Schedule
Jadual Pertama. • SD-2 telah menandatangani pernyataan “Saya, dengan sesungguhnya dan sebenarnya mengakui bahawa saya telah menerangkan terma-terma Perjanjian ini kepada Peminjam dan saya mendapati bahawa Peminjam telah memahami sifat dan akibat Perjanjian ini.”. Dapatan Mahkamah: Tiada apa-apa salah laku dilakukan oleh SD-2 dalam berkenaan dengan “attestation” permohonan pinjaman oleh Plaintif. S/N lWdpbg4FD0Z6wAlC7j8bg [36] SD-5 iaitu Genganeswary Tacnamurti ialah Pengurus Pemulihan (Recovery Manager) di mana keterangan SD-5 menyatakan mengenai berlakunya keingkaran terma dan syarat Perjanjian Pinjaman Wang di mana terdapat bayaran tertunggak oleh Plaintif. SD-5 yang menghubungi Plaintif untuk hadir ke Pejabat Defendan bagi tujuan perbincangan untuk menyelesaikan bayaran tertunggak. SD-5 mendapati terdapat bayaran tertunggak oleh Plaintif dan pengeluaran Notis Kebankrapan terhadap Plaintif. Kegagalan/keengganan Plaintif hadir ke Pejabat Defendan dan panggilan telefon Defendan yang tidak dijawab oleh Plaintif, menyebabkan SD-5 menghubungi ibu Plaintif serta meninggalkan nota suara melalui WhatsApp ke telefon bimbit Plaintif. SD-5 memaklumkan bahawa tujuan SD-5 menghubungi Plaintif ialah berkenaan dengan lelongan hartanah Plaintif dan kemungkinan kesilapan jumlah tunggakan. Berkenaan dengan kesilapan jumlah tunggakan, SD-5 menyatakan bahawa tunggakan ansuran sebanyak RM61,500.00. Butir-butir pengiraan oleh SD-5 sebagaimana dalam Q&A No. 3 dalam Penyata Saksi Tambahan Defendan Kelima (PSD-5A). SD-5 menyatakan bahawa “Jumlah tunggakan yang diminta oleh kakitangan kami sebelum ini tersilap kerana Plaintif ada memohon melalui surat Plaintif bagi pengurangan bertarikh 16-10-2019 (B4 pada muka surat 660) untuk bayaran ansuran balik diturunkan/dikurangkan daripada RM16,000.00 kepada RM15,000.00. Maka, baki jumlah tunggakan S/N lWdpbg4FD0Z6wAlC7j8bg berdasarkan bayaran RM15,000.00 sebulan itu ialah berjumlah RM42,500.00. Dapatan Mahkamah: Tiada apa-apa salah laku dilakukan oleh SD-5 berkenaan dengan dakwaan “kesilapan” yang dinyatakan oleh Plaintif terhadap Defendan. Kesilapan tersebut sebenarnya ialah untuk membetulkan jumlah baki tertunggak oleh Plaintif yang mana jumlahnya adalah kurang daripada baki yang dinyatakan kepada Plaintif. Kesilapan tersebut menguntungkan Plaintif. Kesilapan tersebut sama sekali dapat melepaskan tanggungjawab/obligasi Plaintif untuk membayar baki jumlah tertunggak kepada Defendan. Selanjutnya, Mahkamah mendapati Plaintif juga tidak mengemukakan apa-apa bukti resit pembayaran yang telah dibuatnya kepada Defendan sekiranyalah kesilapan itu sebenarnya dilakukan oleh Defendan. [37] Saksi akhir Defendan iaitu Yow Man Kong @ Senthil Kumar, Ketua pegawai Eksekutif dan Pengarah Defendan (SD-6) dalam keterangannya menyatakan − • Surat Tawaran Pinjaman dan perjanjian Pinjaman Wang (Pinjaman Bercagar) bertarikh 25-9-2019 ialah untuk jumlah • Defendan tidak membuat potongan bayaran ke atas jumlah pinjaman tersebut untuk dibayar kepada individu bernama Paddiyapa sebagai introducer. • keseluruhan wang pinjaman sebanyak RM600,000.00 telah dilepaskan kepada Plaintif. S/N lWdpbg4FD0Z6wAlC7j8bg • Plaintif ada memohon pengurangan bayran ansuran bulanan melalui surat Plaintif bertarikh 16-10-2019 kepada Defendan. Permohonan Plaintif telah dibenarkan dan Lejar Pembayaran yang disediakan oleh Defendan bertarikh 5-4-2021pada B1 muka surat 37 hingga 39 menunjukkan rekod pembayaran balik, jumlah tertunggak dan jumlah masih belum tertunggak. • memandangkan pinjaman tersebut adalah pinjaman bercagar, maka suatu Gadaian bertarikh 25-9-2019 ke atas hartanah Plaintif dimasuki dan Defendan telah memasukkan kaveat persendirian ke atas hartanah Plaintif. Borang 16A dilaksanakan. • apabila berlaku kemungkiran pembayaran oleh Plaintif maka peguam cara terdahul Defendan telah menyerahkan Notis Statutori Kemungkiran Terhadap Gadaian menurut Borang 16D Kanun Tanah Negara. • Defendan memulakan tindakan prosiding halang tebus terhadap Plaintif melalui OS. • sebagai pemegang gadaian yang sah ke atas hartanah Plaintif, tindakan undang-undang Defendan melalui OS adalah teratur di bawah Kanun Tanah Negara. Dapatan Mahkamah: Keterangan SD-6 ini dengan jelas dapat menunjukkan bahawa Defendan telah memberikan pinjaman wang secara sah kepada Plaintif sebanyak RM600,000.00. Mahkamah ini mendapati tiada apa-apa bukti sama ada keterangan dokumentar dan keterangan kukuh dikemukakan oleh Plaintif untuk menafikan jumlah yang diterimanya sebaik sahaja disbursement dibuat oleh Defendan. S/N lWdpbg4FD0Z6wAlC7j8bg Hanya apabila Plaintif berasa gusar akibat daripada hartanahnya yang dicagar kepada Defendan akan dilelong dan Plaintif akan kehilangan hartanah tersebut, maka tuntutan undang-undang dibawa terhadap Defendan dengan dakwaan bahawa Defendan itu adalah pemberi pinjam wang tidak berlesen dan pertikaian mengenai dokumen pinjaman. [38] Fakta yang dikemukakan di hadapan Mahkamah ini ialah disbursement dibuat dalam bentuk cek sebanyak RM277,500.00 dan wang tunai sebanyak RM322,500.00. Peguam cara terpelajar Plaintif menghujahkan bahawa “it was prudent for an experienced moneylender like the Defendant to issue a cash cheque for the sum of RM600,000.00 drawn in the Plaintiff’s name instead of a cash cheque for RM277,500.00 and an alleged cash payment of RM322,500.00.”. Dapatan Mahkamah: Mahkamah ini menolak hujahan peguam cara Plaintif bahawa cash payment sebanyak RM322,500.00 adalah rekaan Defendan sahaja. Ini kerana kedua-dua dokumen yang dikemukakan oleh Defendan menunjukkan terdapat tandatangan dan cap jari Plaintif pada dokumen salinan cek dan salinan Payment Voucher. Sebagai ahli perniagaan/peneraju/pengarah syarikat Global Power Test Sdn Bhd, Plaintif adalah seorang yang bijaksana mengenai hal ehwal kewangan. Tiada apa-apa keterangan “prudent” sebagai business woman untuk Plaintif menolak kaedah pembayaran dibuat oleh Defendan kepadanya iaitu dengan meminta agar suatu cash cheque berjumlah RM600,000.00 sahaja diberikan kepadanya. S/N lWdpbg4FD0Z6wAlC7j8bg Mahkamah ini berpuas hati bahawa kaedah pembayaran melalui cash cheque dan wang tunai adalah munasabah kepada sebuah syarikat pemberi pinjam wang berlesen yang tidak mempunyai keseluruhan wang tunai sebanyak RM600,000.00 ditangan dalam suatu masa. [39] Mahkamah Persekutuan dalam kes Triple Zest Trading & Suppliers & Ors v. Applied Business Technologies Sdn Bhd [2023] 10 CLJ 187, memutuskan − (1) By cl. 1 of the loan agreement, the ‘agreed profit’ of RM800,000 to be earned by the respondent was the ‘consideration’ for the RM800,000 loan. Read with cl. 3, this ‘agreed profit’ of RM800,000 was, in fact and as a matter of law, ‘interest’ within the meaning of s. 2 of the Moneylenders Act 1951 (‘Act’), as it was a sum that was ‘in excess of the principal paid or payable to the moneylender’. When the respondent agreed to lend the RM800,000 to the appellants, subject to payment of another RM800,000 as ‘agreed profit’, it was carrying on the business of ‘moneylending’ within the meaning of s. 2 of the Act as it was ‘lending money at interest with or without security’. The ‘consideration’ of RM800,000 payable to the respondent at any time before, or at the expiry of the agreement period of 30 days, was nothing but ‘interest’ at the rate of 100% disguised as agreed profit. By whatsoever label it was given, the RM800,000 was ‘any amount by whatsoever name called in excess of the principal paid or payable to a moneylender’. If a rose by any other name would smell as sweet, a corpse flower by any other name would smell as foul. The trial judge erred in focusing too much on the meaning of ‘moneylender’ without regard to the meaning of S/N lWdpbg4FD0Z6wAlC7j8bg ‘moneylending’ and ‘interest’ when the three meanings must be read together and harmoniously. (paras 39-42) (2) The trial judge failed to direct His Lordship’s mind to s. 100A of the Act. It is a rebuttable presumption, a legal principle that presumes something to be true unless proven otherwise. Section 100A of the Act imposed on the respondent the legal, as opposed to evidential, burden of proving, on the balance of probabilities, that it was not carrying on the business of ‘moneylending’ when it lent the RM800,000 to the appellants at a profit of RM800,000. The presumption was that it was carrying on the business of moneylending ‘until the contrary is proved’. In the context of the present case, what it meant was that if no evidence was led by either side, on the question of whether the respondent was carrying on the business of moneylending, the burden of proof would not have been discharged by the respondent. Whether or not the respondent had succeeded in rebutting the statutory presumption, pursuant to s. 100A of the Act, was essentially a question of fact. The court’s finding must be based on hard evidence and not on conjecture that is unrelated to evidence. The Judges of the Court of Appeal, by agreeing with the trial judge, had not only perpetuated but had also compounded the error committed by the trial judge. (paras 43-46 & 48).”. [40] Dalam kes di hadapan Mahkamah ini, Defendan ialah sebuah syarikat pemberi pinjam wang berlesen yang telah meluluskan pinjaman wang dan melepaskan wang pinjaman sebanyak RM600,000.00 kepada Plaintif (peminjam). Kemungkiran obligasi Plaintif untuk mematuhi terma S/N lWdpbg4FD0Z6wAlC7j8bg dalam Perjanjian Pinjaman mengakibatkan Defendan melaksanakan obligasinya untuk menuntut balik wang pinjaman kepada Plaintif secara sah mengikut lunas undang-undang. Defendan hanya menggunakan bullet “OS” memandangkan sekuriti berada di tangan Defendan iaitu hartanah Plaintif yang digadaikan sebagai cagaran. Defendan tidak tersalah arah dengan tidak memfailkan writ saman terhadap Plaintif untuk menuntut bayaran tertunggak tersebut. [41] Permohonan interlokutori Defendan untuk membatalkan tuntutan Plaintif ditolak oleh Mahkamah ini dan perbicaraan penuh diadakan untuk memberi peluang dan ruang kepada Plaintif dan Defendan menghuraikan pertikaian, pembelaan dan jawapan kepada pembelaan masing-masing. [42] Justeru itu, selepas menimbangkan keseluruhan keterangan lisan dan dokumentar yang dikemukakan kepada Mahkamah ini, atas imbangan kebarangkalian, Mahkamah mendapati dan memutuskan bahawa Plaintif gagal membuktikan bahawa − (a) Defendan telah melakukan frod dalam cara yang berikut: i. mendorong Plaintif untuk menandatangani Perjanjian Pinjaman, dokumen Gadaian serta dokumen lain termasuk dokumen kosong. ii. mengetahui bahawa Plaintif amat terdesak memerlukan pinjaman sebanyak RM300,000.00 dan mengambil kesempatan keadaan Plaintif yang amat terdesak untuk mendorong agar Plaintif menandatangani Perjanjian Pinjaman, dokumen Gadaian serta dokumen lain termasuk dokumen S/N lWdpbg4FD0Z6wAlC7j8bg kosong untuk menjana suatu pinjaman sebanyak Dapatan Mahkamah: Dokumen kosong yang dikatakan oleh Plaintif itu ditandatanganinya dan meletakkan cap jarinya menjadi pendorong kepada Plaintif untuk membayar ansuran bulanan dengan tekun kepada Defendan sehingga dan setakat Plaintif tertunggak dalam bayarannya. Mahkamah menggunapakai nas undang-undang kes yang dipetik oleh peguam cara terpelajar Defendan iaitu Francis Ubu AK. Unggang & Anor v. MBF Finance Bhd [1994] MLJU 188. iii. mendorong Plaintif untuk menandatangani dan mencap jari pada Perjanjian Pemberian Pinjaman Wang (Pinjaman Bercagar) bertarikh 25-9-2019. Dapatan Mahkamah: Mahkamah berpuas hati bahawa dorongan yang dikatakan oleh Plaintif itu bukanlah suatu paksaan. Plaintif bersama rakannya hadir secara sukarela ke Pejabat Defendan untuk memohon pinjaman wang. iv. menggunakan dokumen Plaintif untuk menjana kepentingan yang boleh dikaveatkan terhadap hartanah Plaintif dengan memasukkan kaveat persendirian bertarikh 26-9-2019. S/N lWdpbg4FD0Z6wAlC7j8bg v. menggunakan dokumen Plaintif untuk menjana suatu Gadaian dan mendaftarkan Gadaian tersebut terhadap hartanah Plaintif pada 11-2-2020. Dapatan Mahkamah: Pinjaman Bercagar menjadikan hartanah Plaintif sebagai sekuriti pinjaman sekiranya berlaku “default”. Tindakan yang diambil oleh Defendan adalah teratur dari segi Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 dan Kanun Tanah Negara. vi. mendorong Plaintif untuk menandatangani serta mencap jari pada dokumen yang hanya tertera perkataan “Yang Benar”, garis putus-putus untuk tandatangan Plaintif, “Nama” Plaintif ditaip dengan huruf besar dan “Tarikh” dibiarkan kosong. Dokumen tersebut digunakan oleh Defendan untuk menjana suatu pinjaman sebanyak RM600,000.00. vii. mendorong Plaintif untuk menandatangani serta mencap jari pada dokumen yang hanya tertera perkataan “TOTAL LOAN AMOUNT”, “PAID BY CHQ” dan “PAID BY CASH”, “Nama” Plaintif ditaip dengan huruf besar dan “Tarikh” dibiarkan kosong. Dokumen tersebut digunakan oleh Defendan untuk menjana suatu pinjaman sebanyak RM600,000.00. Dapatan Mahkamah: Mahkamah menrujuk semula dapatan Mahkamah mengenai isu dokumen kosong yang dikatakan oleh Plaintif. S/N lWdpbg4FD0Z6wAlC7j8bg viii. menentusahkan tandatangan Plaintif atas dokumen yang telah dijana bagi pinjaman sebanyak RM600,000.00 secara frod sedangkan Plaintif tidak pernah bertemu dengan mana-mana peguam yang menentusahkan mana-mana dokumen dan tiada peguam cara hadir pada 25-9-2019 untuk menentusahkan mana-mana dokumen. ix. menjana secara frod dokumen yang kononnya tandatangan dan cap jari pekerja Defendan bernama “Kogila a/p Subramaniam” dan suatu perakuan yang tidak bertarikh oleh “pengakusaksi” bernama Muthu Suppiah. x. menjana secara frod suatu perakuan yang tidak bertarikh oleh “pengakusaksi” bernama Muthu Suppiah yang mengisytiharkan Muthu Suppiah telah menerangkan Perjanjian Pinjaman kepada Plaintif. Dapatan Mahkamah: Saksi-saksi Defendan iaitu Kogila a/p Subramaniam dan Muthu Suppiah telah hadir memberikan keterangan masing-masing. Keterangan mereka adalah konsisten dengan dokumen dan tidak bercanggah. S/N lWdpbg4FD0Z6wAlC7j8bg xi. mendorong Plaintif menandatangani dan mencap jari pada Payment Voucher Defendan untuk menjana pinjaman sebanyak RM600,000.00 Dapatan Mahkamah: Saksi Defendan (SD-3/Bawani a/p Marie) telah hadir memberikan keterangan. Keterangan SD-3 adalah konsisten dengan dokumen dan tidak bercanggah. Mahkamah mendapati dan memutuskan bahawa Plaintif gagal membuktikan bahawa − (b) tindakan frod Defendan mengakibatkan Plaintif mengalami perbelanjaan, ganti rugi, kehilangan dan keuntungan. Plaintif gagal membuktikan Ganti rugi Am untuk ditaksirkan oleh Mahkamah; Ganti rugi Khas sebanyak RM120,940.00 bagi fi guaman kepada peguam cara Plaintif dan kos melantik jurunilai hartanah; dan Perbelanjaan yang sia-sia iaitu faedah pendahuluan sebanyak RM15,000.00, bayaran setem sebanyak RM6000.00, yuran guaman bagi memasukkan kaveat, kos Pentadbiran untuk memasukkan charge sebanyak RM1000.00, bayaran RM12,000.00 kepada introducer dan 21 bayaran berjumlah RM242,500.00 yang dibayar kepada Defendan di antara 29-10-2019 hingga 24-3- 2021 kesemuanya berjumlah RM277,000.00. Dapatan Mahkamah: Kegagalan Plaintif membuktikan tuntutannya dan menjadikan Defendan bertanggungan sekaligus mengakibatkan Plaintif tidak layak memperoleh tuntutan kewangan yang disenaraikan itu. S/N lWdpbg4FD0Z6wAlC7j8bg Mahkamah mendapati dan memutuskan bahawa Plaintif gagal membuktikan bahawa − (c) Defendan telah dan sedang bertindak secara tidak berpatutan. (d) Plaintif berhak kepada Ganti rugi Teladan dan Ganti rugi Keterlaluan. Dapatan Mahkamah: Kegagalan Plaintif membuktikan Defendan telah dan sedang bertindak secara tidak berpatutan, sekaligus mengakibatkan Plaintif tidak layak memperoleh Ganti rugi Teladan dan Ganti rugi Keterlaluan. [43] Plaintif menyatakan membayar sebanyak RM12,000.00 kepada Paddiyapa (introducer), namun Mahkamah ini mendapati tiada apa-apa bukti pembayaran dibuat oleh Plaintif kepada Paddiyapa sama ada dalam bentuk dokumen mahu pun foto. Keterangan SD-6 dan keterangan dokumentar dengan jelas menunjukkan tiada potongan sebanyak RM12,000.00 dibuat kepada Paddiyapa. [44] Atas imbangan kebarangkalian, Mahkamah memutuskan bahawa Saman Pemula (Perintah Jualan) terhadap Plaintif adalah ditolak dan hartanah tersebut kekal menjadi milik Plaintif. Mahkamah memutuskan bahawa Plaintif hendaklah membayar bayaran tertunggak kepada Defendan dan dengan itu hartanah yang disayangi Plaintif tidak lagi terancam. S/N lWdpbg4FD0Z6wAlC7j8bg Kesimpulan [45] Berdasarkan alasan yang dinyatakan dalam penghakiman Mahkamah ini, keterangan dokumentar dan lisan di hadapan Mahkamah ini membuktikan bahawa suatu pinjaman wang secara sah sebagaimana Perjanjian Pinjaman Wang yang termeterai adalah mengikat Plaintif. [46] Plaintif gagal membuktikan beban pembuktian yang dikehendaki dalam seksyen-seksyen 101 dan 102 Evidence Act 1950. Oleh yang demikian, Mahkamah ini memutuskan untuk menolak tuntutan Plaintif dengan kos sebanyak RM10,000.00 (tertakluk kepada fi alokatur) dan Saman Pemula Defendan adalah ditolak tanpa award atas kos. Selanjutnya, Plaintif hendaklah membayar kepada Defendan jumlah baki terhutang sebanyak RM516,500.00. Bertarikh: 5 April 2024. RoziBainon ( ROZI BINTI BAINON ) Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Shah Alam Sivil NCvC12 S/N lWdpbg4FD0Z6wAlC7j8bg Peguam cara: Bagi Plaintif (dalam Writ of Summons) & Bagi defendant (dalam Saman Pemula): Dato’ Sukhdev Singh Randhawa bersama-sama dengannya Chew Yong Kiat & Laureen Tan Lek Leng Tetuan Azlan Shah Sukhdev & Co., Petaling Jaya Bagi Defendan (dalam Writ of Summons) & Bagi plaintif (dalam Saman Pemula): Dir Kheizwan Kamaruddin bersama-sama dengannya Amierul Razri bin Ahmad Yusoff, Sharifah Nur Ashikin Syed & Ahmad Muqri bin Ahmad Fairuz (PDK) Tetuan Manjit Singh Sachdev Mohammad Radzi & Partners, Subang Jaya S/N lWdpbg4FD0Z6wAlC7j8bg