Content
1
JA-82D-22-07/2023
Magistrates Court of Malaysia31 Dec 2024
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“elves of the court's duty in ensuring that the charge must be properly framed. Basically, before the commencement of trial, the court must have regard to the provisions of ss. 152, 153 and 154 of the Criminal Procedure Code (CPC) relating to the framing of the charge. Clearly, there is a specific duty imposed on the pr”
“nical irregularity, I was of the further view that the failure of the Sessions Court to adhere to section 173(i) of the CPC did not vitiate the proceedings-see Henry Chan Kok Loon v Public Prosecutor [2017] MLJU 1191.” [28] Berdasarkan prinsip kes di atas, Mahkamah ini berpandangan kesilapan yang berlaku adalah kesilap”
“lapan tersebut hanyalah satu kesilapan teknikal yang boleh diubati di bawah seksyen 156 dan 422 Kanun Tatacara Jenayah. [27] Merujuk kepada prinsip dalam kes Mohd Faiz bin Ismail v Public Prosecutor [2023] MLJU 2329, YA Hakim Celestina Stuel Galid Mahkamah Tinggi Sandakan menyatakan seperti berikut; “[3] The crux of th”
“saksi pendakwaan akibat daripada pindaan yang dibuat oleh Mahkamah sebagaimana peruntukan di bawah seksyen 162 KTJ. Mahkamah ini merujuk kepada prinsip kes Siti Bainun bt Ahd Razali lwn Pendakwa Raya [2024] MLJU 2253 dimana YA Noorin Badaruddin menyatakan seperti berikut; “[93] Mahkamah ini mendapati walaupun di akhir”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1
1
OKT dalam kes ini telah dituduh di bawah seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 sebagaimana berikut: PERTUDUHAN PINDAAN Bahawa kamu pada 08/04/2023 jam lebih kurang 0035 hrs, di tempat Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, IPD Johor Bahru Utara, 81300 Skudai, Johor dalam Daerah Johor Bahru, dalam Negeri Johor Darul Takzim, telah didapati memberikan dadah berbahaya kepada diri sendiri iaitu Apmhetamine dan Methamphetamine, dengan itu kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah seksyen 15 (1) Akta yang sama. HUKUMAN Denda tidak lebih RM 5,000.00 atau penjara tidak lebih 2 tahun. Perintah Pengawasan tidak kurang 2 tahun dan tidak lebih 3 tahun.
2
Pertuduhan telah dibacakan dan diterangkan kepada OKT di dalam Bahasa Malaysia, OKT faham pertuduhan dan mohon bicara terhadap pertuduhan tersebut.
3
Pihak pendakwaan telah memanggil seramai 5 orang saksi untuk memberikan keterangan bersumpah iaitu: a) Sjn Mohd Yusri Bin Mohamad Razak (Pegawai Eskot @ SP1); b) Insp Nur Akmal Bin Amran (Pegawai Tangkapan @ SP2); c) Pn Hajar Hazwani Bt Kasmadi (Juruteknologi @ SP3); d) Pn Deviga A/P Balakersnan (Ahli Patologi @ SP4); dan e) Insp Nur Ira Syazwani Bt Che Mudin (Pegawai Penyiasat @ SP5)
4
Di peringkat ini, tahap pembuktian adalah pada peringkat ‘prima facie’ sebagaimana yang termaktub di dalam Seksyen 173(h) Kanun Tatacara Jenayah dan sepertimana yang digariskan di dalam kes Balachandran v PP [2005] 2 MLJ 301 yang mana pendakwaan hendaklah membuktikan kepada Mahkamah bahawa intipati kesalahan seperti dalam pertuduhan telah dibuktikan tanpa keraguan yang dinyatakan seperti berikut: “The test at the close of the prosecution case would be; Is the evidence sufficient to convict the accused if he elects to remain silent? If the answer is in the affirmative then a prima facie case has been made out. This must, as of necessity, require a consideration of the existence of any reasonable doubt in the case 3 for the prosecution. If there is any such doubt there can be no prima facie case.
5
Intipati pertuduhan yang perlu dibuktikan oleh pendakwaan dinyatakan di dalam seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 di baca seperti berikut: Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 memperuntukkan:
1
Mana-mana orang yang –
a
mengguna, memberikan kepada dirinya sendiri atau menyiksa mana-mana orang lain, bertentangan dengan Seksyen 14 dengan memberikan kepadanya mana-mana dadah berbahaya yang ditetapkan di Bahagian III dan IV Jadual Pertama; atau b) … adalah bersalah atas suatu kesalahan terhadap Akta ini, dan jika disabitkan hendaklah didenda tidak lebih daripada lima ribu ringgit atau dikenakan hukuman penjara selama tempoh tidak lebih daripada dua tahun. [6] Seksyen 37(k) Akta yang sama pula memperuntukkan: Seksyen 37. Anggapan. Dalam semua prosiding di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya-
k
jika seseorang dituduh melakukan suatu kesalahan mengguna dadah berbahaya atau memberi kepada dirinya sendiri atau menyiksa mana-mana orang lain untuk memberi dadah berbahaya kepada dirinya, dan mana-mana dadah berbahaya yang dikesan dalam air kencing orang yang dituduh sebagai keputusan ujian air kencing yang dijalankan di bawah Seksyen 31A, orang tersebut hendaklah dianggapkan, sehingga dibuktikan sebaliknya, ada mengguna dadah atau ada memberi dadah kepada dirinya sendiri atau ada menyiksa mana-mana orang untuk memberi dadah kepada dirinya yang bertentangan dengan Akta ini atau peraturan-peraturannya. [7] Seksyen 31A Akta yang sama memperuntukkan: Seksyen 31A. Pemeriksaan oleh seorang pegawai perubatan ke atas orang yang ditangkap.
1
Apabila seseorang itu ditangkap di atas tuduhan melakukan sesuatu kesalahan terhadap Akta ini-
a
yang mempunyai sesuatu sifat; atau
b
yang dikatakan telah dilakukan di bawah sesuatu hal keadaan, yang boleh memberi alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa sesuatu pemeriksaan ke atas orang tersebut akan dapat memberikan bukti tentang berlakunya suatu kesalahan terhadap Akta ini, adalah menjadi sah di sisi udang-undang bagi seorang pegawai perubatan bertindak dengan permintaan mana-mana pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Sarjan, atau mana-mana pegawai lain yang menjadi ketua di suatu balai polis, atau mana-mana pegawai kastam, dan untuk mana-mana orang yang bertindak dalam membantu pegawai perubatan dan di bawah arahannya, untuk membuat suatu pemeriksaan atau pemeriksaan-pemeriksaan terhadap orang yang ditangkap yang dengan munasabahnya perlu bagi memutuskan kenyataan-kenyataan yang dapat memberikan bukti itu, dan untuk menggunakan atau menyebabkan untuk digunakan peraturan tersebut seperti yang dengan munasabahnya perlu untuk tujuan itu.
1A
Bagi maksud pemeliharaan keterangan, adalah menjadi sah di sisi undang-undang bagi seorang pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Sarjan atau seorang pegawai kastam untuk menghendaki orang yang ditangkap untuk memberi contoh air kencingnya untuk tujuan pemeriksaan di bawah subseksyen (1) jika pegawai perubatan atau mana-mana orang yang membantu dalam perubatan atau yang di atas arahan pegawai perubatan tidak dapat melaksanakan tugas untuk memperoleh contoh air kencing itu pada masa yang munasabah. [8] Merujuk kes Public Prosecutor v Chan Kam Leong [1989] 2 CLJ 311 (Rep), Zakaria Yatim J (ketika itu) telah menyatakan bahawa: “In order to prove that a person is guilty of an offence under s. 15(a), the prosecution must prove;
1
the accused administers the drugs to himself; or the accused suffers another person, contrary to s. 14 of the Act, to administer to him the dangerous drugs, and
2
that the urine of the accused is clinically tested and found to contain the drugs.” [9] Oleh yang demikian, pihak pendakwaan mempunyai beban untuk membuktikan intipati pertuduhan yang dapat dirangkumkan seperti di bawah: a) Sama ada sampel air kencing adalah milik OKT; b) Sama ada dadah berbahaya dikesan dalam air kencing tersebut melalui ujian yang dijalankan mengikut Seksyen 31A. c) Sama ada Methamphetamine dan Amphetamine merupakan dadah berbahaya yang ditetapkan di Bahagian III dan IV
Schedule
Jadual Pertama Akta Dadah Berbahaya 1952. Fakta Kes [10] Pada 08/04/2023, jam lebih kurang 12.35 pagi, OKT telah dibawa ke Pejabat Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) IPD Johor Bahru Utara untuk menjalani ujian saringan awal air kencing. SP2 telah mengarahkan SP1 untuk mengiringi/eskot OKT untuk mengambil sampel urin OKT. [11] SP2 kemudian telah membuat ujian saringan awal terhadap sampel tersebut dengan disaksikan oleh OKT, dan hasil ujian saringan awal mendapati urin OKT positif dadah jenis Methamphetamine dan Morphine. [12] SP2 kemudian pada jam lebih kurang 1.30 pagi telah menyerahkan botol urin tersebut kepada SP5. Botol urin tersebut seterusnya telah dihantar oleh SP5 ke Jabatan Patologi Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru untuk dianalisa pada 10/04/2023. SP3 mengesahkan penerimaan botol urin tersebut dan telah menyerahkannya kepada SP4. [13] SP4 mengesahkan penerimaan botol urin daripada SP3. Hasil analisa yang dijalankan oleh SP4 telah mengesahkan sampel urin OKT mengandungi dadah jenis ‘Amphetamine’, ‘Methamphetamine’ dan ‘Morphine’ seperti yang dinyatakan dalam Ekshibit P10. Dapatan Dan Analisis Mahkamah di Peringkat Kes Pendakwaan [14] Melalui penelitian ekstensif mahkamah terhadap keterangan yang diberikan oleh saksi-saksi pendakwaan Mahkamah ini mendapati bahawa: a) Sama ada sampel air kencing adalah milik OKT [15] Penilaian maksimum mahkamah kepada kesemua rantaian keterangan saksi-saksi pendakwaan dalam menentukan sama ada sampel air kencing adalah milik OKT mendapati bahawa: a. Keterangan SP2 yang menyatakan bahawa OKT telah dibawa ke JSJN IPD Johor Bahru Utara (JBU) untuk dijalankan ujian saringan awal air kencing. SP2 seterusnya telah mengarahkan SP1 untuk mengiringi OKT ke tandas untuk mengambil sampel air kencing OKT. SP1 melihat OKT memasukkan air kencing ke dalam botol yang dipegang oleh OKT. SP1 kemudian telah mengiringi semula OKT ke arah SP2. SP2 kemudian telah menjalankan ujian saringan awal air kencing dengan menggunakan test strip yang dibekalkan oleh PDRM. SP2 mendapati bahawa air kencing OKT positif Methamphetamine dan Morphine. b. Seterusnya, SP2 telah mengisi butiran pada label botol urin dan OKT telah diminta unutk menurunkan tandatangan. SP2 juga telah menandatangani label serta melekatkanya pada botol tersebut. SP2 kemudian telah ‘seal’ botol tersebut dan menyediakan laporan polis serta menyerahkan OKT dan botol urin tersebut kepada SP5. c. SP5 mengesahkan menerima botol daripada SP1 dalam keadaan baik. SP5 seterusnya telah seal botol urin tersebut dengan lilin merah PDRM 640 dan botol urin disimpan di dalam peti sejuk berkunci milik SP5. Kemudian, SP5 telah mengeluarkan semula botol urin untuk mengambil gambar barang kes. Seterusnya, botol urin tersebut dihantar oleh SP5 ke Jabatan Patologi yang mana botol urin tersebut diterima oleh SP3. d. SP3 mengesahkan penerimaan botol urin dan borang UPD tersebut daripada SP5 dalam keadaan baik dan bermeterai. SP3 seterusnya telah menyerahkan botol urin kepada SP4. SP4 mengesahkan bahawa beliau telah menerima botol urin dalam keadaan bermeterai berserta dengan Borang UPD. SP4 telah menjalankan analisa dan mendapati sampel urin OKT postif bagi dadah jenis Amphetamine, Methamphetamine dan Morphine. [16] Berdasarkan kepada keterangan yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan, Mahkamah ini berpuas hati bahawa rantaian pengendalian eksibit adalah bersambung tanpa ada kelompangan dari masa urin diambil sehingga dianalisa oleh SP4. Selagi sampel urin tersebut telah dilabel dan dimeterai dengan sempurna, ketiadaan keadaan kacau ganggu dalam rantaian keterangan tersebut dan saksi pakar telah mengesahkan bahawa sampel yang dianalisa adalah sama dengan sampel yang diterima maka tiada sebarang keraguan dalam kes pendakwaan seperti yang digariskan di dalam kes Gunalan Ramachandran & Ors v PP [2004] 4 CLJ 551, Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa: “The proof of the chain of evidence is only a method of proving that fact. The fact that there is "a gap" does not necessarily mean that that fact is not proved. It depends on the facts and circumstances of each case. There may be a gap in the chain of evidence. But, if for example, during that "gap" the exhibits are sealed, numbered with identification numbers, there is no evidence of tampering, there is nothing that would give rise to a doubt that that exhibit is the exhibit that was recovered in that case and that was analysed by the chemist, the fact that there is a gap, in the circumstances of the case, may not give rise to any doubt of that fact.” b. Sama ada dadah berbahaya dikesan dalam air kencing tersebut melalui ujian yang dijalankan mengikut Seksyen 31A. [17] Bagi membolehkan anggapan di bawah Seksyen 37(k) Akta Dadah Berbahaya 1952 digunapakai, pihak pendakwaan perlu membuktikan bahawa ujian yang dijalankan terhadap air kencing OKT mematuhi peruntukan Seksyen 31A, yang mana di dalam kes ini mahkamah mendapati: a) Kutipan sampel air kencing OKT telah dibuat oleh SP2 yang berpangkat Inspektor di mana ianya mematuhi keperluan minima seorang pegawai polis yang berpangkat sekurang-kurangnya Sarjan. b) Seterusnya, SP2 juga turut menjalankan ujian saringan air kencing terhadap OKT yang mengesahkan bahawa air kencing OKT didapati positif bagi dadah jenis Methamphetamine & Amphetamine. c) Permintaan pemeriksaan telah dibuat oleh seorang Inspektor iaitu SP5 yang merupakan keperluan minima seorang pegawai polis seperti yang diperuntukkan di dalam Seksyen 31A(1A) ADB 1952. d) Sampel telah dianalisa oleh SP4 yang merupakan Pegawai Sains (Kimia Hayat) yang bertugas di Jabatan Patologi Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru yang mana kedudukan/lantikan SP4 tidak pernah dipertikaikan.SP4 merupakan seorang pegawai sains yang di ambil bekerja oleh Kerajaan atau berkhidmat dengan Kerajaan memandangkan beliau sedang berkhidmat dengan sebuah hospital kerajaan. Di dalam kes Kamarul Farkaruddin Mohamed v PP [2013] 7 CLJ 636, Mahkamah Tinggi memutuskan: “[25] Dalam kes terhadap perayu, orang yang membuat pemeriksaan dan menjalankan ujian pengesanan dadah dalam air kencing perayu adalah Encik Muhammad Nubli Mohd Shuhaimi, pegawai sains (ahli kimia hayat), Makmal Dadah dan Penyelidikan, Jabatan Patologi, Hospital Kuala Lumpur ("HKL"). Tidak dipertikaikan HKL adalah sebuah agensi di bawah Kerajaan Malaysia dan pengkhidmat HKL adalah berkhidmat dengan Kerajaan Malaysia.” [18] Oleh itu mahkamah berpendapat bahawa ujian yang dijalankan telah mengikuti piawai Seksyen 31A Akta Dadah Berbahaya 1952 di mana telah dibuktikan melalui keterangan SP4 disokong dengan pengesahan pada P10 bahawa air kencing OKT mengandungi dadah berbahaya jenis Methamphetamine & Amphetamine [19] Justeru itu, anggapan di bawah seksyen 37(k) Akta Dadah Berbahaya 1952 terpakai terhadap OKT yang mana menyebut: (k) if a person is charged for an offence of consuming a dangerous drug or administering a dangerous drug to himself or suffering any other person to administer a dangerous drug to him, and any dangerous drug is found in the urine of the person charged as a result of a urine test conducted under section 31A, the person shall be presumed, until the contrary is proved, to have consumed the drug or to have administered the drug to himself or to have suffered any other person to administer the drug to him in contravention of this Act or its regulations.; c. Sama ada Amphetamine dan Methamphetamine merupakan dadah berbahaya yang ditetapkan di Bahagian III dan IV Jadual Pertama Akta Dadah Berbahaya 1952. [20] Merujuk kepada eksibit P10 iaitu Laporan Patologi yang disediakan oleh SP4 telah mengesahkan bahawa hasil analisa urin di dalam botol urin tersebut adalah positif bagi dadah Methamphetamine & Amphetamine di mana dadah ini adalah tersenarai di Bahagian III Jadual Pertama ADB 1952. Ejaan jenis dadah ‘Apmhetamine’ [21] Dalam kes ini, pihak pembelaan telah membangkitkan isu bahawa dadah jenis ‘Apmhetamine’ yang dinyatakan dalam Kertas Pertuduhan tidak tersenarai dalam Bahagian III dan IV Jadual Pertama Akta Dadah Berbahaya 1952.Pihak Pendakwaan menghujahkan bahawa perkataan ‘Apmhetamine’ dalam Kertas Pertuduhan merupakan suatu kesilapan ejaan sahaja bagi perkataan ‘Amphetamine’. Semasa pertuduhan dibacakan terhadap OKT, pertuduhan telah dibacakan dalam Mahkamah Terbuka disebut sebagai ‘Amphetamine’ dan ianya tidak memprejudiskan OKT dan boleh dipulihkan di bawah Seksyen 422 Kanun Tatacara Jenayah. [22] Section 156 menyatakan seperti berikut: Effect of errors. “No error in stating either the offence or the particulars required to be stated in the charge, and no omission to state the offence or those particulars shall be regarded, at any stage of the case, as material unless the accused was in fact misled by that error or omission.” [23] Seksyen 422 Kanun Tatacara Jenayah menyatakan seperti berikut: “422. Irregularities not to vitiate proceedings subject to the provisions contained in this Chapter no finding, sentence or order passed or made by a Court of competent jurisdiction shall be reversed or altered on account of- (a) any error, omission or irregularity in the complaint, sanction, consent, summons, warrant, charge, judgment or other proceedings before or during trial or in any inquiry or other proceeding under this Code; (b) the want of any sanction; or (c) the improper admission or rejection of any evidence, unless such error, omission, irregularity, want, or improper admission or rejection of evidence has occasioned a failure of justice.” [24] Pihak Pendakwaan selanjutnya berhujah bahawa kesilapan ejaan dalam kes ini merupakan suatu kesalahan teknikal sahaja dan OKT tidak seharusnya dibebaskan disebabkan suatu kesilapan yang begitu kecil sepertimana yang diputuskan dalam kes Msimanga Lesaly v PP [2005] 1 CLJ 398, di mana Mahkamah Rayuan menyatakan bahawa kecacatan-kecacatan kecil pada pertuduhan tidak langsung mengelirukan ataupun memprejudis perayu; “5 Further, we have scrutinised the charge and the record of proceedings with care and we are satisfied that the appellant was in no way misled or prejudiced by the minor defect in the wordings in the charge. The way in which her defence was presented makes it amply clear that she fully appreciated the nature of the charge against her and, more importantly, the nature of the prosecution’s case. It appears quite plain from her evidence both in chief and under cross examination that she knew without any difficulty whatsoever the case she had to meet. We are therefore satisfied that the error in the charge did not cause any prejudice or injustice whatsoever to the appellant. The first ground therefore fails.” [25] Seterusnya pihak pendakwaan merujuk kepada kes PP v Ngumbang Abang & Another Appeal [2024] 7 CLJ 546, Mahkamah Rayuan telah menjelaskan tentang kesilapan ejaan, seperti berikut: “[49] Basically, clerical error is an unintentional administrative or typographical error which can be explained only by considering it as a slip or mistake. On this issue, we reminded ourselves of the court's duty in ensuring that the charge must be properly framed. Basically, before the commencement of trial, the court must have regard to the provisions of ss. 152, 153 and 154 of the Criminal Procedure Code (CPC) relating to the framing of the charge. Clearly, there is a specific duty imposed on the prosecution as mandated under sub-s. 153(1) of the CPC to particularise the charge sufficiently so as to give adequate notice to the respondents of the matter with which they are charge. [50] Be that as it may, we also acknowledged that s. 156 of the CPC provides that no error either in stating the offence or the particulars required to be stated in the charge can be regarded as material unless such error in fact misled the respondents. … [52] Related to the same point, we are also of the view that there is no miscarriage of justice that would result from a technically incorrect date of the offence in the charge due to the clerical error. Even if the prosecution failed to make an application to amend the charge, we still find that the error is curable under s. 422 of the CPC.” [26] Mahkamah ini bersetuju dengan hujahan pihak pendakwaan dan berpandangan bahawa kesilapan tersebut hanyalah satu kesilapan teknikal yang boleh diubati di bawah seksyen 156 dan 422 Kanun Tatacara Jenayah. [27] Merujuk kepada prinsip dalam kes Mohd Faiz bin Ismail v Public Prosecutor [2023] MLJU 2329, YA Hakim Celestina Stuel Galid Mahkamah Tinggi Sandakan menyatakan seperti berikut; “[3] The crux of the appellant’s contention on this issue was that instead of citing “section 14(a)”, the charge made reference to “section 14(A)” which, according to learned counsel was bad and defective as it was an offence unknown in law, citing the case of Mathivanan Mahathevan v PP [2018] 2 CLJ 469. [4] Indeed, there was no dispute that the charge had cited “section 14(A)” instead of “section 14(a)”. In his grounds of judgment, the learned Sessions Court Judge (“the LSCJ”) noted the “error” and used his “discretion” to amend it accordingly. [5] The first question for this Court was, whether the appellant could be said to have been misled by the said error. In this regards, sections 156 and 422 of the Criminal Procedure Code (“the CPC”) were relevant. They are reproduced below: “156. No error in stating either the offence or the particulars required to be stated in the charge, and no omission to state the offence or those particulars shall be regarded, at any stage of the case, as material unless the accused was in fact misled by that error or omission. ... 422. Subject to the provisions contained in this Chapter no finding, sentence or order passed or made by a Court of competent jurisdiction shall be reversed or altered on account of - (a)any error, omission or irregularity in the complaint, sanction, consent, summons, warrant, charge, judgment or other proceedings before or during trial or in any inquiry or other proceeding under this Code; (b)the want of any sanction; or (c)the improper admission or rejection of any evidence, unless such error, omission, irregularity, want, or improper admission or rejection of evidence has occasioned a failure of justice.” [6] Notably, it was not the appellant’s case that he had been misled in any way by the typo-error. Indeed, the appellant could hardly contend as such as there was no section 14(A) in the Act and that there was only section 14(a) instead. [7] Furthermore, it was clearly stated in the charge that the offence was “...melakukan amang seksual fizikal ke atas kanak-kanak dengan cara meraba payudara bagi maksud seksual seorang kanak-kanak perempuan...” These sufficiently described the offence notwithstanding the typo-error. I was of the view that this amounted to a mere technical irregularity which was curable under sections 156 and 422 of the CPC - see Haji Abdul Gani bin Ishak & anor v Public Prosecutor [1981] 2 MLJ 230 and I so held. Likewise, due to it being a technical irregularity, I was of the further view that the failure of the Sessions Court to adhere to section 173(i) of the CPC did not vitiate the proceedings-see Henry Chan Kok Loon v Public Prosecutor [2017] MLJU 1191.” [28] Berdasarkan prinsip kes di atas, Mahkamah ini berpandangan kesilapan yang berlaku adalah kesilapan teknikal sahaja dan tiada kebarangkalian untuk OKT terpedaya daripada kesilapan ejaan ini kerana semasa pertuduhan dibacakan, ia disebutkan sebagai ‘Amphetamine’. Malah saksi-saksi pendakwaan dan eksibit-eksibit yang dikemukakan semasa perbicaraan secara jelas menunjukkan bahawa dadah yang menjadi hal perkara pertuduhan adalah ‘Amphetamine’ dan ‘Methamphetamine’. Penelitian mahkamah terhadap saksi pendakwaan. [29] Secara keseluruhannya mahkamah ini berpuas hati dengan keterangan saksi-saksi pihak pendakwaan. Keterangan SP1, SP2, SP3 SP4 dan SP5 ini adalah konsisten, kredibel dan boleh dipercayai. Mahkamah berpendapat tiada sebab untuk kesemua saksi pendakwaan mahu memperdayakan OKT. [30] Keterangan yang diberikan oleh ke semua saksi ini menyokong antara satu sama lain dan tidak wujud percanggahan material. [31] Di dalam kes Mahkamah Persekutuan Balachandran v Public Prosecutor [2005] 2 MLJ 301, Augustine Paul FCJ menegaskan maksud "prima facie". Beliau menyatakan seperti berikut: "A 'prima facie case' is therefore one that is sufficient for the accused to be called upon to answer. This in turn means that the evidence must be such that it can be overthrown only by evidence in rebuttal.” [32] Justeru itu, berdasarkan keterangan yang diberikan oleh saksi-saksi pendakwaan dan bukti-bukti yang dikemukakan dan di atas penilaian maksimum terhadap kesemua keterangan tersebut maka Mahkamah mendapati bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan setiap intipati kesalahan seperti yang dipertuduhkan dan ini sekaligus membuktikan bahawa satu kes prima facie berjaya dibuktikan oleh pendakwaan terhadap OKT berdasarkan anggapan di bawah seksyen 37(k) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang mana mahkamah berpuas hati keperluan dibawah seksyen 31A Akta Dadah Berbahaya 1952 dalam kes ini dipenuhi dan laporan patologi yang ditandakan sebagai P10 yang mengesahkan sampel urin tertuduh mengandungi dadah jenis Amphetamine dan Methaphetamine dimana dadah ini tersenarai di Bahagian III Jadual Pertama Akta Dadah Berbahaya 1952. [33] Mahkamah telah memerintahkan OKT untuk memasukkan pembelaan terhadap pertuduhan yang dipertuduhkan dan Mahkamah memberi pilihan kepada OKT di bawah seksyen 173(ha) Kanun Tatacara Jenayah untuk: a) Beri keterangan bersumpah di dalam kandang saksi; b) Beri pernyataan tidak bersumpah di kandang OKT; atau c) Tetap senyap Kes Peringkat Pembelaan [34] Di peringkat pembelaan hanya OKT sahaja dipanggil memberi keterangan dan secara ringkasnya OKT memberi keterangan bahawa dia tidak mengambil sebarang jenis dadah, dia tidak diberikan pilihan untuk memilih botol urin, botol urin di mana sampel air kencing OKT dipungut adalah berbeza dengan botol urin yang dikemukakan di Mahkamah, masa ujian saringan awal dibuat yang dinyatakan dalam pertuduhan adalah salah dan OKT tidak memahami pertuduhan terhadapnya. [35] Secara khususnya, pihak pembelaan mengajak Mahkamah ini melihat kepada keputusan kes Mohamad Eliyas Suib v. PP [2022] 7 MLJ 335 dimana dalam kes tersebut Perayu dipertuduhkan di bawah seksyen 15(1)(a) ADB dan dadah yang dinyatakan dalam pertuduhan adalah ‘Amp dan Methamphetamine’.Di dalam kes tersebut Mahkamah Tinggi Alor Setar telah memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah gagal membuktikan suatu kes prima facie kerana dadah jenis ‘Amp’ tidak wujud di dalam mana-mana bahagian Jadual Pertama Akta Dadah Berbahaya 1952.Maka berpandukan kes Mohamad Eliyas Suib (supra),pihak pembelaan menghujahkan bahawa pihak pendakwaan telah gagal membuktikan kes melangkaui keraguan yang munasabah. [36] Pihak pendakwaan berhujah bahawa kes Mohamed Eliyas Suib v PP (supra) haruslah dibezakan dengan kes ini kerana dadah yang dinyatakan dalam pertuduhan adalah ‘Amp’, namun dalam kes pada hari ini, dadah yang dinyatakan adalah ‘Apmhetamine’. Terdapat perbezaan yang ketara di mana ‘Apmhetamine’ merupakan suatu kesalahan ejaan sahaja berbanding dengan ‘Amp’ di mana OKT tidak dapat mengenal pasti dadah apa yang telah dimaksudkan dalam pertuduhan. [37] Semasa pemeriksaan balas, OKT telah ditanya mengenai pertuduhan yang dibacakan dan dia telah menjawab seperti berikut: S: Setuju pertuduhan telah dibacakan kepada kamu dan diterangkan kepada kamu? J: Setuju S: Setuju kamu faham pertuduhan dan tidak mengaku salah? J: Setuju S: Setuju kamu mohon bicara setelah faham pertuduhan? J: Setuju [38] Pendakwaan berhujah OKT tidak tersalah arah daripada kesilapan ejaan ini kerana semasa disoal balas, OKT sendiri telah memberikan keterangan bahawa dia telah memahami pertuduhan yang telah dibacakan kepadanya dan tidak mengaku bersalah. [39] Di peringkat ini Mahkamah berpendapat tidak terdapat keadaan yang menunjukkan OKT telah terkeliru dengan pertuduhan terhadapnya yang mengakibatkan dia tidak berupaya untuk membela diri. Keseluruhan prosiding iaitu melalui keterangan-keterangan yang dikemukakan dan pemeriksaan balas yang panjang terhadap saksi-saksi pendakwaan menzahirkan OKT tahu, tidak terkeliru dan faham bahawa pertuduhan terhadapnya adalah memberikan dadah berbahaya kepada diri sendiri iaitu Amphetamine dan Methamphetamine.Kesilapan ejaan tersebut merupakan kesilapan teknikal yang boleh diubati di bawah seksyen 156 dan 422 Kanun Tatacara Jenayah. [40] Selanjutnya, Mahkamah ini sebelum memberikan keputusan di akhir kes pendakwaan telah meminda pertuduhan terhadap perkataan ‘Apmphetamine’ kepada ‘Amphetamine’ mengikut peruntukan di bawah seksyen 158 Kanun Tatacara Jenayah. Mahkamah merujuk seksyen 158 KTJ diperturunkan dalam bahasa asalnya seperti berikut; “Court may alter or add to charge 158. (1) Any Court may alter or add to any charge at any time before judgment is pronounced. (2) Every such alteration or addition shall be read and explained to the accused. [41] Pertuduhan pindaan (Lampiran 12) telah dibacakan dan diterangkan kepada OKT menurut kehendak s. 173 (i) KTJ.OKT faham pertuduhan dan minta dibicarakan. [42] Peguambela OKT bagaimanapun memohon untuk memanggil kesemua saksi pendakwaan akibat daripada pindaan yang dibuat oleh Mahkamah sebagaimana peruntukan di bawah seksyen 162 KTJ. Mahkamah ini merujuk kepada prinsip kes Siti Bainun bt Ahd Razali lwn Pendakwa Raya [2024] MLJU 2253 dimana YA Noorin Badaruddin menyatakan seperti berikut; “[93] Mahkamah ini mendapati walaupun di akhir kes pendakwaan HMS tidak ada menentukan sama ada Perayu mahu memanggil saksi-saksi pendakwaan semula semasa HMS meminda Pertuduhan Kedua, Perayu telah menggunakan haknya dengan membuat permohonan di bawah s. 173 (j) (iii) KTJ selepas itu. Maka hujahan Perayu bahawa kekhilafan HMS yang tidak memenuhi prosedur di bawah s. 162 KTJ telah mengakibatkan salah laksana keadilan yang serius adalah tidak bermerit. Hak untuk memanggil semula saksi-saksi pendakwaan telah diguna oleh Perayu dengan membuat permohonan sewajarnya namun demikian, HMS juga mempunyai kuasa untuk menentukan sama ada terdapat keperluan untuk saksi-saksi pendakwaan yang dipohon itu dipanggil semula.” [43] Mahkamah ini berpendapat pindaan yang dibuat ke atas pertuduhan tersebut adalah satu pindaan bersifat teknikal iaitu kesilapan terhadap ejaan dadah jenis Amphetamine. Pindaan tersebut tidak mengelirukan OKT dan OKT faham bahawa pertuduhan terhadapnya adalah kesalahan memasukkan dadah ke dalam diri sendiri iaitu Amphetamine dan Methamphetamine.Bahkan sepanjang perbicaraan berlangsung, saksi-saksi pendakwaan telah memberi keterangan, dokumen-dokumen yang dikemukakan sepanjang perbicaraan juga kesemuanya berkait dengan pembuktian dadah jenis Amphetamine dan Methaphetamine. Kesilapan ejaan tersebut boleh dipulihkan dengan peruntukan dbs 156 KTJ dan 422 KTJ.Maka Mahkamah berpendapat tiada keperluan untuk saksi-saksi pendakwaan dipanggil semula bagi memberi keterangan terhadap isu pindaan terhadap ejaan tersebut. Keputusan Di Akhir Kes Pembelaan [44] Berdasarkan dapatan analisis mahkamah di akhir kes pembelaan, Mahkamah berpendapat bahawa keterangan yang dikemukakan oleh pihak pembelaan merupakan suatu penafian semata-mata dengan tidak disokong sepenuhnya oleh keterangan dari saksi-saksi pembelaan sekaligus tidak berjaya menerbitkan keraguan munasabah yang berpaksikan kepada alasan yang konkrit seperti yang ditakrifkan di dalam kes K. Gopala Reddy v. State of Andhra Pradesh [1979] SCC (CR) 310 dinyatakan seperti berikut: “... reasonable doubt does not mean some light, airy, insubstantial doubt that may fit through the minds of any of us about almost anything at some time or the other, it does not mean a doubt begotten by sympathy out of reluctance to evict, it means a real doubt; doubt founded upon reasons.” [45] Sekaligus keterangan pembelaan yang bersifat penafian ini atas dasar imbangan kebarangkalian tidak berjaya mematahkan anggapan dibawah seksyen 37(k) Akta Dadah Berbahaya 1952. [46] Mahkamah juga dengan berwaspada telah berpegang pada prinsip asas di dalam kes Mat v PP [1963] 1 MLJ 263 sebelum membuat keputusan yang menyatakan dalam perenggan (a) seperti berikut: “The position may be conveniently stated as follows: – (a) If you are satisfied beyond reasonable doubt as to the accused's guilt Convict. (b) If you accept or believe the accused's explanation Acquit. (c) If you do not accept or believe the accused's explanation Do not convict but consider the next steps below. (d) If you do not accept or believe the accused's explanation and that explanation does not raise in your mind a reasonable doubt as to his guilt Convict. (e) If you do not accept or believe the accused's explanation but nevertheless it raises in your mind a reasonable doubt as to Acquit. his guilt” [47] Setelah mempertimbangkan pembelaan OKT serta hujahan pihak pendakwaan dan pembelaan, mahkamah mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan dan seterusnya gagal mematahkan anggapan dibawah seksyen 37(k) Akta Dadah Berbahaya 1952. Oleh yang demikian, pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes mereka melangkaui keraguan yang munasabah dengan berjaya membuktikan setiap intipati kesalahan di bawah 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. Dengan itu, OKT didapati bersalah dan disabitkan dengan pertuduhan pindaan yang dipertuduhkan terhadapnya. [48] Dalam rayuan mengurangkan hukuman, peguambela OKT memaklumkan kepada Mahkamah bahawa OKT berumur 52 tahun. OKT bekerja sebagai pembantu perubatan HSA.OKT ditahan kerja dan digantung kerja sehingga ke hari ini. OKT mempunyai penyakit darah tinggi. Mata sebelah OKT tidak dapat melihat dengan baik. OKT tidak dapat membuat kerja lain. OKT telah insaf dan menyesal. OKT bersih dari rekod jenayah. Kesan sabitan ini mempengaruhi perkhidmatan OKT sebagai penjawat awam. OKT bekerja sebagai penjawat awam sejak tahun 1994. [49] Pihak pendakwaan memohon hukuman setimpal dikenakan terhadap OKT kerana bicara penuh telah dijalankan. Pendakwaan menghujahkan kepentingan awam harus diutamakan daripada kepentingan OKT. [50] Mahkamah setelah menimbangkan rayuan OKT serta hujahan pemberatan daripada Timbalan Pendakwa Raya, menjatuhkan hukuman denda RM3500 jika gagal bayar 8 bulan penjara dan perintah pengawasan AADK selama tempoh 2 tahun. Terhadap OKT. [51] Dalam menjatuhkan hukuman terhadap OKT mahkamah telah mempertimbangkan hujahan kesemua pihak-pihak dan prinsip-prinsip asas hukuman berdasarkan alasan-alasan seperti berikut: - a) Merujuk kes R v Ball [1951] 35 Cr App R 164 di mana Mahkamah Rayuan jenayah menyatakan semula prinsip-prinsip yang boleh membimbing mahkamah dalam mempertimbangkan hukuman yang setimpal seperti berikut: “In deciding the appropriate sentence, a Court should always be guided by certain considerations. The first and foremost is the public interest. The criminal law is public enforced, not only with the object of punishing crime, but also in the hope of preventing it. A proper sentence, passed in public, serves the public interest in two ways. It may deter others who might be tempted to try crime and seeming to offer easy money on the supposition that, if the offender is caught and brought to justice, the punishment wil be negligible. Such a sentence may also deter the particular criminal from committing a crime again, or induce him to turn from a criminal to an honest life. The public interest is indeed served and best served, if the offender is induced to turn from criminal ways to honest living. Our law does not therefore, fix the sentence for a particular crime, but fixes a maximum sentence and leave it to the Court to decide what is, within that maximum, the appropriate sentence for each criminal in the particular circumstances of each case. Not only in regard to each crime, but in regard to each criminal, the court has the right and duty to decide whether to be lenient or severe. Maka dalam menentukan hukuman setimpal kepentingan awam mestilah menjadi faktor keutamaan. Satu elemen kepentingan awam yang utama adalah keadilan dan ianya tidak bermaksud keadilan kepada tertuduh sahaja malah juga kepada masyarakat umum. b) Keberleluasaan atau rampancy kesalahan yang melibatkan penyalahgunaan dadah berbahaya ini perlu disekat agar tidak melarat dan seperti yang kita sedia maklum bahawa dadah merupakan musuh no.1 negara yang mampu memusnahkan tamadun masyarakat yang berwawasan. Oleh yang demikian hukuman yang dijatuhkan kepada OKT haruslah suatu bentuk hukuman yang menterjemahkan kebencian negara terhadap keberleluasaan masyarakat yang terlibat dengan kesalahan ini. Justeru pendekatan hukuman deterrent bagi OKT adalah salah satu cara bagi mencapai maksud ini. c) Kes ini telah diputuskan melalui perbicaraan penuh, dengan telah memanggil seramai 5 orang saksi dan melibatkan pengemukaan eksibit. Justeru itu hukuman yang dikenakan hendaklah mengambil kira masa perbicaraan yang panjang dan jumlah saksi yang dipanggil kerana melibatkan kos kerajaan. [52] Berdasarkan pertimbangan terhadap faktor-faktor diatas, serta pertimbangan terhadap kemampuan OKT membayar denda kerana OKT sekarang ditahan kerja serta mengambil kira sabitan kes ini akan menyebabkan OKT kehilangan kerja sebagai penjawat awam, maka Mahkamah berpendapat hukuman denda RM3500 jika gagal bayar 8 bulan penjara dan perintah pengawasan AADK selama tempoh 2 tahun adalah suatu hukuman yang setimpal dikenakan terhadap OKT. tt (HIDAYATUL SYUHADA BINTI SHAMSUDIN) Majistret Mahkamah Majistret Johor Bahru Tarikh penghakiman: 31.12.2024 Tarikh alasan penghakiman: 13.2.2024 Timbalan Pendakwaraya Nevina Ravichandran Timbalan Pendakwa Raya Johor Peguambela Mohd Fazaly Ali Bin Mohd Ghazaly The Law Chambers Of Fazaly Ali, Johor Bahru Halaman ini sengaja dibiarkan kosong
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.