Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO.: BA-21NCvC-32-03/2022 ANTARA HASMANI BIN TAHIR …PLAINTIF (NO. K/P: 810620-14-5257)
BA-21NCvC-32-03/2022
High Court of Malaysia22 Oct 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“91. Mahkamah Tinggi dalam kes Noorasmawati bt Abu Othman lwn Kerajaan Malaysia & Ors [2021] MLJU 2439, telah menganugerahkan sejumlah RM260,000 sebagai ganti rugi am kepada plaintif berumur empat puluh tahun yang telah mengalami kesakitan dan kehilangan kemudahan hidup akibat kecuaian sehingga terpak”
“dan membenarkan getting up fee untuk liabiliti dan kuantum sebanyak RM250,000.00. Mahkamah merujuk getting up fees dalam kes Nur Arissa Naura bint Noor Affrizal & Anor v Dr Abirami Kuna Seelan & Ors [2023] MLJU 885 sebagai perbandingan.”
“juk dan mengambil panduan award yang diberikan dalam kes Usamah Ariffin bin Abdillah (seorang budak mendakwa melalui bapa sah dan wakil litigasi, Abdillah bin Ariffin & Ors v Kerajaan Malaysia & Ors) [2024] MLJU 2609. Ganti rugi Khas”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO.: BA-21NCvC-32-03/2022 ANTARA HASMANI BIN TAHIR …PLAINTIF (NO. K/P: 810620-14-5257)
1
KERAJAAN MALAYSIA …DEFENDAN-DEFENDAN
2
2.
3
3.
4
DR MOHD REDZA BIN MOHD ARIDZ
5
DR FAREEZ WAZIR
6
DR WAN MAHAFEZ BIN WAN KAMARUL ZAMAN
7
7.
8
8.
9
DR CHEAH KEAN SENG 20/12/2025 06:58:15
10
DR NAEEMA ALASAN PENGHAKIMAN
1
Plaintif dalam tindakan ini menuntut ganti rugi bagi kecuaian perubatan terhadap defendan-defendan yang menyebabkan plaintif kehilangan kaki kanan. Tuntutan ini difailkan pada 3 Mac 2022.
2
Mahkamah ini merakamkan ucapan terima kasih atas kerjasama peguam bagi plaintif dan Peguam Persekutuan bagi defendan-defendan atas komitmen sepanjang perbicaraan dan penyediaan hujahan bertulis yang membantu Mahkamah dalam melupuskan kes ini.
3
Plaintif mengalami kemalangan motorsikal pada 22.1.2019 dan menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh. Berdasarkan pemeriksaan CECT Thorax pada 23.1.2019, plaintif didapati mengalami kecederaan bilateral 1st and 2nd ribs fracture with right focal pneumothorax.
4
Berikutan kecederaan yang dialami, plaintif telah menjalani pembedahan segera wound debridement of right leg and external fixation of tibia pada 27.1.2019 (pembedahan pertama). Selepas pembedahan pertama, plaintif tidak mengalami kesakitan dan ini ditunjukkan melalui skor 0-2. Plaintif discaj daripada wad pada 11.2.2019.
5
Bagi memastikan kepatahan tulang plaintif stabil, plaintif selanjutnya dijadualkan menjalani pembedahan super cutaneous plating of right tibia pada 21.2.2019. Namun, pembedahan ini telah ditunda dan dijadualkan semula pada 4.3.2019 (pembedahan kedua). Pembedahan kedua ini merupakan pembedahan muktamad (definitive fixation) bagi merawat kepatahan tulang kaki kanan plaintif.
6
Berbanding dengan pembedahan pertama, selepas pembedahan kedua, plaintif mengalami kesakitan yang teruk pada tahap skor 6 dan fakta ini tidak dipertikaikan.
7
Episod hitam yang membawa kepada kaki kanan plaintif dipotong bermula selepas pembedahan kedua. Selepas pembedahan kedua, berlaku kegagalan aliran darah pada salur darah kaki kanan plaintif sehingga menyebabkan jari-jari kaki kanan plaintif tidak dapat digerakkan.
8
Bagi membuktikan tuntutan, plaintif telah mengemukakan 4 saksi iaitu –
i
Hasmani Tahir;
II
(ii) Dr Chew Chin Seong – saksi sapina, pakar ortopedik;
III
(iii) Isteri plaintif, Normah Shaharuddin; dan
IV
(iv) Dr Santosh Kumar Prasad – saksi sapina, pakar kaki palsu KES DEFENDAN
9
Seramai 8 orang saksi dipanggil memberi keterangan bagi pihak defendan termasuk dua orang saksi pakar iaitu Dr Siti Hawa Tahir (SD7) dan Dr Siti Norzalilah Abdul Majid (SD8) selain defendan kelima, ketujuh, kelapan, kesepuluh dan defendan keempat serta Dr Wan Kwong Lee.
10
Defendan-defendan menafikan tuntutan plaintif, antara lain menyatakan bahawa –
i
Pembedahan pertama telah dilaksanakan secara betul dan defendan tidak cuai.
II
(ii) Defendan-defendan menafikan pemakaian torniquet semasa pembedahan tidak dipantau dengan betul dan menjadi punca kecuaian.
III
(iii) Pemakaian torniquet bertujuan mengurangkan pendarahan semasa pembedahan bagi memastikan pembedahan kedua plaintif berjalan lancar dan sempurna.
IV
(iv) Tiada kaedah lain yang boleh digunakan bagi menggantikan penggunaan torniquet.
v
Pemakaian torniquet yang dipasang 2 jam semasa pembedahan dengan tekanan yang digunapakai 250mmhg adalah mengikut standard profesion perubatan.
VI
(vi) Defendan-defendan telah memberikan rawatan termasuk pembiusan berdasarkan amalan perubatan yang diiktiraf. KEDUDUKAN UNDANG-UNDANG
11
Beban pembuktian terletak di bahu Plaintif untuk membuktikan kecuaian di pihak Defendan dengan tahap pembuktian pada darjah kebarangkalian yang tinggi. Selagi mana Plaintif gagal memuaskan beban tersebut, beban pembuktian tidak akan berpindah kepada Defendan. Seksyen 101 Akta Keterangan 1950 (Akta 56) memperuntukkan – “Whoever desires any court to give judgment as to any legal right or liability, dependent on the existence of facts which he asserts, must prove that those facts exist.”
12
Dalam kes Whitehouse v Jordon & Anor [1980] 1 All ER 650, Mahkamah Rayuan England memutuskan – Allegations of negligence against medical practitioners should be considered serious and the standard of proof is, therefore a high degree of probability. Standard Amalan Perubatan dalam Konteks Kecuaian
13
Mahkamah Persekutuan dalam kes Foo Fio Na v Dr So Fook Mun & Anor 1 CLJ 299 telah memutuskan bahawa – …the point is for the court to determine what the reasonable doctor would have done, not the profession. What the profession does in a given situation will be an important indicator of what ought to have been done, but it should not necessarily be determinative. In the final analysis, the court should set the standard of care in negligence, drawing upon the evidence presented.
14
Selanjutnya, dalam kes Hasan bin Datolah v Kerajaan Malaysia [2010] 2 MLJ 646, Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa – .. we agree with learned counsel that Foo Fio Na, had without doubt rejected the Bolam Test in so far as it relates to the determination of the standard of care to be observed by a medical practitioner in a medical negligence suit. The right or responsibility to make such a determination now rests with the court upon evaluation of the evidence before it, including the opinion and practices of members of that profession.
15
Tahap pembuktian atau standard of care yang digunakan di dalam kes kecuaian perubatan telah diformulasikan dalam kes Foo Fio Na v Dr Soo Fook Mun & Anor (supra) yang menggunakan tahap pembuktian yang digunakan di dalam kes Rogers v Whittaker. Mahkamah Persekutuan telah memutuskan bahawa:
69
Therefore, there is a need for members of the medical profession to stand up to the wrongdoings, if any, as is the case of professionals in other professions. In so doing, people involved in medical negligence cases would be able to obtain better professional advice and that the courts would be appraised with the evidence that would assist them in their deliberations. On this basis, we are of the view that the Rogers v Whittaker test would be a more appropriate and a viable test of this millennium then the Bolam Test…
16
Dalam kes Zulhasnimar Hassan Basri & Anor v. Dr Kuppu Velumani P & Ors [2017] 8 CLJ 605 telah diputuskan – The approach of Bolam Test practically meant that while the law imposed a duty of care, standard of care owed by a doctor to a patient left to the medical fraternity ie practice accepted as proper by a responsible body of medical men skilled in that particular art’. In other words, the medical practitioners have the final say whether there was negligence and not courts. The Bolam Test as formulated was wide enough to encompass all aspects of medical practice. It made no distinction between diagnosis, treatment or duty to advice of risk.
17
Mahkamah ini selanjutnya perlu bergantung kepada pendapat pakar dan menilai keterangan pendapat yang diberikan oleh pakar dalam menentukan sama ada rawatan yang diberikan oleh Defendan adalah menurut amalan perubatan yang standard.
18
Dalam kes Sidaway v Board of Governors of the Bethlem Royal Hospital and the Maudsley Hospital & Ors [1985] 1 All ER 643 (House of Lord) diputuskan bahawa – In matters of diagnosis and the carrying out of treatment the court is not tempted to put itself in the surgeon’s shoes; it has to reply upon and evaluate expert evidence ..
19
Isu yang perlu diputuskan oleh Mahkamah ini adalah –
i
Sama ada wujud kecuaian perubatan akibat perlakuan defendan-defendan berkaitan pembedahan kedua plaintif.
II
(ii) Sama ada defendan-defendan cuai dalam menjelaskan risiko pembedahan termasuk gangguan saluran darah dan berisiko menyebabkan kaki dipotong.
III
(iii) Sama ada defendan pertama, kedua dan ketiga bertanggungan secara alih terhadap kecuaian defendan keempat hingga kesepuluh jika didapati mereka bertanggungan cuai terhadap plaintif.
IV
(iv) Sama ada plaintif membuktikan relief ganti rugi yang dituntut. ANALISIS MAHKAMAH DAN DAPATAN MAHKAMAH BERKENAAN LIABILITI Sama ada wujud kecuaian defendan-defendan semasa pembedahan kedua plaintif
20
Sebelum pembedahan kedua, Mahkamah ini mendapati kaki kanan plaintif adalah dalam keadaan yang tidak berisiko terhadap kompilasi salur darah. Dapatan ini berpandukan kepada hasil pemeriksaan oleh iaitu defendan keempat yang mengesahkan bahawa pembedahan kedua. Keterangan SD6 – Dr Mohd Reza bin Mohd Aridz (Defendan Keempat)
21
SD6 merupakan doktor pakar perubatan di Jabatan Ortopedik Hospital Sungai Buloh yang telah berkhidmat 1 tahun 7 bulan pada 22.1.2019 dan mengetuai pembedahan kedua plaintif pada 4.3.2019. SD6 menjalankan pembedahan tersebut dengan dibantu oleh Dr Wan Mahafez pegawai perubatan iaitu defendan keenam dan beberapa jururawat.
22
Antara lain keterangan SD6 semasa pemeriksaan utama adalah yang berikut – a) SD4 hanya memberi khidmat konsultasi bagi pembedahan pertama. b) Selepas pembedahan pertama, SD6 menemui plaintif di Wad 5C. SD6 memberi pelan rawatan supaya antibiotik diteruskan, membuat dressing selang sehari dan membuka jahitan plaintif pada 5.2.2019. Semasa merawat plaintif pada 6.2.2019, SD6 mendapati luka plaintif semakin baik walaupun masih berair. Plaintif dibenarkan pulang pada 11.2.2019 dan pembedahan kedua dijadualkan pada 21.2.2019. Namun pembedahan kedua telah ditangguhkan ke 4.3.2019. c) Plaintif telah diterangkan berkenaan pembedahan yang akan dilakukan dan borang kebenaran telah ditandatangani oleh plaintif. d) Pembedahan kedua perlu dilakukan ke atas plaintif kerana external fixator yang ada pada masa itu bertujuan untuk menstabilkan kepatahan buat sementara waktu. External fixator tidak memadai dan tidak cukup stabil untuk dikekalkan sebagai rawatan definitif kepada kepatahan plaintif. Selain itu penjajaran kepatahan tersebut tidak boleh diterima dan perlu diluruskan mengikut penjajaran yang boleh diterima. e) bersama-sama defendan keenam, membuat pembedahan kedua plaintif pada 4.3.2019. Tujuan pembedahan kedua adalah untuk membuang alat penetap luaran dan ditukar kepada plat supercutaneous pada tulang tibia sebelah kanan (removal of external fixator and conversion to supercutaneous plate of right tibia). Plat khas ini diletak di bawah kulit tetapi di luar tulang, bagi terus menyokong penyembuhan tulang. f) Pembedahan ini dipilih kerana pilihan untuk internal implant adalah kurang sesuai disebabkan risiko implant related infection disebabkan faktor-faktor seperti open fracture, penangguhan pembedahan pertama, sejarah cecair hemoserous daripada luka dan penangguhan pembedahan kedua. g) Super cutaneous plate dipilih kerana ia dapat memberikan kestabilan yang lebih kukuh untuk jangka masa lebih lama, implan luaran yang jauh lebih kecil untuk membolehkan plaintif bergerak dengan lebih selesa berbanding dengan external fixator sedia ada, ilizarov external fixator dan limb reconstruction system.
23
SD6 turut menjelaskan cara pembedahan kedua dilakukan, iaitu –
i
Pembedahan ini dilakukan setelah doktor bius memberikan bius separa badan kepada plaintif yang berada dalam posisi baring.
II
(ii) Tempat pembedahan dibersihkan dan disterilkan, dialas dengan kain steril. Luka dicuci dan dibersihkan dengan normal saline, povidone dan hydrogen peroxida.
III
(iii) Tourniquet dikembangkan setelah didapati pendarahan di kawasan luka dan external fixator.
IV
(iv) External fixator dikeluarkan.
v
Kemudian, super cutaneous plate dipasang dibawah bimbingan image intensifier. Tiada manipulasi dilakukan di kawasan kepatahan. Tiada prosedur dilakukan di kawasan lutut dan belakang lutut.
VI
(vi) Luka dicuci lagi sekali dengan normal saline dan luka dibalut dengan bactigras gauze dan gamgee.
24
Pembedahan kedua plaintif selesai pada jam 16.42 dan plaintif telah ditolak keluar dari dewan bedah ke kawasan pemulihan di bawah pengawasan Jabatan Bius.
25
Semasa diperiksa balas, SD6 menjelaskan beliau yang mengatur pelan pembedahan kali kedua plaintif dan pembedahan kedua ini merupakan susulan kepada pembedahan pertama. SD6 turut disoal berkenaan dengan external fixator yang dipasang semasa pembedahan pertama – PP: Baik, seterusnya pembedahan kali pertama dipasang dengan external fixed titer. 10 Boleh Doktor terangkan apakah itu external fixator? SD-6: Yang Arif, external fixator adalah satu konstruk diluar daripada tubuh pesakit di 13 mana ia bertujuan untuk memberi struktur pada tulang yang telah patah. PP: Doktor boleh memberi gambaran tidak sedikit bagaimana adakah bentuk gegelung, bagaimana pemasangan dibuat? Terangkan kepada Mahkamah. SD-6: Yang Arif, untuk pesakit ini, external fixator yang dibuat adalah dari jenis uniplana. Uniplana bermakna dia punya uniplana. U-N-I-P-L-A-N-A-R. Uniplana bermakna kita memegang tulang pesakit itu dalam satu plane sahaja. Maknanya kita pegang dalam satu plane, so bermakna ia cuba... YA: Plane ke plane? SD-6: Plane. Dalam satu, dia dalam satu landasan, kita pegang dalam satu landasan berbanding dengan 2-3 landasan. Selalunya, pemegangan ini melibatkan pin yang di drill masuk ke dalam tulang pesakit bergantung kepada tulang tersebut sama ada dua sekurang-kurangnya pada setiap segmen tulang ataupun tiga dan dia akan dipegang kedua segmen yang patah itu akan dipegang oleh rod yang dibantu dengan elemen-elemen untuk memegang rod kepada pin tersebut. PP: Maaf, Doktor. Rod yang dipinkan itu adakah pada tulang? SD-6: Pin akan diskrukan masuk ke dalam tulang tetapi rod itu akan memegang kepada pin. PP: Jadi pin ini akan terkeluar kepada isi kulit. SD-6: Ya betul. PP: Jadi setuju saya katakan bahawa pembedahan kali pertama ini untuk masukkan external fixator ini dia melibatkan kawasan tulang, kawasan saraf, kawasan salur darah atau vascular kita panggil dan juga nerve. Setuju atau tidak? SD6: So, di bahagian kaki memang akan ada saluran darah, saluran saraf, saluran nerve. Tetapi kita ada area yang kita panggil safe plane. Maksudnya area yang selamat untuk kita masukkan pin supaya pin tersebut tiada risiko kecederaan pada saluran darah dan salur saraf kalau mengikut safe plane tersebut, risiko tersebut akan kurang. … PP: Tetapi pun begitu di kawasan dalam kes Plaintif diletakkan fixator external itu masih melibatkan lah masih ada lah di kawasan itu ok setuju atau tidak? Nerve saluran darah? SD-6: Dia masih ada di belakang. … PP: Jadi setuju saya katakan untuk menggantikan kepada supercutaneous plate itu, pembedahan kali kedua ini juga merangkumi lah, perlu buka dahulu external fixator tersebut. Setuju ya? SD-6: Setuju.
26
SD6 turut menjelaskan cara beliau membuka external fixator sebelum digantikan dengan super cutaneous plate, iaitu –
i
sebelum external visitor dibuka, bahagian luka dicuci.
II
(ii) Rod yang memegang pin-pin diceraikan daripada pin-pin.
III
(iii) Selepas diceraikan, pin akan di unscrew satu persatu.
IV
(iv) Pengeluaran pin melibatkan pengunduran balik pin dari dalam ke luar. Risiko kecederaan berkurangan.
27
Berkaitan dengan prosidur pemasangan super cutaneous plate, SD6 menjelaskan –
i
Super cutaneous plate merupakan plate yang diletakkan di luar bahagian kulit plaintif.
II
(ii) Secara teknikal, super cutaneous plate ini diletakkan di bahagian belah dalam kaki sebelah luar.
28
SD6 telah bersetuju dan mengesahkan bahawa prosidur pembedahan kedua ini melibatkan kawasan tulang, saraf dan juga salur darah atau vascular. Pemasangan super cutaneous plate bukanlah pemasangan yang kekal dan ia akan dibuka bergantung kepada kadar pembaikan kaki pesakit yang berbeza perkadarannya. Pengeluaran super cutaneous plate tidak melibatkan pembedahan dan boleh dilakukan di klinik.
29
SD6 selanjutnya menerangkan sebagai doktor yang merancang pembedahan plaintif, SD6 tidak terus mencadangkan pemasangan super cutaneous plate semasa pembedahan pertama. Hal ini kerana keputusan SD6 bergantung kepada keadaan plaintif pada masa itu yang tidak sahaja mengalami kecederaan ortopedik tetapi juga kecederaan di bahagian kepala dan abdomen yang memerlukan rawatan. Menurut keterangan SD6 – semasa kita membuat keputusan untuk melakukan external fixator, bertujuan untuk perancangan sementara, pemegangan tulang sementara kerana pemasangan external fixator adalah jauh lebih lancar dan lebih mudah berbanding dengan pemasangan dalam keadaan pembedahan itu boleh memberi kesan negatif kepada pesakit kita mahu pembedahan yang lebih cepat dan lebih simple, lebih ringkas supaya risiko semasa melakukan pendarahan itu kurang. Keadaan plaintif sebelum pembedahan kedua
30
SD6 telah dirujuk dengan muka surat 232 Ikatan B2 Orthopedic Progress Note mengandungi Bahagian Examination of right lower limb dengan catatan CRT less than 2 seconds, DPA and PTA palpable good volume. SD6 menjelaskan bahagian hujung jari kaki ditekan dan setelah dilepaskan tekanan jari kaki akan terus merah semula dalam masa kurang daripada 2 saat.
31
Sebelum memulakan pembedahan, SD6 memeriksa kaki kanan plaintif dan setiap pin yang telah dicucuk ke dalam kaki adalah bersih, tiada discharge, nanah mahupun kotoran. Sendi kaki plaintif boleh digerakkan dengan dibawa naik dan turun. Selain itu pergerakan kesemua jari kaki plaintif boleh dinaikkan dan diturunkan. CRT kurang 2 saat untuk kesemua jari dan deria rasa pada bahagian kaki kekal. Bahkan SD6 turut bersetuju bahawa sebelum memasuki dewan pembedahan plaintif telah dipastikan berada dalam keadaan baik dan boleh melakukan pembedahan. Penggunaan tourniquet
32
SD6 telah menjelaskan berkenaan torniquet yang merupakan medical device yang dipasang bertujuan untuk memberhentikan pendarahan dari luar. Tourniquet diikat pada paha kanan plaintif supaya ikatan itu akan cukup untuk menghentikan pendarahan daripada saluran darah. Dalam kes plaintif ini, SD6 kurang pasti siapa yang mengikat tourniquet pada bahagian paha plaintif meskipun ia berada dalam bidang arahan bahagian ortopedik.
33
Ketika disoal siapakah yang memantau tourniquet, SD6 tidak dapat memberikan jawapan. Mahkamah ini berpandangan, adalah menjadi suatu keperluan bagi tourniquet dipantau semasa pembedahan kali kedua plaintif. Dapatan Mahkamah ini adalah setelah memberi pertimbangan kepada keterangan SD6 sendiri semasa pemeriksaan balas – PP : Jadi tourniquet ini, pada ketika itu dipantau oleh siapa? SD-6 : Tourniquet itu disambung kepada machine. Machine itu akan menunjukkan berapa tinggi dia punya pressure pada tourniquet, pada masa yang sama, machine itu ada timer untuk menunjukkan sama ada machine itu telah dipasang selama setengah jam, ataupun satu jam, ataupun satu setengah jam, dan seterusnya. PP : Soalan saya, adakah tourniquet ini dipasang sejam dua jam di machine lah? Perlu atau tidak, kita sebagai human, pantau bacaanya yang akan mendatangkan komplikasi. Ada atau tidak keperluan itu? SD-6: Ya.
34
SD6 sebagai pakar perubatan yang mengetuai pembedahan kedua plaintif tidak mengetahui pemantauan torniquet yang diikat di paha kanan plaintif. Mahkamah ini merujuk keterangan SD6 semasa pemeriksaan balas – PP : Jadi siapa yang ditugaskan untuk memantau, tengok bacaan itu, tinggi sangat ke, akan menyebabkan komplikasi ke, ada ke tidak? SD-6 : Dari segi timing, timing itu adalah preset, bermakna dia akan berbunyi sekiranya masanya sudah sampai. Sekiranya masanya perlu dipanjangkan, pemanjangan masa itu akan diarahkan oleh saya, sebagai surgeon, atau sesiapa surgeon lainlah. Dari segi ketinggian pressure, memang jadi kebiasaan untuk kita sekali-sekala tengok dia punya ketinggian pressure kerana bacaannya memang akan terpampang disitu. PP: Doktor, berdasarkan pengalaman, sekiranya tourniquet ini dipasang terlalu ketat, setuju atau tidak ia akan menyebabkan masalah kepada saluran darah? SD-6 : Saya tidak pasti. PP-1 : Setuju atau tidak, tourniquet ini dia akan melibatkan bahagian aliran darah? SD-6 : Setuju.
35
Mahkamah ini telah meneliti keterangan SD6 dan mendapati:
i
SD6 tidak pun menerangkan bagaimana keadaan tourniquet semasa dipakai pada hari kejadian, berapa kali arahan diberikan olehnya untuk ketinggian tekanan dikurangkan atau ditambah.
II
(ii) Tiada juga rekod mengenai hal perkara tersebut didokumentasikan dalam nota klinikal.
III
(iii) Bahkan tiada keterangan didedahkan sama ada SD6 mendengar bunyi yang menunjukkan masa yang ditentukan telah tamat.
IV
(iv) Tiada keterangan diberi tentang berapa kali arahan diberi untuk penambahan masa dan tekanan pada tourniquet.
v
SD6 juga tidak dapat pasti siapa individu yang memasang tourniquet.
36
Mahkamah ini memahami dalam keadaan petugas dewan bedah lazimnya menutup muka dengan face mask dan sukar mengesan dengan pasti individu berkenaan, namun apa yang lebih ketara adalah keterangan SD6 sendiri yang tidak memastikan jika pemasangan tourniquet terlalu ketat atau tidak sehingga boleh menjejaskan aliran darah ke bahagian bawah kaki plaintif.
37
Mahkamah ini juga mendapati keterangan SD6 bahawa beliau kurang pasti jika tourniquet dipasang terlalu ketat boleh menyebabkan masalah pada saluran darah meskipun SD6 bersetuju yang pemasangan tourniquet melibatkan kesan kepada saluran darah.
38
Berdasarkan fakta-fakta di atas, menjadi dapatan Mahkamah ini bahawa jawapan ‘kurang pasti’ yang diberikan oleh SD6 tidak membantu kes defendan-defendan kerana ia membawa kepada kesimpulan bahawa SD6 tidak berhati-hati dengan tidak menumpukan kesan pemakaian tourniquet yang boleh menjejaskan saluran darah plaintif semasa pembedahan. Keterangan SD6 ini juga gagal dibaiki semasa pemeriksaan semula.
39
Mahkamah ini turut merujuk keterangan SD6 sendiri yang menjelaskan tentang kesan torniquet yang dipasang ketat dan tempoh masa pemasangan, iaitu – Tourniquet kita ada time limit. Sekiranya dia dipasang lebih lama daripada recommended time limit, memang dia boleh menyebabkan vascular compromised. Sebab itu dia ada timer untuk menunjukkan kiraan masa dan selalunya, timer itu akan pertama kali berbunyi pada satu jam pertama dimana selepas satu jam pertama, dia masih selamat cuma kita diberi pertambahan masa, 30 minit, 30 minit, 30 minit.
40
Mahkamah ini turut mendapati bahawa SD6 faham, tahu dan arif tentang risiko dan komplikasi yang berlaku sekiranya semasa pembedahan, darah tidak mengalir dengan betul. Bahagian yang tidak ada aliran darah akan kekurangan darah dan boleh menyebabkan bahagian tersebut mati. Walau pun begitu, Mahkamah ini tidak menemui bahagian keterangan SD6 yang menjelaskan kondisi plaintif semasa dan selepas pembedahan kedua berhubung dengan penggunaan tourniquet serta arahan yang diberikan oleh SD6 berhubung dengan pemantauan masa dan tekanan dalam penggunaan tourniquet semasa pembedahan kedua pada bahagian kaki kanan plaintif.
41
Meskipun demikian, SD6 mengaku semasa pembedahan kedua, terdapat arahan diberikan untuk tourniquet dikembangkan yang mana SD6 tidak pasti jika arahan itu diberikan olehnya atau pembantu pakar bedah. Arahan tersebut diberikan kerana berlaku pendarahan tanpa henti di bahagian kaki kanan plaintif semasa pembedahan.
42
Pada hemat Mahkamah ini, jawapan SD6 tersebut menyokong dapatan Mahkamah bahawa SD6 tidak memantau penggunaan tourniquet dari segi tempoh dan tekanan yang digunakan sama ada terlalu ketat atau tidak sehingga menjejaskan aliran darah. Oleh kerana tiada pemantauan dibuat maka SD6 tidak menyedari komplikasi yang berlaku dan komplikasi tersebut hanya dapat dikesan selepas pembedahan.
43
Lebih dari itu, keterangan SD7 semasa pemeriksaan balas telah menyokong versi plaintif – PP: Setuju tidak saya katakan apabila pesakit itu tidak dirawat dalam time golden hours itu adalah satu kecuaian. Itu adalah kegagalan seorang Doktor untuk mengambil langkah yang wajar merawat pesakit? SD7: Setuju. PP: Setuju tidak saya katakan kalau lah Plaintif ini dirawat dalam tempoh golden hours tersebut, mungkin apa yang berlaku apa Plaintif iaitu saluran darah tersumbat sehingga dipotong kakinya boleh dielakkan? SD7: Ya.
44
Justeru menjadi dapatan Mahkamah ini tidak ada faktor lain yang menyumbang kepada kegagalan saluran darah kaki kanan plaintif melainkan kecuaian yang berlaku semasa pembedahan kedua plaintif. Dapatan Mahkamah ini setelah mengambil pertimbangan terhadap pandangan pakar yang diberikan oleh SD7 dan SP2.
45
SD7, Dr Siti Hawa binti Tahir ialah pakar ortopedik di Hospital Kuala Lumpur. Meneliti afidavit SD7, kelayakan dan pengalaman dalam bidang ortopedik, Mahkamah ini menerima keterangan SD7 sebagai pakar yang kompeten. SD7 mengesahkan hasil pemeriksaan plaintif secara fizikal, meneliti laporan perubatan dan nota-nota perubatan SD7 mendapati –
i
plaintif tidak mempunyai masalah kesihatan dan bukan pesakit berisiko untuk menjalani pembedahan.
II
(ii) plaintif tidak mempunyai keadaan kesihatan yang boleh menyumbang kepada penyumbatan salur darah.
III
(iii) Plaintif tidak mengalami kecederaan trauma daripada kemalangan yang menyebabkan saluran darah terkesan. Laporan SD7 turut menyatakan aliran darah di kaki plaintif bahagian bawah kawasan patah masih normal yang menunjukkan saluran darah tidak putus atau cedera akibat patah dan peredaran darah ke kaki masih berfungsi dengan baik.
46
Keterangan SD7 mengesahkan tentang kepentingan pemakaian tourniquet semasa pembedahan kedua plaintif dan ia konsisten dengan keterangan SD6. Satu alat yang digunakan semasa pembedahan atau semasa kecemasan untuk menghalang salur darah daripada mengalir. Ia ditutup secara sengaja supaya darah tidak melalui kawasan yang diletakkan tourniquet dengan tujuan untuk mengurangkan pendarahan semasa pembedahan.
47
47.
Preamble
Menurut SD7 lagi, kemungkinan punca salur darah tersumbat adalah datang daripada penggunaan tourniquet. Ketika dirujuk kepada laporan perubatan ms 425 SD7 menjelaskan – PP: Di dalam kes ini juga, kalau kita rujuk kepada laporan muka surat 425. Doktor tengok di bahagian bawah, diagnosis. Boleh tidak Doktor terangkan kepada Mahkamah apakah maksud right popliteal trombosis? SD7: Right popliteal trombosis bermaksud penyumbatan salur darah popliteal. Popliteal ini adalah salah satu daripada nama salur darah yang besar di belakang peha dan lutut. PP: Trombosis, Doktor? SD7: Trombosis itu penyumbatan. PP: Adakah masalah right popliteal trombosis ini juga boleh disebabkan penggunaan yang tourniquet yang Doktor kata tadi? SD7: Ya boleh.
48
Mahkamah ini turut merujuk laporan perubatan dan keterangan SP2 yang langsung tidak dicabar. SP2 ialah pakar ortopedik. Tiada pencabaran terhadap kredibiliti kepakaran SP2 dan Mahkamah ini menerima keterangan SP2 sebagai pakar. SP2 telah memeriksa laporan dan nota perubatan serta menyatakan bahawa –
i
Aliran darah normal di paha kanan plaintif tetapi menjadi lemah di bawah lutut.
II
(ii) Tiada aliran darah dikesan di bawah paha kanan yang menandakan saluran darah utama terputus atau tersumbat.
III
(iii) Kaki kanan plaintif menunjukkan tanda-tanda iskemia (kekurangan darah) termasuk pucat, tiada deria rasa, tiada pergerakan.
49
SP2 memberi pandangan pakarnya bahawa terdapat beberapa komplikasi yang berlaku semasa pembedahan yang menyebabkan masalah aliran darah (vascular compromise) pada bahagian bawah kaki kanan plaintif. Menurut SP2, vascular compromise adalah istilah perubatan yang menunjukkan kegagalan atau gangguan fungsi saluran darah untuk membekalkan darah ke tisu.
50
SP2 menjelaskan sebelum pembedahan pada 4 Mac 2019, keadaan saluran darah di kaki kanan bawah plaintif adalah normal dan tidak terjejas. Masalah aliran darah beku hanya berlaku selepas pembedahan pada 4 Mac 2019 menunjukkan komplikasi tersebut berlaku semasa pembedahan dijalankan. Menurut SP2 lagi, pembedahan dijalankan pada jam 1 dan plaintif dihantar ke HKL jam 10 malam, amat berkemungkinan pada masa itu kaki plaintif telah mati.
51
Mahkamah dalam kes Ku Jia Shiuen (an infant suing through her mother and next friend, Tay Pei Hoon) and Anor v The Government of Malaysia & Ors [2013] 4 MLJ 108, memutuskan bahawa – ...In a situation where there are some contemporaneous records, the oral evidence of the witnesses must be tested. They must be tested against the contemporaneous documents, the undisputed facts and the overall probabilities of the case in order to determine the reliability of the oral evidence..
52
Meneliti keseluruhan keterangan yang diperincikan dan berpandukan nas di atas, pada hemat Mahkamah ini plaintif telah berjaya membuktikan di atas imbangan kebarangkalian bahawa terdapat kecuaian oleh defendan keempat semasa menjalankan pembedahan kedua plaintif.
53
Selanjutnya Mahkamah ini mendapati berdasarkan keterangan saksi-saksi terdapat keperluan bagi melihat hal berkaitan pemantauan keadaan plaintif selepas pembedahan kedua sebelum plaintif dipindahkan ke wad. Hal ini kerana terdapat rekod kontemporari yang menunjukkan skor kesakitan plaintif meningkat ketika itu. Mahkamah ini turut merujuk perenggan 37 Pernyataan Tuntutan yang memplidkan – Defendan ketiga sehingga defendan kesepuluh telah gagal dalam melaksanakan reasonable care, skill and diligence dalam memberi rawatan kepada plaintif. Sama ada berlaku kecuaian oleh defendan-defendan.
54
Semasa hari kejadian, SD4 berkhidmat sebagai pakar bius di Jabatan Anaesteologi, Hospital Sungai Buloh. Menurut SD4 kali pertama beliau bertemu plaintif pada 4.3.2019 dan SD4 tidak terlibat dalam pembedahan pertama plaintif. Bagi pembedahan kali kedua SD4 menjelaskan tentang skor kesakitan plaintif yang menurun dari skor 6 kepada skor 2, iaitu – i. Tiub pernafasan plaintif telah dikeluarkan oleh Dr Chia selepas pembedahan dan plaintif dihantar ke bilik pemulihan untuk dipantau oleh jururawat. ii. Tujuan pemantauan adalah untuk memastikan plaintif bangun dengan selamat selepas dibius, dapat bernafas dengan stabil dan tidak mengalami komplikasi. iii. Pemantauan terhadap plaintif melalui penggunaan sistem dikenali sebagai Visual Analog Scale (VAS) bagi menilai tahap kesakitan plaintif. Skor kesakitan pesakit diukur menggunakan VAS pada skala 0 sehingga 10 dengan skor 0 tidak sakit langsung dan tahap kesakitan paling tinggi pada skor 10. iv. Plaintif telah menunjukkan kesakitan pada skor 6 dan setelah itu ubat tahan sakit dan ubat tambahan mengurangkan kesakitan diberikan kepada plaintif. Plaintif kemudian memaklumkan tahap kesakitannya menurut kepada skor 2 yang menunjukkan tahap kesakitan plaintif adalah minimum. v. SD4 menyatakan skor kesakitan bawah 4 adalah dianggap baik.
55
SD4 mengesahkan semasa pembedahan kedua plaintif berjalan dari jam 13:52 sehingga 16:35, SD4 tidak mempunyai pengetahuan lain selepas daripada beliau memantau tahap kesakitan plaintif selepas pembedahan.
56
Peguam cara plaintif telah menyoal SD4 tentang perkaitan antara penggunaan dadah semasa prosidur bius dengan gangguan aliran darah akibat kecederaan salur darah. SD4 menjelaskan pembiusan tidak menjejaskan gangguan terhadap aliran darah.
57
Pada tahap ini, tiada keterangan dikemukakan tentang siapakah pegawai perubatan dari Unit Ortopedik yang bertanggungjawab memantau plaintif selepas pembedahan dan sebelum plaintif dihantar ke wad. Plaintif dihantar ke kawasan pemulihan oleh pegawai perubatan yang bertugas, Dr Cheah. Keterangan SD4 menyatakan pemantauan plaintif hanyalah jururawat yang bertugas. Ketika SD4 mengenalpasti skor kesakitan plaintif yang meningkat pada skor 6, tiada keterangan dikemukakan mengenai inisiatif SD4 atau jururawat untuk memaklumkan pegawai ortopedik on call sejurus semasa skor 6 dikenalpasti. Ini penting bagi membolehkan pemeriksaan fizikal dibuat ke atas plaintif.
58
Berdasarkan keterangan saksi-saksi defendan, menjadi dapatan Mahkamah ini bahawa tiada pemeriksaan fizikal dibuat terhadap plaintif berikutan aduan kesakitan atau keadaan sakit yang dialami oleh plaintif semasa plaintif dipantau di kawasan pemulihan di bawah pengawasan Jabatan Bius.
59
Keterangan saksi-saksi defendan membawa kepada dapatan bahawa semasa plaintif diletakkan di Bahagian Pemulihan selepas pembedahan kedua, plaintif berada dalam pemantauan Bahagian Anaesteologi dan bukan Bahagian Ortopedik. Pemantauan oleh Bahagian Ortopedik akan bermula semasa plaintif dipindahkan ke wad dari Bahagian Pemulihan.
60
Keterangan saksi pakar defendan SD7 mengesahkan pasukan yang merawat plaintif hanya mengetahui keadaan plaintif yang mengalami salur darah bocor semasa plaintif berada di wad. Keterangan SD7 telah menyentuh tentang kepentingan rawatan menyelamatkan kaki akibat gangguan salur darah dibuat dalam masa 6 jam selepas gangguan berlaku.
61
Oleh itu amatlah penting keadaan plaintif dipantau selepas pembedahan kedua khasnya apabila berlaku kesakitan yang dialami oleh plaintif berdasarkan tahap kesakitan pada skor 6. Mahkamah ini mendapati daripada keterangan pembedahan kedua plaintif berlangsung selama tiga jam. Pemantauan terhadap plaintif selepas pembedahan menunjukkan tahap kesakitan yang dialami oleh plaintif berada pada skor 6 dan hanya usaha meredakan kesakitan sahaja yang diberikan kepada plaintif. Semasa di Bahagian Pemulihan tiada pemeriksaan terhadap kaki kanan plaintif. Pemeriksaan hanya dibuat pada jam 8.14 malam ketika kesakitan plaintif meningkat semula sehingga skor 7 semasa plaintif sudah berada di wad. Hal perkara ini bermakna selepas pembedahan keadaan kaki plaintif tidak dipantau kesannya terhadap pemakaian tourniquet meskipun menyedari kesan tourniquet terhadap saluran darah pesakit.
62
SD6 turut bersetuju bahawa terdapat hal perkara yang perlu diberi perhatian pada saat kesakitan sedemikian. Pada ketika itu, CRT lebih dari 2 saat dan bahagian jari kaki plaintif tidak boleh merasa apa-apa dan tidak boleh digerakkan.
63
Mahkamah ini turut merujuk keterangan SD6 berkenaan implikasi selepas pembedahan – PP: Setuju tidak saya katakan, ini saya tidak tanya dalam konteks Plantif, saya tanya Doktor terangkan pengalaman Doktor. Setuju tidak saya katakan sekiranya berlaku complication sewaktu pembedahan, ianya hanya boleh diketahui kesannya selepas pembedahan itu. Setuju atau tidak? SD-6: Untuk pesakit ini, setuju.
64
Tindakan memanggil SD5, Dr Wan Kwong Lee iaitu pakar on call untuk memeriksa plaintif hanya dibuat pada sekitar jam 9.15 malam iaitu ketika plaintif sudah berada di wad. SD5 telah dirujuk dengan dokumen mukasurat 426 Ikatan B3 dan menjelaskan –
i
SD5 mengetuai pasukan ortopedik atas panggilan pada 4.3.2019 yang terdiri daripada pegawai perubatan dan pegawai perubatan siswazah.
II
(ii) SD5 telah dipanggil oleh Dr Ruqnuddin yang memaklumkan SD5 bahawa pemeriksaan ke atas plaintif menunjukkan tidak terdapat nadi DPA dan PTA. SD5 telah hadir bertugas dan mengarahkan plaintif menjalani imbasan CT angiogram. Keputusan ujian mendapati berlaku kehilangan signal yang menunjukkan saluran darah tidak mengalir di bahagian paha plaintif, tiada nadi dan CRT melebihi 2 saat menunjukkan ada masalah saluran darah.
III
(iii) SD5 telah dirujuk kepada laporan dalam mukasurat 424 B3 dan menjelaskan maksud pemeriksaan pada right lower limb menunjukkan plaintif tidak dapat menggerakkan kaki dan tapak kaki.
IV
(iv) SD5 tidak dapat memastikan dengan tepat apakah diagnosis untuk plaintif. Dalam laporan mukasurat 426 B3 iaitu dokumen Progress Note, SD5 mencatatkan perkataan thrombus dengan tanda ‘?’. Menurut SD5, beliau menulis perkataan thrombus bermaksud sekatan salur darah disebabkan ketulan darah berdasarkan hasil dapatan keputusan image manakala tanda ‘?’ direkodkan kerana SD5 tidak pasti. Namun SD5 bersetuju dengan cadangan peguam cara plaintif jika thrombus yang berlaku, pesakit akan mengalami komplikasi teruk.
v
Perkataan revax dalam mukasurat 426 B3 adalah singkatan bagi revascularisation yang bermaksud menyambung balik saluran darah.
VI
(vi) SD5 terus menghubungi Dr Susan, pakar vascular. Dr Susan mengarahkan plaintif segera di hantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan sambungan saluran darah.
VII
(vii) Melalui catatan beliau dalam muka surat 426 B3 juga SD5 menjelaskan beliau telah memaklumkan plaintif berkenaan dengan dapatan CT Angiogram bahawa adalah masalah saluran darah yang tidak mencukupi. SD5 turut memaklumkan sendiri plaintif bahawa jika saluran darah tidak dapat disambung balik atau tidak dapat dibuat, ada kemungkinan kaki kanan plaintif tidak hidup. Jika kaki tersebut mati, pembedahan pemotongan kaki perlu dilakukan untuk mengelakkan masalah toksik daripada kaki yang mati yang boleh membahayakan nyawa plaintif.
65
Berhubung dengan implikasi jika thrombus berlaku, SD5 menyatakan jika saluran darah tidak mengalir semula, tisu-tisu kaki akan mula mati dan boleh menyebabkan pesakit kehilangan kaki. Meskipun SD5 merupakan saksi fakta, namun SD5 bersetuju dengan cadangan peguam cara plaintif bahawa berdasarkan pengetahuan dan pengalaman SD5 thrombus boleh berlaku akibat kecuaian sewaktu pembedahan.
66
SD5 ada ditanya berkenaan dengan skor kesakitan plaintif pada tahap 6. SD5 menjelaskan ketika beliau diaktifkan pada waktu kritikal tersebut, keutamaan SD5 adalah untuk menumpukan kepada keadaan salur darah plaintif keadaan nadi di kaki kanan plaintif. Plaintif tidak boleh dibiarkan untuk semalaman dan tindakan segera perlu diambil.
67
Semasa pemeriksaan semula, SD5 ditanya berkenaan dengan keadaan thrombus berlaku akibat kecuaian semasa pembedahan. SD5 memberi contoh kecuaian yang boleh berlaku adalah pembedahan terkena pada saluran darah secara terus dan mengakibatkan thrombus. Berikut adalah soalan susulan yang ditanya oleh Peguam Persekutuan terpelajar – S: Kemudian peguam juga ada tanya kepada Doktor, right popliteal thrombosis ini boleh berlaku akibat kecuaian pembedahan dan Doktor jawab setuju. Boleh Doktor terangkan apa maksud Doktor dengan bersetuju tersebut? SD5: Sekiranya pembedahan tidak dilakukan dengan berhati-hati dan Doktor tersebut tidak cukup mahir, ini boleh menyebabkan kecederaan kepada salur darah.
68
Mengambil kira keterangan-keterangan yang dicerakinkan di atas, Mahkamah ini menilai dan membuat perbandingan dengan keterangan yang diberikan oleh saksi pakar plaintif SP2 dan saksi pakar defendan SD7.
69
SD7 semasa pemeriksaan balas mengesahkan bahawa kaki kanan plaintif dapat diselamatkan seandainya tindakan segera diambil apabila mendapat tahu keadaan kaki plaintif berubah. PP-1 : Jawapan Doktor kaki akan berubah warna, sejuk, tidak ada nadi. Setuju tidak saya katakan dalam situasi kes ini, selepas Doktor melihat semua pemeriksaan perubatan, tadi yang saya kata nota nota, laporan perubatan, ini lah situasi yang berlaku pada Plaintif. Setuju atau tidak? SD-7 : Ya betul. Setuju. PP-1 : Jadi kalau seorang Doktor Pakar melihat kaki telah berubah warna, tiada bacaan nadi, setuju tidak saya katakan perlu ambil langkah yang segera? SD-7 : Ya. PP-1 : Boleh tidak Doktor terangkan kepada Mahkamah, ya lah kita sudah tengok dari segi color berubah, kita sudah tengok sudah tidak bergerak, tiada bacaan nadi, agak-agak tempoh segera itu berapa lama tempoh segera itu? SD-7 : Yang Arif, bila berlaku kejadian seperti begitu, kita memerlukan tidak lebih dari 6 jam dia panggil ‘golden time’ untuk kita usahakan supaya kaki itu boleh diselamatkan. PP-1 : Sekiranya kita melepasi ‘golden time’ ini, boleh tidak Doktor terangkan kepada Mahkamah apa yang akan berlaku pada kaki tersebut? SD-7 : Kaki tersebut akan mengalami anemia, hypoxia di mana oksigen tidak sampai di bahagian sel. YA : Anemia apa tadi? SD-7 : Anemia dan hypoxia ini adalah kekurangan sel darah. PP-1 : Boleh ejakan ‘hypoxia’ saya hendak salin. SD-7 : Hypoxia. PP-1 : Ok, baik. Ini adalah? SD-7 : Ini adalah indicator untuk sel darah berkurang dan juga oksigen berkurangan. Dia bila sel darah merah tidak ada, oksigen juga tidak ada. Jadinya dua-dua ini tidak sampai ke sel seperti yang diperlukan, oleh kerana itu, anggota yang terlibat tadi akan menjadi sejuk, dan bertukar color, dan akibatnya lama-lama dia akan menjadi bertukar color jadi hitam dan gangrene dan tidak boleh diselamatkan lagi.
70
SD7 telah bersetuju bahawa semasa kaki plaintif berubah warna, nadi tidak dapat dibaca, inilah masa plaintif sepatutnya mendapat rawatan revascularisation iaitu sebelum jam 10.50 malam. SD7 membangkitkan tentang golden time iaitu masa yang paling keemasan untuk merawat saluran darah plaintif melalui kaedah revascularisation. Semasa plaintif dipindahkan ke Hospital Kuala Lumpur jam 10.50 malam, tempoh keemasan tersebut telah pun berlalu.
71
Menjadi dapatan fakta oleh Mahkamah ini bahawa dokumen kontemporari berkaitan pembedahan kedua termasuk rekod-rekod perubatan termasuk Orthopedic Progress Note (mukasurat 424 dan 426 B3) dan Referral letter kepada HKL (ms 425 B3) adalah konsisten dan menyokong dapatan Mahkamah di atas. Prinsip dalam kes Tindok Besar Estate Sdn Bhd v Tinjar Co [1979] 2 MLJ 229 adalah diikuti – …For myself, I would with respect feel somewhat safe to refer to and rely on the acts and deeds of a witness which are contemporaneous with the event and to draw the reasonable inferences from them than to believe his subsequent recollection or version of it, particularly if he is a witness of purpose of his own to serve and if it did not account for the statements in his documents and writings.Judicial reception of evidence requires that the oral evidence be critically tested against the whole of the other evidence and the circumstances of the case. Plausibility should never be mistaken for veracity..
72
Mahkamah mendapati tuntutan plaintif berjaya dibuktikan di atas imbangan kebarangkalian terhadap defendan ketiga, defendan keempat dan keenam. Sama ada defendan-defendan cuai dalam menjelaskan risiko pembedahan termasuk gangguan saluran darah dan berisiko menyebabkan kaki dipotong. Penerangan tentang risiko pembedahan
73
SD6 telah merujuk mukasurat 409 IDB Jilid 3 yang menunjukkan huraian kepada keizinan pembedahan dan risiko bagi pembedahan kedua yang diberikan kepada plaintif. Penjelasan dalam muka surat 409 menurut SD6 adalah lebih terperinci berbanding borang keizinan pembedahan yang ditunjukkan dalam mukasurat 36 IDB Jilid 1. Meskipun demikian, SD6 kurang pasti semasa dicadangkan yang plaintif tidak pernah menandatangani risiko bagi pemotongan kaki.
74
SP2 telah memeriksa dokumen dan rekod perubatan dan melalui keterangan pemeriksaan balas – PD: Doctor, do you agree that one of the risk that explained was a vessel injury? SP-2 : Yes, sentence number 2 there, but the one that mentioned is for blood transfusion.
75
Melalui keterangan SP2 Mahkamah ini mendapati risiko yang diterangkan kepada plaintif adalah berbeza dengan apa yang dilalui oleh plaintif. SP2 mendedahkan – In this patient, the blood vessels that get injured was the artery, the main artery to the foot. So, if the artery get injured and thrombosis occur, so it can compromise the blood vessels and cause a disruption of a blood supply to distally to the thrombosis and cause the leg to be gangrenous, die off and may need amputation. So, the deep vein thrombosis explained here and what happened to the patient is actually different.
76
Penerangan yang diberikan kepada plaintif adalah berkaitan kerosakan urat saraf. Risiko yang tidak diterangkan adalah vascular compromise atau kegagalan salur darah.
77
Mahkamah mendapati wujud kecuaian oleh defendan keempat kerana gagal menerangkan risiko pembedahan termasuk gangguan saluran darah yang berisiko menyebabkan kaki dipotong. Sama ada defendan pertama, kedua dan ketiga bertanggungan secara alih terhadap kecuaian defendan keempat hingga kesepuluh jika didapati mereka bertanggungan cuai terhadap plaintif.
78
Diakui oleh peguam Persekutuan terpelajar bahawa pembedahan kedua dijalankan oleh defendan-defendan dari Unit Ortopedik dan Unit Anestetik dalam kapasiti mereka sebagai pegawai perubatan yang dilantik oleh defendan pertama sehingga ketiga. Berdasarkan prinsip Gurisha Taranjeet Kaur (an infant suing by her father and litigation representative, Taranjeet Singh s/o Bhagwan Singh) & Anor v Dr Premitha Damodaran & Anor [2020] 9 MLJ 409, justeru defendan pertama dan kedua diputuskan sebagai bertanggungan alih terhadap defendan ketiga, defendan keempat dan keenam.
79
Bagi tujuan kesempurnaan analisis, selanjutnya Mahkamah ini turut meneliti peranan dan keterangan defendan-defendan lain yang tidak bertanggungan. SD1: Dr Fareez bin Wazir (Defendan Kelima)
80
Semasa SD1 merawat plaintif, SD1 telah beramal sebagai doktor di bidang ortopedik selama enam tahun. SD1 menjelaskan yang beliau tidak terlibat dalam pembedahan pertama dan kedua plaintif. SD1 hanya memeriksa plaintif selepas hari kelapan pembedahan pertama.
81
Berdasarkan rekod perubatan, terdapat catatan yang menunjukkan SD1 bersama-sama dengan defendan keempat melihat plaintif kerana SD1 yang merupakan pegawai perubatan pada ketika itu adalah mengikuti defendan keempat selaku pakar bedah ortopedik. SD2: Dr Shyamala V Kumar iaitu defendan ketujuh
82
SD2 dalam kes ini merupakan pakar bius dan penjagaan rapi yang bertugas di Hospital Sungai Buloh semasa kejadian. Menurut SD2, plaintif telah menandatangani borang keizinan menjalani pembiusan am sehari sebelum pembedahan.
83
SD2 telah membuat pemerhatian ke atas plaintif sebelum pembedahan kedua dan mendapati plaintif secara fizikal dalam keadaan biasa dan tidak sakit. SD3: Dr Mohamad Ridzuan bin Mohd Rafi (Defendan Kelapan)
84
SD3 ialah pegawai perubatan yang berkhidmat di Jabatan Anaesteologi, Hospital Sungai Buloh. Pada 4.3.2019, SD3 bertemu dengan plaintif bagi kali pertama. SD3 bersama-sama dengan SD2 semasa SD2 memberikan pembiusan penuh kepada plaintif dalam pembedahan kedua. SD3 mengesahkan berdasarkan rekod mukasurat 431 Ikatan B3, plaintif direkodkan sebagai tidak mempunyai sebarang alergi kepada apa-apa perubatan. SD3 menjelaskan semasa hari pembedahan jam 2 petang, SD2 dan SD3 telah menyerahkan kes plaintif kepada Dr Naeema, pakar bius dan Dr Chiah.
85
Rekod-rekod yang terhasil semasa pembedahan plaintif khususnya bagi pembiusan menurut SD3 adalah diperolehi secara auto generated iaitu dengan semua alat disambung ke badan plaintif terus ke komputer untuk mendapatkan bacaan tekanan darah dan nadi. Laporan tersebut dalam bentuk PDF yang akan dimuatnaik ke dalam Intra NS Dot.
86
Dapatan Mahkamah ini plaintif gagal membuktikan tuntutan plaintif terhadap defendan kelima, defendan ketujuh, defendan kelapan, kesembilan dan kesepuluh.
87
Asas pertimbangan dalam standard pembuktian dan taksiran ganti rugi masa hadapan, Mahkamah ini mengikut prinsip dalam kes Mahkamah Persekutuan Inas Faiqah bt Mohd Helmi v Kerajaan Malaysia & Ors [2016] 2 CLJ 885 bahawa – [20] It is trite that damages serve as compensation, not reward, less still a punishment (see Ong Ah Long v Dr S Underwood [1983] 2 CLJ 198; [1983] CLJ (Rep) 300; [1983] 2 MLJ 324). In assessing damages, the court should not be motivated by sympathy and award fair compensation based on cogent evidence. The court should not descend into domain speculation. The evaluation of those evidence, which form the basis of any risk of future damage, must be therefore still be undertaken. And the trial judge can only be evaluate such evidence based on the recognised balance of probabilities standard.
88
Mahkamah ini juga terpandu dengan keputusan Yang Salbiah & Anor v Jamil bin Harun [1981] 1 MLJ 292, Mahkamah Persekutuan membenarkan award ganti rugi bagi kecederaan akibat kecuaian kepada plaintif – ganti rugi khas, ganti rugi pra bicara, ganti rugi am (pain suffering) dan kos penjagaan masa hadapan dan memutuskan bahawa – It must be remembered that the purpose of damages is to try, so far humanly possible, to put the victim back to the position he would have been in but for the accident. The damages must be fair, adequate and not excessive.
89
Prinsip pemberian award ganti rugi am kes Mariam Mansor v. JD Peter [1975] 1 MLJ 279 seperti berikut – In considering what compensation the court shall award, it is impossible to arrive at an accurate figure, however, all the court can do is to award her a sum which would compensate her for pain and suffering she had undergone and will, in all probability, continue to undergo. I feel that the sum awarded should be a fair sum to compensate the plaintiff for the injuries suffered, but it should not be too excessive to constitute an injustice to the defendant.
90
Dalam kes Sam Wun Hoong v Kader Ibramshah [1981] 1 LNS 103, Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa pain and suffering dinilai dengan melihat kepada keadaan dan tempoh masa kecederaan yang dialami. Mahkamah menyatakan: Under the heading of pain and suffering and loss of amenities, the quantum is mainly assessed on the nature of injuries sustained and the period of hospitalization, and in arriving at a figure, the court is guided by previous awards in cases involving similar type of injuries with allowances being given as to the plaintiff’s age, marital status, his special position socially or in business, depreciation or appreciation of money value and other relevant circumstances.
91
Mahkamah Tinggi dalam kes Noorasmawati bt Abu Othman lwn Kerajaan Malaysia & Ors [2021] MLJU 2439, telah menganugerahkan sejumlah RM260,000 sebagai ganti rugi am kepada plaintif berumur empat puluh tahun yang telah mengalami kesakitan dan kehilangan kemudahan hidup akibat kecuaian sehingga terpaksa menjalani pemotongan lengan kanannya (di atas siku). Kelewatan cuai dalam membuang saluran dialisis yang tersumbat di lengan kanan plaintif telah menyebabkan gangren dan akhirnya membawa kepada pemotongan.
92
Mengambilkira keadaan kes plaintif dan prinsip undang-undang, Mahkamah ini mengawardkan ganti rugi am sebanyak RM300,000.00. Ganti rugi Teruk
93
Mahkamah mendapati keperluan yang dicerakinkan dalam kes Hasniyati Bt Hassan & Anor v Kerajaan Malaysia [2022] 10 MLJ 469, tidak dipenuhi oleh plaintif bagi tuntutan ganti rugi teruk. Mahkamah Tinggi Pulau Pinang memutuskan bahawa – My opinion is that aggravated damages are not warranted in the instant case, as I find that: a. the issue in this suit was purely one of medical negligence. Penang Hospital acted as best as they could at a material time to treat and manage the plaintiffs. b. Although the issue of liability in this suit had been recorded, it was an unintentional negligence. The task of treating patients is placed on the shoulders of doctors on duty and employed at the government hospitals. No doctor would want to intentionally injure his patients. Doctors in government hospitals also have no option but to accept patients. All patients referred to government hospitals will be treated accordingly based on the diagnosis at the material time. c. There was no exceptional or contumelious behavior or motive on the part of Penang Hospital; there was no element of bad motive or ill conduct on their part when treating the plaintiffs. d. Based on the overall facts, there were no elements of aggravating features. I believe the plaintiffs have been fairly compensated by way of general and future damages.
94
Justeru, tuntutan bagi ganti rugi teruk tidak dibenarkan. Ganti rugi teladan dibenarkan setakat RM300,000
95
Mahkamah menerima hujahan plaintif dan membenarkan ganti rugi sebanyak RM300,000. Kaki palsu
96
Bagi melepaskan beban bukti plaintif untuk membuktikan keperluan kaki palsu, plaintif telah memanggil SP4 Dr Sandosh yang merupakan pakar prostetik dan ortotik. SP4 berpengalaman dalam bidang kaki palsu.
97
Mahkamah ini berpuas hati bahawa SP4 adalah pakar yang berkelayakan dan tiada sebab bagi Mahkamah ini menolak keterangan SP4.
98
Pihak defendan telah memanggil SD8 bagi mencabar keterangan SP4. Meskipun demikian, SD8 mengaku bahawa beliau masih perlu merujuk kepada prostetik dan ortotik berkaitan dengan spesifikasi kaki palsu. Dalam konteks kes ini, SD8 menjelaskan bahawa beliau merujuk nasihat Nik Khairul Anwar Nik Adek, konsultan iaitu Pengarah dan Orthotis plaintif. Pihak defendan tidak memanggil Nik Khairul sebagai saksi untuk menjelaskan berkaitan dengan kaki palsu/prosthesis plaintif.
99
Mahkamah ini memberi perhatian terhadap keterangan SP4 dan SD8 berkaitan dengan penilaian mereka dalam pemakaian prosthesis oleh plaintif. Mahkamah ini mendapati bahawa penilaian yang dijalankan oleh SP4 terhadap plaintif dalam konteks menilai kesesuaian kaki palsu untuk plaintif adalah lebih menyeluruh dan komprehensif. SP4 telah menjalankan ujian AMPPro (dengan prosthesis) dan AMPnoPRO (tanpa prosthesis) ke atas plaintif. Kedua-dua ujian ini penting untuk dijalankan bagi menilai keupayaan plaintif selain membantu menentukan jenis prosthesis yang sesuai selain menilai sama ada prosthesis tersebut membantu atau menghalang pergerakan plaintif.
100
Mahkamah juga menerima keterangan SP4 bahawa hasil penelitian SP4 terhadap laporan pakar defendan berkaitan prosthesis, SP4 mendapati bahawa tiada penilaian AMPnoPRO dilakukan ke atas plaintif dan pakar defendan hanya menjalankan ujian AMPPro sahaja. Ini bermakna SD8 hanya menilai plaintif semasa plaintif memakai prosthesis dan tidak menilai plaintif tanpa pemakaian prosthesis. SP4 juga memberikan justifikasi bahawa ketepatan penilaian terhadap keupayaan plaintif akan terjejas jika kedua-dua ujian AMPPro dan AMPnoPRO tidak dijalankan. Penilaian yang dimaksudkan oleh SP4 adalah termasuk untuk mengetahui sejauh mana prosthesis yang digunakan benar-benar membantu plaintif atau sebaliknya mengehadkan pergerakan plaintif serta mengenal pasti cara untuk memperbaiki fungsi plaintif.
101
Selain itu, Mahkamah ini juga mendapati SP4 telah memeriksa keadaan plaintif dengan menilai gaya plaintif berjalan dengan menggunakan prosthesis. SP4 menerangkan apabila pesakit memakai prosthesis, hasil atau kesan pemakaiannya perlu dinyatakan dalam laporan agar gambaran yang lebih tepat dapat diperolehi khasnya berkaitan masalah pada prosthesis yang digunakan oleh plaintif sekarang dan bagaimana ia boleh ditambah baik.
102
SP4 juga menjelaskan, hasil penelitiannya beliau mendapati semasa plaintif memakai prosthesis yang ada sekarang, plaintif berjalan terhencot dan tidak normal. Plaintif berjalan dengan perlahan dan semasa berjalan pergerakan badan plaintif condong ke sisi (lateral trunk bending). Selain itu, lutut prostetik yang digunakan oleh plaintif mempunyai pergerakan lenturan yang terhad. Selanjutnya SP4 mendapati pergerakan lutut plaintif sangat perlahan dan terhad yang menandakan sendi lutut mekanikal pada prosthesis yang digunakan oleh plaintif mempunyai had atau kekangan fungsi. Keadaan plaintif ini berbeza dengan pergerakan normal iaitu ketika seorang yang normal berjalan dan menghayun kaki, lutut boleh bergerak sehingga 65 darjah dan semasa berlari, boleh melebihi daripada itu.
103
Dalam konteks ini, SP4 mengesyorkan prosthesis yang lebih baik digunakan oleh plaintif. Menurut SP4, dengan prosthesis yang baik, plaintif akan dapat berjalan seperti biasa dan markah penilaian boleh menjadi lebih baik.
104
Usul penggunaan prosthesis yang lebih untuk plaintif sebagaimana model yang disarankan oleh SP4 telah dicabar oleh pihak defendan. Menurut SD8 prosthesis yang dicadangkan oleh SD8 adalah memadai untuk menambah baik prosthesis sedia ada yang digunakan oleh plaintif.
105
Mahkamah ini mendapati terdapat beberapa persamaan dapatan fakta oleh SP4 dan SD8 berkaitan pemakaian prosthesis sedia ada dan kesannya kepada plaintif, iaitu –
i
Plaintif mengalami luka dan pergerakan yang terhad kesan pemakaian kaki palsu sedia ada yang tidak sesuai dengan keadaan plaintif.
II
(ii) Plaintif wajar diberikan kaki palsu yang sesuai.
106
Justeru, Mahkamah ini berpandangan –
i
Plaintif yang mengalami kecacatan kekal dengan kehilangan kaki kanan akibat insiden kecuaian yang tercetus selepas pembedahan kedua tidak sewajarnya dibiarkan meneruskan kehidupan dengan merasai keperitan akibat kehilangan kaki.
II
(ii) Pemakaian prosthesis yang terbaik dan termahal sekalipun tidak akan dapat menandingi keupayaan kaki kanan plaintif yang asal.
III
(iii) Mengambil kira laporan lengkap ujian yang dijalankan oleh SP4 terhadap plaintif, Mahkamah ini bersetuju bahawa prosthesis yang perlu dipakai oleh plaintif sewajarnya berupaya memenuhi kebutuhan plaintif dalam bergerak, bekerja dan melalui kehidupan harian meskipun tidak sempurna seperti seorang yang normal.
IV
(iv) Syor prosthesis yang diberikan oleh SP4 bukanlah bersifat kosmetik atau berlebih-lebihan. Sebaliknya, wajar dan patut dinikmati oleh plaintif bagi meneruskan kehidupannya sebagai ketua keluarga.
v
Prosthesis yang dicadangkan oleh SD8 adalah tanpa ujian lengkap tentang pemakaian prothesis oleh plaintif dan memberi kesan kepada ketepatan hasil ujian.
107
Mahkamah ini menolak syor yang diutarakan oleh SD8 yang dibuat tanpa ujian lengkap pemakaian prosthesis ke atas plaintif dan disokong dengan keterangan SD8 sendiri yang bersetuju bahawa kedua-dua ujian AMPRO dan AMPnoPRO penting untuk menilai tahap fungsi dan tahap aktiviti sebenar plaintif. Bahkan prosthesis yang dicadangkan untuk plaintif didapati mempunyai ciri-ciri yang sama dengan prosthesis yang digunakan oleh plaintif sekarang.
108
Berdasarkan alasan-alasan ini, Mahkamah mengawardkan kos prostetik sebagaimana yang dituntut oleh plaintif berjumlah
109
Mahkamah juga merujuk dan mengambil panduan award yang diberikan dalam kes Usamah Ariffin bin Abdillah (seorang budak mendakwa melalui bapa sah dan wakil litigasi, Abdillah bin Ariffin & Ors v Kerajaan Malaysia & Ors) [2024] MLJU 2609. Ganti rugi Khas
110
Justeru, award bagi ganti rugi khas adalah seperti berikut:
a
Perbelanjaan perubatan 40.00
b
Perbelanjaan menghadiri rawatan dan rawatan susulan di Hospital Sungai Buloh, HKL dan KPJ Shah Alam dan rawatan susulan di HUKM
2000
2000.00 lump sum
c
Kos pembedahan di HUKM – ditanggung oleh insurans Tidak dibenarkan
d
Kos Laporan Perubatan Pakar 1,011.00
e
Kos membeli kerusi roda dan walker & topang – keperluan yang munasabah dan perlu - diakui 1,800.00
f
Kos pembelian plat besi Tidak dibenarkan
g
Kos perubatan – diakui 109.30
h
Kos guaman pendedahan dokumen. 8,000.00
i
Kos kehilangan pendapatan Keterangan plaintif diterima. Kehilangan pendapatan dari 2019-2022 95,553.12 Jumlah (setakat pemfailan) RM108,513.42 Kos penjagaan ahli keluarga
111
Tuntutan ini adalah munasabah dan Mahkamah membenarkan award sebanyak RM5000. Keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Inas Faqihah (supra) diikuti.
112
Meskipun Plaintif bersetuju tiada dokumen sokongan dikemukakan, Mahkamah mengikuti kes Thaqif Asyraf Khairol Nizam (menyaman melalui ibu dan wakil litigasi, Syazwani binti Drani) v Kerajaan Malaysia & 15 lain [2023] 1 LNS 2261 yang membenarkan RM180 sebulan. Getting up Fee dan out of pocket expenses
113
Peguam cara plaintif merujuk Aturan 59 kaedah 16 KKM 2012 dan tiada hujahan dikemukakan oleh Peguam Persekutuan. Mengambil kira tahap kesukaran kes, jumlah saksi dan tempoh perbicaraan, Mahkamah menerima hujahan peguam cara plaintif dan membenarkan getting up fee untuk liabiliti dan kuantum sebanyak RM250,000.00. Mahkamah merujuk getting up fees dalam kes Nur Arissa Naura bint Noor Affrizal & Anor v Dr Abirami Kuna Seelan & Ors [2023] MLJU 885 sebagai perbandingan.
114
Tuntutan untuk out of pocket expenses RM10,000 dibenarkan.
115
Faedah pada kadar 5% setahun bagi award ganti rugi am dan teladan dari tarikh penghakiman sehingga perbicaraan penuh.
116
Faedah 4% setahun bagi award ganti rugi khas dari 4.3.2019 sehingga penyelesaian penuh.
117
Bagi keseluruhan award yang dibenarkan oleh Mahkamah ini adalah seperti berikut: Bil.
1
Jumlah (RM) Ganti rugi Khas
2
RM108,513.42 Ganti rugi Am 300,000.00
3
Ganti rugi Teladan 300,000.00
4
Kos kaki palsu 2,045,200.00
5
Getting up and out of pocket expenses 250,000.00
6
Out of pocket expenses 10,000.00
7
Kos penjagaan ahli keluarga 5,000.00 JUMLAH 3,018,713.42
118
Berdasarkan alasan-alasan yang diperihalkan di atas, tuntutan plaintif dibenarkan terhadap defendan pertama, kedua, ketiga, keempat dan keenam sahaja sebanyak RM3,018,713.42 berserta faedah dan kos. Bertarikh pada 20 Disember 2025. Ditandatangani ………………………………………. HAZIZAH KASSIM Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Sivil (NCvC10) Shah Alam, Selangor
1
Bagi Pihak Plaintif : Nor Zabetha binti Muhamad Nor Tetuan Nor Zabetha Chinna & Co (Batu Caves, Selangor)
2
Bagi Pihak Defendan-Defendan : Fariza Amira binti Azman Jabatan Peguam Negara (Wilayah Persekutuan Putrajaya)
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.