(C), (D), (E), (F) dan (G) telah direkodkan di dalam Laporan Kimia bertarikh 08.12.2023 (ekshibit P14). [22] Oleh itu, Mahkamah ini mendapati bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan bahawa dadah yang dikemukakan dan dipertuduhkan dalam pertuduhan pindaan adalah dadah berbahaya jenis cannabis seperti disenaraikan di bawah Jadual Pertama ADB dan ditakrifkan di bawah seksyen 2 ADB dan beratnya ialah 67.90 gram. Oleh itu, elemen pertama bagi pertuduhan pindaan telah berjaya dipenuhi oleh pihak pendakwaan. Elemen Kedua: OKT mempunyai milikan dan pengetahuan terhadap dadah tersebut [23] Bagi elemen kedua ini, pihak pendakwaan hendaklah membuktikan bahawa dadah jenis cannabis ketika dirampas berada dalam milikan OKT, iaitu OKT mempunyai jagaan dan kawalan ke atas dadah tersebut serta mempunyai pengetahuan bahawa dadah tersebut adalah dadah berbahaya. [24] Pemilikan atau possession sebenarnya berkait dengan konsep kawalan, jagaan dan pengetahuan. Prinsip pemilikan ini telah diterangkan dalam kes Chan Pean Leon v. PP [1956] 1 LNS 17 seperti yang berikut: "Possession" itself as regards the criminal law is described as follows in Stephen's Digest (9th Edn., p. 304): "A moveable thing is said to be in the possession of a person when he is so situated with respect to it that he has the power to deal with it as owner to the exclusion of all other persons, and when the circumstances are such that he may be presumed to intend to do so in case of need." To put it otherwise, there is a physical element and a mental element which must both be present before possession is made out. The accused must not only be so situated that he can deal with the thing as if it belonged to him, for example have it in his pocket or have it lying in front of him on a table. It must also be shown that he had the intention of dealing with it as if it belonged to him should he see any occasion to do so, in other words, that he had some animus possidendi. Intention is a matter of fact which in the nature of things cannot be proved by direct evidence. It can only be proved by inference from the surrounding circumstances. Whether these surrounding circumstances make out such intention is a question of fact in each individual case. [25] Adalah bermanfaat untuk Mahkamah ini merujuk kepada kes PP v. Denish Madhavan [2009] 2 CLJ 209 untuk memahami prinsip possession dengan lebih jelas. Dalam kes tersebut, Mahkamah Persekutuan menyatakan seperti yang berikut: "[16] Before proceeding to consider the reasons for the Court of Appeal's decision, we will say a few words about 'exclusive' possession. It is inappropriate to speak of possession of an article in criminal law as exclusive possession. One is either in possession or not in possession, although one could be in possession jointly with another or others. To say that the prosecution of a drug case fails because there has been no proof of exclusive possession is apt to convey the wrong impression that it is only in cases where possession is entirely with one person, - that is, 'exclusive' - that a conviction is possible. When the learned trial judge said 'The accused sought to negative the proof of exclusive possession...', we take it that he meant no more than that the respondent sought to show that he was not in possession of the drugs because he had no knowledge of their existence and that the drugs could have been placed in his bags by some other person or persons. [17] The idea of exclusivity features in the meaning of 'possession' in criminal law as one of the elements necessary to constitute possession. As Taylor J said in Leow Nghee Lim v. Reg. [1955] 1 LNS 53: '...It is often said that 'possession must be exclusive'. This is ambiguous. Possession need not be exclusive to the accused. Two or more persons may be in joint possession of chattels, whether innocent or contraband. The exclusive element of possession means that the possessor or possessors have the power to exclude other persons from enjoyment of the property. Custody likewise may be sole or joint and it has the same element of excluding others. The main distinction between custody and possession is that a custodian has not the power of disposal. The statement that 'possession must be exclusive' is often due to confusion of the fact to be proved with the evidence by which it is to be proved. It is essential to keep this distinction clearly in mind, especially when applying presumptions.' [19] Once the elements needed to constitute possession are established, including the element of exclusive power to deal, then what is established is possession, not exclusive possession. So much for exclusive possession." [26] Mahkamah juga merujuk kepada kes Saad bin Ibrahim v. PP [1968] 1 MLJ 158, di mana Mahkamah Tinggi telah menyatakan seperti yang berikut: "Possession which incriminates must have certain characteristics, the possessor must be aware of his possession, must know the nature of those thing possessed and must have the power of disposal over it.” [27] Berbalik kepada kes di hadapan Mahkamah ini, kes pendakwaan bergantung kepada keterangan SP2 yang telah menjelaskan bahawa beliau bersama pasukannya telah menahan OKT di kawasan tepi jalan, Kampung Pandan, Kuala Lumpur. Setelah pemeriksaan ke atas OKT dijalankan, SP2 telah menjumpai satu beg (ekshibit P3) yang sedang dibawa oleh OKT. SP2 telah memeriksa beg tersebut dan mendapati terdapat tujuh peket plastik lutsinar yang berisi ketulan mampat dan leraian dedaun kering yang disyaki dadah jenis ganja (ekshibit P6 [A hingga G]). Selain itu, SP2 juga telah menjumpai kad pengenalan yang tertera nama OKT (ekshibit P13) di dalam beg tersebut. [28] Berdasarkan kes-kes Chan Pean Leon v. PP (supra), PP v. Denish Madhavan (supra) dan Saad bin Ibrahim v. PP (supra) yang telah diulas di atas, Mahkamah ini mendapati bahawa elemen milikan dan kawalan serta pengetahuan ke atas dadah yang dijumpai oleh SP2 telah dibuktikan oleh pihak pendakwaan ke atas OKT. Dapatan ini adalah berdasarkan kepada keterangan yang menunjukkan bahawa dadah cannabis seberat 67.90 gram dijumpai di dalam beg P3 yang sedang dibawa oleh OKT semasa pemeriksaan dijalankan. Selain itu, terdapat juga kad pengenalan OKT (ekshibit P13) yang terdapat di dalam beg tersebut. P13 tersebut menunjukkan beg tersebut adalah milik OKT. [29] Mahkamah ini berpendapat bahawa kedudukan dadah yang berada di dalam beg yang dibawa atau disandang oleh OKT sendiri menunjukkan bahawa OKT berada dalam keadaan "is so situated with the drugs that he has the power to deal with it as owner to the exclusion of all other persons". Tambahan pula dadah tersebut terkandung di dalam peket-peket plastik lutsinar yang jelas dapat dilihat isi kandungannya. Fakta ini menunjukkan bahawa dengan adanya dadah tersebut di dalam beg OKT, OKT mempunyai kuasa untuk melakukan apa sahaja yang ingin dilakukannya terhadap dadah tersebut. OKT jelas mempunyai direct possession terhadap dadah tersebut memandangkan ianya berada di dalam beg yang sedang dibawa dan dipegang olehnya semasa pemeriksaan dijalankan. Justeru, Mahkamah ini mendapati bahawa OKT mempunyai milikan secara kawalan, jagaan dan pengetahuan ke atas jenis dan berat dadah yang dijumpai di dalam beg OKT sebagaimana pertuduhan pindaan. Rantaian Keterangan [30] Mahkamah ini mendapati bahawa kesemua barang kes yang telah dirampas oleh SP2 telah dibuat tandaan olehnya. Pegawai Penyiasat, SP4 juga telah membuat tandaannya secara tandatangan dan tarikh ke atas barang kes yang diterima daripada SP2. Mahkamah ini juga mendapati bahawa rantaian keterangan mengenai barang kes adalah tidak terputus, bermula daripada ia dirampas dari beg OKT sehingga barang kes tersebut dikemukakan ke mahkamah ini semasa perbicaraan. Adalah jelas bahawa dadah tersebut berada dalam kawalan dan jagaan SP4 sehinggalah ianya diserahkan kepada ahli kimia SP3 untuk dianalisis. Dadah yang sama telah disahkan dan dicamkan oleh SP3. [31] Perlu ditekankan bahawa pengendalian barang kes yang melibatkan saksi-saksi pendakwaan menunjukkan bahawa tidak ada putusnya rantaian keterangan mengenai barang kes sebelum dihantar kepada SP3 malahan sehingga ia dikemukakan ke Mahkamah ini. Rujukan dibuat kepada kes Shahrizal Abdul Ghani v. PP [2014] 1 CLJ 70 yang menyatakan sedemikian: “[44] In the present case, we entertained no doubt that the exhibit recovered or seized by the police was the same exhibit sent to and examined by the deceased and subsequently produced in court as evidence. We are satisfied that the prosecution had adduced sufficient evidence in respect of every link in the chain of custody, from the moment the exhibit was recovered by the police up to the time it was produced in court. The witnesses had described how and from whom it was received, where it was and what happened to it while in the witnesses' custody, the condition in which it was received and the condition in which it was handed over to the next link in the chain of custody.” [32] Berdasarkan kepada dapatan-dapatan di atas dan dengan mengambil kira ekshibit-ekshibit yang dikemukakan serta hujahan-hujahan pihak pendakwaan dan pembelaan, maka Mahkamah ini telah membuat penilaian maksima ke atas keseluruhan keterangan sebagaimana dituntut di dalam kes Balachandran v. PP (supra) dan kes Magendran Mohan v. PP [2011] 1 CLJ 805. Maka adalah diputuskan bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes prima facie terhadap OKT sebagaimana pertuduhan pindaan tersebut. Sehubungan dengan itu, OKT dipanggil untuk membela diri atas pertuduhan pindaan tersebut. Kes Pembelaan [33] Setelah tiga pilihan dibacakan dan diterangkan kepada OKT, OKT telah memilih untuk memberi keterangan secara bersumpah. [34] Naratif kes pembelaan adalah OKT tidak ditangkap oleh SP2 dan tidak ditahan di tempat kejadian seperti diterangkan oleh saksi pendakwaan. OKT mendakwa telah ditangkap oleh dua lelaki berbangsa Melayu di hadapan sebuah kedai runcit yang terletak di Kampung Pandan. Dalam pembelaanya, tujuan OKT pergi ke kedai runcit tersebut adalah untuk membeli air dan rokok. Ketika ditangkap, OKT kononnya sedang menunggu air minuman yang dipesannya. OKT juga menyatakan kedai runcit tersebut dimiliki oleh seorang perempuan Melayu yang berumur lebih kurang 42 ke 43 tahun (Makcik) dan beliau juga mengenali OKT. OKT mendakwa Makcik tersebut telah melihat insiden tangkapan OKT yang berlaku di hadapan kedai tersebut dan beliau boleh menjadi saksi. [35] OKT mengakui bahawa beg P3 tersebut adalah miliknya. Namun OKT mendakwa bahawa ketika diperiksa, beg tersebut hanya mengandungi kad pengenalan dan wang tunai sahaja. Berikut diturunkan keterangan OKT berkenaan beg tersebut: “S: He alleged that the drug was found in the beg belonging to you, is the beg belongs to you? J: The beg was mine, but in the beg only has ic and money” [36] Mahkamah ini mendapati bahawa keterangan OKT berkaitan tempat penahanannya dan siapa yang menahannya adalah sukar diterima dan tidak disokong oleh bukti yang konkrit. Sekiranya benar dakwaan OKT bahawa tempat penahanannya adalah di hadapan kedai runcit tersebut dan OKT mengenali Makcik tersebut, pasti tidak sukar bagi pihak pembelaan untuk memanggil Makcik tersebut sebagai saksi. Namun, pihak pembelaan gagal berbuat demikian. [37] Mahkamah ini juga mendapati bahawa penafian OKT berkenaan dadah yang dijumpai di dalam begnya adalah satu penafian kosong. Penjelasan OKT bahawa begnya hanya mengandungi kad pengenalannya dan duitnya dan bukan dadah tersebut hanya merupakan penafian semata-mata ataupun mere denial sebagaimana yang diputuskan di dalam kes Low Soo Song v PP [2009] 3 CLJ 309. Di dalam kes tersebut, adalah diputuskan bahawa: “The learned Deputy however argued that the evidence of the accused further strengthened the Prosecution’s case. Since the defence was a mere denial, there was nothing much the accused could go on. I found that having called upon the accused to enter to his defence, the accused had not raised any ground or even a suspicion to enable this Court to give him the benefit.” [38] Mahkamah ini juga mengambil maklum keputusan Mahkamah Persekutuan Di dalam kes D.A Duncan v Public Prosecutor [1980] 2 MLJ 195, dalam kes ini Raja Azlan Shah telah menyatakan : “Now this evidence, if accepted and believed, is clearly sufficient to establish a prima facie case against the appellant. The High Court at Alor Star accepted it and called on the defence. The defence was in effect a simple denial of evidence connecting the appellant with the four boxes. We can see any plausible ground for saying that the four boxes were not his. In the circumstances of the prosecution evidence, the High Court came, in our view, to the correct conclusion that this denial did not cast a doubt on the prosecution case against the appellant.” Keputusan Mahkamah di Akhir Kes Pembelaan [39] Di akhir kes pembelaan, pihak pembelaan hanya perlu untuk menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan bagi mendapatkan perintah pelepasan dan pembebasan. Selain itu, sekiranya pihak pendakwaan bergantung kepada anggapan statutori bagi membuktikan intipati pertuduhan, maka beban pembuktian tertentu dibandingkan dengan beban am akan berpindah ke atas pembelaan untuk menolak atau mematahkan anggapan tersebut di atas imbangan kebarangkalian. [40] Seksyen 182A KTJ memperkatakan seperti berikut: "(1) At the conclusion of the trial, the court shall consider all the evidence adduced before it and shall decide whether the prosecution has proved its case beyond reasonable doubt.