Content
0 DI DALAM MAHKAMAH MAJISTRET DI KANGAR DALAM NEGERI PERLIS MALAYSIA NO. KES JENAYAH: RA-83D-2157-10/2023 ANTARA PENDAKWA RAYA LWN HASMI BIN HASHIM (NO K/P: 871202405019) ALASAN PENGHAKIMAN PERTUDUHAN TERHADAP TERTUDUH Pertuduhan: “Bahawa kamu pada 18/07/2023, jam lebih kurang 1.20 pagi, di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Padang Besar, di dalam daerah Padang Besar, di dalam negeri Perlis, telah menggunakan dadah berbahaya iaitu Amphetamine dan Methamphetamine. Dengan itu kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh di hukum di bawah Seksyen 15(1) Akta yang sama.” Pertuduhan telah dibacakan dan diterangkan kepada Tertuduh. Tertuduh faham Pertuduhan dan Minta Bicara bagi Pertuduhan. Pembelaan Tertuduh menafikan Pertuduhan dan meminta untuk dibicarakan. ALASAN PENGHAKIMAN A. PENGENALAN KES 1) Tertuduh telah dituduh melakukan kesalahan sepertimana pertuduhan-pertuduhan di bawah seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. 2) Pertuduhan telah dibacakan dan difahami oleh Tertuduh. Tertuduh telah menafikan pertuduhan dan minta dibicarakan terhadap pertuduhan tersebut. 3) Kes telah dijalankan dengan 6 orang saksi pendakwaan. Di akhir kes pihak pendakwaan, mahkamah mendapati bahawa pihak pendakwaan telah gagal membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh terhadap Pertuduhan di bawah seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah seksyen 15(1) Akta yang sama. 4) Mahkamah telah memutuskan Tertuduh dilepaskan dan dibebaskan daripada kesalahan bagi Pertuduhan di bawah seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. 5) Pihak pendakwaan tidak berpuashati dengan keputusan mahkamah dan merayu terhadap keputusan. B. FAKTA KES PIHAK PENDAKWAAN 6) Pada 18/07/2023, pada jam lebih kurang 12.30 tengah malam, SP4 bersama pasukan telah nampak satu lelaki Melayu di hadapan pintu bilik nombor 2, sebuah homestay di Kampung Belukar Lenga, Chuping, Perlis dalam keadaan mencurigakan. Pemeriksaan telah dijalankan ke atas Tertuduh dan menjumpai barang salah bersabit Padang Besar rpt 2563/23. Tertuduh telah ditahan dan dibawa ke pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Padang Besar, Perlis. 7) SP4 telah mengarahkan Tertuduh untuk memberikan sampel air kencingnya untuk tujuan saringan air kencing di Pejabat BSJND IPD Padang Besar, Perlis. SP4 telah mengambil 10 pilihan sampul yang berisi botol urin dan Tertuduh telah memilih salah satu daripada bungkusan tersebut tertera nombor siri B0080839 (P2A-G). 8) Tertuduh kemudiannya telah diarahkan untuk membuka bungkusan aluminium foil bernombor siri B0080839 (P9) dengan keadaan bersil baik di hadapan SP4 dan diperhatikan SP4 yang mengandungi satu botol berpenutup kuning, P2A-G. 9) Seterusnya, SP4 telah mengarahkan SP5 mengiringi Tertuduh dan memungut spesimen air kencing milik Tertuduh di tandas Pejabat BSJND IPD Padang Besar dengan menggunakan botol yang telah dipilih oleh Tertuduh sendiri. Semasa berada di dalam tandas, SP5 telah memerhatikan Tertuduh kencing ke dalam botol urin tersebut dan paras air kencing adalah melebihi 30ml. 10) Kemudian, setelah Tertuduh kembali semula ke pejabat BSJND dengan diiringi SP5, SP1 telah mengarahkan Tertuduh meletakkan di atas meja dan penutup botol telah dibuka oleh Tertuduh sendiri untuk ujian saringan awal air kencing dijalankan oleh SP4 dengan disaksikan oleh SP5. 11) Dengan disaksikan Tertuduh, SP4 mengambil empat (4) test strip iaitu jenis Amphetamine, Methamphetamine, Benzo dan THC dan mencelup kesemua test strip ke dalam sampel air kencing Tertuduh. SP4 mendapati air kencing Tertuduh mengandungi Methamphetamine. Setelah mendapati sampel air kencing Tertuduh positif dadah jenis Methamphetamine, SP4 menutup semula botol urin dengan kemas dan dengan diperhatikan Tertuduh, SP4 menulis butiran pada label putih. 12) SP4 kemudiannya membuat laporan polis, Padang Besar 2564/23 (P6). Seterusnya, SP4 melekatkan label keselamatan bewarna biru tertera nombor siri yang sama di bahagian penutup dan badan botol urin sambil diperhatikan Tertuduh serta label yang telah diisi butiran dan nombor laporan polis pada botol urin tersebut. 13) Seterusnya, SP4 telah menyerahkan botol urin beserta spesimen air kencing milik Tertuduh dalam keadaan bersil dan berlabel serta Tertuduh kepada Pegawai Penyiasat, SP6. SP6 kemudiannya telah sil botol urin dengan meterai sil PDRM bewarna merah ‘433’ pada bahagian atas penutup botol urin tersebut. Botol urin tersebut berada dalam simpanan SP6 sepanjang masa dan ia sentiasa disimpan di dalam peti ais yang terletak di dalam bilik yang hanya boleh diakses oleh SP6 sahaja. 14) SP6 kemudiannya pula telah menyerahkan botol urin kepada Juruteknologi Makmal, SP1 dan diserahkan kepada Pegawai Sains, SP2 untuk dianalisa. Setelah dianalisa, air kencing tersebut disahkan mengandungi Amphetamine dan Methamphetamine melalui Laporan Patologi (P3). 15) Setelah barang kes siap dianalisa, Laporan Patologi, (P3) diserahkan kepada SP6 untuk tindakan lanjut. 16) Tertuduh kemudiannya dituduh dengan Pertuduhan di bawah seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah seksyen 15(1) Akta yang sama. C. SAKSI-SAKSI DAN EKSIBIT-EKSIBIT YANG DIKEMUKAKAN 17) Pihak Pendakwaan telah memanggil seramai 6 orang saksi sepanjang perbicaraan di peringkat pendakwaan seperti berikut: SP1: Muhammad Raisuddin bin Hashim Juruteknologi Makmal Perubatan SP2: Loke Kah Heng Pegawai Sains Kimia Hayat SP3: Lans Koperal Rafael Abdullah Jurufoto SP4: Inspektor Mohamad Zulhamidi bin Mohamad Yusof Pengadu SP5: Lans Koperal Muhammad Akmal bin A Rashid Anggota Pengiring SP6: Sarjan Che Amri Fadzly bin Che Wahab Pegawai Penyiasat 18) Mahkamah juga meneliti eksibit yang dikemukakan pihak pendakwaan seperti berikut: Pernyataan Saksi SP1 PWS1 Pernyataan Saksi SP2 PWS2 Pernyataan Saksi SP3 PWS3 Pernyataan Saksi SP4 PWS4 Pernyataan Saksi SP5 PWS5 Pernyataan Saksi SP6 PWS6 Borang Permintaan Pengesanan Dadah dalam Air Kencing P1 7 Keping Gambar Botol Urin P2 A-G Laporan Patologi P3 Sijil Perakuan di bawah seksyen 90A Akta Keterangan P4 Sekeping CD beserta Sampul P5 Padang Besar rpt 2564/23 P6 Borang Serah Terima Barang Kes P7 Satu sampul PDRM bertanda ‘PB 2564/23’ P8 Satu Sampul Botol Urin P9 Satu Sampul Test Strip beserta Test Strip P10 D. BEBAN PEMBUKTIAN 19) Di peringkat penutupan kes pihak pendakwaan adalah menjadi tanggungjawab mahkamah untuk membuat penilaian yang maksima keseluruhan keterangan saksi-saksi pendakwaan dan membuat keputusan sama ada pendakwaan telah berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh ke atas pertuduhan yang dihadapi oleh tertuduh. 20) Merujuk kepada seksyen 173(f)(i) Kanun Prosedur Jenayah (KPJ) yang memperuntukkan prosedur di akhir kes pendakwaan. Seksyen 173(f)(i) KPJ memperuntukkan seperti berikut: “Apabila kes pendakwaan berakhir Mahkamah akan mempertimbangkan sama ada pihak pendakwa telah membuat suatu kes prima facie terhadap tertuduh.” 21) Selain itu maksud bagi prima facie telahpun diputuskan dalam kes Balachandran v PP [2005] 1 CLJ 85 di mana Yang Arif Hakim Mahkamah Persekutuan, Augustine Paul menyatakan, antara lain (dengan izinl):- “…Section 180(1) makes it clear that the standard of proof on the prosecution at the close of its case to mak out prima facie case …A prima facie case is therefore one that is sufficient for the accused to be called upon to answer. This in turn means that the evidence adduced must be such that it can be overthrown only by evidence in rebuttal. The phrase "prima facie case" is defined in similar terms in Mozley and Whiteley's Law Dictionary, 11th edn as: A litigating party is said to have a prima facie case when the evidence in his favour is sufficiently strong for his opponent to be called on to answer it. A prima facie case, then, is one which is established by sufficient evidence, and can be overthrown only by rebutting evidence adduced by the other side. The result is that the force of the evidence adduced must be such that, if unrebutted, it is sufficient to induce the court to believe in the existence of the facts stated in the charge or to consider its existence so probable that a prudent man ought to act upon the supposition that those facts exist or did happen… … In order to make a finding either way the court must, at the close of the case for the prosecution, undertake a positive evaluation of the credibility and reliability of all the evidence adduced so as to determine whether the elements of the offence have been established…” 22) Menurut Yang Arif Hakim Mahkamah Persekutuan, Augustine Paul dalam kes Balachandran v PP [2005] 1 CLJ 85, persoalan yang perlu dipertimbangkan oleh Mahkamah di akhir kes pendakwaan adalah sama ada keterangan-keterangan yang telah dikemukakan oleh pihak pendakwaan memadai untuk mensabitkan tertuduh sekiranya beliau memutuskan untuk mendiamkan diri. Turut juga dinyatakan bahawa (dengan izin); “…The test at the close of the case for the prosecution would therefore be: Is the evidence sufficient to convict the accused if he elects to remain silent? If the answer is in the affirmative then a prima facie case has been made out…” 23) Di dalam kes Looi Kow Chai & Anor v. Public Prosecutor [2003] 1 CLJ 734, Mahkamah Rayuan menyatakan (dengan izin): “It is therefore follows that there is only ONCE EXERCISE THAT A JUDGE SITTING ALONG UNDER Sectiom 180 of the Code has to undertake at the close of Prosecution case. He, must subject the Prosecution evidence to the maximum evaluation and to ask himself the question, if I decide to call upon the accused to enter his defence and he elects to remain silent, am I prepared to convict him on the totality of the evidence contained in the Prosecution case? If the answer is in negative then no prima facie case has been made out and the Accussed would be entitled to an acquittal”… 24) Dalam kes Pendakwa Raya lwn. Mohd Radzi bin Abu Bakar [2006] 1 CLJ 457, yang mana Mahkamah Persekutuan juga menerimapakai ujian-ujian yang disyaratkan oleh Mahkamah Rayuan dalam kes Looi Kow Chooi di atas. Secara ringkasnya, kes di atas menyatakan dapatan seperti berikut (dengan izin):