tindakan OKT berbuat demikian adalah bagi tujuan seksual. 275 [26] Mahkamah dapati berdasarkan keterangan SP5, adalah jelas bahawa SP5 telah melihat dan merasakan OKT menggeselkan kemaluan OKT kepada kemaluannya. SP5 juga telah menggambarkan dan melukis bentuk kemaluan OKT yang dikatakan sebagai "burung”. Beliau juga yakin burung itu adalah zakar OKT. Mahkamah dapati lukisan P16 yang 280 SP5 lukis kelihatan seperti zakar lelaki. SP5 juga mengenal pasti bahawa kemaluannya adalah alat sulit wanita tempat buang air kecil dan juga punggung juga dia anggap sebagai kemaluan. Kedua-dua anggota ini iaitu kemaluan wanita dan punggung adalah apa yang ditakrifkan dalam Akta sebagai “mana-mana bahagian badan …”. 285 [27] Mahkamah dapati, apatah lagi apabila bahagian badan yang disentuh itu adalah alat sulit yang merupakan alat seksual seorang perempuan / kanak-kanak perempuan, termasuklah juga punggung juga adalah sesuatu yang privasi yang tidak boleh disentuh oleh sesiapa. 290 Sepertimana yang telah dijelaskan secara panjang lebar di perenggan terdahulu, adalah tidak diragui lagi dan gagal disangkal oleh peguam OKT bahawa OKT telah menyentuh/ menggeselkan alat sulitnya kepada alat sulit SP5. 295 [28] Mahkamah berpuas hati dan terima semua keterangan SP5 dan saksi-saksi yang lain bahawa OKT adalah ayah tiri SP5 telah menggeselkan alat sulitnya kepada kemaluan SP5 dan punggung SP5 dalam dua kejadian yang berasingan pada hari yang sama. Pada dapatan mahkamah, perbuatan ini tidak lain dan tidak bukan adalah dibuat bagi 300 tujuan seksual. Tiada alasan yang diberikan kepada OKT bagi mengesahkan perlakuannya tersebut bukan bagi maksud seksual. Adalah jelas tujuan tersebut adalah bagi tujuan seksual terhadap SP5. [29] Bagi menentukan apakah maksud seksual pula, Mahkamah boleh 305 menimbangkan antara lain, bahagian badan mana yang disentuh, sifat dan takat perbuatan menyentuh/ kontak fizikal dan semua hal keadaan lain yang berkaitan dengan perlakuan itu. Dalam kes Mohd Khairul Azlan Mohd Napi v PP (2021) 1LNS 1160, YA 310 HMT Temerloh menyatakan- “Mahkamah perlu melihat keadaan semasa kejadian sentuhan itu berlaku samada ia boleh dijuruskan kepada ianya bermaksud seksual. Sebagai contoh, jika kejadian tersebut berlaku di kawasan 315 yang sunyi tanpa terdedah kepada pandangan umum maka ianya mungkin boleh dilihat sebagai bermaksud seksual, jika tindakan OKT yang mengunci kenderaan sehingga menyebabkan mangsa tiada peluang untuk larikan diri ketika bersama-sama OKT. Pada masa yang sama mahkamah juga perlu berikan perhatian bahawa 320 kejadian sentuhan tersebut adalah melibatkan 2 orang iaitu seorang kanak-kanak dan OKT. Keterangan kanak-kanak perlu diteliti dengan sewajarnya dan tidak diketepikan begitu sahaja. Dalam keadaan sedemikian, Seksyen 18 boleh digunakan dengan tidak ketepikan kredibiliti saksi atau percanggahan yang serius yang 325 berlaku di antara kanak-kanak dengan saksi yang lain”. [30] Dalam kes di hadapan saya ini, melihat kepada keadaan sewaktu kejadian di mana tiada sesiapa di rumah SP5, tempat kejadian pula berlaku jauh daripada pandangan orang awam iaitu dalam rumah 330 kediaman sendiri dan secara spesifiknya berlaku di ruangan dapur dan ruang tamu, tiada orang lain yang melihat, hanya ada OKT dan SP5 sahaja di kawasan itu. Mahkamah juga meneliti bahagian badan yang disentuh adalah kemaluan dan punggung kanak-kanak iaitu SP5. OKT pula menggunakan zakarnya untuk menyentuh kemaluan SP5 dan 335 punggung SP5 secara geselan zakarnya sendiri. Perbuatan itu pula berlaku dalam dua kejadian berasingan dan geselan berlaku beberapa kali. [31] Ini jelas suatu perbuatan yang disengajakan, perbuatan yang 340 berlaku atas dorongan hawa nafsu dan bukan suatu perbuatan yang waras berpandukan akal fikiran dan niat yang baik dan munasabah. Adakah waras atau munasabah seorang bapa tiri membuat perbuatan seperti perbuatan pasangan suami isteri dibuat terhadap seorang kanak-kanak yang baru usianya 7 tahun dan mempunyai hubungan amanah 345 dengan OKT? SP5 adalah anak tirinya sendiri. Kejadian berlaku pada waktu OKT masih suami kepada ibu SP5? Anggota tubuh yang menjadi sasaran OKT menguatkan lagi elemen OKT melakukan perbuatan itu bagi tujuan dan maksud seksual. Ini sukar dicabar oleh peguam OKT. 350 [32] Dalam kes Aiyob Che Meh v PP (2023) CLJU 2190, OKT telah memeluk SP4/ mangsa dari belakang dan menyentuh kemaluan mangsa dari luar seluar SP4. Mahkamah membuat dapatan bahawa OKT adalah bersalah dan disabitkan dengan kesalahan di bawah Seksyen 14(a) Akta walaupun yang disentuh adalah dari luar seluar mangsa. 355 [33] Dalam kes Noor Azmi Ibrahim v PP (2023) 6 CLJ 906 Ms 912, OKT ialah ayah kandung mangsa. OKT telah memegang payudara mangsa dengan sebelah tangan. 360 Seterusnya, YA HMT menyatakan- “It was contended by the appellant that mere touching without sexual connotation was not wrong as he was the childrens’s father. However looking at the testimony of the victims, it was obvious that the victims dislike the appellant holding and touching their breasts or other parts of 365 the body because even as childrens they appreciated that the physical touching and holding of parts of their body were wrong.” YA HMT telah mengekalkan sabitan HMS yang mendapati OKT bersalah di bawah Seksyen 14(a) Akta. 370 [34] Oleh yang demikian, mahkamah ini mendapati OKT melakukan perlakuan ini bagi tujuan seksual terhadap mangsa. Mahkamah juga mendapati Seksyen 16(1) iaitu hubungan amanah wujud melalui sijil nikah OKT dengan SP6 iaitu P17. Sijil lahir mangsa juga telah ditanda 375 sebagai P19 bagi membuktikan mangsa adalah anak kepada SP6. Ini menjelaskan bahawa hubungan OKT dengan SP5 adalah ayah tiri dan anak tiri yang mempunyai hubungan amanah. [35] Mahkamah juga tidak meragui kredibiliti SP5 dan semua 380 keterangan saksi pendakwaan yang lain. Keterangan beliau boleh dipercayai kerana konsisten, yakin dan mahkamah tidak menjumpai percanggahan yang material sehingga boleh menjejaskan pembuktian dalam kes pendakwaan terhadap OKT. SP5 didapati seorang kanak-kanak yang cerdik, petah bercakap, faham soalan dan mampu menjawab 385 soalan dengan yakin, tegas dan berani. Ini jelas apabila dicabar oleh peguam bahawa kejadian ini tidak berlaku dan cuma rekaan SP5 semata-mata, SP5 menjawab tidak setuju. Ia kejadian yang benar. [36] Mahkamah berpendapat kredit harus diberikan kepada SP5 kerana 390 beliau kelihatan yakin dan bijak. Jika beliau tidak faham, beliau berterus terang dengan menyatakan tidak faham soalan. Mahkamah tidak mempunyai keraguan dalam menilai keterangan SP5 dan memberikan nilai kepada keterangan SP5. Bukan semua kanak-kanak mampu memberikan jawapan yang pasti dan tepat. Lihat sahaja lukisan SP5 395 tentang bentuk zakar OKT yang dia lihat. Apa yang beliau lukis itu kelihatannya gambaran yang tepat bagi zakar seorang laki-laki seolah-olah ianya dilukis oleh seorang dewasa sedangkan SP5 melukis secara impromptu di mahkamah dan bukannya dilukis terlebih awal atau terkemudian. Mahkamah sendiri meminta beliau melukis sendiri 400 gambaran yang ada dalam fikirannya memandangkan SP5 kata beliau melihat dan nampak bentuk zakar OKT. BEBAN PEMBUKTIAN DI AKHIR KES PENDAKWAAN 405 [37] Dalam kes Balachandran v PP (2005) 2 MLJ 302- “The test at the close of the case for prosecution would therefore be- 410 Is the evidence sufficient to convict the accused if he elects to remain silent? If the answer is in the affirmative then a prima facie has been made out. This must as of necessity, require a consideration of the existence of any reasonable doubt in the case of prosecution. If there is any doubt there can be no prima facie 415 case. As the accused can be convicted on the prima facie evidence it must have reached a standard which is capable of supporting a conviction beyong reasonable doubt.”. [38] Oleh yang demikian berdasarkan prinsip tersebut, mahkamah 420 mendapati pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan suatu kes prima facie terhadap OKT. Oleh itu OKT dipanggil membela dirinya. FAKTA RINGKAS KES PEMBELAAN 425 [39] Secara ringkasnya OKT telah memberikan keterangan secara bersumpah. OKT tidak memanggil saksi lain bagi menyokong keterangannya. 430 PEMBELAAN OKT [40] OKT menafikan semua alegasi SP5 dan saksi lain. Beliau sekadar membuat penafian dengan menyatakan beliau tidak buat perlakuan tersebut. OKT mendakwa SP5 tidak bercakap benar dan mereka-reka 435 cerita. OKT membangkitkan isu table top tersebut tinggi dan tidak mungkin dia dapat menggeselkan zakarnya kepada kemaluan mangsa/ SP5. [41] OKT menyatakan pada tahun 2020 kejadian berlaku adalah PKP. 440 OKT mendakwa SP5 tinggal di Seremban iaitu di rumah nenek SP5. Secara amnya, OKT menafikan kejadian tersebut kerana SP5 tiada di rumah ketika itu. PENILAIAN KESELURUHAN KETERANGAN PEMBELAAN DAN 445 PENDAKWAAN OLEH MAHKAMAH [42] Mahkamah dapati pembelaan OKT seperti mana di perenggan di atas adalah suatu pembelaan yang pada hemat Mahkamah adalah lemah dan tidak disokong dengan keterangan saksi-saksi lain bagi 450 mengesahkan bahawa SP5 bercakap bohong, mereka-reka cerita. OKT gagal menimbulkan sebarang keterangan yang boleh menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap versi pihak pendakwaan terutamanya SP5/ mangsa hanya dengan tuduhan SP5 mereka cerita kerana table top lebih tinggi maka tidak mungkin perbuatan itu dapat 455 dilakukan di samping membangkitkan isu SP5 tiada di tempat kejadian kerana ketika tahun 2020, SP5 tinggal dengan neneknya di Seremban kerana terdapat PKP. [43] Pembelaan seperti yang dibangkitkan oleh OKT jauh sekali mampu 460 mencabar keterangan semua saksi pendakwaan yang lebih kukuh, konsisten dan meyakinkan. Mahkamah mendapati SP5 pada waktu kejadian berumur lebih 7 tahun dan dia seorang kanak-kanak yang mahkamah dapati cerdik dan faham tentang keadaan atau sesuatu perkara yang salah dan tahu perbuatan seorang laki-laki yang menyentuh 465 mana-mana anggota tubuh seorang perempuan adalah suatu perbuatan yang salah. Beliau mampu melukis bentuk zakar OKT sebagai bukti dia melihat zakar OKT yang bergesel dengan kemaluannya. [44] Saya juga telah membuat dapatan bahawa SP5 memiliki 470 kecerdikan dan faham tentang keperluan bercakap benar dan faham erti sumpah. Beliau didapati layak untuk memberi keterangan secara bersumpah. Mahkamah mendapati apabila beliau tidak faham soalan, beliau akan bertanya semula kepada DPP. Jika beliau tidak boleh menjawab, beliau hanya diam. Namun beliau didapati boleh menjelaskan 475 dan mengekspresikan dirinya dan membuat penjelasan kepada apa yang berlaku pada hari kejadian. Pada dapatan mahkamah, tiada isu tentang kredibiliti SP5. Mahkamah dapati SP5 adalah saksi yang kredibel. Begitu juga dengan kredibiliti saksi pendakwaan yang lain juga tidak dipertikaikan. 480 [45] Keterangannya juga telah disokong oleh keterangan SP2 dan SP6 dan dan saksi-saksi lain dan juga laporan polis P6. Walau pun SP2 dan SP6 adalah ibu bapa SP5, namun keterangan mereka tidak menjurus 485 untuk mengenakan OKT atau memihak/ berat sebelah. Keterangan mereka adalah to corroborate keterangan SP5. Keterangan SP2, SP6 adalah konsisten dengan SP5. Apabila SP5 dipanggil memberi keterangan, SP5 telah memberikan keterangan yang konsisten dengan apa yang dia sampaikan kepada SP2 dan SP2 serta pegawai CIC juga. 490 Keterangan mereka kepada mahkamah juga didapati konsisten dengan apa yang dimklumkan kepadanya oleh SP5. Bapa SP5 iaitu SP2 juga dalam keterangan tidak cuba menokok tambah cerita sebaliknya hanya menyampaikan keterangan berdasarkan pertanyaan dia kepada SP5 iaitu apa yang berlaku dan perbuatan OKT kepada SP5. 495 [46] Mahkamah mengulangi dapatan mahkamah pada perenggan terdahulu yang telah banyak menyentuh tentang keterangan SP5 dan lain-lain saksi yang didapati gagal dipatahkan oleh OKT. Keterangan pembelaan OKT pula tidak menyakinkan dan tidak berjaya menimbulkan 500 sebarang keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan. [47] OKT menyatakan SP5 tinggal di Seremban pada tahun 2020 di rumah nenek SP5, namun nenek mangsa ini langsung tidak dipanggil bagi membuktikan / menyokong keterangan OKT ini. Jika ini benar, OKT 505 wajar memanggil saksi-saksi yang relevan bagi menguatkan keterangannya. Namun ini juga tidak dilakukan. [48] Isu table top lebih tinggi daripada pinggang OKT sengaja dibangkitkan bagi mengelirukan SP5 namun pembelaan gagal 510 mengelirukan SP5. Malahan SP5 menegaskan dia nampak OKT menjengketkan kaki OKT sehingga badan OKT kelihatan lebih tinggi daripada table top tersebut. Keterangan SP5 ini penting kerana ia menyangkal dakwaan pembelaan yang mendakwa kononnya SP5 sengaja mereka cerita. Keterangan SP5 berjaya mematahkan isu yang 515 dibawa oleh OKT bahawa tidak munasabah dan mustahil OKT boleh menggeselkan kemaluannya kepada SP5 kerana table top tersebut lebih tinggi daripada pinggang OKT. [49] Mahkamah dapati justifikasi SP5 melihat OKT jengketkan kakinya 520 sehingga kelihatan lebih tinggi kerana sebelum menjengketkan kaki, SP5 menyatakan OKT kelihatan pendek. Pada hemat mahkamah, justifikasi ini sah, logik, masuk akal dan munasabah untuk diterima. Keterangannya jelas, tidak keliru dan bijak. Maka bagaimanakah mahkamah hendak menolak keterangan SP5 setelah menilai keterangannya beserta dengan 525 alasan / justifikasi sebelum OKT menjengket dan selepas OKT menjengketkan kakinya. SP5 melihat kepada perubahan kepada ketinggian OKT. Jelas pada mahkamah, keterangan SP5 dengan sendirinya telah berjaya menepis isu yang dibangkitkan oleh pihak pembelaan. 530 [50] Isu ini juga telah dijawab oleh ibu SP5 iaitu tuan punya rumah serta Pegawai Penyiasat/ IO (SP7) yang turut mengesahkan table top itu separas pinggang OKT atau mungkin lebih rendah daripada pinggang OKT. Walaupun keterangan SP6 mengatakan pinggang OKT lebih tinggi 535 daripada OKT dan keterangan SP7 menyatakan paras pinggang OKT separas dengan table top, namun ini bukan suatu percanggahan yang material. Ini kerana rumusan kedua-dua mereka adalah sama iaitu ketinggian OKT itu memang membolehkan perlakuan OKT itu berlaku ke atas SP5 kerana ketinggian table top adalah paling tidak pun adalah 540 separas pinggang OKT dan jika OKT jengketkan kaki, perlakuan amang seksual itu boleh dilakukan. Keterangan ini langsung tidak dicabar oleh OKT. SP7 menyatakan ketinggian table top yang separas pinggang OKT memang membolehkan OKT melakukan perbuatan tersebut. . 545 [51] Setelah mahkamah menilai keterangan OKT, Mahkamah mendapati keterangan OKT bersifat penafian yang total, bersifat pemikiran terkemudian yang tidak disokong oleh mana-mana keterangan yang kukuh. OKT menyatakan SP5 pada tahun 2020 tinggal di Seremban dan tidak tinggal dengannya. Namun isu ini tidak pernah dibangkitkan 550 sewaktu kes pendakwaan. Jika Mahkamah terima keterangan ini, bagaimana pula dengan keterangan bahawa pada hari yang sama kejadian, SP5 telah menonton TV bersama ibunya dan menceritakan kejadian tersebut kepada ibunya?. Bagaimana pula dengan keterangan bahawa SP6 telah confront/ bertanya kepada OKT dan OKT mengaku 555 dan minta maaf. Bagaimana pula dengan perbuatan SP6 yang telah menghalau OKT keluar dari rumahnya. [52] Mahkamah dapati semua keterangan ini tidak dicabar oleh OKT sewaktu kes pendakwaan untuk menyokong keterangannya bahawa 560 pada waktu tersebut, SP5 berada di Seremban dan kejadian itu tidak berlaku. Keterangan pada waktu itu adalah PKP dan SP5 tiada di rumah adalah keterangan yang muncul secara tiba-tiba. OKT tidak wajar menimbulkan kejutan dalam keterangannya. Ini tidak adil kerana SP5/ SP6 akan diprejudiskan daripada memberi jawapan kepada isu tersebut 565 yang jika dibangkitkan sewaktu kes pendakwaan mampu ditepis oleh SP5/SP6. Maka Mahkamah boleh menggunakan anggapan Seksyen 114(g) bagi isu ini yang jika dibangkitkan seawal kes pendakwaan, besar kemungkinan jawapan tidak memihak kepada OKT. 570 [53] Merujuk kepada kes Ahmadi Moin v PP (2017) 1 LNS 303, Mahkamah Rayuan memutuskan- “…. The defence of the appellant are mere denial and an afterthought. It Is the defence duty to put its case to the 575 prosecution’s witnesses as might be in a position to admit/ deny to enable the prosecution to check on whether an aaccused’s version of the facts is true / false and thus avoid the adverse comment, that the defence is a recent invention, bare denial or an afterthought. (ALcontara a/l Ambross Anthony v PP 1996 I CLJ 705.).”. 580 [54] Mahkamah dapati semua perlakuan OKT ini terjatuh di bawah kontak fizikal berbentuk seksual kerana menyentuh mana-mana bahagian badan seorang kanak-kanak adalah termasuk kesalahan seksual terhadap kanak-kanak. Bagi kesalahan amang seksual di bawah 585 Seksyen 14(a), elemen kesalahan yang harus dibuktikan adalah–