gombak yang dibuat pada 23 November 1993 tersebut...." Section 29(1) Small Estates (Distribution) Act 1955: "Subject to the other provisions of this Act and to subsection (5) any person aggrieved by any order, decision or act made or done by a Collector under this Act may appeal to the High Court: 48 Provided that no appeal shall lie from any such order, decision or act so far as the same is based on and in accordance with a decision of the Ruler or of any other person or body in respect of a reference under paragraph 19(1)(a) or in accordance with the opinion of the High Court in respect of a reference under paragraph 19(1)(b) Justeru, saya ingin menegaskan bahawa Mahkamah Tinggi tidak ada mempunyai bidang kuasa untuk melayani atau mendengar tuntutan Plaintif untuk mengenepikan perintah pembahagian harta pesaka tersebut yang dibuat oleh Pentadbir Tanah Kuala Selangor. Perkara yang dibuat oleh Plaintif adalah berkaitan dengan harta pesaka kecil yang mana tertakluk kepada peruntukan Akta tersebut dan ia terletak dibawah bidang kuasa asal Pentadbir Tanah secara esklusif. Plaintif seharusnya membuat rayuan terhadap keputusan Petadbir Tanah Daerah Kuala Selangor tetapi bukannya mengambil tindakan undang-undang terhadap Defendan Pertama, Kedua, Ketiga dan Keempat. KESIMPULAN 22. Berdasarkan kepada keterangan-keterangan saksi, keterangan dokumentar dan nota prosiding perbicaraan, saya ingin merumuskan berikut : 49 (a) Surat Kuasa Wakil yang bertarikh 19 February 1991 yang didaftarkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam No. Pendaftaran: 504/91 pada 20 February 1991 dan didaftarkan di Pejabat Tanah dan Daerah Kuala Selangor No. Pendaftaran Surat Kuasa Wakil Jilid 29 Folio 43 pada 21 March1991 adalah tidak sah, terbatal, tiada kuatkuasa undang-undang dan tidak mengikat pihak-pihak termasuk Defendan-Defendan. (b) Persoalan-persoalan berikut adalah dijawab dengan Negatif. (1) Sama ada Defendan Pertama, Defendan Kedua, Defendan Ketiga dan Defendan Keempat adalah merupakan pemegang Amanah secara konstruktif untuk ¼ bahagian tanah dan sebuah rumah dalam hartanah yang dipegang di bawah GM 59, Lot 1197, Mukim Api-Api, Daerah Kuala Selangor ("hartanah tersebut”) bagi pihak Plaintif apabila hartanah tersebut diturunmilik kepada nama Defendan Pertama dan Defendan Kedua dan kemudiannya dipecahkan menjadi dua geran berasingan [hakmilik HSM 3797, Pt 243, Pekan Asam Jawa, 50 Daerah Kuala Selangor dan di bawah hakmilik HSM 3798, PT 244, Pekan Asam Jawa, Daerah Kuala Selangor] oleh Defendan Pertama dan Defendan Kedua berikutan kewujudan Surat Kuasa Wakil tidak boleh batal bertarikh 19 Februari 1991tersebut. (2) Sama ada Perintah Pembahagian ke atas Guaman Pembahagian No. JKPTGPK/10/04/0161/2015 yang dikeluarkan oleh Pentadbir Tanah Kuala Selangor, Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (Persekutuan) Negeri Selangor, Unit Pembahagian Pusaka Selangor Barat Laut pada 15 Jun 2015 adalah menjadi batal dan tidak sah dalam keadaan jika Plaintif dapat membuktikan bahawa :- (i) Surat Kuasa Wakil tidak boleh batal bertarikh 19 Februari 1991 adalah sah dan mengikat Defendan-Defendan; 51 (ii) Fakta berkenaan Kewujudan Surat Kuasa Wakil bertarikh 19 Februari 1991 yang di mana arwah Zaharah binti Jaafar (No. K/P: 290602-10- 5108/3679275) ("simati”) telah menyerahkan ¼ bahagian tanah dan sebuah rumah dalam hartanah tersebut kepada Plaintif telah tidak didedahkan kepada Defendan Kelima semasa permohonan pusaka dan bicara pusaka; dan (iii) Fakta berkenaan bahawa Plaintif dan suami serta anak-anak mereka telah menetap dan tinggal di rumah dalam hartanah tersebut sejak Plaintif kecil sehingga kini telah tidak didedahkan kepada Defendan Kelima semasa permohonan pusaka dan bicara pusaka. 52 (3) Sama ada turunmilik hartanah yang dipegang di bawah GM 59, Lot 1197, Mukim Api-Api, Daerah Kuala Selangor kepada Defendan Pertama dan Defendan Kedua yang didaftarkan pada 7 Julai 2015 dan pecah bahagian hartanah tersebut kepada dua geran berasingan yang kini dipegang di bawah hakmilik HSM 3797, PT 243, Pekan Asam Jawa, Daerah Kuala Selangor dan di bawah hakmilik HSM 3798, PT 244, Pekan Asam Jawa, Daerah Kuala Selangor adalah tidak sah dan terbatal. (4) Sama ada berdasarkan fakta dan ketarangan kes, Plaintif berhak untuk mendapatkan perintah, relif dan gantirugi seperti yang diplidkan dalam perenggan 49 (a) sehingga perengan 47 (s) Pernyataan Tuntuan tersebut terhadap Defendan-defendan? (5) Samada Kasih Sayang Semula Jadi wujud di antara Pemberi Surat Kuasa Wakil dan Penerima Surat Kuasa Wakil Setelah meneliti penghujahan-penghujahan peguam-peguam Plaintiff dan Defendan, diatas Imbangan Kebarangkalian, saya mendapati pihak Plaintiff telah gagal untuk membuktikan kesahihan Surat 53 Kuasa Wakil (P5) dan mengenepikan hak pemilikan mutlak Defendan-defendan terhadap hartanah tersebut. Justeru, permohonan Plaintiff ditolak dengan Kos sebanyak RM10,000.00 bagi setiap Defendan 1 hingga 4. Bertarikh 23 March 2018. (DATO’ HJ. MOHAMAD SHARIFF BIN HJ. ABU SAMAH) Pesuruhjaya Kehakiman (NCVC 6) Mahkamah Tinggi Malaya Shah Alam, Selangor Darul Ehsan Pihak-pihak Kaunsel: Bagi pihak Plaintiff: En. Mohaji bin Selamat Pn. Norhalijah binti Yusoff (Tetuan Mohaji Hazury & Ismail) Bagi pihak Defendan -: Datuk Ismail bin Badiuzzaman defendan En. Shahidan bin Baharom (Tetuan Ismail Badiuzzaman & Assoc.) Defendan Kelima : Puan Nik Haizie Azlin Binti Nabidin (Kamar Penasihat Undang-Undang Selangor) Defendan Keenam: Puan Natrah Binti Mazman (Unit Guaman Cawangan Selangor, Kamar Penasihat Undang-undang Selangor)