Content
0 DI DALAM MAHKAMAH MAJISTRET DI KANGAR DALAM NEGERI PERLIS MALAYSIA NO. KES JENAYAH: RA-82D-7-07/2023 ANTARA PENDAKWA RAYA LWN HASRULNIZAM BIN MAT SAAD (NO K/P: 850424-09-5113) ALASAN PENGHAKIMAN PERTUDUHAN TERHADAP TERTUDUH “Bahawa kamu pada 19/02/2023, jam lebih kurang 12.05 malam, di tandas Pejabat BSJND IPD Padang Besar, dalam daerah Padang Besar, dalam negeri Perlis, telah menggunakan dadah berbahaya iaitu Amphetamine dan Methamphetamine. Dengan itu kamu telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh di hukum di bawah Seksyen 15(1) Akta yang sama.” Pertuduhan telah dibacakan dan diterangkan kepada Tertuduh. Tertuduh faham Pertuduhan dan Minta Bicara bagi Pertuduhan. Pembelaan Tertuduh menafikan Pertuduhan dan meminta untuk dibicarakan. ALASAN PENGHAKIMAN A. PENGENALAN KES 1) Tertuduh telah dituduh melakukan kesalahan sepertimana pertuduhan-pertuduhan di bawah seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. 2) Pertuduhan telah dibacakan dan difahami oleh Tertuduh. Tertuduh telah menafikan pertuduhan dan minta dibicarakan terhadap pertuduhan tersebut. 3) Kes telah dijalankan dengan 4 orang saksi pendakwaan. Di akhir kes pihak pendakwaan, mahkamah mendapati bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh bagi Pertuduhan di bawah seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah seksyen 15(1) Akta yang sama. 4) Di peringkat Pembelaan, Tertuduh telah memilih untuk memberikan keterangan secara bersumpah di dalam kandang saksi dan hanya Tertuduh sahaja dipanggil sebagai saksi pembelaan. Setelah mahkamah mempertimbangkan keterangan saksi-saksi pendakwaan dan pembelaan serta hujahan pihak-pihak dengan meneliti eksibit-eksibit yang dikemukakan, mahkamah telah menilai secara maksima dan mendapati pihak pendakwaan telah berjaya membukti kes melampaui keraguan munasabah terhadap Tertuduh. Manakala Tertuduh telah gagal membangkitkan keraguan yang munasabah terhadap kes pihak pendakwaan. 5) Mahkamah telah memutuskan Tertuduh didapati bersalah dan disabitkan dengan kesalahan bagi Pertuduhan di bawah seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. 6) Hukuman telah dijatuhkan terhadap Tertuduh adalah seperti berikut; Penjara 12 bulan dari tarikh sabitan dan diperintahkan untuk menjalani Perintah Pengawasan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) di bawah seksyen 38B Akta Dadah Berbahaya 1952 selama 2 tahun selepas selesai menjalani hukuman penjara. 7) Tertuduh tidak berpuashati dengan keputusan mahkamah dan merayu terhadap keputusan sabitan dan hukuman yang dikenakan. B. FAKTA KES PIHAK PENDAKWAAN 8) Pada 19/02/2023, pada jam lebih kurang 12.05 malam, SP1 telah mengarahkan Tertuduh untuk memberikan sampel air kencingnya untuk tujuan saringan air kencing di Pejabat BSJND IPD Padang Besar, Perlis. SP1 telah mengambil 10 pilihan sampul yang berisi botol urin dan Tertuduh telah memilih salah satu daripada bungkusan tersebut tertera nombor siri B097414 (P6). 9) Tertuduh kemudiannya telah diarahkan untuk membuka bungkusan aluminium foil bernombor siri B097414 (P8) dengan keadaan bersil baik di hadapan SP1 dan diperhatikan SP1 yang mengandungi satu botol berpenutup kuning, P6. 10) Seterusnya, SP1 telah mengiringi Tertuduh dan memungut spesimen air kencing milik Tertuduh di tandas Pejabat BSJND IPD Padang Besar (P7 A-C) dengan menggunakan botol yang telah dipilih oleh Tertuduh sendiri. Semasa berada di dalam tandas, SP1 sendiri telah memerhatikan Tertuduh kencing ke dalam botol urin tersebut dan paras air kencing adalah melebihi 30ml. 11) Kemudian, SP1 telah mengarahkan Tertuduh untuk menutup botol urin tersebut dan membawa semula ke bilik pejabat untuk proses selanjutnya. Botol urin yang mengandungi air kencing Tertuduh dibawa oleh Tertuduh dan diletakkan di atas meja dan penutup botol telah dibuka oleh Tertuduh sendiri untuk ujian saringan awal air kencing dijalankan oleh SP1. 12) Dengan disaksikan Tertuduh, SP1 mengambil empat (4) test strip iaitu jenis Amphetamine, Methamphetamine, Benzo dan THC dan mencelup kesemua test strip ke dalam sampel air kencing Tertuduh. SP1 mendapati air kencing Tertuduh mengandungi Methamphetamine. Setelah mendapati sampel air kencing Tertuduh positif dadah jenis Methamphetamine, SP1 menutup semula botol urin dengan kemas dan dengan diperhatikan Tertuduh, SP1 menulis butiran pada label putih. 13) SP1 kemudiannya membuat laporan polis, Padang Besar 548/21 (P1). Seterusnya, SP1 melekatkan label keselamatan bewarna biru tertera nombor siri yang sama di bahagian penutup dan badan botol urin sambil diperhatikan Tertuduh serta label yang telah diisi butiran dan nombor laporan polis pada botol urin tersebut. 14) Seterusnya, SP1 telah menyerahkan botol urin beserta spesimen air kencing milik Tertuduh dalam keadaan bersil dan berlabel serta Tertuduh kepada Pegawai Penyiasat, SP4. SP4 kemudiannya telah sil botol urin dengan meterai sil PDRM bewarna merah ‘433’ pada bahagian atas penutup botol urin tersebut. Botol urin tersebut berada dalam simpanan SP4 sepanjang masa dan ia sentiasa disimpan di dalam peti ais yang terletak di dalam bilik yang hanya boleh diakses oleh SP4 sahaja. 15) SP4 kemudiannya pula telah menyerahkan botol urin kepada Pegawai Sains, SP3 untuk dianalisa. Setelah dianalisa, air kencing tersebut disahkan mengandungi Amphetamine dan Methamphetamine melalui Laporan Patologi (P13). 16) Setelah barang kes siap dianalisa, Laporan Kimia, (P13) dan barang kes (P6) kemudiannya diserahkan kepada SP4 untuk tindakan lanjut. 17) Tertuduh kemudiannya dituduh dengan Pertuduhan di bawah seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah seksyen 15(1) Akta yang sama. C. PEMBELAAN TERTUDUH 18) Tertuduh pada hari kejadian apabila sampai di IPD Padang Besar dalam keadaan digari telah dibawa ke satu bilik khas dan pada masa yang sama terdapat dua lagi tangkapan bersama yang tidak dikenali. SP1 telah mengarahkan Tertuduh untuk memilih botol untuk dibuat saringan air kencing. 19) Seterusnya Tertuduh diiringi oleh SP1 ke tandas untuk membuat pungutan air kencing. Apabila sampai di tandas Tertuduh menyatakan air kencing tidak berjaya diberikan dan kemudiannya Tertuduh dibawa kembali ke bilik khas sebelum ini dan duduk bersama tangkapan yang lain. Selepas setengah jam kemudian, SP1 mengiringi semula ke tandas yang sama dan keadaan yang sama juga berlaku yang mana air kencing masih tidak dapat diberikan. Tertuduh dibawa kembali ke bilik khas tersebut. 20) Kemudiannya, anggota kepada SP1 telah memberikan air mineral dan Tertuduh meminumnya separuh botol besar. Selepas air mineral dihabiskan, anggota tersebut membawa semula Tertuduh ke tandas. Anggota tersebut tidak pernah dipanggil memberikan keterangan di mahkamah. Tertuduh tidak pasti dari mana air mineral tersebut diambil dan diberikan kepadanya. 21) Selepas itu barulah air kencing dapat dipungut dan ia dilakukan semasa anggota tersebut berada di sebelah kanannya. Botol berada di tangan Tertuduh dan diletakkan di atas meja pejabat untuk ujian saringan awal diberikan. Selepas itu Tertuduh kembali semula ke bilik khas tersebut. Selepas 15-20 minit, Tertuduh dipanggil oleh SP1 dan dimaklumkan bahawa air kencingnya mengandungi dadah dan Tertuduh dibawa ke lokap. Tertuduh menafikan prosedur yang dijalankan dalam kehadirannya. Tertuduh tidak berpuas hati kerana tidak dapat melihat sendiri keputusan dan test stripnya. SAKSI-SAKSI DAN EKSIBIT-EKSIBIT YANG DIKEMUKAKAN 22) Pihak Pendakwaan telah memanggil seramai 4 orang saksi sepanjang perbicaraan di peringkat pendakwaan seperti berikut: SP1: Inspektor Muhamad Taufiq bin Ibrahim Pengadu SP2: Lans Koperal Rafael Abdullah Jurufoto SP3: Syuhaidah binti Sahabudin Pegawai Sains Hayat SP4: Inspektor Mohd Faizal bin Mohd Ali Pegawai Penyiasat 23) Pihak pembelaan pula memanggil Tertuduh sahaja sebagai saksi pembelaan. 24) Mahkamah juga meneliti eksibit yang dikemukakan pihak pendakwaan seperti berikut: Pernyataan Saksi SP2 PWS1 Pernyataan Saksi SP3 PWS2 Padang Besar rpt 548/23 P1 Borang Permintaan Ujian Urin P2 Borang Serah Terima Barang Kes P3 7 Keping Gambar Barang Kes P4 A-G Satu Beg Spesimen P5 Satu Botol Urin P6 3 Keping Gambar Tempat Kejadian P7 A-C Satu Sampul Urin Aluminium P8 Satu Sampul Test Strip (Methamphetamine) P9 Satu Batang Test Strip (Methamphetamine) P10 Sijil Perakuan di bawah seksyen 90A Akta Keterangan P11 Sekeping CD beserta Sampul P12 Laporan Patologi P13 D. BEBAN PEMBUKTIAN 25) Di peringkat penutupan kes pihak pendakwaan adalah menjadi tanggungjawab mahkamah untuk membuat penilaian yang maksima keseluruhan keterangan saksi-saksi pendakwaan dan membuat keputusan sama ada pendakwaan telah berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh ke atas pertuduhan yang dihadapi oleh tertuduh. 26) Merujuk kepada seksyen 173(f)(i) Kanun Prosedur Jenayah (KPJ) yang memperuntukkan prosedur di akhir kes pendakwaan. Seksyen 173(f)(i) KPJ memperuntukkan seperti berikut: “Apabila kes pendakwaan berakhir Mahkamah akan mempertimbangkan sama ada pihak pendakwa telah membuat suatu kes prima facie terhadap tertuduh.” 27) Selain itu maksud bagi prima facie telahpun diputuskan dalam kes Balachandran v PP [2005] 1 CLJ 85 di mana Yang Arif Hakim Mahkamah Persekutuan, Augustine Paul menyatakan, antara lain (dengan izinl):- “…Section 180(1) makes it clear that the standard of proof on the prosecution at the close of its case to mak out prima facie case …A prima facie case is therefore one that is sufficient for the accused to be called upon to answer. This in turn means that the evidence adduced must be such that it can be overthrown only by evidence in rebuttal. The phrase "prima facie case" is defined in similar terms in Mozley and Whiteley's Law Dictionary, 11th edn as: A litigating party is said to have a prima facie case when the evidence in his favour is sufficiently strong for his opponent to be called on to answer it. A prima facie case, then, is one which is established by sufficient evidence, and can be overthrown only by rebutting evidence adduced by the other side. The result is that the force of the evidence adduced must be such that, if unrebutted, it is sufficient to induce the court to believe in the existence of the facts stated in the charge or to consider its existence so probable that a prudent man ought to act upon the supposition that those facts exist or did happen… … In order to make a finding either way the court must, at the close of the case for the prosecution, undertake a positive evaluation of the credibility and reliability of all the evidence adduced so as to determine whether the elements of the offence have been established…” 28) Menurut Yang Arif Hakim Mahkamah Persekutuan, Augustine Paul dalam kes Balachandran v PP [2005] 1 CLJ 85, persoalan yang perlu dipertimbangkan oleh Mahkamah di akhir kes pendakwaan adalah sama ada keterangan-keterangan yang telah dikemukakan oleh pihak pendakwaan memadai untuk mensabitkan tertuduh sekiranya beliau memutuskan untuk mendiamkan diri. Turut juga dinyatakan bahawa (dengan izin); “…The test at the close of the case for the prosecution would therefore be: Is the evidence sufficient to convict the accused if he elects to remain silent? If the answer is in the affirmative then a prima facie case has been made out…” 29) Di dalam kes Looi Kow Chai & Anor v. Public Prosecutor [2003] 1 CLJ 734, Mahkamah Rayuan menyatakan (dengan izin): “It is therefore follows that there is only ONCE EXERCISE THAT A JUDGE SITTING ALONG UNDER Sectiom 180 of the Code has to undertake at the close of Prosecution case. He, must subject the Prosecution evidence to the maximum evaluation and to ask himself the question, if I decide to call upon the accused to enter his defence and he elects to remain silent, am I prepared to convict him on the totality of the evidence contained in the Prosecution case? If the answer is in negative then no prima facie case has been made out and the Accussed would be entitled to an acquittal”… 30) Dalam kes Pendakwa Raya lwn. Mohd Radzi bin Abu Bakar [2006] 1 CLJ 457, yang mana Mahkamah Persekutuan juga menerimapakai ujian-ujian yang disyaratkan oleh Mahkamah Rayuan dalam kes Looi Kow Chooi di atas. Secara ringkasnya, kes di atas menyatakan dapatan seperti berikut (dengan izin):