a
(a) Kegagalan pihak pendakwaan untuk memanggil dan mengemukakan saksi penting pihak pembelaan dan penolakan permohonan pembelaan untuk memanggil semula saksi pegawai penyiasat (SP10);
/akn/my/judgment/court-of-appeal/2018/f6775a3d-bfbd-4e66-a9f4-f29d91b26ef2
Court of Appeal of Malaysia9 Jan 2018W-05(M)-386-08/2017
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“m as witnesses leads to the inference that if they had been called, their evidence would have been unfavourable to the prosecution. The corollary is that the presumption contained in s 114(g) of the Evidence Act 1950 must be invoked against the prosecution. In the circumstances, I am unable to hold that the exhibits re”
“Having said that, it is our clear view that while the prosecution has a complete discretion as to the choice of witnesses to be called at the trial (see, eg Adel Muhammed el Dabbah v A-G of Palestine [1944] AC 156 at pp 167-169; [1994] 2 All ER 139 at pp 143-144), the most basic limitation upon prosecutorial discretion”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Text
Rayuan Jenayah No: W-05(M)-386-08/2017 1 DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA [BIDANG KUASA RAYUAN] RAYUAN JENAYAH NO: W-05(M)-386-08/2017 ANTARA HARI SINGH KANDA A/L SIMSEER SINGH … PERAYU DAN PENDAKWA RAYA … RESPONDEN [Dalam Perkara Mahkamah Tinggi Malaya di Kuala Lumpur Perbicaraan Jenayah No: 45A-51-09/2016 Antara Pendakwa Raya Lawan Hari Singh Kanda a/l Simseer Singh] KORAM: MOHD ZAWAWI SALLEH, HMR AHMADI HAJI ASNAWI, HMR KAMARDIN HASHIM, HMR PENGHAKIMAN MAHKAMAH [1] Perayu telah didakwa dan dibicarakan di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur (‘hakim bicara’) dengan satu pertuduhan seperti yang berikut: Rayuan Jenayah No: W-05(M)-386-08/2017 2 “Bahawa kamu pada 18 Jun 2016, lebih kurang 6.00 petang, di tepi jalan berhampiran dengan Restoren Dai Sam Yun, No. 461, Batu 3, Jalan Ipoh, di dalam Daerah Sentul, di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah memperedarkan dadah berbahaya iaitu 50.4 gram (32.3 gram Heroin dan 18.1 gram Monoacetylmorphines) dan dengan itu kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah seksyen 39B(2) Akta yang sama.” [2] Di akhir perbicaraan, hakim bicara telah mendapati Perayu bersalah dan disabitkan dengan pertuduhan. Perayu telah dijatuhkan hukuman mati mandatori di bawah seksyen 39B(2) Akta. Terkilan dengan sabitan dan hukuman yang dijatuhkan terhadapnya, Perayu telah memfailkan rayuan ke Mahkamah ini. [3] Kami telah mendengar rayuan Perayu dan di akhir pendengaran rayuan, kami telah membenarkan rayuan Perayu. Dengan sebulat suara, kami telah mengetepikan sabitan dan hukuman mati terhadap Perayu. Perayu. Berikutannya, Perayu diperintahkan dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan. Alasan-alasan kami membenarkan rayuan Perayu ialah seperti berikut. Kes pendakwaan [4] Secara ringkasnya fakta kes pendakwaan ialah seperti berikut. Pada 18.6.2016, jam lebih kurang 5.45 petang, ASP Shaiful Azreen bin Shariman (SP4) telah mengetuai satu pasukan serbuan dan membuat pemerhatian di kawasan Restoren Dai Sum Yuan, Jalan Ipoh. Pasukan serbuan itu turut disertai oleh Inspektor Ismail bin Jamal Abidin (SP5). Selepas 15 minit membuat pemerhatian, sebuah kereta Toyota Vios No. BKA 2875 Rayuan Jenayah No: W-05(M)-386-08/2017 3 berwarna hitam berhenti di tepi jalan berhadapan dengan Restoran tersebut. [5] Seorang lelaki Sikh kelihatan keluar dari tempat pemandu kereta Toyota Vios tersebut dengan memegang satu beg plastik berwarna merah di tangan kanannya. Lelaki Sikh itu kemudiannya telah dicamkan sebagai Perayu. SP4 telah menahan Perayu, memperkenalkan dirinya sebagai pegawai kanan polis sambil menunjukkan kad kuasanya. Perayu dikatakan berada dalam keadaan takut dan tangannya kelihatan menggeletar. [6] SP4 telah membuat pemeriksaan badan Perayu tetapi tidak menemui sebarang barang salah. SP4 kemudiannya memeriksa beg plastik merah (P12) yang dipegang oleh Perayu dan mendapati di dalamnya terdapat 2 sampul surat berwarna coklat (P12A dan P13A). Apabila dibuka, setiap sampul surat itu mengandungi satu bungkusan plastik lut sinar berisi bahan disyakki dadah (P12C dan P13C). Kedua-dua bungkusan plastik lut sinar itu dibalut dengan satu keratan akhbar ‘Starbiz’ (P12B dan P13B). [7] Perayu ditangkap dan bersama dengan barang kes yang dirampas dibawa balik ke IPD Sentul dan kemudiannya diserahkan kepada pegawai penyiasat, Inspektor Zu Ezdiani bte Rosli (SP10). [8] Pada 21.6.2016, jam 2.37 petang, SP10 telah menyerahkan kedua-dua bungkusan plastik lut sinar berisi bahan disyaki dadah P12C dan P13C berserta keratan akhbar P12B dan P13B kepada ahli kimia, Mohamad Hanif bin Omar (SP3) untuk dianalisis. Setelah menjalankan analisis, SP3 Rayuan Jenayah No: W-05(M)-386-08/2017 4 mendapati dan mengesahkan bahawa P12C yang berisi bahan serbuk dan ketulan berwarna putih mengandungi 15.5 gram Heroin dan 10.2 gram Monoacetylmorphines. Manakala bahan serbuk dan ketulan yang terdapat di dalam P13C pula disahkan mengandungi 16.8 gram Heroin dan 7.9 gram Monoacetylmorphines. Jumlah berat keseluruhan ialah 32.3 gram Heroin dan 18.1 gram Monoacetylmorphines, iaitu dadah berbahaya yang menjadi hal perkara dalam pertuduhan. SP3 turut mengesahkan bahawa Heroin dan Monoacetylmorphines adalah disenaraikan dalam Jadual Pertama Akta. Laporan kimia disediakan oleh SP3 seperti P16 (muka surat 17 Rekod Rayuan Jilid 3). Keputusan di akhir kes pendakwaan [9] Di akhir kes pendakwaan, hakim bicara telah mendapati bahawa Perayu mempunyai milikan sebenar dengan pengetahuan terhadap dadah-dadah yang dipertuduhkan yang berada dalam beg plastik berwarna merah (P12) yang dipegang di tangannya. Semasa ditahan oleh SP4, Perayu dalam keadaan takut dan tangannya menggeletar. Kelakuan (conduct) Perayu boleh dibuat inferen yang munasabah bahawa Perayu mempunyai pengetahuan terhadap dadah yang dipertuduhkan. Memandangkan berat dadah-dadah yang terlibat ialah 50.4 gram campuran Heroin dan Monoacetylmorphines, hakim bicara telah mengguna pakai anggapan pengedaran di bawah seksyen 37(da)(iiia) Akta. [10] Hakim bicara telah membuat dapatan di perenggan 44 dan 45 penghakimannya, seperti yang berikut: Rayuan Jenayah No: W-05(M)-386-08/2017 5 “44. Dalam kes ini, saya berpuashati bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan OKT mempunyai jagaan dan kawalan ke atas dadah Heroin dan Monoacetylmorphines yang menjadi hal perkara asas dalam pertuduhan. OKT juga didapati mempunyai pengetahuan “Mens Rea” terhadap dadah tersebut. Oleh kerana berat dadah terlibat melebihi had minima di bawah peruntukan seksyen 37(da)(iiia) Akta Dadah Berbahaya maka Anggapan Mengedar Dadah terpakai dalam kes ini. Berpandukan kepada garis panduan dalam kes: Mohd Radzi bin Abu Bakar v. Public Prosecutor (supra), saya berpuas hati bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan suatu kes “Prima Facie” terhadap OKT di atas pertuduhan yang dihadapkan terhadap beliau. Saya mendapati bahawa OKT telah dibuktikan mempunyai milikan sebenar secara fizikal Heroin dan Monoacetylmorphines seberat 50.4 gram. Justeru itu berdasarkan kepada seksyen 37(da)(iiia) Akta Dadah Berbahaya 1952, OKT telah dianggap mengedar dadah. Oleh itu OKT diperintahkan untuk membela diri atas pertuduhan yang dihadapkan.
section
45. Pada 13 Jun 2017, setelah mahkamah ini menimbangkan segala keterangan-keterangan saksi-saksi pendakwaan terutamanya saksi-saksi (SP4), (SP5) dan (SP9) dan mahkamah ini telah membuat penilaian secara maksima terhadap semua keterangan-keterangan termasuk kredibiliti saksi-saksi, saya memutuskan bahawa pihak Timbalan Pendakwa Raya telah berjaya membuktikan suatu kes “Prima Facie” terhadap Tertuduh dengan memanggil Tertuduh untuk membela diri.” [11] Setelah membuat penilaian maksima terhadap kes pendakwaan, hakim bicara berpuas hati bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan satu kes prima facie. Perayu telah diperintahkan untuk membela dirinya atas pertuduhan yang dihadapkan terhadapnya. Rayuan Jenayah No: W-05(M)-386-08/2017 6 Kes pembelaan [12] Perayu memilih untuk memberi keterangan membela diri secara bersumpah. Perayu turut memanggil dua orang saksi lain untuk menyokong pembelaannya. Mereka ialah Madan Mohan a/l Arumuham (SD2) dan Parameswaran a/l Kuppusamy (SD3). [13] Mengikut Perayu, dia bekerja sebagai agen hartanah dengan sebuah syarikat, Dave Properties. Pada hari kejadian, dia pergi ke Restoran Three Pot untuk berjumpa dengan seorang pelanggan bernama En. Yap untuk merundingkan penyewaan satu unit kondo di Bistari Condominium. Perayu ke sana dengan membawa dokumen Tawaran Untuk Menyewa untuk ditandatangan oleh bakal penyewa termasuk En. Yap dan juga En Soh Peng Ann yang turut berminat untuk menyewa satu unit kondo tersebut. Dia dan En. Yap berada dalam Restoran itu selama lebih kurang 20 minit. Mereka telah memesan makanan dan minuman dari seorang pekerja bangsa Myanmar yang bernama Tun Tun. [14] En. Yap bersetuju untuk menyewa kondo tersebut dan ingin membuat bayaran melalui cek. En. Yap telah berjalan menuju ke arah keretanya untuk mengambil buku cek. Perayu turut keluar dari Restoran Three Pot dan menunggu En. Yap di hadapan Restoran Dai Sam Yun. Ketika itu dia telah ditangkap. En. Yap juga turut ditangkap ketika masih berada di dalam keretanya, sebuah Proton Wira berwarna keemasan yang diletakkan secara ‘double parking’. Perayu menyatakan bahawa keretanya, Toyota Vios berwarna hitam, telah diletakkan di perhentian bas, agak jauh sedikit dari Restoran Three Pot tersebut. Rayuan Jenayah No: W-05(M)-386-08/2017 7 [15] Perayu menyatakan bahawa beg plastik berwarna merah (P12) tersebut turut ditemui dan dirampas oleh pihak polis dari dalam kereta yang dipandu oleh En. Yap. Perayu menafikan bahawa P12 itu telah dirampas dari tangannya dan menafikan pengetahuan terhadap dadah dalam beg P12 itu. [16] Saksi pembelaan SD2 dalam keterangannya menyatakan bahawa dia bekerja sebagai penyiasat persendirian sejak 15 tahun sebelum tarikh kejadian. Dia bekerja dengan Syarikat Mac Millan Solutions. SD2 telah mengemukakan 7 keping gambar yang telah diambil di tempat kejadian termasuklah gambar menunjukkan terdapat CCTV di dalam dan di luar Restoran Three Pot tersebut. [17] Saksi pembelaan SD3 bekerja sebagai pemandu teksi dan juga kereta Grab. Dia menyatakan bahawa pada 18.6.2016, jam lebih kurang 6.00 petang, dia telah membuat ‘double parking’ di tempat kejadian dan menunggu di situ untuk mencari pelanggan. SD3 menyatakan ketika itu dia melihat 7 - 8 pegawai polis telah menangkap 2 orang dan menggari mereka. Dua orang itu, seorang lelaki Cina dan seorang lagi lelaki India (Perayu) kemudiannya telah dibawa masuk ke dalam sebuah kereta. [18] Di akhir perbicaraan, hakim bicara memutuskan bahawa pembelaan Perayu sebagai tidak munasabah dan rekaan semata-mata (mere denial). Hakim bicara mendapati identiti En. Yap tidak pernah wujud dan merupakan rekaan Perayu, oleh itu, hakim bicara menolak pembelaan Perayu. Pembelaan Perayu diputuskan gagal untuk menimbulkan sebarang keraguan yang munasabah dan gagal untuk mematahkan anggapan pengedaran statutori atas imbangan kebarangkalian. Rayuan Jenayah No: W-05(M)-386-08/2017 8 [19] Dengan itu, seperti yang dinyatakan sebelum ini, Perayu telah didapati bersalah dan disabitkan atas pertuduhan. Perayu telah dijatuhi dengan hukuman gantung di leher sehingga mati. Oleh itu rayuan Perayu di hadapan kami. Rayuan Perayu [20] Di hadapan kami peguam perayu terpelajar telah membangkitkan tiga isu berikut:
a
(a) Kegagalan pihak pendakwaan untuk memanggil dan mengemukakan saksi penting pihak pembelaan dan penolakan permohonan pembelaan untuk memanggil semula saksi pegawai penyiasat (SP10);
b
(b) Saksi-saksi pendakwaan SP4, SP5 dan SP9 ialah saksi-saksi yang tidak berkredibel; dan
c
(c) Kegagalan pegawai penyiasat untuk menjalankan siasatan dengan secara saksama dan menyeluruh. Dapatan dan keputusan kami [21] Mengenai isu (a), peguam Perayu menghujahkan bahawa saksi bernama Tun Tun, pekerja dalam Restoran Three Pot, ialah seorang saksi yang penting bagi kes pembelaan. Saksi ini telah melayan Perayu dan dia boleh mengesahkan fakta mengenai kehadiran En. Yap di dalam Restoran tersebut bersama Perayu yang kemudiannya turut ditangkap oleh pihak polis. Saksi-saksi pendakwaan telah menafikan kehadiran dan kewujudan Rayuan Jenayah No: W-05(M)-386-08/2017 9 En. Yap. Hakim bicara memutuskan bahawa identiti En. Yap hanya satu rekaan Perayu semata-mata walaupun penama En. Yap telah ditimbulkan oleh pihak pembelaan sejak dari awal kes pendakwaan lagi. [22] Sebelum menutup kes pendakwaan, Tuan TPR terpelajar telah memaklumkan kepada Mahkamah bahawa saksi awam Tun Tun telah pulang ke negara asalnya Myanmar. Oleh itu, Tun Tun tidak dapat ditawarkan kepada pihak pembelaan. Ini dapat dilihat di muka surat 272 Rekod Rayuan Jilid 2B seperti berikut: “DPP : YA, Yang ini saja saksi yang hadir, tapi jika peguam memerlukan saksi anggota serbuan yang lain juga akan ditawarkan kepada pembelaan. Berkaitan dengan saksi awam Tun Tun, dia dah balik ke Myanmar. Dia memang takkan ada YA pasal dia dah balik. Berkaitan dengan saksi polis ini memang ada YA. Peguam : Pohon jumpa saksi-saksi ini terlebih dahulu.
section
1. D/KpL 133884 Wan Azril
section
2. Konst. 193145 Idzuan
section
3. Konst. 191117 Ng Chi Song
section
4. Tun Tun (No. Passport 983343) [23] Kami telah meneliti Rekod Rayuan dan mendapati bahawa peguam terpelajar telah membuat permohonan di bawah seksyen 425 Kanun Acara Jenayah (KAJ) untuk memanggil semula saksi pegawai penyiasat (SP10) bagi tujuan mengemukakan rakaman percakapan Tun Tun di bawah seksyen 112 KAJ. Selepas mendengar hujahan pihak-pihak, hakim bicara telah menolak permohonan pihak pembelaan. Kami mendapati bahawa hakim bicara telah gagal untuk memberikan alasan-alasan bagi penolakan Rayuan Jenayah No: W-05(M)-386-08/2017 10 tersebut selain menyatakan seperti berikut (di muka surat 315 Rekod Rayuan Jilid 2B): Keputusan Mahkamah: Permohonan peguam ditolak dan Mahkamah juga tidak dapat menggunakan kuasa inherent untuk memanggil I.O bagi mengemukakan percakapan saksi Tun Tun.” [24] Adalah menjadi satu fakta yang tidak dipertikaikan bahawa SP10 telah merakamkan percakapan di bawah seksyen 112 KAJ daripada Tun Tun. Tidak syak lagi bahawa percakapan itu dapat membantu pihak pembelaan untuk menunjukkan kewujudan En. Yap yang hadir dan turut ditangkap di tempat kejadian bersama dengan Perayu. Pada pandangan kami, hakim bicara telah terkhilaf apabila menolak permohonan pembelaan untuk menyoal semula saksi Pegawai Penyiasat (SP10) untuk mengemukakan percakapan Tun Tun. Sepatutnya, hakim bicara melaksanakan budi bicaranya bagi membenarkan permohonan tersebut. [25] Kami bersetuju dengan hujah peguam terpelajar bahawa keputusan hakim bicara menolak permohonan pembelaan untuk memanggil semula SP10 bagi tujuan mengemukakan percakapan saksi Tun Tun di bawah seksyen 425 KAJ adalah satu salaharah yang serius yang telah memprejudiskan Perayu. Percakapan 112 KAJ daripada saksi Tun Tun adalah penting untuk kes pembelaan dan sewajarnya diterima masuk sebagai keterangan untuk pertimbangan oleh hakim bicara selaras dengan peruntukan seksyen 182A KAJ. Dalam keadaan kes ini, hakim bicara telah gagal untuk menimbangkan keseluruhan keterangan yang ada apabila menolak pengemukaan percakapan 112 KAJ dari saksi Tun Tun. Rayuan Jenayah No: W-05(M)-386-08/2017 11 [26] Isu (b) ialah berkaitan dengan kredibiliti saksi-saksi pendakwaan, SP4, SP5 dan SP9. Saksi-saksi pendakwaan semuanya menyatakan bahawa Perayu telah ditangkap sebaik sahaja dia keluar dari kereta Toyota Vios hitam sambil menjinjit satu beg plastik berwarna merah yang berisi dadah. Ini telah dinafikan sekeras-kerasnya oleh pihak pembelaan. Pihak pendakwaan juga menyatakan bahawa En. Yap tidak wujud. Fakta ini juga dipertikaikan oleh pembelaan. Pada pandangan kami, sekiranya Tun Tun dipanggil sebagai saksi atau percakapannya yang dirakam di bawah seksyen 112 KAJ dikemukakan, ia boleh menyokong kes pihak pembelaan. Tambahan pula keterangan SP4, SP5 dan SP9 yang menyatakan bahawa En. Yap tak wujud telah disanggah oleh saksi pendakwaan sendiri iaitu SP10 yang menyatakan bahawa En. Yap telah turut ditangkap di tempat kejadian dan kemudiannya telah dibebaskan atas arahan pegawai atasan. [27] Kami kini merujuk kepada keterangan SP10 yang menyokong versi pembelaan mengenai En. Yap. Setelah ditunjukkan dengan 5 keping gambar (D29 (1-5)) yang diambil oleh Sjn. 88980 Mohamad Shah bin Yusof, SP10 mengesahkan bahawa 5 keping gambar tersebut telah diambil berkaitan dengan pembebasan En. Yap di hadapan perkarangan IPK Kuala Lumpur atas arahan pegawai atasan. Keterangan SP10 di muka surat 244 – 245 Rekod Rayuan Jilid 2B seperti yang berikut: “S : Dengan izin YA this are fotograph taken by on this instruction, could I refer to this photographs, some other photograph my Lord. There are other photograph that she has taken, I was served to this photograph. There are five photographs. Puan Zu telah dirujuk dengan 5 keping gambar, puan Zu boleh mengesahkan ini merupakan gambar-gambar yang diambil atas arahan puan Zu. Rayuan Jenayah No: W-05(M)-386-08/2017 12 : Betul YA : YA saya pohon gambar 5 keping ditandakan sebagai exshibit pembelaan. Puan Zu siapa jurugambar yang mengambil ini, puan Zu. : Jurugambar IPK. : Jurugambar lain, bantu kami dengan memberikan nama, puan Zu. : Sarjan 88980 Mohamad Shah bin Yusof. : Puan Zu saya mencadangkan kepada puan Zu, gambar ini diambil di atas arahan puan Zu, betul. : Betul YA. : Gambar diambil ini di atas arahan puan Zu selepas puan Zu menjalankan sedikit siasatan di dalam kes ini, betul puan Zu. : Betul YA. : Saya mencadangkan puan Zu boleh setuju atau tak setuju, puan Zu mengambil gambar ini kerana pada ketika itu Jun 2016 puan Zu telah dimaklumkan bahawa sesuatu telah berlaku di kawasan ini, betul. : Betul YA. : Saya mencadangkan puan Zu pada Jun 2016 puan Zu dimaklumkan bahawa En. Yap telah dibebaskan di kawasan ini. Betul ke puan Zu. : Sekali lagi tak faham. : Puan Zu kan ambil gambar ini puan Zu kan arahkan ambil gambar puan Zu pun kata ada sesuatu telah berlaku dalam gambar ini sebab itulah saya suruh ambil gambar. Saya cadangkan bila sesuatu tu apa tu, apa yang sebenarnya berlaku ialah seorang penama Yap dikatakan dibebaskan di kawasan ini dan kerana itulah puan Zu telah merakamkan gambar ini, betul. Rayuan Jenayah No: W-05(M)-386-08/2017 13 : Betul YA. : Tapi puan Zu saya kecewa satu saja puan Zu, puan Zu ini dalam kawasan terhad ni, kawasan IPK tempat kita tempat ni puan tahu ke tidak ada rakaman CCTV. : Ada YA.” [28] Walaupun gambar D29 (1-5) tidak ada menunjukkan wajah En. Yap, namun SP10 mengesahkan bahawa En. Yap sebenarnya wujud, ditangkap bersama Perayu dan kemudiannya telah dibebaskan atas arahan pegawai atasan. SP10 turut mengesahkan bahawa terdapat CCTV di perkarangan IPK Kuala Lumpur yang telah merekodkan gambar En. Yap tetapi SP10 tidak melakukan siasatan mengenainya dan tidak ada mengambil rakaman CCTV tersebut untuk menjadi bukti akan kewujudan En. Yap tersebut. [29] Kami bersetuju dengan hujahan peguam terpelajar bahawa sesungguhnya saksi-saksi pendakwaan SP4, SP5 dan SP9 telah tidak bercakap benar apabila menafikan sama sekali kewujudan En. Yap. Hakim bicara turut terkhilaf apabila bergantung sepenuhnya kepada keterangan SP4, SP5 dan SP9 apabila beliau membuat dapatan bahawa keterangan pembelaan mengenai En. Yap ialah satu rekaan semata-mata sedangkan keterangan SP10 menyokong versi pembelaan mengenai kewujudan En. Yap. Saksi penting ini telah gagal dipanggil sebagai saksi pendakwaan dan gagal ditawarkan kepada pihak pembelaan. Pada pandangan kami, keterangan saksi ini amat penting bagi menyelesaikan kontroversi sama ada Perayu ditangkap bersendirian atau bersama En. Yap. Hakim bicara sewajarnya mengguna pakai anggapan di bawah seksyen 114(g) Akta Keterangan 1950 terhadap pihak pendakwaan yang gagal untuk memanggil En. Yap untuk memberi keterangan atau sekurang-kurangnya mengemukakan percakapannya sebagai keterangan. Rayuan Jenayah No: W-05(M)-386-08/2017 14 [30] Alasan terakhir rayuan Perayu ialah bahawa siasatan SP10 tidak lengkap. Terdapat dua aspek penting siasatan oleh SP10 dikatakan tidak lengkap: (i) bahawa tiada siasatan terhadap CCTV di Restoran Three Pot, dan (ii) tiada juga siasatan terhadap CCTV di perkarangan IPK Kuala Lumpur. [31] Mengenai CCTV di Restoran Three Pot, dihujahkan jika sekiranya rakaman CCTV itu disiasat dan diperolehi oleh SP10, ia akan dapat menunjukkan kehadiran En. Yap di tempat kejadian bagi mengesahkan bahawa En. Yap telah ditangkap bersama Perayu. Perkara yang lebih penting ialah menentukan di mana sebenarnya beg plastik merah berisi dadah telah dirampas, sama ada daripada tangan Perayu atau dari dalam kereta Proton Wira yang dipandu oleh En. Yap. Fakta ini merupakan tunjang kepada kes pendakwaan. [32] Gambar D28 yang dikemukakan oleh saksi SD2 menunjukkan sekurang-kurangnya terdapat tiga buah kamera rakaman CCTV di dalam dan di luar kedai Restoran Three Pot tersebut. Selain itu, terdapat juga di sana CCTV yang dipasang oleh pihak DBKL. Menurut SP10, CCTV milik DBKL telah disiasat dan didapati rosak. Namun CCTV yang dipasang oleh Restoran Three Pot langsung tidak disiasat oleh SP10. Begitu juga CCTV di IPK Kuala Lumpur, walaupun diakui penting, namun tidak juga disiasat oleh SP10. [33] Walau bagaimanapun, saksi SP10 bersetuju dengan cadangan peguam bela terpelajar bahawa jika CCTV di Restoran dan CCTV di IPK Kuala Lumpur tersebut disiasat dan diperolehi, ia mungkin akan dapat membantu Mahkamah sekiranya untuk mencapai satu keputusan yang Rayuan Jenayah No: W-05(M)-386-08/2017 15 adil. Keterangan SP10 di muka surat 245 dan 246 Rekod Rayuan Jilid 2B menyatakan seperti yang berikut: : Puan Zu dan malangnya Puan di atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan Puan Zu tidak memperolehi rakaman CCTV tersebut. Betul. : Betul, YA. : Puan Zu maklumat yang Puan Zu dapat, adalah kononnya bahawa ada satu penama bernama Yap telah dibebaskan di kawasan ini, tetapi puan Zu setuju dengan saya bila takda CCTV kita tak dapat compare la betul ke perkara itu jadi. Betul tak puan. : Betul, YA. : Satu saja saya nak cadang, puan Zu nak kata tak tahu tak boleh cakaplah pasal perkara ini puan Zu yang arahkan gambar diambil, betul. : Betul YA. : Cuma puan Zu tak buat adalah dapatkan CCTV untuk tentukan versi tersebut betul atau tidak, betul. : Betul YA. : Tapi puan Zu, saya mohon maaf, saya cadangkan puan Zu perkara tersebut mungkin membantu Mahkamah yang mulia ini untuk mencapai satu keputusan yang adil di dalam menentukan adakah perkara tersebut benar atau tidak, betul. : Betul YA.” [34] Sebagai kesimpulan, kegagalan pihak pendakwaan untuk memanggil Tun Tun, En. Yap dan mengemukakan CCTV telah memudaratkan kes pendakwaan dan menafikan Perayu keterangan yang membolehkan membebaskannya dari pertuduhan yang dihadapkan terhadapnya. Dalam hubungan ini, kami merujuk kepada keputusan kes Rayuan Jenayah No: W-05(M)-386-08/2017 16 Ti Chuee Hiang v. PP [1995] 2 MLJ 433 apabila Mahkamah Persekutuan melalui Penghakiman Edgar Joseph Jr (HMP) menyatakan: “Having said that, it is our clear view that while the prosecution has a complete discretion as to the choice of witnesses to be called at the trial (see, eg Adel Muhammed el Dabbah v A-G of Palestine [1944] AC 156 at pp 167-169; [1994] 2 All ER 139 at pp 143-144), the most basic limitation upon prosecutorial discretion in the presentation of a case is that it also has a duty to call all of the necessary witnesses to establish proof against the accused beyond all reasonable doubt, and if, in the exercise of its discretion, it fails to fulfil its obligation ̶ which is nothing less than a statutory duty ̶ the accused must be acquitted. In the present case, the informer, having regard to his role, was not a mere informer, but had assumed the mantle of an agent provocateur for it was he who had put the appellant in touch with the undercover agent, Lian. Indeed, he as the active instrument without whose intervention, the appellant might never have been arrested. His identity was no longer a secret and thus, he had lost the protection from disclosure of identity normally accorded to informers under s 40 of the Act. In these circumstances, he came within the category of witnesses described by Lord Roche in Seneviratne, as ‘witnesses essential to the unfolding of the narratives on which the prosecution case is based’. The same might be said of the informer’s friend. Yet, neither the so-called informer nor his friend whose testimony would have been essential to the unfolding of the narrative on which the prosecution case was based, was called by the prosecution or even made available to the defence to be called as defence witnesses nor any explanation vouchsafed to the trial judge for these glaring omissions. Rayuan Jenayah No: W-05(M)-386-08/2017 17 We hasten to add, that in a case such as the present, where it was never suggested by the prosecution that either of these individuals was not capable of belief, it would not have sufficed for the prosecution to have merely made them available to the defence to be called as defence witnesses, as such a course would have put the defence to the disadvantage of not having been able to cross-examine them on any point on which they might support the prosecution case. In our view, having regard to the circumstances of the present case, it was the obligation of the prosecution to call and examine these individuals as their witnesses or, at least, to have offered them for cross-examination by the defence, or in default, to have explained why they were unable or unwilling to call them as the case may be. We say so because without their testimony there was a gap in the narrative of the prosecution case. Moreover, there was no suggestion that their testimony would have been obviously hostile to the prosecution or otherwise unreliable, in which case, ‘the prosecutor will ensure that the accused is given the opportunity to call the witness’ (per the High Court of Australia in Richardson). We also observed that although counsel for the appellant did, in the course of his address in the court below, criticize the prosecution for failing to call the informer, nowhere in his judgment did the judge direct his attention to this point. This, in our view, was a serious misdirection by way of non-direction which had occasioned a grave miscarriage of justice.” [35] Perkara yang sama telah dinyatakan oleh Augustine Paul H (sebagaimana beliau ketika itu) dalam kes PP v. Mohd Fahmi bin Hamzah [2002] 6 MLJ 340 seperti berikut: “Evidence on the contents of the packet that the accused threw could have been furnished by Syamsaari or Sarina, if they had been called as witnesses. They are witnesses who could have unfolded the narrative upon which the prosecution case is based in light of the unsatisfactory Rayuan Jenayah No: W-05(M)-386-08/2017 18 features on which the prosecution rested its case. Failure to call them as witnesses leads to the inference that if they had been called, their evidence would have been unfavourable to the prosecution. The corollary is that the presumption contained in s 114(g) of the Evidence Act 1950 must be invoked against the prosecution. In the circumstances, I am unable to hold that the exhibits recovered from the roof came from the packet thrown by the accused. This finding is sufficient to hold that the prosecution has failed to make out a prima facie case unless it can be established that the statement made by the accused to PW5 is admissible.” [36] Pada pandangan kami, Perayu telah tidak diberi perbicaraan yang adil (“fair trial”) seperti yang dijamin di bawah Perkara 5(1) Perlembagaan Persekutuan. Dalam hubungan ini, barangkali bermanfaat jika dirujuk kepada keputusan kes Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim v. Public Prosecutor [2002] 2 MLJ 312, apabila Mahkamah Persekutuan melalui penghakiman Abdul Hamid Embang, HMP, berkata di muka surat 49-50: “[50] The right to a fair trial is of course a universal principle. It is inviolable. It has since been fully developed in the common law practice including here, in Malaysia. This was emphasised very recently in our High Court through the words of Mohd Zawawi JC in Public Prosecutor v Mohd Fazil bin Awaludin [2009] 7 MLJ 741 at p 747, which we wholly approve. The learned JC said this: The principle of a fair trial is sacrosanct in all civilised legal jurisdiction. It is a principle of universal application. In Malaysia the principle of fair trial and fairness have been long established and recognized in several decisions. Some of these include Cheak Yoke Thong v Public Prosecutor [1984] 1 MLJ 311 and Azahan bin Mohd Aminallah v Public Prosecutor [2005] 5 MLJ 334; [2004] 6 AMR 810…” Rayuan Jenayah No: W-05(M)-386-08/2017 19 Keputusan [37] Berdasarkan alasan-alasan yang dinyatakan di atas, kami sebulat suara mendapati bahawa rayuan ini bermerit. Sabitan terhadap Perayu adalah tidak selamat. Dengan itu, kami membenarkan rayuan Perayu. Sabitan dan hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi terhadap Perayu dengan ini diketepikan. Perayu hendaklah dilepas dan dibebaskan dengan serta merta. Bertarikh: 8 Oktober 2019 t.t. (KAMARDIN BIN HASHIM) Hakim Mahkamah Rayuan Malaysia Kaunsel Bagi Pihak Perayu: Hisyam Teh Poh Teik Datuk Geethan Ram Jasmine Rajendran T/N Geethan Ram & Co. Suite No. 5, L15-05, PJX Tower No. 16A, Persiaran Barat 46050 Petaling Jaya. Bagi Pihak Responden: Wong Poi Yoke Timbalan Pendakwa Raya Jabatan Peguam Negara Putrajaya
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.